ULASAN BUKU MULUK AL TAWAIF

Sejarah Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad

TAJUK :
Sejarah Muluk al-Tawa’if

NAMA PENSYARAH:
Prof. Madya Dr. Roziah Sidik

NAMAPELAJAR :
ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN

P80012

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ULASAN BUKU/ BOOK REVIEW SEJARAH MULUK AL-TAWA’IF

Pengenalan
Perbahasan mengenai kajian sejarah Islam di Andalus telah banyak dihasilkan oleh para pengkaji
sejarah Islam dan barat. Kehebatan umat Islam di Andalus khususnya dalam pencapaian dan

penguasaan bidang ilmu secara tidak langsung telah menarik minat para pengkaji untuk mengkaji
dan menyelidik sejarah tentang Andalus secara lebih mendalam.
Secara keseluruhannya, perbahasan mengenai sejarah Islam di Andalus tidak hanya
berkisar tentang pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu sahaja, namun, perbahasan turut
meliputi bidang politik dan pemerintahan umat Islam di Andalus. Kestabilan politik di Andalus
sudah tentu memainkan peranan penting dalam membangunkan masyarakat Andalus yang
memiliki penguasaan yang hebat dalam bidang ilmu pengetahuan.
Pada umumnya, Andalus telah diperintah oleh beberapa buah kerajaan, bermula sejak
kemasukan orang-orang Islam di Andalus pada tahun 92H/ 711M hingga kejatuhan mereka pada
tahun 897H/ 1496M. Tempoh yang memakan masa lapan ratus tahun itu, melalui pelbagai
cabaran dalam sistem politik di Andalus (Bashir Hassan, 2014).
Berdasarkan sejarah, terdapat enam kerajaan yang memerintah Andalus dengan sistem
atau corak pemerintahan yang berbeza. Pada peringkat pertama Andalus diletakkan di bawah
pemerintah pusat Daulah Umawiyyah yang berpusat di Damsyik, kemudian, setelah kejatuhan
Daulah Umawiyyah, Andalus diperintah oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang menjadikan
Andalus sebagai sebuah jajahan yang diperintah oleh Bani Umayyah.
Namun, ianya tidak berpanjangan, ekoran perpecahan yang berlaku, jajahan-jajahan di
Andalus telah diperintah oleh pemerintah di setiap jajahan. Era ini dinamakan era Muluk alTawaif iaitu kerajaan-kerajaan kecil Andalus. Kemudian perpecahan ini dapat diselamatkan
dengan pertolongan orang-orang Islam Maghrib ke atas Andalus yang meletakkan Andalus di
bawah pemerintahan kerajaan Murabitun pimpinan Yusuf Tashifin. Setelah kerajaan ini dilihat

lemah, Andalus dipimpin oleh kerajaan Muwahiddun dan akhirnya setelah wilayah-wilayah
Andalus dikuasai oleh orang-orang Kristian ekoran perpecahan yang begitu ketara oleh kerajaan

yang memerintah sebelumnya, menyebabkan orang-orang Islam hanya mampu mempertahankan
satu jajahan sahaja di Andalus, iaitu Granada yang dipimpin oleh kerajaan Bani Ahmar yang
merupakan kerajaan Islam terakhir di Andalus sebelum kejatuhannya pada tahun 897H/ 1496M
(Mahayuddin, 1990).
Walau bagaimanapun, kertas kerja ini bertujuan meninjau perbahasan para pengkaji
sejarah mengenai Muluk al-Tawaif atau kerajaan-kerajaan kecil iaitu salah satu daripada sistem
pemerintahan di Andalus. Tinjauan tertumpu kepada buku-buku, artikel dan jurnal yang
dihasilkan berkenaan tajuk Muluk al-Tawaif.
Penulis membahagikan tinjauan ini kepada sepuluh buku dalam bahasa Arab, sepuluh
buku juga dalam bahasa Inggeris dan sepuluh artikel jurnal berkaitan tajuk Muluk al-Tawaif.
Bagi tujuan itu, penulis juga menyusun buku-buku tersebut mengikut tahun penerbitan, ini
bertujuan memperlihatkan perkembangan perbahasan tajuk ini dalam kalangan para pengkaji
sejarah.

TAHUN 1962
Tarikh al-Muslimin wa Atharihim fil al-Andalus min al-Fath al-Arabi Hatta Suqut alKhilafah bil Qurtubah oleh Abd. al-Aziz Salim. 1962. Bayrut: Dar al-Ma’arif.
Penulis buku ini Abd. al-Aziz Salim telah mengemukakan suatu topik perbincangan mengenai

sejarah umat Islam di Andalus sejak dari pembukaan sehingga kejatuhan, iaitu bermula daripada
pemerintahan gabenor di Andalus sehingga pemerintahan kerajaan Bani Nasriyyah di Granada.
Namun, penulis hanya memberi penekanan dari sudut kesan peninggalan orang Islam di Andalus
termasuk bangunan-bangunan bersejarah seperti istana dan masjid. Pada akhir buku ini, penulis
telah melampirkan gambar-gambar bangunan istana dan masjid peninggalan orang Islam di
Andalus.
Melihat kepada judul buku ini, pembaca sudah dapat mengetahui maksud penulis, iaitu
tujuan buku ini dihasilkan. Walaupun sudah banyak penulisan mengenai sejarah umat Islam di
Andalus yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji sejarah, tetapi penulisan tersebut tidak
menumpu sepenuhnya kepada kesan-kesan peninggalan artifak orang Islam di Andalus. Bertitik

tolak dari sinilah, penulis membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam. Hal ini,
dibuktikan oleh kenyataan penulis sendiri dalam mukadimah buku ini;
Peninggalan orang Islam di Andalus terlalu banyak dan ianya terlalu berharga bagi
umat ini. Justeru itu, setiap generasi Islam tidak sepatutnya melupai sejarah
penting ini”.
Bagi mencapai maksud ini, penulis telah mengemukakan 8 fasal dalam buku ini. Fasal pertama
membincangkan tentang pembukaan Afrika Utara oleh orang-orang Islam. Menurut penulis
pembukaan Afrika Utara adalah penting, kerana melaluinya, pembukaan Andalus dicapai.
Fasal yang kedua, membincangkan tentang pembukaan Andalus. Perbincangan

mengenai pembukaan Andalus, dibahagikan kepada empat perbahasan. Pertama, perbahasan
mengenai Andalus sebelum kedatangan Islam. Kedua, perbahasaan mengenai kedatangan tentera
Islam yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad. Ketiga, peranan Musa bin Nusair sebagai gabenor
pertama di Andalus dan keempat, peranan Abd. al-Aziz bin Musa iaitu anak kepada Musa bin
Nusair sebagai pelengkap kepada pendudukkan Islam di Andalus.
Fasal yang ketiga, penulis menyatakan tentang latarbelakang masyarakat Islam di
Andalus yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Orang Islam terdiri daripada bangsa
Arab, Barbar, al-Muwaladdun iaitu orang-orang Andalus yang memeluk Islam. Manakala orang
bukan Islam terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Kristian. Fasal yang keempat dan kelima,
penulis membincangkan pula tentang era pemerintahan Bani Umayyah di Andalus. Penceritaan
ini diikuti perbahasan mengenai pemimpin-pemimpin Andalus, iaitu Abd. al-Rahman al-Dakhil
dan polisi pemerintahannya serta kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh
pemerintahan Bani Umayyah di Andalus.
Fasal yang keenam dan ketujuh dalam buku ini, penulis menumpukan perbincangan era
konflik yang melanda pemerintahan Bani Umayyah di Andalus. Pada fasal ini, penulis
membahaskan tentang pembentukkan kerajaan-kerajaan kecil dalam kalangan umat Islam di
Andalus. Penulis membahagikan punca perpecahan ini kepada dua; Pertama, sikap kepuakkan
yang menebal dalam kalangan umat Islam menjadi punca kepada perpecahan. Ini terbukti, di
mana, bangsa Arab menguasai wilayah Codova dan Sevilla, bangsa Barbar menguasai Granada
dan Malaga, manakala Toledo dikuasai oleh golongan Muwaliddun. Kedua, kelemahan kerajaan


Bani Umayyah terutama khalifah yang terakhir yang dilihat gagal menyelesaikan masalah
dalaman yang dihadapi mereka. Dua faktor inilah menurut penulis, menjadi punca kepada
pembentukkan kerajaan-kerajaan kecil di Andalus, disamping kewujudan faktor-faktor lain.
Walaupun, politik Andalus tidak stabil, tetapi aktiviti keilmuan dan keintlektualan
masih bergerak dengan baik. Pada fasal kelapan, penulis mula membincangkan tentang
pembinaan Masjid Jami’ Cordova, Jami’ Umar Addas di Sevilla, Masjid Toledo dan yang lebih
menarik ialah pembinaan tandas di Cordova. Dua buah tandas dibina di Cordova, satunya di
tempat yang dikenali dengan nama Calle del Bano dan satu lagi di kawasan yang dikenali
dengan nama Las Comedias iaitu berhampiran Masjid Jami’ Cordova. Pembinaan tandas
menurut penulis adalah salah satu daripada ketinggian tamadun masyarakat Islam di Andalus,
kerana masyarakat barat khususnya pada ketika itu tidak lagi membina tandas.
Kesimpulan daripada buku ini, penulis cuba sedaya upaya untuk mengangkat martabat
ketinggian tamadun dan pencapaian umat Islam di Andalus, sekalipun dilanda krisis politik yang
begitu teruk, namun aktiviti keilmuan tidak pernah dipinggirkan. Perbahasan mengenai latar
masyarakat dan sejarah awal Andalus, dilihat sebagai satu pendahuluan kepada penceritaan
sejarah Andalus yang lengkap. Penceritaan tentang kerajaan-kerajaan kecil, walaupun tidak
mendalam kerana bukan tujuan penulisan buku ini untuk membincangkan konfilk politik
Andalus, tetapi cukup sekadar menyatakan pandangan beliau mengenai faktor dan punca
pembentukkan kerajaan-kerajaan kecil.


TAHUN 1969
Muhammad Abdullah Inan. 1969. Duwal al-Tawaif Munzu Qiamiha Hatta al-Fath alMurabiti. Jil. 2. Qaherah, Maktabah al-Khanaji
Muhammad Abdullah Inan dalam bukunya ini membahaskan tentang Muluk al-Tawaif secara
keseluruhan. Buku ini boleh diberikan pujian kerana penulisnya pada jilid yang kedua hanya
menumpukan kepada sejarah Muluk al-Tawaif

sahaja tanpa menyentuh era pemerintahan

kerajaan-kerajaan lain di Andalus.
Perbahasaan mengenai Muluk al-Tawaif dalam buku ini dimulai dengan menyatakan faktorfaktor kejatuhan kerajaan Bani Umayyah dan pembentukkan Muluk al-Tawaif. Beliau telah
membahagikan dua faktor kewujudan Muluk al-Tawaif, iaitu sudut dalaman dan sudut dalaman.
Sudut Dalaman
Faktor dalaman kewujudan Muluk al-Tawaif ialah merujuk kepada kelemahan pemerintahan
Bani Umayyah. Isu dalaman istana melibat pemimpin-pemimpin tidak dapat diselesaikan dengan
baik sehingga melibat pembunuhan sesama mereka. Selain itu, semangat bangsa dan kaum
semakin menebal dalam kalangan masyarakat Andalus. Andalus terdiri daripada tiga kelompak
besar dalam kalangan orang Islam. Iaitu masyarakat Arab, Barbar dan orang-orang Andalus yang
memeluk Islam. Mereka yang kurang senang dengan sikap layanan pemerintah pusat terhadap
mereka dalam beberapa perkara. Ekoran itu, wujudlah suatu persekitaran yang membawa kepada

perpecahan dalam kalangan mereka. Faktor ini dikenali sebagai faktor dalaman yang
mewujudkan perpecahan dalam kalangan orang-orang Islam di Andalus sehingga sistem
pemerintahan berpusat seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya tidak dapat bertahan.
Sudut Luaran
Faktor luaran yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang-orang Islam di Andalus
ialah faktor Andalus yang berjiran dengan beberapa kerajaan Kristian seperti Leon, Castile,
Navarre dan Perancis. Andalus sering sahaja menerima ancaman demi ancaman daripada
kerajaan tersebut yang mengangap peperangan menentang orang Islam adalah perang jihad.
Perpecahan dalaman antara orang-orang Islam di Andalus sebenarnya membuka pintu bagi
mereka untuk merampas kembali bumi Andalus dari tangan orang Islam.

Kesimpulan, buku ini menyatakan tentang faktor-faktor kewujudan kerajaan-kerajaan kecil di
Andalusia, faktor-faktor ini dibahagikan kepada dua iaitu faktor luaran dan dalaman.

TAHUN 1972
Ma’a al-Muslimin Fil al-Andalus oleh ‘Ali Habibah. 1972. Qaherah; Maktabah al-Shabab.
Buku ini berjudul Ma’a al-Muslimin Fil al-Andalus, hasil tulisan Dr. ‘Ali Habibah iaitu
pensyarah di Kuliah Dar al-Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Berpandukan judul buku ini,
pembaca sudah boleh menjangka bahawa topik perbincangan buku ini, hanya mengenai sejarah
umat Islam di Andalus. Pada pendahuluan buku ini, penulis menyatakan bahawa, selama tempoh

8 kurun umat Islam mencipta sejarah di benua Eropah, sudah tentu banyak pengalamanpengalaman yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan ini. (Hlm.2).
Daripada kenyataan penulis, dapat difahami tujuan buku ini ditulis, di mana penulis berhasrat
untuk membawa umat Islam pada hari ini, meninjau kehidupan umat Islam di Andalus.
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Andalus yang tercatat dalam buku sejarah, cuba
didedahkan oleh penulis dengan menafsirkan sejarah itu sesuai dengan kefahaman masyarakat
Islam masa kini.
Buku ini mengandungi 6 fasal utama. Fasal pertama membincangkan tentang wilayah
Afrika Utara yang terdiri daripada 4 buah negara pada hari ini, iaitu Libya, Tunisia, Algeria dan
Maghribi. Penduduk di wilayah ini terdiri daripada orang Barbar. Mereka menerima Islam
selepas kedatangan Uqbah bin Nafi’ ke utara Arfika pada zaman Khulafa’ al-Rashidin.
Kemudian, penguasaan Islam di wilayah utara Afrika berterusan sehingga zaman Daulah
Umawiyyah. Kerajaan Daulah Umawiyyah, melantik Musa bin Nusair sebagai gabenor di utara
Afrika.
Fasal yang kedua, penulis mengemukakan sejarah kemasukkan Islam ke Andalus.
Namun, dinyatakan latar belakang Andalus sebelum kedatangan Islam. Penulis turut menyebut
nama-nama pemerintah Andalus era sebelum kedatangan Islam dan wilayah-wilayah Andalus.
Kedatangan Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad, Tarif dan Musa bin Nusair yang
menyeberangi teluk Gibrata, bersama tentera Islam memulakan era baru dalam sejarah Andalus

khususnya dan umumnya kepada umat Islam setelah ajaran Islam yang sebelum ini hanya berada

dibenua Asia dan utara Afrika, kini berjaya memasuki benua Eropah.
Pada fasal yang ketiga, penulis menumpukan pula perbincangan pembentukan
kerajaan-kerajaan Islam di Andalus. Selepas Islam berjaya menguasai Andalus, Musa bin Nusair
menjadi Gabenor di sana. Andalus di masukkan ke dalam pentadbiran kerajaan Daulah
Umawiyyah yang berpusat di Damsyiq. Pemerintahan ini berterusan sehingga kerajaan Daulah
Umawiyyah jatuh di tangan Bani Abbas yang membentuk kerajaan Daulah Abbasiyyah pada
tahun 132H dengan perlantikkan Abdullah al-Saffah sebagai Khalifah. Perubahan politik
kerajaan pusat juga menyebabkan berlakunya perubahan pemerintah Andalus di mana, Abd. alRahman al-Dakhil iaitu kerabat kerajaan Bani Umayyah di Damsyiq melarikan diri ke Andalus,
ekoran sikap pemerintah kerajaan Bani Abbasiyyah yang baru menaiki tahta, berhasrat
memastikan penyokong Bani Umayyah dihapuskan.
Kedatangan Abd al-Rahman al-Dakhil, disambut baik oleh masyarakat Andalus. Abd.
al-Rahman dilantik sebagai pemerintah dan diikuti anak dan cucunya yang menjadi khalifah
selepasnya. Maka bermulalah era pemerintah Bani Umayyah di Andalus. Pemerintahan Bani
Umayyah di Andalus bermula pada tahun 138H / 755M. Kerajaan ini telah membina peradaban
di Andalus, antaranya ialah terbinanya Masjid Cordova pada tahun 170H / 786M.
Namun, setiap pemerintah sudah tentu ada kelemahannya. Kerajaan ini pada akhirnya
mengalami pelbagai krisis dalaman yang tidak diselesai dengan baik. Disamping sikap
diskriminasi terhadap kaum lain terutama kaum Barbar, menjadi faktor kelemahan kerajaan Bani
Umayyah. Dicelah inilah, munculnya kerajaan-kerajaan kecil atau dikenali sebagai Muluk alTawa’if. Kerajaan-kerajaan ini diwakili oleh setiap kumpulan-kumpulan yang memerintah di
kawasan-kawasan yang dikuasai oleh mereka.

Sebagai kesimpulan, perbahasan mengenai Muluk al-Tawaif dalam buku ini,
dinyatakan sebab pembentukan kerajaan-kerajaan kecil dan kumpulan-kumpulan yang mewakili
mereka serta kawasan yang ditadbir oleh setiap satu daripada mereka.

TAHUN 1974
Al-Mu’tamid bin Abbad oleh Ali Idham. 1974. Bayrut; Dar al-Quds.
Buku ini adalah biografi seorang tokoh besar dalam era Muluk al-Tawa’if di Sepanyol iaitu alMu’tamid bin Abbad. Beliau merupakan salah seorang pemimpin kerajaan kecil yang memimpin
di kawasan Sevilla. Penulis buku ini iaitu Ali Idham menyatakan tujuan pemilihan tokoh ini
sebagai bahan perbincangan, kerana menurut beliau kerajaan Banu Abbad yang memerintah
Sevilla merupakan sebuah kerajaan yang kuat dari sudut pengaruhnya (Hlm. 8).
Bagi mencapai objektif penulisan buku ini, penulis telah mengemukakan 14 tajuk
dalam buku ini yang secara keseluruhannya menumpukan kepada pemerintahan kerajaan Banu
Abbad di Sevilla dan biografi al-Mu’tamid dibincangkan secara terperinci. Tajuk-tajuk yang
dikemukakan oleh penulis dimulai dengan penceritaan mengenai kejatuhan khilafah Bani
Umayyah di Sepanyol. Penceritaan ini adalah untuk menjustifikasikan terbentuknya kerajaankerajaan kecil atau Muluk al-Tawa’if di Sepanyol.
Penulis tidak ketinggalan menyatakan faktor kejatuhan kerajaan Bani Umayyah di
Sepanyol. Antara faktor-faktor yang dinyatakan ialah penduduk Sepanyol yang terdiri daripada
pelbagai bangsa menyukarkan proses penyatuan dilakukan antara mereka. Selain itu, faktor
geografi Sepanyol yang bergunung dan berbukit antara satu kawasan dengan kawasan yang lain,
turut diklasifikasikan sebagai penyebab kepada kejatuhan Bani Umayyah di Andalus (Hlm. 19).

Faktor-faktor ini sekaligus menjustifikasikan kewujudan kerajaan-kerajaan kecil di setiap
kawasan di Sepanyol yang diwakili oleh setiap bangsa yang mempunyai kepentingan tersendiri.
Pada tajuk seterusnya, penulis secara ringkas menyenaraikan kerajaan-kerajaan kecil
yang memerintah Sepanyol. Namun, tumpuan hanya diberikan kepada penceritaan mengenai
kerajaan Banu Abbad di Sevilla. Kerajaan ini dipimpin oleh bangsa Arab yang mendiami
Sepanyol. Pemimpin pertama bagi kerajaan ini ialah al-Qadhi Abu al-Qassim Muhammad bin
Ismail, kemudian selepas kewafatannya pada tahun 410H, diganti oleh pemimpin dari Bani
Hamud yang juga berbangsa Arab. Penyerahan jawatan daripada Bani Abbad kepada Bani
Hamud dilakukan kerana al-Qadhi Abu al-Qasim Muhammad bin Ismail tidak mempunyai
pewaris yang layak menjawat jawatan tersebut, selain itu, penyerahan ini juga dilakukan demi
menjaga Sevilla daripada pengaruh orang Barbar (Hlm. 54).

Kemudian, penyerahan semula kerajaan itu kepada Bani Abbad di bawah pimpinan alMu’tadid dilakukan selepas pewaris Banu Hamud terkorban dalam peperangan menentang orang
Barbar. Bermula pada era itulah, Sevilla dikuasai oleh Bani Abbad di bawah pimpinan alMu’tadid. Beliau seorang yang tegas dan berani serta pada masa yang sama seorang yang sangat
gemar kepada ilmu pengetahuan.
Selepas berakhir pemerintahan al-Mu’tadid, kepimpinan diteruskan oleh anaknya yang
bernama al-Mu’tamid. Beliau dilahirkan pada tahun 432H di perkampungan Bajjah, iaitu salah
satu perkampungan di Sepanyol. Mendapat pendidikan daripada ayahnya terutama mengenai
urusan pentadbiran wilayah (Hlm. 94). Beliau juga terkenal sebagai seorang yang memiliki
kepintaran dalam syair Arab (Hlm. 113). Memimpin kerajaan Bani Abbad di Sevilla dengan
mengantikan ayahandanya. Kejayaan besar beliau iaitu berjaya menguasai Cordova pada era
pemerintahannya.
Al-Mu’tamid merupakan seorang penyair, banyak bait syair yang dihasilkan oleh
beliau. Namun, percaturan politik yang mencabar menyebabkan pemerintahan diuji. Pihak
Kristian di utara telah menyerang Sepanyol dan berjaya menawan Toledo pada tahun 478H.
Lantaran itulah, al-Mu’tamid mengirim surat kepada kerajaan Murabitun di utara Afrika untuk
membantu mengusir tentera Kristian daripada bumi Sepanyol. Tindakan ini menyebabkan
pemimpin kerajaan Murabitun datang membantu dan seterusnya menguasai sepanyol serta
menyatukan semua seluruh wilayah Sepanyol di bawah pemerintah kerajaan Murabitun. Maka
berakhirlah kerajaan Muluk al-Tawaif.
Kesimpulan, buku ini membicarakan tentang tokoh yang terlibat khusus dalam kerajaan
Muluk al-Tawaif dan cabaran yang dilaluinya serta tindakan yang dilakukan olehnya untuk
menghadapi pengaruh Kristian dan serangan mereka terhadap Andalus.

TAHUN 1975
A History Of Islamic Spain . 1975: W. Montgomery Watt
Di dalam buku A History Of Islamic Spain yang ditulis oleh W. Montgomery Watt adalah
bertujuan menceritakan secara keseluruhannya berkaitan dengan pemerintahan Islam di
Sepanyol. Bagi memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan berkaitan buku ini,
penulis membahagikannya dengan 8 bab yang utama dan satu daripadanya menyentuh sedikit
sebanyak berkaitan Muluk At-Tawaif (Party Kings).
Menurut Penulis pada tahun 1009 telah bermula bibit-bibit pergolakan dalam
pemerintahan kerajaan Islam Andalusia. Pergolakan ini berlaku dalam jangka masa yang panjang
sehingga sampai kepada kemuncak pada tahun 1031. Pada masa itu, kerajaan pusat yang
menguasai seluruh kawasan Andalusia

telah hilang kuasa sedikit demi sedikit kerana

wujudnya perebutan untuk menjadi khalifah ataupun ketua untuk memerintah kawasan mereka
sendiri. Ekoran daripada peristiwa tersebut maka wujudlah kerajaan-kerajaan kecil yang
diperintah oleh ketua pemerintah yang berbeza.
Mereka terdiri daripada suku-suku Arab yang dikenali sebagai Barbar, Saqliba, dan
orang-orang Andalusia. Ia membuatkan kerajaan di Andalusia berpecah belah dan para
pemerintah ingin menunjukkan kekuatan masing-masing serta mempertahankan kaum-kaum
mereka sahaja. Kerajaan-kerajaan kecil ini bertapak di wilayah Sevilla, Granada, Cordoba,
Toledo, Badajoz dan Zaragosa.
Menurut penulis lagi, bagi mengukuhkan kerajaan-kerajaan tersebut para pemerintah
giat mengambil kesempatan kerana mahukan tempat dan kedudukan yang mewah. Situasi ini
akan memberikan mereka laluan untuk bermegah-megah dan mengumpulkan kekayaan diri.
Keluasan bumi sepanyol yang tinggal ketika itu hanyalah sekitar 450,000 kilometer persegi dan
dipecahkan kepada 22 buah wilayah kecil dengan pentadbiran dan kepimpinan dan pentadbiran
yang berasingan. Keadaan ini melemahkan kedudukan mereka dalam menghadapi ancaman
musuh-musuh luar. Selain itu, peperangan sesama umat Islam diantara wilayah Islam ini juga
sering berlaku atas sebab-sebab yang berpunca dari sikap dengki dan perebutan kuasa.

Penulis menceritakan juga sejarah perkembangan budaya dan keadaan umat Islam pada masa itu
yang mana lahirnya penyair-panyair yang memuji dan memuja. Mereka mengutarakan syairsyair tersebut di khalayak ramai sebagai usaha untuk mendapatkan restu pemimpin. Pemimpin
juga dengan bangganya memberikan mereka ganjaran berbentuk dinar emas dan dirham perak
untuk setiap syair yang dideklimasikan.
Ketika itu juga lahirnya ulama yang cuba mengambil perhatian pemimpin. Dengan
mengeluarkan arahan (fatwa) yang pelik yang bertujuan untuk mendapatkan keredhaan
pemimpin. Antara fatwa-fatwa yang pelik yang telah di keluarkan adalah seperti mengharuskan
orang-orang Islam Cordova menyerang rakyat Islam Sevilla. Ada juga arahan atau fatwa yang
mengharuskan orang Sevilla orang Islam Badajoz dan begitulah seterusnya sehingga
mencetuskan situasi yang huru hara dan wilayah-wilayah mereka menjadi porak peranda dengan
tercetusnya perang hasil daripada fatwa yang di reka dan arahan yang sama sekali tidak masuk
akal oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Menurut penulis lagi, disebabkan setiap Negara hanya memiliki kekuatan ketenteraan
yang kecil dan memiliki keluasan yang agak terhad mereka sama sekali tidak teragak untuk
meminta bantuan kerajaan Kristian Sepanyol dan sekitarnya bagi melancarkan perang terhadap
terhadap wilayah di bawah penguasaan saudaranya sesame Islam. Masin-masing cuba
mendapatkan bantuan daripada kerajaan Kristian Sepanyol yang terdiri daripada tiga negara iaitu
Kerajaan Leon, Aragon dan Castille.
Kesimpulannya, kerajaan Kristian sepanyol tidak mensiakan peluang yang terhidang
apabila dalam masa yang sama mereka dapat menakluki kerajaan-kerajaan kecil (Muluk alTawaif) dan ia menjadikan kerajaan Islam di sepanyol secara keseluruhannya lumpuh dan
dikuasai oleh pemerintah politik yang baru iaitu puak Kristian di Sepanyol.

TAHUN 1979
Islamic and Christian Spain in The Early Middle Ages. 1979: Thomas F. Glick
Buku Islamic and Christian Spain in The Early Middle Ages merupakan karya Thomas F. Glick.
Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum berkaitan
dengan pemerintahan dan keadaan umat Islam serta Kristian pada awal zaman pertengahan di
Sepanyol. Bagi memudahkan orang ramai untuk memahami buku ini penulis telah
membahagikan isi kandungannya kepada 9 bab yang utama.
Bab pertama di dalam buku ini adalah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
persimpangan tamadun pada zaman tersebut yang mana berlaku perpecahan secara besar-besaran
terhadap kerajaan Cordova yang mengakibatkan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali
sebagai Muluk al-Tawaif.
Penulis turut menukilkan dalam karyanya, bahawa pada abad ke 11 merupakan saat
yang paling kritikal dalam abad zaman pertengahan sepanyol apabila menyaksikan perubahan
kuasa yang berlaku selepas kematian sultan al-Mansur yang merupakan Khalifah di Cordova
yang merupakan penguasa yang terkuat di Eropah ketika itu. Namun begitu, kekuasaannya
runtuh dan musnah dalam beberapa tahun selepas itu, iaitu pada tahun (1008-1031). Kesatuan
Islam telah beralih kuasa daripada sebuah kerajaan yang kuat dan tersusun struktur politiknya
dan dipimpin oleh seorang khalifah dalam sebuah negara tersebut kepada kerajaan-kerajaan kecil
yang di perintah oleh khalifah-khalifah yang berlainan. Pemerintahan ini dikenali sebagai Muluk
al-Tawaif (Party Kings).
Perpecahan kuasa-kuasa Islam akibat kerakusan para pemimpin bagi setiap wilayah dan
suku kaum untuk mengukuhkan kuasa politik dan ingin mengambil kesempatan kepada wilayahwilayah lain maka ia memberi peluang kepada negara-negara Kristian mengambil kesempatan
dengan terlebih dahulu menubuhkan kekuasaan mereka ke atas Muluk al-Tawaif. Ia merupakan
satu kerugian besar kepada pemerintahan Islam pada zaman tersebut. Dengan sebab itu, puakpuak Kristian yang menguasai kerajaan Islam pada zaman itu membuat pembaharuan dalam
penaklukan wilayah Islam. Pergerakan dan penaklukan tersebut bermula di kawasan tengah
sehingga timur pada tahun 1045.

TAHUN 1981
Tarikh Ibn Khaldun, Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajam wa alBarbar wa man Asarahum min zawi al-Sultan al-Akbar. oleh Abd. al-Rahman bin Khaldun
(808 H). 1981. Jil. 3 Bayrut: Dar al-Fikr.
Ibn Khaldun atau nama sebenar beliau ialah Waliuddin Abd. al-Rahman bin Muhammad bin
Khaldun al-Hadrami yang dilahirkan pada Ramadan tahun 732H bersamaan Mei 1332M di
Tunisia. Beliau adalah seorang tokoh sejarawan Islam yang terkenal di dunia Islam. Bahkan
dunia barat juga turut mengiktirafnya sebagai seorang pengasas kepada bidang falsafah sejarah.
Karya-karya Ibn Khaldun yang selalu dirujuk ialah Qasidah Ibn Abdun al-Ashbili,
Lubab al-Muhsal fi Usul al-Din, kitab al-Rihlah dan yang terkenal iaitu Tarikh Ibn Khaldun,
Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajam wa al-Barbar wa man
Asarahum min zawi al-Sultan al-Akbar atau dikenali dengan nama kitab al-’Ibar.
Kitab ini menceritakan tentang sejarah masyarakat-masyarakat yang hidup sebelum
atau sezaman dengan Ibn Khaldun. Masyarakat-masyarakat tersebut termasuklah masyarakat
Arab, Barbar dan bangsa-bangsa yang lain. Dengan kemunculan kitab ini, Ibn Khaldun dikenali
sebagai seorang tokoh ilmu sosiologi yang ulung.
Penceritaan mengenai sejarah Andalus dan pemerintahan Muluk al-Tawaif turut
dinyatakan dalam kitab al-Ibar. Menurut Ibn Khaldun, permulaan terbentuknya Muluk al-Tawaif
atau kerajaan-kerajaan kecil setelah kerajaan Khilafah Arab iaitu Bani Umayyah mengalami
kelemahan. Ekoran itu, berlakulah perpecahan antara orang Islam di Andalus. Lalu setiap puak,
yang terdiri daripada kaum Arab dan Barbar telah membahagikan wilayah antara satu sama lain
dengan membentuk kerajaan yang berasingan. Setiap satu daripada kerajaan-kerajaan ini
bertelagah antara satu sama lain. Sebahagian daripada mereka sanggup bekerjasama dengan
taghut (pihak Kristian). Konflik ini telah ditamatkan dengan kedatangan Amir kerajaan
Murabitun iaitu Yusuf Tashifin.
Dalam konteks ini, Ibn Khaldun telah menyebut kerajaan Muluk al-Tawaif bermula
pada tahun 422H, selepas al-Wazir Abu al-Hazm bin Jahwar mengumumkan kejatuhan kerajaan
Bani Umayyah di Andalus. Pengumuman itu, menjadi titik permulaan era pemerintah baharu

iaitu Muluk al-Tawaif. Pemerintahan ini menyaksikan terbentuknya kerajaan-kerajaan kecil
sebanyak melebihi dua puluh buah kerajaan di kawasan-kawasan yang diwakili oleh mereka.
Antara kerajaan tersebut ialah Kerajaan Bani Abbad di Sevilla, Kerajaan Bani Jahwar di Cordova
dan Kerajaan Bani Hamud juga di Cordova. Pemerintahan ini berakhir selepas pemimpin umat
Islam dan para ulama’ menyedari kesilapan yang mereka lakukan selepas jatuhnya bandar
Toledo di tangan pihak Kristian. Hal ini, menyebabkan pemimpin Bani Abbad yang memerintah
Sevilla, bertindak menjemput pemimpin Kerajaan Murabitun iaitu Yusuf Tashifin datang ke
Andalus untuk mengusir pihak Kristian dan menamatkan konfilk yang berlaku. Kerajaan
Murabitun memenuhi undangan tersebut atas dasar menolong saudara seagama, berjaya
menamatkan konflik politik yang berlangsung lebih kurang 70 tahun itu.
Penceritaan ini diulas oleh Ibn Khaldun dengan mengesa umat Islam khusus mengambil
iktibar dan ibrah daripada sikap buruk yang dilakukan oleh pemimpin Islam di Andalus. Sikap
ini ternyata merugikan Islam, walaupun pada peringkat awal pemerintahan Islam di Andalus
dikira sebagai suatu pemerintahan yang terbaik, namun akibat gila kuasa yang membawa kepada
permusuhan sesama sendiri hingga memerlukan bantuan daripada pihak luar. Akhirnya, orang
asing diberi kepercayaan untuk mencampuri urusan politik umat Islam.
Kesimpulan, kenyataan Ibn Khaldun dalam kitab beliau mengenai sejarah Muluk alTawaif ialah lebih kepada mengecam sikap pemerintah Andalus yang gila kuasa sehingga
mengetepikan kepentingan agama dan ummah. Lontaran idea beliau, ke arah mengambil iktibar
daripada konfilk yang melanda umat Islam, agar ianya tidak berulang lagi pada masa akan
datang.

TAHUN 1985
The Rise And Fall Of The Party King : Politics And Society In Islamic Spain 1002-1086
oleh David Wasserstein. 1985. New Jersey : Princeton University Press.
Buku The Rise And Fall Of The Party King : Politics And Society In Islamic Spain, antara buku
terkenal dalam membincangkan sejarah Islam di Sepanyol. Ianya selalu dijadikan rujukan oleh
pengkaji dan penyelidik dalam mendapatkan maklumat berkenaan sejarah Islam di Andalus.
Umum mengetahui bahawa tempoh pemerintahan Islam di Andalus, ialah selama 8
abad lamanya, dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa yang dilalui oleh umat Islam di Andalus.
Paling menonjol dalam sejarah peradaban tamadun dunia adalah Andalus adalah pintu gerbang
kemasukkan tamadun Islam ke dunia barat.
Buku The Rise And Fall Of The Party King : Politics And Society In Islamic Spain,
memaparkan kepada para pembaca khususnya, berkenaan peringkat-peringkat yang dilalui oleh
pemerintah Islam semasa menguasai Andalus serta kedudukan masyarakat yang menjadi rakyat
di Andalus. Dua aspek iaitu politik dan masyarakat diberi penekanan oleh penulis buku ini.
Dalam konteks, pemerintahan muluk al-Tawaif atau dalam istilah bahasa inggeris
disebut sebagai The Taifa’ Kingdom, penulis telah menghuraikan mengenai faktor-faktor yang
mendorong kewujudan sistem pemerintahan ini. Beliau tidak menolong wujudnya kelemahan
dalam pemerintahan Bani Umayyah dan sikap gila kuasa dalam kalangan pemimpin jajahan
menjadi sebab terbentuknya kerajaan-kerajaan kecil ini.
Selain menyentuh tentang faktor-faktor di atas, penulis juga dalam membincangkan
tentang latar masyarakat Andalus yang terdiri daripada msayarakat Islam dan bukan Islam juga
mengaitkan kewujudan sistem pemerintahan berasingan ini, disebabkan pengaruh bangsa atau
kumpulan-kumpulan yang memecahkan perpaduan yang dicapai sebelum ini. Masyarakat Islam
pula terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Arab, Muwallad dan Barbar. Manakala
masyarakat bukan Islam terdiri daripada Kristian dan Yahudi.
Sebagai kesimpulan, buku ini begitu jelas dalam menyatakan perkara ini berhubung
dengan faktor-faktor kewujudan Muluk al-Tawaif. Huraian penulis yang melihat kepada semua

aspek menjadikan analisanya dilihat kukuh dan logik. Namun, penulis tidak menyebut peranan
ulama atau ahli agama dalam menyatukan pemimpin-pemimpin yang bertelagah ini.

TAHUN 1987
Muslim Spain (711-1492) oleh Richard Hitccock. 1987. New York. Methuen & Co. Ltd.
Artikel ini ditulis oleh Richard Hitccock dan dimuatkan dalam buku yang berjudul Spain A
Companion To Spanish Studies yang diterbitkan pada tahun 1987. Artikel ini telah
membincangkan tentang sejarah umat Islam di Sepanyol dalam bentuk yang menyeluruh. Di
mana, penulis telah menyusun perbahasannya dalam artikel ini dengan berpandukan kepada
kronologi sejak kemasukkan orang-orang Islam ke Sepanyol sehingga kejatuhan mereka.
Penyusunan dalam bentuk kronologi itu dimulai dengan membincangkan tentang
sejarah kedatangan Islam ke Sepanyol, kemudian, dibahaskan tentang bentuk muka bumi
Sepanyol iaitu dari sudut geografi, pemerintah Islam di Sepanyol dari pemerintahan bergabenor
di bawah kekuasaan Daulah Umawiyyah di Damsyik, kerajaan Bani Umayyah, sistem
pemerintahan Muluk al-Tawaif, penaklukan kerajaan Murabitun dan Muwahiddun dan
pemerintahan Bani Ahmar di Granada. Turut dinyatakan oleh penulis, mengenai kerajaankerajaan Kristian yang berkuasa di utara Sepanyol.
Perbincangan mengenai kerajaan Muluk al-Tawaif dalam artikel ini, dimulai dengan
menyatakan tarikh bermulanya pemerintahan ini, di mana menurut penulis, pada tahun 1031M,
umat Islam mula berpecah dan membentuk kerajaan berasingan mengikut kaum dan kawasan
yang dikuasai mereka. Beliau juga menyatakan tahun berakhirnya kerajaan ini iaitu pada tahun
1090M.
Penulis juga turut membincangkan mengenai kumpulan-kumpulan yang membentuk
kerajaan-kerajaan kecil. Mereka terdiri daripada bangsa Arab, bangsa Sepanyol yang memeluk
Islam ( The Hispano-Muslim Group) dan suku Barbar yang berasal dari utara Afrika. Ketiga-tiga
kumpulan ini membentuk kerajaan kecil di kawasan-kawasan yang diwakili oleh mereka.
Kawasan-kawasan tersebut seperti Granada, Sevilla, Toledo, Malaga dan selainnya.

Penulis mengakhir artikelnya dengan mengatakan bahawa, kelemahan umat Islam di
Andalus mula terserlah setelah mereka tidak lagi mementingkan agama mereka, sebaliknya
hanya mementingkan pangkat, kedudukan dan kekayaan. Beliau juga turut membandingkan
kejayaan Sepanyol di bawah pemerintahan Bani Umayyah pada peringkat awal yang berjaya
mewujudkan keamanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Andalus.

TAHUN 1992
The Contest Of Cristian And Muslim Spain 1031-1157. Bernard F.Reilly. 1992. 3
Cambridge Centre, USA
Buku berjudul The contest Of Cristian And Muslim Spain adalah tulisan Bernard F.Reilly.
Tujuan penulisan buku ini adalah untuk menceritakan kepada masyarakat umum berkaitan
tentang perebutan kuasa oleh orang Kristian dan umat Islam di Sepanyol. Buku ini telah
dibahagikan kepada 10 bab yang utama.
Dalam bab yang pertama buku ini penulis yang bertajuk pertukaran pemerintahan lama,
penulis cuba mengheret pembaca untuk menceritakan bagaimana keadaan sebenar yang berlaku
ke atas pemerintahan Islam yang telah bertukar ganti pemerintahannya kepada kerajaan Kristian
di Sepanyol.
Menurut penulis pada era itu iaitu pada tahun 1031M, sepanyol terbahagi kepada tujuh
wilayah yang kecil yang memisahkan diri dengan pemerintahan pusat di Cordoba. Ia juga disebut
sebagai Muluk al-Tawaif. Masing-masing diperintah oleh pemerintahan daripada suku-suku arab
dan Barbar yang berlainan antaranya

1. Banu Ubbad: Mereka merupakan suku kaum yang berketurunan orang asal
sepanyol yang telah memeluk Islam dan berlaku percampuran darah dengan
orang-orang Arab dan memerintah wilayah sevilla.
2. Banu Zairi: mereka adalah satu Puak dari Kaum Barbar yang menguasai dan
memerintah di wilayah Granada.

3. Bani Juhur: Menguasai kawasan sekitar Cordoba.
4. Banu Afthas: Mereka juga dari bangsa Barbar yang mendiami kawasan Barat
Sepanyol dan mendirikan kerajaan Badajoz.
5. Banu Zi al-Nun: mereka juga adalah dari bangsa Barbar yang menguasai Utara
Sepanyol dari Toledo ke bahagian yang mengajur ke Utara.
6. Banu Amir: Mereka adalah keturunan Hajib al-Mansur dari nasab bangsa Arab
Yaman yang memerintah negara Islam Sepanyol. Mereka juga menguasai sekitar
kawasan timur Sepanyol iaitu Wilayah Valencia.
7. Banu Hud: Menguasai kawasan Zaragosa.
Menurut penulis, perpecahan dalaman yang berlaku menyebabkan akhirnya terbentuk 7 wilayah
utama dan 22 buah kawasan-kawasan kecil yang memilik pemerintah yang berasingan. Keadaan
ini, berbeza dengan suasana di sepanyol pada zaman awal pembukaannya. Ketika itu, para
pemerintah amat mementingkan kesatuan dalam kalangan rakyat, namun begitu segalanya sudah
mula berubah apabila para pemimpin mula mementingkan diri sendiri dan berkelahi sesama
sendiri. Bagi mendapat kekuatan dan menunjukkan kekuatan mereka di mata rakyat wilayahwilayah yang kuasai mereka, para pemimpin berlumba-lumba untuk mendapatkan pertolongan
daripada luar wilayah dan negara mereka.
Malahan, apabila pemimpin Islam di wilayah-wilayah tertentu perlu membayar ufti
kepada kerajaan Kristian Sepanyol demi mendapatkan perlindungan daripada mereka. Bahkan,
mereka sanggup menghina diri membayar ufti dan menyatakan ketaatan kepada naungan Kuasa
Kristian Sepanyol.
Dalam masa yang sama mereka saling berlumba untuk menunjukkan kekuatan dan
kemegahan antara sesama Islam. Mereka membayar ufti kepada raja Alfonso yang memerintah
Castille. Sedangkan, kerajaan Kristian Castille menjadi semakin kuat setelah mereka mendapat
kawasan-kawasan tanah Islam hasil dari perjanjian dengan pemerintah Islam tersebut. Oleh
kerana ini, pemerintahan Islam sedikit demi sedikit secara langsung menjadi jajahan taklukan
oleh Kristian. Ekoran daripada peristiwa terbabit menjadikan Cordoba dan wilayah-wilayah lain
menjadi milik Kristian di Sepanyol.

TAHUN 1994
The Christian Conquest Of Spain. Roger Collins. 1994. USA
Buku The Christian Conquest Of Spain karya Roger Collins membincangkan tentang bagaimana
kerajaan Islam mengalami kejatuhan dan sekaligus berjaya ditakluk oleh kerajaan Kristian.
Tujuan buku ini ditulis adalah untuk mendedahkan matlumat kepada para pembaca, supaya
mereka mengetahui dan memahami bagaimana kerajaan Islam Andalus berjaya ditewaskan oleh
kerajaan Kristian.
Buku ini mengadungi 8 bab utama, di mana pada bab ketiga buku ini, penulis
menyentuh perbincangan berkaitan dengan kerajaan-kerajaan kecil dikenali sebagai Muluk alTawaif

(Party King). Huraian penulis, bahawa Muluk al-Tawaif muncul hasil daripada

ketidakpuasan hati suku kaum yang mendiami Andalus terhadap pemimpin kerana pusat iaitu
Bani Umayyah, hingga menyebabkan timbulnya perpecahan yang terbentuk kerajaan-kerajaan
kecil. Hal ini, secara tidak langsung dapat melumpuhkan kedudukan pemerintahan kerajaan
Islam di Andalus.
Selepas wujudnya kerajaan-kerajaan kecil, pelbagai krisis telah terjadi di antara mereka
antaranya ialah mereka mula bergaduh antara satu sama lain demi mengekalkan tahta dan
pemerintahan sehingga terpaksa meminta pertolongan kuasa luar daripada wilayah (Kristian).
Mengulas isu yang sama, penulis juga menyatakan tentang isu penaklukan dan
kejatuhan wilayah Zaragoza. Antara yang patut diketahui ialah pemerintah Zaragoza yang
mempunyai dua orang anak. Sebelum kematiannya, beliau mahukan anaknya yang sulung
menjadi penggantinya, Tetapi disebabkan ketamakkan dan keinginan menjadi raja sangat kuat,
maka kedua-duanya anaknya mahu menggantikannya. Menurut penulis lagi, pemerintah
Zaragoza akhirnya telah bertindak membahagikan kerajaannya kepada dua negara berasingan.
Satu untuk anak sulungnya dan satu untuk anak keduanya. Ia merupakan satu tindakan yang
bukan sahaja jarang berlaku, tetapi mungkin itulah yang pertama dan terakhir dalam sejarah
pemerintahan yang berlaku di dunia ini. Inilah punca kelemahan umat Islam, apabila mereka
menyangka pangkat dan jawatan sebagai satu keistimewaan dan kemuliaan dalam diri.

Isu ini semakin berpanjangan, setelah kematian Raja Zaragoza, berlaku pula perebutan sempadan
antara antara kedua-dua anaknya. Salah seorang daripada mereka bertindak meminta bantuan
kerajaan Kristian Aragon dan akhirnya Raja Barcelona yang berada di bawah kerajaan Aragon
dihantar untuk menghapuskan orang-orang Islam di Zaragoza. Peristiwa kepungan terhadap
orang Islam ini berlaku pada tahun 1064M dan tercatat dalam lipatan sejarah untuk terus
dipaparkan. Sejarah menyaksikan bagaimana 40 hari orang Islam dikepung. Mereka meminta
bantuan dari seluruh kuasa Islam di bumi sepanyol, namun tiada siapa yang mempedulikannya.
Menurut penulis lagi, tentera Kristian Barcelona itu juga turut menuntut agar dipilih
tujuh ribu wanita-wanita cantik untuk dijadikan sebagai tawanan mereka bagi menghentikan
sekatan tersebut. Setelah semua itu berjaya dilaksanakan, mereka mula merogol wanita-wanita
malang itu di hadapan suami dan keluarga mereka. Disebabkan terlalu larut dengan kemewahan
dunia, orang-orang Islam ketika itu tidak lagi mempunyai roh jihad sebagaimana yang dimiliki
oleh nenek moyang mereka. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali meratapi kehinaan yang
dicipta oleh tangan-tangan mereka sendiri.
Pada tahun yang sama, serangan Kristian Sepanyol ke atas Bandar Valencia telah
menyaksikan ke peringkat 40,000 angka korban. Ramai ulama yang dilahirkan di era tersebut
seperti Ibn Hazm, Ibn Abd al-Barr, Ibn Hayyan, Abu al-Walid al-Baji. Para ulama’ telah
mengajak para pemimpin kembali kepada kesatuan di bawah satu kepimpinan. Malangnya,
seruan mereka itu disambut dingin oleh pentadbir yang memerintah Sepanyol ketika itu.
Perasaan takut kepada kerajaan Kristian amat memuncak di kalangan umat Islam. Di
tambah pula dengan perasaan tidak percaya kepada sesama Islam. Ini menyebabkan mereka lebih
sanggup untuk membayar ufti dan mentaati musuh walaupun kedudukan mereka jauh dari negara
Kristian seperti wilayah Sevilla sehingga kawasan mereka senang ditakluk oleh musuh.

TAHUN 1995
Nafhu al-Tiib Min Ghasn al-Andalus al-Ratib oleh Ahmad bin Muhammad bin al-Maqarri,
Tahqiq oleh Maryam Qasim & Yusuf Ali. 1995. Jil. 1. Bayrut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah.
Kitab Nafhu al-Tiib Min Ghasn al-Andalus al-Ratib adalah rujukan bagi sejarah Andalus atau
Sepanyol. Setiap orang yang mengkaji sejarah Andalus, mesti merujuk kitab ini. Kitab ini adalah
antara kitab muktabar yang memperihalkan mengenai sejarah Andalus yang begitu panjang
tempoh masanya.
Penulis kitab ini dikenali dengan nama al-Maqarri atau nama sebenarnya Sheikh
Ahmad bin Muhammad al-Tilmasani (w.1041). Beliau berasal dari Maghrib dan bermazhab
Maliki. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang membicarakan tentang sejarah Andalus secara
lengkap. Menurut Maryam Qasim, kitab Nafhu al-Tiib adalah kitab yang membicarakan tentang
sejarah Andalus sejak pembukaannya oleh orang-orang Islam sehingga kejatuhannya pada tahun
897H/1492M. Atas sebab itu, kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir dalam bidang pengajian
sejarah Andalus (Maryam, 1995).
Perbincangan mengenai era Muluk al-Tawa’if atau kerajaan-kerajaan kecil di Andalus,
telah dinyatakan oleh penulis dalam juzuk yang pertama kitab ini. Penulis telah memulakan
perbincangannya mengenai Muluk al-Tawa’if dengan menyatakan tentang kelemahan
pemerintah terakhir Bani Umayyah dalam menangani krisis dalam kalangan pembesar-pembesar
disamping tingginya sifat perkauman dalam kalangan umat Islam di Andalus.
Justeru itu, wujudlah kerajaan-kerajaan kecil yang didokong oleh kaum masing-masing.
Tiga kaum utama di Andalus, iaitu kaum Arab, kaum Barbar dan kaum al-Mawali iaitu
penduduk Andalus yang memeluk Islam. Kesemua mereka adalah beragama Islam. Ketiga-tiga
kaum ini telah membentuk kuasa pemerintah di wilayah masing-masing. Sebahagian daripada
mereka bermusuh dengan sebahagian yang lain. Bahkan lebih daripada itu, mereka sanggup
bekerjasama dengan pihak musuh untuk mempertahankan kedudukan mereka di wilayah yang
mereka kuasai. Sistem pemerintahan ini berterusan sehingga 70 tahun lebih. Sistem ini akhirkan
ditamatkan dengan penaklukan kerajaan Murabitun pimpinan Yusuf Tashifin iaitu pemerintah
yang berkuasa di Marakish, Utara Afrika.

Penulis kitab ini, telah menyenaraikan kerajaan-kerajaan yang dibentuk oleh kaumkaum masing di wilayah-wilayah utama di Andalus.
a) Bani Abbad yang memerintah wilayah Sevilla.
b) Bani Jahwar yang memerintah Cordova. Wilayah Codova kemudiannya dikuasai oleh
Bani Abbad.
c) Bani Habbus yang memerintah Granada.
d) Bani al-Aftas memerintah Batalyus.
e) Bani Sumadah memerintah Mariyyah.
Kesemua

kerajaan-kerajaan

kecil

mengamalkan

dasar

perkauman

di

mana

mereka

mementingkan kaum mereka sahaja tidak mementing kaum lain, walaupun memiliki pegangan
agama yang sama.
Menurut penulis asal pemerintahan ini ditamatkan dengan kedatangan kerajaan
Murabitun yang pada asal datang ke Andalus atas jemputan kerajaan Bani Abbad yang meminta
pertolongan kerajaan Murabitun untuk mengusir pihak Kristian yang mengambil kesempatan
ekoran kelemahan umat Islam di Andalus untuk menakluki bumi orang-orang Islam. Kerajaan
Murabitun telah berjaya mengusir pihak Kristian, sebagai penghargaan atas kejayaan itu,
pemimpin Bani Abbad telah memberikan hadiah kepada kerajaan Murabitun.
Namun, para ulama’ Andalus, ketika itu meminta kerajaan Murabitun pimpinan Yusuf
Tashifin supaya memulihkan perpecahan yang berlaku di Andalus. Lantaran itu, Yusuf menyahut
permintaan itu dengan kembali ke Andalus dan menawan kembali Andalus daripada kerajaankerajaan kecil. Menyebabkan wilayah Sevilla, Cordova, Batalyus dan Granada berjaya disatukan.
Pemimpin Bani Abbad ketika itu, iaitu al-Mu’tamid yang pernah memberikan penghargaan
kepada kerajaan Murabitun, kini menjadi tawanan dan dibawa ke sebuah kawasan yang dinama
Agrmat berdekatan dengan Marakhish pada tahun 484H. Al-Mu’tamid meninggal dunia pada
usianya 88 tahun semasa berada dalam tahanan.
Kesimpulan, perbincangan mengenai Muluk al-Tawaif dalam kitab ini adalah lengkap
dan meliputi kronologi sejarah. Penceritaan yang diselangi dengan beberapa rangkap syair yang

dipetik daripada luahan dan pujian ulama’ mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku,
menjadikan kitab ini lebih tersusun dan menarik.

TAHUN 1998
Fiqh al-Tamkin ‘Ind Daulah al-Murabitin oleh ‘Ali Muhammad Muhammad al-Salabi.
1998. Amman, Jordan: Dar al-Bayyaraq lil al-Nashr.
Buku ini adalah hasil karya Ali Muhammad al-Salabi, iaitu seorang pengkaji sejarah timur
tengah kelahiran Libya. Beliau telah banyak menghasilkan tulisan ilmiah berkenaan sejarah
Islam. Tulisan beliau sentiasa dirujuk oleh pengkaji-pengkaji masa kini terutama dalam bidang
sejarah dan tamadun Islam. Berdasarkan pengalamannya dalam bidang ini, beliau tampil dengan
menghasil sebuah buku yang berjudul Fiqh al-Tamkin ‘Ind Daulah al-Murabitin atau dalam
bahasa Melayu bermaksud memahami faktor pengukuhan kerajaan Murabitun.
Buku ini pada ditulis oleh Ali Muhammad al-Salabi bertujuan untuk memperkenalkan
kerajaan Murabitun dan tokoh-tokoh yang menaungi kerajaan Islam ini. Ianya sekaligus memberi
pendedahan kepada generasi masa kini mengenai kerajaan yang pernah berkuasa di Sepanyol ini.
Bertitik tolak dari sinilah, al-Salabi menulis buku ini. Bagi mencapai maksud itu, al-Salabi telah
membahagikan perbahasannya kepada 5 fasal.
Fasal-fasal tersebut mewakili setiap tajuk utama dalam buku ini. Fasal pertama
membahaskan tentang sejarah awal kerajaan Murabitun. Ia ditinjau dari sudut asal usul kerajaan
ini yang menurut al-Salibi berasal dari suku kabilah Sanhajah yang merupakan salah satu
daripada kabilah-kabilah Barbar. Mereka mendiami utara benua Afrika iaitu di kawasan-kawasan
pergunungan. Mereka bergantung hidup dengan bercucuk tanam di lereng-lereng bukit. Pada bab
ini, penulis menyatakan juga tentang tokoh-tokoh awal yang terkenal dalam kerajaan Murabitun
seperti al-Amir Yahya bin Ibrahim, Abu Imran al-Fasi dan Abdullah bin Yassin.
Fasal yang kedua, al-Salabi mengemukakan pula tentang perjuangan kerajaan ini dan
kejayaan mereka dalam menguasai Andalus setelah masyarakat Islam Andalus berada dalam
kancah politik yang dashyat. Fasal ini adalah penting untuk ditinjau kerana al-Salabi telah

menyenaraikan faktor-faktor kelemahan umat Islam Andalus dan sistem politik Muluk alTawaif.
Antara-antara faktor-faktor kelemahan kerajaan Muluk al-Tawaif dan kekuatan Kristian menurut
al-Salabi;
a) Kelemahan akidah umat Islam terutama sebahagian pemimpin Muluk al-Tawaif.
b) Terlalu terpengaruh dengan Kristian sehingga sanggup bekerjasama dengan mereka
dalam mempertahankan kedudukan.
c) Lunturnya semangat jihad dalam kalangan pemimpin Islam. Seruan jihad dilakukan
hanya untuk mempertahankan kedudukan dan jawatan yang dipegang.
d) Wujudnya kerajaan-kerajaan Islam yang kecil menyukarkan perpaduan dibentuk dan
membuka ruang bagi pihak Kristian memecah belahkan umat Islam di Andalus.
e) Pergaduhan dan perpecahan sesama Islam.
f) Kelesuan para Ulama’ dalam menyeru ke arah perpaduan sesama Islam.
g) Pemimpin-pemimpin Muluk al-Tawaif tidak mendapat nasihat Ulama’ dalam
menjalankan pentadbiran.
h) Terikat dengan perjanjian Kristian dan perancangan mereka.
i) Pihak Kristian bersepakat dalam menentang Islam di Andalus dengan membentuk satu
pakatan yang kukuh.
j) Pihak Kristian menawarkan pelbagai pertolongan bagi pemimpin Islam yang memerlukan
bantuan dan pertolongan.
Faktor-faktor ini menurut al-Salabi merupakan faktor kejatuhan umat Islam di Andalus pada
umumnya. Kemudian, al-Salabi dalam mengukuhkan peranan kerajaan Murabitun, menegaskan
bahawa di atas dasar inilah, kerajaan Bani Abbad di Sevilla mengundang kerajaan Murabitun di
utara Afrika untuk membantu memulihkan keadaan yang berlaku di sana. Menyebabkan kerajaan

Murabitan melalui panglimanya Yusuf Tashifin datang ke Andalus dan menamatkan segala
konflik yang berlangsung selama 70 tahun lebih.
Pada fasal yang seterusnya, iaitu fasal yang ketiga, al-Salabi membahaskan tentang
dasar luar kerajaan Murabitun. Pada fasal ini, beliau sekali lagi menyatakan tentang hubungan
antara kerajaan Murabitun dengan kerajaan-kerajaan kecil atau Muluk al-Tawaif di Andalus.
Menurut beliau terdapat tiga bentuk hubungan yang berlangsung antara kerajaan Murabitun
dengan Muluk al-Tawaif, antaranya adalah seperti berikut;

a) Membina persefahaman
Kerajaan Murabitun menjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan kecil di Andalus.
Pemimpinnya Yusuf Tashifin mengutuskan surat menyatakan hasratnya untuk menolong umat
Islam di Andalus, atas dasar akidah.
b) Menamatkan perjanjian
Selepas kejatuhan Teledo kepada pihak Kristian pada tahun 487 Hijrah, seluruh kerajaankerajaan kecil yang lain merasa takut dan bimbang dengan pengaruh Kristian, lalu mereka
menjemput Yusuf untuk membantu mereka dan melindungi daripada penguasaan Kristian.
Kerajaan Murabitun setelah menguasai Andalus, mereka cuba untuk menamatkan perjanjian
yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan kecil dengan pihak Kristian.

c) Menamatkan permusuhan
Berlaku peperangan peringkat awal antara kerajaan Murabitun dengan kerajaan-kerajaan kec