Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Selangor Perak KL - Sumber Pendidikan

SULIT
1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2016
2 ¼ jam

SMK SUNGAI MANIK
36000 TELUK INTAN, PERAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya

kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
Disediakan oleh,
(ROOSEZAH BT SABRI)

Disemak oleh,
(MOHD HIDI BIN HAMEZAH)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

SULIT

1103/1

Bahagian A
[30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan membelibelah di pasar raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Pilihan barangan yang
banyak
Kelebihan membelibelah di pasar raya

Pelbagai kemudahan

Harga barangan yang
murah

BM1_PC2016@Sigma

SULIT

1103/1
Bahagian B
[ 100 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid
menimba ilmu pengetahuan. Setiap murid pasti ingin belajar di sebuah sekolah yang
baik dan cemerlang.
Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda.
2. Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang selalu berhubung dan rapat sesama
anggota keluarga.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
3. Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi
generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk ‘Penjagaan
dan Pemuliharaan Bangunan Lama Menguntungkan Negara’ untuk disiarkan dalam
majalah sekolah anda.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
4. Konflik yang melanda antara sebuah negara dengan negara yang lain di dunia pada
masa ini harus diselesaikan bagi mewujudkan keamanan sejagat.
Bincangkan cara penyelesaian yang harus diambil oleh negara di dunia bagi

menyelesaikan konflik tersebut.
5. Minat murid-murid terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama perlu
dipupuk sejak awal lagi.
Huaraikan peranan yang dapat dimainkan oleh pihak sekolah bagi memupuk minat
murid terhadap karya sastera.

KERTAS SOALAN TAMAT

BM1_PC2016@Sigma