Dilema US Dasar Pengimbangan Semula US

DILEMA US: DASAR PENGIMBANGAN SEMULA US & KEBANGKITAN CHINA
DI RANTAU ASIA PASIFIK
Ahmad Muziru Idham Bin Adnan
Norsyafiq Bin Noordin

ABSTRAK
Kemunculan China sebagai sebuah kuasa yang sedang meningkat naik di rantau Asia Pasifik
sedikit sebanyak memberi kebimbangan terhadap Amerika Syarikat yang telah lama
dianggap sebagai sebuah kuasa unipolar sejak era pasca Perang Dingin (Cold War).
Kebimbangan tersebut menyebabkan US mula mengambil langkah untuk melancarkan polisi
pivot to Asia sebagai respon terhadap kebangkitan China tersebut. Dalam hal ini, artikel ini
akan melihat dilema yang dihadapi oleh US sehingga melancarkan dasar pivot to Asia atau
pengimbangan semula ke Asia. Artikel ini juga akan melihat respon negara serantau dan
hubungannya terhadap US-China pasca polisi tersebut dilancarkan. Akhir sekali, artikel ini
akan menganalisis cadangan penyelesaian yang boleh dibuat bagi menyelesaikan krisis yang
berlaku agar tidak menimbulkan konflik serantau yang lebih parah.

1.0 PENDAHULUAN
Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin merupakan antara konflik yang telah
mengubah struktur politik dunia secara keseluruhannya. Kewujudan Amerika Syarikat (AS)
dalam struktur geopolitik Asia Pasifik memperlihatkan peranannya untuk mewujudkan

kestabilan serantau melalui penyebaran hegemoni dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik
bertujuan untuk menjaga kepentingan AS itu sendiri.
1

China merupakan antara negara yang sedang meningkat naik dari aspek ekonomi,
politik, dan juga ketenteraan. Dari aspek ketenteraan. China merupakan negara ketiga terkuat
di dunia selepas AS dan Russia serta merupakan negara yang mempunyai kekuatan
ketenteraan yang paling berkuasa di Asia Pasifik. (Global Fire Power, n.d.). China bangkit
sebagai sebuah kuasa baru di rantau Asia Pasifik bertujuan untuk menjadi kuasa pengimbang
yang mengawal kestabilan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik di samping mewujudkan
persaingan dalam mengukuhkan hegemoni di Asia Pasifik. Menurut Foot (2006: 77):
The rise of China, especially marked in the 1990s, has
prompted a realist argument that the unipolar order is leading
to the establishment of a Chinese-led anti-hegemonic coalition,
and to China‟s building up its internal economic and military
capabilities in order to become a „peer competitor‟ of the
United States.1 Other analysts state that, while China (like
some other states) generates „a paper Trail‟ indicating strong
dislike of a US-dominated global order, its actual behaviour
amounts to bandwagoning.

Kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ketenteraan baru juga mengundang ketidakselesaan negara-negara jiran seperti Vietnam, Korea Selatan dan juga Jepun walaupun China
mengatakan bahawa kebangkitan China ini merupakan satu kebangkitan yang aman atau
lebih dikenali sebagai China Peaceful Rise. Kebanyakan negara yang berjiran dengan China
merupakan sekutu Amerika Syarikat dan menurut Mearshimer (2010: 382), beliau
menyatakan bahawa:
…most of China‟s neighbours, to include India, Japan,
Singapore, South Korea, Russia, Vietnam—and Australia—will
join with the United States to contain China‟s power. To put it
bluntly: China cannot rise peacefully.
Ekonomi China telah berubah menjadi lebih baik secara berperingkat dalam jangka
masa 30 tahun iaitu bermula pada tahun 1978 apabila kerajaan Parti Komunis China (CCP) di
bawah pimpinan Deng Xiaoping melakukan revolusi ekonomi dengan mengadaptasi sistem
ekonomi kapitalis, polisi dasar buka pintu kepada pelaburan luar, memberi galakan terhadap
2

usahawan untuk membuka perniagaan dengan membenarkan syarikat swasta ditubuhkan,
memberi fokus kepada ekonomi berasaskan pertanian atau agrikultur, dan pambangunan
terhadap sektor bukan milik kerajaan atau negara (Chow, 2004: 129-134). Hasil daripada
reformasi ekonomi China ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang
dalam sembilan peratus dan ini merupakan satu kejayaan bagi China kerana pertumbuhan

ekonomi China merupakan yang paling singkat dalam tempoh lebih daripada dua dekad
(Lardy, 2003: 1).
Kekuatan China kini juga berasal daripada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
Kadar pertumbuhan ekonominya yang konsisten sehingga mencapai purata kadar tahunan
melebihi 11 peratus pada tahun 2006 berbanding tahun-tahun yang sebelumnya merangsang
kepada kekuatan politiknya secara tidak langsung (Layne, 2008: 13). Keadaan tersebut dapat
dibuktikan lagi melalui pertikaian antara China bersama Jepun yang berlaku di Sparty dan
juga Laut China Selatan. Tindakan China yang agresif ini dilihat sebagai ancaman terhadap
keselamatan dan kestabilan di Asia Pasifik terutamanya di Asia Timur kerana konflik
perebutan sempadan antara China dan Jepun dalam kes perebutan Pulau Senakaku (Jepun)
atau Diayou (China). Selain daripada Senkaku/Daiyou, China juga dilihat agresif dalam
perebutan di Sparty antara China, Vietnam dan beberapa buah negara Asia Tenggara
termasuk Malaysia.

2.0 KEBIMBANGAN US TERHADAP KEBANGKITAN CHINA
Menurut majalah The Economist (2011), China bakal bangkit sebagai sebuah hab
ekonomi terbesar di dunia menjelang tahun 2018. Ramalan sebegini merupakan sesuatu yang
memberi kebimbangan terhadap AS kerana ianya dilihat sebagai ancaman terhadap sekuriti
3


ekonomi AS dan keadaan ini akan turut memberi kesan terhadap pelbagai sektor kenegaraan
dan menjejaskan kepentingan negara (national interest) AS.
AS dalam usaha untuk mengekang kebangkitan atau ancaman daripada China telah
menemukan satu strategi yang dinamakan sebagai Returning to Asia kemudiannya menjadi
pivot to Asia. Pivot to Asia merupakan satu strategi AS untuk memastikan polisi-polisi AS di
Asia berjalan lancar selain memastikan bahawa AS merupakan kuasa pengimbang di Asia
(Dong and Chengzhi, 2013: 2)
Pengukuhan kekuasan daripada kedua-dua sektor tersebut mampu melonjakkan China
sebagai sebuah kuasa besar dunia yang sukar untuk digugat. Strategi China menguatkan
pengaruhnya terhadap ASEAN melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN
(CAFTA) sebagai sebuah kerjasama ekonomi komprehensif dilihat semakin memberi tekanan
hebat terhadap AS untuk mengukuhkan hegemoninya di rantau Asia dengan dasar
pengimbangan semula yang dibawanya (Universal Access to Competitiveness and Trade,
n.d.: 7)

2.1 Kebangkitan Ekonomi China Dan Kemerosotan Ekonomi AS Dalam Perdagangan
Kekuatan ekonomi China mula bertapak kukuh bermula daripada reformasi ekonomi
yang dilaksanakan oleh Dao Xiaoping, penggerak utama Chinese Communist Party (CCP)
pada tahun 1978 (Zhu, 2012: 110). Reformasi ekonomi tersebut melibatkan perubahan dasar
ekonomi China dengan membuka laluan kepada perdagangan terbuka terhadap negara luar

namun dalam masa yang sama berpaksikan kepada socialism with Chinese characteristics
untuk menjaga ketulenan prinsip ekonomi yang diamalkan di China sejak era Mao Zedong.

4

Dalam hal ini, perkembangan tersebut telah melonjakkan ekonomi China sehingga
China mampu menjadi pembekal utama dalam beberapa barangan komiditi seperti barangan
kejuruteraan dan eletrik, minyak dan bahan api, kapas dan tembakau. Manakala barangan lain
yang turut menjadi permintaan pasaran khususnya negara-negara ASEAN adalah seperti
tekstil dan pakaian, logam asas dan bahan-bahan logam, bahan kimia dan bahan api mineral
(Pyo, 2009: 47).
Perkembangan ekonomi China yang berlaku dengan begitu cepat tersebut
menyebabkan perhatian negara-negara di Asia Pasifik khususnya ASEAN mula mengalihkan
perhatiannya terhadap China. Hal ini demikian kerana dinamika ekonomi China tidak sekadar
memberi kesan positif kepada negara China, malah turut menyuntik pelaburan terhadap
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terhadap negara-negara rakan dalam
perdagangan. Perkara tersebut dinyatakan oleh Arora dan Vamvakidis (2010: 3-4) bahawa:
China‟s growth could influence other countries‟ growth
through a number of channels. First, China‟s imports of
commodities, processing inputs, and, increasingly, final

products has a direct positive impact on partner countries‟
exports and GDP. In turn, China‟s exports of goods to other
countries have a negative direct effect on those countries‟ net
exports. The indirect effects on welfare and GDP could,
however, be positive as the availability of relatively low-cost
products from China raises consumption and production
possibilities in partner countries. Second, China‟s demand for
key inputs, such as commodities, can affect the world prices for
these inputs and thus influence the terms of trade for other
countries. Third, China‟s role in processing trade has
implications for other Asian countries that constitute the
“Asian supply chain,” where final goods are exported from
China but use for their production substantial inputs from the
rest of Asia

Perkembangan positif rantaian hubungan ekonomi antara China dan negara-negara
serantau secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap pertumbuhan ekonomi AS
kerana ianya akan menjejaskan perdagangan eksport-import antara AS dengan negara-negara
5


rantau Asia. Perkara tersebut diakui oleh Elwell, Labonte dan Morrison (2007: 24) apabila
kadar perdagangan AS dengan China mengalami defisit berbanding negara-negara yang lain.
Keadaan ini akan mewujudkan ketidakseimbangan terhadap suntikan ekonomi AS kerana
nilai import ke AS ditentukan dipadankan oleh defisit perdagangan. Kesannya, AS akan
mengalami kerugian dari sudut nilai import barangan kepada AS kerana nilai barangannya
jatuh dalam perdagangan import – eksport.

2.2 Kekuatan Militari PRC: Ancaman Terhadap Kuasa Militari AS
Kekuatan tentera China iaitu People‟s Liberation Army (PLA) terletak pada jumlah
tenaga manusia yang dimiliki oleh China iaitu seramai lebih kurang 2,993,000 orang
berdasarkan rekod pada tahun 2009-2013 (The World Bank, n.d.). Jumlah tenaga manusia
yang ramai ditambah pula dengan keupayaan yang semakin meningkat naik telah
mengundang kebimbangan kepada negara- negara serantau terutamanya Jepun, Korea Selatan,
dan AS sendiri. Fokus utama China meningkatkan keupayaan ketenteraan mereka ialah untuk
mempertahankan kedaulatan China daripada sebarang ancaman luar di samping memberi
tekanan kepada Taiwan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat
kedaulatan China (Brown, Prueher dan Segal, 2003: 2)
Pemodenan teknologi dalam sektor militari China mengundang kebimbangan AS
terhadap negara tersebut kerana ianya dilihat sebagai ancaman terhadap sekuriti AS.
Kerisauan AS semakin bertambah apabila China membuat penambahan bajet ketenteraan

China secara berterusan iaitu sebanyak US$131 Billion pada tahun 2013 bertujuan untuk
menambah baik sistem pertahanan di samping meningkatkan jumlah asset ketenteraan China
(Minnick, 2014). Pemodenan ketenteraan China ini juga melibatkan pemodenan teknologi

6

kepada yang lebih moden serta memerlukan tenaga kerja yang minimum bagi tujuan
pertahanan seperti yang perkatakan oleh Mayama (2000)
It is an inevitable trend where construction of military forces
converts from the quantitative scale to the quality functions,
and from manpower concentration to science and technology
integration
Pemodenan ketenteraan China juga bertujuan untuk meningkatkat keupayaan
ketenteraan China untuk menghadapi ancaman dan mengatasi konflik seperti yang dipetik
daripada Office of the Secretary of Defence (2013: i),
The People‟s Republic Of China (PRC) continues to pursue a
long-term, comprehensive military modernization program
designed to improve the capacity of its armed forces to fight
and win short-duration, high-intensity regional military
conflict.

Apa yang menjadi kebimbangan AS terhadap China ialah berkenaan dengan aset
tentera laut China iaitu sebuah kapal pengangkut pesawat dengan nama Liaoning. Liaoning
merupakan sebuah kapal pengangkut Soviet yang dikenali sebagai Varyag dibeli oleh China
dan dibawa ke China untuk melengkapkan pembinaan kapal tersebut serta diubahsuai semula
untuk menjadi satu kapal pengangkut yang berfungsi sepenuhnya. Secara simboliknya, kapal
pengangkut China ini merupakan simbol kepada peningkatan kekuatan ketenteraan laut
China dan dianggap setanding dengan kemampuan ketenteraan AS serta dapat mewujudkan
satu pengaruh ketenteraan yang besar pada masa yang akan datang (Stewart, 2014). Ianya
amatlah diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan China dari aspek sempadan negara dan
juga kawasan sumber asli seperti petroleum terutamanya dalam lingkungan Laut China
Selatan. Kapal pengangkut ini telah dianggap sebagai ancaman kepada negara-negara jiran
terutamanya Jepun, Korea Selatan, Vietnam, dan Filipina sekaligus mengakibatkan
berlakunya Security Dilemma di mana pihak yang berasa diancam akan berusaha untuk
mengatasi pengancamnya daripada pelbagai sudut.
7

Dalam konteks Asia Timur, Jepun dan Korea akan berasa lebih terancam daripada
sebelumnya dan membuat keputusan untuk memperolehi lebih banyak aset ketenteraan dan
mengukuhkan lagi kekuatan dan keupayaan persenjataan mereka. Ini akan menyebabkan
berlakunya perlumbaan senjata di antara negara-negara di Asia Timur sekali gus

mewujudkan keadaan tidak stabil di Asia Timur. Keadaan ini dilihat berpotensi untuk
menjadi suatu konflik bersenjata yang akhirnya berakhir dengan perang yang akan
mengakibatkan kepada kecelakaan yang tinggi.

3.0 RESPON ASEAN TERHADAP PIVOT TO ASIA
Negara-negara ASEAN telah memberi tindak balas yang pelbagai mengenai niat AS
untuk mengimbangi Asia atau pivot to Asia. AS telah melakukan beberapa langkah untuk
mengimbangi kuasa China di Asia di samping membantu negara Asia Tenggara dalam aspek
pertahanan. Menurut Mishra (2014)
[t]he US has clearly boosted up military funding and
assistance to countries of the region—from the Philippines to
Vietnam, there is an upward trend in military cooperation
with the US.
AS ingin menjalin semula hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara setelah
sekian lama menumpukan sepenuh perhatian terhadap isu-isu yang berkait dengan Global
War on Terror (GWOT) dan urusan di Timur Tengah. Dasar pivot to Asia ini dicetuskan oleh
Hillary R. Clinton yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Negara AS di bawah
pentadbiran Barrack Obama.
AS melalui pivot to Asia banyak memfokuskan untuk membina semula hubungan
antara AS dan negara-negara ASEAN setelah AS pada ketika itu di bawah pemerintahan

George W. Bush lebih menumpukan kepada perang memerangi keganasan dan kurang
8

memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku di Asia Tenggara sekali gus memberi peluang
untuk China bangkit sebagai sebuah kuasa serantau di Asia dari segi ekonomi, politik dan
ketenteraan. Kebanyakan negara ASEAN menyambut baik polisi AS ini disebabkan oleh
status sebahagian daripada mereka merupakan sekutu AS di Asia Tenggara di samping dapat
membantu negara mereka daripada menerima tekanan ketenteraan dan politik oleh China
terutamanya negara-negara yang terlibat dalam pertelingkahan pulau Spratly. Bagi negaranegara ASEAN, polisi pivot to Asia ini merupakan satu keperluan untuk mewujudkan satu
perkongsian keselamatan secara strategik dengan AS demi memastikan negara-negara
ASEAN ini selamat daripada sebarang ancaman terutamanya daripada China. Menurut
Mishra (2014)
In so far as responses from countries of the Southeast Asian
region are concerned, a wide spectrum is emanating. For
instance, while Singapore, the Philippines, Thailand and
Vietnam have welcomed the US move, countries like
Indonesia and Malaysia have demonstrated a cautious
approach. Interestingly, countries such as Cambodia have
given a measured response with a blend of apprehension,
while Myanmar has been a direct beneficiary of America‟s
renewed interest in Southeast Asia.
Usaha komprehensif dilakukan oleh AS dalam mengukuhkan perikatan dan
menghalang kebangkitan China masih belum dianggap berhasil kerana China merupakan
rakan perdagangan terbesar di Asia Tenggara terutamanya kepada Vietnam. Walaupun dari
sudut ekonomi China merupakan musuh yang berusaha untuk “menuntut haknya” terhadap
kawasan yang dipertikaikan di samping pernah berperang dengan China dalam perang
sempadan China-Vietnam 1979, namun daripada sudut pandangan ekonomi, China
merupakan rakan perdagangan terbesar kepada Vietnam melepasi Jepun.
Polisi pengimbangan semula AS adalah lebih ke arah mengukuhkan negara-negara
Asia Tenggara dari segi ekonomi dan ketenteraan dan pada masa yang sama menyediakan
9

diri mereka ke arah kebangkitan China. Dasar ini juga merupakan strategi jangka panjang AS
melindungi kepentingan mereka di Asia Tenggara daripada terus diancam oleh China dalam
jangka pendek dan panjang.

4.0 KESIMPULAN
Struktur pembentukan China yang semakin memuncak dalam arena politikal
antarabangsa memperlihatkan pertumbuhan kekuatan China menghadapi arus globalisasi.
Dengan kadar peningkatan ekonomi yang semakin meningkat, China dilihat berupaya
menjadi pesaing utama AS dalam pelbagai aspek geopolitikal dan hal ini sudah tentulah
menjadi kebimbangan besar terhadap AS. Polisi pivot to Asia tersebut dilihat kurang berkesan
terhadap negara-negara ASEAN kerana kekuatan hegemoni China di rantau Asia Pasifik
cukup kuat sehingga negara-negara ASEAN mula mengalihkan perhatian terhadap China
untuk meningkatkan interaksi diplomatik dan perdagangan.
Persepakatan antara China dan ASEAN dalam CAFTA merupakan suatu langkah
positif untuk mewujudkan kestabilan serantau. Keadaan tersebut akan mewujudkan suatu
keseimbangan kuasa dan suatu aliran perdagangan yang baik dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan sekuriti politikal dan ekonomi dan negara masing-masing. Dalam masa yang
sama, kekuatan yang dimiliki oleh AS perlu dimanfaatkan dengan mewujudkan kerjasama
secara trilateral antara US-China-ASEAN kerana ianya akan memberi suatu kelebihan
terhadap sekuriti serantau. Kerjasama trilateral tersebut akan tercapai dengan setiap
pemimpin negara mengurangkan tumpuan terhadap perbezaan dalam persoalan Grand
Strategy dan menumpukan perhatian terhadap kerjasama pembentukan sekuriti komprehensif
(comprehensive security) daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan
10

serantau. Ianya juga boleh tercapai melalui rundingan harmoni antara pemimpin-pemimpin
negara untuk mencapai kata sepakat dan mewujudkan sebuah lingkaran sekuriti serantau.
Keadaan ini secara tidak langsung akan mewujudkan penyeimbangan kuasa (balancing
power) dan mengurangkan monopoli kuasa negara terhadap negara-negara lain.
Dalam hal ini, ASEAN yang mempunyai hubungan antarabangsa antara China dan
AS dapat menjadi perantara untuk membentuk komunikasi yang baik antara China dan AS
(Egberink dan Putten, 2011: 33). ASEAN yang mempunyai kurang pertikaian antara keduadua buah negara tersebut dapat memainkan peranannya dalam merundingkan soal
kepentingan serantau antara kedua-dua buah negara tersebut dan membawanya ke meja
rundingan bersama-sama. Dinamika pertumbuhan daripada kerjasama tersebut adalah sangat
penting untuk kepentingan AS, China dan ASEAN serta secara tidak langsung dapat
menghasilkan keuntungan komoditi terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan
dengan rangkaian tersebut.

11

RUJUKAN

Arora, V., & Vamvakidis, A. (2010). „China‟s economic growth: International Spillovers‟,
IMF Working Paper, International Monetary Fund, pp. 1-23
Brown, H., Prueher, J., Segal, A. (2003) Chinese Military Power. New York, Foreign
Relations.
Chow, G. C.( 2004) „Economic Reform and Growth in China‟, Annals of Economics and
Finance, vol. 5, pp. 129-134
detail.asp?country_id=china
Egberink, F., dan Putten F. P. (2011) „ASEAN, China‟s rise and geopolitical stability in
Asia‟, The Hague: Netherlands Institute on International Relations „Clingendael‟.
Elwell, C.K., Labonte, M., and Morrison, W. M. (2007) „Is China a threat to the US
economy? CRS Report for Conggress, Congressional Research Service, pp. 1-59.
Foot, R. (2006)‟ Chinese strategies in a US-hegemonic global order: accommodating and
Global Fire Power. (n.d.) „China Military Strength‟, Chinese Journal of International Politics,
vol. 3, p. 382.
hedging‟, International Affairs, vol. 82, no. 1, pp. 77‒94.
http://www.globalfirepower.com/country-military-strengthLardy, N.R. (2003), The Economic Rise of China: Threat or Opportunity?, Cleveland:
Federal Reserve Bank of Cleveland.
Layne, C. (2008) „China‟s Challenge to US Hegemony‟, Current History, p.13.
Mearshimer, J.J. (2010) „The Gathering Storm: China‟s Challenge to US Power in Asia‟,
Transcript of the fourth annual Michael Hintze Lecture in International Security, The
University of Sydney.
12

Minnick, W.(2014) „China Mixing Military Modernization, 'Tailored Coercion', Defense
News, [Online], Diambil daripada
http://www.defensenews.com/article/20140413/DEFREG03/304140016/China-MixingMilitary-Modernization-Tailored-Coercion- [15 Mei 2014]
Mishra, R., (2014) „The US Rebalancing Strategy: Responses from Southeast Asia‟ In: S. D.
Muni & V. Chadha, (eds.) (2014) Asian Strategic Review 2014 US Pivot and Asian Security.
New Delhi: Pentagon Press, pp.149-169.
Office of the Secretary of Defence, (2013) Annual report to congress: Military and security
developments involving the People‟s Republic of China 2013, United States of
America: Department of Defence.
Pyo, M-C. (2009). China: Aiming for 8% Growth Despite the Financial Crisis. SERI
Quarterly, vol. 2, pp. 43-49.
Stewart, P., (2014) „U.S. defense chief, in first, visits China's aircraft carrier‟, Reuters,
[Online], Diambil daripada: http://www.reuters.com/article/2014/04/07/us-usa-chinahagel-idUSBREA350PR20140407 [17 May 2014].
The Economist. (2011) How to get a date, [Online], Diambil daripada:
http://www.economist.com/node/21542155 [1 Mei 2014].
The World Bank. (n.d) „Armed forces personnel, total‟, [Online], Diambil daripada:
http://data.worldbank.org/indicator/MS.MIL.TOTL.P1 [15 Mei 2014].
Universal Access to Competitiveness and Trade. (n.d). ASEAN-China free trade agreement:
A primer. Diambil daripada http://www.philexport.ph/barterfli-philexport-fileportlet/download/policy_marketdev/FTA_regional_free_trade/aseanchinaprimer.pdf [15
Mei 2014]
13

Zhu, X. (2011) „Understanding China‟s growth: Past, present, and future‟, Journal of
Economic Perspective, vol. 26, no. 4, pp. 103-124

14