Hinava merupakan makan tradisional yang

Hinava merupakan makan tradisional yang telah terkenal di Sabah, yang telah dikenalkan
oleh suku kaum kaum kadazandusun sendiri dan melalui soal selidik yang telah saya
edarkan kesemua responden mengatakan bahawa makanan ini telah menjadi makanan
kegemaran bagi suku kaum mereka. Hinava ini dibuat daripada ikan yang segar iaitu ikan
mentah seperti ikan tenggiri ( sejenis ikan kembung), yang dihiris dan dipotong berbentuk
dadu, ikan tersebut akan di campur dengan beberapa jenis ramuan seperti lada, halia,
bawang merah, biji buah bambangan yang di parut, garam dan sedikit jus limau. Hinava
boleh di makan bersama-sama dengan nasi. Tetapi pada masa ini, makanan ini telah di
jadikan sebagai satu hidangan yang istimewa di hotel-hotel untuk menyambut sesuatu
peristiwa atau majlis. Sehubungan itu, makanan ini telah dipelbagaikan jenis hidangan
mengikut cita rasa masyarakat masa ini. Selain itu, makanan ini juga bolehh didapati
di Restoran Nabalu, Gaya Streat, Kota Kinabalu,
Sabah (http://nabaluvi.blogspot.com). Namun begitu, keaslian makanan ini tetap
dipelihara oleh suku kaum kadazandusun agar rasa hinava yang sebenar tidak dilupakan.

ASAL-USUL
Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei,seorang pelayar dari China telah singgah di
Sarawak.Di sana,pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil
Hinava.Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Pelayar tersebut juga
memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Iban.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk
membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu,udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong

menjadi kecil.