KURIKULUM BAHASA MELAYU pertama kali serta

TUGASAN
MEI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS
EKM 311

NAMA KURSUS

KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

SITI ZALEHA BINTI RAMLAN

NO. MATRIK


E30209130314

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PN SARIMAH BINTI AHMAD

PUSAT
PEMBELAJARAN

AEU MICOST, AYER KEROH MELAKA

BAHAGIAN A
“ Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir secara Kritis
dan Kreatif”
1.0 Pengenalan
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu

pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang
idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan
kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah
pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting
dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–keperluan pembelajaran yang spesifik
dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Pengajaran
sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan pemahaman
tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil
bilik darjah (Arbak 1985).

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana
apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu,
dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran

sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan
komunikasi antara guru dengan pelajar.

1.1

Tujuan

Kajian pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini dijalankan
bertujuan untuk menilai amalan-amalan pelaksanaan KBKK yang dijalankan oleh guru
Bahasa Melayu. Kajian ini berpandukan dan juga berdasarkan keprihatinan dan tahap
penggunaan dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Secara jelasnya, tumpuan kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu
terhadap amalan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga memberi tumpuan
mengenal pasti tahap penggunaan amalan KBKK oleh guru Bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Kajian yang dijalankan berpandukan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan reka
bentuk kajian kes. Reka bentuk kajian kes ini memerlukan pemilihan subjek dari sekolah
yang berbeza mengikut jenis dan lokasi sekolah untuk mengenal pasti peringkat
keprihatinan dan tahap penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.


Setiap

bahagian item soal selidik mengikut tujuh peringkat keprihatinan yang disarankan dan
dikategorikan mengikut peringkat keprihatinan dan seterusnya dijumlahkan untuk
memperoleh skor.

1.2 Konsep Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan objektif pembangunan modal
insan dengan memberi fokus dan strategi meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan dengan membuat kajian tentang pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah supaya dapat menekanakan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi. Perubahan
dan pembaharuan yang dilaksanakan melalui penyerapan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK) dalam kurikulum sekolah dalam semua mata pelajaran dan perlulah
merentasi kurikulum agar ianya ke arah mencapai objektif.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini hendaklah diserapkan secara
langsung dan terancang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran


mendengar dan bertutur, membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran berfikir
merupakan satu proses mental yang berkaitan langsung dengan minda atau aktiviti mental
untuk mencari makna bagi sesuatu perkataan atau perbuatan. Pembelajaran dan
pengajaran yang menekankan kemahiran berfikir ialah teras kepada pembelajaran
(McGregor 2007).

Penerapan KBKK dalam konteks pendidikan di negara kita adalah satu proses
pertimbangan dan keputusan atau proses penyelesaian masalah. Pembelajaran dan
pengajaran yang berasaskan dan berteraskan kemahiran dan strategi berfikir memerlukan
penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terancang agar dapat
mengembangkan potensi minda pelajar. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang dimulakan pada tahun 2011dalam transformasi pendidikan negara
dan seterusnya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017, daya
pemikiran yang kritis dan kreatif serta inovatif dalam melahirkan modal insan yang
seimbang perlu menjadi fokus agardapat menangani cabaran dan permasalahan gobal
semasa dan masa akan datang.

1.3 Hasil Dapatan

Secara metodologi, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif

dalam mereka bentuk kajian. Kajian telah dijalankan ke atas tiga orang guru Bahasa
Melayu yang telah dipilih berdasarkan penggunaan kaedah persampelan. Ini bertujuan
sebagai subjek kajian dalam penyelidikan ini. Kajian kes dijalankan menggunakan
kaedah multicase-multisite yang bermaksud melibatkan pelbagai kes dan pelbagai tempat
manakala multi-case merujuk kepada satu unit aplikasi dan multi-site pula merujuk
kepada tempat kejadian.

Reka bentuk kajian kes ini membuat pemilihan subjek daripada sekolah yang
berbeza mengikut jenis dan lokasi sekolah untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan
terhadap subjek dengan merujuk kepada manual prosedur pengiraan skor secara
mengelompokkan setiap item mengikut tujuh Peringkat Keprihatinan yang disarankan

dalam Model CBAM. Setiap item soal selidik dikategorikan mengikut Peringkat
Keprihatinan dan skor bagi setiap item dijumlahkan bagi memperoleh skor total setiap
subjek kajian.

Hasil dapatan kajian menjelaskan bahasa subjek mempunyai pengetahuan yang
agak tinggi tentang KBKK. Mereka juga berkeupayaan membincangkan KBKK dalam
bentuk peta minda dan juga dari aspek penyoalan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Guru juga memperoleh maklumat tentang KBKK daripada guru pakar, daripada

pembacaan dan menghadiri kursus bagi mata pelajaran yang diajar di sekolah. Akan
tetapi maklumat yang diperolehi agak terhad.

Perkongsian maklumat daripada pihak lain amat dititikberatkan dalam hal ini.
Guru-guru lain juga memberi sokongan dan dorongan dalam memilih dan menentukan
kemahiran yang diperlukan semasa pengajaran. Hanya kadang kala jarang berlakunya
perbincangan pada Subjek 2. Subjek-subjek kajian juga menunjukkan mereka akan
berusaha menggunakan KBKK dalam pembelajaran dan pengajaran dan mereka juga ada
kalanya menggunakan KBKK secara tidak dirancang tetapi menggunakannya secara
spontan di dalam kelas.

Kajian pada S3, guru jarang menggunakan pendekatan KBKK di dalam kelas
akan tetapi beliau amat menekankan pendekatan ini di dalam penyediaan soalan-soalan
berbentuk pemahaman dan subjektif. Pada awalnya, beliau tidak mendapat maklumat
yang pasti dan telus daripada pelbagai pihak tentang penggunaan KBKK dalam kelas dan
dalam penyediaan soalan. Namun, setelah mendapat maklumat atas kesedaran dan
inisiatif diri, beliau mencari maklumat tentang KBKK dan beliau mempraktikkan
pendekatan ini di dalam pembelajaran dan pengajaran seterusnya dalam soalan-soalan
yang disediakan untuk penilaian dan pentaksiran.


Kajian telah mengenal pasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan KBKK dan tahap penggunaan amalan KBKK dalam pengajaran. Semua
subjek yang dikaji mengaku bahawa mereka tidak prihatin dan mengambil berat terhadap

perlunya penggunaan KBKK begitu juga dengan kepentingannya. Walaupun demikian,
mereka menunjukkan keprihatinan pemfokusan semula di mana mereka ada mempunyai
idea dan pendekatan lain untuk menerapkan KBKK dalam pembelajaran dan pengajaran.
Setiap orang guru semestinya mempunyai pengetahuan, maklumat dan keupayaan serta
keyakinan sebagai agen pelaksanaan dasar pendidikan negara dalam memenuhi hasrat
mencapai matlamat dasar yang ditetapkan.

Kajian ini juga menunjukkan subjek hanya memfokuskan perhatian kepada
keprihatinan kendiri dan sedikit keprihatinan kepada impak dan menjadikan amalan
KBKK subjek dalam pengajaran hanya berada pada Tahap III iaitu tahap mekanikal dan
Tahap I iaitu tahap orientasi. Tahap kepenggunaan KBKK yang rendah menunjukkan
pengguna inovasi

berada pada tahap zon bertahan dan berdiam sementara. Tahap

kepenggunaan V iaitu intergrasi dan Tahap IV iaitu renewal subjek berada pada tahap

rendah tetapi peringkat ini akan berubah sekiranya proses pelaksanaan inovasi disokong
dan dibantu secara sistematik melalui kursus-kursus danlatihan perkembangan yang
diberi dan dijalankan.

1.4 Kesimpulan

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan
masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara
yang tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru
yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya,
pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang
berkaitan dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal
dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.

Hasil kajian ini telah merungkaikan betapa pentingnya pemerhatian terhadap
peringkat keprihatinan dan tahap kepenggunaan dalam pelaksanaan KBKK. Kelebihan
dan kepincangan serta ketirisan yang telah dikenalpasti boleh dinyatakan bahawa
kejayaan pendekatan KBKK ini belum mencapai tahap yang memuaskan.

BAHAGIAN B

Penerapan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Merentas Kurikulum Bahasa Melayu

2.0 Pendahuluan
”Pendidikan bertaraf dunia”• sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian
khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.
Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan
impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem
penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan
generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif.

Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan mengamalkan budaya
fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu
maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai
satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan
sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor
yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian
sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang
membuat perancangan.

Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses
keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah
diperlukan.Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,

psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara
berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang
dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang
berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam
Falfasah Pendidikan Negara.

Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa
banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di
dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang
baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa
dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan
perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu
mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem
pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan
memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik
menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada
kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa yang
penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti elektronik dan bentuk
komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer.

Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang
meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa
perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu
pelbagai urusan dan kegiatan, sepertiperniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan
buletin, dan laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar
dengan menggunakan talian komputer.

Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar
sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu
diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk pembelajaran.
Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan komputer, forum
elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan
pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru
haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi
asas pengajaran siber.

2.1

Penerapan ICT Merentasi Kurikulum Bahasa Melayu
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah
mengehadkan

peluang

pembelajaran

bagi

mereka

yang

berada

dari

pusat

pengajian/akademik tersebut. Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk
pelajar bahasa asing yang tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan
ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran
yang disimulasikan seperti berada di negara berbahasa Melayu.

Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru
bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.
Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini,
beberapa produk asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus
yang dapat menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses
pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan jayanya.Selain itu, laman Web tersebut
perlulah menarik, canggih dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk
suatu jangka waktu tertentu.

Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan
dengan mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan
sebagainya. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa, ejaan dan
sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus, tesaursus, dan istilah.

Petikan majalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video) dalam
situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati
suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi. Jikalau diteliti contoh laman ependidikan berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini, memang ketara kuantiti dan
kualitinya masih jauh terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-bahasa
utama dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis).

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan)
masih lagi pada fasal awal. Walau bagaimanapun, laman-laman Web yang direka bentuk
khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi semangat dan harapan untuk kita
menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar yang lebih baik dan bermutu agar
pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada masyarakat luar dapat digiatkan
dan ditingkatkan. Sesungguhnya usaha ini wajar dilaksanakan dengan lebih giat bahasa
Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah dan wahana World Wide Web yang
luas jangkauannya.

Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan
pelajar, dan jika direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi
melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik. Apakah relevan pembelajaran dan
prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan dan amalan pengajaran akan
mendidik atau membawa kepada pembelajaran dan kemudiannya prestasi.

Pengajaran berasaskan web, yang ditambah baik lebuh raya mewakilkan mimpi
yang direalisasikan menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi
secara pantas dan dicapai dari merata-rata lokasi. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi.
Syarat tunggal ialah kita mereka bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar

dalam menggunakan semua strategi yang selaras dengan pandangan behavioris,
kognitivis dan konstruktivis.

Contoh, penggunaan bahan semasa pembelajaran menggunakan ICT ialah FROG
VLE, SCROM, slaid power point dan sebagainya.

Gambar rajah 1

PENJODOH BILANGAN

Gambar rajah 2

Gambar rajah 3

2.2 Aktiviti Pembelajaran ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan,
syarahan, pidato, perbahasan, forum, wawancara, perbualan antara ibu bapa dan ahli
keluarga, mendengar nyanyian, puisi, seloka, pantun, gurindam, berita, menonton drama,
filem dan sebagainya. Keperluan untuk mendengar ini boleh berlaku di mana-mana
sahaja mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial, mendapatkan hiburan atau
maklumat dan pengetahuan.

Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan
dalam satu perisian kursus. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para pelajar kerana
mereka dapat mendengar model menyebutnya dengan betul dan berulang-ulang kali.
Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan
itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul. selain daripada itu adat resam,
disiplin dan sopan santun dalam berinteraksi juga dapat diketengahkan. Misalnya
bagaimana hendak memulakan percakapan, bagaimana hendak mencelah dan
menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.

Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam kelas
dimulakan. Misalnya pelajar boleh melihat dahulu, mendengar dan memahami topik
pelajaran yang bakal diajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu, semasa di dalam kelas,
pelajar dapat menambahkan pemahaman ketika guru menerangkannya.Dalam kemahiran
mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga sebagai alat yang menerima
bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan memahami apa yang didengar ini
penting. Namun begitu bagi melengkapkan proses ini latihan diperlukan.

Untuk setiap topik di dalam perisian kursus disediakan latihan bagi menguji tahap
kefahaman para pelajar sama ada melalui latihan mendengar petikan, perbualan atau
sebagainya dan kemudian memilih jawapan yang tepat seperti mana yang telah
disediakan di dalam perisian kursus tersebut. Ini melibatkan soalan seperti apakah,
siapakah, bilakah atau di manakah. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah,

bagaimanakah, jelaskan, huraikan, bandingkan, bahaskan dan sebaginya dapat
dikendalikan di dalam ruang forum atau sembang, atau melalui e-mail.

Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur, pensyarah pula
memainkan peranan penting di sini. Setelah teknologi komputer digunakan sebagai
panduan atau model bagaimana perbahasan atau perdebatan berlangsung, maka di dalam
kelas guru boleh memberikan topik-topik tertentu yang difikirkan sesuai dan mampu
menarik minat pelajar untuk dibahaskan.

Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun
dan sebagainya. Namun begitu, tahukah kita bagaimana bentuk, gaya, lagu, irama dan
intonasinya? Melalui teknologi komputer jugalah kita mampu untuk menonjolkan puisipuisi Melayu ini dan mengembangkannya di serata dunia dan yang pentingnya model
bacaan puisi ini dijadikan contoh kepada para pelajar. Bacaan pantun boleh kita dengar
dalam cakera padat •Tatabahasa Bahasa Melayu•di permulaan dan penutup setiap modul.
Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU
termasuklah

melalui

e-mail,

ruangan

sembang

dan

laman

web

www.khazanahmelayu.mmu.edu.my. Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi,
terlebih dahulu saya menjelaskan format surat kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam
kelas di samping nota yang telah sedia ada di dalam •di dalam frog vle. Kemudian
diberikan iklan jawatan kosong yang disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia berserta
soalan supaya mereka menulis surat kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang
diiklankan kepada saya melalui e-mel. Selepas meneliti dan memeriksa surat tersebut dari
segi isi, format, pemilihan kata dan tatabahasa, akan dihantar semula kepada pelajar
jawapan permohon berserta pembetulan jika ada kesalahan dari segi pemilihan kata dan
tatabahasa.

Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, saya telah sediakan
laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan
peribahasa. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh

bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh
bersajak. Bagi yang berminat menulis cerita pendek atau cerita kanak-kanak mereka
boleh menulis dan hantarkan di laman ini. Keistimewaan ruangan cerita pendek ini ialah
pelajar boleh menyambung cerita-cerita ini mengikut kehendak dan imaginasi sendiri.
Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna
atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk
menulis atau untuk perbualan sehari-hari.

Untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar, misalnya
membaca berita, laporan, pengumuman, taklimat dan sebagainya, contoh atau model
diberikan dalam perisian kursus supaya pelajar dapat meniru model bahasa lisan yang
baik. Dalam scrom frog vle Tatabahasa Bahasa Melayu• misalnya, telah tersedia audio
dan teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini membantu
pelajar menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut
keperluan masing-masing.

Paparan dalam scrom frog vle ini juga disediakan dengan menarik. Umpamanya
selain teks dan audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik, imej dan
animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari.
Misalnya dalam satu skrin terdapat teks •”Anggota bomba menaikkan tangga”. Ada
animasi imej anggota bomba yang sedang menaikkan tangga dan •”voice over” yang
menyebut ayat tersebut. Begitu juga dengan teks, animasi, imej dan voice over
•”Anggota bomba menaiki tangga untuk menyelamatkan mangsa kebakaran itu”. Keduadua ayat ini mempunyai perbezaan yang ketara dan visual akan memudahkan para
pensyarah menjelaskannya kepada pelajar dan begitu juga sebaliknya, gabungan elemenelemen multimedia dapat membantu dan memudahkan pemahaman pelajar.

Selain daripada kemahiran berbahasa, kemahiran tatabahasa juga merupakan
salah satu daripada elemen penting yang perlu dikuasai. Mungkin bagi sesetengah orang,
tatabahasa merupakan sesuatu yang membosankan. Namun begitu, melalui teknologi

komputer ini mampu untuk kita menangani masalah ini. Misalnya di dalam cakera
padat •”Tatabahasa Bahasa Melayu”, penerangan tentang konsep disampaikan dengan
memberikan definisi, huraian, contoh dan latihan.

Sesuatu

topik

tatabahasa

dimulakan

dengan

bahan

rangsangan

yang

memperkatakan tentang tema kemalaysiaan kerana di sini kita boleh turut
memperkenalkan adat, budaya dan topik tatabahasa tersebut. Setelah pelbagai corak, gaya
dan bentuk dan dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti
audio, video, animasi, teks dan grafik, diikuti pula oleh latihan.

Soalan latihan yang boleh disediakan melalui teknologi komputer ini ada pelbagai
jenis, misalnya soalan aneka pilihan, betul dan salah, padanan, seret dan letak, mengisi
tempat kosong dan sebagainya. Apa yang menariknya, setiap pilihan jawapan itu
disediakan dengan respons yang menyatakan sebab-sebab jawapan itu salah atau betul.
dengan cara ini pelajar dapat belajar sesuatu walaupun jawapan pilihannya salah.
.
Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum
balas serta-merta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia ada akan
dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Apa yang
dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri, dan lambatlaun akan mengesan pangkalan pengetahuan untuk kemajuan diri. Tugas muktamad
adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai
aset intelektual, satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Lamakelamaan ia akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.

Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar
bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar senario
dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990),
universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu dijadikan penggerak pertukaran
maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Lembaran baru kemudian akan diperoleh
melalui antara muka pasukan team interface (Brown, 1986). Persekitaran yang

menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari
muka

2.3 Rumusan
Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur
budaya tempatan yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain, kita percaya
bahawa perisian PBBK tersebut akan memberikan peluang kepada dunia luar untuk
memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Hal ini akan memupuk semangat
toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh dunia. Kandungan perisian
PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa untuk menarik perhatian lebih
banyak pengunjung dan pengguna.

Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, tenaga pengajar akan lebih banyak terlibat
dalam penyediaan bahan PBBK multimedia untuk pembelajaran bahasa tanpa sempadan,
penyelenggaraan, dan penaiktarafan kandungan perisian untuk laman web dari masa ke
semasa, pemantauan kemajuan pelajar, penyediaan sistem maklum balas kepada pelajar,
dan pengurusan pembelajaran bahasa yang lebih dinamis.

Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang
meluas di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi pendidikan
dalam negara bertolak daripada inisiatif pendidik secara individu dan tidak digerakkan
oleh institusi pendidikan atau kementerian. Walaupun pada umumnya kos pembangunan
perisian PBBK multimedia ini menjimatkan dalam jangka masa pendek, kebaikan yang
dapat diperoleh daripada pembangunan perisian tempatan yang seiras dengan budaya dan
pemikiran tempatan amat diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih
terserlah.

Di samping itu, inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan memerlukan lebih
banyak pendidik untuk terlibat secara aktif dalam merancang kandungan pemelajaran
yang lebih dinamis, menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat dicapai dari

jauh melalui internet, dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan pelajar. Dengan
hal yang demikian, para pendidik di Malaysia tidak lagi bergantung pada pihak luar
dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.

Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu
agenda dalam Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega Koridor
Raya Multimedia (MSC). Projek yang menampilkan beberapa aplikasi besar seperti
kerajaan elektronik dan sekolah bestari ini telah menjadi pemangkin kepada
pembudayaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini
masyarakat yang celik komputer. Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi
maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan
sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan
teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.

Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat
yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Sebahagian besar
unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat.
Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan
dengan persembahan dan kandungan maklumat.

Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak
pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan.
Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih
mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Guru bahasa mencuba
berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer
dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat
membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara langsung
dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan bahasa Melayu di
paras antarabangsa.

RUJUKAN
Allee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.
Boston: Butterworth-Heinemann.
Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:
Routledge.
Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The cognitive
domain. London: Longmans.
Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:
Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.
Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of
Educational Research, 53, 445-459.
Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology
Research and Development, 42, 21-29.
Crowder, N.A. (1960). •gAutomatic tutoring by instrinsic programming•h. Dalam A.A.
Lumsdaime & R. Glaser (Eds.) Teaching machines and programmed learning: A
source book (pp. 286-298). Washington, DC: Development of Audiovisual
Instruction, National Educational Association.
Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn &
Bacon.
Ertmer, P.A. (1999). •gAddressing first-and second-order barriers to change:
Strategies for technology integration•h. Educational Technology Research and
Development, 47(4), 47-61.
Fongs S.F. & Ng. W.K. (1996). •gInstructional Design Considerations for prototyping
multimedia computer-based learning courseware•h. Kertas kerja dibentangkan
dalam MCCE EDUCOMP•f96 Symposium, suatu Persidangan antarabangsa yang
dikendalikan untuk pakar komputer dalam pendidikan dan dianjurkan
Computertimes dan IBM, di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, 28-29 Mei
1996.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1998). •gAuthoring Considerations for Effective Multimedia
Softwares•h. Kertas kerja dibentangkan dalam MERA Inaugural Conference

sanjuran Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia [Malaysian Educational
Research Association] di Ferringhi Beach Hotel, Pulau Pinang, 28-30, Disember,
1998.
Fong S.F. & Ng, W.K. (1999). •gEffects of Animation on Learning of Mitosis on a
Multimedia Computer-based Program among Students of Different Psychological

Harasim, L. (1989). •gOnline Education: A New Domain•h dlm. Mason, R. Dan Kaye,
A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education.
Oxford: Pergamon Press.
Harasim, L. (1990). Online Education: Perspective on a New Environment.
New York: Praeger.

BAHAGIAN C
Penggunaan Akhbar dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3.0 RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN
3.1 Pembelajaran 1
TEMA

KESELAMATAN

TAHUN

5

TAJUK

AKU DAN MAKHLUK ASING

TARIKH

23 JULAI 2015 / KHAMIS

MASA

11.20 – 12.20 TENGAH HARI
Menghasilkan bahan penulisan kreatif berbentuk

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.7.2

imaginatif dan deskriptif menggunakan ayat yang
gramatis.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.
1. Menulis sebuah karangan berbentuk imaginatif berpandukan gambar
dalam majalah.
ii.
2. Membina ayat lengkap beserta huraian menggunakan ayat yang
gramatis.
1.
Langkah 1
- Murid ditunjukkan gambar seekor makhluk asing.
- Murid menceritakan tentang perwatakan yang boleh digambarkan tentang
makhluk asing tersebut.

AKTIVITI

Langkah 2
- Murid diberi gambar yang dipetik daripada Dewan Pelajar tentang Di dan
Pi.
- Murid dikehendaki membaca kartun yang dipamerkan.

Langkah 3
- Murid berkumpul dalam kumpulan dan diminta untuk membuat cerita

berkaitan kartun dan menggunakan frasa-frasa yang telah ada.
- Murid membentangkan hasil cerita yang telah dibincangkan di hadapan
kelas.

Langkah 4
- Murid diberi gambar dan diminta menampalkannya di dalam buku latihan
karangan.
- Murid dikehendaki menulis sebuah karangan imaginatif berpandukan
gambar dan menggunakan frasa-frasa yang sedia ada.
- Murid membina ayat berpandukan frasa dan menghuraikan dengan ayat
yang gramatif.

Langkah 5
-

Ilmu :
Nilai :
EMK :
KB :
BCB :

PENGISIAN
KURIKULUM

BAHAN
BELAJAR

BANTU

Murid menyatakan nilai dan pengajaran pembelajaran.

Pendidikan Kesihatan
Berani, Berhati-hati
Akhbar dalam darjah (Dewan Pelajar)
Menjana Idea, Mengecam, Menghuraikan
Menulis ayat lengkap dan gramatis

Gambar, majalah Dewan Siswa

PENILAIAN
Murid dapat menulis karangan imaginatif dan menggunakan ayat-ayat yang
PENGAJARAN
DAN
gramatis.
PEMBELAJARAN
REFLEKSI

PROSEDUR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
LANGKAH 1
1. Gambar yang dipamerkan adalah sebagai sesi pengenalan tajuk dan untuk menarik
tumpuan pelajar.
2. Kemahiran yang hendak diterapkan adalah kemahiran bertutur untuk memastikan pelajar
dapat menyatakan pengalaman bertemu, melihat atau bermimpi.

LANGKAH 2
1. Gambar yang diberi merupakan gambar yang diambil daripada Dewan Pelajar
(bil.4/2015) muka surat 30-31 bertajuk Di dan Pi.
2. Walaupun watak yang dipamerkan adalah berbentuk kartun tetapi ia dapat menarik
tumpuan pelajar dengan gelagat dan animasi yang dipamerkan.
3. Kemahiran yang diterapkan ialah kemahiran membaca dan pelajar hendaklah memahami
cerita dan nilai yang terdapat dalam gambar tersebut.

LANGKAH 3
1. Murid berkumpul dalam kumpulan untuk berbincang tentang cara persembahan cerita
yang hendak disampaikan.
2. Murid dikehendaki menggunakan frasa-frasa yang ada untuk membina ayat yang
gramatis.
3. Kemahiran yang diterapkan di langkah ini adalahkemahiran berutur dan menulis.
4. Setiap ahli kumpulan akan cuba menyatakan idea dan pandangan untuk menjadikan cerita
mereka lebih gramatis dan teratur.

LANGKAH 4
1. Murid diberi gambar yang lebih sesuai saiznya untuk ditampal di dalam buku latihan.
2. Murid dikehendaki menulis karangan kreatif berbentuk imaginatif berkaitan gambar yang
diberi.
3. Guru akan membimbing murid terutamanya yang lemah untuk membina dan
menghuraikan ayat untuk menjadikannya lebih gramatis.

4. Kemahiran yang diterapkan adalah kemahiran menulis.

LANGKAH 5
1. Setelah semua pelajar siap menghantar tugasan, murid diminta menyatakan nilai dan
pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang ditulis.
2. Kemahiran yang diterapkan adalah kemahiran bertutur.

LAMPIRAN

3. Pembelajaran 2

TEMA

TATABAHASA

TAHUN

5 PINTAR

TAJUK

PERIBAHASA

TARIKH

26 JULAI 2015 / AHAD

MASA

11.20 – 12.20 TENGAH HARI
Memahami dan menggunakan kata majmuk istilah
khusus dalam bidang ilmiah dankata majmuk yang

STANDARD
PEMBELAJARAN

5.2.3

mendukung maksud kiasan dengan betul dalam
pelbagai situasi

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.
1. Memilih jawapan yang sesuai berdasarkan soalan.
ii.

2. Memahami maksud simpulan bahasa.

1.
Langkah 1
- murid diperdengarkan lagu ‘Ayam’ nyanyian Jalil Hamid.
Langkah 2
- murid menyatakan frasa yang menggunakan perkataan ayam dalam lirik
lagu yang diperdengarkan.
- murid menyenaraikan frasa tersebut.
AKTIVITI

- murid diberi nota tentang simpulan bahasa.

Langkah 3
-murid membaca dan memahami maksud simpulan bahasa yang terdapat
dalam petikan majalah yang dipaparkan.
- murid menyenaraikan simpulan bahasa lain yang diketahui.

Langkah 4

- murid menjawab soalan pemahaman dengan memilih jawapan tentang
simpulan bahasa yang sesuai.

Langkah 5
- murid dan guru berbincang tentang jawapan yang betul.

Langkah 6
- murid merumus dan menyatakan nilai yang dapat dipelajari.
Ilmu :
Nilai :
EMK :
KB :
BCB :

PENGISIAN
KURIKULUM

BAHAN
BELAJAR

BANTU

Pendidikan Moral
Berbudi bahasa
Akhbar dalam darjah (Dewan Pelajar)
Menjana Idea, Mengecam, Menghuraikan
Memilih jawapan yang sesuai

Gambar, majalah Dewan Siswa

PENILAIAN
Murid dapat menjawab soalan pemahaman tentang simpulan bahasa dengan
PENGAJARAN
DAN
betul.
PEMBELAJARAN
REFLEKSI

PROSEDUR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
LANGKAH 1
1. Lagu yang diperdengarkan adalah sebagai sesi pengenalan tajuk dan untuk menarik
tumpuan pelajar.
2. Kemahiran yang hendak diterapkan adalah kemahiran mendengaruntuk memastikan
pelajar dapat menyatakan pengalaman memahami lagu tersebut.

LANGKAH 2
1. Gambar yang diberi merupakan gambar yang diambil daripada Dewan Pelajar
(bil.4/2015) muka surat 15 bertajuk Peribahasa Bulan Ini.

2. Walaupun watak yang dipamerkan adalah berbentuk kartun tetapi ia dapat menarik
tumpuan pelajar dengan gelagat dan animasi yang dipamerkan.
3. Kemahiran yang diterapkan ialah kemahiran membaca dan pelajar hendaklah memahami
maksud simpulan bahasa dan nilai yang terdapat dalam gambar tersebut.

LANGKAH 3
1. Murid diberi nota tentang simpulan bahasa dan contoh-contoh.
2. Murid juga dipamerkan contoh-contoh simpulan bahasa menggunakan slaid power point.
3. Kemahiran yang diterapkan di langkah ini adalahkemahiran membaca.

LANGKAH 4
1. Murid diberi lembaran latihan soalan pemahaman tentang tajuk simpulan bahasa.
2. Murid dikehendaki memilih jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang diberi.
3. Guru akan membimbing murid terutamanya yang lemah untuk menjawab soalan.
4. Kemahiran yang diterapkan adalah kemahiran membaca.

LANGKAH 5
1. Setelah semua pelajar menyiapkan tugasan, guru dan murid berbincang tentang jawapan
yang betul.
2. Kemahiran yang diterapkan adalah kemahiran bertutur.

LANGKAH 6
1. Murid menyatakan nilai dan pengajaran tentang pembelajaran hari ini.

LAMPIRAN

LAMPIRAN SOALAN

Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

baik sangka
bahasa dalam
durian runtuh

anak angkat
bekas tangan
mencari jalan

angkat kaki
cabut nyawa
beri muka

alas perut

1. Pagi tadi Meng Seng ....................sebelum pergi Kuala Lumpur.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak
tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi
budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya
bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................