Bacaan Ayat Ayat Ruqyah Versi Pisang Organization

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” [Surah Al-Isra: 82]
www.pisang.org.uk

Ayat-Ayat Ruqyah

Dipetik dari: Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi (Medina) • Syeikh Wahid Abd Salam Bali (Mesir) • Dr. Ibrahim

Jawarneh al-Masri (Jordan) • Syeikh Mahmud Ahmad al-Qadasi (Yemen) • Sheikh Sulaiman Abduh (Yemen) •
Prof. Dato’ Dr. Haron Din (Malaysia) • Dato’ Ismail Kamus (Malaysia)
Disampaikan oleh: Ustaz Mohd Trimizi b. Zainal

Surah Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah

sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan
yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Surah Al-Baqarah, Ayat 1-5
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak
padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada
perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orangorang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan
kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan
dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari
akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orangorang yang berjaya. (5)


Mukasurat 1/20

Surah Al-Baqarah, Ayat 22-23
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan
dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina
dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu
dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan
bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui
(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22) Dan kalau kamu
ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran)
kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu
dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong
kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(23)

Surah Al-Baqarah, Ayat 102 & 103
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaranajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak

mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya)
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri
Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji
imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang
mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau
membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara
yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat
kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi
itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir
itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi
sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui. (102) Dan kalau

sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya
mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi
Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (103)
Ulang 3 atau 7 kali

Mukasurat 2/20

Surah Al-Baqarah, Ayat 163-164
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang
berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani. (163) Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapalkapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang
bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang
Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan
padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)
peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya
(pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan

rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
(164)

Mukasurat 3/20

Surah Al-Baqarah, Ayat 255-258
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang
memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di
hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang
mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada
Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya). (255) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)

kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari
kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut
dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah
berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak
akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. (256) Allah Pelindung (Yang mengawal dan
menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka
dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang
yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang
mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan
(kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
(257) Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad)
tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan
sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan
orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata:
Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia
menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi
Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari
dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka
tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan

(ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum
yang zalim. (258)

Mukasurat 4/20

Surah Al-Baqarah, Ayat 285-286
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya
beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan KitabkitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya.
Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan)
keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat
kembali. (285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang
telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu

daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaumkaum yang kafir. (286)

Mukasurat 5/20

Surah Ali-Imran, Ayat 1-10
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan sekalian makhlukNya. (2) Dia menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi
kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan
Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3) Sebelum (Al-Quran diturunkan),
menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan
Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah).
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat

keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab
seksa (kepada golongan yang bersalah). (4) Sesungguhnya Allah tidak
tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang
ada di langit. (5) Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim
(ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (6) Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu
ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya
serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau
pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat
"Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan
hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa
yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencaricari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya
yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh
serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:

Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan
kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan
melainkan orang-orang yang berfikiran. (7) (Mereka berdoa dengan
berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati
kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan
sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari
kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak
memungkiri janjiNya. (9) Sebenarnya harta benda orang-orang kafir
dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan
mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah
bahan bakaran api Neraka. (10)

Mukasurat 6/20

Surah Ali-Imran, Ayat 18-19
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalildalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh

alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang
yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian);
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (18) Sesungguhnya agama (yang
benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad
dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka
sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (19)

Surah Ali-Imran, Ayat 26-27
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang
Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa
yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa
yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja
adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang
memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah
yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.
Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari
benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang
mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan
hisabnya. (27)

Mukasurat 7/20

Surah Ali-Imran, Ayat 190-194
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati
Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami!
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan
ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah
menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh
seorang penolong pun. (192) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya
kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru
kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu,
maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosadosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan
kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti
(yang banyak berbuat kebajikan). (193) Wahai Tuhan kami!
Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan
kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau
hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak
memungkiri janji. (194)

Surah An-Nisa’, Ayat 56
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat
keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api
Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan
untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab
sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (56)
Ulang 3 atau 7 kali

Mukasurat 8/20

Surah Al-A’raf, Ayat 54-56
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;
Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan
deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari
dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada
perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha
Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. (54)
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan
(dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang melampaui batas. (55) Dan janganlah
kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan
segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah
kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak
diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan
(supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang yang memperbaiki amalannya. (56)

Surah Al-A’raf, Ayat 117-122
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Campakkanlah
tongkatmu! Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka
pura-pura adakan (dengan sihir mereka). (117) Maka sabitlah
kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka
telah lakukan. (118) Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua
kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang
hina. (119) Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli
sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, (120)
Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. (121)
(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun. (122)

Mukasurat 9/20

Surah Yunus, Ayat 79-82
Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): Bawalah kamu
kepadaku segala ahli sihir yang mahir. (79) Setelah datang ahliahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah
kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari bendabenda yang kamu jadikan sihir itu)! (80) Setelah mereka
campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang
kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan
mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang
dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan
menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
(81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar
dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian
dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. (82)

Surah Ta-Ha, Ayat 1-5
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai
Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya
untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut
melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan)
yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) ArRahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5)

Mukasurat 10/20

Surah Ta-Ha, Ayat 65-70
Mereka berkata: Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak
lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak? (65)
Nabi Musa menjawab: Bahkan kamulah campak dahulu. Tiba-tiba
tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang
kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir
mereka. (66) Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa
takut sedikit dalam hatinya. (67) Kami berfirman kepadanya:
Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah
yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (68) Dan
campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia
menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana
sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya
ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di
mana sahaja dia berada. (69) (Nabi Musa pun mencampakkan
tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka
keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera
merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada
Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (70)

Surah Al-Mu’minun, Ayat 115-118
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya
menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada
sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula)
tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka (dengan yang
demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam,
lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang
mempunyai Arasy yang mulia. (116) Dan sesiapa yang
menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak
berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka
sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu)
disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang
kafir tidak akan berjaya. (117) Dan berdoalah (wahai Muhammad
dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan
kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaikbaik Pemberi rahmat! (118)

Mukasurat 11/20

Surah Yasin, Ayat 1-12
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yaa Siin. (1) Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat
dan kebenaran yang tetap kukuh, (2) Sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang
telah diutus, (3) Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
(4) Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan
amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak
diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (6)
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan
mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. (7) Sesungguhnya
Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk
kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua
tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu)
sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka
terdongak. (8) Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka
kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang
menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan
dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan
sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab
yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup
pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat
melihat (jalan yang benar). (9) Dan (dengan sebab itu) sama
sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak
beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan
mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada
orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut
(melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat
orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah
kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan
pahala yang mulia. (11) Sesungguhnya Kami menghidupkan
orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka
telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang
mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan
satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. (12)

Surah Yasin, Ayat 65
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan
(memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu
Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi
saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)

Mukasurat 12/20

Surah As-Saffat, Ayat 1-10
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret.
(1) (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan
sesungguh-sungguhnya. (2) (Hamba-hambaKu) yang membaca
kandungan Kitab Suci. (3) (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya
Tuhan kamu hanyalah Satu. (4) Tuhan (yang mencipta serta
mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara
keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit
matahari. (5) Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang
dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintangbintang. (6) Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapirapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.
(7) (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga
mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka
pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. (8) Untuk
mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak
putus-putus. (9) Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang
curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia
diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi
menembusi. (10)

Mukasurat 13/20

Surah Ad-Dukhan, Ayat 10-18
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa
asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran
yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan
manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini
adalah azab yang sungguh menyakitkan. (11) (Pada saat itu
mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami!
Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan
beriman!. (12) Bagaimana mereka dapat beringat
(menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Padahal
mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi
keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! (13)
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada
menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): Dia
seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang
gila! (14) Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang
sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (15)
(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan
dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang
besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan
menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). (16) Dan demi
Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum
Firaun dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi
Musa) Yang mulia; (17) (Yang memberitahu kepada mereka
dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba
Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku);
sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang
diutuskan kepada kamu. (18)

Surah Ad-Dukhan, Ayat 43-50
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (43) (Buahnya) menjadi
makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (44)
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam
perut; (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
(46) (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka):
Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengahtengah Neraka. (47) Kemudian curahkanlah di atas kepalanya
(azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48) (Serta
dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa,
sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan
terhormat (dalam kalangan masyarakatmu) (49) (Kemudian
dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah
dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50)
Ulang 3 atau 7 kali

Mukasurat 14/20

Surah Al-Ahqaf, Ayat 29-32
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu
rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk
mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya,
berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu
dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian
setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya
(menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan
dan amaran. (29) Mereka berkata: Wahai kaum kami!
Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang
diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan
kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi
memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus
(agama Islam) (30) Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul
(Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta
berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan
sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31) Dan sesiapa tidak
menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka
dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke
mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan
beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindungpelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya)
adalah dalam kesesatan yang nyata. (32)

Surah Ar-Rahman, Ayat 33-36
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus
keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan
diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu
menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan
dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami;
masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmatnikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu
(wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia)
akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan
tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu
tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan? (36)

Mukasurat 15/20

Surah Al-Hashr, Ayat 21-24
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung,
nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah
kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal
perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya
mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan
melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang
nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang
Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat
Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan
Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha
Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang
Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala
yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang
Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya
menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang
sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya
segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)

Surah Al-Qalam, Ayat 51
Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir
menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka
(yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa
mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya
(Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila. (51)

Mukasurat 16/20

Surah Al-Jinn, Ayat 1-9
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku,
bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (AlQuran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu
kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah
mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan
kandungannya sungguh menakjubkan! (1) Kitab yang memberi
panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan
kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk
dengan Tuhan kami. (2) Dan (ketahuilah wahai kaum kami!)
Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan
Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. (3) Dan (dengan
ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang
kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah
mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui
kebenaran; (4) Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan)
kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan
berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. (5) Dan
bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa
orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana
dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat. (6) Dan bahawa sesungguhnya
(tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu
sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang
Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari
kiamat). (7) Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha
mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan
pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan
rejaman-rejaman) api yang menyala. (8) Padahal sesungguhnya
kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di
langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka
sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api
yang menyala yang menunggu merejamnya. (9)

Mukasurat 17/20

Surah Al-Inshirah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai
Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat
petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu:
Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati
tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan
dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan
bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi
dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah
kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal
soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha
(mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu
sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan
ingini). (8)

Surah Al-Zalzalah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyatdahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2)
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang
sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun
menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah
memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia
akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk
diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat
kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)! (8)

Mukasurat 18/20

Surah Al-Fil
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah
melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh
pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka
dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Dia
telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung
berpasuk-pasukan; (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu
dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu Dia menjadikan
mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan
ulat. (5)

Surah Al-Masad (The Palm Fiber)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia
bersama; (1) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak
dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka
yang marak menjulang. (3) Dan juga isterinya, seorang
perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari
tali-tali yang dipintal. (5)

Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia
pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang
serupa denganNya. (4)

Mukasurat 19/20

Surah Al-Falaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah)
Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana
makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap
apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang
menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatanikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia
melakukan dengkinya. (5)

Surah An-Nas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah)
Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian
manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
(3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
(4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan
manusia. (6)

Mukasurat 20/20