Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Keret

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta
Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat
rujukan akan datang.
Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is
earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu
sekali (oil filterr
3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat!
Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar
aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau
kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa
topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih

mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di
Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai...
BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai
spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan
yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik
( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena
compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai
NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan
sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut
jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira
la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!
6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku,

aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan
kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar
clutch!
7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka

yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai
AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend
hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting
ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000kmr kerana
kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin
tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah
bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk
kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau
selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz
kereta anda!
10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu
pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh fush keluar ganti baru
setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit
sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan
ikut saya ya!
12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la
tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa
aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu
dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt
Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini
kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah
ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu
masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku
ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan
seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan
penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah
tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta

menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni,
mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa
mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti
tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....
Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti.
Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak
mampu mengikutnya!
Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6
bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli
minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada
cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in
china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkelbengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru.
Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin
dgn kedai spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahunr,
setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling
bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap
20,000km. Sama mcm di atas.
Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun
boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km.
Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xlir tanpa masalah sebab aku
guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still
elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar
semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar
timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua
pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra
labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih
putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug
berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus.
Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar.
BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar

apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari
blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan
engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun
sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari
brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam
belt kerana ia memacu camshaftr, ianya berbeza antara satu pengeluar ke
pengeluar yg lain.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam
blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing
belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah
negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan

mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan
getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat
lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita
perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt
padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6
bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga
pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu
tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan
enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya
adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak
kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada
timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya
menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru
generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin iVTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km
lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai
mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt

sedia kala.