Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Selangor Perak KL - Sumber Pendidikan

SULIT
1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2016

1103/2

2½ jam

SMK SUNGAI MANIK
36000 TELUK INTAN, PERAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.
4.

Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

Disediakan oleh,
(ROOSEZAH BT SABRI)

Disemak oleh,

(MOHD HIDI BIN HAMEZAH)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

SULIT

1103/2
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk
melahirkan pengguna yang bijak dan sebab-sebab penipuan dilakukan oleh peniaga.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Negara kita kian melangkah ke arah pembangunan fizikal yang pesat. Namun begitu, ilmu
kepenggunaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada pada takuk lama. Natijahnya,
banyak pengguna yang menjadi mangsa peniaga yang tidak bertanggungjawab dan cuba
menangguk di air keruh semata-mata mahu mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.
Bagi mengelakkan pengguna terus menjadi mangsa, mereka perlu dilengkapi dengan ilmu
kepenggunaan. Untuk melahirkan pengguna yang bijak, media massa memainkan peranan yang

signifikan kerana pengaruhnya yang amat besar kepada masyarakat. Dengan maklumat yang
disalurkan, pengguna dapat mengetahui cara-cara yang berkesan untuk menuntut hak mereka
daripada dimanipulasikan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, pihak media massa harus lebih
kerap menyiarkan iklan atau rencana tentang hak pengguna.
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) pula sewajarnya bekerjasama dengan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengadakan
“Kempen Pengguna Bijak”. Melalui kempen ini, diharapkan orang ramai dapat mengetahui hak
mereka sebagai pengguna dengan lebih mendalam. Selain itu, mereka dapat mengetahui cara
membuat aduan dan saluran yang betul untuk melaporkan sebarang penipuan yang dilakukan oleh
peniaga. Orang ramai juga dapat mengetahui cara-cara untuk menuntut pampasan sekiranya
terbeli barangan yang tidak bermutu. Dalam pada itu, pihak NGO perlu mengadakan aktiviti
ceramah, pameran, dan forum untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam kalangan
pengguna.
Selain itu, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah tentang ilmu kepenggunaan
merupakan pendekatan yang ampuh untuk melahirkan pengguna muda yang bijak. Oleh itu, ilmu
kepenggunaan perlu disuntik dalam sanubari murid ketika mereka masih di bangku sekolah.
Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup, murid-murid telah disalurkan pengetahuan tentang hakhak pengguna. Semua sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pengguna untuk mendidik
murid-murid tentang peranan mereka sebagai pengguna.
Walaupun hak pengguna telah termaktub dalam perundangan negara kita, tetapi pengguna
yang dangkal pengetahuan sering menjadi mangsa dalam dunia perniagaan yang hanya

mementingkan keuntungan. Rentetan itu, pengguna harus bijak berbelanja tanpa diheret oleh
pemiutang akibat hutang keliling pinggang. Pengguna perlu dididik supaya sentiasa
membandingkan harga di premis-premis yang berbeza sebelum membuat keputusan membeli
sesuatu barangan.
Peranan ibu bapa juga tidak boleh dipinggirkan dalam usaha melahirkan pengguna yang
bijak. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak agar dapat membezakan antara membeli barangan
keperluan dengan kehendak semasa berbelanja. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya
menyediakan belanjawan dan senarai barangan yang hendak dibeli sebelum membeli-belah di
pasar raya atau di kedai runcit. Pendekatan ini amat mustahak agar anak-anak tidak berbelanja
secara berlebihan terutamanya ketika menghadapi jualan mega, jualan murah, dan promosi
istimewa di gedung-gedung jualan. Pada masa yang sama, usahlah terpengaruh oleh pujukan
jurujual yang berbahasa manis.

SULIT

1103/2
(Dipetik dan diubah suai daripada,
"Ke Arah Melahirkan Pengguna Bijak"
oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur,
Berita Harian, 23 September 2014)

Soalan 2: Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata dangkal pengetahuan.
[2 markah]

(ii)

Pengarang menyatakan beberapa kepentingan “Kempen Pengguna Bijak” kepada para
pengguna.
Nyatakan kepentingan-kepentingan kempen tersebut.
[3 markah]

(iii)


Sebagai pengguna yang bijak, kita sewajarnya meneliti beberapa perkara sebelum membeli
makanan di dalam tin.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum anda membeli
makanan di dalam tin?
[4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja
membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang
mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di
mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas
tanah datukku dahulu.”
Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku
dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami
sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur
kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah
Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”
“Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul.

Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut

SULIT
1103/2
telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk
dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’ oleh
Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.
[2 markah]

(ii)

Hakim dibebani masalah hutang bank yang besar. Pada pendapat anda, apakah usahausaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang
ditanggungnya?
[3 markah]


(iii)

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang
Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya
disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir.
Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada
menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke
Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke
benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau
Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu,
“Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena

panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam
menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:
Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
(Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'
dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

SULIT
(i)
Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

1103/2
[2 markah]

(ii)

Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang Cau Pandan anak Bubunnya daripada
menyerang Melaka?

[3 markah]

(iii)

Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah. Pada pendapat anda, apakah kepentingan
khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?
[3 markah]

Soalan 2 (d) – Seloka
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Baginda menitahkan orang besar empat
Membina istana puri berkota
Lalu dipanggil Pawang Diraja
Pawang mengerah orang berkerja
Empat puluh empat tukang dan utas
Siang malam tidak berhenti
Tujuh bulan tujuh purnama
Istana siap dengan alatnya

Besar tersergam sembilan ruang
Sepuluh dengn rembat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengan anjung tinggi
Tiga sudut menteri delapan
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Galang-galangnya ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
(i)

Berbunga sawa mengelempelai
Bertakuk bersedelinggam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir jawa
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja
Istana siap tukang pun mati
Tiada orang dapat meniru
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri
(Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?
[2 markah]

(ii)

Seni bina tradisional menjadi lambang jati diri sesuatu bangsa. Pada pandangan anda,
apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kemahiran seni bina
tradisional di negara ini dapat dikekalkan?
[3 markah]

(iii)

Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut.

SULIT

1103/2
[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)

beli

(ii)

belian

(iii) pembelian
(iv) didik
(v)

didikan

(vi) pendidikan
[6 markah]

(b)

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)

Pihak polis masih menyiasat punca kebakaran kilang perabot itu.

(ii)

Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat
singkat.

(iii)

Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam kegiatan
yang tidak bermoral.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)

Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun diwajib menyertai Program Latihan
Khidmat Negara kecuali yang berpenyakit krunik.

(ii)

Kakak selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.

(iii)

Minggu suaikenal diadakan khas untuk memberikan peluang kepada para graduan
baharu untuk sesuaikan diri di universiti.

SULIT

1103/2
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)

Penyanyi yang paling popular sekali telah menghiburkan para penonton dengan
nyanyian yang cukup gemersik.

(ii)

Kesemua petugas-petugas itu akan mendaftarkan diri kepada penyelia mereka
masing-masing sebelum memulakan tugas.

(iii)

Kereta yang Abu Bakar pandu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang
tajam itu.
[ 6 markah ]

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud peribahasa tersebut.
(i)

Tidak akan tercapai cita-cita jika tidak berusaha dengan kuat.

(ii)

Kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah.

(iii) Orang yang merantau akhirnya pulang ke tempat asal.
[ 6 markah ]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)

Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin

(ii)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(iii)

Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(iv)

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(v)

Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi)

Tirani karya Beb Sabariah

(vii)

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

SULIT

1103/2
(viii)

(a)

Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan kepincangan
masyarakat dalam setiap novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT