Instrumen Perbankan Islam Di Malaysia Ma

Research Center for Islamic Economics and Finance
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax: +603-89215789
http://www.ekonis-ukm.my
E-mail: ekonis@ukm.my
Instrumen Perbankan Islam Di Malaysia: Mampukah Mereka Mencapai Maqasid Shariah

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 1008

Abd. Ghafar B. Ismail1
Umar Bashar
Research Center for Islamic Economics and Finance
School of Economics
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor D.E., Malaysia
e-mai:agibab@ukm.my
Kertas di bentangkan di Muzakarah Pakar Sistem Kewangan Islam, 23 Februari 2010, Institut
Kefahaman Islam Malaysia

This Draft, February 2010


1

Professor of banking and financial economics, Universiti Kebangsaan Malaysia. He is also AmBank Group
resident fellow for Perdana Leadership Foundation. ISRA

2

1.

Pengenalan

Di Malaysia, sistem kewangan yang wujud semenjak sebelum merdeka sebahagiannya diwarisi
daripada sistem kewangan berasaskan riba. Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa bank
perdagangan asing yang awal seperti Standard Chartered Bank (1875), The Hong Kong and Shanghai
Banking Corporation (1884) dan Algemene Bank Negerland NV (1888) yang diterajui oleh doktrin
yang dibawa oleh penjajah. Cara pemikiran dalam mengoperasikan bank perdagangan asing tersebut
juga telah diterapkan ke dalam bank perdagangan tempatan yang awal seperti Kwong Yik Bank Bhd.
(1913) dan The Pacific Bank Bhd. (1922).2 Pada akhir Disember 2009, penguasaan sistem kewangan
berasaskan riba berdasarkan ukuran jumlah aset masih tinggi iaitu lebih kurang 82%.

Doktrin ini diwarisi daripada pandangan St Thomas Aquinas,3 salah seorang ahli teologi abad
ke 13 dan 14,4 yang telah berjaya membangunkan ekonomi Eropah. Beliau percaya bahawa
pengembangan wang melalui pembayaran dan penerimaan bunga dapat meningkatkan aktiviti
ekonomi.5
Walaupun pandangan ekonomi St Thomas Aquinas dan pengikut berikutnya seperti pemaham
Keynes, klasik dan neo-klasik ada kesamaannya dengan pandangan ilmuan besar Abu Hamid AlGhazali (1058–1111), namun ilmuan besar tersebut mengemukakan idea bahawa wang boleh
berperanan dalam ekonomi tanpa melibatkan riba.6 Pandangan tersebut membuktikan sistem
kewangan tanpa riba (selepas ini disebut sebagai institusi kewangan Islam) boleh dilaksanakan.
Contohnya, institusi kewangan Islam swasta yang muncul di Pakistan pada 1950an dan Mit Ghamr di
Mesir pada 1963, dan Lembaga Tabung Haji di Malaysia pada 1963 dan Dubai Islamic Bank pada
1975. Oleh sebab itu, pada hari ini institusi kewangan yang terbentuk dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu sistem kewangan konvensional yang berasaskan riba dan sistem kewangan Islam tanpa riba.
Kebelakangan ini, minat ahli ekonomi mengkaji kedua-dua sistem kewangan tersebut
khususnya kajian terhadap sistem kewangan Islam amat meluas dan tertumpu kepada beberapa bidang
antara yang utama ialah: (i) sistem kewangan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi; (ii)
kepatuhan syariah instrumen yang ditawarkan.7 Persoalannya ialah adakah memadai dengan
menyatakan instrumen yang ditawarkan oleh perbankan Islam patuh syariah. Sedangkan dalam kaitan
yang serupa dalam solat umpamanya, solat yang dilakukan bukan sahaja sah (jika rukun dan syarat
dipenuhi), tetapi juga objektif solat harus mencapai tujuannya, seperti kebaikannya ialah mencegah
mungkar.8 Dalam berzakat juga, selain terpenuh syarat bagi orang yang membayar zakat, zakat juga

mampu untuk memberi kebaikan: seperti membersihkan dan mensucikan harta (9:103). dan
menghindarkan seperti kedekut (25:67).
Maka, tujuan makalah ini ialah untuk memeriksa kemampuan instrumen yang ditawarkan oleh
perbankan Islam dalam mencapai maqasid syariah. Namun begitu, dalam makalah ini, aspek rukun
dan syarat bagi setiap instrumen dianggap telah dipatuhi supaya instrument tersebut patuh syariah.
Untuk tujuan tersebut, pandangan beberapa ulama tentang maqasid syariah akan dibincangkan dahulu,
sebelum menentukan kriteria maqasid syariah bagi menentukan kemampuan intstrumen perbankan
Islam mencapai maqasid syariah.
2

Perbincangan lanjut, sejarah perbankan diMalaysia, rujuk Ismail dan Smith (1993) dan Ismail dan Hassan
(1993).
3
Lihat Ismail (2006).
4
Pandangan beliau masih menjadi sebahagian kandungan kuliah sejarah ekonomi politik dinegara eropah masa
kini, rujuk http://en.www.wikipedia.org/wiki/History_of_economics.
5
Dahulunya St. Thomas Aquinas pernah berguru dengan Imam Ghazali, seperti dinyatakan oleh Ghazanfar dan
Azim (1990), tetapi idea yang dibawanya tentang fungsi wang masih dikekalkan tetapi maqasid syariahnya

diabaikan. Maka terjadilah bunga.
6
Perdebatan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Ghazanfar dan Azim (1990)
7
Langkah kea rah kepatuhan ini diambil dengan meminta perbankan Islam menerapkan parameter kontrak yang
diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.
8
Surah al-Ankabut, ayat 45

3

2.

Maqasid Syariah mengikut Pandangan Al-Ghazali, Shatibi dan Ibn Athur

Ramai ulama telah cuba menjelaskan tujuan dan objektif syariah diadakan. Antaranya ulama tersebut
ialah al-Shatibi, al-‘Izz ibn ‘Abd al-Salam, Ibn Qayyim, al-Ghazali dan Ibn Athur. Setiap ulama ini
telah membincangkan dengan lebih mendalam. Dalam bahagian ini, pandangan a-Shatibi, Ibn Athur
dan al-Ghazali sahaja yang akan dibincangkan.
Umumnya ketiga-tiganya bersetuju tentang perkara berikut: kategori dan pengkelasan

maqasid. Mereka berhujah bahawa kategori maqasid dibahagikan kepada puncanya; dan pensabitan
dalil dan maslahat.
Menurut al-shatibi (1996) punca maqasid terbahagi dua:9
(a)

Maqasid Syari'
Iaitu maqasid yang ditentukan oleh Allah dalam mensyariatkan hukum. Ianya adalah
untuk menberi kebaikan dan menolak kemudaratan di dunia dan di akhirat kepada
hamba-Nya. Menurut al-Shatibi, Maqasid Syari' terbahagi kepada empat bahagian:

(b)

(i)

Maqasid Syari' di dalam mencipta Syariat itu sendiri. Ia bertujuan untuk
mecapai maqasid kepada sekalian manusia dengan memberi kebaikan
(maslahah) dan mengelakkan kerosakan (mafsadah). Setiap yang disyariatkan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kepentingan Asas (al-Dharuriyyat),
Keperluan Biasa (al-Hajiyat), dan Keperluan Mewah (al-Tahsiniyat). Beliau
juga membahagikan kepentingan asas kepada lima, iaitu menjaga agama,

nyawa, keturunan, harta dan akal. Menurut beliau lagi, semua agama
memandang perkara ini sebagai kepentingan asas.

(ii)

Maqasid Syari' (Allah) di dalam menciptakan Syariat untuk difahami. Syariat
tersebut adalah untuk difahami oleh manusia untuk mereka melaksanakanya,
jika ianya tidak dapat difahami oleh manusia, tiada erti pada penurunan syariat
tersebut.

(iii)

Maqasid Syari' (Allah) menjadikan Syariat untuk dilaksanakan. Tanggung
jawab untuk melaksanakannya ini dipanggil taklif. Taklif menurut al-Shatibi
hendaklah mampu dipikul oleh manusia, malah para ulama telah bersepakat
tiada taklif di luar kemampuan manusia.

(iv)

Maqasid (Allah) meletakkan mukallaf di bawah hukum Syarak. Ia bertujuan

untuk semua manusia patuh dengan hukum syarak tersebut dan mengelakkan
daripada terikut – ikut dengan hawa nafsu agar dengan itu mereka akan
menjadi hamba Allah dengan penuh sukarela . m.s.425.

Maqasid Mukallaf (hamba)
Iaitu maqasid atau tujuan mukallaf dalam melakukan sesuatu perbuatan. Maqasid
mukallaf berperanan menentukan sah atau batal sesuatu amalan. Tujuan mukallaf di
dalam melaksanakan sesuatu syariah hendaklah selari dengan tujuan syariah itu sendiri.

9

Rujuk kitab beliau dalam al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, Beirut ,Dar al-Ma'rifah, 1416H/1996M,
jil: 2, m.s: 321.

4

Manakala pensabitan dalil dan maslahat menurut Ibnu Athur dalam kitabnya Maqasid alShariah al-Islamiyyah10 dibahagikan kepada beberapa bahagian berikut:
(a)
(b)
(c)


Maqasid Qatiyyah iaitu sabit dengan dalil qat'iy atau pasti
Maqasid Zanniyah iaitu sabit dengan dalail zanniy atau tidak diyakini oleh akal
Maqasid Wahmiyyah iaitu maslahat yang disangka baik tapi bila dikaji secara
mendalam ia tidak baik.

Pengkelasan Maqasid Syariah mengikut tahap kepentingan seperti yang dijelaskan oleh.
terbahagi kepada tiga iaitu:
(i)
Maqasid Syariah Daruriyah. Imam al-Shatibi : sesuatu yang mesti ada untuk
maslahat agama dan dunia. Ibnu ashur : maslahat secara keseluruhan dan
individu untuk menghindari kezaliman.
(ii)
Maqasid Syariah Hajiyah. Imam Al-Shatibi: untuk kelonggaran dan
mengelak kesempitan yang secara amnya membawa kepada kesusahan tetapi
tidak sampai merosakkan. Ibnu Ashur: memenuhi keperluan dan mengatur
maslahah yang baik
(iii)
Maqasid Syariah Tahsiniyyah. Imam Al-Shatibi: Mengambil adat-adat yang
baik dan menghindar keadaan najis yang tidak diterima oleh akal yang sihat.

terhimpun di dalam kumpulan akhlak yang mulia. Ibnu Ashur: keadaan yang
sempurna bagi ummat sehingga dapat hidup aman, tenang dan nampak bagi
umat lain kehidupan yang baik dan indah sehingga disukai oleh umat lain
tersebut.
Selanjutnya ketiga-tiga mereka telah menggariskan beberapa kaedah untuk mengenali
maqasid syariah. Menurut mereka terdapat tiga cara untuk kita mengenali maqasid syariah iaitu:
(a)
Penelitian kuantitatif. iaitu penelitian terhadap dalil-dalil yang mensabitkan maqasid
syariah sama ada diteliti dari semua dalil sehingga mendapat natijah yang qat'ie atau
penelitian sebahagian dalil sahaja sehingga mendapat natijah yang zanniy.
(b)
Penelitian terhadap illah hukum. Kaedah ini tertumpu kepada usaha untuk mengetahui
rahsia di sebalik setiap hukum atau lebih dikenali sebagai masalik al-'illat di dalam
ilmu usul fiqh.
(c)
Penelitian terhadap semata-mata terhadap suruhan atau larangan Allah Taala terhadap
sesuatu.
Hujah diatas dapat dirumuskan dalam bentuk kata-kata yang dinyatakan oleh Imam alGhazali iaitu:
“The very objective of the Shari’ah is to promote the well-being of the people, which lies in
safeguarding their faith (deen), their self (nafs), their intellect (‘aql), their postery (nasl) and

their wealth (mal). Whatever ensures the safeguard of these serves public interest and is
desirable and whatever hurts them is against public interest and its removal is desirable.”
Perkataan “safeguarding” tidak seharusnya digunakan bagi menggambarkan “preservation” terhadap
lima keperluan diatas. Seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Athur (1879-1973: pengkayaan secara
berterusan keperluan manusia sehingga kesejahteraan manusia berterusan dapat diperbaiki mengikut
perubahan keperluan dan persekitaran individu dan masyarakat. 11 Salah satu perubahan keperluan ini

10

Refer to p. 271, in Muhammah al-Tahir ibn Ashur (2006) Ibn Ashur: Treatise on Maqasid al-Shari’ah.
Translated by Mohamed el-Tahir El-Mesawi. London: The International Institute of Islamic Thought.
11
Refer to p. 271, in Muhammah al-Tahir ibn Ashur (2006) Ibn Ashur: Treatise on Maqasid al-Shari’ah.
Translated by Mohamed el-Tahir El-Mesawi. London: The International Institute of Islamic Thought.

5

ialah kekayaan. Islam mengiktiraf kekayaan ekonomi.12 Juga, kepentingan kekayaan kepada
kebajikan masyarakat yang ditunjukkan melalui kedua-dua: cara mendapatkannya dan cara
Ini menunjukkan kepentingan menguruskan kekayaan individu, yang

membelanjakannya.13
kemudiannya memberi menafaat kepada masyarakat.
Walaubagaimanapun, kekayaan boleh memberi menafaat dan kerosakan. Ini bergantung
kepada beberapa faktor berikut: (i) niat. Niat yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah; (ii)
bagaimana kekayaan diperoleh? Bukan dijana daripada operasi perbankan berdasarkan riba, perjudian
dan mengurusniagakan barangan yang boleh mensyirikkan Allah; (iii) bagaimana kekayaan ini
dikembangkan (dilaburkan)? Kekayaan harus dilaburkan dan tidak dijadikan sebagai dana “terbiar”;
(iv) bagaimana kekayaan dibelanjakan. Kekayaan harus digunakan untuk memberi barangan dan
perkhidmatan yang dibenarkan (seperti barangan halal); (v) Hak orang miskin dan mereka yang
memerlukan.
Oleh kerana kekayaan ini akan disalurkan melalui perbankan Islam. Maka, apakah bentuk
instrumen yang boleh digunakan untuk menjaga dan mengembangkan kekayaan tersebut.

3.

Instrumen Di Perbankan Islam

Kekayaan yang dimiliki akan disalurkan melalui perbankan Islam dalam pelbagai bentuk instrumen.
Instrumen ini boleh menyalurkan kekayaan dalam bentuk harta alih dan harta tak alih. Antara
instrumen tersebut ialah: produk berstruktur deposit murabahah, pembiayaan modal kerja murabahah,
kontrak sewaan kereta kadar terapung, sukuk musyarakah, sukuk ijarah bagi inisiatif pembiayaan
swasta, pembiayaan projek mudarabah, dan pembiayaan rumah musyarakah mutanaqisah.

Contoh 1: Produk Berstruktur Deposit Murabahah
Mekanisme deposit murabahah komoditi, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, melibatkan
urusniaga berikut:
 Pelanggan melantik institusi kewangan Islam-A (IKI-A) sebagai agen (melalui kontrak
wakalah) bagi menguruskan dananya.
 IKI-A, kemudiannya melantik IKI-B sebagai agen untuk membeli komoditi daripada rumah
komoditi (CH-A) (berasaskan belian tunai)
 IKI-B menjualnya kepada CH-B atas dasar tertangguh pada harga belian campur margin
untung.

12

We find ample supporting evidence, such as Surah al-Hashr, verse 8, God says “(Some part is due) To the
indigent Muhajirs, Those who were expelled from their homes and their property, while seeking grace from
Allah and (His) good pleasure, and aiding Allah and His Messenger: such are indeed the truthful.”
13
In Surah At-Tauba, verse 34, God says: “O ye who believe! There are Indeed many among the priests And
anchorites, who is falsehood Devour the wealth of men And hinder (them) from the Way of`Allah. And there
are those Who hoard gold and silver And spend it not in the Way of Allah: announce onto them A most grievous
chastisement.”

6

Rajah 1:

Deposit Murabahah Komoditi

IKI-A
(1) wujudkan perjanjian
perwakilan

(6) terima
tunai
daripada
IKI-B

(2) wujudkan
kontrak agensi
Pelanggan

(7) Bayar
kepada
pelanggan
beserta
keuntungan

IKI-B

(3) beli komoditi

CH-A

(4) Jual
komodoti

(5) Pembayaran

CH-B

Contoh 2: Pembiayaan Modal Kerja Murabahah
Produk ini boleh digunakan untuk menyediakan pembiayaan keperluan modal kerja untuk membeli
stok dan inventori atau barang separuh siap dan bahan mentah.
Modus operandi pembiayaan modal kerja murabahah dapat dilihat dalam Rajah 2.
Mekanismenya melibatkan beberapa langkah berikut:
 Institusi kewangan Islam (IKI) membeli aset daripada pelanggan atau melantik pelanggan
sebagai agennya untuk membeli barang yang diperlukan bagi pihak IKI.
 IKI membayar kepada pelanggan/pembekal pada harga belian
 IKI menjual balik barang tersebut kepada pelanggan pada harga jualan yang dipersetujui yang
termasuk margin untung. Margin untung dikira berdasarkan kepada tanda aras campur tebaran
margin untung.
 Pada masa matang, membayar harga jualan.

7

Rajah 2: Modus Operandi Pembiayaan Modal Kerja Murabahah
(b)

(a)

Pembayaran harga belian barang

Belian barang

Pelanggan

IKI
(c)

Jualan barang

(d)

Pembayaran harga jualan

Dalam kontrak Ijarah pula, institusi kewangan Islam, yang memiliki aset, menyewakan kepada
penyewa dan sebagai ganjarannya penyewa membayar sewaan. Penyewa mendapat menafaat penuh
hasil penggunaan aset tersebut selagi tempoh sewaan berjalan, dan syarat dan terma kontrak ijarah
dipenuhi. Diakhir tempoh sewaan, aset tersebut dipulangkan kepada institusi kewangan Islam. Contoh
berikut dapat dilihat aplikasi kontrak ijarah tersebut.

Contoh 3: Kontrak Sewaan Kereta Kadar Terapung
Modus operandi kontrak sewaan kereta kadar terapung dapat dilihat dalam Rajah 3. Mekanisme
urusniaga melibatkan beberapa langkah berikut:
 Institusi kewangan Islam membeli kereta daripada pelanggan atau wakil penjual kereta.
 Institusi kewangan Islam membayar harga belian kepada wakil penjual atau pelanggan.
 Institusi kewangan Islam menyewakan kereta kepada pelanggan untuk tempoh yang ditetapkan
serta syarat dan terma yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak
 Pelanggan membayar sewaan berdasarkan syarat dan terma yang telah dipersetujui
 Secara berkala, institusi kewangan Islam akan menyemak semula kadar sewaan dan jika
berlaku perubahan kadar sewaan, institusi kewangan Islam akan memberitahu pelanggannya
amaun sewaan baru dan tempoh sewaan baru (jika ada)
 Diakhir tempoh sewaan, pelanggan boleh membeli kereta tersebut daripada institusi kewangan
Islam pada harga yang diperstujui dengan amaun sewaan yang telah dibayar diambilkira

8

Rajah 3: Modus Operandi Kontrak Sewaan Terapong
b

a

Pembayaran harga belian aset

Pembelian aset

Pelanggan

Contoh 4:

IKI
c

Penyewaan aset

d

Pembayaran sewaan

e

Menasihati pelanggan berkenaan sewaan

f

Pelanggan membeli aset pada jumlah nominal

Sukuk Musyarakah

Penerbitan sukuk Musyarakah adalah untuk memperoleh hak, hak milik, kepentingan dan manfaat
yang belum terima terhadap keperluan pembayaran. Ia adalah satu alternatif yang terbaik dalam
sistem kewangan yang melibatkan kaedah pengeluaran dan agihan. Terbitan sukuk ini merupakan satu
cara pembiayaan yang mempunyai jaminan, terutama yang melibatkan projek yang besar di mana
nilai yang terlibat juga adalah besar. Setiap pemilik akan diberikan satu sukuk Musyarakah yang
mewakili pemilikannya yang sama dalam perkongsian aset yang terlibat.
Sukuk Musyarakah dikeluarkan bermatlamat untuk menggunakan aliran dana bagi mewujudkan
satu projek baru serta membangunkan sebuah sistem pembiayaan untuk urusniaga perniagaan
berdasarkan perkongsian. Pemilik sukuk yang terlibat dalam perkongsian aset ini akan berkongsi
keuntungan dan kerugian berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.
Mekanisme pembentukan bagi sukuk musyarakah dapat dilihat dalam Rajah 4. Terbitan sukuk
musyarakah melibatkan pengaturan perkongsian antara pelbagai pihak untuk mendapatkan modal bagi
membiayai sebuah usaha niaga. Keuntungan dan kerugian akan dikongsi bersama berdasarkan
penyertaan ekuiti.

9

Rajah 4: Struktur Sukuk Musyarakah

SPV

Pelabur

(Penerbit)
b
2

a
1

c

d

Pengusaha

Projek

Proses struktur sukuk musyarakah adalah seperti berikut:
 Penerbit (SPV) dan pelabur memeterai kontrak musyarakah. Masing-masing menyumbang
modal untuk membina bangunan rumah di atas sebidang tanah.
 SPV menyediakan sebahagian modal
 Pelabur juga menyediakan sebahagian modal
 Kedua-dua modal (b) dan (c) digabungkan dan pemilikan modal ini akan ditunjukkan dengan
SPV mengeluarkan sijil sukuk. Modal yang digabungkan ini, kemudiannya digabungkan
dengan modal yang dipunyai oleh pengusaha untuk melaksanakan suatu projek.
Dalam hal ini, modal yang disumbangkan oleh pengusaha adalah dalam bentuk sebidang tanah. Oleh
itu, tanah ini harus dinilai semula supaya nilainya dapat disetarakan dengan matawang (modal) yang
disumbangkan oleh SPV dan seterusnya peratusan sumbangan modal masing-masing dapat
ditentukan.. Kedua-dua pihak yang berkontrak iaitu pengusaha dan SPV berjanji untuk melaksanakan
pembinaan rumah diatas tanah tersebut. Keuntungan (atau kerugian jika ada) hasil penjualan rumah
tersebut akan dikongsi bersama antara pengusaha dan SPV. SPV, kemudiannya akan membahagikan
keuntungan tersebut kepada pemegang sukuk.
Kaedah pembiayaan yang boleh disekuritikan ini biasanya digunakan untuk membiayai
projek yang memerlukan modal yang besar. Kebiasaannya individu atau syarikat yang kurang
berkemampuan sering menggunakan cara pembiayaan seperti ini. Setiap pelanggan yang
menggunakan kaedah pensekuritian berasaskan musyarakah akan diberikan sijil musyarakah yang
menunjukkan bahagian pemilikan masing-masing dalam aset tersebut. Sijil musyarakah ini akan
digunakan sebagai instrumen boleh niaga (negotiable) dan boleh dijual dan dibeli di pasaran sekunder.
Walaubagaimanapun urusniaga sijil ini tidak dibenarkan sekiranya keseluruhan aset yang digunakan
di dalam urusniaga tersebut masih dalam bentuk yang cair seperti dalam bentuk tunai dan sebagainya.

Contoh 5: Sukuk Ijarah bagi Inisiatif Pembiayaan Swasta

Mekanisme pembentukan bagi sukuk ijarah dapat dilihat dalam Rajah 5. Diandaikan pemerintah
sebagai penyewa dan SPV pemilik bangunan. Oleh itu, pembentukan sukuk ijarah akan melibatkan
beberapa langkah berikut:
 Pemerintah (pemilik asal) menjual bangunannya kepada SPV (”Special Purpose Vehicle”)

10

 SPV membayar tunai untuk mendapatkan bangunan tersebut
 Untuk membiayai (2), SPV mendapatkan modal daripada pemegang sukuk (boleh
menggunakan kontrak mudarabah atau kontrak musyarakah)
 SPV menerbitkan sukuk dan menyerahkan sijil sukuk sebagai tanda kepemilikan kepada
pemegang sukuk.
 Oleh kerana pemerintah ingin menggunakan bangunan tersebut, maka ia menyewanya daripada
SPV
 SPV mendapat bayaran sewa daripada pemerintah

Pemerintah
(Obligor)
5

1

2

6

SPV
(Penerbit)
3

4

Pemegang
Sukuk
(Investor)
Rajah 5: Struktur Sukuk Ijarah

Unsur penting yang dapat dikenalpasti dalam menerbitkan sukuk ijarah:
Aset.
Aset yang sesuai sebagai asas kepada penerbitan sukuk ijarah. Aset ini perlu bagi memenuhi syarat
dalam kontrak jualbeli tunai dan kontrak sewaan. Aset yang pada mulanya dipunyai oleh pemerintah,
telah dijual kepada SPV dan SPV menjadi pemilik baru. Manakala pemerintah sebagai penjual asal
aset ingin terus menggunakan aset tersebut, maka aset telah dijadikan sebagai objek sewaan.
Kadar Sewaan.
Kadar pulangan sewa bagi jenis sukuk ini boleh sama ada secara tetap atau berubah atau keduaduanya bergantung kepada persetujuan pihak yang berkontrak. Jika sewaan dibayar tetap, maka

11

pemegang sukuk juga akan mendapatkan pulangan yang tetap. Tetapi jika kadar sewaan berubah,
maka pemegang sukuk akan mendapat kadar pulangan berubah.
Pemilikan sijil sukuk
Oleh kerana pemegang sukuk mengeluarkan wang sebagai modal untuk SPV menjalankan aktiviti
urusniaganya, maka pengeluaran sijil sukuk menggambarkan perolehan hak atau hak milik atau
kepentingan atau manfaat yang belum diterima oleh pemegang sukuk

Contoh 6:

Pembiayaan Projek Mudarabah

Pembiayaan projek mudarabah ialah satu kontrak antara dua pihak dengan institusi kewangan Islam
menyediakan pembiayaan dan pelanggan menyediakan kepakaran, pengurusan dan buruh.
Keuntungan hasil usaha pelanggan akan dikongsi oleh kedua-dua pihak mengikut nisbah yang telah
dipersetujui, tetapi jika berlaku kerugian, keseluruhan kerugian akan ditanggung oleh institusi
kewangan Islam.
Langkah bagi mengeluarkan produk pembiayaan projek mudarabah, seperti ditunjukkan oleh
Rajah 6, melibatkan langkah berikut:
 Kedua-dua institusi kewangan Islam dan pelanggan bersetuju membentuk kontrak mudarabah.
Institusi kewangan Islam menyumbangkan semua modal. Mereka bersetuju dengan agihan
keuntungan iaitu Y% and X% masing-masing diagihkan kepada institusi kewangan Islam dan
pelanggan.
 Pelanggan melabur dalam projek, dan keuntungan akan diagihkan mengikut nisbah yang telah
dipersetujui. Sebarang kerugian akan ditanggung oleh institusi kewangan Islam.
Rajah 6: Modus Operandi Pembiayaan Projek Mudarabah
Rabbul-Mal

Kontrak nisbah perkongsian untung, X:Y
Mudarib

(institusi
kewangan
Islam)
Keuntungan
dikongsi
mengikut nisbah
dipersetujui
(X:Y)

(Pelanggan)
Modal disumbang
oleh IKI
Y% kepada
Rabbul-Mal

X% kepada Mudarib

Hasil Projek

Kerugian
ditanggung
semuanya
oleh IKI

Labur projek

12

Contoh 7: Pembiayaan Rumah Musyarakah Mutanaqisah
Deskripsi lanjut struktur dan mekanisme pembiayaan ditunjukkan dalam Rajah 7. Langkah yang
terlibat dalam menstrukturkan pembiayaan tersebut adalah seperti berikut:
 Institusi kewangan Islam bersetuju melaksanakan perjanjian pembiayaan rumah musyarakah
mutanaqisah dengan pelanggan. Perjanjian tersebut dimeterai untuk membeli rumah dengan
harganya menyamai harga belian.
 Mengikut perjanjian tersebut, pelanggan melantik institusi kewangan Islam sebagai rakan
kongsi dan menyumbang sebahagian (katakan 10%) daripada harga belian rumah sebagai
sumbangannya dalam perkongsian tersebut. Institusi kewangan Islam pula menyumbang baki
harga belian (katakan 90%).
 Perkongsian akan membeli rumah, hak kepemilikan rumah didaftarkan atas nama pelanggan
(bertindak sebagai agen bagi pihak perkongsian).
 Institusi kewangan Islam menyewakan sahamnya dalam rumah tersebut kepada pelanggan
berdasarkan kontrak ijarah. Sewaan bulanan sepanjang tempoh sewaaan akan dirujuk kepada
peratusan saham milik institusi kewangan Islam dalam rumah tersebut. Pada masa yang sama,
pelanggan akan membeli saham institusi kewangan Islam sedikit demi sedikit.

Rajah 7: Mekanisme Musharakah Mutanaqisah

Pelanggan

Milik rumah

10%

a. Perjanjian Pembiayaan
Rumah Musharakah
Mutanaqisah

b. Musyarakah
Mutanaqisah

IKI

90%

IKI mempunyai caj atas
rumah

c. Rumah

Kesimpulannya, pertama, berbeza dengan institusi kewangan konvensional yang hanya menjadi
pemiutang-penghutang, institusi kewangan Islam boleh bertindak dalam pelbagai bentuk sebagai
mudarib, rabbul mal, wakeel, arranger dan underwriter.. Kedua, kedua-dua pelanggan dan institusi
kewangan Islam boleh saling bantu membantu membuat kebaikan dengan mewujudkan produk
kewangan yang dapat memberi impak ekonomi melalui pembiayaan lunak dan deposit waqaf.
Ketiga, sistem kewangan Islam yang direkabentuk mempunyai ciri kepelbagaian produk dan
seterusnya kepelbagaian pasaran serta institusi yang menawarkannya juga pelbagai. Umumnya,
produk yang terhasil terbahagi kepada dua iaitu produk berasaskan hutang dan ekuiti. Tidak seperti
sistem kewangan konvensional yang membahagikan rekabentuk berdasarkan institusi dan pasaran,
tetapi sistem kewangan Islam menekankan kepada produk yang berasaskan kontrak. Walaupun sistem
kewangan konvensional menekankan sistem kewangan berasaskan pasaran dan sistem kewangan
berasaskan bank dan umumnya, agen ekonomi yang ingin mendapatkan pembiayaan hutang dan
pembiayaan ekuiti dalam bentuk pukal boleh memperolehinya dipasaran modal (maksudnya peranan
sistem kewangan berasaskan pasaran) dan pembiayaan hutang kecil atau pukal dari sistem kewangan

13

berasaskan bank. Tetapi sistem kewangan Islam samada berasaskan pasaran atau bank, jika melalui
pembiayaan ekuiti, akan turut sama memegang kepentingan ekuiti firma atau terlibat sama dalam
pengurusan.

4.

Perbincangan

Our discussion will be split over two topics: (a) on how to maintain and protect wealth and how this is
legislated and encouraged; (b) aspects which threatens wealth and how this is outlawed and
discouraged.
Jadual 1: Analisis Maqasid Syariah bagi Produk Berstruktur Deposit Murabahah
Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan
Galakan Pelaburan - wang pendeposit diwakilkan kepada bank untuk dilaburkan

Ya (√) atau
tidak (x)


Galakan dagangan - berlaku jual beli komoditi yang akan menghasilkan
pulangan pelaburan kepada pendeposit



Kepemilikan - pendeposit dibenarkan memiliki wang dan bank Islam dibenarkan
memiliki komoditi



Nota

Sadaqah - kedua-duanya wajib membayar zakat apabila cukup nisab

Ancaman terhadap Kekayaan
Riba

x dan √ Jual beli dengan harga tangguh dan jika kelewatan
bayaran balik bagi keraguan

Kecurian

x dan √ Jika akaun tidak dipisahkan, keuntungan orang lain
lain diambil oleh pendeposit

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan



Ditanggung oleh penjual atau pembeli komoditi
(bank Islam boleh menanggung kedua-duanya)
(Jika diinsurankan - siapa yang membayar takaful)

Larangan sorokan



Komoditi disorokkan, tetapi wujud risko inventori

Larangan Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

14

Jadual 2: Analisis Maqasid Syariah bagi Produk Modal Kerja Mudarabah
Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau
tidak (x)

Galakan Pelaburan - bank melaburkan wangnya kepada pelanggan yang
memerlukan modal kerja



Galakan dagangan - pelanggan pula boleh membeli input untuk pengeluaran



Kepemilikan - bank yang memiliki wang (modal) dan pelanggan
memiliki komoditi



Sadaqah - kedua-duanya wajib membayar zakat apabila cukup nisab

x

Nota

Ancaman terhadap Kekayaan
Riba

x

Kecurian



Input yang dimiliki oleh bank, tetapi disimpan oleh pelanggan

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan



Larangan sorokan



Ditanggung oleh penjual atau pembeli komoditi
(bank Islam boleh menanggung kedua-duannya)
(Jika diinsurankan - siapa yang membayar takaful)
Pelanggan menyorok barang (tidak menjual)

Larangan Penggunaan secara membazir dan tanpa had



Pelanggan harus mampu menjimatkan kos

15

Jadual 3: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Sewaan Kereta
Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan
Ya (√) atau
tidak (x)
Galakan Pelaburan - bank melaburkan wangnya kepada pembelian kereta



Galakan dagangan - wang dipindahkan dalam bentuk kereta



Kepemilikan - bank yang memiliki kereta



Sadaqah - bank wajib membayar zakat apabila cukup nisab

x

Nota

Ancaman terhadap Kekayaan
Riba

x

Kecurian



kereta harus ditakafulkan

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan



dibayar oleh pengendali takaful
(Jika diinsurankan - siapa yang membayar takaful)

Larangan sorokan

x

Larangan Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

Jadual 4: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Sukuk Musyarakah
Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau
tidak (x)

Galakan Pelaburan - rakan kongsi berkongsi modal



Galakan dagangan - perkongsian untuk mendapatkan aset (cara belian)



Kepemilikan - bersama



Sadaqah - entiti bersama (SPV) yang membayar zakat

x

Nota

Jika modal berlainan jenis, maka tarikh penandatangan
menjadi tarikh penilaian modal

Ancaman terhadap Kekayaan
Riba

x

Kecurian



terhadap aset yang dimiliki

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan



terhadap aset yang dimiliki
(perlu disediakan pelan takaful)

Sorokan

x

Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

(penggunaan sumber akan memberi kesan kepada kos)

16

Jadual 5: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Sukuk Ijarah bagi Inisiatif Pembiayaan Swasta

Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau
tidak (x)

Galakan Pelaburan - SPV menggunakan dana
pemegang sukuk untuk membeli aset



Galakan dagangan - pembelian aset oleh SPV



Kepemilikan - SPV pemilik aset



Sadaqah - entiti bersama (SPV) yang membayar zakat

x

Nota

Ancaman terhadap Kekayaan
Riba

x

Kecurian

x

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan



Sorokan

x

Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

terhadap aset yang dimiliki
(perlu disediakan pelan takaful)

(penggunaan kos penyelenggaraan akan memberi kesan kepada kos)

17

Jadual 6: Analisis Maqasid Syariah bagi Instrumen Musyarakah Mutanaqisah
Penjagaan dan Pengembangan Kekayaan

Ya (√) atau
tidak (x)

Galakan Pelaburan - bank dan pelanggan mengumpulkan modal
bersama untuk melakukan pelaburan



Galakan dagangan - pembelian rumah



Kepemilikan - bersama



Sadaqah - entiti bersama yang membayar zakat

x

Nota

Ancaman terhadap Kekayaan
Riba

x

Kecurian

x

Pampasan bila berlaku vandalism/kemalangan/kerosakan



Sorokan

x

Penggunaan secara membazir dan tanpa had

x

5.

Implikasi





Cara pelapuran kewangan mengikut kontrak
Prestasi kewangan
Agihan kekayaan yang adil dan saksama

Ada jika ada moritorium, kerana cara pelapuran kaedah terakru

terhadap aset yang dimiliki
(perlu disediakan pelan takaful)

(penggunaan kos penyelenggaraan akan memberi kesan kepada kos)