PENDAPAT IKTIKAD ULAMA SALAF TENTANG KET

PENDAPAT &
IKTIKAD ULAMA
SALAF TENTANG
KETINGGIAN
ALLAH DI ATAS
ARSY
OLEH; Ibnu Zakaria al-Bary

KANDUNGAN
MUQADDIMAH.
BAGAIMANAKAH IKTIKAD AHLI SUNNAH
MENGENAI KETINGGIAN ALLAH TAALA DI
ATAS ARSY-NYA???
PENGIKTIRAFAN & IKTIKAD ULAMA SALAF
MENGENAI KETINGGIAN ALLAH DIATAS
ARSY.

MUQADDIMAH
Segala pujian bagi Allah S.W.T..Kita
memuji-Nya,meminta perlindungan kepadaNya,memohon ampunan-Nya.Kita
berlindung kepada-Nya dari keburukan

nafsu dan perbuatan kita.Barangsiapa yang
diberi petunjuk oleh-Nya,maka tidak ada
yang boleh menyesatkannya,dan
barangsiapa disesatkan oleh-Nya tentu
tidak ada yang boleh memberi petunjuk
kepadanya.Aku bersaksi bahawa tidak ada
sesembahan yang patut disembah selain
Allah S.W.T. sahaja,tiada sekutu bagiNya,dan aku bersaksi pula bahawa
Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.
Selawat dan salam semoga tetap tercurah
kepada junjungan kita,Nabi Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam,kepada keluarga
dan para sahabatnya.
Buku ini
ditulis ekoran polemik mengenai isu akidah
yang sering menjadi isu yang hangat
diperkatakan sejak akhir-akhir ini.Ianya
menimbulkan berbagai-bagai tanggapan
sehingga ada di antara masyarakat yang
kononnya memilih jalan tengah dalam soal


ini dengan mengambil sikap mendiamkan
diri disebabkan melihatkan sikap
kebanyakan ulama yang bersilih faham
mengenai masalah ini.Sekalung tahniah
saya ucapkan dan moga-moga Allah
menjadikan mereka tergolong dalam
golongan ‘Ulama Pewaris Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam’ buat sebilangan kecil
ulama yang berani bersuara mengenai isu
ini malah sehinggakan mereka sanggup
dihina dan dicela hanya disebabkan
pendapat dan hujah mereka berlandaskan
Al-Quran & As-Sunnah yang mereka guna
pakai tidak sehaluan dengan golongangolongan yang mengikut hawa nafsu.
Saya meletakkan tajuk buku ini dengan
tajuk “PENDAPAT & IKTIKAD ULAMA SALAF
TENTANG KETINGGIAN ALLAH DI ATAS ARSY
” kerana melihatkan ianya mampu memberi
kefahaman kepada para pembaca yang

budiman untuk mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai tajuk ini.
Sekalung ucapan terima kasih juga buat ibu
dan ayah yang tercinta disamping saudarasaudara dan rakan-rakan yang banyak
memberikan nasihat dan dorongan
sehingga buku ini berjaya disiapkan.Moga-

moga ianya menjadi bekalan amalan saya
diakhirat kelak.
Selamat membaca….

Muhammad Munir bin Zakaria
Munirullah.blogspot.com
Kampung Balik Guar,Chuping,
Perlis.

BAGAIMANAKAH
IKTIKAD AHLI
SUNNAH MENGENAI
KETINGGIAN ALLAH

TAALA DI ATAS ARSYNYA???

Ayat-ayat al-Qur'an yang menyatakan
bahawa Allah Maha Tinggi di atas ‘Arsy-Nya
sangat banyak. Diantaranya firman Allah:
‫أ‬
‫أ‬
‫ذي أ‬
‫ض ةفي ة‬
‫وا ة‬
‫ه ال ي ة‬
‫إة ي‬
‫خل أقأ ال ي‬
‫س أ‬
‫م الل ي ه‬
‫ن أرب يك ه ه‬
‫ت وأا رلرر أ‬
‫م أ‬
‫ست يةة أييام م‬
‫ر‬

‫أ‬
3 :‫؛ يونس‬54 :‫ [العراف‬...‫ش‬
‫ما ر‬
‫[ث ه ي‬
‫ست أ أ‬
‫وى ع ألى العأرر ة‬
Sesungguhnya Rabb kalian ialah Allah yang
telah menciptakan langit dan bumi dalam
enam masa, lalu Dia beristiwa’ di atas
'Arsy… (al-A’raf: 54 dan Yunus: 3)
‫وى ع أألى‬
‫وا ة‬
‫ه ال ي ة‬
‫ما ر‬
‫ذي أرفأعأ ال ي‬
‫مد م ت أأرورن أأها ث ه ي‬
‫ت ب ةغأي ررة ع أ أ‬
‫س أ‬
‫الل ي ه‬
‫ست أ أ‬

‫م أ‬
‫ر‬
2 :‫ [الرعد‬...‫ش‬
‫[العأرر ة‬

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa
tiang (sebagaimana) yang kamu lihat,
kemudian Dia beristiwa’ di atas 'Arsy …. (ArRa'd: 2)
‫أ‬
‫ست يةة أ أييام م ث يه‬
‫م‬
‫ذي أ‬
‫ما ةفي ة‬
‫وا ة‬
‫ال ي ة‬
‫خل أقأ ال ي‬
‫ما ب أي رن أهه أ‬
‫ض وأ أ‬
‫س أ‬
‫ت وأا رلرر أ‬

‫م أ‬
‫ر‬
‫أ‬
59 :‫[الفرقان‬...‫ش‬
‫[ا ر‬
‫ست أ أ‬
‫وى ع ألى العأرر ة‬
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa
yang ada di antara keduanya dalam enam
masa, kemudian Dia beristiwa’ di atas
Arsy…(al-Furqan: 59)
‫ر‬
‫م ه أ‬
5 :‫ [طه‬.‫وى‬
‫[الير ر‬
‫شا ر‬
‫ح أ‬
‫ست أ أ‬
‫ن ع ألى العأرر ة‬
(Iaitu) Ar-Rahman yang beristiwa’ di atas

‘Arsy. (Taha: 5)
‫م ه‬
...:‫[فاطر‬...‫ه‬
‫صال ة ه‬
‫م الط يي ي ه‬
‫ح ي أررفأعه ه‬
‫ب أوال رعأ أ‬
‫صعأد ه ال رك أل ة ه‬
‫ل ال ي‬
‫إ ةل أي رهة ي أ ر‬
10[
..Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan
yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya… (Fathir: 10)

‫من السماةء إألى ا رل أ‬
‫ي هد أب ير ا رل أ‬
‫ج إ ةل أ‬
‫ه‬
‫م‬
‫و‬

‫ي‬
‫في‬
‫ه‬
‫ي‬
‫ر‬
‫ع‬
‫ي‬
‫م‬
‫ث‬
‫ض‬
‫ر‬
‫ر‬
‫م‬
‫ة‬
‫ة‬
‫ة‬
‫أ‬
‫ر‬
‫ه‬
‫ر‬

‫أ‬
‫ي‬
‫ي‬
‫أ‬
‫ر‬
‫ر‬
‫ه‬
‫ر‬
‫أ‬
‫أ‬
‫ه‬
‫ة‬
‫م‬
‫ة‬
‫[ أ‬
5 :‫ [السجدة‬.‫ن‬
‫م ر‬
‫داهره ه أ أل ر أ‬
‫سن أةم ة‬
‫ن ة‬

‫دو أ‬
‫ما ت أعه د‬
‫ق أ‬
‫كا أ‬
‫ف أ‬
‫م ي‬
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi,
kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya
dalam satu hari yang kadarnya adalah
seribu tahun menurut perhitungan kalian.
(as-Sajdah: 5)

Dan banyak lagi ayat-ayat lainnya yang
menunjukkan Maha Tingginya Allah di atas
‘Arsy-Nya.

Dengan banyaknya ayat-ayat yang
muhkamat (jelas dan tidak samar) tersebut,
maka Ahli Sunnah wal Jama’ah sejak para
Sahabat, Tabi’in dan para pengikut mereka
dari kalangan ahli hadis mengimani dengan
yakin dan mempersaksikan bahawa Allah
‫ سبحانه وتعالى‬tinggi di atas ‘Arsy-Nya. Mereka
memahami makna istiwa’ dalam bahasa
Arab iaitu “Tinggi, di Atas”. Hanya mereka
tetap menyatakan bahawa ketinggian Allah
‫ سبحانه وتعالى‬di atas ‘Arsy-Nya tidak sama
dengan mahluk-Nya; tidak seperti seorang

raja di atas singgasananya dan tidak pula
seperti seseorang di atas kenderaannya.
Ahli Sunnah wal Jama’ah menyatakan
bahawa tingginya Allah di atas ‘Arsy-Nya
sesuai dengan kemuliaan-Nya.

Dan mereka tidak mempermasalahkan
bagaimana dan seperti apa istiwa’nya Allah
di atas ‘Arsy-Nya. Kerana mereka meyakini
bahawa zat Allah tidak sama dengan
mahluk-Nya, maka mereka tidak mungkin
menerangkan bagaimana istiwa’nya Allah di
atas ‘Arsy-Nya. Apalagi tidak ada satu
sumber pun dari al-Qur'an dan as-Sunnah
yang menerangkan tentang kaifiatnya.

Seperti kisah yang terjadi pada Imam Malik
‫ رحمه الله‬sebagaimana dinukil oleh imam asSobuni dalam kitabnya Aqidatus Salaf wa
ashabul Hadis. Imam Malik ketika didatangi
oleh seseorang didalam majlisnya,
kemudian bertanya: “Ar-Rahman ‘alal ‘Arsy
istawa, bagaimana istiwa’-Nya?”. Beliau
‫ رحمه الله‬tertunduk dan marah. Dan tidaklah

beliau pernah marah seperti marahnya
ketika mendengarkan pertanyaan tersebut.
Beliau pun menitiskan keringat dari
dahinya; sementara para hadirin pun
terdiam dan tertunduk, semuanya
menunggu apa yang akan terjadi dan apa
yang akan dikatakan oleh Imam Malik.
Beberapa saat kemudian beliau ‫ رحمه الله‬pun
mengangkat kepalanya, seraya berkata:
‫معر ه‬
‫ال رك أي ر ه‬
‫ن ب ةهة‬
‫ما ه‬
‫م ر‬
‫ وأا رل ة ر‬،‫ل‬
‫ وأا رل ةي ر أ‬،‫ل‬
‫واهء غ أي رهر أ‬
‫ف غ أي رهر أ‬
‫جههو م‬
‫ست ة أ‬
‫قور م‬
‫خا ه أ‬
‫ضال ل‬
‫ؤا ه‬
‫س أ‬
‫ أوإيني ل أ أ‬،‫ة‬
‫ه ب ةد رع أ ة‬
‫ن أ‬
‫ن ت أك هور أ‬
‫فأ ر‬
‫ج ة‬
‫ أوال د‬،‫ب‬
‫ل ع أن ر ه‬
‫أوا ة‬.
“Tentang bagaimananya tidak boleh
diketahui dengan akal, tentang makna
istiwa’ sudah diketahui; beriman dengannya
adalah wajib, dan bertanya tentangnya
(tentang kaifiyah) adalah bid’ah. Dan
sungguh aku khuatir bahawa engkau adalah
orang yang sesat.”
Maka orang itupun diperintahkan untuk
dihalau dari majlisnya. (Aqidatus Salaf
Ashabul Hadis, tahqiq Abu Yamin al-Mansuri,
hal. 45)

Demikianlah sikap keras para ulama ahli
sunnah terhadap pertanyaan takyif yang
tidak mungkin boleh difikirkan dengan akal,
kerana masalah zat Allah dan sifat-sifat-Nya
adalah masalah ghaib yang kita tidak dapat
mengenalinya kecuali melalui al-Qur’an dan
Sunnah.

Dan para ulama ahli sunnah pun tidak ada
yang berselisih tentang istiwa’nya Allah di
atas ‘Arsy-Nya, dan ‘Arsy-Nya di atas langit.
Mereka menetapkan hal ini sesuai dengan
apa yang telah Allah ‫ سبحانه وتعالى‬tetapkan;
mengimani, membenarkan Allah Azza wa
jalla dalam berita-berita yang telah
disampaikan-Nya dan mengucapkan sesuai
dengan apa yang telah Allah ‫سبحانه وتعالى‬
ucapkan tentang istiwa’Nya di atas
‘ArsyNya. Mereka melangsungkannya atas
zahir (ayat-ayat)nya dan menyerahkan
tentang kaifiyahnya kepada Allah. (Aqidatus
Salaf Ashabul Hadis, tahqiq Abu Yamin alMansuri, hal.44)

Ahli sunnah tidak pula berani menarik
makna istiwa kepada makna-makna lain
yang sama sekali tidak berkaitan dengan
lafaznya, seperti apa yang dilakukan oleh
ahli bid’ah yang menarik makna “istiwa’”
kepada “istaula”. Kalimat ini bukan tafsir,
bukan pula makna istiwa’, kerana sama
sekali tidak berkaitan dengan lafaz
mahupun maknanya. Perbuatan ini
termasuk tahrif iaitu menggantikan kalimat
al-Qur’an dengan kalimat yang lain yang
tidak saling berhubungan, baik secara lafaz
mahupun secara makna.

Selayaknya kalau dikatakan oleh para
ulama, bahawa apa yang dilakukan oleh
mereka sama seperti yang telah dilakukan
oleh kaum Yahudi terhadap kitab mereka.
Mereka mengganti kalimat 'hithah' menjadi
'hinthah'.

Sebagaimana Allah ‫ سبحانه وتعالى‬kisahkan
tentang tahrif mereka ini dalam ayat-Nya:

‫خ أ‬
... ) ‫ن‬
‫م أ‬
‫حط ي ة‬
‫وأهقوهلوا ة‬
‫ح ة‬
‫ة ن أغر ة‬
‫م ر‬
‫م وأ أ‬
‫زيد ه ال ر ه‬
‫طاأياك ه ر‬
‫فرر ل أك ه ر‬
‫سةني أ‬
‫سن أ ة‬
‫ذي ةقي أ‬
‫( فأب أد ي أ‬58
‫م فأأ أن رأزل رأنا‬
‫موا قأورل ل غ أي رأر ال ي ة‬
‫ل ال ي ة‬
‫ل ل أهه ر‬
‫ن ظ أل أ ه‬
‫ذي أ‬
‫ما أ‬
[ .‫ن‬
‫س ه‬
‫كاهنوا ي أ ر‬
‫جلزا ة‬
‫ع أألى ال ي ة‬
‫قو أ‬
‫موا رة ر‬
‫ف ه‬
‫ن ال ي‬
‫ماةء ب ة أ‬
‫س أ‬
‫ن ظ أل أ ه‬
‫م أ‬
‫ذي أ‬
59-58 :‫[البقرة‬

…dan katakanlah: Hiththah ("Bebaskanlah
kami dari dosa"), nescaya Kami ampuni
kesalahan-kesalahan kalian, dan kelak Kami
akan menambah (pemberian Kami) kepada
orang-orang yang berbuat baik". Maka
orang-orang yang zalim mengganti kalimat
yang diperintahkan kepada mereka dengan
kalimat lain. Sebab itu Kami timpakan atas
orang-orang yang zalim itu kehinaan dari
langit, kerana mereka berbuat fasiq. (alBaqarah: 58-59)

Dijelaskan dalam tafsirnya, bahawa kaum
Yahudi mengganti kalimat Hiththah menjadi
Hinthah (gandum) untuk memperolok-olok
perintah Nabinya.

Seperti inilah tahrif yang dilakukan oleh para
penolak sifat terhadap kalimat “istiwa’”
yang bermakna “Tinggi di atas” dengan
kalimat “istaula” yang bermakna
“menguasai” untuk menolak sifat Tinggi-nya
Allah dan mendokong keyakinan batil
mereka bahawa Allah menyatu dengan
hamba-Nya di alam ini. Jika kaum Yahudi
menambah huruf ‘nun’ pada Hiththah,
sedangkan ahli bid’ah menambah huruf
‘lam’ pada Istawa’.

Berkata Abu Uthman Ismail bin
Abdurrahman As-Sobuni: “Ashabul hadis
meyakini dan mempersaksikan bahawa
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬di atas tujuh lapis langit, di
atas ‘Arsy-Nya sebagaimana Ia sebutkan
dalam kitab-Nya”. (Aqidatus Salaf Ashabul
Hadis, tahqiq Abu Yamin al-Mansuri, hal.44)

Berkata Abdullah Ibnu Mubarak; “Kami
mengenali Rabb kami di atas tujuh lapis
langit, tinggi di atas ‘Arsy-Nya, terpisah dari
makhluk-Nya. Dan kami tidak berkata

seperti ucapan Jahmiyah bahawa Dia ada di
sini (sambil menunjuk ke bumi)”. (Aqidatus
Salaf Ashabul Hadis, tahqiq Abu Yamin alMansuri, hal. 46-47)

Berkata Muhammad bin Ishak Ibnu
Khuzaimah: “Barangsiapa yang tidak
mengatakan bahawa Allah Azza wa jalla di
atas ‘Arsy-Nya, tinggi di atas tujuh lapis
langit, maka dia kafir kepada Rabb-nya;
halal darahnya, diminta taubat kalau mahu
bertaubat; kalau tidak mahu bertaubat,
maka dipenggal lehernya, dibuang jasadnya
ke tempat-tempat pembuangan sampah
agar tidak mengganggu kaum muslimin dan
para mu’ahad dengan busuknya bau
bangkai mereka. Hartanya menjadi fa’i
(pampasan perang untuk baitul mal). Tidak
boleh mewarisinya seorang pun dari kaum
muslimin, kerana seorang muslim tidak
mewarisi dari seorang kafir sebagaimana
ucapan Nabi ‫ صلى الله عليه وسلم‬yang
diriwayatkan dari Usamah bin Zaid ‫رضي الله‬
‫عنه‬:

‫ث ال ر أ‬
‫م ال ر أ‬
‫ )متفق‬.‫م‬
‫كافةأر وأل أ ي أرة ه‬
‫ل أ ي أرة ه‬
‫م ر‬
‫م ر‬
‫سل ة أ‬
‫كافةهر ال ر ه‬
‫سل ة ه‬
‫ث ال ر ه‬
‫(عليه‬

Orang muslim tidak mewarisi dari orang
kafir dan orang kafir tidak mewarisi dari
orang muslim. (HR. Bukhari Muslim)
(Aqidatus Salaf Ashabul Hadis, tahqiq Abu
Yamin al-Mansuri, hal. 47)

Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i
rahimahullah berdalil atas tidak bolehnya
memerdekakan budak yang kafir untuk
kaffarah dengan riwayat dari Mu’awiyah bin
Hakam, ketika ia ingin memerdekakan
budak perempuan hitam sebagai kaffarah.
Maka Rasulullah ‫ صلى الله عليه وسلم‬pun
mengujinya dengan bertanya kepadanya:
“Di mana Allah?” Dia menjawab: “Di langit”.
Kemudian beliau ‫ صلى الله عليه وسلم‬bertanya
lagi: “Siapa Aku?” Maka budak itu menjawab
dengan mengisyaratkan dengan jarinya
kepada beliau dan ke langit. Iaitu engkau
adalah utusan yang di langit. Maka
Rasulullah ‫ صلى الله عليه وسلم‬bersabda:

‫ة‬
‫ا ةع رت ة ر‬.
‫من أ ة‬
‫مؤ ر ة‬
‫قأها فأإ ةن يأها ه‬
Merdekakanlah dia, kerana dia adalah
seorang mukminah. (HSR. Muslim, Abu
Daud, Ahmad, dan Ibnu Khuzaimah).

Dengan riwayat ini Rasulullah ‫صلى الله عليه‬
‫وسلم‬menyatakan keislaman budak tersebut
dengan pernyataannya bahawa Allah Maha
Tinggi di atas langit. Dan Imam Syafi’i
berdalil dengan hadis ini kerana beliau
meyakini Allah Maha Tinggi di atas ‘ArsyNya, dan bahawa seseorang yang
mengikrarkan yang demikian adalah
seorang mukmin.

Tidak mungkin seseorang seperti imam
Syafi’i ‫رحمه الله‬, tidak sependapat dengan
hadis yang telah diriwayatkannya.
Sebagaimana telah dikisahkan dari beliau
ketika pada suatu hari beliau meriwayatkan
hadis, ada seorang yang bertanya

kepadanya: “Wahai Abu Abdillah apakah
engkau sependapat dengan hadis ini?” Maka
beliau ‫ رحمه الله‬marah seraya berkata:
‫أ‬
‫فاةر؟ ههوأ أذا‬
‫ي زةيي ال رك ه ي‬
‫س م‬
‫ت أأراةني ةفي ب ةي رعأةم أور ك أن ةي ر أ‬
‫ة؟ ت أأرى ع أل أ ي‬
،‫ن‬
‫سل ة ة‬
‫سل ة ة‬
‫م ر‬
‫م ر‬
‫م ر‬
‫ ع أألى زةيي ال ر ه‬،‫ن‬
‫ج د ة ال ر ه‬
‫س ة‬
‫أترا أةني ةفي أ‬
‫مي ر أ‬
‫مي ر أ‬
‫ أ أ‬،‫ل قبل أت ةهم‬
‫م ل أ ا أقهور ه‬
‫ل‬
‫ه؟‬
‫ع‬
‫ثا‬
‫ي‬
‫د‬
‫ح‬
‫وي‬
‫ر‬
‫ست أ ر‬
‫أ‬
‫ل بة ة‬
‫ة‬
‫ر‬
‫أ‬
‫م ر‬
‫ي ثه ي‬
‫قب ة أ ة ر ة ر‬
‫ه‬
‫ن الن يب ة ي‬
‫ر‬
‫ة‬
‫ة‬
Apakah engkau melihat aku (keluar) dari
biara atau gereja? Apakah engkau melihat
aku memakai pakaian orang kafir?!
Bukankah engkau melihat aku berada dalam
masjid kaum muslimin, dengan pakaian
kaum muslimin, menghadap kiblat kaum
muslimin? Apakah apabila aku telah
meriwayatkan hadis dari Nabi kemudian aku
tidak sependapat dengannya?! (Aqidatus
Salaf Ashabul Hadis, tahqiq Abu Yamin alMansuri, hal. 47-48)

Ini adalah bukti kalau imam Syafi’i tentu
sependapat dengan hadis ini, bahawa
seseorang dikatakan mukmin jika

mengikrarkan dan meyakini bahawa Allah
Maha Tinggi di atas tujuh lapis langit di atas
‘Arsy-Nya.

PENGIKTIRAFAN &
IKTIKAD ULAMA
SALAF MENGENAI
KETINGGIAN ALLAH
DIATAS ARSY

Dari Abu Razin berkata: Saya pernah
bertanya: “Ya Rasulullah, dimana Allah
sebelum menciptakan makhlukNya?” Nabi
menjawab: “Dia berada di atas awan, tidak
ada udara di bawahnya mahupun di
atasnya, tidak makhluk di sana, dan
ArsyNya di atas air”. [HR. Tirmidzi (2108),
Ibnu Majah (182), Ibnu Hibban (39 -AlMawarid), Ibnu Abi Asim (1/271/612), Ahmad
(4/11,12) dan Ibnu Abdil Barr dalam AtTamhid (7/137). Lihat As-Shahihah 6/469)].

Terdapat banyak pembahasan mengenai
aqidah tentang ‘Allah di Atas ‘Arsy’ yang
ditulis oleh para asatizah sehinggalah para
ulama,sebaiknya ianya dikupas dengan
dalil-dalil yang terdapat dalam Al Quran
mahupun Hadis-hadis sahih yang jumlahnya
mencapai puluhan dalil. Namun untuk
pembahasan kali ini hanya mengupas
tentang perkataan-perkataan yang keluar
dari para ulama Salaf mengenai Allah di
atas ‘Arsy. Saya hanya mengumpulkan
sedikit dari perkataan-perkataan mereka
iaitu hanya berjumlah 100 perkataan,

padahal jika kita merujuk kepada kitab-kitab
ulama Salaf terdahulu, maka akan
terkumpul banyak perkataan mereka
mengenai Allah diatas ‘Arsy yang jumlahnya
boleh mencapai ratusan bahkan ribuan,
Wallahu a’lam. Berikut perkataan-perkataan
mereka:
____________________________
01. Abu Bakar As-Siddiq radhiallahu
‘anhu berkata, “Barang siapa yang
menyembah Allah maka Allah berada di
langit, ia hidup dan tidak mati.” [Riwayat
Imam ad Darimi dalam Ar Radd ‘Alal
Jahmiyah].

02. Dari Zaid bin Aslam, beliau berkata,

‫مر ابن عمر براع فقال هل من جزرة فقال ليس هاهنا‬
‫ربها قال ابن عمر تقول له أكلها الذئب قال فرفع رأسه‬
‫إلى السماء وقال فأين الله فقال ابن عمر أنا والله أحق‬
‫أن أقول أين الله واشترى الراعي والغنم فأعتقه وأعطاه‬
‫الغنم‬

“(Suatu saat) Ibnu ‘Umar melewati seorang
pengembala. Lalu beliau bertanya, “Adakah
haiwan yang boleh disembelih?”
Pengembala tadi mengatakan, “Pemiliknya
tidak ada di sini.” Ibnu Umar mengatakan,
“Katakan pada pemiliknya bahawa ada
serigala yang telah memakannya.”
Kemudian pengembala tersebut
menghadapkan kepalanya ke langit. Lantas
mengajukan pertanyaan kepada Ibnu Umar,
”Lalu di manakah Allah?” Ibnu ‘Umar malah
mengatakan, “Demi Allah, seharusnya aku
yang berhak bertanyakan kepadamu ‘Di
mana Allah?’.”
Kemudian setelah Ibnu Umar melihat
keimanan pengembala ini, dia lantas
membelinya, juga dengan haiwan
gembalaannya (dari tuannya). Kemudian
Ibnu Umar membebaskan pengembala tadi
dan memberikan haiwan gembalaan tadi
kepada pengembala tersebut. [Lihat Al
‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar no. 311. Syeikh Al
Albani mengatakan bahawa sanad riwayat

ini jayyid sebagaimana dalam Mukhtasar Al
‘Uluw no. 95, hal. 127].

03. Ibnu Mas’ud radhiallaahu ‘anhu
berkata:

‫والعرش على الماء والله عز وجل على العرش يعلم ما‬
‫أنتم عليه‬
“Arsy berada di atas air, dan Allah ‘Azza wa
jalla berada di atas ‘Arsy, yang mengetahui
apa-apa yang kalian lakukan” [HR. AthThabrani dalam Al-Kabir; sahih].

04. Ibnu Abbas menemui ‘Aisyah ketika ia
baru sahaja meninggal dunia. Ibnu Abbas
berkata kepadanya,

‫كنت أحب نساء رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم‬
‫يكن يحب إل طيبا وأنزل الله براءتك من فوق سبع‬
‫سموات‬
“Engkau adalah wanita yang paling dicintai
oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Tidaklah engkau dicintai melainkan kebaikan
(yang ada padamu). Allah pun menurunkan
perihal kesucianmu dari atas langit yang
tujuh.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar no.
335].

05. Dari Ibnu Mubarak, dari Sulaiman At
Taimi, dari Nadhrah, Ibnu
‘Abbas radhiallahu ‘anhu mengatakan,

‫ينادي مناد بين يدي الساعة أتتكم الساعة – فيسمعه‬
‫الحياء والموات – ثم ينزل الله إلى السماء الدنيا‬
“Ketika hari kiamat ada yang menyeru,
“Apakah datang pada kalian hari kiamat?”

Orang yang hidup dan mati pun mendengar
hal tersebut, kemudian Allah pun turun ke
langit dunia.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil
Ghaffar no. 296. Syeikh Al Albani
mengatakan bahawa sanad riwayat ini sahih
sesuai syarat Muslim sebagaimana dalam
Mukhtasar Al ‘Uluw no. 94, hal. 126].

Dalam riwayat lainnya, Ibnu
‘Abbas mengatakan,

‫إذا نزل الوحي سمعت الملئكة صوتا كصوت الحديد‬
“Jika wahyu turun, aku mendengar malaikat
bersuara seperti suara besi.” [Lihat Al ‘Uluw
lil ‘Aliyyil Ghaffar no. 295. Syeikh Al Albani
mengatakan bahawa periwayat hadis ini
tsiqah (terpercaya) sebagaimana dalam
Mukhtasar Al ‘Uluw no. 93, hal. 126].

Jika dikatakan bahawa wahyu itu turun dan
wahyu itu dari Allah, ini menunjukkan

bahawa Allah berada di atas kerana sesuatu
yang turun pasti dari atas ke bawah.

06. Dari Ka’ab Al Ahbar [meninggal pada
tahun 32 atau 33 H] berkata bahawa Allah
‘Azza wa jalla dalam Taurat berfirman,

‫أنا الله فوق عبادي وعرشي فوق جميع خلقي وأنا على‬
‫عرشي أدبر أمور عبادي ول يخفى علي شيء في السماء‬
‫ول في الرض‬
“Sesungguhnya Aku adalah Allah. Aku
berada di atas seluruh hamba-Ku. ‘Arsy-Ku
berada di atas seluruh makhluk-Ku. Aku
berada di atas ‘Arsy-Ku. Aku-lah pengatur
seluruh urusan hamba-Ku. Segala sesuatu di
langit mahupun di bumi tidaklah samar
bagi-Ku. ” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar
no. 315.Imam Az-Zahabi mengatakan
bahawa sanadnya sahih. Begitu juga Ibnu
Qayyim dalam Ijtima’ul Juyusy Al Islamiah
mengatakan bahawa riwayat ini sahih].

07. Masruq rahimahullah [meninggal tahun
63 H] menceritakan dari ‘Aisyah radhiallahu
‘anha,

‫ المبرأة‬،‫حدثتني الصديقة بنت الصديق حبيبة حبيب الله‬
‫من فوق سبع سموات‬.

“’Aisyah -wanita yang siddiq anak dari orang
yang siddiq (Abu Bakar), kekasih di antara
kekasih Allah, yang disucikan oleh Allah
yang berada di atas langit yang tujuh.”
[Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar no. 317.
Syeikh Al Albani mengatakan bahawa
riwayat ini sahih berdasarkan syarat Bukhari
Muslim dan sanadnya sampai kepada Abu
Sofwan itu sahih. Lihat Mukhtasar Al ‘Uluw,
hal. 128].

08. ‘Ubaid bin ‘Umair rahimahullah
mengatakan,

‫ينزل الرب عزوجل شطر الليل إلى السماء الدنيا فيقول‬
‫من يسألني فأعطيه من يستغفرني فأغفر له حتى إذا‬
‫كان الفجر صعد الرب عزوجل أخرجه عبد الله بن المام‬
‫أحمد في كتاب الرد على الجهمية تصنيفه‬
“Allah ‘Azza wa jalla turun ke langit dunia
pada separuh malam. Lalu Allah berkata,
“Siapa sahaja yang memohon kepada-Ku,
maka akan Ku beri. Siapa sahaja yang
meminta ampun kepada-Ku, maka akan Ku
ampuni.” Jika fajar telah terbit, Allah pun
naik.”
Dikeluarkan oleh ‘Abdullah bin Imam Ahmad
dalam kitab karyanya yang berisi bantahan
terhadap Jahmiyah. [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil
Ghaffar no. 320].

09. Penjelasan Al-Imam
Mujahid rahimahullah [dilahirkan pada
tahun 21 Hijrah dan meninggal pada tahun
103 Hijrah] – murid Ibnu ‘Abbas – mengenai
firman Allah istawa ‘alal-‘Arsy :

‫عل على العرش‬
“Ia berada tinggi di atas ‘Arsy.” [HR. AlBukhari].

10. Imam Ad-Dahhak [meninggal thn. 102
H].
Ahmad (bin Hanbal) meriwayatkan dengan
sanadnya sampai Ad-Dahhak tentang ayat
(yang maksudnya) : ‘Tiada pembicaraan
rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah
yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan
antara) lima orang, melainkan Dia-lah yang

keenamnya’ (QS. Al-Mujadalah : 7); maka
Ad-Dahhak berkata :

‫هو على العرش وعلمه معهم‬
“Allah berada di atas ‘Arsy, dan ilmu-Nya
bersama mereka”. [As-Sunnah oleh
‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal hal. 80 –
melalui perantaraan Al-Masail wa-Rasail AlMarwiyatu ‘anil-Imam Ahmad bin Hanbal
fil-‘Aqidah oleh ‘Abdullah bin Sulaiman AlAhmadi, 1/319; Darul-Thaibah, Cet. 1/1412].

11. Qatadah rahimahullah [meninggal
tahun 118 H] mengatakan bahawa Bani
Israil berkata,

‫يا رب أنت في السماء ونحن في الرض فكيف لنا أن‬
‫نعرف رضاك وغضبك قال إذا رضيت استعملت عنكم‬
‫عليكم خياركم وإذا غضبت إستعلمت عليكم شراركم هذا‬
‫ثابت عن قتادة أحد الحفاظ الكبار‬

“Wahai Rabb, Engkau di atas langit dan
kami di bumi, bagaimana kami boleh tahu
jika Engkau redha dan Engkau murka?” Allah
Ta’ala berfirman, “Jika Aku redha, maka Aku
akan memberikan kebaikan pada kalian.
Dan jika Aku murka, maka Aku akan
menimpakan keburukan pada kalian.” [Lihat
Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar no. 336. Syeikh Al
Albani mengatakan bahawa sanad riwayat
ini hasan. Lihat Mukhtasar Al ‘Uluw, hal.
131].

12. Dari Malik bin Dinar [meninggal pada
tahun 130 H], beliau berkata,

‫ إسمعوا إلى قول الصادق من فوق‬: ‫خذوا فيقرأ ثم يقول‬
‫عرشه‬
“Ambillah (Al Quran) ini. Lalu beliau
membacanya, kemudian beliau
mengatakan, ‘Hendaklah kalian mendengar

perkataan As Siddiq (Yang Maha Jujur yaitu
Allah) dari atas ‘Arsy-Nya’.” [Lihat Al ‘Uluw
lil ‘Aliyyil Ghaffar no. 348. Imam Az-Zahabi
mengatakan diriwayatkan dalam Al Hilyah
dengan sanad yang sahih. Syeikh Al Albani
mengatakan bahawa mengatakan riwayat
ini hasan sahaja termasuk murah hati. Lihat
Mukhtasar Al ‘Uluw, hal. 131].

13. Harun bin Ma’ruf mengatakan, Damrah
mengatakan kepada kami dari Sadaqah, dia
berkata bahawa beliau
mendengar Sulaiman At Taimi berkata,

‫لو سئلت أين الله لقلت في السماء‬
“Seandainya aku ditanyakan di manakah
Allah, maka aku menjawab (Allah berada) di
atas langit.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar
no. 357. Syeikh Al Albani mengatakan
bahawa periwayat riwayat ini

tsiqah/terpercaya. Lihat Mukhtasar Al ‘Uluw,
hal. 133].

14. Ayyub As Sikhtiyani [meninggal thn.
131 H].
Hamad bin Zaid mengatakan bahawa ia
mendengar Ayyub As Sikhtiyani bercakap
mengenai Muktazilah,

‫إنما مدار القوم على أن يقولوا ليس في السماء شيء‬
“Muktazilah adalah asal muasal kaum yang
mengatakan bahawa di atas langit tidak ada
sesuatu apa pun.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil
Ghaffar no. 354].

15. Rabiah bin Abi
‘Abdirrahman [meninggal tahun 136 H ].

Sufyan At Tsauri mengatakan bahawa beliau
pernah suatu saat berada di sisi Rabiah bin
Abi ‘Abdirrahman kemudian ada seseorang
yang bertanya kepada beliau,

‫الرحمن على العرش استوى كيف استوى‬
“Ar Rahman (iaitu Allah) beristiwa’ (menetap
tinggi) di atas ‘Arsy, lalu bagaimana Allah
beristiwa’?” Rabiah menjawab,

‫الستواء غير مجهول والكيف غير معقول ومن الله‬
‫الرسالة وعلى الرسول البلغ وعلينا التصديق‬
“Istiwa’ itu sudah jelas maknanya.
Sedangkan hakikat dari istiwa’ tidak boleh
digambarkan. Risalah (wahyu) dari Allah,
tugas Rasul hanya menyampaikan,
sedangkan kita wajib membenarkan (wahyu
tersebut).” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar
no. 352. Syeikh Al Albani mengatakan
bahawa riwayat ini sahih. Lihat Mukhtasar Al
‘Uluw hal. 132].

16. Imam Abu Hanifah (tahun 80-150 H)
mengatakan dalam Fiqhul Akbar,

‫من انكر ان الله تعالى في السماء فقد كفر‬
“Barangsiapa yang mengingkari keberadaan
Allah di atas langit, maka ia kafir.” [Lihat
Itsbatu Sifatul ‘Uluw, Ibnu Qudamah Al
Maqdisi, hal. 116-117, Darus Salafiyah,
Kuwait, cetakan pertama, 1406 H. Lihat pula
Mukhtasar Al ‘Uluw, Az-Zahabi, Tahqiq:
Syeikh Muhammad Nasiruddin Al Albani, hal.
137, Al Maktab Al Islami].

17. Dari Abu Muthi’ Al Hakam bin Abdillah
Al Balkhi-pemilik kitab Al Fiqhul Akbar-,
beliau berkata,

‫سألت أبا حنيفة عمن يقول ل أعرف ربي في السماء أو‬
‫في الرض فقال قد كفر لن الله تعالى يقول الرحمن‬
‫على العرش استوى وعرشه فوق سمواته فقلت إنه‬
‫يقول أقول على العرش استوى ولكن قال ل يدري‬
‫العرش في السماء أو في الرض قال إذا أنكر أنه في‬
‫السماء فقد كفر رواها صاحب الفاروق بإسناد عن أبي‬
‫بكر بن نصير بن يحيى عن الحكم‬
Aku bertanya kepada Abu
Hanifah mengenai perkataan seseorang
yang menyatakan, “Aku tidak mengetahui di
manakah Rabbku, di langit ataukah di
bumi?” Imam Abu Hanifah lantas
mengatakan, “Orang tersebut telah kafir
kerana Allah Ta’ala sendiri berfirman,
‫ر‬
‫م ه أ‬
‫وى‬
‫الير ر‬
‫شا ر‬
‫ح أ‬
‫ست أ أ‬
‫ن ع ألى العأرر ة‬
“Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy”. [QS.
Taha: 5] Dan ‘Arsy-Nya berada di atas
langit.” Orang tersebut mengatakan lagi,
“Aku berkata bahawa Allah memang
menetap di atas ‘Arsy.” Akan tetapi orang ini
tidak mengetahui di manakah ‘Arsy, di

langit ataukah di bumi. Abu Hanifah la
mengatakan, “Jika orang tersebut
mengingkari Allah di atas langit, maka dia
kafir.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar, AzZahabi, hal. 135-136, Maktab Adhwaus
Salaf, Riyadh, cetakan pertama, 1995].

18. Imam Malik bin Anas (tahun 93-179
H),
Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Ahmad bin
Hanbal dalam Ar-Radd ‘alal-Jahmiyyah :
Telah menceritakan ayahku, kemudian ia
menyebutkan sanadnya dari ‘Abdullah bin
Nafi’, ia berkata : Telah berkata Malik bin
Anas :

‫ ل يخلو منه شيء‬،‫ وعلمه في كل مكان‬،‫الله في السماء‬.

“Allah berada di atas langit, dan ilmu-Nya
berada di setiap tempat. Tidak ada terlepas
dari-Nya sesuatu”. [Diriwayatkan oleh
‘Abdullah dalam As-Sunnah hal. 5, Abu Daud

‫‪dalam Al-Masail hal. 263, Al-Ajurri hal. 289,‬‬
‫– ‪dan Al-Lalikai 1/92/2 dengan sanad sahih‬‬
‫‪dinukilkan melalui perantaraan Mukhtasar‬‬
‫‪Al-‘Uluw, hal. 140 no. 130].‬‬

‫‪19. Telah masyhur riwayat Al-Imam Malik‬‬
‫‪bin Anas rahimahullah sebagai berikut :‬‬

‫ذكره علي بن الربيع التميمي المقري قال ثنا عبد الله‬
‫ابن أبي داود قال ثنا سلمة بن شبيب قال ثنا مهدي بن‬
‫جعفر عن جعفر بن عبد الله قال جاء رجل إلى مالك بن‬
‫أنس فقال يا أبا عبد الله الرحمن على العرش استوى‬
‫كيف استوى قال فما رأيت مالكا وجد من شيء كموجدته‬
‫من مقالته وعله الرحضاء يعني العرق قال واطرق القوم‬
‫وجعلوا ينتظرون ما يأتي منه فيه قال فسرى عن مالك‬
‫فقال الكيف غير معقول والستواء منه غير مجهول‬
‫واليمان به واجب والسؤال عنه بدعة فإني أخاف أن‬
‫تكون ضال وامر به فأخرج‬
‫‪Telah menyebutkan kepadanya ‘Ali bin Ar‬‬‫‪Rabi’ At-Tamimi Al-Muqri’, ia berkata : Telah‬‬
‫‪menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Abi‬‬

Daud, ia berkata : Telah menceritakan
kepada kami Salamah bin Syabib, ia berkata
: Telah menceritakan kepada kami Mahdi bin
Ja’far, dari Ja’far bin ‘Abdillah, ia berkata :
Datang seorang laki-laki kepada Malik bin
Anas. Ia berkata : “Wahai Abu ‘Abdillah, ‘ArRahman yang beristiwa’ (bersemayam) di
atas ‘Arsy’; bagaimana Allah beristiwa’ ?”.
Perawi berkata : “Belum pernah aku melihat
beliau (Malik) marah sedemikian rupa
seperti marahnya beliau kepada orang itu.
Tubuhnya berkeringat, orang-orang pun
terdiam. Mereka terus menantikan apa yang
akan terjadi. Maka keadaan Al-Imam Malik
kembali normal, beliau berkata : “Kaifiyahnya tidaklah dapat diketahui, istiwa’ sendiri
bukan sesuatu yang majhul, beriman
kepadanya adalah wajib, dan bertanya
tentangnya adalah bid’ah. Dan
sesungguhnya aku khuatir kamu berada
dalam kesesatan”. Kemudian beliau
memerintahkan orang tersebut untuk
dikeluarkan dari majlisnya. [Syarh UshulI’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah, hal. 398,
tahqiq : Ahmad bin Mas’ud bin Hamdan].

Makna “istiwa’ itu bukan sesuatu yang
majhul” adalah bahawa istiwa’ itu diketahui
maknanya secara hakiki sebagaimana zahir
bahasa Arab yang jelas.

20. Abu Abdillah Muhammad bin Idris
Asy Syafi’i (yang terkenal dengan Imam
Syafi’i, tahun 150-204 H).
Syeikhul Islam berkata bahawa telah
mengkhabarkan kepada kami Abu Ya’la Al
Khalil bin Abdullah Al Hafiz, beliau berkata
bahawa telah memberitahukan kepada kami
Abu Qasim bin ‘Alqamah Al Abhari, beliau
berkata bahawa Abdurrahman bin Abi Hatim
Ar Raziah telah memberitahukan kepada
kami, dari Abu Syu’aib dan Abu Tsaur, dari
Abu Abdillah Muhammad bin Idris Asy
Syafi’i, beliau berkata,

‫القول في السنة التي أنا عليها ورأيت اصحابنا عليها‬
‫اصحاب الحديث الذين رأيتهم فأخذت عنهم مثل سفيان‬
‫ومالك وغيرهما القرار بشهادة ان لاله ال الله وان‬
‫محمدا رسول الله وذكر شيئا ثم قال وان الله على‬

‫عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وان الله‬
‫تعالى ينزل الى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر‬
‫العتقاد‬
“Perkataan dalam As Sunnah yang aku dan
pengikutku serta pakar hadis meyakininya,
juga hal ini diyakini oleh Sufyan, Malik dan
selainnya : “Kami mengakui bahawa tidak
ada sesembahan yang berhak disembah
dengan benar kecuali Allah. Kami pun
mengakui bahawa Muhammad adalah
utusan Allah.” Lalu Imam Asy Syafi’i
mengatakan, “Sesungguhnya Allah berada
di atas ‘Arsy-Nya yang berada di atas langitNya, namun walaupun begitu Allah pun
dekat dengan makhluk-Nya sesuai yang Dia
kehendaki. Allah Ta’ala turun ke langit dunia
sesuai dengan kehendak-Nya.” Kemudian
beliau rahimahullah menyebutkan beberapa
keyakinan (i’tiqad) lainnya. [Lihat Itsbatu
Sifatul ‘Uluw, hal. 123-124. Disebutkan pula
dalam Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar, hal.165]

‫‪21. Imam Ahmad bin Hambal (tahun‬‬
‫‪164-241 H).‬‬
‫‪Beliau pernah ditanya,‬‬

‫ما معنى قوله وهو معكم أينما كنتم و ما يكون من نجوى‬
‫ثلثه ال هو رابعهم قال علمه عالم الغيب والشهاده علمه‬
‫محيط بكل شيء شاهد علم الغيوب يعلم الغيب ربنا‬
‫على العرش بل حد ول صفه وسع كرسيه السموات‬
‫والرض‬
‫‪“Apa makna firman Allah,‬‬
‫وههو معك هم أ أ‬
‫م‬
‫ي‬
‫ر‬
‫ما ك هن رت ه ر‬
‫ن أ‬
‫أ أ أ أ ر‬
‫أ‬
‫‪“Dan Allah bersama kamu di mana sahaja‬‬
‫]‪kamu berada.” [QS. Al Hadid: 4‬‬
‫ما ي أ ه‬
‫م‬
‫ن ة‬
‫ن نأ ر‬
‫كو ه‬
‫وى ث أألث أةم إ ةيل ههوأ أراب ةعههه ر‬
‫أ‬
‫ج أ‬
‫م ر‬

“Tiada pembicaraan rahsia antara tiga
orang, melainkan Dia-lah keempatnya.”
[ QS. Al Mujadalah: 7]

Yang dimaksudkan dengan kebersamaan
tersebut adalah ilmu Allah. Allah
mengetahui yang ghaib dan yang zahir. Ilmu
Allah meliputi segala sesuatu yang nampak
dan yang tersembunyi. Namun Rabb kita
tetap menetap tinggi di atas ‘Arsy, tanpa
dibatasi dengan ruang, tanpa dibatasi
dengan bentuk. Kursi-Nya meliputi langit
dan bumi. Kursi-Nya pun meliputi langit dan
bumi.” [Lihat Itsbat Sifatil ‘Uluw, hal. 116].

22. Imam Az-Zahabi rahimahullah
mengatakan, “Pembahasan dari Imam
Ahmad mengenai ketinggian Allah di atas
seluruh makhluk-Nya amatlah banyak.
kerana beliau pembela sunnah, sabar
menghadapi cubaan, semoga beliau
disaksikan sebagai ahli syurga. Imam
Ahmad mengatakan kafirnya orang yang

mengatakan Al Quran itu makhluk,
sebagaimana telah mutawatir dari beliau
mengenai hal ini. Beliau pun menetapkan
adanya sifat ru’yah (Allah itu akan dilihat di
akhirat kelak) dan sifat Al ‘Uluw (ketinggian
di atas seluruh makhluk-Nya).” [Al ‘Uluw lil
‘Aliyyil Ghaffar, hal. 176. Lihat pula
Mukhtasar Al ‘Uluw, hal. 189]

23. Diriwayatkan dari Yusuf bin Musa Al
Ghadadi, beliau berkata,

‫قيل لبي عبد الله احمد بن حنبل الله عز و جل فوق‬
‫السمآء السابعة على عرشه بائن من خلقه وقدرته‬
‫وعلمه بكل مكان قال نعم على العرش و ليخلو منه‬
‫مكان‬
Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya,
“Apakah Allah ‘Azza wa jalla berada di atas
langit ketujuh, di atas ‘Arsy-Nya, terpisah
dari makhluk-Nya, sedangkan kemampuan
dan ilmu-Nya di setiap tempat (di mana-

mana)?” Imam Ahmad pun menjawab,
“Betul sekali. Allah berada di atas ‘Arsy-Nya,
setiap tempat tidaklah lepas dari ilmu-Nya.”
[ Lihat Itsbat Sifatil ‘Uluw, hal. 116].

24. Al Auza’i Abu ‘Amr ‘Abdurrahman
bin ‘Amr [hidup sebelum tahun 157 H],
Seorang alim di Syam pada masanya
bercakap mengenai keyakinannya:

‫قال أبو عبد الله الحاكم أخبرني محمد بن علي الجوهري‬
‫ببغداد قال حدثنا إبراهيم بن الهيثم البلدي قال حدثنا‬
‫محمد بن كثير المصيصي قال سمعت الوزاعي يقول كنا‬
‫والتابعون متوافرون نقول إن الله عزوجل فوق عرشه‬
‫ونؤمن بما وردت به السنة من صفاته‬
Abu ‘Abdillah Al Hakim mengatakan,
Muhammad bin Ali Al Jauhari telah
mengkhabarkan kepadaku di Baghdad. Ia
mengatakan, Ibrahim bin Al Haitsam Al
Baladi telah menceritakan kepada kami. Ia
mengatakan, Muhammd bin Katsir Al Missisi

telah menceritakan kepada kami. Ia berkata,
aku mendengar Al Auza’i mengatakan,
“Kami dan pengikut kami mengatakan
bahawa Allah ‘Azza wa jalla berada di atas
‘Arsy-Nya. Kami beriman terhadap sifat-Nya
yang ditunjukkan oleh As Sunnah.”
[Dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Kitab Al
Asma’ wa As Sifat. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil
Ghaffar, 136. Ibnu Taimiyah sebagaimana
dalam Al Aqidah Al Hamawiyah menyatakan
bahawa sanadnya sahih, sebagaimana pula
hal ini diikuti oleh muridnya (Ibnu Qayyim)
dalam Al Juyusy Al Islamiah].

25. Diriwayatkan dari Abu Ishaq At Tsa’labi –
seorang pakar tafsir, ia berkata, “Al Auza’I
pernah ditanya mengenai firman Allah
Ta’ala,
‫ر‬
‫أ‬
‫ش‬
‫ما ر‬
‫ثه ي‬
‫ست أ أ‬
‫وى ع ألى العأرر ة‬

“Kemudian Allah menetap tinggi di atas
‘Arsy-Nya”. Al Auza’I mengatakan, “Allah
berada di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana yang
Dia sifati bagi Diri-Nya.” [ Lihat Al ‘Uluw lil
‘Aliyyil Ghaffar, 137].

26. Muqaatil bin Hayyan (semasa dengan
Imam Al Auza’i, beliau hidup sebelum tahun
150 H).
Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Ahmad, dari
ayahnya, dari Nuh bin Maimun, dari Bukair
bin Ma’ruf, dari Muqatil bin Hayyan tentang
firman Allah taala : ‘Tiada pembicaraan
rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah
yang keempatnya’ (QS. Al-Mujadalah : 7), ia
berkata :

‫ وعلمه معهم‬،‫هو على عرشه‬.

“Allah berada di atas ‘Arsy, dan ilmu-Nya
bersama mereka”. [Diriwayatkan oleh
‘Abdullah bin Ahmad dalam As-Sunnah hal.

71, Abu Daud dalam Al-Masail hal. 263, dan
yang lainnya dengan sanad hasan melalui
perantaraan Mukhtasar Al-‘Uluw, hal. 138
no. 124].

27. Diriwayatkan dari Al Baihaqi dengan
sanad darinya, dari Muqotil bin Hayyan. Ia
berkata, “Allah-lah yang lebih memahami
firman-Nya:
‫ههوأ ارل أوي ه‬
‫خهر‬
‫ل أوارل أ ة‬
Huwal awwalu wal akhiru … (Allah adalah Al
Awwal dan Al Akhir …) (QS. Al Hadid: 3).
Makna Al Awwalu adalah sebelum segala
sesuatu. Al Akhir adalah setelah segala
sesuatu. Az Zohir adalah di atas segala
sesuatu. Al Batin adalah lebih dekat dari
segala sesuatu. Kedekatan Allah adalah
dengan ilmu-Nya. Sedangkan Allah sendiri
berada di atas ‘Arsy-Nya.”

Az-Zahabi mengatakan, “Muqotil adalah
ulama yang tsiqah dan dia adalah imam
besar yang sama dengan Al Auza’i.” [ Lihat
Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar, 137. Syeikh Al
Albani mengatakan bahawa dalam sanad
yang disebutkan oleh Al Baihaqi (hal. 430431) terdapat Ismail bin Qutaibah. Ibnu Abi
Hatim tidak memberikan penilaian positif
(ta’dil) atau negatif (jarh) terhadapnya.
Telah diriwayatkan pula oleh Abu
Muhammad Abdullah bin Muhammad bin
Musa Al Ka’bi, rawi dari atsar ini darinya.
Beliau merupakan guru dari Al Hakim. Lihat
Mukhtasar Al ‘Uluw, hal. 138].

28. Sufyan Ats Tsauri [hidup pada tahun
97-161 H].

‫روى غير واحد عن معدان الذي يقول فيه ابن المبارك هو‬
‫أحد البدال قال سألت سفيان الثوري عن قوله عزوجل‬
‫وهو معكم أينما كنتم قال علمه‬

Diriwayatkan lebih dari seorang dari
Mi’dan,bahawa Ibnu Mubarak juga
mengatakan hal ini. Ia mengatakan bahawa
ia bertanya pada Sufyan Ats Tsauri
mengenai firman Allah ‘Azza wa jalla,
‫وههو معك ه أ‬
‫م‬
‫ما ك هن رت ه ر‬
‫ن أ‬
‫أ أ أ أ ر‬
‫م أي ر أ‬
“Dia (Allah) bersama kalian di mana sahaja
kalian berada.” (QS. Al Hadid: 4). Sufyan Ats
Tsauri mengatakan bahawa yang
dimaksudkan adalah ilmu Allah (yang
berada bersama kalian, bukan zat Allah).
[ Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar, 137-138].

29. Abdullah bin Al Mubarok [Seorang
Alim Besar Khurasan tahun 118 - 181 H],
Mengatakan Allah berada di Atas Langit
Ketujuh,

‫صح عن علي بن الحسن بن شقيق قال قلت لعبد الله بن‬
‫المبارك كيف نعرف ربنا عزوجل قال في السماء السابعة‬
‫على عرشه ول نقول كما تقول الجهمية إنه هاهنا في‬
‫الرض فقيل هذا لحمد بن حنبل فقال هكذا هو عندنا‬
Telah sahih dari ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq,
beliau berkata, “Aku berkata kepada
Abdullah bin Al Mubarak, bagaimana kita
mengenal Rabb kita ‘Azza wa jalla. Ibnu
Mubarak menjawab, “Rabb kita berada di
atas langit ketujuh dan di atasnya adalah
‘Arsy. Tidak boleh kita mengatakan
sebagaimana yang diyakini oleh orangorang Jahmiyah yang mengatakan bahawa
Allah berada di sini iaitu di muka bumi.”
Kemudian ada yang bertanyakan tentang
pendapat Imam Ahmad bin Hambal
mengenai hal ini. Ibnu Mubarak menjawab,
“Begitulah Imam Ahmad sependapat
dengan kami.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil
Ghaffar, 149. Riwayat ini disahihkan oleh
Ibnu Taimiyah dalam Al Hamawiyah dan
Ibnu Qayyim dalam Al Juyusy. Lihat
Mukhtasar Al ‘Uluw, hal. 152].

30. Abu Bakr Al Atsram mengatakan
bahawa Muhammad bin Ibrahim Al Qaisi
mengkhabarkan kepadanya, ia berkata
bahawa Imam Ahmad bin Hambal
menceritakan dari Ibnu Mubarak ketika
ada yang bertanya kepadanya,

‫كيف نعرف ربنا‬
“Bagaimana kami boleh mengetahui Rabb
kami?” Ibnu Mubarak menjawab,

‫في السماء السابعة على عرشه‬
“Allah di atas langit yang tujuh, di atas
‘Arsy-Nya.” Imam Ahmad lantas
mengatakan,

‫هكذا هو عندنا‬

“Begitu juga keyakinan kami.” [ Lihat Itsbat
Sifatil ‘Uluw, hal. 118].

31. Diriwayatkan dari Abdullah bin Ahmad
ketika membantah pendapat Jahmiyah dan
beliau membawakan sanadnya dari Ibnu
Mubarak. Ia ceritakan bahawa ada
seseorang yang mengatakan pada Ibnu
Mubarak, “Wahai Abu ‘Abdirrahman (Ibnu
Mubarak), sungguh pengenalan tentang
Allah menjadi samar kerana pemikiranpemikiran yang dibawa oleh Jahmiyah.” Ibnu
Mubarak lalu menjawab, “Tidak perlu
khuatir. Mereka mengatakan bahawa Allah
sebagai sesembahanmu yang sebenarnya
berada di atas langit sana, namun mereka
katakan Allah tidak di atas langit.” [Lihat Al
‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar, 150. Syeikh Al
Albani mengatakan dikeluarkan dalam As
Sunnah (hal. 7) dari Ahmad bin Nasr, dari
Malik, telah mengkhabarkan kepadaku
seseorang dari Ibnu Mubarak. Seluruh
periwayatnya tsiqah (terpercaya) kecuali

yang tidak disebutkan namanya. Lihat
Mukhtasar Al ‘Uluw, hal. 152].

32. ‘Abbad bin Al ‘Awwam [ hidup sekitar
tahun 185 H], Muhaddis (Pakar Hadis) dari
Daerah Wasit.

‫قال عباد بن العوام كلمت بشرا المريسي وأصحابه‬
‫فرأيت آخر كلمهم ينتهي إلى أن يقولوا ليس في السماء‬
‫شيء أرى أن ل يناكحوا ول يوارثوا‬
‘Abbad bin Al ‘Awwam mengatakan, “Aku
pernah berkata Basyr Al Murosi dan
pengikutnya, aku pun melihat bahawa
mereka mengatakan, “Di atas langit tidak
ada sesuatu pun. Aku menilai bahawa orang
semacam ini tidak boleh dinikahi dan
diwarisi.” [ Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar,
151].

33. ‘Abdurrahman bin Mahdi [hidup pada
tahun 125-198 H], Seorang Imam Besar.

‫ابن مهدي قال إن الجهمية أرادوا أن ينفوا أن يكون الله‬
‫كلم موسى وأن يكون على العرش أرى أن يستتابوا فإن‬
‫تابوا وإل ضربت أعناقهم‬
‘Abdurrahman bin Mahdi mengatakan
bahawa Jahmiyah menginginkan agar
dinafikannya pembicaraan Allah dengan
Musa, dinafikannya keberadaan Allah
menetap tinggi di atas ‘Arsy. Orang seperti
ini mesti disuruh bertaubat. Jika tidak, maka
lehernya sepatutnya dipenggal. [Lihat Al
‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar, hal. 159.
Dikeluarkan pula oleh Abdullah (hal. 10-11)
dari jalannya, disebutkan secara ringkas.
Ibnu Qayyim mensahihkan riwayat ini dalam
Al Juyusy. Lihat Mukhtasar Al ‘Uluw hal. 170].

34. Syeikhul Islam Yazid bin
Harun [hidup sebelum tahun 206 H],

‫قال الحافظ أبو عبد الرحمن بن المام أحمد في كتاب‬
‫الرد على الجهمية حدثني عباس العنبري أخبرنا شاذ بن‬
‫يحيى سمعت يزيد بن هارون وقيل له من الجهمية قال‬
‫من زعم أن الرحمن على العرش استوى على خلف ما‬
‫يقر في قلوب العامة فهو جهمي‬
Al Hafiz Abu ‘Abdirrahman bin Al Imam
Ahmad dalam kitab bantahan terhadap
Jahmiyah, ia mengatakan, ‘Abbas Al Ambari
telah menceritakan kepadaku, ia
mengatakan, Syaz bin Yahya telah
menceritakan kepada kami bahawa ia
mendengar Yazid bin Harun ditanya tentang
Jahmiyah. Yazid mengatakan, “Siapa yang
mengatakan bahawa Allah Yang Maha
Pengasih menetap tinggi di atas ‘Arsy
namun menyelisihi apa yang diyakini oleh
hati majoriti manusia, maka ia adalah
Jahmi.” [Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghaffar,
157. Abdullah bin Ahmad mengeluarkan
dalam As Sunnah (hal. 11-12) dari jalannya.
Namun Az-Zahabi menyebutkan dari selain
kitab itu iaitu dalam kitab Ar Radd ‘alal
Jahmiyah (bantahan terhadap Jahmiyah),

Abdullah berkata, Abbas bin Al ‘Azim Al
Ambari telah mengkhabarkan kepada kami
Syaz bin Yahya telah menceritakan kepada
kami. Juga riwayat ini dikeluarkan oleh Abu
Daud dalam Masail (hal. 268), ia berkata,
Ahmad bin Sinan telah menceritakan kepada
kami, ia berkata: Aku mendengar Syaz bin
Yahya. Lihat Mukhtasar Al ‘Uluw, hal. 168].

35. Said bin ‘Amir Ad Dhuba’i [hidup
pada tahun 122-208 H], Ulama Basrah.

‫قال عبد الرحمن بن أبي حاتم حدثنا أبي قال حدثت عن‬
‫سعيد ابن عامر الضبعي أنه ذكر الجهمية فقال هم شر‬
‫قول من اليهود والنصارى قد إجتمع اليهود والنصارى‬
‫وأهل الديان مع المسلمين على أن الله عزوجل على‬
‫العرش وقالوا هم ليس على شيء‬
‘Abdurrahman bin Abi Hatim berkata,
ayahku menceritakan kepada kami, ia
berkata aku diceritakan dari Sa’id bin ‘Amir
Ad Dhuba’i bahawa ia bercakap mengenai

Jahmiyah. Beliau berkata, “Jahmiyah lebih
buruk dari Yahudi dan Nasrani. Telah
diketahui bahawa Yahudi dan Nasrani serta
agama lainnya bersama kaum muslimin
bersepakat bahawa Allah ‘Azza wa jalla
menetap tinggi di atas ‘Arsy. Sedangkan
Jahmiyah, mereka mengatakan bahawa
Allah tidak di atas sesuatu pun.” [Lihat Al
‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, hal. 157 dan
Mukhtasar Al ‘Uluw hal. 168].

36. Wahb bin Jarir [meninggal tahun 206
H], Ulama Besar Basrah,

‫محمد بن حماد قال سمعت وهب بن جرير يقول إياكم‬
‫ورأي جهم فإنهم يحاولون أنه ليس شيء في السماء وما‬
‫هو إل من وحي إبليس ما هو إل الكفر‬
Muhammad bin Hammad mengatakan
bahawa ia mendengar Wahb bin Jarir
berkata, “Waspadalah dengan pemikiran
Jahmiyah. Sesungguhnya mereka

memalingkan makna bahawa di atas langit
sesuatu pun (bererti Allah tidak di atas
langit). Sesungguhnya pemikiran seperti ini
hanyalah wahyu dari Iblis. Perkataan
semacam tidak lain hanyalah perkataan