KAEDAH KAWALAN HARGA PELAKSANAAN SKIM KA

KAEDAH KAWALAN HARGA : PELAKSANAAN SKIM KAWALAN HARGA
MUSIM PERAYAAN DI MALAYSIA
Azizul Rahman bin Sapahin
Diploma Sains Pengurusan
Institut Tadbiran Awam (INTAN) Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
Abstrak : Kaedah kawalan harga merupakan isu utama yang sering
ditimbulkan terutama ketika musim perayaan. Kaedah kawalan harga
yang diamalkan di Malaysia ketika menjelang musim perayaan adalah
merupakan usaha kerajaan yang prihatin terhadap rakyat yang tertekan
ekoran kenaikan harga barang ketika tiba musim perayaan. Kertas
kerja ini akan memfokuskan kepada definisi barang kawalan, barang
kawalan musim perayaan serta pelaksanaan Skim Kawalan Harga
Musim Perayaan di Malaysia. Malaysia merupakan antara banyak
Negara di dunia yang mengamalkan sistem kawalan harga dan Skim
Kawalan Harga Musim Perayaan yang bermula semenjak tahun 2000
adalah menjadi fokus kajian kertas kerja ini. Akta Kawalan Harga dan
Anti Pencatutan 2011 yang menggantikan Akta Kawalan Harga 1946
merupakan undang-undang yang ditambahbaik bagi membantu
kerajaan menguatkuasakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini
dengan lebih berkesan. Kaedah penetapan Skim Kawalan Harga

bermula daripada fasa kutipan harga, mesyuarat bersama agensi
kerajaan dan pihak swasta, penyediaan kertas konsep, persediaan
mesyuarat pasukan kerja penetapan harga di peringkat negeri dan
kebangsaan, kelulusan Menteri, penyediaan nota kabinet, pewartaan
harga maksimum dan sehingga kepada pengumuman skim kawalan
harga dan pelaksanaan skim tersebut. Skim Kawalan Harga Musim
Perayaan dilihat banyak membantu pengguna ketika tiba musim
perayaan namun tindakan pemantauan perlu terus dipertingkatkan bagi
memastikan pelaksanaan skim ini mencapai sasarannya.
Kata Kunci : Kawalan Harga, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan,
Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan
1.0

PENGENALAN

Isu kawalan harga sering menjadi paparan dalam media massa terutamanya di musim
perayaan. Terdapat perbezaan antara barangan kawalan semasa musim perayaan dan pada
waktu-waktu biasa. Kebiasaannya, barang-barang yang dijadikan barang kawalan semasa
musim perayaan adalah melibatkan barang basah dan bahan keperluan untuk masakan. Hal
ini berlaku kerana pada musim perayaan, permintaan terhadap barang-barang seperti ayam,

cili merah, telur ayam dan bawang merah adalah lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.
Dengan erti kata lain, permintaan terhadap barangan tertentu meningkat melebihi
pengeluaran. Justeru itu, ini menyebabkan terdapat segelintir peniaga yang cuba mengambil
kesempatan mengenakan harga yang tinggi dengan sewenang-wenangnya atau lebih dikenali
sebagai membuat pencatutan.

Faktor inilah yang memaksa pihak kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan mengenakan kawalan harga bagi sesetengah barangan
bagi menjaga kebajikan pengguna. Harga siling bagi sesetengah barangan yang dikawal akan
ditetapkan untuk tempoh tertentu bagi memastikan pengguna dapat menikmati harga
barangan pada kadar yang munasabah. Namun begitu, ada juga sesetengah peniaga yang
tidak mengikut harga yang telah ditetapkan, malah berani mengenakan harga melepasi harga
siling yang ditetapkan.
1.1

Definasi Kawalan Harga

Kawalan bermaksud usaha atau tindakan mengenakan (menjaga, mengawasi),
manakala harga pula didefinasikan sebagai nilai sesuatu barangan dengan (kiraan) wang.
(Dewan Bahasa Pustaka, 2013) Maka, dapat dirumuskan maksud kawalan harga adalah

tindakan mengenakan sekatan terhadap nilai barangan daripada dinaikkan sesuka hati yang
biasa dilakukan oleh peniaga dan juga peruncit.
Menteri berkuasa menetapkan apa-apa barang yang hendak dikawal harganya secara
undang-undang. Ini adalah berdasarkan permintaan terhadap sesuatu barangan keperluan bagi
satu-satu musim perayaan seperti contoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya
Puasa, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina dan Skim Kawalan Harga
Musim Perayaan Deepavali.
1.2

Barangan Kawalan Musim Perayaan

Barangan kawalan pula boleh didefinisikan sebagai benda atau perkhidmatan yang
dijualbelikan tetapi barangan tersebut dikawal daripada segi harganya agar para peniaga tidak
dapat menaikkan harga barangan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Kebanyakan harga
bagi barang terkawal adalah dijual dibawah atau mengikut paras harga maksimum seperti
yang telah ditetapkan di peringkat borong dan runcit.
Penguatkuasaan yang dilakukan bermula dari peringkat pembekal barangan berkenaan
sehinggalah kepada peringkat pemborong. Pembekal dan pemborong adalah dimestikan
untuk mendapatkan lesen yang sah dari pihak kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

2.0

AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI PENCATUTAN 2011

Akta ini dan peruntukan-peruntukan subsidiari dibawahnya adalah bertujuan untuk
menentukan harga barang–barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa
yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum
membeli barangan. Terdapat beberapa kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dibawah
akta ini. Salah satunya adalah seperti kesalahan gagal meletakkan tanda pada barangan yang
dipamerkan untuk jualan serta kesalahan gagal melabelkan barang-barang yang tersedia
bungkus dengan maklumat nama dan alamat pengeluar atau pengimport, berat dan kuantiti
barangan, kandungan bahan didalamnya serta nama sebutan sebenar barangan terbabit.
Peniaga yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan
tindakan didenda atau dikompaun.

Kini Akta Kawalan Harga 1946 telah diperhebat dan ditambahbaik dengan
pengenalan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Ia digubal bagi mewujudkan
sebuah mekanisma bagi menghalang dan melarang peniaga dari menaikkan harga barangan
tanpa sebab dan mengaut keuntungan secara berlebihan sehingga menekan pengguna. Di
bawah akta ini, terdapat 3 perintah yang diwujudkan bagi membantu kementerian untuk

melaksanakan penguatkuasaan terhadap akta ini.
1. Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ( Penentuan Harga Maksimum)
2013
2. Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga
Terkawal) 2013
3. Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993
Selaras dengan penambahbaikan akta ini juga, penubuhan Majlis Penasihat Harga
Barang yang dianggotai golongan professional, pihak peniaga, pengguna dan wakil
kementerian turut dilaksanakan bagi membantu pihak kerajaan menjalankan pemantauan ke
atas peniaga. Melalui akta baru ini juga, pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap
peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan.
3.0

SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) adalah suatu skim yang
dilaksanakan dengan objektif untuk menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan
mencegah amalan mencatut atau mengambil untung secara berlebihan(profiteering) di
kalangan peniaga semasa musim perayaan.
Skim ini dilaksanakan mulai tahun 2000 dan meliputi musim perayaan Tahun Baru

Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali serta Krismas.Skim ini juga telah diperkenalkan buat
julung kalinya pada tahun 2010 untuk sambutan musim perayaan Pesta Kaamatan di Sabah
dan Hari Gawai di Sarawak.
Kawalan harga dibuat ke atas harga maksimum borong dan runcit ke atas senarai
barangan terpilih yang dijadikan barangan harga terkawal. Barangan harga terkawal
merupakan barangan yang mempunyai keperluan dan permintaan yang sangat tinggi semasa
musim perayaan. Barangan harga terkawal juga adalah barangan yang sensitif terhadap
sedikit gangguan bekalan dan harga. Harganya boleh melambung tinggi jika tidak dipantau
dan dikawal.
Penetapan harga dibuat berdasarkan trend harga sepanjang tahun, cadangan dan
perbincangan dari agensi kerajaan, swasta, industri serta persatuan-persatuan. Barangan harga
terkawal terdiri meliputi kategori ayam, telur ayam, daging, sayur-sayuran, barang kering dan
ikan. Senarai barangan harga terkawal akan berubah mengikut skim dan keperluan ke atas
musim perayaan itu.
3.1

Tempoh Penguatkuasaan

Tempoh SKHMP bergantung kepada musim perayaan. Pelaksanaan dibuat beberapa
hari sebelum dan beberapa hari selepas musim perayaan. Sebagai contoh SKHMP Hari Raya

Puasa dibuat selama 15 hari iaitu 7 hari sebelum dan 7 hari selepas Hari Raya Puasa.

BIL

PERAYAAN

TARIKH
PERAYAAN

TARIKH
PELAKSANAAN

BIL HARI
PELAKSANAAN

1

Tahun Baru Cina

23 – 24 Jan


19 – 30 Jan

12 hari

2

Pesta Kaamatan

30 – 31 Mei

25 – 31 Mei

7 hari

3

Hari Gawai

1 – 2 Jun


27 Mei – 2 Jun

7 hari

4

Hari Raya Puasa

19 - 20 Ogos

12- 26 Ogos

15 hari

5

Deepavali

13 Nov


8 - 17 Nov

10 hari

6

Krismas

25 Dis

23 – 27 Dis

5 hari

Jadual 1 : Kalendar Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2012

BIL

PERAYAAN


TARIKH
PERAYAAN

TARIKH
PELAKSANAAN

BIL HARI
PELAKSANAAN

1

Tahun Baru Cina

10 – 11 Feb

6 – 17 Feb

12 hari

2

Pesta Kaamatan

30 – 31 Mei

25 – 31 Mei

7 hari

3

Hari Gawai

1 – 2 Jun

27 Mei – 2 Jun

7 hari

4

Hari Raya Puasa

8 - 9 Ogos

1- 15 Ogos

15 hari

5

Deepavali

2 Nov

29 Okt - 7 Nov

10 hari

6

Krismas

25 Dis

23 – 27 Dis

5 hari

Jadual 2 : Kalendar Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013

3.2

Penandaan Khas Warna Merah Jambu

Penandaan harga khas warna merah jambu diperlukan bagi membezakan barang harga
terkawal yang dijual. Penandaan ini memudahkan penggunan mengenalpasti barang harga
terkawal semasa pembelian. Pengguna akan lebih peka terhadap jenis barang harga terkawal
yang diwartakan serta tempoh pelaksanaan yang berlangsung.

Gambar 1 : Contoh penandaan SKHMP

3.3

Kaedah Penentuan Harga Maksimum SKHMP

Bagi memastikan harga maksimum runcit yang akan ditetapkan sesuai dan boleh
diterima oleh semua pihak, langkah-langkah berikut telah dilaksanakan:
1. Membuat pungutan harga di peringkat ladang, borong dan runcit ke atas barang-barang
yang dicadangkan sebagai barang harga terkawal yang meliputi semua 146 daerah di
Malaysia.
2. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan agensi kerajaan, pengeluar,
pengimport, pemborong serta persatuan peniaga yang terlibat bagi menentukan harga
maksimum yang ditetapkan adalah wajar dan bersesuaian; dan
3. Mengadakan mesyuarat dengan persatuan-persatuan pengguna serta peniaga bagi
mendapatkan reaksi dan cadangan mengenai pelaksanaan skim tersebut.
4.0

PENGISYTIHARAN SEBAGAI BARANG KAWALAN DI BAWAH AKTA
KAWALAN BEKALAN

Barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai Barang Harga Terkawal di bawah
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan diwartakan sebagai barang kawalan
musim perayaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Perwartaan ini dibuat bagi
membolehkan tindakan diambil di bawah Akta tersebut sekiranya timbul masalah berkaitan
bekalan. Berikut adalah senarai barang-barang yang akan dibuat kutipan sebelum dipilih
untuk dikawal harganya bagi tempoh tertentu bagi satu-satu musim perayaan.

BIL

BARANG

UNIT

1

Ayam Hidup

kg

2

Ayam Standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati
dan hempedal)

kg

3

Ayam Super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan
hempedal)

kg

4

Ayam Belanda Import

kg

5

Kepak Ayam

kg

6

Ayam Tua Hidup

kg

7

Daging Lembu Tempatan(semua jenis daging kecuali batang
pinang/tenderloin)

kg

8

Daging Kerbau Tempatan

kg

9

Daging Lembu Import (Australia)

kg

10

Daging Kerbau Import (India) (bahagian Topside)

kg

11

Daging Kerbau Import (India) (bahagian Silverside)

kg

12

Daging Kerbau Import (India) (bahagian Rump)

kg

13

Daging Kerbau Import (India) (bahagian Blade)

kg

14

Daging Kerbau Import (India) (bahagian Chuck)

kg

15

Daging Kambing Tempatan Bertulang

kg

16

Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (Australia-Kotak)

kg

17

Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (New Zealand-Kotak)

kg

18

Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (Australia-Whole carcass)

kg

19
20
21

Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (New Zealand-Whole
carcass)
Daging Kambing Berbiri Import Tanpa Tulang (tidak termasuk paha Australia)
Daging Kambing Berbiri Import Tanpa Tulang (tidak termasuk paha New Zealand)

kg
kg
kg

22

Daging Paha Kambing Berbiri Import Bertulang (Australia)

kg

23

Daging Paha Kambing Berbiri Import Bertulang (New Zealand)

kg

24

Daging Babi ( Belly )

kg

25

Daging Babi ( Lean and fats )

kg

26

Daging Babi ( Pure Lean )

kg

27

Daging Babi ( Ribs )

kg

28

Daging Babi ( Ribs with meat )

kg

29

Babi Hidup (100kg/seekor)

ekor

30

Telur Ayam Gred A (berat 65.0gm hingga 69.9gm sebiji)

biji

31

Telur Ayam Gred B (berat 60.0gm hingga 64.9gm sebiji)

biji

32

Telur Ayam Gred C (berat 55.0gm hingga 59.9gm sebiji)

biji

33

Tomato(berat antara 8 dan 10 biji sekilogram)

kg

34

Kubis Bulat (tempatan)

kg

35

Kubis Bulat Import (Indonesia)

kg

36

Kubis Bulat Import (China)

kg

37

Kubis Panjang (tempatan)

kg

38

Kubis Panjang (China)-besar

kg

39

Kubis Panjang (China)-kecil

kg

40

Cili Merah (Kulai)

kg

41

Cili Merah (Minyak)

kg

42

Lada Benggala Hijau( Capsicum )

kg

43

Brokoli (tempatan)

kg

44

Brokoli (import)

kg

45

Kubis Bunga (cauliflower) Tempatan

kg

46

Kubis Bunga (cauliflower) Import

kg

47

Bawang Perai (Leek) Tempatan

kg

48

Bawang Perai (Leek) Import

kg

49

Kelapa parut

kg

50

Santan Kelapa

kg

51

Kelapa Biji

biji

52

Bawang Merah Besar (India)

kg

53

Bawang Merah Besar (China)

kg

54

Bawang Merah Kecil (India-biasa)

kg

55

Bawang Merah Kecil (India-ros)

kg

56

Bawang Merah Kecil (Thailand)

kg

57

Bawang Merah Kecil (Myanmar)

kg

58

Bawang Putih (China)

kg

59

Ubi Kentang Import (Indonesia)

kg

60

Ubi Kentang Import (China)

kg

45

Kubis Bunga (cauliflower) Tempatan

kg

46

Kubis Bunga (cauliflower) Import

kg

47

Bawang Perai (Leek) Tempatan

kg

48

Bawang Perai (Leek) Import

kg

49

Kelapa parut

kg

50

Santan Kelapa

kg

51

Kelapa Biji

biji

52

Bawang Merah Besar (India)

kg

53

Bawang Merah Besar (China)

kg

61

Kacang Tanah Import

kg

62

Beras Pulut Thailand ( Susu )

kg

63

Beras Pulut Thailand ( Biasa )

kg

64

Beras Pulut Vietnam

kg

65

Kacang Dhal (India-Malavi)

kg

66

Kacang Dhal (India-Biasa)

kg

67

Kacang Dhal (Australia)

kg

68

Ikan Kembung Tempatan(berat antara 8 hingga 11 ekor/kg)

kg

69

Ikan Kembung Import(berat antara 8 hingga 11 ekor/kg)

kg

70

Ikan Bawal Putih Tempatan (berat antara 200 gram hingga 400 gram
seekor)

kg

71

Ikan Bawal Putih Import (berat antara 200 gram hingga 400 gram
seekor)

kg

72

Ikan Bawal Tambak Tempatan (berat antara 200 gram hingga 400 gram
seekor)

kg

73

Ikan Bawal Tambak Import (berat antara 200 gram hingga 400 gram
seekor)

kg

74

Udang Putih (ternak)

kg

75

Udang Putih Besar (Tempatan) (berat antara 41 ekor hingga 50 ekor
sekilogram)

kg

76

Udang Putih Besar (Tempatan) (berat antara 51 ekor hingga 60 ekor
sekilogram)

kg

77

Udang Putih Besar (Import) (berat antara 41 ekor hingga 50 ekor
sekilogram)

kg

78

Udang Putih Besar (Import) (berat antara 51 ekor hingga 60 ekor
sekilogram)

kg

79

Udang Putih Besar (Import) (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor
sekilogram)

kg

Jadual 3 : Senarai Barang Harga Terkawal

5.0

PROSES PELAKSANAAN SKHMP
PUNGUTAN HARGA
MESYUARAT DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA
KERTAS KONSEP
PERSEDIAAN MESYUARAT PASUKAN KERJA PENETAPAN HARGA

MESYUARAT PASUKAN KERJA PENETAPAN HARGA
KEPUTUSAN/KELULUSAN YB MENTERI
NOTA KABINET
PERWARTAAN HARGA MAKSIMUM
PENGUMUMAN
PELAKSANAAN SKIM KAWALAN HARGA
6.0

PENUTUP

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang bermula dari tahun 2000 merupakan satu
daripada inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban masyarakat bagi mengatasi
isu kenaikan harga ketika musim perayaan. Ketika musim perayaan, permintaan tinggi
terhadap barangan keperluan menyebabkan lonjakan harga yang tinggi di pasaran dan
terdapat segelintir peruncit yang mengambil kesempatan ekoran permintaan yang tinggi ini
untuk menaikkan harga barangan masing-masing walaupun tidak terkesan daripada kenaikan
harga di peringkat borong atau pembekal utama. Sikap peniaga yang kurang prihatin dan
tidak beretika ini menyebabkan kerajaan terpaksa campur tangan dalam urusan pasaran
terbuka ekonomi Negara bagi menyeimbangkan kepentingan peniaga dan juga pengguna.
Dalam dunia perniagaan selain daripada modal, teknologi dan sumber manusia, etika
merupakan unsur penting untuk meningkatkan imej dan reputasi peniaga disamping
menjamin pulangan keuntungan yang optimum dan konsisten. George David, Ketua Pegawai
Eksekutif United Technologies Corporation (http://www.utc.com) menegaskan, etika dapat
memimpin manusia dalam mengurus aktiviti urusniaga dan setiap individu perlu mempunyai
standard etika yang tinggi untuk membina dan mengekalkan reputasi korporat berbanding
dengan usaha mengeluarkan barangan yang baik. Selain daripada fokus mendapatkan
keuntungan, peningkatan imej dan reputasi daripada aktiviti perniagaan, peniaga perlu
menyedari mereka juga bertanggungjawab kepada kebajikan masyarakat.(Sabri Salamon,
1989). Dalam konteks tersebut, etika dapat memainkan peranan membantu peniaga
merealisasikan tanggungjawab membangunkan masyarakat dan Negara.
Sewajarnya pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tersusun dan mampan
penting bagi memastikan pelaksanaan skim ini mencapai objektifnya. Aktiviti
penguatkuasaan oleh KPDNKK tidak dinafikan membantu membenteras kenaikan harga dan
amalan curang oleh peniaga khususnya semasa musim perayaan(Jaafar,A.S., 2004).

7.0

BIBLIOGRAFI

Ahmad Esa (2002). Pengetahuan, Amalan, Dan Sikap Peniaga Kecil Terhadap Etika
Perniagaan : Satu Kajian Rintis, KUiTTHO.
Ahmad, N. (2006). Kawalan harga mulai Sabtu.

Jaafar, A. S. (2004). Kedudukan pengguna dalam komuniti pasca modenisme: Cabaran bagi
Malaysia.
Jalil, R. A. (2010). Skim Kawalan Harga Barang diperluas.
Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam: Pengenalan Sistem Dan Kemungkinan. AlRahmaniah, Petaling Jaya, Malaysia.
(2011) Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan
(1961) Akta Kawalan Bekalan
http://www.kpdnkk.gov.my
http://www.utc.com