MASALAH TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH DAL
MASALAH TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH DALAM
KALANGAN MURID ORANG ASLI DI SK BUKIT LANJAN : FAKTOR
PENYUMBANG DAN CADANGAN MENANGANINYA
Aslian bin Pios
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Abstrak
Kerja rumah merupakan salah satu alat untuk memperkukuhkan pengetahuan atau kemahiran
murid dalam satu-satu tajuk yang telah diajar di dalam bilik darjah. Ianya juga berfungsi
untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu yang disampaikan oleh guru selain
daripada melatih murid bertanggungjawab dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Isu murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah menjadi agak serius dewasa
ini sehingga merisaukan pemimpin sekolah dan guru. Apa yang pasti gejala ini sedikit
sebanyak menyebabkan pencapaian bidang akademik mereka berada pada tahap yang sangat
sederhana dan kelihatan tidak dinamik dan berkembang. Sehubungan itu, kajian ini
dilaksanakan bagi tujuan merungkai persoalan apakah faktor yang menyebabkan sebilangan
murid Orang Asli ini sukar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Selain itu cadangan
tindakan proaktif yang boleh diambil oleh pemimpin sekolah dan guru bagi membendung
gejala yang akan merugikan pencapaian murid dan sekolah itu sendiri. Dapatan kajian
menemukan faktor yang menyebabkan murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja sekolah
mereka. Faktor tersebut adalah faktor sikap murid, sikap ibu bapa, budaya dan pemikiran,
sosio ekonomi dan pendekatan guru. Seterusnya disarankan beberapa langkah yang boleh
diambil oleh pemimpim sekolah dan guru bagi membendung gejala murid Orang Asli tidak
menyiapkan kerja rumah mereka.
PENGENALAN
Umum mengetahui dan mengakui bahawa kerja rumah adalah sesuatu yang
mendatangkan impak yang positif dan perlu dibuat oleh semua murid sama ada di
peringkat prasekolah mahupun di peringkat menengah atas. Semua orang yang telah
menjalani persekolahan di peringkat rendah dan menengah tentu tidak akan dapat lari
daripada pengalaman menerima dan menyiapkan kerja rumah. Menurut Butler (1987),
kerja rumah adalah masa yang pelajar habiskan di luar kelas untuk latihan,
pengukuhan, menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang baru dipelajari dan
mempelajari kemahiran yang diperlukan melalui pembelajaran kendiri. Maksud kerja
rumah menurut kamus Oxford yang dipetik daripada oxforddictionaries.com adalah
kerja sekolah yang seseorang murid perlu buat di rumah. Antara kepentingan kerja
rumah adalah ianya sebagai alat bagi guru untuk melihat pencapaian murid dan
menganalisa masalah pembelajaran murid. Selain itu, ianya juga menyediakan latihan
tambahan serta menambah jumlah masa murid belajar sesuatu kemahiran yang
diajarkan kepada mereka (Butler 1987). Yeo dan Ainul (2011) menggariskan bahawa
pelajar memerlukan kerja rumah yang pelbagai jenis sesuai dengan tajuk yang
1
dipelajari supaya ia dapat membantu pelajar lebih memahami apa yang diajar guru,
seterusnya membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu, tidaklah dapat
dinafikan kepentingan kerja rumah dalam membantu meningkatkan pencapaian
pelajaran murid sekolah.
PENYATAAN MASALAH
Seperti yang telah dinyatakan di atas, melaksanakan kerja rumah adalah antara faktor
yang menyumbang kepada kejayaan murid dalam pelajaran. Menurut Mazulina (2004)
pelajar harus mempunyai sikap positif terhadap pelajaran mereka bagi memperoleh
pencapaian akademik yang baik. Salah satu caranya ialah dengan melakukan latihan
tambahan atau menyelesaikan kerja rumah yang diberikan kepada. Kajian tindakan
daripada S. Anurekha dan S. Maruthai dari SJK (T) Ladang Ampar, Dengkil, Selangor
telah menggariskan bahawa kerja rumah yang diberi kepada murid bertujuan untuk
meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus mengetahui keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang telah dilaksanakan.
Walaubagaimana pun masih terdapat sebilangan murid yang memandang enteng
kepada kepentingan dan faedah melaksanakan kerja rumah. Golongan ini beranggapan
bahawa kerja rumah adalah sesuatu yang membebankan dan sukar dilaksanakan pada
waktu lapang ketika di rumah. Pelbagai alasan diberikan, sama ada yang mungkin ada
asas kebenarannya atau dalam banyak perkara boleh dipertikaikan kesahihannya. Yeo
dan Ainul (2011) menyatakan bahawa pelajar sebenarnya tidak memperuntukkan masa
yang sewajarnya untuk menyelesaikan kerja rumah mereka.
Masalah murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru ini juga
menjadi isu yang membelenggu guru-guru SK Bukit Lanjan dewasa ini. Sebilangan
murid tetap tidak menyiapkan kerja sekolah walaupun kerja yang diberi tidak sukar
dan banyak yang mana selalunya hanya satu muka surat sahaja diberikan kepada
mereka. Guru matapelajaran kerap bersungut kerana banyak masa terpaksa diambil
bagi memastikan murid menyiapkan kerja rumah pada waktu pembelajaran di sekolah
sekali gus mengurangkan masa untuk guru mengajar perkara dan kemahiran baru
kepada mereka.
Apa yang lebih membimbangkan, faktor tidak menyiapkan kerja rumah ini juga
mempengaruhi pencapaian akademik murid seperti yang dirujuk dengan keputusan
Ujian 1 2013 yang tidak memberangsangkan di mana gred purata keseluruhan yang
melibatkan 5 mata pelajaran teras bagi Tahun 4 Menteri adalah sekitar 3.24, Tahun 5
Jenang 3.38 dan Tahun 6 Batin 3.46. Penyelidik percaya bahawa jika murid dapat
menyiapkan kerja rumah dengan jayanya, tentulah guru matapelajaran dapat mengesan
dengan lebih awal topik yang menjadi masalah kepada murid dan seterusnya akan
memberikan lebih penumpuan kepada topik tersebut agar dapat dikuasai oleh murid.
Hal ini tentu akan mempertingkatkan lagi pencapaian murid dalam sebarang ujian
yang datang selepas itu.
2
Oleh yang demikian, penyelidik beranggapan bahawa kajian ini amatlah penting bagi
mengenalpasti dan memahami punca-punca mengapa murid Orang Asli SK Bukit
Lanjan sebilangannya sukar menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru, secara adil
dan objektif tanpa perlu menuding jari menyalahkan mereka, ibu bapa mereka atau
pihak guru semata-mata. Begitu juga kajian ini bertujuan untuk menyarankan langkahlangkah yang relevan yang boleh diambil oleh pentadbir dan guru SK Bukit Lanjan
bagi mengatasi masalah tersebut sekaligus meningkatkan prestasi murid Orang Asli
dalam bidang pelajaran seperti yang diunjurkan dalam Program Transformasi
Pendidikan Orang Asli.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala tidak
menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan
2. Mencadangkan langkah-langkah dan pendekatan yang boleh diambil bagi
menangani masalah tidak menyiapkan kerja rumah tersebut .
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala tidak menyiapkan
kerja rumah dalam kalangan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan?
2. Apakah langkah-langkah dan pendekatan yang boleh diambil bagi menangani
masalah tersebut?
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan daripada kajian ini akan dapat memberi gambaran kepada pihak pengurus
sekolah akan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala tidak
menyiapkan kerja rumah di kalangan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan. Selain itu
kajian ini juga memberi saranan tindakan yang proaktif yang boleh diambil oleh pihak
kepimpinan sekolah dalam usaha membendung isu murid kerap tidak menyiapkan
kerja rumah.
SOROTAN LITERATUR
Memang ada banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan hubungan kerja
rumah dengan murid sama ada dari segi impaknya terhadap pencapaian mereka, kesan
beban kerja rumah, kaedah pemberian kerja rumah yang sesuai dan sebagainya yang
telah dibuat oleh sarjana dari dalam dan luar negara. Selain itu kajian ini menjadi lebih
menarik dan relevan kerana ianya melibatkan perkara tambahan yang melibatkan
pengaruh faktor budaya dan pemikiran masyarakat Orang Asli yang mana diambil kira
juga kajian sarjana tempatan yang mengaitkan pengaruh sosio-budaya serta pemikiran
Orang Asli dalam pencapaian pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.
3
Kajian tindakan yang dibuat oleh Anurekha dan Maruthai (2010) adalah berkaitan
mengatasi masalah tidak menyiapkan kerja rumah melalui kaedah berstruktur ke atas 5
orang pelajar SJK (T) Ladang Ampar Tenang, Dengkil, Selangor. Murid dipilih
berdasarkan kekerapan mereka tidak menghantar kerja rumah yang diberikan guru.
Kaedah temu bual dan soal-selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan.
Dalam kajian tersebut, dapatan menunjukkan antara faktor murid menghantar kerja
rumah adalah tiada bantuan di rumah, pengaruh rakan sebaya, sosio ekonomi keluarga,
media massa dan sikap malas murid itu sendiri. Kaedah berstruktur digunakan bagi
mengatasi masalah tersebut di mana guru memastikan setiap prosedur yang ditetapkan
diikuti oleh guru semasa memberikan kerja rumah kepada murid. Hasilnya masalah
tidak menyiapkan kerja rumah murid dapat dikurangkan.
Fadzilah (2010) pula telah menemukan faktor murid tidak meminati sesuatu subjek
dan sikap mereka menjadi punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah. Data
diperolehi melalui borang soal-selidik, borang penghantaran kerja rumah dan melalui
penggunaan sticker board. Beliau menggunakan kaedah sticker bagi mengurangkan
jumlah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Seterusnya beliau mendapati
kaedah ini boleh berjaya mengurangkan jumah murid yang tidak menyiapkan kerja
rumah tetapi ianya memerlukan sedikit masa untuk mencapai impaknya.
Butler (1987) telah mencadangkan perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi
memastikan kerja rumah mendatangkan impak seperti yang diharapkan. Saranan
beliau adalah pelajar mencatatkan kerja rumah yang diberikan, memastikan faham
akan tugasan yang diberikan, peruntukan jadual masa untuk membuat kerja rumah dan
mencari tempat yang sunyi, aman dan mempunyai pencahayaan yang baik untuk
membuat kerja rumah. Beliau juga mencadangkan beberapa tindakan yang boleh
digunakan oleh guru mata pelajaran yang boleh membantu murid menyiapkan kerja
rumah mereka. Antaranya adalah memeriksa buku latihan murid dengan segera,
memberi arahan yang mudah dan jelas kepada murid, pelbagaikan jenis latihan, jangan
beri latihan yang terlulu banyak dan memastikan murid tahu akan kepentingan latihan
yang diberikan dalam pembelajaran keseluruhan mereka.
Yeo dan Ainul (2011) dalam kajian mereka yang bertajuk ‘Hubungan Antara Kerja
Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier di
Dua Buah Sekolah Menengah’ telah menggunakan soal-selidik yang telah diberikan
kepada 102 pelajar daripada 2 buah sekolah menengah di kawasan Skudai, Johor
Bahru. Dapatan kajian menemukan bahawa kerja rumah yang terlalu banyak tidak
dapat dibuktikan memberi peningkatan kepada pencapaian pelajar; kerja rumah
berbentuk ulangkaji memberikan impak yang signifikan terhadap pencapaian pelajar
terutamanya bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah, kerja rumah jenis persediaan
tidak memberi kesan yang besar kepada mata pelajaran Matematik; kerja rumah jenis
penerokaan tiada hubungan dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran
Matematik Bahasa Inggeris dan Sejarah manakala didapati mata pelajaran Matematik
menunjukkan peningkatan keputusan yang agak baik jika guru membuat bimbingan
dan tindakan susulan semasa dan selepas kerja rumah diberikan.
4
Kajian Nazri dan Johari (2006) terhadap 90 orang murid Orang Asli suku Temuan di
sekitar Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan telah menemukan lokasi dan
persekitaran tempat tinggal, sosio ekonomi keluarga, budaya dan sikap serta faktor
sekolah menyumbang kepada murid Orang Asli gagal di sekolah. Kajian ini mendapati
bahawa keadaan tempat tinggal yang tidak selesa, bersih dan tiada kemudahan asas
menyebabkan murid Orang Asli tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar
dan menyiapkan kerja sekolah ketika di rumah.
Kajian yang dilakukan oleh Mohammad Johdi et al. (2009) telah merumuskan 5 faktor
utama yang membawa kepada kegagalan anak-anak Orang Asli dalam pencapaian
akademik. Lima faktor tersebut adalah sifat dan personaliti murid Orang Asli, faktor
keluarga, faktor masyarakat, faktor geografi dan faktor pemakanan. Kajian ini juga
menyenaraikan antara ciri murid Orang Asli adalah hiperaktif, mudah jemu dan bosan,
pemalu dan mudah terasa. Kajian ini berpendapat tahap kesedaran ibu bapa Orang Asli
yang masih rendah dan tahap kesedaran murid Orang Asli itu sendiri terhadap
pendidikan menjadi punca utama anak-anak Orang Asli gagal dalam pencapaian
akademik.
Siti Hayati (2009) dalam kajiannya menyatakan budaya pemikiran Orang Asli boleh
dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan
behavioural. Selain itu beliau menekankan faktor utama yang memberi kesan kepada
budaya pemikiran Orang Asli adalah Hukum Sayeit iaitu ibu bapa perlu mengikut
karenah anak-anak jikalau tidak akan mendapat ‘celau’ atau kecelakaan, berada dalam
zon selesa kerana jarang membayar kos kehidupan seharian, sikap sensitif dan mudah
tersinggung, terpengaruh dengan cara kehidupan yang mudah, kebebasan hidup tanpa
peraturan dan sukar bertindak sendirian kerana sudah terbiasa dengan budaya sharing
society.
Aslian (2012) pula mendapati faktor sikap murid Orang Asli, sikap ibu bapa serta
pengaruh budaya Orang Asli dan pengaruh rakan sebaya adalah antara faktor yang
menyebabkan ketidakhadiran murid Orang Asli dalam kegiatan kokurikulum.
Seterusnya beliau mencadangkan agar pihak pemimpin sekolah mengambil tindakan
yang proaktif bagi menarik minat murid Orang Asli ke sekolah dengan mengambil
kira aspek pemikiran, budaya, persekitaran dan minat sebenar murid Orang Asli.
KAEDAH
Kajian dijalankan dalam bentuk gabungan 2 kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif. Bagi bentuk kualitatif, instrumen yang digunakan adalah temu bual dan
kajian dokumen manakala soal selidik digunakan bagi kaedah kuantitatif.
Kaedah temu bual mengandungi satu set soalan temu bual separuh berstruktur. Murid
yang menjadi responden dipilih secara purposive sampling iaitu terdiri daripada 5
5
orang murid Orang Asli Tahun 5 dan 6 yang dikenalpasti melalui guru-guru mata
pelajaran sebagai mereka yang kerap tidak menyiap dan menghantar kerja sekolah.
Kajian dokumen pula dilakukan dengan meneliti pencapaian murid yang dikaji yang
boleh diperoleh daripada keputusan Ujian 1 2013 yang melibatkan mata pelajaran
teras sahaja. Apa yang akan dikaitkan dengan pemerhatian ini adalah sejauh mana
kualiti pencapaian akademik murid yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah
mereka.
Satu set soalan soal selidik telah diberikan kepada 38 orang responden yang terdiri
daripada kesemua murid Orang Asli Tahun 4, 5 dan 6. Item soal selidik adalah untuk
mendapat maklumat asas mengenai pandangan dan sikap mereka terhadap kerja rumah
yang diberikan, sikap ibu bapa terhadap kerja rumah mereka dan tahap keselesaan
rumah untuk mereka belajar dan membuat kerja rumah. Dapatan daripada soal selidik
ini menyokong dapatan maklumat yang diperoleh daripada kaedah kualitatif tadi
terutamanya temu bual yang dijalankan sebelumnya.
Jadual 1
Profil Responden Kajian
No.
Responden
1
2
3
4
5
Kelas
Jantina
Kaum
5 Jenang
5 Jenang
6 Batin
6 Batin
6 Batin
Perempuan
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Perempuan
Asli Temuan
Asli Temuan
Asli Temuan
Asli Temuan
Asli Temuan
KEPUTUSAN
Dapatan Temu bual
Kaedah temu bual yang dilakukan terhadap 5 orang responden yang terpilih telah
menemukan pelbagai maklum balas yang menarik dan berguna bagi mencapai objektif
kajian ini. Bagi soalan mengapa kerap tidak menyiapkan kerja rumah maklum balas
yang diterima daripada responden adalah leka bermain sampai malam, malas dan
penat membantu membuat kerja disebabkan ibu keluar bekerja. Soalan seterusnya
menanyakan apakah perasaan mereka ketika dimarahi guru kerana tidak menyiapkan
kerja sekolah, kesemua responden memberikan maklum balas yang sama iaitu mereka
merasa sedih dan malu.
6
Maklum balas bagi soalan berikutnya sama ada mereka selesa membuat kerja rumah
ketika berada di rumah, cuma Responden 4 sahaja yang mengatakan selesa sedangkan
lain-lain responden menyatakan tidak selesa atas alasan terlalu ramai orang di rumah,
buat kerja sambil baring di atas lantai kerana tiada kerusi dan meja belajar serta
gangguan daripada adik kecil. Kesemua responden bersetuju dengan kepentingan
membuat kerja rumah sebagai maklum balas kepada soalan yang keempat.
Bagi maklum balas soalan seterusnya iaitu berkenaan ahli keluarga yang sering
bertanya tentang kerja rumah mereka, Responden 1 dan 5 menjawab tiada yang
bertanya manakala Responden 2 mengatakan ibunya kadang-kadang ada bertanya.
Responden 3 menyatakan ibu selalu menanyakan dan responden 4 menyatakan ayah
beliau yang selalu menanyakan tentang kerja rumahnya.
Maklum balas yang diterima berkenaan soalan adakah ibu bapa memaksa pergi ke
sekolah setiap hari dan tindakan mereka jika mereka enggan adalah empat responden
mengatakan ibu bapa mereka akan memaksa pergi sekolah dan jikalau enggan, mereka
akan memarahi tetapi tidak pernah memukul. Cuma seorang responden yang
mengatakan ayahnya akan marah dan pukul jika dia enggan pergi ke sekolah.
Soalan terakhir iaitu adakah mereka merasakan tindakan tidak hadir ke sekolah jika
tidak menyiapkan kerja rumah itu betul, Responden 1 bersetuju dan memberitahu
dengan alasan jikalau beliau hadir tentu akan dimarahi oleh guru yang berkenaan.
Responden lain menyatakan tindakan tidak hadir itu adalah tindakan yang salah.
Dapatan Kajian Dokumen
Kajian dokumen dilakukan ke atas keputusan Ujian 1 Bulan Mac 2013 bagi setiap
mata pelajaran teras bagi Tahun 4, 5 dan 6. Turut diperhatikan juga peratusan
pencapaian, gred yang diperoleh dan kedudukan murid dalam kelas. Analisis
pencapaian murid yang dikaji adalah seperti berikut :-
Jadual 2
Pencapaian Responden Kajian Dalam Ujian 1 Mac 2013
No.
Responden
BM (Pem) BM (Pen)
BI
Mate
Sains
1
43C
30D
2
63B
3
4
Peratusan
Gred
Kedudukan
Dalam Kelas
34D
35D
18E
32.0%
D
13 /19
33D
49C
56C
38D
47.8%
C
7/19
33D
32D
35D
21D
38D
31.8%
D
9/10
48C
44C
38D
33D
44C
41.4%
C
4/10
7
5
35D
25D
35D
29D
54C
35.6%
D
7/10
Dapatan Soal Selidik
Dapatan kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 38 orang murid
Orang Asli Tahun 4, 5 dan 6 menghasilkan keputusan seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3.
Jadual 3
Dapatan Soal Selidik.
Sangat
Tidak
Setuju
7.9%
Tidak
Setuju
Setuju
Sangat
Setuju
34.2%
39.5%
18.4%
1
Saya suka membuat kerja rumah.
2
Saya sering merasa malas buat kerja rumah dan
selalu mengutamakan perkara-perkara lain.
Saya faham bahawa kerja rumah itu penting.
21.1%
36.8%
34.2%
7.9%
2.6%
13.2%
44.7%
39.5%
Kerja rumah yang diberi guru terlalu banyak
dan membebankan saya.
Saya dapati kerja rumah terlalu sukar untuk
saya selesaikan.
Saya akan pastikan saya menyiapkan kerja
rumah saya setiap hari.
Ibu bapa / penjaga saya selalu menanyakan
tentang kerja rumah saya.
Ibu bapa / penjaga saya selalu memeriksa buku
latihan saya.
Keluarga saya sering membantu saya jika
saya ada masalah dalam kerja rumah.
Saya mempunyai tempat yang sesuai dan selesa
di rumah untuk membuat kerja rumah saya.
18.4%
47.4%
28.9%
5.3%
7.9%
52.6%
31.6%
7.9%
7.9%
28.9%
39.5%
23.7%
10.5%
23.7%
42.1%
23.7%
10.5%
34.2%
31.6%
23.7%
2.6%
23.7%
42.1%
31.6%
10.5%
18.4%
31.6%
39.5%
Saya mempunyai meja dan kerusi untuk
belajar di rumah.
Ada banyak gangguan di rumah semasa saya
membuat kerja rumah.
Saya tetap akan ke sekolah walaupun tidak
menyiapkan kerja rumah saya.
Ibu bapa saya akan memaksa saya ke sekolah
setiap hari dan akan memarahi saya jika saya
tidak mahu ke sekolah.
23.7%
31.6%
26.3%
18.4%
18.4%
26.3%
39.5%
15.8%
7.9%
10.5%
47.4%
34.2%
7.9%
13.1%
39.5%
39.5%
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
PERBINCANGAN
8
Dapatan daripada temu bual dan soal selidik telah menemukan beberapa faktor yang
menjadi pemangkin kepada gejala murid Orang Asli dalam kajian ini tidak
menyiapkan kerja rumah mereka. Faktor-faktor yang telah dikenal pasti adalah:-
Sikap Murid
Dapatan daripada soal selidik mendapati sebanyak 42.1% responden tidak suka
membuat kerja rumah dan jumlah yang sama sering malas untuk membuat kerja
rumah. Dapatan daripada temu bual pula menemukan 3 daripada 5 responden
memberikan alasan malas dan seorang responden memberi alasan asyik bermain
menyebabkan beliau sering tidak menyiapkan kerja rumah. Ini adalah bertentangan
dengan dapatan hasil soal selidik sebanyak 84.2% responden faham akan kepentingan
menyiapkan kerja rumah. Ini bermaksud mereka tahu akan kepentingan menyiapkan
kerja rumah namun atas sikap malas dan tidak ambil peduli mereka tidak berusaha
menyiapkannya.
Kajian terhadap keputusan Ujian 1 2013 kesemua responden juga menunjukkan
bahawa mereka ini mempunyai potensi untuk maju dengan lebih jauh lagi dengan
syarat mereka mestilah rajin berusaha membuat kerja rumah dan membuang jauh-jauh
sikap malas dalam diri mereka. Faktor sikap murid ini adalah selari dengan kajian
tindakan yang dibuat oleh Anurekha dan Maruthai (2010) yang menyenaraikan faktor
malas antara faktor murid tidak menyiapkan kerja rumah. Selain itu kajian yang dibuat
oleh Mohamad Johdi et. al. (2009) juga menyenaraikan sikap murid Orang Asli seperti
hiperaktif, cepat merasa bosan dan jemu, pemalu, mudah terasa dan sensitif menjdi
punca mereka lemah dalam pelajaran.
Sikap Ibu Bapa
Faktor seterusnya adalah sikap segelintir ibu bapa murid Orang Asli yang tidak
mengambil tahu tentang kerja rumah anak-anak mereka juga menyumbang kepada
kegagalan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan menyiapkan kerja rumah mereka.
Dapatan temu bual mendapati ibu bapa 2 daripada 5 responden yang terbabit tidak
pernah menanyakan tentang kerja rumah manakala seorang lagi mengatakan jarangjarang ibu beliau menanyakan tentang kerja rumah yang diberi oleh guru. Dapatan
soal selidik pula mendapati 34.2% ibu bapa tidak pernah menanyakan tentang kerja
rumah anak mereka dan 44.7% tidak pernah memeriksa buku latihan anak mereka.
Sesungguhnya dapatan ini ada kaitan dengan dapatan kajian Md. Nasir et al. (2010)
yang menyenaraikan faktor ibu bapa Orang Asli yang tidak mengambil berat tentang
pendidikan anak-anak mereka dan lebih menggalakkan anak-anak mereka membantu
pekerjaan seharian.
Kajian Mohamad Johdi et al. (2009) mendapati ada sebilangan ibu bapa Orang Asli
hanya menumpukan kepada pekerjaan untuk menampung keperluan hidup sekaligus
mengabaikan pendidikan anak mereka. Aslian (2012) dalam kajiannya terhadap
9
masalah ketidakhadiran murid Orang Asli ke kegiatan kokurikulum juga menemukan
sikap ibu bapa Orang Asli yang tidak bersungguh-sungguh memaksa anak mereka
hadir kegiatan kokurikulum juga menjadi faktor penyebab mereka tidak hadir kegiatan
kokurikulum sekolah.
Budaya dan Pemikiran Orang Asli
Budaya dan pemikiran Orang Asli juga didapati sebagai antara faktor yang
menyebabkan murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah mereka. Ini dapat
dilihat di dalam dapatan temu bual yang mendapati seorang responden menyatakan
ibu bapa beliau jarang-jarang memaksa pergi ke sekolah dan hanya dimarahi jika
enggan ke sekolah. Tiga orang responden pula menyatakan ibu bapa mereka akan
marah jika mereka enggan ke sekolah tetapi tidak pernah memukul mereka. Selain itu
dapatan soal selidik mendapati sebanyak 21% responden menyatakan bahawa ibu bapa
mereka tidak memaksa mereka ke sekolah dan tidak memarahi mereka jika mereka
enggan ke sekolah.
Jelaslah di sini menunjukkan bahawa sikap ibu bapa yang berpegang kepada budaya
Orang Asli yang terlalu menurut kata dan kehendak anak serta tidak akan memaksa
anak mereka, mempengaruhi sikap tidak menyiapkan kerja rumah. Dapatan ini
diperteguhkan dengan hasil kajian Siti Hayati (2009) yang mengaitkan pengaruh
Hukum Sayeit iaitu percaya akan mendapat kecelakaan jika tidak menurut kehendak
anak menjejaskan pencapaian murid Orang Asli dalam pelajaran. Begitu juga dapatan
kajian Johari dan Nazri (2006) dan Mohamad Johdi et al. (2010) yang mengaitkan ada
budaya dan pemikiran Orang Asli yang negatif menjadi punca kegagalan anak-anak
Orang Asli di sekolah.
Sosio Ekonomi
Faktor seterusnya yang dikesan adalah berkaitan sosio ekonomi ibu bapa Orang Asli
Bukit Lanjan di mana faktor pendapatan ibu bapa yang rendah, jumlah isi rumah yang
ramai, keadaan tempat tinggal yang tidak selesa dan banyak gangguan dilihat
menyumbang juga kepada gejala murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah.
Hasil dapatan temu bual pula mendapati 4 daripada 5 responden memaklumkan
bahawa keadaan rumah mereka tidak selesa untuk membuat kerja rumah dengan
memberikan alasan terlalu ramai orang, gangguan daripada adik dan ketiadaan perabot
asas menyebabkan mereka terpaksa membuat kerja rumah di atas lantai.
Penemuan ini adalah selari dengan kenyataan Johari dan Nazri (2006) yang
menjelaskan bahawa ekonomi keluarga mempunyai perkaitan dengan seluruh aspek
kekeluargaan termasuk pengisian keperluan asas seperti makan minum, persekolahan
anak-anak, keselesaan tempat tinggal, kemantapan perhubungan anggota keluarga dan
juga kestabilan emosi. Ianya juga mempunyai persamaan dengan dapatan kajian Md.
10
Nasir et al. (2010) yang mendapati status sosio ekonomi murid-murid Orang Asli yang
rendah menyebabkan tahap pembelajaran mereka terganggu.
Pendekatan Guru
Faktor terakhir yang dikenal pasti menjadi antara punca murid Orang Asli SK Bukit
Lanjan tidak menyiapkan kerja sekolah adalah berkaitan dengan pendekatan yang
digunakan oleh guru dalam hal berkaitan pemberian kerja rumah kepada murid Orang
Asli SK Bukit Lanjan. Walaupun penyelidik percaya akan kemampuan dan
profesionalisme guru dalam pengurusan kerja sekolah ini, namun tiada salah rasanya
membuat penambahbaikan terhadap amalan yang sedia ada dengan mengambil kira
juga keperluan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid Orang Asli supaya
masalah mereka tidak menyiapkan kerja sekolah dapat dibendung. Dapatan soal
selidik menunjukkan 34% responden bersetuju dengan kenyataan bahawa kerja rumah
yang diberi guru terlalu banyak dan membebankan manakala hampir 40% responden
bersetuju dengan kenyataan bahawa latihan kerja sekolah yang diberikan guru sukar
untuk mereka selesaikan. Walaupun peratus yang ditunjukkan bukanlah peratusan
majoriti, namun ianya juga satu kadar yang agak besar dan perlu diambil perhatian
kerana pada kadar inilah sebenarnya peratusan murid yang tidak menyiapkan kerja
rumah pada satu-satu masa.
Faktor yang mengaitkan kepentingan pendekatan guru ketika memberikan kerja rumah
kepada murid menyokong saranan yang diberikan oleh Butler (1987) yang
mengatakan antara pendekatan guru yang penting adalah memberi penjelasan kepada
murid akan tanggungjawab mereka menyiapkan kerja rumah, memastikan murid
benar-benar faham akan tujuan tugasan tersebut dan memastikan murid mencatat kerja
rumah yang hendak dibuat. Selain itu kajian Md. Nasir et al. (2010) juga menyatakan
faktor guru juga memainkan peranan dalam menentukan perkembangan pelajaran
murid Orang Asli. Mereka ini berpendapat guru hendaklah memahami kehendak
murid dan mengadakan satu sistem yang boleh membantu murid Orang Asli ini
menempuh alam pembelajaran dengan acuan yang sesuai dan boleh diterima oleh
mereka.
RUMUSAN
Berdasarkan dapatan daripada temubual, soal selidik dan perbincangan sebelumnya,
maka penyelidik mencadangkan agar langkah dan pendekatan berikut dapat diambil
oleh pemimpin sekolah dan juga guru SK Bukit Lanjan bagi membendung masalah
murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja sekolah :i). Guru mestilah merancang dan merangka kerja rumah sesuai dengan kemampuan
dan pencapaian murid Orang Asli. Konsep ‘belajar sedikit, dapatnya banyak’ harus
diterapkan apabila memberi latihan kerja sekolah kepada murid. Pastikan kerja yang
diberi adalah berfokus dan merupakan kesinambungan pelajaran yang telah diajar
11
kepada murid yang bermaksud murid telah pun faham dan mempunyai pengetahuan
sedia ada tentang kerja atau latihan yang diberi.
ii). Pihak pengurus sekolah iaitu Guru Besar dan semua Penolong Kanan haruslah
memantau pemberian kerja rumah oleh guru kepada murid agar ianya benar-benar
mempunyai impak kepada kemajuan akademik murid dan bukannya sesuatu yang
berbentuk ‘asal ada’ atau pun sejenis hukuman. Guru hendaklah memberikan
kesedaran kepada murid Orang Asli bahawa dorongan dalam diri merekalah yang
paling penting jika mereka ingin berjaya dalam pelajaran.
iii). Guru-guru disarankan menggunakan pendekatan soft landing dalam menangani
masalah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah ini agar murid tahu akan kesilapan
mereka dan pada waktu yang sama tetap hadir ke sekolah dan berusaha menyiapkan
tugasan yang diberi. Ambil kira juga akan sikap segelintir ibu bapa Orang Asli yang
masih berpegang kepada Hukum Sayeit yang mana telah menjadi pegangan mereka
sejak sekian lama. Oleh yang demikian sebarang tindakan guru-guru menangani
masalah murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah seharusnya kelihatan mesra
budaya mereka tanpa mengorbankan prinsip profesionalisme perguruan bak kata
pepatah ‘umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung
tidak terburai’.
iv). Mengggalakkan murid menyiapkan kerja rumah di dalam kelas selepas waktu
persekolahan terutama murid yang dikenal pasti tidak mempunyai tempat yang
kondusif di rumah. Guru mestilah sentiasa memantau sesi ini bagi memastikan murid
benar-benar menggunakan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja rumah
mereka.
v). Pihak sekolah disarankan mewujudkan program ‘Jom Belajar’ dimana murid
Orang Asli yang dikenal pasti tidak mempunyai kemudahan kerusi dan meja untuk
belajar di rumah dipinjamkan peralatan kerusi dan meja sekolah yang tidak digunakan
lagi tetapi masih elok kondisinya. Ibu bapa murid yang terlibat diminta
menandatangani akuan untuk menjaga peralatan tersebut serta tidak
menyalahgunakannya. Pada akhir tahun mereka mestilah memulangkan semula
peralatan yang dipinjamkan kepada pihak sekolah.
vi). Mewujudkan bilik pembelajaran kendiri di tingkat bawah bangunan sekolah yang
akan digunakan oleh murid bagi menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji
pelajaran. Dicadangkan waktu yang sesuai iaitu mulai jam 3.00 petang hingga 5.00
petang di mana murid boleh datang semula ke sekolah selepas makan dan berehat
seketika di rumah. Selain daripada memberi peluang kepada murid menyiapkan kerja
rumah di tempat yang lebih selesa terutamanya bagi murid yang sering ada gangguan
ketika di rumah, platform ini juga akan menggalakkan konsep pembelajaran rakan
sebaya berlangsung iaitu semasa murid bersama-sama menyiapkan kerja rumah
mereka di tempat yang dikhaskan ini.
12
vii) Dicadangkan juga guru kelas dan mata pelajaran melaporkan kemajuan
pencapaian akademik murid kepada ibu bapa termasuklah dalam hal menyiapkan kerja
rumah agar ibu bapa maklum akan sikap dan pencapaian anak-anak mereka dalam
pelajaran. Platform Hari Terbuka Sekolah atau program perjumpaan dengan ibu bapa
haruslah dimanafaatkan secara maksima oleh pihak guru bagi memastikan segala yang
hendak disampaikan dapat disalurkan terus kepada ibu bapa.
Penyelidik percaya bahawa jika guru berusaha gigih dan sabar akan karenah serta
cabaran mengajar murid Orang Asli, lambat-laun matlamat untuk mempertingkatkan
pencapaian murid Orang Asli SK Bukit Lanjan akan menjadi kenyataan. Apa yang
penting guru hendaklah ikhlas, sentiasa berlapang dada dan tidak berhenti daripada
berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk membantu menyelesaikan masalah
berkaitan pendidikan murid Orang Asli. Penyelidik percaya apa yang akan kita tuai
kemudian hari bergantung kepada apa yang kita tanam pada hari ini. Kita tidak boleh
mengharapkan kecemerlangan murid Orang Asli dalam peperiksaan terutamanya
UPSR jika kita tidak berusaha menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang
seperti masalah tidak menyiapkan kerja rumah.
13
RUJUKAN
Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd. Izam Ghazali dan Mohd. Hasani Dali. (2011).
Kanak-kanak minorti orang asli di malaysia: menggapai literasi bahasa melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Universiti Utara Malaysia.
Anurekha, S. dan Maruthai, S. (2010). Mengatasi masalah tidak menyiapkan kerja rumah
melalui kaedah berstruktur. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Aslian Pios. (2012). Masalah ketidakhadiran murid orang asli dalam kegiatan kokurikulum di
sebuah sekolah orang asli di petaling jaya: faktor dan cadangan penyelesaian. Jurnal
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, 24 (2). Dis. 2012.
Butler, J.A. (1987). Homework. School Improvement Research Series. Office of Educational
Research and Improvement (OERI), U.S. Department of Education.
Fadzilah Ibrahim. (2010). Mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja
rumah dalam kalangan murid tahun 5 usaha sekolah kebangsaan bukit mahkota
melalui kaedah ‘sticker’. Kajian Tindakan Isu-Isu Dalam Pendidikan Sekolah Rendah.
Hartini Ahmad Rabuan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar
orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah
sekolah menengah dalam daerah kluang, johor. Tesis Sarjana Muda Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Johari Talib dan Nazri Muslim. (2006). Mengapa kanak-kanak orang asli gagal di sekolah?
Jurnal Pengajian Umum Bil. 8. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mazulina Saad. (2004). Persepsi pelajar terhadap amalan kerja rumah sebagai satu strategi
pembelajaran di sekolah menengah. Tesis Sarjana Muda Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Md. Nasir Masran, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan, Abd. Aziz Shukor dan Roslinda
Mustapha. (2010). Tahap kebolehbacaan dalam kalangan murid orang asli
(program pemulihan) di sekolah kebangsaan brinchang (Pahang) dan sekolah
kebangsaan batu 14 tapah (perak). Kertas Kerja Seminar JPPG 2010 Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
14
Mohamad Johdi Salleh, Norul Khairiah Idris, Nur Awanis Abd. Aziz, Nurul Huda Yusuf dan
Siti Aisyah Hashim. (2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan terhadap
masyarakat orang asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009.
Universiti Malaysia Sabah.
Oxforddictionaries.com. (2012). [Atas talian]. http://oxforddictionaries.com
/definition/english/homework. [Mac 23, 2013].
Siti Hayati Yusoff. (2009). Budaya pemikiran pelajar orang asli membantut proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual di smk tapah:
cadangan mengatasi. [Atas talian]
http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/budaya-pemikiran-pelajarorang-asli.html [Mac 25, 2013].
Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah, (2011). Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar dari kelas premier di dua buah sekolah menengah.
Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 28-50
Universiti Teknologi Malaysia.
15