Teori Kaunseling dan Psikote rapi
Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Melati Sumari Ida Hartina Ahmed Tharbe Norfaezah Md Khalid Azmawaty Mohamad Nor
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
AJU
AN
ILM
UP UNC
HA KEM
Diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur http://umpress.um.edu.my http://www.umpress.com.my
Ahli Pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. 196906 Ahli Pengasas Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
© Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid,
Azmawaty Mohamad Nor 2014 Semua hak terpelihara.
Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekali pun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada Penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Dicetak oleh Penerbit Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
Kandungan
Senarai Rajah xv Senarai Jadual
xvii Prakata
xix
Bab 1: Perkhidmatan Kaunseling
Pengenalan
1 Definisi Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling
2 Salah Anggap Terhadap Kaunseling di Malaysia
7 Sejarah Kaunseling
7 Pendaftaran Kaunselor 1998
12 Etika Dalam Kaunseling
Borang persetujuan
Pembuat keputusan
Sosiobudaya
14 Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila
Tempoh dan cara penyimpanan maklumat
Bab 2: Teori Psikoanalisis
Objektif
21 Pengenalan
21 Gambaran Keseluruhan Teori
22 Pengasas Teori
23 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Struktur Personaliti
25 Andaian Asas dan Prinsip Teori
Tahap Perkembangan Psikoseksual
Pemikiran Sedar, Separa Sedar dan Luar Sedar
Instinct (Naluri)
Simbol Freudian
28 Matlamat Terapi
Mekanisme Bela Diri
28 Proses Kaunseling
Peranan Kaunselor
Fokus Utama
30 Teknik-Teknik
Proses Terapi
31 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
33 Kelebihan dan Kelemahan Teori
34 Aplikasi Kes Laila
Bab 3: Teori Pemusatan Klien
Objektif
41 Pengenalan
41 Gambaran Keseluruhan Teori
42 Pengasas Teori
43 Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia
44 Andaian Asas dan Prinsip Teori
45 Matlamat Terapi
47 Peranan Kaunselor
48 Proses Kaunseling
Pengalaman Klien dalam Proses Kaunseling/Terapi
49 Teknik-teknik
Hubungan antara Kaunselor dengan Klien
49 Elemen Penting Penggerak Perubahan
Ketulenan atau Kongruen
Empati
51 Pemusatan Klien: PascaModen
Penerimaan Tanpa Syarat
52 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
53 Kelebihan dan Kelemahan Teori
54 Aplikasi Kes Laila
Bab 4: Teori Terapi Individu Adler
Objektif
59 Pengenalan
59 Gambaran Keseluruhan Teori
60 Pengasas Teori
61 Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia
Perkembangan awal
62 Andaian Asas dan Prinsip Teori
Konstelasi keluarga
64 Matlamat Terapi
65 Peranan Kaunselor
66 Proses Terapi
Peringkat pertama: Membina hubungan dan mengekalkan hubungan terapeutik dengan ahli
Peringkat kedua: Analisis dan Penilaian
Peringkat ketiga: Kefahaman diri dan celik akal
70 Teknik-Teknik
Peringkat keempat: Membuat orientasi semula
71 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
73 Kelebihan dan Kelemahan Teori
74 Aplikasi Kes Laila
Bab 5: Teori Kewujudan
Objektif
83 Pengenalan
83 Gambaran Keseluruhan Teori
84 Pengasas Teori
85 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Kebolehan untuk Mengenali Diri Sendiri
Kebebasan dan Tanggungjawab
87 Berjuang untuk mencapai identiti dan hubungan dengan orang lain
Mencari Pengertian Hidup
Kesedaran Tentang Kematian dan Ketidakwujudan
91 Andaian Asas dan Prinsip Teori
Keaslian
91 Matlamat Terapi
91 Peranan Kaunselor
Proses Terapi
92 Teknik-Teknik
93 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
95 Kelebihan dan Kelemahan Teori
96 Aplikasi Kes Laila
Bab 6: Teori Gestalt 101
Objektif 101 Pengenalan
101 Gambaran Keseluruhan Teori
102 Pengasas Teori
103 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Kesempurnaan
105 Berhubungan dengan Alam Persekitaran (Field Theory)
Pembentukan figure
Organismic dan Self-Regulation
Kesedaran atau Arif Diri
106 Hubungan dengan Persekitaran Syarat untuk Berkembang 106 Batasan Contact
Gangguan Terhadap Boundaries
108 Andaian Asas dan Prinsip Teori
Tenaga dan Halangan-halangan kepada tenaga
109 Matlamat Terapi
109 Peranan Kaunselor
110 Proses Terapi
111 Teknik-teknik
112 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
115 Kelebihan dan Kelemahan Teori
115 Aplikasi Kes Laila
Bab 7: Teori Tingkah Laku 121
Objektif 121 Pengenalan
121 Gambaran Keseluruhan Teori
124 Pengasas Teori
125 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
126 Andaian Asas dan Prinsip Teori
126 Matlamat Terapi
128 Peranan Kaunselor
Proses Kaunseling 129 Teknik-teknik
130 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
134 Kelebihan dan Kelemahan Teori
135 Aplikasi Kes Laila
Bab 8: Teori Tingkah Laku Kognitif 141
Objektif 141 Pengenalan
141 Gambaran Keseluruhan Teori
142 Teori Rasional Emotif Tingkah Laku
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Punca Gangguan Emosi
Model ABC dalam REBT
Proses Terapi
Kelebihan dan Kelemahan Teori
152 Teori Kognitif (Cognitive Therapy) Aaron Beck
Aplikasi Kes Laila
Pengasas Teori
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Tahap Pemikiran
Hubungan Kaunselor dan Klien
Aplikasi Teori
Hubungan Kaunselor dengan Klien
160 Teori Modifikasi Tingkah Laku Kognitif
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Pengasas Teori
Andaian Asas Dan Prinsip Teori
Bagaimana Tingkah Laku Berubah
Aplikasi Kes Laila
Aplikasi mengikut pendekatan REBT
Aplikasi mengikut pendekatan CT
168 Rumusan
Aplikasi mengikut pendekatan CBM
169 Glosari
Bab 9: Teori Realiti 171
Objektif 171 Pengenalan
171 Gambaran Keseluruhan Teori
172 Pengasas Teori
173 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
174 Perkembangan Personaliti dan Identiti
Identiti kegagalan: Arah hidup yang kurang berkesan
175 Andaian Asas dan Prinsip Teori
Identiti kejayaan: Arah kehidupan lebih berkesan
Keperluan Manusia dan Tingkah laku Bermakna
Orientasi Fenomenologi
Kesepaduan Tingkah laku
177 Matlamat Terapi
Teori Pemilihan
178 Peranan Kaunselor
178 Proses Terapi
179 Teknik-Teknik
181 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
185 Kelebihan dan Kelemahan Teori
186 Aplikasi Kes Laila
Bab 10: Teori Berfokuskan Penyelesaian 195
Objektif 195 Pengenalan
195 Gambaran Keseluruhan Teori
196 Pengasas Teori
197 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
198 Andaian Asas dan Prinsip Teori
198 Matlamat Terapi
199 Peranan Kaunselor
200 Proses Terapi
200 Teknik-teknik
201 Penamatan
205 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
206 Kekuatan dan Kelemahan Teori
206 Aplikasi Kes Laila
207 Rumusan
211 Glosari
Bab 11: Teori Feminis 213
Objektif 213 Pengenalan
213 Gambaran Keseluruhan Teori
214 Pengasas Teori
215 Sejarah Ringkas
Toward a New Psychology of Women
216 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
218 Andaian Asas dan Prinsip Teori
218 Matlamat Terapi
219 Peranan Kaunselor
220 Teknik-Teknik
221 Aplikasi dalam Seting Silang Budaya
224 Kekuatan dan Kelemahan Teori
225 Aplikasi Kes Laila
Bab 12: Pendekatan Naratif 231
Objektif 231 Pengenalan
231 Gambaran Keseluruhan Teori
232 Pengasas Teori
233 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
234 Andaian Asas dan Prinsip Teori
234 Matlamat Terapi
235 Peranan Kaunselor
235 Proses Terapi
236 Teknik-teknik
237 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
242 Kekuatan dan Kelemahan Teori
242 Aplikasi Kes Laila
Bab 13: Pendekatan Integratif 249
Objektif 249 Pengenalan
Faktor yang Mendorong Penggunaan Pendekatan Integratif
250 Jenis-jenis Pendekatan Integratif
250 Gambaran Keseluruhan Teori
Teori Berasaskan Eklektik dan Integratif 252 Development Counseling and Therapy (Dct)
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Punca kepada Masalah Penyesuaian
Peranan Kaunselor dan Proses Kaunseling
Proses Terapi
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
259 Transtheoritical Model (Ttm)
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Tahap-tahap Perubahan
Tahap Masalah Psikologikal
Proses Terapi
Teknik-teknik
265 Kombinasi tahap perubahan, tahap masalah psikologikal dan proses perubahan
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
270 Terapi Multimodal
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Proses Terapi
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kelemahan Teori
277
Aplikasi Kes Laila
Bab 14: Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling 283
Objektif 283 Pengenalan
283 Definisi Spiritual dan Agama
285 Punca Ketiadaan Integrasi Antara Kaunseling dengan Agama dan Spiritual
Agama
286
Kekurangan Kompetensi Kaunselor
286
Pengalaman Peribadi Kaunselor
286
Salah Anggap Terhadap Kedua-dua Bidang
287
287 Punca Masalah yang Berkaitan Agama dan Rohani
Penilaian Agama, Kepercayaan dan Nilai Spiritual
288 Strategi Pengintegrasian Agama dan Spiritual
290
Strategi Implisit Menangani Klien yang Mempunyai Isu Agama dan Kerohanian
290 Isu-isu Sensitif
290
Integrasi Teori Konvensional dengan Agama dan Spiritual
291
Pendekatan Psikoanalitik
291
Pendekatan Humanistik-Kewujudan
291
Pendekatan Gestalt
292
Pendekatan Kognitif Tingkah Laku
292
293 Intervensi Rohani
Pendekatan Teori Tingkah Laku
Visualisasi dan Imejan spiritual
Jurnal Kerohanian
294
Biblioterapi
295 Menggunakan Kitab Suci atau Kitab-Kitab Pakar Agama 296 Keampunan dan Taubat
296 Aplikasi Silang Budaya dalam Pengintegrasian Agama dan Spiritual dengan Kaunseling
296 Aplikasi Kes Laila
297 Bibliografi
301 Indeks
Senarai Rajah
Rajah 2.1
22 Rajah 2.2: Sigmund Freud (1856-1939)
Gambarajah Keseluruhan Teori Psikoanalisis
23 Rajah 2.3: Struktur pemikiran dan personaliti manusia
27 Rajah 3.1: Gambaran Keseluruhan Teori Pemusatan Klien
menurut psikoanalisis
42 Rajah 3.2: Carl Rogers (1902-1987)
43 Rajah 4.1: Gambaran Keseluruhan
60 Rajah 4.2: Alfred Adler (1870-1937)
61 Rajah 4.3: Model of Wellness oleh Witmer, Sweeney and
66 Rajah 4.4: Proses Terapi Individu
Myers (1998)
67 Rajah 5.1: Gambaran Keseluruhan
84 Rajah 5.2: Victor Frankl (1902-1945)
85 Rajah 5.3: Rollo May (1909-1994)
86 Rajah 6.1: Gambaran Keseluruhan Teori Gestalt
102 Rajah 6.2: Gambar Fritz Perls (1893-1970) dan bekas isterinya
Laura Perls, yang juga merupakan salah seorang penyumbang kepada teori Gestalt
103 Rajah 7.1: Gambaran Keseluruhan Teori Tingkah Laku
124 Rajah 7.2: B.F. Skinner (1904-1990)
125 Rajah 7.3: Albert Bandura (1925)
125 Rajah 8.1: Gambaran Keseluruhan
142 Rajah 8.2: Albert Ellis (1913-2007)
143 Rajah 8.3: Penstrukturan Kognitif
Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Rajah 8.4: Aaron Beck (1921-1993) 155 Rajah 8.5: Donald Mecheinbaum (1966-1998)
161 Rajah 9.1: Gambaran Keseluruhan Teori Realiti
172 Rajah 9.2: William Glasser (1925-2013)
173
Rajah 10.1: Gambaran Keseluruhan Teori Berfokuskan Penyelesaian 196 Rajah 10.2: Steve de Shazer (1940-2005)
197 Rajah 10.3: Insoo Kim Berg (1934-2007)
197 Rajah 11.1: Gambaran Keseluruhan Teori Feminis
214 Rajah 11.2: JeanBaker Miller (1928-2006)
215 Rajah 12.1: Gambaran Keseluruhan Terapi Naratif
232 Rajah 12.2: Michael White (1948-2008) 233
Rajah 12.3: David Epston (1944) 233 Rajah 13.1: Gambaran keseluruhan Teori Integratif
252 Rajah 13.2: James O. Prochaska (1943-2001)
260 Rajah 13.3: Arnold Lazarus (1932-2013)
271 Rajah 13.4: Hubung kait elemen modaliti translate labels
275 Rajah 14.1: Gambaran Keseluruhan Agama dan Spiritual
dalam Kaunseling
284
Senarai Jadual
Jadual 1.1: Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling 2 Jadual 1.2: Mitos dan Realiti – Salah anggap mengenai kaunseling
di Malaysia
Jadual 2.1: Tahap-tahap Perkembangan Psikoseksual Sigmund Freud 26 Jadual 2.2: Jenis-jenis Mekanisme Bela Diri
29 Jadual 2.3: Teknik-teknik Psikoanalisis
31 Jadual 4.1: Teknik-teknik Terapi Individu Adler
71 Jadual 5.1: Teknik-teknik Teori Kewujudan
93 Jadual 6.1: Teknik-teknik Teori Gestalt
112 Jadual 7.1: Teknik-teknik Teori Tingkahlaku
131 Jadual 8.1: Teknik-teknik Tingkahlaku Kognitif
151 Jadual 8.2: Teknik-teknik
163 Jadual 9.1: Maksud Akronim WDEP
179 Jadual 9.2: Teknik-teknik Realiti
181 Jadual 9.3: Konsep AB-CDEFG
185 Jadual 10.1: Teknik-teknik Berfokuskan Penyelesaian
201 Jadual 11.1: Teknik-teknik Teori Feminis
221 Jadual 12.1: Teknik-teknik Pendekatan Naratif
238 Jadual 13.1: Teknik Modaliti
276
Prakata
Teori kaunseling adalah aspek yang paling asas yang perlu difahami oleh para kaunselor. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang teori kaunseling, proses menolong tidak mungkin dapat dijalankan dengan baik. Penggunaan teknik- teknik seperti yang terdapat dalam teori kaunseling dapat membantu proses penerokaan dan penyelesaian masalah atau sebarang isu dengan lebih berkesan.
Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi ini diterbitkan bagi memudahkan dan membolehkan para pelajar, tidak kira sama ada pelajar-pelajar Ijazah Dasar atau Pascasiswazah untuk mendalami teori-teori kaunseling dan teknik- teknik yang berkaitan dengan lebih efektif. Penghasilan buku ini adalah bagi memudahkan para pelajar merujuk dan memahami teori-teori yang diaplikasikan melalui kajian kes yang disertakan secara terperinci. Melalui aplikasi kajian kes dan teori-teori yang dibentangkan di dalam setiap bab, para pelajar dapat memahami dan mendalami setiap aspek dan teknik-teknik sebelum memilih salah satu teori yang sesuai mengikut gaya kaunseling masing-masing. Penggunaan buku ini juga boleh membantu meneroka pengalaman peribadi dan pembelajaran akademik dalam menguasai teori-teori kaunseling.
Secara spesifiknya, buku ini diterbitkan berdasarkan matlamat berikut: •
Memahami teori-teori dengan mengaplikasikan penggunaannya mengikut kajian kes
• Memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami teori •
Menyediakan contoh-contoh yang berkesan bagi setiap pendekatan teori melalui kajian kes yang sama tetapi aplikasi yang berbeza mengikut kesesuaian kes
• Memberikan pendedahan dan fokus terhadap pembangunan kendiri individu termasuk aspek sosial dan profesional • Memberikan pendedahan dan fokus terhadap pembangunan kendiri individu termasuk aspek sosial dan profesional
Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Terdapat empat belas bab di dalam buku ini. Bab pertama akan memperkenalkan tentang asas kaunseling termasuklah sejarah ringkas berkaitan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, satu contoh kajian kes yang akan menjadi rujukan pengaplikasian teori pada bab-bab seterusnya turut dibincangkan. Bab dua hingga bab tiga belas akan membincangkan tentang teori psikoanalisis, teori pemusatan klien, teori individu Adler, teori kewujudan, teori Gestalt, teori tingkah laku, teori tingkahlaku kognitif, teori realiti, terapi berfokuskan penyelesaian, teori feminis, pendekatan naratif, dan pendekatan integratif. Bab terakhir pula akan membincangkan tentang pengintegrasian aspek agama dan kerohanian dalam kaunseling.
Setiap bab di dalam buku ini memuatkan konsep-konsep yang penting dalam setiap teori. Ringkasan kandungan bagi setiap bab pula digambarkan seperti rajah berikut yang bertujuan untuk memberi gambaran awal tentang sesuatu teori yang akan dibincangkan. Walau bagaimanapun, gambaran tersebut hanyalah panduan umum kepada para pembaca dan boleh berubah- ubah mengikut kesesuaian teori.
Melati Sumari Ida Hartina Ahmed Tharbe Norfaezah Md Khalid Azmawaty Mohamad Nor
Prakata
xxi
Teori
Pengenalan Pengasas Teori
Sifat Semula jadi Manusia
Menurut Teori
Andaian Asas dan Prinsip
Teori
Matlamat Terapi Kaunseling Berdasarkan Teori
Peranan Kaunselor
Mewujudkan Hubungan
Terapi Individu
Terapeutik
Memahami Klien Proses Terapi Individu
Kefahaman Kendiri dan Celik Akal
Teknik-teknik Terapi Individu
Membuat Keputusan Baru
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kekurangan
Teori
Gambaran Penjelasan Teori Gambaran Penjelasan Teori
Bab 1
Perkhidmatan Kaunseling
Pengenalan
Dunia kini sedang melalui era globalisasi dan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi arus pembangunan dan pemodenan yang pesat. Selari dengan kepesatan ekonomi yang dialami sekarang, setiap individu pasti berasa bahang untuk terus berada pada tahap atau tangga yang selesa. Bagi mencapai matlamat tersebut, individu di Malaysia terpaksa berdaya saing dan lebih kompetitif dalam apa jua yang dilaksanakan. Sikap daya saing dan kompetitif boleh dilihat dari satu aspek yang positif namun begitu, ia juga boleh mendatangkan tekanan, bebanan dan masalah terhadap individu. Sering kali apabila dibelenggu oleh perasaan yang terganggu, setiap individu akan berasakan bahawa bebanan yang ditanggung itu terlalu berat dan tidak mengetahui cara yang betul atau mendapat bantuan untuk menyalurkan masalah tersebut, lantas perasaan marah, sedih atau bingung itu dilepaskan kepada orang lain yang rapat dengan mereka seperti ahli keluarga. Bak letusan gunung berapi, perasaan marah yang boleh diibaratkan seperti aliran lava yang sangat panas boleh mengakibatkan tercetusnya salah faham antara individu tersebut dengan orang sekelilingnya. Sekiranya ia tidak dikawal dan berpanjangan, lambat-laun boleh mendatangkan kesan negatif di dalam diri individu seperti kesan pergaulan sosial yang semakin hambar, tekanan atau stres dan depresi.
Setiap individu perlu mengenali dan mengenal pasti simptom-simptom tekanan dan depresi bagi membolehkan sistem kawalan diri diaktifkan. Sistem kawalan diri bermaksud individu berada dalam keadaan sedar tentang sesuatu permasalahan yang dihadapi dan menanganinya dengan teknik-teknik penyelesaian yang betul dan berhemah. Pendedahan awal terhadap kaedah-
2 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
kaedah menangani masalah dengan berkesan boleh dipraktikkan melalui proses nasihat, program bimbingan dan kaunseling.
Satu kes yang membincangkan tentang permasalahan dihadapi oleh seorang klien yang dinamakan Laila turut disertakan. Kajian kes ini bertujuan membantu serta memudahkan pembaca memahami teori-teori, konsep dan teknik kaunseling yang akan dikaitkan dengan kes Laila. Sebelum pembaca memulakan pembacaan buku ini secara terperinci, adalah penting untuk membezakan dan memahami definisi dan konsep nasihat, bimbingan dan kaunseling.
Definisi Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling
Jadual 1.1 berikut adalah definisi bagi nasihat, bimbingan dan kaunseling yang kerap disalahertikan penggunaannya serta perbezaan antara ketiga-tiganya.
Jadual 1.1:
Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling Nasihat
Bimbingan
Kaunseling Definisi
Nasihat yang baik bermaksud memberikan ruang untuk seseorang berubah ke arah kebaikan. (Kamus Dewan, 2002). Lazimnya, nasihat diungkapkan dengan menggunakan nada suara yang lemah lembut dan bukan dengan maki hamun.
Bimbingan merupakan satu program psikologi yang digunakan untuk membantu klien membuat pilihan yang betul dalam tindakan mereka. (Olayinka, 1978; Sears, 1982).
Kaunseling merupakan cabang psikologi yang membabitkan proses perhubungan atau interaksi secara professional dengan kaunselor berdaftar mengikut etika yang dibenarkan. (Akta Kaunselor, 1998).
Program kaunseling dilaksanakan untuk melahirkan satu perubahan, penyesuaian dan perkembangan yang positif di dalam diri klien terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.
Segala keputusan dan pilihan yang dibuat adalah daripada klien dan bukannya daripada kaunselor.
Perkhidmatan Kaunseling
Nasihat
Bimbingan
Kaunseling Objektif
Menyediakan platform dan rangsangan untuk meninggalkan perkara negatif dan buruk demi kebaikan diri individu itu sendiri.
Menyedarkan dan menginsafkan diri individu agar sedar atas kesilapan dan berubah ke arah kebaikan.
Menyediakan satu program berstruktur yang mempunyai objektif spesifik yang ingin dicapai di akhir program.
Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan agar matlamat dicapai seperti yang disasarkan.
Memastikan klien ‘celik akal’ dan dapat melihat masalah di sudut yang berlainan dan berkebolehan mengatasinya dengan baik dan berkesan. Ini dapat mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan cara berfikir.
Mengenal pasti kekurangan dan keupayaan yang ada di dalam diri sendiri.
Membantu meningkatkan konsep kendiri selain pendedahan terhadap bakat, minat dan keupayaan diri agar menjadi lebih positif.
Membantu membentuk amalan hidup yang positif.
Perbezaan Secara amnya, nasihat dihadkan kepada isu atau soalan yang spesifik diutarakan oleh individu yang bermasalah.
Nasihat yang diberikan tidak semestinya betul atau sesuai untuk individu yang bermasalah.
Bimbingan kerap kali dikaitkan dengan persekitaran persekolahan dan kerjaya.
Bimbingan adalah satu proses memberi panduan kepada golongan yang memerlukan. Pembimbing pada kebiasaannya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding orang yang dibimbing.
Kaunseling boleh dilaksanakan secara individu, kelompok, keluarga dan perkahwinan.
Klien dan kaunselor akan bekerjasama memastikan proses terapi dijalankan dengan jayanya.
Kaunselor memberi empati terhadap klien tetapi tidak meletakkan sebarang syarat atau desakan terhadap klien.
4 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Nasihat yang
Contoh: tahap
diberikan
pengetahuan, umur,
seringkali
pengalaman hidup
mengikut
sama ada salah satu
pengalaman
atau kesemuanya.
individu atau gerak hati
Justeru dari definisi
orang yang
ini boleh disimpulkan
memberikan
bahawa ibu bapa,
nasihat.
guru, orang yang lebih dewasa yang mempunyai lebih pengalaman, atau pakar dalam sesuatu bidang bebas memberikan bimbingan kepada individu yang memerlukan.
Kerja sebagai pembimbing tidak memerlukan kelayakan akademik khusus. Malahan di banyak sekolah- sekolah menengah di Malaysia, wujudnya kelab pelajar yang dinamakan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Ahli kelab ini merupakan pelajar yang dibenarkan memberi bimbingan kepada rakan sebaya mereka di sekolah.
Contoh lain, guru bimbingan akan meletakkan sasaran kepada para pelajar sama ada berjaya ke sekolah berasrama penuh serta bidang pekerjaan yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan pelajar.
Perkhidmatan Kaunseling
Bagi menentukan kecenderungan pelajar, guru bimbingan mengaplikasikan skala vokasional bagi melihat kecenderungan, minat, keupayaan dan kelemahan pelajar.
Persamaan Tiada Kedua-dua kaedah bimbingan dan kaunseling boleh diguna pakai untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah.
Walaubagaimanapun, bimbingan boleh digunakan sebagai alat terapeutik yang membantu klien yang mempunyai masalah emosi, gangguan atau minor disorder.
Manakala, kaedah kaunseling yang dipraktikkan adalah lebih mendalam dan ekstensif.
Merancang masa hadapan mengikut kesesuaian kemampuan dan matlamat hidup.
Kedua-dua kaedah boleh digunakan di dalam organisasi dan individu.
Bimbingan menjurus kepada persekitaran pembelajaran di sekolah.
Kaunseling berkebolehan mencapai lebih banyak ruang lingkup dan membantu dalam pelbagai aspek berkaitan pembangunan kesihatan, kendiri, sosial dan profesional.
Contoh
Rakan sebaya
Guru bimbingan
Kaunselor
(rujuk
menasihati Laila: menasihati Laila: menjalankan program
kepada
kaunseling ke atas kajian kes) “Laila, hargailah “Laila,
Laila dan di antara diri sendiri,
lain matlamat sayangilah diri
memandangkan kamu
kaunseling adalah kamu. Janganlah pelajar cemerlang di
merupakan seorang
untuk memberikan menghancurkan
kehidupan yang lagi masa depan
sekolah ini, saya
lebih baik dan positif kamu yang cerah. yang kamu akan
meletakkan sasaran
kepada Laila.
mendapat sekurang-
6 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Kamu seorang
Peranan kaunselor pelajar yang
kurangnya 8A bagi
adalah untuk pintar. Janganlah SPM nanti. Cikgu
peperiksaan
membolehkan proses sia-siakan hidup
celik akal di mana kamu”.
juga berasakan
bahawa kamu
Laila dibawa untuk
boleh melanjutkan
melihat permasalahan
pelajaran di dalam
itu sendiri dan
bidang Kemanusiaan
membuat keputusan
berdasarkan apa yang memandangkan kamu difikirkan sesuai lebih cenderung ke
dan Sains Sosial
dan keupayaannya
arah itu”.
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Laila, kamu telah berjaya mencapai matlamat terapeutik di dalam proses kaunseling yang dijalankan. Kamu mempunyai kebolehan untuk mengubah persepsi terhadap permasalahan sedia ada kepada sesuatu yang positif dan boleh membuat keputusan sendiri dan tidak lagi memerlukan khidmat kaunseling. Teruskan dengan penerapan nilai-nilai positif di dalam kehidupan dan sekiranya berhadapan dengan masalah, cuba untuk melihatnya melalui lensa yang berbeza.”
Aplikasi
Individu yang
Kaunselor berdaftar memberikan
Guru bimbingan
yang mendaftar nasihat tidak
adalah individu yang
dengan Lembaga semestinya
dilantik oleh pihak
sekolah atau universiti Kaunselor Malaysia merupakan
dan bertanggungjawab sahaja yang boleh seorang yang
melaksanakan profesional.
memberikan
bimbingan kepada
program-program
para pelajar.
kaunseling.
Perkhidmatan Kaunseling
Salah Anggap Terhadap Kaunseling di Malaysia
Salah anggap, salah faham atau misconceptions mengenai kaunseling adalah satu perkara biasa dan sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Umumnya, apabila individu disarankan untuk mengikuti program kaunseling, masyarakat sekeliling akan melabel individu tersebut sebagai seorang yang bermasalah atau penyebab masalah. Proses stereotaip oleh masyarakat umum turut menjejaskan imej selain memberi gambaran buruk mengenai program kaunseling itu. Akibatnya, perasaan malu menyelubungi klien dan melahirkan ketidakselesaan serta menjejaskan perhubungan dan kerjasama antara klien dengan kaunselor sepanjang proses kaunseling. Media juga tidak membantu malah sering menggambarkan imej individu yang menemui kaunselor sebagai orang yang mempunyai beban masalah berat, depresi, gila atau hilang akal. Profesion sebagai kaunselor sering kali dikaitkan dengan merawati pesakit mental dan orang yang bermasalah. Kerjaya dalam bidang kaunseling sering kali disalah tanggap sebagai profesion yang boleh membaca minda dan stereotaip berlaku di mana apabila seorang klien yang berjumpa secara sukarela ataupun dibawa berjumpa adalah tergolong di dalam kumpulan yang bermasalah. Kerjaya sebagai kaunselor sering kali ditakuti dan disalah anggap. Mitos dan realiti atau tanggapan yang lebih tepat terhadap kaunseling disenaraikan seperti Jadual 1.2.
Sejarah Kaunseling
Perkhidmatan dan program kaunseling pada asalnya bermula di Amerika Syarikat. Walaupun wujud pelbagai tanggapan bahawa budaya atau perkhidmatan kaunseling sudah bermula di dalam masyarakat masing-masing, tapi yang pastinya; pelaksanaan kaunseling dikembangkan di Amerika Syarikat. Proses perkembangan dalam bidang kaunseling yang pesat boleh dilihat telah wujud dalam budaya masyarakat itu sendiri yang memberikan perhatian khusus untuk memastikan penerapan nilai yang tinggi dan positif di dalam diri individu dan kelompok masyarakat. Masyarakat di sana mendukung semangat dan kepercayaan bahawa setiap individu itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Masyarakat Amerika Syarikat percaya bahawa gaya hidup dan sikap individu adalah berdasarkan pilihan yang dibuat oleh individu itu.
Selain itu, kepesatan ekonomi negara tersebut telah membentuk masyarakat yang mempunyai kuasa ekonomi yang berpadanan dengan kemampuan mereka untuk menjalani kehidupan mewah selain mencari kepuasan diri dalam menjalani kehidupan. Pembangunan ekonomi serta penekanan terhadap aspek perkembangan dan memajukan diri secara tidak langsung memberikan sokongan yang padu terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling. Keadaan tentu berbeza sekiranya masyarakat itu menekankan supaya individu berkembang mengikut tuntutan luar terhadapnya. Masyarakat yang mengehadkan hak individu menentukan arah hidupnya, seperti tuntutan
8 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
masyarakat, politik, agama atau desakan hidup tidak akan membolehkan khidmat kaunseling berkembang.
Jadual 1.2: Mitos dan Realiti – Salah anggap mengenai kaunseling di Malaysia
Bil. Mitos
Realiti
1. Kaunseling Dalam kalangan masyarakat Malaysia, ramai individu hanyalah untuk
yang menyertai program kaunseling terdiri daripada orang yang
golongan yang berpendidikan, bijak, berpengalaman, hilang akal atau
mempunyai kerjaya yang baik dan stabil daripada sudut gila.
ekonomi. Walau bagaimanapun, individu yang menyertai program kaunseling ini sering kali mempunyai tekanan di tempat kerja, masalah-masalah kecil yang tidak dapat ditangani selain mencari jalan untuk mengembangkan potensi diri dan kerja. Adalah lumrah kehidupan bahawa manusia sering dibebani oleh tekanan dan stres di tempat kerja ataupun di rumah sekalipun. Ramai yang berpendapat bahawa kebolehan dan keupayaan mencari jalan penyelesaian dan memohon bantuan melalui program kaunseling membuka ruang untuk individu lebih berjaya dalam kehidupan seharian. Ia juga membantu individu menjalani kehidupan yang lebih teratur dan positif (clear headed).
2. Kaunseling Kebanyakan individu mendapatkan bantuan kaunseling adalah untuk
untuk menangani isu kehidupan seharian seperti masalah individu atau
hubungan, stres dan simptom-simptom depresi. Memang kumpulan yang
benar, kaunseling boleh membantu individu yang mempunyai
memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah berat masalah
yang ditanggung atau individu yang mengalami simptom yang tidak
depresi yang amat tinggi, namun begitu; kepercayaan ini
tertanggung atau harus ditolak dan diubah. Malahan kaunseling merupakan berat.
proses yang dapat membantu klien menyelesaikan masalah sewaktu masalah itu kecil sebelum merebak menjadi masalah yang lebih besar dan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.
3. Kaunselor tidak Dalam proses kaunseling, adalah menjadi satu kesalahan mengenali saya
atau melanggar etika sekiranya kaunselor mengenali dan bagaimana
klien atau individu yang ingin dirawat. Salah satu sebab beliau boleh
penting mengapa proses kaunseling itu berjaya adalah membantu
apabila kaunselor tidak mengenali klien mereka dan tidak seseorang yang
meletakkan sebarang prasyarat ke atas klien mereka. Ini tidak dikenali.
membantu kaunselor menjadi lebih objektif dalam proses membantu dan mengelakkan berat sebelah (bias). Kerap kali, keluarga dan rakan-rakan memberikan nasihat dan kemungkinan nasihat itu tidak diaplikasi. Kaunseling
Perkhidmatan Kaunseling
Bil. Mitos
Realiti
melibatkan satu hubungan unik antara kaunselor dengan klien di mana klien digalakkan untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian mereka sendiri – Celik akal.
4. Kaunselor Media tidak membantu dalam memberikan gambaran hanya duduk,
sebenar kerjaya sebagai seorang kaunselor. Sering kali angguk dan diam di dalam drama atau filem, kaunselor dilihat sebagai sahaja tanpa
individu yang boleh membaca fikiran klien, tidak memberikan
efektif, tidak empati atau simpati terhadap keadaan kata-kata
klien. Dewasa ini, kaunselor sangat aktif, melibatkan nasihat.
diri secara langsung dalam isu yang diutarakan oleh klien. Kaunselor sering mengaplikasikan teknik yang bersesuaian mengikut permasalahan yang dihadapi klien dan perlu menjadi pendengar yang baik agar proses rawatan atau terapi menjadi lebih berkesan. Di awal sesi kaunseling, kaunselor akan memberikan penjelasan bagaimana sesi kaunseling akan dilaksanakan dan memerlukan kerjasama yang baik daripada klien di dalam memastikan objektif kaunseling tercapai. Klien juga diberi peluang untuk bertanyakan mengenai sesi terapi dan kedua-dua pihak dapat memastikan kerjasama yang akan dijalankan dapat membantu klien mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Klien juga diberi peluang untuk menamatkan sesi kaunseling sekiranya difikirkan tidak memberi manfaat kepada diri.
5. Proses Proses kaunseling bergantung kepada matlamat, motivasi kaunseling
dan jenis masalah yang dihadapi oleh klien. Sesi
mengambil masa kaunseling selalunya adalah satu proses atau mengambil yang lama.
masa yang pendek di antara lapan hingga lima belas sesi kaunseling sahaja. Seorang kaunselor yang beretika dan bagus akan dapat membantu klien mencapai matlamat kaunseling selain membolehkan klien mencapai keupayaan dan bebas daripada program kaunseling sepenuhnya.
6. Semua orang Kaunselor terikat dengan etika profesional dan di akan tahu
Malaysia, kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga yang saya
Kaunselor (Malaysia) perlu mematuhi Kod Etika berjumpa dengan Kaunselor bagi memastikan maklumat peribadi dan kaunselor.
kerahsiaan klien dijaga sepenuhnya. Adalah menjadi etika seorang kaunselor untuk memastikan kerahsiaan klien dijaga dan tidak disebarkan kepada orang lain selain daripada klien atau kumpulan kaunselor lain (bagi tujuan perbincangan untuk mendapatkan penyelesaian atau supervisory). Walau bagaimanapun, menjadi tugas kaunselor untuk melaporkan kes sekiranya
10 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Bil. Mitos
Realiti
berpendapat bahawa klien berada dalam keadaan yang membahayakan ataupun Mahkamah memutuskan bahawa perlu untuk kaunselor melaporkan kes kepada mahkamah sebagai bahan bukti. Selain daripada itu, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada klien sekiranya maklumat perbincangan ingin dikongsikan. Kaunselor yang beretika akan menerangkan secara terperinci mengenai kerahsiaan sebelum proses kaunseling dimulakan.
7. Kaunseling Kaunselor perkahwinan yang merawat pasangan perkahwinan
sering kali memfokuskan kepada perhubungan - antara atau kaunseling
pasangan dan bukannya mencari atau menuding pasangan
jari kepada salah seorang daripada pasangan yang sering kali
merosakkan perhubungan. Ia menjadi keperluan memperlihatkan kaunselor untuk mendapatkan maklumat daripada salah seorang itu pasangan dengan objektif untuk membantu perubahan yang menjadi
positif terhadap perhubungan yang bergolak. Ini punca masalah
membolehkan pasangan memfokuskan kepada cara di dalam
bagaimana masing-masing perlu memperkasakan perkahwinan.
diri untuk memperbaiki hubungan dan bukannya memperkecilkan pasangan masing-masing.
8. Kaunseling Kaunseling perkahwinan boleh memberikan manfaat perkahwinan
yang positif kepada pasangan yang menghadapi masalah hanya layak
tidak kira sama ada ianya masalah kecil atau besar diberi pada
ataupun pasangan yang ingin mencari lebih kepuasan pasangan
dan kebahagiaan dalam hubungan perkahwinan. yang berada
Ramai pasangan yang mengambil mudah masalah di ambang
kecil yang dihadapi dalam rumah tangga mereka dan penceraian.
hanya melalui program kaunseling apabila berada di ambang penceraian. Kaunseling tidak menjanjikan yang penceraian tidak akan terjadi tetapi ianya dapat membantu memberikan jalan penyelesaian yang lebih baik dalam hubungan sedia ada.
9. Pasangan yang Kaunseling adalah satu perhubungan yang unik antara bermasalah
kaunselor dengan klien. Sehubungan itu, pelbagai hanya sesuai
pendekatan dan teknik kaunseling boleh diaplikasi. melalui terapi
Memberi kaunseling kepada pasangan secara serentak atau kaunseling
adalah dianggap paling berkesan, walau bagaimanapun; secara
sekiranya pasangan terbabit sering bertegang leher, berpasangan
kaunselor mungkin akan menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan mengambil maklumat atau melaksanakan kaunseling secara individu ke atas pasangan sebelum menemukan mereka berdua. Pendekatan yang digunakan dapat membantu kaunselor memahami pasangan secara
Perkhidmatan Kaunseling
Bil. Mitos
Realiti
individu dan klien juga mendapat manfaat daripada kaunseling secara individu. Walau apapun pendekatan yang digunakan, matlamat utama seorang kaunselor adalah untuk memperbaiki hubungan antara pasangan.
10. Kaunseling Kaunseling tidak boleh merubah siapa individu akan merubah
itu sebenarnya sekiranya individu tersebut tidak siapa saya yang
membenarkan perubahan, tidak bersedia dan tidak sebenarnya
mahukan perubahan yang melanggar nilai dan kepercayaan mereka. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien menjalani perubahan positif dalam kehidupan. Klien perlu tahu bahawa mereka sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat dan sekiranya keputusan yang dibuat itu melanggar nilai dan kepercayaan serta tidak membantu klien, kaunselor perlu dimaklumkan. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien melalui perubahan positif dalam hidup bersesuaian dengan keupayaan klien itu
Seperti di Amerika, aktiviti perkhidmatan kaunseling di Malaysia juga berkembang dengan pesatnya. Penekanan terhadap pentingnya kaunseling semakin bertambah selepas negara mencapai kemerdekaan. Pembangunan di Malaysia telah mengakibatkan proses urbanisasi yang sentiasa berlaku sejajar dengan tuntutan negara dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam mengejar kepesatan pembangunan ekonomi negara dan dunia, Malaysia juga dibelenggu oleh masalah perhubungan atau sosial, politik serta nilai murni dan budaya terutamanya dalam kalangan muda-mudi yang lebih ghairah mengikuti arus budaya dari negara Barat. Sehubungan itu, keperluan aktiviti bimbingan ini telah menjadi satu keperluan dan kemestian kepada negara.
Seperti yang telah diulas dalam jadual di atas mengenai perbezaan antara definisi bimbingan dengan kaunseling, istilah ini masih kerap digunakan dan diberikan gambaran yang seolah-olah membawa maksud yang sama. Pada hakikatnya kedua-duanya ada perbezaan walaupun terdapat pertindanan pada kedua-duanya. Jadi, apa bezanya antara bimbingan dengan kaunseling? Tujuannya adalah sama iaitu bagi melahirkan individu yang lebih memahami atau celik akal tentang kehidupannya walau bagaimanapun, proses bimbingan dan kaunseling adalah berbeza. Kaunseling memerlukan kepakaran dan berdaftar di Lembaga Kaunselor dan keahlian pendaftaran perlu diperbaharui dari semasa ke semasa. Seorang pembimbing tidak semestinya menjadi seorang kaunselor tetapi seorang kaunselor juga menggalas peranan sebagai pembimbing.
Di Malaysia, sebelum seseorang kaunselor boleh didaftarkan di Lembaga Kaunselor mengikut Akta Kaunselor 1998, individu tersebut perlu memenuhi syarat kelayakan dengan mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Dasar dalam
12 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
pengkhususan bidang Kaunseling dan mempunyai rekod amalan dengan jumlah jam tidak kurang daripada 500 jam. Tugas sebagai kaunselor kini diangkat sebagai salah satu daripada bidang profesional yang dilatih bukan sahaja darisudut teori tetapi amalan atau praktikal juga diterapkan bagi memastikan kaunselor tersebut layak untuk membantu klien selain mengikut etika profesional sebagai kaunselor. Universiti Malaya sebagai sebuah universiti perdana di Malaysia turut mengenal pasti keperluan menyediakan program- program Kaunseling dan merupakan universiti pertama yang memperkenalkan program kaunseling serta mewujudkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Akta Kaunselor 1998 telah menyebut bahawa sesiapa yang mendakwa dirinya kaunselor sedangkan mereka tidak layak dari segi profesional dan tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kaunselor 1998 boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya sekiranya mereka menggelarkan diri mereka kaunselor. Untuk merujuk lebih lanjut mengenai standard piawaian pendaftaran kaunselor, anda boleh membuat rujukan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor iaitu Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Maklumat lebih lanjut mengenai tatacara pendaftaran juga boleh didapati di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu http://www.kpwkm.gov.my/web/lkm/home.
Pendaftaran Kaunselor 1998
Selaras dengan profesion kaunselor sebagai satu kerjaya profesional di Malaysia, profesion kaunseling memerlukan suatu pengawalan yang diiktiraf dengan akta yang tersendiri. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) telah pun diwartakan pada Mac 1998 dan Lembaga Kaunselor Malaysia tertubuh pada tarikh yang sama. Penubuhan Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut peraturan undang-undang Malaysia adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan bersesuaian untuk memberikan kuasa secara sah ke atas pengawal seliaan perkhidmatan kaunselor serta semua aktiviti kaunseling di Malaysia. Setiap individu dan mana-mana pertubuhan yang menjalankan khidmat kaunseling di Malaysia wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Walau bagaimanapun, peraturan ini dikecualikan bagi perkhidmatan yang dijalankan oleh profesional kesihatan seperti ditakrifkan dalam Akta Kaunselor 1998.
Etika Dalam Kaunseling
Definisi kaunseling secara jelas telah pun diterangkan seperti di dalam Jadual
1.1: Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling. Kaunseling merupakan satu proses bantuan antara kaunselor dan klien dengan matlamat untuk membina serta memperkembangkan perhubungan yang positif dalam diri klien dengan persekitarannya. Ini termasuk perhubungan dengan diri sendiri,
Perkhidmatan Kaunseling
keluarga serta masyarakat. Kaunseling adalah salah satu cabang psikologi yang membabitkan proses perhubungan atau interaksi secara profesional. Apabila diangkat sebagai satu kerjaya profesional, kaunselor adalah terikat dengan tatacara dan peraturan yang berkaitan dengan profesion tersebut yang juga dikenali sebagai etika. Di Malaysia, setiap kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia perlu mengikut Kod Etika Kaunselor yang digariskan. Dalam kata lain, kaunselor adalah terikat dengan etika dalam kaunseling.
Apa itu etika? Etika profesional merupakan garis panduan yang dipersetujui oleh badan yang mentadbir bagi memastikan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion. Kesimpulannya, etika kaunseling bermaksud satu set tingkah laku dan tanggungjawab kaunselor yang telah digariskan terhadap klien, rakan sejawat, masyarakat dan negara.
Mengapa etika itu penting? Etika itu amat penting bagi memastikan kaunselor mengamalkan dan mempraktikkan etika seperti yang telah digariskan bagi melindungi hak kedua-duapihak sama ada kaunselor serta klien. Antara ciri- ciri etika yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut adalah seperti berikut.
Kesukarelaan
Kaunselor perlu mengambil kira faktor sama ada klien dipaksa atau hadir secara sukarela ke program kaunseling. Aspek ini penting bagi mewujudkan satu hubungan yang efektif dan keterlibatan klien secara langsung dalam kaunseling terhasil. Klien yang hadir ke setiap sesi kaunseling dengan sikap yang terbuka akan menerima dan menghasilkan kesan positif dalam hubungan terapeutik bersama kaunselor.
Borang persetujuan
Kaunseling melibatkan permasalahan dan hubungan yang unik antara kaunselor dengan klien. Sehubungan itu, sebelum satu-satu hubungan terapeutik dimulakan, kaunselor akan memastikan klien bersetuju untuk mendapatkan kaunseling dengan matlamat yang boleh dicapai oleh klien itu sendiri. Tujuan menandatangani borang persetujuan itu adalah bermotifkan serampang dua mata iaitu selain melindungi (safeguard) hak-hak dan kepentingan klien, ia juga menjaga dan melindungi hak-hak dan profesion sebagai seorang kaunselor sewaktu menjalankan tugas.
Kerahsiaan
Malaysia perkara utama yang ditakuti oleh klien sekiranya maklumat dan hak peribadi mereka disalahgunakan. Etika kaunseling menitikberatkan
14 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
aspek kerahsiaan bagi melindungi hak peribadi klien itu. Di negara ini aspek kerahsiaan yang dibolehkan bagi kaunselor untuk melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab dan berwajib sekiranya ia melibatkan jenayah seksual kanak-kanak. Menurut Akta Perlindungan Kanak-kanak Malaysia 2001, kanak- kanak adalah terdiri daripada individu yang berumur 18 tahun ke bawah. Jenayah seksual yang melibatkan remaja 16 tahun ke bawah diklasifikasikan sebagai jenayah rogol dan kaunselor boleh melaporkannya kepada pihak yang berwajib untuk tindakan
Pembuat keputusan
Proses kaunseling melibatkan kedua-dua kaunselor dan klien untuk mencapai matlamat iaitu perkembangan positif dan hubungan yang lebih baik dengan diri serta masyarakat sekeliling. Mengenal pasti, perlu ditekankan tugas kaunselor adalah untuk membantu klien sedar bahawa mereka yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam proses kaunseling dan kaunselor tidak meletakkan sebarang syarat mahupun membimbing serta memberi nasihat kepada klien. Tujuan utama ialah supaya klien mendapat celik akal dan memahami teknik- teknik serta mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk menanganinya secara efektif dan berkesan. Segala keputusan yang diambil menjadi tanggungjawab klien itu sendiri untuk mengharungi masa depannya.
Sosiobudaya
Dalam konteks kaunseling, kaunselor dituntut agar sedar dan peka terhadap nilai, pegangan serta aspek sosial dan budaya klien tersebut. Kepekaan yang ada dalam diri kaunselor itu membolehkan kaunselor memahami klien itu secara dekat dan secara tidak langsung membolehkan klien berasa selesa dengan kaunselor walaupun mereka adalah daripada kaum, bangsa dan latar belakang agama yang berbeza. Klien mungkin mengalami pengalaman-pengalaman sosial dan budaya yang sangat berlainan dengan kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor perlu mempelajari dan memahami karakteristik budaya dan nilai-nilai yang dipegang oleh klien mereka. Kaunselor perlu faham bahawa setiap individu itu berbeza dan unik. Proses kaunseling tanpa memahami latar belakang sosiobudaya klien menyebabkan kaunselor belum memenuhi kriteria etika profesion sebagai kaunselor
Tempoh dan cara penyimpanan maklumat
Setiap kaunselor mempunyai rekod setiap klien yang melalui proses kaunseling. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kaunselor tersebut untuk memastikan setiap rekod klien disimpan di tempat selamat dan berkunci. Tempoh penyimpanan
Perkhidmatan Kaunseling
maklumat atau rekod klien juga perlu dititikberatkan bagi memastikan rujukan padamasa hadapan boleh dibuat. Pelupusan rekod yang lama juga perlu dilakukan mengikut kaedah pelupusan yang dibenarkan. Mengikut standard pelaksanaan yang dilakukan di Jabatan Kerajaan, pelupusan rekod hanya boleh dibuat selepas lima tahun penyimpanan walau bagaimanapun, penyimpanan dan pelupusan rekod boleh dilaksanakan mengikut prosedur standard bagi setiap agensi kaunseling. Ada antara jabatan atau agensi yang melupuskan rekod selepas lima tahun di atas faktor kos dan ruang penyimpanan yang terhad.
Bagi membantu anda memahami buku ini dengan lebih berkesan, satu kajian kes telah dirujuk iaitu Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila. Kajian kes ini adalah untuk memudahkan pemahaman anda apabila setiap contoh dikaitkan dengan perbandingan serta teori-teori yang ingin diaplikasikan. Secara ringkas, kajian kes ini telah diolah bagi memudahkan anda membuat perkaitan dengan teori dan tidak merujuk kepada mana-mana kes sebenar dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila
Laila dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak besar dan merupakan seorang anak sulung daripada tujuh beradik. Laila mempunyai lima orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ayah Laila bertugas sebagai seorang askar sukarela dan ibunya bertugas sebagai housekeeper di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Memandangkan struktur kewangan keluarga Laila tidak kukuh padawaktu itu, ayahnya terpaksa berniaga sebagai penjual burger di sebelah malam untuk menyara keluarga manakala ibunya bekerja mengikut syif dan sering kali, Laila ditinggalkan di rumah pengasuh yang terletak bersebelahan dengan rumah sewa ibu bapanya. Anak-anak pengasuh, seorang lelaki dan perempuan turut membantu menjaga Laila sewaktu ibu mereka keluar ke kedai.
Kisah hidup Laila bermula sewaktu dia berumur dua tahun dan masih menghantuinya sehingga kini. Anak pengasuh, Siti yang diamanahkan oleh ibu beliau untuk menjaga Laila telah pada suatu hari menyuruhnya masuk ke bilik untuk tidur. Laila yang masih kecil hanya mengingati bahawa dia telah disuruh untuk naik ke atas katil bersama Siti dan ianya berada di luar jangkaan Laila apabila beliau telah dicabuli oleh seseorang yang dianggapnya sebagai seorang kakak. Kejadian tersebut telah dilihat dan dihentikan oleh anak lelaki pengasuhnya, Sabri iaitu abang kepada Siti. Sangkanya panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Anak pengasuh lelakinya pula yang telah mengambil kesempatan untuk menodai Laila dan merogolnya. Laila yang masih tidak tahu apa-apa hanya menangis dan menjerit kesakitan tetapi mulutnya ditekup dengan tangan Sabri. Kejadian itu hanya berlaku sekali sahaja namun telah menggores luka yang amat dalam dan pedih sehingga kini, tiga dekad dan
16 Teori Kaunseling dan Psikoterapi
sembilan tahun kemudian. Kejadian tersebut tidak pernah diceritakan kepada sesiapa termasuk kedua ibu dan ayahnya kerana Laila tidak faham apa yang telah berlaku kepada dirinya sehinggalah dia berada di alam remaja.