Penilaian Dampak Pembangunan Kearah Kesejahteraan Masyarakat.

Bab 4

PENILAIAN DAMPAK PEMBANGUNAN
KEARAH KESEJAHTERAAN
MASYARAKAT
Muhamad Fadhil Nurdin Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia

PENDAHULUAN
Bab ini bertujuan membincangkan secara ringkas tentang perubahan yang terjadi pada
pendekatan dalam usaha membangunkan masyarakat sejahtera melalui pendekatan
evaluasi pembangunan. Bab ini mempunyai dua fokus. Pertama, menggambarkan
perubahan pendekatan dalam membangun masyarakat sejahtera. Kedua, implikasi
perubahan itu terhadap pendekatan evaluasi pembangunan. Dalam membangun masa
depan masyarakat yang lebih baik, digambarkan satu model pendekatan evaluasi
pembangunan yang sistemik.

MEMBANGUNKAN MASYARAKAT SEJAHTERA
Membangun masyarakat sejahtera pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah
dan meningkatkan kualiti hidup manusia sehingga berada dalam keadaan hi-dup yang
selamat, sihat, dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Dalam praktik,
usaha membangun masyarakat ditujukan untuk membebaskan manusia daripada

kemiskinan, kebodohan dan penderitaan kerana kekurangan makanan, peru-mahan, dan
kesihatan serta pelbagai masalah yang diciptakan oleh manusia itu sen-diri.
Membangunkan masyarakat merupakan usaha untuk mengubah kehidupan manusia
kepada satu keadaan yang lebih baik, menjadikan semakin banyaknya warga masyarakat
mengambil keputusan akan masalah kemasyarakatan; meluaskan penyertaan dalam
kegiatan bersama; mengubah dari kebergantungan bantuan luar untuk untuk penggunaan
secara maksimum berbagai-bagai sumber untuk kepentingan bersama. Usaha membangun
masyarakat dipandang juga sebagai kaedah kerja untuk mencapai pelbagai tujuan
masyarakat, serta membaiki keadaan dan perpaduan masyarakat; di dalamnya terdapat
unsur program yang terancang, penguatan swadaya, bantuan teknik, memadukan
pelbagai kemudahan untuk membantu masyarakat. Dengan demikian, untuk membangun
masyarakat perlu pendekatan untuk meningkatkan kehidupan yang lebih baik bagi selurah
warga masyarakat melalui penyertaan aktif (jika mungkin atas kesedaran dan keinginan
mereka sendiri).
Pendekatan untuk membangun masyarakat telah berkembang, daripada yang
mendasarkan kepada keanekaragaman orientasi falsafah dan ideologi, sampai strategi yang
memfokuskan kepada politik, kebudayaan, pendidikan, swadaya dan bantuan teknikal,
termasuk juga gerakan sosial pada masyarakat tempatan. Sebagai gambaran penggunaan
pendekatan dalam membangun masyarakat di dunia ketiga kurang berha-sil, kerana lebih


dilihat sebagai kaedah pembangunan ekonomi, yang menekankan kepada program
pemberian bantuan dari atas ke bawah, seperti bantuan kewangan, barangan dan
teknologi. Keadaan ini disebabkan kerana kurang memperhatikan aspek nilai-nilai dan
aspirasi masyarakat tempatan, atau dengan kata lain, tidak menggu-nakan pendekatan
penyertaan warga masyarakat dalam proses pembangunan.
Dari pelbagai pendekatan dalam usaha membangun masyarakat, dapat dikemuka-kan
dua pendekatan yang dianggap penting, iaitu; politik dan modenisasi, dan mengorganisasikan masyarakat. Menurut pendekatan politik dan modenisasi, kerajaan
mempunyai tugas untuk membaiki dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam usaha
ini, pada awal perkembangannya, kerajaan di dunia ketiga masih merujuk kepada pandangan
teori modenisasi yang menunjukkan, pembangunan harus dilaksanakan secara bertahap,
yang menggambarkan perkembangan masyarakat sebagai gerakan satu arah; berkembang
dari masyarakat primitif menuju masyarakat moden. Pemikir-an modenisasi seperti ini ada
dalam paradigma fungsionalisme yang melihat penting-nya keseimbangan dan diferensiasi
struktural, sehingga berpengaruh kepada penting -nya pemodenan manusia, kerana faktor
manusia yang moden sangat menentukan pencapaian pembangunan (Parsons 1951, Smelser
1964, Levy 1967, Inkeles & Smith 1974, So 1990). Pandangan teori modenisasi klasik yang
melihat pemodenan manusia sebagai sesuatu yang berlawanan dengan tradisi telah
mendapat kritikan. Dove (1988), menunjukkan budaya tempatan (tradisi) selalu
mengalami perubahan yang dinamik, oleh itu budaya atau tradisi tidak mengganggu proses
pembangunan. Akhir-nya, teori modenisasi mengakui peranan positif nilai tradisi terhadap

pembangunan (Suwarno&Sol991).
Dalam membangun masyarakat, pendekatan bantuan teknik perlu untuk meningkatkan
teknik-teknik pengeluaran hasil pertanian dan industri (Esman & Uphoff 1984). Bantuan
modal dan kewangan juga penting untuk membantu program pembasmian kemiskinan.
Semua bantuan seperti ini datangnya selalu dari luar masyarakat, seperti dari kerajaan
ataupun organisasi bukan kerajaan (NGO)). Program dan bantuan yang datang dari luar
selalunya bermasalah, seperti berkurangnya bantuan yang sampai kepada masyarakat
penerima. Keadaan ini disebabkan rasuah, ketidaktahuan masyarakat akan adanya program
bantuan pembangunan, sehingga tindakan seperti ini merugikan masyarakat. Keadaan ini
menimbulkan kesedaran akan pentingnya penyertaan warga masyarakat sebagai upaya
keterbukaan program pembangunan masyarakat. Usaha ini menimbulkan pendekatan
community organization untuk membangun dari bawah atau dikenal juga pembangunan
kerajaan bersama rakyat.
Dalam pendekatan kerjasama antara pihak kerajaan dengan organisasi masyarakat
(tempatan), terdapat tiga model; pembangunan tempatan, perancangan sosial, dan aksi
sosial. Ketiga model ini digabungkan ke dalam satu sistempengorganisasian masyarakat.
Pendekatan Pembangunan tempatan dengan menggunakan sistem pengorganisasian
masyarakat ini menekankan adanya perubahan masyarakat yang efektif, sesuai dengan
tujuan dan tindakan yang setelah ditetapkan bersama. Model pembangunan ini
menunjukkan prosedur pembangunan yang demokratik, kerjasama di antara masyarakat

secara sukarela, menolong diri sendiri {self-help), mengembangkan kepimpinan warga
masyarakat setempat serta peningkatan pendidikan. Di sisi lain, bantuan pakar, kewangan
dan teknologi dari luar masyarakat (kerajaan dan bukan kerajaan) merupakan kekuatan yang
mendorong kecepatan proses pembangunan masyarakat. Peranan masyarakat dalam
pembangunan terus dikembangkan, dibina, dan diteruskan dengan berbagai-bagai upaya
kerajaan, di antaranya; memberikan dorong-an, dukungan, bimbingan, dan bantuan melalui
mekanisme birokrasi dan pentadbiran. Strategi ini merupakan gabungan yang menekankan
pentingnya pendekatan modeni-sasi untuk meningkatkan peranan organisasi masyarakat.

Berdasarkan potensi masyarakat dan bantuan dari luar, yang penting adalah bagaimana menumbuhkan inisiatif anggota masyarakat sendiri dan menggerakkan ke-lompok
dalam masyarakat untuk mendapatkan dukungan dari supra-struktur. Secara politik, usaha
ini memerlukan stabiliti politik dan ekonomi. Namun, di sisi lain, mem-bangun masyarakat
memerlukan sistem pembangunan yang lebih aspiratif, dan mampu mengawal
pelaksanaannya agar lebih efisien. Dalam konteks ini, evaluasi pembangunan menjadi
penting dalam membangun masyarakat yang lebih baik pada masa akan datang.

EVALUASI PEMBANGUNAN
Evaluasi sebagai sebuah konsep diertikan sebagai kajian sistematik yang dirancang,
dilaksanakan dan dilaporkan untuk membaiki kehidupan kelompok sasaran (masyarakat
pengguna). Dalam konteks pembangunan, evaluasi mencakupi keseluruhan sistem dan

proses untuk mensejahterakan masyarakat. Sejak 1980-1990-an, evaluasi pembangunan
menjadi satu pendekatan untuk membaiki keseluruhan sistem dan proses kegiatan
pembangunan. Evaluasi digunakan sebagai alat kawalan sosial dengan menempatkannya
dalam proses pembangunan yang baik. Secara khusus, evaluasi perlu untuk membaiki
kualiti pembangunan dengan mengatur semula (regulasi) semua perkhidmatan
kemanusiaan. (Strufflebeam & Shinkfield 1985; Posavac & Carey 1985; Everitt &
Hardiker, l996).
Dalam perkembangannya, pendekatan evaluasi pembangunan semakin lebih
mementingkan keterbukaan sebagai cara berfikir skeptis (teknis-rasional) dalam organisasi
yang mempunyai tujuan dan nilai-nilai, bukan hanya mementingkan produk hasil kerja.
Pendekatan evaluasi menjadi satu strategi pengurusan dengan menempatkan manusia
sebagai sumber daya, dan mengutamakan perkhidmatan kemanusiaan secara efisien.
Pendekatan evaluasi yang bersifat teknis-rasional digabungkan dengan pendekatan
interpretatif telah melahirkan pendekatan yang lebih kritis terhadap praktik pembangunan.
Pendekatan evaluasi yang baru ini dianggap lebih baik dan berpotensi untuk memudahkan
keterlibatan dan keterbukaan "debar" mengenai nilai praktis, polisi dan program
pembangunan (Everitt & Hardiker 1996).
Perkembangan selanjutnya, menunjukkan bahawa dalam konteks dan ruang ling-kup
pendekatan evaluasi, pembangunan menjadi semakin lebih luas, terentang berada pada
keseluruhan proses dan kegiatan pembangunan. Misalnya, debat berkenaan dengan nilainilai atau falsafah, undang-undang, polisi dan program pembangunan. Di sisi lain, dapat

juga berkenaan dengan eksistensi aktor (pelaku) atau pelaksana pembangunan, serta nilainilai dan aspirasi pengguna. Pendekatan ini relatif lebih sistemik, kerana itu merupakan
pendekatan baru dalam evaluasi pembangunan (Posavac & Carey 1985). Sebagai contoh,
pengalaman pembangunan di Indonesia, terpaksa mengalami keruntuhan kerana
pendekatan interpretasi mengenai praktik pembangunan, relatif tertutup. Fenomena ini
tidak dapat dilepaskan daripada praktik demokrasi yang kurang terbuka bagi rakyat.
Dalam praktik, evaluasi pembangunan perlu melakukan pemantauan dan penelitian.
Pemantauan merupakan proses untuk menilai perkembangan, bukan hanya pada kegiatan,
tetapi mencakupi semua aspek pembangunan seperti organisasi, pelaksana sampai kepada
pengguna. Pemantauan ini akan memudahkan evaluasi pembangunan secara
keseluruhannya. Sedangkan penelitian perlu untuk mengetahui praktik yang sedang
dievaluasi itu mungkin memerlukan pembuktian. Oleh itu, perhatian harus ditujukan
kepada 'reliability & validity' informasi (data) yang dikumpulkan secara rutin. Dengan
demikian, evauasi pembangunan, bukan hanya di mulai daripada 'apa yang terjadf, tetapi
mencakupi juga 'mengapa terjadi, dan 'bagaimana penyelesaiannya?'.

Evaluasi pembangunan perlu berasaskan kepada kajian polisi dan program, serta kajian
yang berpusat kepada pengguna dengan berorientasikan kepada keputusan. Walau
bagaimanapun, evaluasi tidak dapat dilepaskan keterkaitannya dengan soalan berkenaan
dengan nilai. Kajian yang berkenaan dengan nilai sangat penting, kerana ia akan memberikan
satu gambaran mengenai tugas-tugas evaluator yang harus mempunyai tanggungjawab

moral kepada masyarakat dalam erti yang luas (Stufflebeam & Shinkfield 1985).

PENILAIAN DAMPAK PEMBANGUNAN UNTUK
MENSEJAHTERAKAN MASYARAKAT: SATU MODEL
PENDEKATAN SISTEMIK
Kedudukan penilaian dampak pembangunan, dilihat sebagai bahagian dari sistem dan
proses pentadbiran sosial, selain mempunyai matlamat untuk membaiki kualiti hidup,
sekaligus sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna. Fokus utama dalam
pendekatan penilaian dampak pembangunan untuk mensejahterakan masyara-kat, dapat
digambarkan seperti pada Rajah 4.
Rajah 4: Model Pendekatan Evaluasi Pembangunan Untuk Mensejahterakan
Masyarakat

Pendekatan:
 Teknokratik
 Interpretatif

Nilai-nilai Falsafah
dan Undang-undang


Kajian Evaluasi

Pendekatan Evaluasi Berasakan
Sosial

Rajah di atas, menunjukkan model pendekatan evaluasi pembangunan untuk
mensejahterakan masyarakat digambarkan sebagai satu bentuk yang sistemik. Perha-tian
dan fokus utama yang dijadikan landasan evaluasi adalah nilai-nilai, falsafah dan Undangundang di mana pembangunan itu dilakukan. Penilaian dampak pembangunan dapat
ditujukan kepada ideologi, dasar dan program pembangunan; sistem pelaksana dan
pelaksanaan (birokrasi, dan organisasi pentadbiran) pembangunan, dan pene-rima

pembangunan. Apapun bentuk sumbangan dari perubahan dan perkembangan pendekatan
penilaian tetap perlu dikaji untuk disesuasikan dengan masalah dan ke-perluan kelompok
sasaran. Oleh itu, Pendekatan penilaian dampak pembangunan yang praktikal adalah
berasaskan kepada realiti sosial.

PENUTUP
Gambaran di atas, menunjukkan penilaian dampak pembangunan tidak hanya menggunakan pendekatan teknokratik dengan segala kaedah saintifiknya, tetapi juga pendekatan interpretatif yang dapat memberi peluang kepada debat, dialog dan keterbu-kaan
mengenai nilai yang wujud dalam semua dimensi pembangunan kemanusiaan. Dalam
praktik, peranan kerajaan melalui sistem dan mekanisme birokrasi mempunyai posisi

dominan dan sentral, baik dalam perancangan dasar mahupun pelaksana pembangunan yang
mempunyai kuasa 'legal-formal'. Untuk efisiensi pembangunan, penilaian perlu
mempunyai beberapa langkah strategik; mengenai pasti sasaran penilaian, menekankan
terhadap pembangunan manusia, mengubah tentang perspektif perkhidmatan, penyertaan
dan pengorganisasian.

RUJUKAN
Abdullah M.S, 1989, Strategi Pembangunan Desa Negara Dunia Ketiga, Kuala Lumpur,
DBP.
Bamberger & Khalid Shams, 1989, Community Participation in Project Management:
The Asian Experience, Kuala Lumpur, APDC.
Brager, G & Specht, H, 1969, Community Organizing, New York, Columbia University
Press.
Dove, M.R. (Eds), 1988, The Real and Imagined Role of Cxulture in Development, Case
from Indonesia, Honolulu, University of Hawaii Press.
Esman MJ & Uphoff, N.T,1984, Local Organization Intermediaries InRural Development, Ithaca and London, Cornel University Press.
Everitt A. & Hardiker P, 1996, Evaluating For Good Practice, London, MacMillan
Press.
Inkeles A & Smith, D. H, 1974, Becoming Modern: Individual Change in Six Developing Countries, Cambridge, Mass: Harvard University Press.
Kramer RM & Specht, H, 1969, Reading in Community Organization Practice, London,

Prentice Hall.
Levy, M, 1967, "Social Patterns (Structure) and Problems of Modernization",
Moore, W. & Cook, R (Eds), Reading on Social Change, Englewood Cliffs, NJ.,
Prentice Hall.
Me Cleland, D.C. 19661, The Achieving Society,New York, Free Press.
Parson, T. 1951, The Social System, Glencoe, The Free Press.

Posavac E.J & Carey R.G, 1985, Program Evaluation, Methods and Case Studies, New
Jersey, Prentice Hall, Inc.
Smelser, N. 1964, "Toward a Theory of Modernization", Amitai Etzioni & Eva
Etzioni (Ed), Social Change, New York, Basic Books.
Stufflebeam D.I. & Shinkfield A J, 1985, Systemic Evaluation: A Self-Instructional
Guide to Theory and Practice, Boston, Kluwer-Nijhoff Publishing.
Suryawikarta, B, 1997, "Tranformasi Birokrasi", Makalah Seminar, Bandung 24-25
November 1997. LP3ES. Sage Publication.
Unesco, 1986, Evaluation in Latin America and the Caribbean: Selected Experiences.
Weber, G.H, & Cohen, L.M. 1982, Beliefs and Self Help: Cross Cultural Perspective and
Approaches, New York, Human Science Press.