CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHA

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia

CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHASA DUNIA
Juliana Osong¹ (Ph.D), George, T.², Tengku Zahiri Tengku Abd Wahab³,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
88805 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Corresponding author: juliana.osong@ipgm.edu.my
Abstrak
Bahasa jiwa bangsa. Bahasa merupakan alat komunikasi dalam masyarakat, di
samping menjadi cermin kehidupan sesebuah bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu
menjadi jiwa bangsa Melayu. Sehubungan itu, kertas ilmiah ini bertujuan untuk
membicarkan tentang kedudukan bahasa Melayu dari aspek (i) penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, dan bahasa sosial,
(ii) relevansi penggunaanya, dan (iii) keupayaan bahasa Melayu untuk menjadi
bahasa antarabangsa. Senerio semasa menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh
bahasa Melayu untuk menjadi bahasa utama di institusi pengajian tinggi, IPTA dan
IPTS semakin sukar berbanding bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Melayu
menduduki tempat ke-enam dalam senarai jumlah penutur paling ramai di dunia,
namun bahasa Melayu tidak tersenarai dalam 10 bahasa yang paling meluas
penggunaannya dalam bidang ekonomi, sosial dan perundangan serta politik
antarabangsa. Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menetapkan

bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi
Persekutuan namun peranan bahasa Inggeris masih mengatasi peranan bahasa
Melayu. Tidak dinafikan terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan
bahasa Melayu, namun perkembangan bahasa Melayu semakin diuji dengan badai
globalisasi, liberalisasi dan pengaruh modenisasi yang semakin sukar. Ini jelas
apabila sehingga hari ini bahasa Melayu masih belum mempunyai satu kerangka
standard bahasa Melayu (KSBM) yang boleh digunakan secara piawai di seluruh
dunia berbanding bahasa Inggeris yang mempunyai 'Common European Framework
of Reference for Languages (CEFR)', iaitu piawai antarabangsa untuk menerangkan
keupayaan berbahasa penutur bahasa Inggeris.
Kata Kunci: Bahasa Dunia, Bahasa Melayu, Kerangka Standard Bahasa Melayu,
CEFR

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
1

Pengenalan

Bahasa dunia merupakan bahasa yang dituturkan di peringkat antarabangsa dan
dipelajari oleh ramai orang sebagai bahasa kedua. Penentuan sesuatu bahasa untuk

menjadi bahasa dunia ditentukan berdasarkan jumlah penutur, taburan lokasi
geografi dan hubungan diplomatik. Manakala bahasa Melayu pula merupakan bahasa
Melayu-Polinesia di bawah keluarga Austronesia yang digunakan secara meluas di
negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak 1,000
tahun yang lampau (Noresah Baharum dalam Kamus Dewan Edisi ke empat, 2007).
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Singapura.

Ianya juga ditutur oleh penduduk Melayu di Selatan

Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Bahasa Melayu
di negara Indonesia dikenali sebagai bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan
kesatuan bangsa Indonesia, iaitu Sumpah Pemuda pada tahun 1928 (Hassan Ahmad,
2007). Manakala di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami
sebarang perubahan nama. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di negara Brunei
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959. Di
Singapura pula, Bahasa Melayu mengekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan
walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu Bahasa Inggeris, Cina,
India dan Melayu [CITATION Sin14 \l 1033 ].
Berbeza keadaannya di Malaysia apabila wujud kekeliruan dalam kalangan

rakyat negara ini mengenai nama yang digunakan untuk bahasa kebangsaan secara
tepat dan muktamad disebabkan oleh kekerapan perubahan istilah Bahasa Melayu
kepada 'Bahasa Malaysia' kemudiannya 'Bahasa melayu' pada tahun 1986. Pada 4
Jun 2007 sekali lagi kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menggunakan
'Bahasa Malaysia' dan mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat
pengajian tinggi menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia dalam semua urusan suratmenyurat, notis dan dokumen. Seterusnya pada 5 November 2007, Menteri
Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa
penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad. Keadaan ini
mengelirukan kerana tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia
dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu 'Bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu' (Percetakan Negara, 1983).

2

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
2

Latar Belakang Penggunaan Bahasa Dunia

Menurut Summer Institute of Linguistics (SIL) International and Internet World

Stats, Bahasa Melayu berada dalam senarai 10 bahasa utama dunia yang mempunyai
bilangan penutur paling ramai (Pusat Bahasa Al-Azhar, 2013), dan menduduki
tangga kelapan sebagai bahasa utama paling banyak digunakan di laman sesawang
[ CITATION Utu16 \l 1033 ]. Akhbar Sinar Harian (2014) melaporkan terdapat lebih
300 juta penutur bahasa Melayu di dunia, manakala Awang Sariyan (2013),
menyatakan penutur bahasa Melayu adalah sejumlah 350 juta di peringkat
antarabangsa.
Kajian terkini menjelaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu berada di
kedudukan ke-enam sebagai bahasa yang paling banyak penuturnya di dunia
[ CITATION Adi17 \l 1033 ]. Namun begitu, bahasa Melayu masih tidak tersenarai
dalam 10 bahasa yang paling meluas penggunaannya sebagai bahasa ekonomi,
bahasa Sains & Teknologi, bahasa bahasa sosial dan bahasa ilmu serta perundangan
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1
Senerio Kedudukan Bahasa Melayu di Dunia
Bil.
1

Fungsi Bahasa
Bahasa

pertuturan

Jumlah Penutur (Juta)
Bahasa Cina - 955 (PJ); 194 (BPJ)
Bahasa Inggeris - 360 (PJ); 604 (BPJ)
Bahasa Melayu - 77; 170 - Bahasa Indonesia = 247

2

Bahasa Dagang

Didahului dengan Bahasa Inggeris, Bahasa
Sepanyol, Bahasa Cina, Bahasa Arab...

3

Bahasa Ilmu

4


Bahasa Akhbar
& Majalah

Bahasa Inggeris (21.8%), Bahasa Cina (11%),
Bahasa Jerman (9.2%)...
Bahasa Inggeris (62.5%), Bahasa Sepanyol (6.9%),
Bahasa Jerman (5.9%), Bahasa Cina (3.8%)...

5

Bahasa Jurnal
Ilmiah

Bahasa Inggeris (45.2%), Bahasa Jerman (11%),
Bahasa Cina (6.5%), Bahasa Sepanyol (5.6%)...

6

Bahasa Internet


Bahasa Inggeris (56%), Bahasa Jerman (7.7%),
Bahasa Perancis (5.6%), Bahasa Jepun (4.9%)...

7

Bahasa Filem &
Video

Bahasa Inggeris (34.9%), Bahasa Sepanyol (5.1%),
Bahasa Jerman (3.7%), Bahasa Perancih (3.3%)...

* PJ = Penutur jati

* BPJ = Bukan Penutur jati

Sumber: KSBM [ CITATION Adi17 \l 1033 ]

3

Kedudukan

Bahasa Melayu
menduduki tempat
ke-enam dalam
senarai jumlah
penutur dunia.
Bahasa Melayu
tidak dalam
senarai 10 bahasa
yang paling
meluas
penggunanya
dalam
melaksanakan
fungsinya.

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
Berdasarkan sorotan literatur menunjukkan bahawa bahasa yang paling ramai jumlah
penuturnya ialah bahasa Cina, iaitu kira-kira satu per lima (1/5), penduduk di bumi
bertutur dalam bahasa Cina sebagai bahasa ibunda. Negara China sendiri mempunyai
jumlah penduduk sekitar 1.3 bilion dengan Mandarin merupakan bahasa rasmi

negara China. Pada masa yang sama bahasa Mandarin juga merupakan bahasa rasmi
di beberapa buah negara dan organisasi antarabangsa di dunia, menjadikan jumlah
penutur bahasa Cina di dunia seramai 1.6 bilion (Pusat Bahasa Al-Azhar, 2013; Adi
Badiozaman Tuah, 2017).
Seterusnya tangga kedua diduduki oleh bahasa Inggeris. Kajian menunjukkan
sekitar 500 juta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, dan lebih
kurang 800 juta orang yang menjadikannya bahasa kedua, menjadikan jumlah
penutur bahasa Inggeris ialah lebih kurang 1.3 bilion orang di seluruh dunia
[ CITATION Dav97 \l 1033 ]. Bahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya
dengan adanya teknologi internet dan media antarabangsa. Didakwa bahawa
sebanyak 53 buah negara dan 10 organisasi antarabangsa mengunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan masing-masing
[ CITATION Pus \l 1033 ].
Bahasa Arab (fusaha), turut menjadi bahasa dunia disebabkan oleh faktor
faktor peluasan agama Islam yang membawa sama bahasa Arab ke seluruh Timur
Tengah, utara Afrika dan negara yang mempunyai penduduk yang beragama Islam di
luar dunia Arab. Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan
merupakan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an dengan jumlah penutur seramai
ialah lebih kurang 300 juta orang.

Manakala dunia Eropah, melihat kepada perkembangan tiga bahasa, iaitu
bahasa Jerman, bahasa Sepanyol dan bahasa Perancis. Bahasa Jerman menjadi
bahasa ‘lingua franca’ di sebahagian besar benua Eropah, terutama Empayar Rom
Kudus dan kemudian Empayar Austro-Hungary. Bahasa Jerman menjadi bahasa
kedua terpenting di bahagian Tengah dan Timur Eropah dan dalam kalangan
masyarakat saintifik antarabangsa. Terdapat lebih kurang 90 juta penutur (16% dari
keseluruhan penduduk Eropah) menggunakan bahasa Jerman sebagi bahasa ibunda
mereka dan jika mengambil kira penutur bahasa ini di Argentina selatan dan
masyarakat Amish di Amerika syarikat, jumlah keseluruhan yang dicatatkan ialah
seramai 135 juta. Bahasa Jerman digunakan di negara Jerman, negara Austria,
4

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
sebahagian dari Swiss, Luxembourg, Lichtenstein, beberapa bandar di Ceko,
Hungaria, Polandia, Denmark dan Belanda. Sejarah pernah mencatatkan yang bahasa
Jerman pernah menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan di akhir abad ke-19.
Bahasa kedua yang berkembang pesat di benua Eropah ialah bahasa
Sepanyol. Ianya telah tersebar luas hasil daripada penjajahan Sepanyol di Amerika
Tengah, Amerika Selatan dan sedikit di Filipina. Bahasa Spanyol merupakan bahasa
keempat yang paling banyak digunakan di dunia dengan jumlah penutur disekitar

500 juta orang di dunia, dan mengambil kira penutur yang menggunakan bahasa
Sepanyol sebagai bahasa kedua menjadikan jumlah penutur bahasa ini seramai 600
juta orang. Rekod semasa menunjukkan majoriti penutur bahasa Spanyol berada
di Amerika Latin dengan jumlah penutur di sekitar 400 juta orang [ CITATION
Pus \l 1033 ].
Bahasa terakhir yang dirujuk dalam kajian ini ialah bahasa Perancis, yang
dianggap sebagai bahasa diplomatik dan meletakkan bahasa Perancis sebagai bahasa
dunia. Bahasa Perancis (le français, la langue française) adalah salah satu bahasa
penting dari kelompok bahasa Roman. Bahasa Perancis berada pada tangga ke-11
sebagai bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia dan sehingga tahun 1999,
bahasa ini dituturkan oleh lebih dari 77 juta penduduk di dunia sebagai bahasa
ibunda dan seramai 128 juta penutur sebagai bahasa kedua. Bahasa Perancis juga
adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) selain bahasa
Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.
Berbalik kepada kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu yang berada
di kedudukan ke-enam dalam senarai bahasa yang paling banyak penuturnya di
dunia. Bahasa Melayu telah diperkenalkan dan dipelajari oleh orang Cina seawal
kurun ke-15, apabila dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing
termasuk

bahasa

Melayu

[

CITATION

Sin14

\l

1033

].

Pada

awal

tahun 2004, Dewan Bahasa & Pustaka dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
(MABBIM) pernah mencadangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
Asean memandangkan lebih separuh jumlah penduduk Asean mampu bertutur
dalam bahasa Melayu, (Utusan Online, 2016; Wikipedia Ensiklopedia Bebas, 2017).
Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan belum ada
keputusan muktamad mengenai perkara tersebut.
Melihat kepada rekod yang ada tidak mustahil jika bahasa Melayu mampu
berdiri sama tinggi dengan bahasa dunia yang lain. Namun begitu, usaha yang
5

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
terancang selaras dengan pengaplikasian kecanggihan Sains dan Teknologi, perlu
dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
dalam membina pangkalan data bagi menyimpan segala hasil penyelidikan untuk
kegunaan pada masa akan datang. Jika perkara ini dapat dijadikan kenyataan maka
bahasa Melayu boleh menjadi bahasa Ilmu, bahasa Sains dan Teknologi.
3.

Konteks Penggunaan Bahasa Melayu

Daripada sorotan literatur, dapat dirumuskan bahawa peranan bahasa Melayu pada
konteks penggunaannya boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu;
3.1. Bahasa Bangsa Melayu
Penggunaan bahasa Melayu dari aspek kearifan lokal, jiwa bangsa, aspirasi bangsa,
adap budi dan budaya bangsa Melayu. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa jiwa
bangsanya. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai perisian dengan kesantunan
bahasa itu sendiri membolehkan seseorang menilai dan mengukur tingkat ilmu dan
nilai estetika keluwesan bahasa Melayu itu sendiri. Bangsa Malaysia dan semua
penutur bahasa Melayu perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan terus
memelihara nilai estetika, kesantunan bahasa Melayu bagi membolehkan ianya
diterima dan dipandang tinggi oleh bangsa bukan Melayu [ CITATION Adi17 \l 1033
].
3.2. Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kepada penduduk negara Malaysia, iaitu
lambang identiti kenegaraan, bahasa perpaduan dan juga pernah menjadi bahasa
lingua franca di tanah Melayu. Bahasa Melayu mampu bersaing dan berdaya maju
dalam mencapai statusnya sebagai bahasa ilmu melalui gabungan kerjasama semua
pihak. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia yang
mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian cara hidup dan budaya
membolehkan bahasa Melayu bahasa yang berdaya saing dan boleh menjadi bahasa
ilmu, namun ianya memerlukan gabungan kerjasama dari semua pihak (Baharuddin
Salleh dalam portal USM, 2012)
Walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, namun
ianya tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari
dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara
152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis
6

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
Raja-Raja diperlukan

sekiranya

ia

hendak

dipinda.

Walau

bagaimanapun

penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda boleh digunakan di Sabah dan
Sarawak (Perkara 161 (1) Bahagian

XII(A), iaitu perlindungan tambahan bagi

negeri Sabah dan Sarawak (Percetakan Negara, 1983).
Seterusnya bahasa Melayu telah dikenal pasti sebagai alat perpaduan dan
ianya merupakan salah satu strategi untuk meyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan etnik sejak zaman sebelum merdeka lagi. Perkara ini juga telah
membawa kepada penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan
menjadi bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Malaysia. Penyata Rahman Talib
(1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963;1967), Akta Pelajaran
(1972;1996) digubal bagi tujuan untuk membentuk identiti kebangsaan dan
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum,
bangsa dan agama (Arkib Negara Malaysia, 2017).
Sejarah pernah mencatatkan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa
lingua-franca (bahasa perantaraan) di zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat
perdagangan dan pelabuhan terkenal pada abad ke-15. Ramai pedagang dari seluruh
dunia seperti Timur Tengah, Arab, India, China, Inggeris, Portugis, Belanda,
Sepanyol, Jawa, Bugis datang berdagang dan telah menngujudkan masyarakat
majmuk di Melaka pada masa itu. Pada masa itulah bahasa Melayu telah menjadi
bahasa komunikasi dalam kalangan pedagang berkenaan. Hal ini kerana bahasa
Melayu mudah difahami dan ianya juga bahasa dinamik yang banyak meminjam
daripada perkataan bahasa lain seperti bahasa Arab, Jawa, Inggeris.
3.3. Bahasa Dunia
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa persuratan utama dan
seterusnya bahasa warganegara dunia. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di
Malaysia sejak tahun 1968 lagi. Sejarah juga pernah mencatatkan, bahawa bahasa
Melayu pernah digunakan secara meluas sebagai bahasa pentadbiran, perundangan
dan kehakiman di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu bagi membolehkan
komunikasi yang mudah bagi penduduk majmuk pada masa itu. Malah, didakwa
bahawa 95% pegawai-pegawai Eropah yang dihantar untuk mentadbir Tanah Melayu
pada masa itu perlu menduduki ujian dan lulus Bahasa Melayu sebelum ditempatkan
di Persekutuan Tanah Melayu. Catatan sejarah ini menunjukkan kekuatan bahasa

7

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
Melayu sebagai bahasa perhubungan (A. Aziz Deraman, 2001; Ku Hasnan Ku
Halim, 2005; Abdul Aziz Bari, 2006).
Perkara ini juga menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
individu yang berpengaruh dengan sendirinya akan mengangkat bahasa Melayu itu
sendiri. Jestru, adalah disarankan agar ahli politik, ahli korporat, golong profesional,
ilmuan dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil
bahagian dengan aktif dalam menggunakan dan memperkembangkan

pengguna

bahasa Melayu bagi membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang berkuasa
dalam bidang penggunanya.
Perkembangan bahasa Melayu di dunia, memperlihatkan betapa meluasnya
pengajaran dan pembelajaran bahasa ini di seluruh dunia seperti di Australia,
Perancis, Belanda, Jerman dan Amerika Syarikat (Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad
dalam portal USM, 2012). Malah subjek bahasa Melayu dan Pengajian Melayu turut
diajar di dunia eropah seperti di Universiti Moscow, Universiti Amur dan Universiti
Timur Jauh.

Manakala di negara China bahasa Melayu dan Pengajian Melayu

diiktiraf dengan adanya Kursi Pengajian Melayu yang disandang oleh Prof. Dr.
Awang Sariyan, bertempat di Pusat Pengajian Asing Malaysia-China yang telah
ditubuhkan pada tahun 2008 di Universiti Tienjen Beijing [ CITATION Vic11 \l 1033
]. Program bahasa Melayu di China telah melewati 50 tahun dan telah melahirkan
ramai pegawai diplomat, jurubahasa serta penyiar yang menguasai bahasa Melayu
[ CITATION Awa \l 1033 ]. Universiti Tienjen Beijing yang bertanggungjawab ke
atas Kursi Pengajian Melayu-China telah berjaya menyebarluaskan bahasa Melayu
ke seluruh negara China dan ini terbukti dengan wujudnya tiga buah universiti di
China yang mempunyai Program bahasa Melayu sendiri, iaitu di Universiti Peking,
Universiti Komunikasi dan Universiti Bangsa-bangsa Guan Xi [ CITATION Awa \l
1033 ].
Beberapa universiti didunia seperti Universiti Leiden, Belanda; Ohio
University, Amerika Syarikat, Victoria Universiti of Wellington, New Zealand dan
Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan turut mengadakan Kursi
Pengajian Melayu dengan tujuan untuk mengembangkan bahasa Melayu di seluruh
dunia. Penubuhan Pusat sumber Malaysia di Universiti Wellington dengan kerjasama
Perpustakaan Negara Malaysia turut merancakkan usaha tersebut [ CITATION
Has11 \l 1033 ].

8

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
Hala tuju Bahasa Melayu di persada antarabangsa menjadi isu yang hangat
dibincangkan dalam Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, DBP dan Persatuan Pendidik
Bahasa Melayu Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Perlaksana Dasar Bahasa
USM. Seramai 200 orang peserta persidangan menyatakan hasrat untuk melihat
pemimpin negara menggunakan bahasa Melayu ketika berucap di Persidangan
Bangsa-bangsa Bersatu. Kumpulan pejuang Bahasa Melayu ini juga mencadangkan
agar Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu yang pernah ditubuhkan melalui Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997 dihidupkan semula. Persidangan ini turut
mencadangkan untuk membawa resolusi persidangan kepada Jawatankuasa Naibnaib Canselor IPTA untuk mengadakan Persidangan Bahasa Melayu Dunia sebagai
kesinambungan dari persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu.
Rumusannya usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu adalah usaha semua
rakyat Malaysia agar mahu menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi harian
mereka. Media elektronik dan semua media massa hendaklah menjadi role-model
dalam penggunaan bahasa Melayu tinggi kerana ianya membawa impak yang besar
terhadap penguasaan dan penggunaan bahasa kanak-kanak dan remaja (Portal USM,
2012). Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu menuntut visi dan tekad politik
terutama di pihak tiga negara (Indonesia, Malaysia, Brunei), bagi membolehkan
bahasa Melayu digunakan di forum antarabangsa termasuk dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa bersatu (Awang Sariyan, 2013).
4

Relevansi dan Keupayaan Bahasa Melayu

Relevansi dan kelangsungan bahasa Melayu untuk dipelajari dan dikuasai
bergantung kepada beberapa faktor, antara lain ialah;
a. keupayaan mengungkap dan menyampaikan idea, gagasan dan aspirasi sejagat
yang merentas sempadan bangsa dan budaya penutur jati bahasa Melayu serta
mengungkapkan agama dunia menggunakan bahasa Melayu. Jika bahasa Melayu
digunakan sebagai medium penyebaran Islam, secara langsung para pendakwah akan
mempelajari bahasa Melayu bagi membolehkan mereka menjalankan misi dakwah.
Perkara ini pastinya akan memudahkan orang ramai mempelajari Islam kerana ianya
menggunakan bahasa ibunda orang Melayu dan seterusnya menganut dan mendalami
Islam dengan bahasa yang mudah mereka fahami.

9

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
Penggunaan bahasa Melayu dalam ajaran Islam turut memberi implikasi
postitif ke atas perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Sorotan literatur
menunjukkan kewujudan perkataan-perkataan baharu bagi menerangkan konsep
tauhid, syariah, undang-undang dan tasawuf seperti perkataan wajib, sunat, hukum,
harus, kitab, qadhi, subuh (Noresah Baharum, 2005). Perkara ini merupakan proses
yang positif dan dinamik ke arah pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu.
b.

Keupayaan untuk menjana dan menggabungkan ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang kehidupan dan disiplin ilmu, terutama sekali dalam penyelidikan
Sains dan Teknologi. Kegiatan penterjemahan karya-karya bahasa Melayu seperti
muzik, buku, jurnal dan teknologi ke dalam bahasa asing seperti bahasa Rusia dan
bahasa China membolehkan karya Melayu disebar luas di seluruh dunia dan
sumbangan rumpun Melayu dalam aspek adab, ilmu dan tamadun dapat mencorak
dunia ilmu. Ini membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang setanding dengan
bahasa pertuturan antarabangsa seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Rusia,
Arab [ CITATION Zal11 \l 1033 ].
c.

Keupayaan untuk memelihara nilai-nilai murni yang mencirikan bahasa dan

budaya Melayu, di samping memiliki daya upaya untuk berkembang dan dibina
menjadi bahasa dinamik.
d. Kesedaran dalam kalangan pengguna bahasa tentang penguasaan teknikal bahasa
perlu dilengkapi dengan kefahaman mengenai nilai serta adab budi bahasa penutur
jati.
5

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Dunia

Walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia, namun sehingga hari ini bahasa Inggeris masih
mengatasi penggunaan bahasa Melayu dalam perundangan negara. Di Indonesia,
bahasa Indonesia berupaya menjadi bahasa perundangan dan digunakan dalam
perbicaraan di mahkamah. Perkara ini jelas dalam pernyataan (b) segala Akta
Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Persekutuan hendaklah dalam bahasa Inggeris, Perkara (4) Walau apa pun
peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di
dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi
hendaklah dalam bahasa Inggeris dan ...(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1),
10

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam
mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa
Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris juga masih kukuh dalam sebarang perjanjian
yang memerlukan pelanggan merujuk kepada versi bahasa Inggeris jika sekiranya
terdapat percanggahan dalam nota perjanjian berkenaan [ CITATION Per83 \l 1033 ].
Kajian Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor (2015) yang melibatkan 13
kes kluster di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) pada tahun 2014 merumuskan
bahawa penerbitan ilmiah, iaitu buku, monograf, bab dalam buku, artikel dalam
jurnal dan artikel dalam prosiding masih diungguli oleh penerbitan dalam bahasa
Inggeris, iaitu 86% berbanding bahasa Melayu yang hanya 14%. Secara detailnya
bagi kategori penerbitan buku, penggunaan bahasa Melayu hanya mencakupi 34%,
manakala bahasa Inggeris sebanyak 66%. Bagi kategori jurnal dan prosiding pula
masing-masing 8% dan 11% dalam bahasa Melayu berbanding dalam bahasa
Inggeris 92% dan 89% masing-masingnya (Noraien Mansor & Noor Rohana
Mansor, 2015).
Kajian lepas juga menunjukkan bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA)

di

Malaysia

tidak

memberi

sumbangan

yang

sepatutnya

untuk

memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang penerbitan (Ibrahim Komoo, 2014),
tidak yakin keatas keupayaan bahasa melayu untuk menjadi bahsa penyampaian
ilmu (Noraien & Noor Rohana, 2013). Ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu juga dapat dilihat dalam beberapa konteks pendidikan negara
khususnya selepas era tahun 2003, ini terbukti apabila beberapa dasar kerajaan
menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa Sains dan Teknologi
(Ibrahim Komoo, 2014; Sharifah Darmia Sharif Adam, 2014).
Isu ini merupakan isu yang hangat dibincangkan terutama dalam kalangan
pakar bahasa Melayu. Walaupun pelaksanaan program Memertabatkan Bahasa
Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia patut dipuji, tetapi pelaksanaannya seolah-olah perkara sebaliknya yang
berlaku. Contoh terdekat dengan kita ialah apabila IPG, KPM memutuskan kursus
Ilmu Pendidikan perlu diajar dalam bahasa Inggeris bagi kumpulan pelajar opsyen
TESL. Manakala di Institusi Pengajian Tinggi pula, penggunaan bahasa Inggeris
lebih meluas dalam prosed PdP dan syarat kemasukkan juga lebih menekankan
kepada kelulusan dalam Bahasa Inggeris, iaitu dengan mensyaratkan kelayakan

11

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
masuk sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET dan Band 5 untuk kursus Sains
dan Teknologi [ CITATION KuH13 \l 1033 ].
Isu seterusnya ialah penggunaan bahasa rojak dan bahasa pasar yang meluas
mengakibatkan hilangnya jati diri bahasa Melayu. Perkara ini menjadi semakin teruk
dengan adanya dunia internet dan teknologi maklumat sebagai komunikasi.
Penggunaan bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa Indonesia berlaku dengan
sewenang-wenangnya menyebabkan kemurnian dan kesantunan bahasa Melayu
dinodai (A. Aziz Deraman, 2001; Ku Hasnan Ku Halim, 2005).
Laporan Jawatankuasa Eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu
(MABBIM) ke-6 (2005), oleh Profesor Dr. Bernd Nothofer, anggota MABBIM yang
mewakili Eropah dan Profesor Dr. Uli Kozok yang mewakili Amerika Syarikat,
menjelaskan walaupun terdapat 100 buah institusi di luar negara yang mengajarkan
bahasa Melayu namun hampir kesemuanya mengajarkan bahasa Indonesia.
Cabaran sikap liberalisme masyarakat Melayu, yang lebih percaya bahasa
Inggeris sebagai bahasa ilmu bertaraf global, malah ada juga golongan Melayu elite
yang yakin hanya bahasa Inggeris yang dapat memacu kemajuan negara (Nik Safiah
Karim, 2013; Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik, 2016).
Senerio ini menjadi lebih teruk apabila terdapat segelintir pemimpin masyarakat,
yang berkompromi tentang isu bahasa jiwa bangsa apabila ianya dilibatkan dengan
kompromi politik (Ku Hasnan Ku Halim, 2005; Sharifah Darmia Sharif Adam, 2014;
Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik, 2016). Jelasnya
halangan kepada usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu di persada dunia ialah
tindakan masyarakat Melayu itu sendiri yang tidak melihat kepada kepentingan
bahasa Melayu sebagai jati diri untuk diwariskan kepada generasi masa hadapan
(Fatimah Busu dalam portal USM, 2012; Rasdan Ahmad, 2014).
Caharan terakhir dalam konteks kajian ini ialah pembangunan dan
penggunaan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang setanding dengan
kerangka Bahasa Inggeris. Setelah 57 tahun mencapai kemerdekaan Malaysia belum
lagi mempunyai satu kerangka standard Bahasa Melayu untuk mengukur penguasaan
dan kemahiran penuturnya. Kerangka Standard Bahasa Melayu merupakan standard
bahasa yang menggunakan satu kerangka yang sama untuk digunakan oleh bidang
pendidikan, pekerjaan, orang awam dan persendirian. KSBM perlu ada untuk
dijadikan rujukan bagi semua pihak dalam merancang aktiviti berkaitan dengan
bahasa Melayu [ CITATION Lok17 \l 1033 ]. Bahasa English mempunyai 'Common
12

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
European Framework of Reference for Languages (CEFR), yang digunakan
diseluruh dunia untuk menerangkan kemahiran bahasa penutur.
Pengujudan satu kerangka standard Bahasa Melayu perlu sebagai rujukan tentang
penguasaan dan kemahiran penuturnya, diselaras merentas penutur di seluruh dunia
pada peringkat yang berbeza, iaitu dari penutur asas (penutur jati dan bukan) kepada
penutur pakar. Sehubungan dengan itu, usaha yang dijalankan oleh Institut
Pendidikan Guru Bahasa Melayu dengan kerjasama pakar-pakar bahasa Melayu dari
UPM, UPSI dan DBP dalam membina Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)
perlulah disokong oleh semua pihak terutama pihak (terutama penentu dasar) bagi
membolehkan satu rujukan piawai antarabangsa untuk menerangkan keupayaan &
kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan penuturnya di seluruh dunia.
6

Kesimpulan dan Perbincangan

Harapan untuk melihat bahasa Melayu menjadi bahasa yang digunakan dalam semua
mesyuarat dan acara rasmi negara seperti mana yang termaktub dalam akta yang ada
dan seterusnya dalam mesyuarat dan majlis di peringkat antarabangsa memerlukan
usaha strategik yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak terutama negaranegara di dunia Melayu. Untung nasib bahasa Melayu terletak pada usaha dan sejauh
mana bangsanya mempertahankannya (Hassan Ahmad, 2007).
Sehubungan dengan itu adalah sangat penting untuk mengadakan standard
kerangka Bahasa Melayu yang boleh diguna pakai oleh semua penutur bahasa
Melayu sama ada penutur jati atau bukan pada peringkat yang selaras di seluruh
dunia seperti apa yang dilakukan oleh bahasa Inggeris dengan CEFR (piawai
antarabangsa untuk menerangkan kemahiran bahasa Inggeris penuturnya). Dengan
itu usaha yang dijalankan oleh pakar-pakar bahasa Melayu daripada Institut
Pendidikan Guru Bahasa Melayu, pakar-pakar bahasa Melayu dari UPM, UPSI dan
DBP dalam membina Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) perlu diberikan
sokongan sepenuhnya oleh semua pihak terutama penentu dasar dan pemimpin
negara.

13

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
Rujukan
A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Abdul Aziz Bari. (2006). Politik Perlembagaan. Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar & Konrad Adenauer Foundation.
Adi Badiozaman Tuah. (2017). Kepentingan Kerangka Standard Bahasa Melayu
(KSBM). Seminar Kerangka Standard Bahasa Melayu, (pp. 1 - 5). Kuching.
Arkib Negara Malaysia. (2017, Jun 16). Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia.
Retrieved Ogos 20, 2017 from Persada Kegemilangan Bahasa Melayu:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/persada-kegemilangan-bahasa-melayu?
Awang Abd Rahman Nawi. (2015). Memperkukuhkan peranan bahasa Melayu
sebagai penghela dan wahana Ilmu pengetahuan. Seminar Kebahasaan
sempena Sidang ke-54 MABBIM. Bandar Seri Begawan, Brunei: MABBIM.
Awang Sariyan. (2011). Klikweb.dbp. Retrieved Ogos 21, 2017 from Pengajian
Melayu di China (Bahagian 1) Hubungan Ketamadunan Melayu-China:
http://klikweb.dbp.my/?p=1799
Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan menghadapi cabaran Abad
ke-21. Serdang, Selangor, Malaysia: UPM.
Hassan Ahmad. (2008, Mac 19). Bahasa Melayu Bahasa Indonesia. Berita Harian ,
3. Kuala Lumpur, Malaysia.
Ibrahim Komoo. (2014). Istilah Sains dan Teknologi: Pembinaan, Penggunaan dan
Penerimaan di IPT Malaysia. Jakarta, Indonesia.
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim, & Mohd Hafiz Sulaiman. (2013).
Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal
of the Malay World and Civilisation , 1 (1), 55-65.
Lokman Abd Wahid. (2017). Kerangka Standard Bahasa Melayu untuk Semua: Satu
Analisis Empirikal. Seminar Kerangka Standard Bahasa melayu. Johor
Baharu: IPGK Bahasa Melayu.
Nik Safiah Karim. (2013, November 13). Bahasa Melayu di Pesisir Wilayah Timur.
Kuala Terengganu, Malaysia.
Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. (2015). Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu
Dalam Kalangan Ilmuan Negara. Journal of Business and Social
Development , 3 (1), 25 - 32.
Noresah Baharum. (2005, Ogos 15). Antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu.
Berita Harian , 2. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Harian.
Percetakan Negara. (1983, Julai 15). Akta 32: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 .
Undang-undang Malaysia . Percetakan Negara.
Pusat Bahasa Al-Azhar. (2013). Pusat Bahasa Al-Azhar: Pengkaji Bahasa &
Sastera. Retrieved Julai 21, 2017 from Bahasa dengan penutur terbanyak di
dunia: https://pusatbahasaalazhar.wordpress.com/2013/02/04/bahasa-denganpenutur-terbanyak-di-dunia/.
Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik. (2016). Kelestarian
Bahasa melayu pada papan kenyataan. Journal of Education and Social
Sciences , 5 (2), 66-72.
Sharifah Darmia Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa
kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia 19571966. Procedia- Social and Behavioural Sciences. 134, pp. 305-315. Kota
Kinabalu: Elsevier Ltd.
USM. (2012, Nov 29). USM News Portal. Retrieved Julai 30, 2017, from
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/566-memartabatkan-bahasa14

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia
melayu-perlukan-kesungguhan
Utusan Online. (2016, April 7). Bahasa Melayu tersenarai antara paling ramai
penutur. Bahasa Melayu tersenarai antara paling ramai penutur. Kuala
Lumpur, Malaysia.
Victor, P. (2011). Bahasa Melayu merentas sempadan. Dewan Bahasa, 3(11), 52-55.
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2017, Mei 21). Wikipedia Bahasa Melayu.Retrieved
Ogos 6, 2017, from Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
Zalika Adam, & Faridah Kassim. (2011). Perkembangan bahasa di Malaysia dan
penyatuan rakyat. Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional. Kuala
Lumpur.

15