VISI UTHM Berazam Meneraju Aplikasi Sain

VISI UTHM Berazam Meneraju Aplikasi Sains dan Teknologi Untuk Kemakmuran Sejagat.
MISI UTHM Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan
berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta
penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.
MOTO UTHM “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” “WITH WISDOM WE EXPLORE”
POLISI KUALITI UTHM Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan
program akademik berkualiti berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui
kehendak pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan.
Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan
mengekalkan sistem pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan MS ISO
9001:2000.
Objektif Kualiti Universiti diwujud, dilaksana, dipantau dan secara berkala dikaji semula untuk
menentukan pencapaian, kesesuaian serta dikemaskini bagi merealisasikan visi dan misi universiti.
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada 16 September 1993 dengan
penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf
Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh Y.B.
Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf sumbangan dan
kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di
negara ini. Pada 30 September 2000, Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan

penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengiktirafan
ini telah meletakkan KUiTTHO setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini
dan pada 1 Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej Universiti di seluruh Malaysia.
UTHM menawarkan program di peringkat Pasca Ijazah, Sarjana Muda dan Diploma. Kursus-kursus
yang ditawarkan di peringkat Pasca Ijazah ialah di dalam bidang Kejuruteraan, Pendidikan Teknik &
Vokasional, Pengurusan Teknologi dan Teknologi Maklumat. Program Sarjana Muda pula
menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional, Teknologi Maklumat dan
Pengurusan Teknologi dalam pelbagai bidang. Program Diploma pula menawarkan kursus-kursus
Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dalam pelbagai bidang.
Semua kursus yang dijalankan oleh UTHM memiliki keunikan tersendiri di mana program yang
ditawarkan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential
learning) dan komponen praktikal di samping pengetahuan teori dan profesional kejuruteraan.
Graduan yang dikeluarkan oleh UTHM bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik yang
mantap tetapi keterampilan, kemahiran teknikal dan kemahiran genarik yang tinggi bagi menceburi
bidang kerjaya yang lebih luas dan memenuhi keperluan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam
dan keperluan industri masa hadapan.
LOKASI
UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kampus UTHM mudah dihubungi melalui Lebuh Raya
Utara-Selatan dan lokasinya amat strategik dengan di kelilingi oleh kawasan perindustrian yang

menempatkan industri-industri bertaraf multi-national serta industri kecil dan sederhana. Kedudukan

logistiknya yang strategik ini telah merangsang penyertaan sektor industri di dalam program
kerjasama Universiti dengan Industri terutamanya dalam kegiatan pendidikan, penyelidikan dan
pembangunan.
VISI
Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat.
MISI
Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di
arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang
berteraskan konsep tauhid.
FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI
Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang
berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman
(experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai
pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.
FAKULTI
Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh tujuh (7) fakulti dan satu (1) pusat
pengajian iaitu:
1.


Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

2.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

3.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

4.

Fakulti Pengurusan Teknologi

5.

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

6.


Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

7.

Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan

8.

Pusat Pengajian Diploma

SISTEM PENGAJIAN
UTHM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan
kepada dua (2) semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester lazim terdiri
daripada 14 minggu perkuliahan.
KEMASUKAN PELAJAR
Kemasukan pelajar bagi program Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan
Diploma yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik. Bagi program Diploma, kemasukan pelajar terbuka
kepada lulusan SPM dan Sijil Politeknik/setaraf yang berkaitan.


TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda ialah minimum enam (6)
semester atau 110 kredit bagi program bukan profesional dan tempoh maksimum pengajian yang
dibenarkan ialah 12 semester atau 120 kredit bagi program profesional.
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma pula ialah enam (6) semester dan tempoh
maksimum yang dibenarkan ialah 10 semester. Walau bagaimanapun, tempoh minimum
menamatkan pengajian adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh pihak
Universiti.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Universiti ini dan antaranya ialah
Perpustakaan Digital, Bengkel & Makmal, Ruang Kuliah, Kiosk, Perkhidmatan Pelajar & Kedai
Koperasi, Pengangkutan, Penginapan Asrama, Masjid, Sukan & Rekreasi, Bank Muamalat & ATM,
Pusat Kesihatan Universiti, Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya, Kafetaria & Kantin, Pos Mini dan lainlain.
KETERANGAN BIASISWA/DERMASISWA
Pelajar digalakkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan
daripada badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan adalah
tertakluk kepada pihak penaja berkaitan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di
UTHM, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
4. Yayasan Negeri
5. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
7. Petronas
8. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
9. Yayasan Felda
10. Kuok Foundation Berhad
11. Lain-lain

PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui laporan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, gambar dan
ringkasan yang tiap satu-satunya saya telah jelaskan sumbernya.”

PELAJAR :
NURUL ANIS BINTI MOHAMAD ALIAS
TARIKH :

PENYELIA :
SITI ASIA BINTI YAHYA


PEMERIKSA
Laporan ini perlu diperiksa pada tarikh (

)

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NURUL ANIS BINTI MOHAMAD ALIAS

Laporan akhir latihan industri ini dikemukakan kepada pensyarah penilai bagi memenuhi
sebahagian daripada syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan diploma
kejuruteraan mekanikal ( reka bentuk )

KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR

APRIL 2018

PENGHARGAAN
Setinggi –tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan UNIVERSITI TUN

HUSSEIN ONN MALAYSIA kerana telah memberi ruang kepada saya untuk menjalani
latihan industri di universiti selama 4 bulan. Khasnya buat Encik Mohd Fadlullah Bin Gimat
selaku ketua arkitek ini dan akan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di
organisasi ini. Selain itu, Puan Yanty Elina Binti Ismail selaku penyelia saya kerana beliau
juga telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di universiti ini terutama
yang saya tidak mahir. Pn Yanty juga banyak memberi tunjuk ajar tentang cara mengaudit
ruang dan cara melihat lukisan pelan dengan betul sekiranya pergi membuat pemeriksaan
ruang.
Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja di universiti terutama dalam bahagian unit
perancangan yang telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok
universiti. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan
yang sebenar di masa akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak unit latihan industri serta
sekolah kejuruteraan dan sains kreatif kolej yayasan pelajaran johor yang banyak membantu
dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan contoh penyediaan
laporan latihan industri.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan
kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan latihan industri selama 4
bulan.


DEDIKASI
Penghargaan ikhlas ini ditujukan kepada keluarga tersayang terutama buat mak PUAN
MARIATI BINTI KASIRAN dan ayah ENCIK MOHAMAD ALIAS BIN OTOH BASRI
yang sentiasa memberi semangat dan rangsangan pada diri ini walau di dalam susah mahupun
senang.

PENGIKTIRAFAN
Atas peluang ini, saya dengan sukacitanya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atas kesudiaan menerima saya menjalani Latihan Industri di unit
arkitek dan perancangan serta memberi tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh 16 minggu di
syarikat. Di samping itu, saya berasa bangga kerana telah diberi kepercayaan yang sepenuhnya oleh
pihak syarikat untuk menjalankan tugas-tugas yang diberi kepada saya.
Di sini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan Unit
Arkitek Dan Perancangan terutamanya, En. Mohd Fadlullah Bin Gimat, Pn. Yanty Elina Binti
Ismail ( Penolong Jurutera ) selaku Penyelia Latihan Industri saya yang sering sedia
meluangkan masa memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam penyelesaian masalahmasalah yang saya hadapi sepanjang tempoh latihan industri ini. Mereka telah banyak memberi
dorongan dan teguran yang positif kepada saya bidang kerja dengan lebih mendalam dan dapat
melaksanakan kerja dengan sempurna dan tepat.
Akhir sekali, semua jasa-jasa baik yang telah diberikan kepada saya selama ini, akan saya ingati,
hargai dan kenangi buat selama-lamanya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua kakitangan UTHM dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
sepanjang saya menjalankan Latihan Industri ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan seandainya
terdapat sebarang kesilapan yang saya lalukan tanpa sedari sepanjang Latihan Industri dan yang
terkandung dalam buku laporan ini.
Sekian.