PERANAN PENGURUSAN RISIKO KREDIT UNTUK M (1)

PERANAN PENGURUSAN RISIKO KREDIT UNTUK MENGURANGKAN
KERUGIAN DI PERBANKAN SYARIAH
Ahmad Muqorobin, M.A
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam
E-mel: obin82@gmail.com
No. Phone: +673 8684738
Abstrak
Pelbagai isu dan cabaran menunjukkan kelemahan pengurusan risiko kredit pada syarikat
perbankan. Salah satu contohnya adalah dengan munculnya kegagalan pelancaran produk
baru, dan kerugian bertambah menunjukkan hal tersebut. Maka, diperlukan pengurusan risiko
kredit yang dapat mengurangkan kerugian, kerana ianya merupakan acuan untuk perusahaan
dalam mencapai tujuanya. Tujuan kertas kerja ini adalah menjelaskan tentang peranan
pengurusan risiko kredit pada perbankan syariah yang digunakan untuk mengurangkan
kerugian. Jenis kajian ini adalah kajian pustaka dengan pendekatan normative yang kemudian
dipaparkan dengan kaedah analisis deskriptif dan kaedah analisis balas. Dengan kajian ini
harapannya bank syariah harus lebih berhati-hati dalam memberikan kredit tersebut, bukan
dengan mengelakkan kredit tersebut. Akan tetapi, harus mengoptimumkan pengurusan resiko
kredit sehingga kerugian yang akan terjadi dapat dikurangkan.
Kata Kunci: Pengurusan Risiko, Kredit, Bank Syariah
PENDAHULUAN
Untuk memenuhi keperluan masyarakat, bank syariah bertindak sebagai tempat menyimpan

wang dan juga mendapatkan kemudahan pembiayaan darinya, Kasmir (2010). Didalam
sistem perbankan Islam juga turut mengadakan perkhidmatan simpanan yang hampir sama
dengan simpanan yang ada didalam sistem perbankan perdagangan seperti akaun simpanan
(tabungan), akaun semasa, dan akaun simpanan tetap. Sebagai tempat mengadakan
pembiayaan, sistem perbankan Islam juga menyediakan kemudahan kepada para pelanggan
samada individu, perniagaan, kerajaan dan juga kumpulan lain yang memerlukan bantuan
kewangan, Kasmir (2010). Begitu juga dengan aktiviti lain seperti kiriman wang, tukaran
wang dan khidmat nasihat turut ditawar di bank- bank Islam. Namun begitu semua aktiviti
yang dilakukan ini tidak melibatkan unsur-unsur riba, Sudin Haron, (2005). Perbankan
syariah adalah syarikat perkhidmatan yang pendapatannya diperoleh daripada interaksi
dengan pelanggan, maka risiko padanya tidak mungkin dapat dielakan. Ditambah
dengan situasi yang tidak menentu, maka pengurusan risiko sangat diperlukan pada
perbankan syariah. Selain itu, bank syariah juga menghadapi risiko yang mempunyai
keunikan yang tersendiri, harus mengikut pada prinsip-prinsip syariah. Dengan penerapan
pengurusan risiko pada perbankan syariah ini, maka risiko-risiko yang kemungkinan akan
terjadi dapat diatasi dan diputuskan dengan dasar yang sesuai dalam menghadapi risiko
tersebut.
Sebagai institusi pertengahan yang sedang mengalami pengembangan pesat dan dibarengi
dengan situasi lingkungan luaran dan dalaman institusi perbankan, bank syariah akan selalu
berhadapan dengan berbagai jenis risiko dengan tahap yang beragam dan bergantung pada

kegiatan usahanya, Muhammad (2004) . Risiko dalam konteks perbankan merupakan suatu
kejadian berpotensi, yang dapat diatasi (anticipated) mahupun yang tidak dapat dikendalikan.

1

Oleh kerana itu, sebagaimana lembaga perbankan pada amnya untuk menciptakan tata kelola
bank yang sehat (good corporate governance), bank syariah juga memerlukan serangkaian
prosedur dan metodologi yang dapat digunakan untuk mengenalpasti, mengukur, memantau,
dan mengendalikan risiko yang timbul dari kegiatan usaha, atau yang boleh disebut sebagai
pengurusan risiko, Karim (2004).
Kertas kerja ini akan memberikan tumpuan kepada pelaburan kredit di perbankan syariah
kerana ianya merupakan bagian penting bagi pengembangan dunia perniagaan. Dalam sistem
pelaburan kredit kepada pelaku usaha dipandang sebagai investasi terhadap usaha, sehingga
risiko kegagalan usaha menjadi tanggung jawab kedua belah pihak. Justeru, kertas kerja ini
memfokuskan perbincangan mengenai peranan pengurusan risiko kredit yang dijalankan oleh
perbankan syariah, sehingga ianya dapat mendatangkan manfaat untuk mengurangkan
kerugian. Kepesatan dalam aktiviti di institusi- institusi kewangan ini turut memerlukan
pengurusan dalam risiko kredit dijalankan dan diurus dengan lebih cekap dan berstrategi
untuk dapat mengurangkan kerugian. Berdasarkan kepentingan kajian ini, maka timbul
beberapa persoalan: pertama, apakah risiko kredit yang dihadapi oleh bank syariah?; kedua,

bagaimana pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah?; dan ketiga, bagaimana peranan
pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah?
Bagi menjawab ketiga-tiga persoalan ini, penelitian dalam kerja ini dilakukan bertujuan untuk
pertama, membincangkan mengenai risiko kredit oleh bank syariah; kedua, membincangkan
mengenai pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah; dan ketiga, membincangkan
peranan pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah dengan lebih berkesan agar dapat
meningkatkan kecekapan bank dan mengurangkan kerugian. Untuk mencapai tujuan kertas
kerja ini, penulis mengumpulkan data-data dari sumber primer dan sekunder dengan
mengunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi, kemudian data yang ada dianalisis
dengan cara berfikir induktif iaitu berfikir yang mengarah ke khusus, dan deduktif untuk
menarik kesimpulan yang kemudian dipaparkan dengan kaedah analisis deskriptif dan kaedah
analisis balas.
TINJAUAN LITERATUR
Masa ini pengembangan institusi kewangan syariah, bank mahupun non bank menunjukkan
pengembangan yang baik. Terbukti banyak berdiri institusi kewangan syariah hampir di
seluruh bandaran daerah. Namun, masih banyak orang muslim yang tidak ingin melakukan
perniagaan di institusi kewangan syariah. Maka, bank syariah sebagai salah satu institusi
kewangan, diharapkan dapat menarik minat masyarakat agar berinterkasi melalui bank
syariah untuk menyimpan dana, mahupun pelaburan. Dalam apa-apa aktiviti perniagaan, di
dalamnya pasti terdapat risiko. Begitupun transaksi yang dilakukan oleh bank syariah

terutamanya dalam pelaburan kredit, Muhammad (2005).
Menurut Muhammad Syafi'i Antonio (2001), dikatakan bahawa risiko yang disebabkan oleh
aktiviti pelaburan kredit biasa disebut risiko kredit. Penyebab utama terjadinya risiko kredit
adalah terlalu mudahnya bank memberikan pinjaman atau melakukan pelaburan kerana
terlalu dituntut untuk memanfaatkan kelebihan kecairan. Akibatnya, penilaian kredit kurang
teliti dalam menjangka pelbagai kemungkinan risiko usaha yang dibiayainya. Muhammad
(2005) pula menyatakan bahawa risiko yang terjadi dari peminjam adalah peminjaman yang
belum selesai atau ketidakupayaan peminjam untuk membayar kewajiban yang telah
dibebankan, untuk menjangka hal tersebut maka bank syariah harus mampu menganalisis
asas permasalahannya. Manakala, menurut Adiwarman Karim (2004) menyatakan bahawa

2

sasaran dasar pengurusan risiko adalah mengenal pasti, memantau dan mengawal jalannya
kegiatan usaha bank dengan tahap risiko yang munasabah secara terarah, bersepadu dan
berterusan. Dengan demikian, pengurusan risiko berfungsi sebagai penapis atau pemberi
amaran awal (early warning system) terhadap kegiatan usaha bank.
Tariqullah Khan dan Habib Ahmed (2001) menyatakan risiko kredit sebagai risiko yang
wujud apabila kegagalan rakan niaga untuk memenuhi kewajiban tepat pada masanya dan
sepenuhnya dengan selaras menurut terma-terma yang telah dipersetujui. Menurut mereka

risiko ini dikaitkan dengan kualiti aset dan kebarangkalian kegagalan membayar. Disebabkan
risiko ini, terdapat ketidaktentuan pendapatan bersih dan ekuiti nilai pasaran muncul daripada
kelambatan dan kegagalan dalam pembayaran pokok dan faedah bukan pembayaran. Dalam
menangani masalah ini, Tariqullah Khan dan Habib Ahmed (2001) berpendapat pengurus
kanan bank perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan strategi risiko kredit yang
diluluskan oleh lembaga pengarah. Di samping itu, bank harus mempunyai sistem
pentadbiran bagi menaggung pelbagai portfolio risiko kredit yang berterusan dan bank mesti
beroperasi dalam kondisi risiko yang seminimum yang boleh dilakukan.
Z. Dunil (2004:82) mengartikan pengurusan risiko sebagai serangkaian prosedur dan
metodologi yang digunakan untuk mengenal pasti, mengukur, memantau, dan mengawal
risiko yang timbul dari kegiatan usaha bank. Karim (2007) juga menambah pada sasaran
dasar pengurusan risiko adalah dengan tahapan risiko yang munasabah secara terarah,
bersepadu, dan berkesinambungan. Dengan demikian, pengurusan risiko berfungsi sebagai
penapis atau amaran awal terhadap kegiatan usaha bank.
Risiko di Bank Syariah
Bank syariah adalah institusi perniagaan yang akan dihadapkan pada pengurusan risiko bank
itu sendiri. Hal ini disebabkan kerana amalan bank syariah mempunyai hubungan erat dengan
produk-produk yang dalam produk itu terdapat banyak risiko, yang dikeranakan oleh
kecurangan pelanggan dalam melakukan perniagaan. Oleh kerana itu, para ahli niaga bank
harus dapat mengurangkan risiko pada bank itu sendiri untuk memperoleh keuntungan sesuai

apa yang diharapkan Muhammad, (2005:357). Bentuk jenis-jenis resiko di bank syariah
adalah sebagai berikut:
1- Risiko Kredit (Credit Risk)
Risiko Kredit adalah risiko yang timbul sebagai akibat kegagalan rekan niaga memenuhi
kewajibannya. Dengan demikian, bank tidak memperoleh kembali ansuran pokok yang
diberikan atau pelaburan yang sedang dilakukan. Menurut Z. Dunil (2004:125-126).
2- Risiko Pasaran (Market Risk)
Risiko pasar adalah risiko yang timbul daripada adanya pergerakan variabel pasaran portfolio
milik bank yang boleh merugikan bank (adverse movement). Yang dimaksud dengan variable
pasaran adalah kadar faedah dan kadar pertukaran, termasuk terbitan dari kedua-dua jenis
risiko pasaran tersebut iaitu perubahan pilihan harga Z. Dunil, (2004:127).
3- Risiko Kecairan (Liquidity Risk)
Risiko kecairan yaitu risiko yang timbul jika aset atau kumpulan wang yang diberikan tidak
diniagakan pada masa yang sesuai di pasaran. Risiko kecairan boleh dikategorikan sebagai
pertama, risiko kecairan pasaran yaitu risiko yang timbul daripada bank tidak mampu untuk
melaksanakan pengimbangan kedudukan tertentu pada harga pasaran kerana keadaan

3

kecairan pasaran yang tidak mencukupi atau terjadi gangguan dalam pasaran (market

disruption); kedua, risiko kicairan pendanaan yaitu risiko yang timbul kerana bank tidak
mampu mencairkan asetnya atau memperoleh dana dari sumber dana lain Z. Dunil,
(2004:126).
4- Risiko Operasi (Operational Risk)
Risiko operasi adalah risiko yang disebabkan oleh apa-apa jenis kegagalan operasi seperti,
pemantauan tidak mencukupi, kegagalan sistem, kegagalan pengurusan, risiko error.
Operational manusia termasuk risiko Model, orang risiko, risiko perundangan dan
pematuhan. Menurut Michel Crouhy, Galai, dan Robert Mark (2002:327-328) risiko operasi
adalah risiko yang berkaitan dengan operasi perniagaan. Menurut mereka ada dua komponen
dalam risiko, 1) risiko kegagalan operasi (operational failure risk) atau risiko dalaman terdiri
dari risiko yang berasal dari sumber-sumber manusia, proses, dan teknologi; 2) risiko strategi
operasional (operational strategic risk) atau risiko luaran yang berasal daripada faktor-faktor
antara lain politik, cukai, masyarakat, dan persaingan.
5- Risiko Undang-undang (Legal Risk)
Menurut Z. Dunil (2004:125), risiko undang-undang adalah risiko yang disebabkan oleh
kekurangan dalam perundangan, antara lain kerana tuntutan mahkamah, ketiadaan peraturan
perundang-undangan yang menyokong, seperti tidak mematuhi syarat syarat sah kontrak, dan
mengikat cagaran yang tidak sempurna.
6- Risiko Reputasi (Reputation Risk)
Risiko reputasi adalah risiko yang disebabkan adanya penerbitan negatif yang berkaitan

dengan perniagaan bank atau persepsi negatif terhadap bank Z. Dunil, (2004:127).
7- Risiko Strategik (Strategic Risk)
Risiko strategik adalah risiko yang timbul disebabkan oleh penentuan dan pelaksanaan
strategi bank itu tidak sesuai, membuat keputusan perniagaan yang tidak wajar atau kurang
responsif bank terhadap perubahan luaran. Z. Dunil, (2004:127).
8- Risiko Patuh Syariah (Compliance Risk)
Risiko patuh syariah adalah risiko yang disebabkan bank tidak mematuhi atau tidak
melaksanakan undang-undang dan peraturan. Pada amalan risiko pematuahan berpaut pada
risiko bank yang berkaitan dengan peraturan perundang-undangan dan ketentuan lainnya, Z.
Dunil, (2004:125).
Setelah mengetahu bentuk jenis-jenis risiko yang akan terjadi di bank syariah, maka ianya
sangat penting sekali untuk pengurusan risiko tersebut. Bank syariah dalam pengurusan risiko
harus berpandukan kepada langkah-langkah yang sepatutnya, karena boleh berkesan pada
kerugian. Bank sering membezakan antara kerugian yang dijangka dan tidak dijangka.
Jangkaan kerugian dapat dilakukan apabila pihak bank tahu dengan kepastian yang
munasabah akan berlaku dan biasanya dikhaskan dengan cara tertentu. Kerugian yang tidak
dijangka pula berlaku apabila dikaitkan dengan peristiwa yang tidak diduga (contohya
kerugian yang dialami oleh bank selepas ujian nuklear, kerugian akibat kejatuhan ekonomi
secara tiba-tiba dan kejatuhan kadar faedah) bank bergantung kepada modal mereka sebagai
penampan untuk menyerap kerugian tersebut. Maka dapat dilihat pentingnya pernan

pengurusan risiko oleh bank syariah untuk kemajuan usahanya dan mengurangkan
kerugiaanya.

4

PERBINCANGAN
Bagian perbincangan dalam kertas kertas kerja ini dibahagikan kepada empat perkara.
Pertama, pentingnya pengurusan risiko; kedua, manfaat dan proses sistem pengurusan risiko
di bank syariah; ketiga, risiko kredit di bank syariah; dan keempat, pengurusan risiko kredit
oleh bank syariah.
Pentinganya Pengurusan Risiko
Secara etimologi (bahasa) pengurusan adalah penertiban, pengaturan, dan perancangan
Muhammad, (2004), sedangkan secara istilah pengurusan adalah suatu aktiviti berkaitan
kepemimpinan, pengarahan, pembangunan personal, perancangan, dan penyeliaan kerja-kerja
yang berkaitan dengan unsur-unsur konstituen dalam suatu projek.
Adapun risiko adalah kemungkinan penyimpangan dari hasil yang diharapkan Mamduh M.
Hanafi, (2005). Selain itu, ada pula yang mengartikan risiko sebagai ketidaktentuan dimasa
yang akan datang tentang sesuatu yang memberi kesan kepada kesejahteraan seseorang
disebabkan kerugian Sri Redjeki Hartono, (1995). Risiko sangat berkaitan erat
dengan return atau tahap keuntungan, iaitu perbezaan antar harga jual dan harga beli,

ditambah kas lain seperti dividen. Dalam perniagaan bisnis, akan berlaku undang-undang
hubungan positif antara return dan risiko. Semakin tinggi risiko, maka akan semakin tinggi
tahap keuntungan yang diharapkan, begitu pula sebaliknya.
Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa pengurusan risiko dalam perbankan syariah
adalah suatu usaha yang dilakukan oleh bank syariah untuk mengatur, menyelia kesan dan
mengawasi risiko dengan tujuan untuk mengurangkan risiko agar hasil yang disasarkan dapat
dicapai dengan cara efektif dan berkesan. Tujuan daripada mengkaji risiko adalah untuk
mendapatkan beberapa kawalan keatas risiko tersebut dan menguruskannya dengan cara yang
dapat mengurangkan kesan buruk dalam membuat keputusan yang perlu diambil.
Strategi pengurusan risiko adalah dengan memindahkan risiko kepada pihak lain, mengelak
risiko, mengurangkan kesan dan kebarangkalian negatif terhadap risiko dan juga menerima
segala kesan terhadap sesetengah risiko yang besar Hanafi (2005). Langkah-langkah dalam
mengendalikan risiko pula menurut Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (International
Islamic Financial Services Board, IFSB) pada tahun 2005 adalah mengenalpasti risiko,
mengukur risiko, mengawasi risiko, melaporkan dan mengawal kategori-kategori risiko
dengan relevan. Langkah-langkah ini diambil bagi mematuhi undang-undang dan prinsip
syariah, juga memberi jaminan laporan kepada pihak yang berwajib (bahagian kewangan dan
risiko) adalah mencukupi supaya risiko berlandaskan syariah boleh dipantau setiap masa.
Manfaat Pengurusan Risiko
Pengurusan risiko mempunyai tujuan tunggal iaitu mengurangkan risiko, dengan

mengurangnya risiko maka kerugian dapat dikurangkan Paul Sutaryo, (2003). Dalam
pengurusan risiko ada beberapa manfaat yaitu:
1- Mampu memberikan maklumat dan pandangan kepada pihak pengurusan tentang semua
jenis dan klasifikasi profil risiko, perubahan dalam produk dan pasaran serta persekitaran
perniagaan Arry Basuseno, (2004).

5

2- Keupayaan untuk menyampaikan isu-isu penting tentang penggubalan dasar-dasar
pengurusan risiko dan ulasan.
3- Keupayaan untuk mengira dan mengukur jumlah pendedahan risiko.
4- Dapat menentukan peruntukan sumber kewangan pada masa yang sama dengan had risiko
yang lebih sesuai.
5- Mampu mengelakkan kepekatan portfolio yang berlebihan.
6- Mampu membuat cadangan yang mencukupi untuk menjangka risiko yang sudah diukur
dan dikira.
7- Dapat mengelakkan potensi kerugian yang relatif besar Robert Tampubolon, (2004).
Sistem Pengurusan Risiko dan Prosesnya:
Sistem dan proses pengurusan risiko dapat dijelaskan dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Sistem dan Proses Pengurusan Risiko
Badan/ Unit
Pengarah
Pihak Pengurusan

Bahagian
Pengurusan Risiko

Fungsi
Menentukan polisi
umum.
Membangunkan
sistem pengurusan
risiko secara
menyeluruh.
Kenalpasti dan
mengukur risiko.

Peranan
Mengenalpasti keseluruhan objektif dan memastikan
pihak pengurusan melaksanakannya.
Kenalpasti risiko dan melaksanakan mengikut
kehendak lembaga pengarah.

Membangunkan piawaian, had dan peraturan, garis
panduan dan prosedur yang berkaitan dengan risiko
Memgeluarkan laporan risiko mengikut tempohtempoh masa tertentu.
Badan-badan
Kenalpasti dan
Membandingkan piawaian, had dan peraturan, garis
Operasi
mengawal risiko.
panduan dan prosedur yang berkaitan dengan risiko.
Audit Dalaman
Mengawasi proses
Memastikan garis panduan pengurusan risiko
pengurusan risiko.
dipatuhi dan diamalkan di setiap peringkat (operasi).
Sumber: Islamic Financial System: Prinsiples and Operations (2011)

Risiko Kredit di Bank Syariah
Risiko kredit adalah risiko yang timbul daripada gagalnya rekan niaga untuk memenuhi tugas
dan tanggungjawab membayar pinjaman tepat pada masa dan sepenuhnya selaras dengan
terma-terma yang dipersetujui. Risiko ini boleh berlaku dalam perbankan konvensional dan
Islam. Akan tetapi pendekatan yang diguna bagi mengawalnya sahaja berbeza. Allah SAW
berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 125, terjemahannya:
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama
Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaikbaiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. (alBaqarah, 2:125)
Di dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa Allah tidak menggalakkan kita
meletakkan diri dalam bahaya dan kebinasaan. Ini sangat berkaitan dengan risiko di mana

6

dalam konteks risiko, ia lebih membawa kepada kebinasaan jika tidak diuruskan dengan
betul. Terdapat juga dalil hadis yang berkisar dengan pengurusan risiko iaitu peristiwa
dimana Nabi Muhammad SAW bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau
meninggalkan untanya tanpa ditambat.
“Jawab Arab Badwi itu: ‘Aku bertawakal kepada Allah’. Maka jawab Nabi
Muhammad SAW dan bersabda: ‘Tambat unta kamu dahulu, kemudian
bertawakallah kepada Allah SWT’.” (Hadis riwayat: al-Tirmizi)
Hadis ini berkisar mengenai seorang Arab Badwi yang bertanyakan pada Rasulullah SAW
tentang mana yang lebih baik; meninggalkan untanya tanpa diikat dan memohon agar Allah
SWT melindungi untanya ataupun mengikat untanya. RasulullahSAW menyuruhnya
mengikat untanya dan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah SWT Ini jelas
menunjukkan bahawa walaupun segala perkara ditentukan oleh Allah SWT, kita haruslah
sentiasa menggunakan minda kita untuk menentukan.
Bagi bank konvensional yang aktiviti perniagaannya tergantung pada pelaburan kredit, maka
keupayaan untuk mengurangkan resiko kredit telah menjadi tumpuan utama kerana ia secara
langsung berkaitan dengan keupayaan untuk mendapatkan keuntungan. Dan bagi bank
syariah, dimana aktiviti perniagaannya pada pelaburan kredit digantikan dengan aktiviti jual
beli, sewa, pelaburan dan kerjasama, pengurusan resiko kredit akan memiliki karakteristik
yang unik. Yang menjadi perbezaan antara pelaburan kredit yang diberikan oleh bank
konvensional dan bank syariah adalah terletak pada keuntungan yang diharapkan. Bagi bank
konvensional keuntungan yang diperoleh melalui faedah manakala bagi bank syariah berupa
ganjaran atau bagi hasil.
Dalam perbankan syariah, terdapat dua jenis pelaburan kredit yaitu pelaburan kredit
berasaskan Natural Certainty Contracts (NCC) dan pelaburan kredit Natural Uncertainty
Contracts (NUC) Adiwarman Karim, (2004). Kedua-dua jenis pelaburan kredit ini selalu
dihadapkan dengan adanya risiko yang mungkin terjadi dalam pengendaliannya, yang pada
saat tahap risiko yang terjadi di bank syariah tersebut akan berbeza-beza, disebabkan oleh
jenis pelaburan kredit yang berbeza pula tertakluk pada saiz kredit dan kontrak pada
pelanggan. Dalam rangka mengurangkan kerugian, bank syariah harus selalu bersifat selektif
terkait dalam pelaburan kredit untuk suatu produknya.
a) Risiko Kredit Berasaskan Natural Certainty Contracts
Kredit berasaskan Natural Certainty Contracts adalah kredit bank Islam yang boleh
memberikan kejayaan (hasil) tetap. kredit ini berkenaan pada produk-produk murabahah,
ijarah, ijarah mutahia bit tamlik, salam dan istisna’:
1- Bagi transaksi Murabahah, kontrak jual beli antara bank dengan pelanggan. Jumlah
liabiliti yang harus dibayar pelanggan adalah nilai harga barang ditambah dengan
keuntungan yang sudah diberitahu sebelumnya oleh bank. Bank syariah menghadapi
risiko pada kontrak Murabahah iaitu pelanggan tidak memenuhi pembayaran telah
bersetuju dengan cara tepat pada masanya manakala bank telah membuat penghantaran
barangan.
2- Untuk Ba’i al Salam dan Istisna, bagi kontrak Ba’i al Salam, iaitu kontrak jual beli yang
amalanya dengan pesanan barangan dan pembayaran bagi barangan secara angsuran atau
membayar penuh, dan bayaran dibuat sebalum barang diterima oleh pelanggan,

7

sedangkan pada kontra Ba’i al Istisna bayaran dibuat sesudah barang diterima oleh
pelanggan. Pada kontrak ini bank menghadapi risiko kegagalan untuk menyediakan
barang dengan kuliti dan spesifikasi mengikut pesananan atau gagal menyediakan barangbarang pada masa yang dipersetujui.
3- Untuk Ijarah, iaitu kontrak pemindahan hak guan atau manfaat atas barang atau jasa
melalui upah sewa. Disebukan Ijarah bila diakhir masa kontrak tidak terjadi pemindahan
hak kepemilikan atas barang itu sendiri. Bila terjadi pemindahan hak kepemilikan barang
maka disebut sebagai Ijarah Muntahiyya Bit Tamlik. Pada kontrak ini bank menghadapi
risiko kerosakan pada barang yang disewakan atau kes-kes tenaga kerja yang disewa bank
kemudian disewakan kepada pelanggan, risiko yang timbul tidak melaksanakan penyedia
perkhidmatan Adiwarman Karim, (2004:244).
b) Risiko Kredit Berasaskan Natural Uncertainty Contracts
Pada pelaburan kredit yang berasaskan Natural Uncertainty Contracts adalah kredit bank
Islam yang boleh memberikan kejayaan (hasil) tidak tetap. kredit ini merupakan pelaburan
kredit yang mengandungi risiko paling besar kerana prinsip perkongsian keuntungan, oleh itu
para pelaku perniagaan khususnya pada perbankan syariah perlu melakukan upaya-upaya
pencegahan dan memilih dalam melakukan pelaburan kredit. Pada bank syariah amnya
berkenaan dalam dua produk iaitu musyarakah dan mudharabah yang keduanya juga
membolehkan adanya risiko.
Menurut Hassan (2009), pembiayaan Mudarabah dan Musyarakah mampu menjadikan
sistem kewangan Islam sebagai satu model kewangan yang kukuh dan bebas daripada model
perbankan konvensional. Kedua-dua pembiayaan tersebut mampu memelihara kestabilan
sistem kewangan dengan menjadikan sektor perbankan Islam lebih berdaya tahan terutama
ketika berlaku krisis kewangan. Selain itu, perbankan Islam menggunakan kontrak
perkongsian untung rugi yang melibatkan pemilikan sesuatu ekuiti dan pihak bank
merupakan perantara bagi pendeposit dan pelabur dengan mengubah deposit kepada
perolehan asset.
Ciri khas produk musyarakah dan mudharabah adalah menuntut adanya saling mempercayai
yang tinggi antara pelanggan dengan bank, hakikat ini menjadikan pelaburan kredit
musyarakah dan mudharabah yang berisiko tinggi, kerana bank syariah akan selalu
menghadapi permasalahan pemberian maklumat yang tidak benar dan biasanya berbentuk
bahaya moral dan pemilihan pelanggan yang tidak tepat Muhammad, (2005:367).
Bank-bank Islam mengamalkan musyarakah dan mudharabah dengan perhatian sepenuhnya
karena, bank mendapatkan keyakinan yang besar dari masyarakat. Pada awal tahun 1960
hingga 1970 bank syariah yang sebagai institusi kewangan, berusaha mengamalkan kedua
sistem musyarakah dan mudharabah dalam pelaburan dana-dananya kepada para ahli niaga
atau rekan niaga. Akan tetapi, dengan tahapan risiko yang sangat tinggi dan mengalami
kerugian pada kedua pembiayaan tersebut, maka bank-bank Islam memberi had dalam
pelaburan pada kontrak musyarakah dan mudharabah secara drastik (Abdullah Saeed,
1996:69). Bank syariah dalam mengamalkan pembiayaan musyarakah dan mudharabah ini
dalam ukuran kecil dengan jangka masa yang pendek, tampaknya dengan pembiayaan ukuran
kecil dan jangka waktu pendek tersebut dalam praktiknya dijalankan hampir bebas risiko
(risk free).

8

Pengurusan Risiko Kredit oleh Bank Syariah
Bagi menjalankan pengurusan risiko adalah disiplin teras setiap institusi kewangan dan
merangkumi semua aktiviti yang menjejaskan profile risiko. Ia juga turut melibatkan
pengenalpastian, mengukur, memantau dan mengawal risiko. Penerimaan dan pengurusan
risiko kewangan yang wujud untuk perniagaan perbankan dan peranan bank sebagai
pengantara kewangan. Pengurusan risiko biasanya tidak hanya bermakna untuk
meminimumkan risiko dan kerugian, akan tetapi ia juga menitikberatkan usaha
mengoptimumkan pulangan disamping meminimumkan risiko dan kerugian dalam transaksi
perdagangan.
Prinsip utama pengurusan risiko kredit yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel dalam
Penyeliaan Perbankan (Basel Committee on Banking Supervision/ BCBS) pada 2001 meliputi
beberapa kriteria-kriteria penting. Pertama, bank sepatutnya terdedah kepada persekitaran
risiko kredit yang sesuai. Strategi yang digunakan oleh pengurus bahagian risiko ini mestilah
lebih berkesan kerana ia akan secara langsung akan terlibat dalam aktiviti penerimaan risiko
(risk-taking). Kedua, bank haruslah mempunyai prosedur pinjaman yang mantap. Ianya amat
diperlukan kerana bank sering kali menghadapi masalah dalam memilih projek-projek dan
pelaburan samada yang membawa risiko yang kecil atau besar. Pemberian pinjaman kredit
juga haruslah ada hadnya supaya bank tidak berlebihan dalam memberi sesuatu pinjaman.
Ketiga, Bank seharusnya mengekalkan pentadbiran, pengukuran dan pengawasan kredit yang
baik. Sistem maklumat yang tidak tepat boleh membawa kepada pengambilan keputusan
yang tidak tepat oleh pengurus risiko itu sendiri.
Menurut Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Islam (International Financial Services
Board, IFSB), mereka memberi satu panduan dan prinsip dalam pengurusan risiko dalam
perbankan Islam. Setiap jenis mempunyai panduannya dalam menguruskan risiko tersebut.
Ini termasuklah risiko kredit, risiko pelaburan ekuiti, risiko pasaran, risiko kecairan, risiko
kadar pulangan dan risiko operasi. Dalam pengurusan risiko ini perlu ada pihak yang
berautoriti (berkuasa penuh) dalam menyelia proses pengurusan risiko dan menerima laporan
risiko yang mencukupi.
Dalam pandangan ajaran Islam, segala sesuatu harus dilakukan secara rapi, benar, tertib dan
teratur. Dalam mengambil resiko dan bagi menggalakkan perkongsian risiko dalam
perniagaan selaras dengan niat untuk berkongsi keuntungan dan kerugian di samping saling
bantu membantu dan nilai semangat kerjasama antara satu sama lain. Allah dan Rasul-Nya
selalu memberikan petunjuknya di dalam Al-Qur’an dan Hadits. Anjuran untuk berusaha dan
giat bekerja sebagai bentuk realisasi dari kekhalifahan manusia tercermin dalam Surah alRa‘d ayat 11 yang terjemahannya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum kecuali kaum itu mau
merubah dirinya sendiri.” (al-Ra‘d, 13:11)
Menurut al-Baghdadi sebagaimana dikutip oleh Yusanto dan Kusuma (2002) bahawa ayat ini
bersifat am, iaitu sesiapa sahaja yang mencapai kemajuan dan kejayaan jika mereka telah
merubah sebab-sebab kemunduran yang bermula dengan merumuskan konsep kebangkitan.
Sebagai contoh, produk Musyarakah yang berasaskan perkongsian modal dan usaha bersamasama. Setiap ahli dalam perniagaan mengusahakan modal dan menikmati untung rugi
perniagaan atau dari syarikat yang diusahakan bersama. Bagi produk Mudharabah pula iaitu

9

perkongsian untung rugi antara pemodal (Robbul Mal) dan rekan niaga (Mudarib). Walaupun
pemodal hanya menyediakan modal dan menyerahkan semua urusan perniagaan kepada
pengusaha, tetapi jika berlaku sesuatu risiko atau perniagaan tersebut tidak berjaya akibat
kecuaian tidak sengaja si pengusaha, maka si pengusaha tidak perlu membayar ganti rugi
kepada pemodal.
Bagi setiap usahawan atau ahli perniagaan tidak perlu kawatir tentang keuntung dan kerugian
yang akan didapat, kerana Allah sendiri bersedia menunjukkan jalan agar setiap usaha yang
kita lakukan senantiasa dilimpahi keuntungan dan keberkahan. Akan tetapi ini membuktikan
bahawa pengurusan risiko sangat penting dan diharuskan dalam Islam supaya bersedia
menghadapi kerugian jika berlaku malapetaka dan perkara-perkara tidak diingini. Maka
tersedianya ilmu yang dapat digunakan usahawan untuk mengelola risiko sehingga dapat
dikendalikan sesuai harapan. Ilmu yang dimaksud adalah pengurusan risiko. Pengurusan
risiko adalah aktiviti yang menggunakan proses, metode dan alat-alat untuk mengelola risiko
bisnis atau usaha.
Ada tiga garis panduan asas dalam Islam, pertama ialah manusia bukanlah pemilik sebenar
harta dan sumber. Hal ini adalah kerana Allah SWT merupakan pemilik mutlak dunia ini dan
seisinya. Kedua, terdapat petunjuk dan panduan dalam melakukan apa sahaja amalan, dan
tidak terkecuali dalam mengambil-alih dan membangunkan sumber-sumber. Ketiga,
walaupun matlamat utama Islam untuk mencapai kesejahteraan dalam masyarakat, tetapi
individu juga digalakkan mencari rezeki dengan usaha sendiri (Ahmad, 1986). Kesimpulan
daripada penyataan ini adalah Islam mewajibkan apa sahaja yang dilakukan dalam dunia
hendaklah berteraskan Islam dan pengurusan risiko juga tidak terkecuali dalam pelaksanaan
mengikut syariah Islam. Dalam hadits Rasulullah saw. Bersabda yang terjemahannya:
“Jika engkau ingin mengerjakan suatu pekerjaan maka pikirkanlah akibatnya,
maka jika perbuatan tersebut baik, ambillah dan jika perbuatan itu jelek,
maka tinggalkanlah.” (Hadis riwayat Ibn al-Mubarak)
a) Pendekatan Menganalisis Risiko Kredit
Tinjauan pelanggan adalah peringkat yang sangat penting untuk menentukan keputusan
pelanggan akan mendapat persetujuan atau penolakan atas pemohonan peminjaman yang
telah diajukan kepada pihak bank. Bahagian ini akan meninjau analisis risiko kredit yang
mana setiap satu daripada alat ini masih digunakan dalam satu bentuk atau di bahagikan di
bawah empat kategori berikut iaitu:
1- Sistem Pakar (Expert Systems) ditakrifkan sebagai sistem yang berasaskan pekerja yang
bergantung kepada pertimbangan manusia. Teknik utama yang digunakan ialah Lima C
(Five Cs) analisis:
a)
Watak (Character)
Watak (Character) hampir bersamaan dengan sifat moral peminjam. Mengapa
tujuan pinjaman juga turut akan ditakrifkan? Adakah peminjam berpotensi untuk
menjadi jujur dalam menjawab soalan? Isu ini boleh yang menyusahkan pihak
bank jika peminjam adalah baru kepada institusi kewangan dan tidak mempunyai
rekod yang ditubuhkan. Tujuan daripada mengetahui watak peminjam untuk
mengirakan kemungkinan bahwa peminjam mampu untuk memenuhi
tanggungjawabnya atau mengembalikan dana yang dipinjamnya.

10

b)

c)

d)

e)

Kapasiti (Capacity)
Kapasiti (Capacity) ialah soalan yang berkaitan adakah peminjam mempunyai
kapasiti yang sah untuk meminjam? Prosiding mahkamah di seluruh dunia telah
menetapkan dan menilai kedudukan individu atau pihak yang ingin
menandatangani dokumentasi pinjaman (melainkan jika bankrap, seharusnya
berada di dalam kedudukan untuk meminjam). Kemampuan diukur dengan rekod
prestasi penerima pembiayaan di masa lalu yang disokong dengan pemerhatian di
lapangan atas kemudahan perniagaan seperti kedai, pekerja, alat-alat, kilang serta
kaedah kegiatan.
Tunai (Cash)
Terdapat banyak analisis berkaitan dengan kewangan yang diamlakan untuk
memastikan peminjam boleh menjana aliran tunai yang mencukupi untuk
membayar pinjaman. Analisa ini diukur dengan kedudukan syarikat secara
keseluruhan yang ditujukan oleh nisbah kewangan dan penekanan pada
komposisi modalnya.
Cagaran (Colleteral)
Cagaran (collaterel) dianggap sebagai sumber sekunder kepada jaminan
pembayaran samada untuk dana projek perniagaan atau keperluan individu yang
memerlukan untuk pinjaman perumahan, manakala sumber utama harus datang
dari pendapatan atau keuntungan dari projek peminjam. Contoh yang paling biasa
untuk cagaran ialah rumah dari pinjaman rumah. Penilaian ini bertujuan untuk
lebih meyakinkan bahwa jika berlaku suatu resiko kegagalan pembayaran, maka
jaminan boleh dipakai sebagai pengganti dari kewajiban.
Syarat (Conditions)
Keadaan ekonomi di mana peminjam itu beroperasi. Bagi peminjam dari entiti
perniagaan, keadaannya adalah termasuk perspektif syarikat, industri dan
ekonomi secara am manakala bagi individu pula, syarat keadaan mereka
termasuklah kestabilan pekerjaan dan prospektif pendapatan. Akan tetapi tidak
semua institusi pinjaman mematuhi rangka kerja ini. Sesetengah institusi
kewangan boleh memilih untuk menambah isu-isu lain, seperti persekitaran
pengawalseliaan yang lebih kerap, bagaimanapun, pemberi pinjaman akan
mengurangkan bilangan kategori peminjam. Dan yang terakhir, pemberi
pinjaman akan dijangka menggunakan watak, kapasiti dan cagaran.

2- Analisis Risiko Premium ialah aktiviti membuat kesimpulan tentang risiko kredit
daripada premium berasaskan pasaran kewangan. Aktiviti ini dilakukan dengan
memeriksa premium risiko dengan meggunakan satu kaedah yang mudah dan asas. Ia
digunakan untuk menilai hutang korporat. Dalam bentuk yang mudah, pendekatan ini
berfungsi untuk syarikat-syarikat yang dinilai oleh agensi penarafan kredit.
3- Ekonometrik adalah satu sistem yang menggunakan analisis statistik yang lebih luas dan
kompleks khususnya, bagi mengkaji risiko premium berasaskan model multidiscriminant.
4- Sistem Hibrid berfungsi untuk membina teori kewangan dan menggunakan pemahaman
dari sistem ini untuk meramal risiko kredit yang bakal atau sedang dihadapi. Ini adalah
memadai dalam banyak contoh dan pembolehubah yang dipilih dan diguna.

11

b) Proses Pengurusan Risiko Kredit
Dalam perbankan syariah terdapat tahapan proses pengurusan risiko kredit, iaitu seperti yang
tertera dalam Jadual 2:
Jadual 2: Proses Pengurusan Risiko Kredit Perbankan Syariah
Pengenalpastian
Penilaian/ Ukuran

Pengawalan/
Pengurangan

Pemantauan/
Semakan

Penilaian risiko ke atas impak faktor dalaman dan luaran yang mungkin
berlaku ke atas urus niaga dan kedudukan.
- Sistem penarafan kredit dalaman untuk menilai kelayakan kredit
pelanggan.
- Ukuran risiko – metodologi termasuk mengenalpasti “kerugian dijangka”
dengan menggunakan “kekerapan kecatatan dijangka” di bawah model
penarafan dalaman dan mengira “kerugian tidak dijangka”.
- Dasar pengurusan risiko kredit dan garis panduan tentang penarafan kredit,
cagaran, pemuliharaan, dsb.
- Had pendedahan berdasarkan tahap kelayakan kredit (bagi kumpulan
korporat) dan ambang berhemat (bagi sektor ekonomi).
- Pemantauan pulangan tanda aras untuk menimbangkan risiko yang
diambil, perbelanjaan operasi dan kos modal.
- Analisis/semak pendedahan pinjaman, penilaian kualiti aset dan
pergerakan NPL, hubungan risiko-pulangan, dsb.
- Pelaporan dan pendedahan tentang had kredit.

c) Prosedur Pelaburan Kredit
Bank syariah telah mengeluarkan belbagai jenis produk kredit yang sesuai dengan syaria
Islam. Terma dan syarat setiap produk perlu mencerminkan dengan jelas aspek-aspek utama
kontrak, supaya pelanggan dimaklumkan sepenuhnya akan hak dan obligasi mereka.
Keperluan amalan pasaran termasuk penzahiran juga berbeza berdasarkan jenis produk yang
ditawarkan bagi memastikan tahap ketelusan yang tinggi dan setara dengan risiko yang
ditanggung oleh pelanggan. Produk hendaklah distruktur agar dana yang dilabur oleh
pelanggan disalurkan dengan betul mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Dasar dan
infrastruktur ini adalah penting untuk memastikan kepentingan pelanggan dan pihak
berkepentingan yang lain dilindungi, bagi menjamin keyakinan dan kepercayaan kepada bank
syariah. Secara amnya prosedur peleburan kredit ada 7 tahapan:
1- Permohonan Kredit
Permohonan diajukan calon pelanggan kepada bank dengan menyampaikan dokumen
berisi surat permohonan rasmi, akta pendirian syarikat, penjelasan rencana perniagaan,
laporan kajian kemungkinan projek, laporan kewangan syarikat dan makluman lainya
seperti keterangan domisili syarikat, surat-surat izin yang sudah diperoleh, akaun syarikat
pada beberapa bank.
2- Analisis Kredit
Amnya analisi kredit yang dilakukan berdasarkan metode:
(a) Penilaian enam C, iaitu caracter, capital, capacity, condition of economy, collateral
dan constraints.
(b) Penilian enam A, iaitu aspek yuridis, aspek pasaran dan pemasaran, aspek teknikal,
aspek pengurusan, aspek kewangan dan aspek sosial ekonomis.

12

3- Persetujuan Kredit
4- Hasil analisis kredit yang dibuat account officer diperiksa atasannya (kepala bahagian
kredit), kemudian disampaikan kepada pengarah bank. Sistem prosedur yang dimiliki
bank tentang laporan analisis kredit dapat berupa:
(a) Laporan analisis kredit
(b) Laporan analisis permohonan kredit
(c) Laporan rekomendasi kredit
(d) Appraisal study
(e) Laporan kajian kelayakan projek
5- Perjanjian kredit
Isi perjanjian kredit secara umum berisi pihak pemberi kredit, tujuan pemberi kredit,
besar kos projek, besarnya kredit yang diberikan bank, kos-kos lain, tempoh masa
pengambilan, jadual pembayaran, jaminan kredit, syarat yang harus dipenuhi sebelum
dicairkan, kewajiban pelanggan selama kredit belum dilunasi, serta hak-hak yang dimiliki
bank selama kredit belum lunas.
6- Pencairan kredit
Persyaratan untuk mencairkan kredit, biasanya meliputi perjanjian kredit yang sudah
ditandatangani, penarikan kredit yang sudah sesuai dengan keperluan projek,
perbelanjaan kredit selaras dengan jadual pembangunan, permohonan pencairan kredit
disokong dokumen yang diperlukan, besarnya kredit mengikut perjanjian kredit yang
telah disepakati.
7- Pengawasan kredit
Kunci utama kejayaan penyaluran kredit adalah pengawasan kredit, kegiatan pengawasan
kredit dapat dilakukan dalam lima bentuk, iaitu pertama, pengguna pentadbiran yang
berkesan; kedua, kewajipan pelanggan menyampaikan laporan secara berkala, melibatkan
pengeluaran, penjulan, utang, piutang, laporan neraca laba dan rugi dan laporan tenaga
kerja; ketiga, ahli-ahli kredit melawat kepada projek yang dibiayai; keempat, perundingan
daraipada pengurusan yang terancang antara pelanggan dan bank; dan kelima, sistem
peringantan (warning system) pada pentadbirab bank yang berurusan dengan pelanggan
bank. Terdapat pula empat jenis pengawasan kredit iaitu:
(a) Perlunasan kredit
Pelanggan yang mampu memenuhi kewajiban sesuai kesepakatan yang dimuat
perjanjian kredit, mengikut jadual yang dibuat, maka kredit dinyatakan lunas.
(b) Tambahan kredit
Pelanggan yang berjaya dalam suatu projek dapat menerima kredit pelaburan
tambahan untuk membeli mesin dan peralatan atau modal kredit kerja tambahan untuk
membeli bahan baku.
(c) Kredit bermasalah
Suatu kredit dikatakan bermasalah jika pelanggan gagal dalam memenuhi kewajiban
untuk membayar angsuran kredit. Dilihat dari kemampuan membayar, kolektibilitas
kredit menurut ketentuan Bank Indonesia (SK Direksi BI 12 November 1998)
dikelompokkan menjadi 5 iaitu:
1. Lancar, adalah pembayaran tepat waktu, perkembangan akaun baik dan tidak ada
tunggakan serta sesuai dengan persyaratan kredit.
2. Dalam perhatian khusus, adalah terdapat tunggakan pembayaran pokok dan atau
faedah sampai 90 hari. Jarang mengalami overdraf.

13

3. Kurang lancar, adalah tunggakan pembayaran pokok dan atau faedah yang telah
melebihi 90 hari sampai dengan 180 hari. Terdapat overdraf berulangkali
khususnya untuk menutupi kerugian operasi dan kekurangan arus kas.
4. Dibimbangi, adalah terdapat tunggakan pembayaran dan atau faedah yang telah
melebihi 180 hari sampai 270 hari.
5. Macet, adalah terdapat tunggakan pokok dan atau faedah yang telah melebihi 270
hari.
(d) Penyelamatan kredit
1. Rescheduling, penyelamatan pertama bank dengan cara menjadual kembali
sebahagian atau seluruh kewajibannya.
2. Reconditioning, mengubah sebahagian atau seluruh persyaratan semula disepakati
bersama.
3. Restructuring, mengubah komposisi pembiayaan projek.
4. Kombinasi antara rescheduling, reconditioning, dan restructuring pada nasabah
yang mengalami kesulitan dalam melakukan kewajiban pada bank.
5. Eksekusi, merupakan tindakan akhir setelah cara semua cara dimuka tidak
mendapatkan hasil.
Dalam melakukan pelaburan kredit perbankan syariah diperlukan seorang anlis kredit yang
handal dalam penglolaan dan pengurusan risiko kredit. Dengan dilakukannya pengolaan
kredit secara professional diharpakan dapat meningkatkan kualiti aset, kecairan, dan
profitabiliti bank serta mengurangkan kerugian semaksimal mungkin. Maka, peranan
pengurusan risiko yang merupakan pengelolaan kredit yang baik bermula daripada jumlah
kredit, penentuan suku bunga, prosedur pemberian kredit, analisis pemberian kredit sampai
kepada pengendalian dan pengawasan kredit bermasalah, Kasmir, (2002:71-72). Peleburan
kredit yang kurang cakap dan tepat akan berimpak pada risiko kredit yang akan timbulnya
kerugian, maka dengan menggunakan pengurusan risiko kredit kredit pada perbankan syariah
dapat mengurangkan kerugian yang akan dihadapi bukan untuk menghilangkan risiko. Apaapa bentuk aktiviti dalam kehidupan ini, selalu berisiko terlebihnya pada dunia perniagaan.
Tak satu pun perniagaan yang terhindar daripada risiko kerugian dalam perjalanannya. Setiap
perniagaan pasti memiliki risiko, yang berbeza adalah tingkat tinggi rendahnya risiko
tertakluk pada bidang yang dipilih. Usaha, bisnis, perniagaan atau apa-apa namanya tidak
akan lepas dari untung dan rugi. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan kita peroleh
dari hasil usaha kita. Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 34 terjemahannya:
“… dan tidak seorangpun yang dapat mengetahui dengan pasti apa-apa yang
diusahakannya besok…” (Luqman, 31: 34).
Dengan demikian, untung atau rugi akan senantiasa menjadi sesuatu yang harus diambil kira
oleh setiap usahawan atau ahli perniagaan. Maka disini peranan pengurusan risiko kredit pada
bank syariah sangat penting untuk mengurangkan kerugian. Ayat tersebut juga merupakan
salah satu ayat yang menjelaskan pentingnya pengurusan risiko dalam pandangan Ekonomi
Islam.
KESIMPULAN
Risiko kredit ialah kerugian yang disebabkan oleh ketidakupayaan atau ketidaksediaan pihak
berlawanan untuk membuat pembayaran yang sepatutnya. Pendedahan kepada risiko kredit
meningkat daripada pendedahan pemberian pinjaman, sekuriti dan derivatif. Objektif utama
rangka kerja pengurusan risiko adalah untuk memastikan pendedahan kepada kredit sentiasa

14

berada pada tahap keupayaan dan kemampuan kewangan Bank untuk melawan kerugian yang
mungkin timbul pada masa hadapan. Aktiviti pemberian pinjaman dipandu oleh dasar kredit
dalaman dan garis panduan yang diluluskan oleh lembaga atau jawatankuasa risiko. Prosedur
khusus bagi menguruskan risiko kredit ditentukan di peringkat perniagaan dalam dasar dan
prosedur yang khusus berdasarkan persekitaran risiko dan matlamat perniagaan. Tujuan
umum dalam penerapan pengurusan risiko pada perbankan syariah adalah pemenuhan jasa
pelayanan terhadap keperluan masyarakat dalam rangka mendorong dan melancarkan
perdagangan, produksi, jasa-jasa bahkan kesemuanya yang ditujukkan untuk meningkatkan
taraf hidup masyarkat. Sedangkan tujuan khusus daripada penerapan pengurusan risiko kredit
adalah untuk menilai kelayakan usaha calon peminjam untuk menekan resiko akibat tidak
terbayarnya kredit dan untuk menghitung keperluan dalam pelaburan kredit yang layak dan
mengurangkan kerugain.
RUJUKAN
Basuseno, Arry, “Manajemen Risiko Menjamin Pertumbuhan Ekonomi yang Sehat”, dalam
Kompas, Rabu 19 November 2004.
Basel Committee of Banking and Supervision (BCBS). (2001). The Standardise Approach to
Credit Risk. BCBS, Basel, Switzerland.
Crouhy, Michel dkk. (2002) The Essentials of Risk Management. McGraw Hill: New York
Chicoga San Fransisco Lisbon London.
Dunil, Z., (2004). Kamus Istilah Perbankan Indonesia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Habib Ahmed & Tariqullah Khan. Risk Management: Analysis of Issues in Islamic Financial
Industry. 2001. Islamic Research and Training Institute. Jeddah.
Hanafi, M M., (2005). Manajemen Keuangan, Jakarta: Salemba Empat.
International Shariah Research Academic for Islamic Finance (ISRA). (2011). Islamic
Financial System: Principles & Operations. Isra: Kuala Lumpur.
Karim, Adiwarman A., (2004). Bank Islam: Analisis Fiqh dan Keuangan, Edisi II, Jakarta: PT
RajaGrafindo Persada.
Kasmir, S.E, M.M, (2010). Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya. Raja Graffindo Pers.
Jakarta.
M. Ismail Yusanto dan M. Karebet Wijayakusuma. (2002). Menggagas Bisnis Islami. Jakarta:
Gema Insani Press.
Muhammad, (2003). Konstruksi Mudharabah dalam Bisnis Syari’ah: Mudharabah dalam
Wacana Fiqh dan Praktik Ekonomi Modern, Yogyakarta: Pusat Studi Ekonomi Islam
(PSEI).
____________, (2004). Manajemen Dana Bank Syari’ah, Cet. I, Yogyakarta: Ekonisia.
____________, (2005). Manajemen Bank Syar’iah, Yogyakarta: Unit Penerbit dan
Percetakan (UUP).
Robert Tampubolon, Menakar Kesaktian Manajemen Risiko, dalam Kompas, Sabtu 1 Mei,
2005.
Saeed, Abdullah. (1996). Islamic Banking and Interest: A Study of the Prohibition of Riba in
Islam and its Contemporary Interpretation. Leiden: E. J. Brill.
Sudin Haron. (2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur Business
School: Kuala Lumpur.
Sutaryono, Paul, Manajemen Risiko Operasional dan Upaya Mengatasi Pembobolan Bank,
dalam Kompas, Jum’at, 23 Mei 2004.
Sri Redjeki Hartono, 1995, Hukum Asuransi dan Perusahaan Asuransi, Sinar Grafika,
Jakarta.
http://www.ifsb.org/

15