HDPS 3203 Bahasa Literasi dan Komunikasi

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan ---------------------------------------------------- 3-4 1.0.1 Kemahiran Berbahasa --------------------------------------- 5 1.0.2 Definasi Boneka ---------------------------------------------- 6-7 1.0.3 Definisi Kemahiran Mendengar ---------------------------- 7-8 1.0.4 Perkembangan Penulisan ------------------------------------ 8-9 2.0 Latar Belakang Sekolah Yang Dipilih --------------------- 9-10 2.0.1 Sinosis Cerita Yang Dipilih --------------------------------- 10 2.0.2 Tajuk Cerita – “si Arnab yang pengotor” ----------------- 10 2.0.3 Watak Cerita -------------------------------------------------- 10-11 2.2 Diolog ---------------------------------------------------------- 11-12 3.0 Penyediaan Boneka atau Puppet ---------------------------- 12 4.0 Rancangan Pelajaran Harian ---------------------------------13-14 4.1 Persembahan Cerita Boneka atau Puppet ------------------ 14-15 4.0.1 Susun Atur Pelajaran ----------------------------------------- 15-16 5.0 Cadangan Meningkatkan Bahasa --------------------------- 16 6.0 kesimpulan ---------------------------------------------------- 17 1 1.0 Pengenalan Kanak-kanak pada peringkat empat hingga enam tahun dapat menggunakan kata sambung, ayat berlapis, soalan bertag, dan ayat pasif. Orang dewasa dapat meningkatkan perkembangan tatabahasa kanak-kanak. Penambahan Perbendaharaan kata, ungkapan kanak-kanak supaya menjadi lebih kompleks dan lengkap. Pembentukan Semula Ayat, pengubahanan ayat supaya menjadi lebih tepat dan betul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berkebolehan untuk membezakan maksud perkataan melalui penekaan yang duberi pada perkataan yang disebutkan. Perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak merepakan salah satu bidang dalam psikologi perkembangan yang menarik untuk dikaji. Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan fizikal pembentukan dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa. Sementara komunikasi adalah interaksi antara dua pihak, di mana kedua-duanya memainkan peranan sebagai penyampai dan penerima mesej.Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanakkanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa dan ruang. Kanak-kanak prasekolah dapat menggunakan perkataan untuk membincangkan sesuatu idea dan perasaan dan menceritakan sesuatu peristiwa atau pengalaman dengan urutan yang mudah ( dua hingga empat ayat ). Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda lambang, objek dan perkataan. Menurut Piagat, bahasa membantu kanak-kanak membentuk dan mengembangkan idea. 2 Merujuk kepada variasi antara individu, iaitu apa yang menjadi kita unik dan berlainan. Papalis (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan pula, seperti gaya hidup keluarga, sosioekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Perkembangan kanak-kanak merupakan satu bidang kajian yang merangkumi pelbagai aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan sehinggalah mereka dewasa. Perkembangan merupakan satu proses yang sangat kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi perkembangan fizikal, sosioemosi, perseptual, intelektual, bahasa dan moral seseorang individu. Perubahan ini merupakan suatu proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran. Perubahan kanak-kanak bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun. Perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari datu tahap ke tahap yang lain, seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial. 1.0.1Kemahiran Berbahasa 3 Dalam usaha untuk mencapai tahap yang agak baik dalam kecekapan komunikasi dalam komuniti bahasa kedua, seseorang itu mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem bahasa dan boleh menggunakan bahasa untuk tujuan berkomunikasi secara sepontan, bersesuaian dengan peraturan-peraturan penggunaan yang diterima oleh masyarakat penutur bahasa itu. Oleh itu, seseorang mesti menguasai kemahiran berbahasa yang meliputi empat aspek : mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah membolehkan kanak-kanak membina konsep tentang alam dan manusia disekelilingnya ( Rice & Woodsmall, 1998 ). Mnurut piaget, apabila perkataan yang mewakili objek dan peristiwa sekeliling mereka, fleksibiliti mental untuk berfikir dan membeyangkan sesuatu, mengatasi batasan masa dan ruang. Dengan perkembangan ini, mereka mula mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan juga perkataan. Bagi setiap bahasa, ciri-ciri fonologi yang disenaraikan seperti di atas wujud dalam bentuk bahasa lisan, dan menjadi sifat keperibadian sesuatu bahasa. Apabila pelajarpelajar Melayu atau bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu, sama ada sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua, mereka terpaksa mengubah pengaruh ciri-ciri fonologi loghat atau bahasa ibunda masing-masing kepada ciri-ciri fonologi bahasa Melayu baku ( standard ). 4 1.0.2Definasi Boneka Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan boneka disebaraikan sebagai alat bantu mengajar dan sebagai bahan kurikulum yang berfungsi sebagai alat rangsangan untuk kanak-kanak di prasekolah. Penggunaan boneka di prasekolah dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar. Persembahan boneka dapat menghidupkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Boneka dapat memberi pelbagai pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak terutamanya kemahiran bahasa semasa mereka bermain boneka. Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Azi(1998), boneka diertikan sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuatu dengan jalan yang diceritakan. Jamlah Ahmad (1999) pula menakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan diolog atau mitos mengikut sesuatu watak cerita. Dalam konteks ini membawa maksud menggunakan sesuatu alat ketika proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Dalam projek penyelidikan ini, penggunaan boleh didefinisikan sebagai tingkah laku seorang guru yang menggunakan sesuatu alat ketika sesi mengajar berlansung. Selain itu, boneka juga merupakan benda objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa-apa benda atau objek boleh dijadikan boneka dan pemain pula akan cuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialoh yang di pertuturkan oleh pemain atau membuat aksi boneka tanpa sebarang dialog. Objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai boneka. Boneka atau pupet atau patungan merupakan salah satu daripada permainan terawal yang dikenali oleh kanakkanak. . 5 Bercerika menekankan penggunaan bahasa lisan. Ia bukan seni visual yang boleh dipertontonkan tetapi bahan sumber boleh digunakan sebagai pelengkap kepada penyampaian isi cerita untuk menjadikan cerita lebih menarik dan dapat mengekalkan penumpuan kanak-kanak. Melatih kanak-kanak mendengar dan memberi tumpuan bukanlah satu perkara yang mudah. Melalui aktiviti cerita, kanak-kanak dilatih untuk mendengar dan memberi tumpuan, selain dari membantu mendisplinkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkesan. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dan daya imaginasi kanak-kanak boleh dikembangkan melalui cerita yang disampaikan oleh guru. Kanak-kanak yang mendengar cerita dengan teliti akan dalam keadaan separa sedar membuat gambar dalam fikiran mereka. Maka, akan timbullah unsur-unsur ingin tahu, imaginasi dan juga kritikan. 1.0.3 Definisi Kemahiran Mendengar Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengan adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Proses mendengar adalah proses fisiologi yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Mendengar merupakan satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Menurut Heaton ( 1979 ) dan Haycraft ( 1984 ), ciri-ciri fonologi sesuatu bahasa itu adalah aspek –aspek bunyi yang berkaitan dengan, sebutan, Tekanan, Intonasi, Aliran ucapan. Menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama. Contoh: b – p ( badi – padi ), d – t ( dari – tari ), l- r ( lagu – ragu ), dan l – g ( kari – gari ). Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pengetahuan, sikap dan budaya orang yang menjadi pendengar. Unsur-unsur kefahaman yang berikut adalah penting untuk memahami bunyi bahasa. 6 Proses pembelajaran memerlukan seseorang pendengar mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Ia juga perlu memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menjelaskan bahawa mendengar adalah satu aktiviti yang aktif kerana tindak balas akan berlaku selepas mendengar. Mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun. Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran mendengar merujuk kepada proses komunikasi. Ini dapat dilihat interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang daripada individu tersebut gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula, sekali bagi kanak-kanak sebaik sahaja organ perdengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyibunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibu. Telinga bertindak balas pada gelombang bunyi. Bunyi-bunyi ini akan sampai ke otak, disusun dan dikaitkan dengan pengalaman lepas. Proses yang sama berlaku di peringkat awal kanak-kanak dan kemudian apabila kanak-kanak belajar membaca. Perkembangan bahasa seorang individu bergantung kepada kebolehan ia melibatkan diri dalam proses pendengaran. 1.0.4Perkembangan Penulisan Dalam kehidupan hari ini, menulis masih merupakan alat hubungan yang penting walaupun terdapat berbagai-bagai kemajuan dalam teknologi komunikasi. Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu, kemahiran asas menulis berkait rapat dengan k 7 dan lengkap. Menulis juga memerlukan kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu pengalaman. Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca. Di peringkat tadika, kedua-dua kemahiran ini bermula pada asas yang sama iaitu mengenal huruf. Murid tidak dapat membaca jika tidak mengenal huraf dan begitu jugalah menulis. Terdapat enam peringat dalam kemahiran menulis iaitu. a) b) c) d) e) f) Kemahiran Mekanis Kemahiran Mengeja Kemahiran Mengumpul, Memilih dan Menyusun Isi Kemahiran Menggunakan Gaya Bahasa Kemahiran Membuat Pertimbangan Kemahiran Membuat Pertimbangan 2.0. Latar Belakang Sekolah Yang Dipilih Nama Sekolah yang dipilih adalah Kindergarden Cahaya Matahari, alamat yang didaftar adalah PT 1288,Taman Bukit Bayas Indah, Jalan Pasair Pasir Panjang, 21100, Kuala Terengganu.Jumlah bilangan murid yang dipilih sebanyak 60 orang, berumur empat, lima dan enam tahun. Nama budak-budak yang di kelas enam tahun adalah, Chee Chun Hong, Ahmad Dawish, Yu Xiu Xian, Ooi Lee Yarn, Tong Jia Xin, Yong Pearly, Chan Pei Chen, Tan Zhen Fong, Lim Poh Wei, Lau Zhi Ye, Lua Pei Chuan, Chua Yie Thong, Lim Xin Tone, Lai Seng Hoe, Gan Jin Xuan, Toh Ching Hou, Eddrin Ooi, Chong Yu Gene dan Ang Hui Xin. Tarikh aktiviti yang di jalan pada hari 30 octorber 2016, masa aktiviti bermula pukul 9.30 – 10.00am. Tempat bercerita di dalam kelas Soya Bean, di Tadika Cahaya Matahari. 2.0.1 Sinosis Cerita Yang Dipilih 8 Cuti sekolah telah bermula tidak bersekolah, seekor si Arnab bernama Nana, ia semakin malas apabila cuti sekolah. Ia merupakan seekor Arnab yang malas dan kotor.Nana sering tidak mendengar nasihat dari ibu Arnab. Selepas Nana berjumpa Doktor Beruang, apabila Nana diserang oleh bakteria. Nana barulah mendengar nasihat dari Doktor Beruang. 2.0.2 Tajuk Cerita –“Si Arnab Yang Pengotor” Cerita yang menyediakan “Si Arnab Yang Pengotor”, ia bernasihatkan muridmurid jaga kesihatan dan kebesihan. Setiap hari bangun dan selepas tidur ingin beruskan gigi, selain lagi, sebelum makan, tangan sentiase di bersihkan tangan anda. 2.0.3 Watak Cerita Setiap kanak-kanak suka kepada persembahan cerita yang melibatkan sesuatu watak yang hidup atau lakonan yang melibatkan mereka sebagai watak. Perwatakan binatang adalah sebahagian daripada bahan bacaan kanak-kanak yang penting. Cerita-cerita yang menggabungkan watak manusia dan binatang memberikan suatu hubungan yang unik antara dua jenis watak itu. Menggambarkan watak binatang dalam berbagai-bagai watak dan peranan agar dapat diterima dan dapat dijadikan suatu pengalaman yang positif dan menyeronokkan kepada pembaca. Kanak-kanak sering belajar tentang binatang dan kebiasaannya binatang-binatang itu daripada watak di dalam buku. Mereka ada kalanya membetulkan atau mempersoalkan sesuatu cerita apabila watak binatang itu tidak digambarkan seperti sifat-sifatnya yang sebenar. Walaupun ini berlaku, namun ia tidak mengurangkan keseronakan fantasi atau kisah-kisah binatang yang dimilikinya semasa dalam zaman awal kanak-kanak mereka. 2.2 Diolog Ibu Arnab:Nana masa sudah lewat, cepat bangun. Si Arnab Nana: Sudah bermula cuti sekolah, tidak ada sekolah saya nak tidur lagi. Ibu Arnab:Ya cuti sekolah sudah bermula, tahu tak Nana, tidur awal bangun awal baik untuk kesihatan. Si Arnab: Ibu masak apa ? saya sudah terhidu bau masakan ibu, lapar perut saya. 9 Ibu Arnab:Ibu buatkan roti bakar, untuk Nana, Nana pergi gosok gigi dulu, baru makan. Si Arnab: Saya makan dulu ibu, kemudian saya akan menggosok gigi. Ibu Arnab:Eh...eh..Nana tidak boleh kelakuan buruk begini tidak kebersihan untuk Nana. Si Arnab: Ibu, saya nak keluar main bersama kawan-kawan di padang. Ibu Arnab: Baik Nana, ingat jagan main sampai jadi pengotor. Si Aranab: Ibu saya dah balik, perut saya lapar, saya nak makan. Ibu Nana: Eh..eh Nana,jangan makan dulu! Pergi bersihkan badan yangpengotor dan tangan kamu. Si Arnab: Tak apalah ibu, saya akan cuci tangan selepas ini. Ibu Arnab: Tangan pengotor kita akan membawa kuman, boleh di bawa penyakit-nyakit. Si Arnab: Aiyo...sakitnya perut saya. Ibu Arnab: Apa terjadi sakit perut, mari ibu akan bawa kamu ke Klinik Jumpa Dortor. Doktor Beruang: Si Arnab masalah apa? Nampak muka sedih. Si Arnab: Doktor perut saya sakit. Doktor Beruang: Apa yang awak makan, ada jaga kebesihan anda? Si Arnab: Er..er..saya tidak cuci tangan, sebelum saya makan. Doktor Beruang: Itulah terjadi, tangan boleh di bawa kuman. Sebelum kita Menyentuh makanan pasti bersihkan tangan. Ibu Arnab: Itulah Nana tidak ambil nasihat ibu. Si Arnab: Ibu maafkan saya, mula sekarag saya akan jaga kebersihan sendiri. Doktor Beruang: Yang benar, kita semesti jaga kebersihan dan kesihatan. 3.0 Penyediaan Boneka atau pupet Pupet ini menggunakan konsep wayang kulit, ia berbentuk lengkap mempunyai tongkat seperti kayu di bahagian bawah pupet tersebut. Tongkat yang dipegang oleh pemain pupet untuk menggerak lakonkannya sama ada di bahagian tangannya.Bahan-bahan yang menyediaan adalah sekeping kertas putih, gunting, glue, pensel, kad tebal, krayon, , patang kayu, dan water color.Sedia kertas putih, guna pensel lukis dua ekor Arnab dan seekor Beruang, guna water color dan krayon warnakan pupet yang disediakan dan lekat di kad tebal selepas siap di sedia guntingkan pupet yang lekat di atas kertas tebal, dan gunakan. Kayu batang melekat di belakang pupet. 10 4.0 Rancangan Pelajaran Harian Komponen: Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu) Pendidikan Kerohanian dan Moral Kreativiti dan Estetika Kelas: Prasekolah Red Bean Tarikh: 30 octorber 2016 Masa: 9.30am – 10.00am pagi Bilangan Pelajar: 20 orang murid Tema : Kebersihan Kemahiran: (BM 1.0) Kemahiran mendengar (BM 1.1.12)Mengenal pasti dan membezakan intonasi suara tinggi dengan rendah, dan perlahan dengan kuat. (BM 2.4.1)Menceritakan perkara yang didengar menggunakan ayat Yang mudah. (BM2.5.1)main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa Yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan. (PFK3.1.5)Menggosok gigi dengan cara yang betul. (PFK3.1.6)Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri. Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat. 1. Melatih kanak-kanak mendengar dan memberi tumpuan buku satu perkara yang mudah. 2. Murid-murid digalakkan mendengar, menyebut huruf vokal dan menulis huruf vokal mengikut cara yang betul. 3. Kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis digabungjalinkan dalam satu pengajaran. 4.1 Persembahan cerita Boneka atau pupet 11 Untuk melaksanakan persembanhan boneka, guru perlu menyediakan skrip sama cerita. Selepas penulisan skrip, guru perlu sediakan boneka berdasarkan skrip yang ringkas untuk membuat persembahan. Seterusnya pembacaan skrip dan latihan menggeraklakonkan boneka dijalankan. Watak-watak yang tersenarai dalam cerita yang dipilih atau skrip yang ditulis. Guru mesti melakukan menyediakan cerita yang sesuai untuk kanak-kanak dan menyediakan pentas boneka untuk persembahan. Guru juga perlu fikiran keupayaan kanak-kanak di dalam bilik darjah kerana keupayaan setiap kanakkanak berbezaan. Guru perlu merancang persembahan boneka yang sesuai untuk semua kanak-kanak. Aktiviti bercerita boneka yang digunakan untuk kanak-kanak melakonkan watakwatak cerita, pada masa bersekolah, bilangan murid-murid sebanyak 20 orang Kanak-kanak. Kemahiran dan bakat dalam bercerita adalah berbeza bagi setiap individu. Ia sangat penting lebih-lebih lagi dalam memberikan sesuatu pengajaran yang berguna khususnya kepada kanak-kanak. Melalui pembaca buku secara kuat kepada kanak-kanak merupakan proses belajar membaca. Penggunaan suara adalah sangat penting dan berkesan. Kemahiran ini boleh dikuasai melalui latihan, pemerhatian dan amalan. Sebagai permulaan, guru boleh menggunakan pelbagai nada suara sama ada suara yang tinggi, suara yang sederhana atau suara bernada rendah atau lembat. Malah guru juga dapat memberhentikan sejenak sesuatu cerita yang dibaca supaya dapat membuatkan kanak-kanak berfikir tentang apa yang sebenarnya berlaku buat satu ketika. Membaca dengan lampat pula dapat membantu kanak-kanak menggunakan daya imaginasi mereka untuk terus menikmati cerita itu. 4.0.1 Susun Atur Pelajaran Susun atur Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah 12 lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Aktiviti boneka, guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru 13 boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. 5.0 Cadangan Meningkatkan Bahasa Boneka mempunyai satu daya tarikan yang istimewa. Ia mempunyai semangat yang ajaib untuk meningkatkan dan memberangsangkan kanak-kanak untuk belajar. Boneka sering digunakan dalam aktiviti berbahasa dan berkomunikasi di prasekolah. Ia digunakan untuk kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan mengembangkan pemikiran kanak-kanak. Boneka dapat melatih kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak dengan berkesan. Boneka boleh digunakan untuk set induksi, langkah pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti yang dirancang oleh guru melibatkan kanak-kanak dengan menggunakan boneka. Objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai dramatika kreatif. Ia adalah penting untuk perkembangan bahasa dan komunikasi kanakkanak di prasekolah. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran bahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar dalam aktiviti dramatika kreatif. Selain itu, ia juga penting untuk perkembangan kreativiti dan imaginasi kanakkanak di peringkat prasekolah. 6.0 Kesimpulannya Sistem suatu bahasa dan nilai-nilai kesusilaan bahasa dalam konteks sosiobudaya masyarakat penutur bahasa. Tentang nilai-nilai ketatasusilaan bahasa amat penting untuk mewujudkan keharmonian. Perbezaan dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa. Memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut supaya boleh bertindak dengan betul dan tepat bersesuaian dengan mesej yang diterimanya. Komunikasi yang baik dapat ditingkatkan dengan menggunakan pelbagai kaedah persembahan yang menarik adalah melalui aktiviti bercerita. Mendengar adalah aktiviti 14 aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Apabila penggunaan puppet atau boneka untuk kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan membantu kanak-kanak menggunakan daya imginasi, mengembangkan pemiliran kanak-kanak. 15

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

GANGGUAN PICA(Studi Tentang Etiologi dan Kondisi Psikologis)

4 75 2