Istihsan Menurut Pandangan Ulama Klasik

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN
ULAMA KLASIK DAN
KONTEMPORARI
Disediakan Oleh:
Mohd Hafiz Jamaludin
Calon Sarjana
Jabatan Syariah Dan Undang-undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Pembentangan di:
International Conference on Research in Islamic law 2009 (ICRIL 09)
15 Julai 2009
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

PENDAHULUAN
 Istihsan merupakan salah satu sumber hukum

syarak yang menjadi perbahasan para ulama usul
fiqh. Istihsan diketegorikan sebagai dalil yang tidak
sepakati oleh sekelian ulama untuk digunakan

sebagai sumber hukum. Takrif-takrif yang
dikemukakan oleh para ulama berkenaan istihsan
sangat banyak dan berbeza-beza. Sungguhpun
begitu, terdapat titik persamaan yang dapat
dikenalpasti agar kita dapat menggunakan satu
takrif yang paling tepat untuk diaplikasikan di
dalam penyelesaian hukum syarak di masa kini.

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Di

dalam perbentangan ini, penyelidik akan
mengemukakan takrif-takrif yang dibawa oleh para
ulama Hanafiah yang menjadi pendokong kuat bagi
dalil ini. Penyelidik juga akan mengemukakan takriftakrif daripada golongan selain hanafiah untuk
melihat takrif istihsan dari sudut pandangan mereka
pula. Seterusnya penyelidik akan melihat takriftakrif terkini berkenaan Istihsan daripada ulamaulama masa kini untuk membuat perbandingan
dengan takrif ulama-ulama terdahulu. Di

penghujung perbentangan ini, penyelidik akan
membuat kesimpulan tentang takrif yang paling
sesuai dan paling tepat untuk diaplikasikan
penggunaan istihsan sebagai salah satu sumber bagi
mengeluarkan hukum syarak.
©Mohd Haَiz Jamaludin

TAKRIF ISTIHSAN MENURUT
PANDANGAN ULAMA KLASIK
 Al-Nasafi

 Sadr al-Syari ah
 Al-Sarakhsi
 Al-Jassas

 Ibn al-Hajib

 Siraj al-Din al-Armawi

 Ibn Qudamah

 Al-Syatibi

©Mohd Haَiz Jamaludin

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI ALNASAFI
 Nama bagi satu dalil yang bertentangan dengan






Qiyas Jali.
Dalil yang bertentangan dengan qiyas jali ialah
Nas, Ijma , Darurat ataupun Qiyas Khofi.
Istihsan dengan Nas seperti Akad Salam.
Istihsan dengan Ijma seperti Akad Istisna
Istihsan dengan Darurat seperti masalah
kesucian perigi yang terkena najis.
Istihsan dengan Qiyas Khofi seperti masalah

lebihan minuman burung liar.
©Mohd Haَiz Jamaludin

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI SADR
AL-SYARIAH.
 Dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jaliy yang

terlebih dahulu sampai kefahamannya.
 Terlebih
dahulu
sampai
kefahamnnya
bermaksud
apabila
dipersoalkan
satu
permasalahan kepada mufti, dalil dengan
menggunakan qiyas jaliy ini akan terlebih dahulu
sampai ke fikiran mufti kerana zahir dan jelasnya
qiyas tersebut daripada dalil-dalil yang lain.

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Istihsan

dianggap hujah di sisi golongan
Hanafiah kerana ia telah sabit dengan dalil-dalil
yang sememangnya dianggap sebagai hujah
dengan ijma .
 Istihsan akan terjadi sama ada dengan athar
(Quran dan Sunnah) seperti akad salam, ijarah
(sewa) dan kekal puasa bagi orang yang makan
atau minum secara terlupa ataupun dengan Ijma
seperti akad istisna , ataupun dengan darurat
seperti sucinya telaga-telaga dan perigi-perigi,
ataupun dengan Qiyas Khafiy .
©Mohd Haَiz Jamaludin

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI ALSARAKHSI (BAHAGIAN PERTAMA)


 Al-Sarakhsi

membahagikan istihsan berdasarkan
penggunaan para fuqaha kepada dua bahagian

1) Beramal dengan ijtihad dan pendapat yang paling banyak
ketika mentaqdirkan perkara-perkara yang Syarak telah
wakilkan kepada kita untuk menetapkan kadar-kadarnya
Seperti Mut ah yang tersebut di dalam Quran di dalam
surah al-Baqarah ayat 236, Allah Taala mewajibkan kadar
mut ah tersebut berdasarkan senang dan susahnya
suami dengan syarat mengikut pendapat uruf. Di sini kita
dapat memahami bahawasanya yang dimaksudkan
dengan istihsan ialah pendapat yang paling ramai.
©Mohd Haَiz Jamaludin

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI ALSARAKHSI (BAHAGIAN KEDUA)
2)

Dalil yang bertentangan dengan qiyas zahir yang terlebih

dahulu sampai kefahamannya sebelum dikaji dengan
lebih teliti. Walaubagaimanapun, selepas dikaji dengan
lebih teliti dan dibuat perbandingan di antara masalah
tersebut dan masalah-masalah yang mempunyai
persamaan dengannya, jelaslah bahawa dalil yang
bertentangan dengan qiyas jauh lebih kuat. Oleh itu
beramal dengan istihsan ketika ini hukumnya adalah
wajib

 Sebab dinamakan dalil ini dengan istihsan ialah untuk

membezakan di antara dalil istihsan dan dalil zahir yang
terlebih dahulu sampai kefahaman dalam diri mujtahid
sebelum diteliti. Dengan lain perkataan, hukum yang
baru ini dipilih dengan ditinggalkan hukum yang zahir
kerana hukum ini lebih baik (mustahsan) dan dalilnya
lebih kuat.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN

 Al-Sarakhsi juga meyebut bahawa istihsan kadang-

kadang berlaku dengan nas, kadang-kadang dengan
ijma dan kadang-kadang dengan darurat.
 Beliau juga membezakan di antara istihsan dengan nas,
ijmak atau darurat, dan antara istihsan dengan qiyas
khofi.
 Istihsan dengan qiyas khofi tidak akan terhad pada
hukum tertentu bahkan dia juga boleh diaplikasikan pada
hukum yang lain (ta diyah). Ini adalah disebabkan qiyas
khofi sekalipun dikhususkan dengan nama istihsan,
tetapi ia masih tidak terkeluar daripada qiyas syar ie.
Maka hukum istihsan (dengan qiyas khafiy) ialah ta diah
sepertimana qiyas-qiyas yang lain.
 Manakala istihsan dengan nas, ijmak atau darurat hanya
terhad bagi masalah yang tertentu sahaja dan tidak
boleh diaplikasikan pada masalah-masalah yang lain
kerana nas tidak menerima ta diah
©Mohd Hafiz Jamaludin


ISTIHSAN DI SISI AL-JASSAS
(BAHAGIAN PERTAMA)

 Al-Jassas

menyebut
bahawasanya
terkandung di dalam dua perkara :-

istihsan

1) Menggunakan ijtihad dan pendapat ramai untuk
menetapkan kadar-kadar yang telah diwakilkan
kepada kita untuk menetapkannya, seperti kadar
mut ah bagi perempuan yang ditalak.
Makna istihsan yang pertama ini tidak menjadi
perselisihan di kalangan ulama dan tidak ada
seorang ulama yang berselisih pendapat tentang
keharusannya.
©Mohd Haَiz Jamaludin


ISTIHSAN DI SISI AL-JASSAS
(BAHAGIAN KEDUA)
2) Meninggalkan qiyas kepada dalil yang lebih
utama daripadanya.
 Makna yang kedua ini mempunyai dua
bahagian:i) Satu masalah furu yang mempunyai persamaan
dengan dua asal. Oleh itu, masalah furu ini
hendaklah diserupakan dengan salah satu
daripada dua asal tadi berdasarkan dalil yang
menyokongnya.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Masalah : Seorang lelaki berkata kepada isterinya jika

kamu haid maka kamu aku talak , lalu isterinya berkata
aku telah haid .
 Qiyas (asal yang pertama) : Perkataan perempuan tidak
diterima dalam masalah-masalah talak yang lain.

 Istihsan (asal yang kedua) : Perkataan perempuan boleh
diterima apabila dia berkata : aku telah datang haid
dan haram bagi suami menyetubuhi isteri ketika ini.
Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 228
berbunyi :
‫ح ِم ِ ن‬
ِ َ‫َ ا ي‬
َ َ‫خل‬
َ ‫ن َم‬
َ ‫ق ه في أَ ْر‬
َ ْ ‫حل لَ ن أَ ْ يَ ْكت‬
 Para ulama Hanafiyyah memilih asal yang kedua kerana
dalil yang menyokong bagi asal yang kedua ini lebih kuat
daripada asal yang pertama.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
ii) Takhsis hukum serta wujud illah.
 Takhsis hukum serta wujud illah berlaku apabila
kita mewajibkan satu hukum kerana satu sifat
yang dinamakan illah.
 Apabila kita telah menghukumkan bahawasanya
sifat ini merupakan illah bagi satu hukum,
menjadi kewajipan untuk kita menggunakan
hukum tersebut apabila wujudnya sifat ini.
 Melainkan, sekiranya ada dalil lain yang
menunjukkan bahawasanya hukum ini tidak
boleh digunakan sekalipun wujud illahnya.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Dalil yang lain ini disebut sebagai mani iaitu

penghalang.
 Ketika wujudnya mani , maka wajiblah
dihukumkan dengan hukum yang lain yang
bukan berdasarkan illah sebelumnya.
 Oleh itu, meninggalkan hukum (kerana wujud
mani ) sedangkan illah masih wujud, dinamakan
juga oleh ulama hanafiah sebagai istihsan.
 Hukum yang ditinggalkan ini kadang-kadang
dengan nas, kadang-kadang dengan ijma dan
kadang-kadang dengan qiyas.
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI IBN ALHAJIB
 Ibn al-Hajib mendatangkan lima takrif bagi

istihsan.
 Takrif-takrif ini telah dikategorikan oleh alQadi al- Idid kepada dua bahagian. Takrif
yang diterima oleh sekelian ulama dan takrif
yang ditolak oleh sekelian ulama.

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN (TAKRIF PERTAMA)
1) Dalil yang berada di dalam diri mujtahid tetapi
dia tidak mampu untuk mengungkapkan dalil
tersebut
 Jikalau dalil yang berada di dalam diri mujtahid
ini sememangnya wujud di dalam dirinya, maka
dia wajib beramal dengan dalil tersebut secara
ittifaq .
 Tetapi sekiranya takrif ini bermaksud mujtahid
ini dalam keadaan syak atau ragu pada
kewujudan dalil ini, maka dalil ini ditolak secara
ittifaq
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN (TAKRIF KEDUA, KETIGA
DAN KEEMPAT)
2) Berpaling daripada qiyas kepada qiyas yang
lebih kuat.
3) Takhsis qiyas dengan qiyas yang lebih kuat.
4) Berpaling kepada hukum yang bertentangan
dengan bandingannya kerana dalil yang lebih
kuat
 Ketiga-tiga takrif ini diterimapakai oleh sekelian
ulama.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN (TAKRIF KELIMA)
5) Berpaling daripada hukum yang berdasarkan satu dalil
kepada kepada hukum yang bersandarkan kepada
adat kerana maslahat manusia.
 Sekiranya dalil yang lain itu ialah adat yang diterima

kerana berlaku pada zaman Nabi, maka dalil ini sabit
dengan sunnah, atau kerana berlaku pada zaman
sahabat serta para sahabat tidak ingkar, maka hukum
ini sabit dengan ijma atau sekiranya dalil yang lain itu
ialah nas atau qiyas yang tergolong daripada dalil-dalil
yang sabit kehujahannya, maka hukum itu sabit
dengan dalil-dalil tersebut.
 Tetapi sekiranya hukum ini sabit dengan dalil-dalil
yang lain yang tidak disabitkan kehujahannya, maka
dalil ini ditolak tanpa khilaf
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI SIRAJ AL-DIN
AL-ARMAWI

 Siraj al-Din al-Armawi menerimapakai takrif

yang dinaqalkan daripada Abu al-Husayn alBasri.
 Istihsan menurut beliau ialah meninggalkan
salah satu pendapat daripada pendapatpendapat yang hasil daripada ijtihad, yang tidak
merangkumi (semua pendapat-pendapat tadi)
secara syumul lafaz kerana wujud dalil yang lebih
kuat dan dalil ini seolah-olah baru datang ke atas
dalil bagi pendapat yang pertama
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Siraj al-Din al-Armawi menegaskan bahawa

khilaf di antara golongan Syafi iyyah dan
Hanafiah ialah khilaf dari sudut makna bukan
khilaf daripada sudut lafaz semata-mata.
 Beliau berhujah sekiranya satu hukum
ditinggalkan pada masalah istihsan tetapi
diamalkan hukum tersebut pada masalah yang
lain, ini merupakan hakikat takhsis illah,
sedangkan takhsis illah di sisi Syafi iyyah dan
jumhur ulama adalah perkara yang dilarang.
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI IBN QUDAMAH
 Ibn Qudamah telah memilih satu takrif yang

terbaik untuk istihsan setelah
mengkritik takrif-takrif sebelumnya.
 Takrif

beliau

terbaik tersebut ialah berpaling
daripada
menghukumkan
masalah
berdasarkan bandingannya kerana wujud
dalil syarak yang khas.
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI AL-SYATIBI
 Al-Syatibi

mendatangkan

tiga

takrif

bagi

istihsan.

1) Mengambil dengan maslahah juz iyyah yang
bertentangan dengan dalil kulli.
2) Mengutamakan untuk meninggalkan kehendak
dalil dengan cara pengecualian atau rukhsah
(kemudahan).
3) Beramal dengan dalil yang paling kuat daripada
dua dalil.
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN
ULAMA KONTEMPORARI
 Abd al- Aziz Abd al-Rahman bin Ali al




Rabi ah
Mustafa Ahmad Zarqa
Abdullah Rabi Abdullah Muhammad
Muhammad Ali Muhammad al-Salihim
Usamah al-Hamawi

©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI ABD AL- AZIZ
ABD AL-RAHMAN BIN ALI ALRABI AH
 Berpaling daripada hukum yang dituntut oleh

satu dalil syarak, kepada satu hukum yang
lain, kerana wujud dalil syarak yang lain yang
menuntut kepada pemalingan ini. Dalil syarak
yang menuntut kepada pemalingan ini
disebut sebagai sandaran/dalil bagi istihsan .
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Beliau membahagikan istihsan kepada 3

bahagian :1) Berpaling daripada tuntutan qiyas zahir
kepada tuntutan qiyas khafiy.
2) Berpaling daripada tuntutan nas yang am
kepada hukum yang khas.
3) Berpaling daripada hukum kulliy kepada
hukum pengecualian.

©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI MUSTAFA AHMAD
ZARQA

 Memalingkan

satu permasalahan daripada
hukum permasalahan-permasalahan lain yang
serupa dengannnya kepada hukum yang lain
kerana wujud dalil yang kuat menuntut kepada
pemalingan ini.
 Beliau membahagikan istihsan berdasarkan illah
yang membezakan permasalahan istihsan
daripada permasalahan qiyas kepada 2 bahagian
:1) Istihsan Qiyasi
2) Istihsan Darurat
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN

 Beliau mengkritik pembahagian istihsan kepada 4

bahagian sepertimana yang dilakukan oleh para ulama
Hanafiyyah. Beliau tidak bersetuju dengan 2 bahagian
pertama iaitu Istihsan dengan Sunnah dan Istihsan
dengan Ijma . Hujah beliau ,hukum-hukum yang sabit
berdasarkan Istihsan Sunnah dan Istihsan Ijma pada
hakikatnya sabit dengan Sunnah dan Ijma itu sendiri
bukan dengan qiyas ataupun istihsan.
 Maksud istihsan yang sebenar ialah berpaling mujtahid
daripada hukum yang berdasarkan qiyas. Sedangkan
qiyas hanya harus digunakan apabila tidak wujud dalil
tasyri yang lebih kuat. Al-Quran, Sunnah dan Ijma
merupakan sumber hukum syarak yang utama dan
ketiga-tiganya tetap didahulukan daripada qiyas. Oleh
itu, tiada ruang bagi qiyas ataupun istihsan melainkan
bagi permasalahan yang tidak mempunyai dalil
daripada ketiga-tiga sumber di atas.
©Mohd Hafiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI ABDULLAH RABI
ABDULLAH MUHAMMAD

 Beliau menggunakan takrif Abu al-Hasan al-

Karkhi kerana menurut beliau takrif ini ialah
takrif
terbaik
bagi
istihsan
yang
menghimpunkan semua bahagian-bahagian
istihsan.
 Takrif tersebut ialah: Memalingkan satu
permasalahan daripada hukum permasalahanpermasalahan lain yang serupa dengannnya
kepada hukum yang lain kerana wujud dalil yang
kuat.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Takrif ini telah menggambarkan istihsan dalam

gambaran terbaik dan menunjukkan perbezaan di
antara istihsan dan maslahah mursalah. Takrif ini
menegaskan bahawasanya istihsan menuntut setiap
permasalahan yang dihukumkan berdasarkan
istihsan hendaklah mempunyai permasalahan yang
serupa dengannya tetapi dihukumkan dengan
hukum
yang
lain.
Permasalahan
istihsan
dihukumkan dengan hukum yang lain daripada
permasalahan-permasalahan yang sama dengannya
ialah disebabkan wujud sebab yang menghendaki
perbezaan tersebut, tetapi tidak wujud pada
permasalahan-permasalahan yang lain.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Ini

berbeza dengan permasalahan yang
dihukumkan berdasarkan maslahah mursalah,
kerana ia tidak mempunyai permasalahanpermasalahan yang serupa dengannya dan
dihukumkan dengan hukum yang berbeza
dengan permasalahan maslahah mursalah.
Permasalahan
maslahah
juga
bukanlah
pengecualian daripada kaedah umum dan bukan
juga pemalingan daripada hukum yang
dikehendaki oleh qiyas.

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Sekalipun

para ulama berbeza-beza dalam
mentakrifkan istihsan, mereka bersepakat bahawa
tidak harus memalingkan satu permasalahan
daripada hukum yang dikehendaki oleh qiyas atau
dalil-dalil yang lain melainkan jika wujud sebab yang
lebih kuat untuk diambil kira dan lebih tepat bagi
menempati makna yang dikehendaki oleh syariat
secara umum seperti melaksanakan kemaslahatan,
menolak kerosakan, mengangkat kesusahan dan
menghalang kemudaratan. Hukum istihsan mestilah
bersandarkan dalil fiqh yang tepat dan dalil ini
hendaklah lebih rajih di sisi ulama yang memalingkan
permasalahan ini daripada bandingan-bandingannya
yang lain. Dalil inilah yang digelarkan sebagai istihsan.
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI MUHAMMAD
MUHAMMAD AL-SALIHIM

ALI

 Meninggalkan satu hukum kepada hukum yang

lebih utama berdasarkan pendapat yang
menuntut keringanan dan menjelaskan tentang
wujudnya kesusahan sekiranya disamakan
hukum permasalahan ini dengan bandinganbandingannya yang lain.
 Sebelum beliau mendatangkan takrif ini beliau
menyebut
bahawasanya
terdapat
titik
persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif
yang dikemukakan oleh ulama-ulama terdahulu.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Titik persamaan ialah kebanyakan takrif-takrif

yang dikemukakan menggunakan istilah
meninggalkan atau memalingkan .
 Titik perbezaaan ialah dalil yang menyebabkan
berlaku pemalingan ini kadang-kadang disebut
maslahah sahaja ataupun qiyas sahaja. Takrif
yang menggunakan istilah dalil yang lebih kuat
merupakan takrif yang umum dan merangkumi
semua bahagian-bahagian istihsan.
©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Walaubagaimanapun takrif yang dikemukan oleh

oleh para ulama usul fiqh tidak menyebutkan
perkara yang paling penting tentang istihsan.
Mereka tidak menyatakan secara jelas perkara yang
menjadi titik persamaan bagi sekelian permasalahan
istihsan iaitu meringankan dan mengangkat
kesusahan melainkan sebahagian takrif yang
dikemukakan oleh ulama malikiyyah. Sekiranya dua
perkara ini merupakan perkara paling penting di
dalam istihsan, ia sepatutnya dinyatakan secara jelas
di dalam takrif.
 Berdasarkan sebab-sebab ini, beliau mengeluarkan
satu takrif istihsan yang merangkumi semua unsurunsur yang disebutkan di atas.
©Mohd Haَiz Jamaludin

ISTIHSAN DI SISI USAMAH
AL-HAMAWI
 Beramal

dengan dalil yang bertentangan
dengan qiyas jaliy yang terlebih dahulu sampai
kefahamannya ataupun qiyas am dengan
makna kaedah yang umum.
 Takrif ini diterima oleh Usamah al-Hamawi
kerana ia merangkumi sekelian bahagianbahagian istihsan.
 Dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy ini
sama ada nas, ijma , qiyas ataupun darurat.

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Masalah-masalah istihsan sentiasa menuntut

perbandingan di antara masalah-masalah
juz iyyat daripada kaedah yang kulliyyah,
supaya jelas di sana permasalahanpermasalahan yang memerlukan pemalingan
daripada hukum yang berdasarkan kaedahkaedah kulliyyah. Oleh itu, istihsan juga
bermaksud pengecualian bagi masalah yang
juz i yang bertentangan dengan dalil kulli.

©Mohd Haَiz Jamaludin

KESIMPULAN
 Takrif-takrif

para ulama hanafiah banyak
menggunakan perkataan dalil bagi makna
istihsan tanpa menerangkan gambaran dalil
istihsan itu sendiri.
 Hanya
al-Jassas
menggunakan
istilah
meninggalkan bagi menggambarkan makna
istihsan.
 Semua takrif ini juga menerangkang istihsan
ialah dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Takrif-takrif

ulama
selain
Hanafiyyah
kebanyakannya menaqal takrif-takrif para ulama
Hanafiyyah sebelumnya.
 Sebahagian takrif cuba mengeluarkan nasakh
dan takhsis daripada makna istihsan.
 Ibn Qudamah menggunakan istilah berpaling
daripada bandingan
 Al-Syatibi pula menggunakan istilah maslahah ,
rukhsah dan pengecualian

©Mohd Haَiz Jamaludin

SAMBUNGAN
 Takrif-takrif kontemporari cuba membezakan

istihan daripada maslahah, mencari titik
persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif
ulama terdahulu.
 Takrif kontemporari juga cuba menyebutkan
perkara yang penting di dalam istihsan iaitu
memberi keringanan, menolak kesusahan dan
membuat perbandingan.
 Terdapat takrif kontemporari yang menolak
istihsan dengan nas dan istihsan dengan ijma .
©Mohd Haَiz Jamaludin

PENUTUP
 Sekiranya kita menggabungkan takrif Muhammad

Ali muhammad al-Salihim dan Usamah al-Hamawi
kita akan mendapat takrif yang menghimpunkan
sekelian ciri-ciri dan bahagian-bahagian istihsan.
 Oleh itu, kita boleh menakrifkan istihsan seperti
berikut :
Meninggalkan satu hukum yang berdasarkan qiyas
jaliy ataupun qiyas am kepada hukum yang lebih
utama daripadanya dengan tujuan untuk menuntut
keringanan dan mengangkat kesusahan .

©Mohd Hafiz Jamaludin

‫ه تع لى أعلم ب لصوا‬
Sekian, Terima Kasih.