Rancangan pelajaran geografi tingkatan 1

GEOGRAFI
TINGKATAN 1

TAJUK: TANAH TINGGI

OLEH:-

1. EN. ABDULLAH BIN SALAM (SK KAMPONG GELAM)
2. PN. SALMAH BINTI MD ALI (SMK RAHMAT)
3. PN. ROSSNITA BINTI SARDI (SMK SERI TANJONG)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN GEOGRAFI

Tingkatan

:

1 RK1

Masa


:

80 minit

Mata Pelajaran

:

Geografi

Tajuk

:

Bentuk Muka Bumi – Tanah Tinggi

Objektif pembelajaran:
1. Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi Malaysia.
2. Mengenalpasti kedudukan kawasan tanah tinggi di Malaysia.
3. Memahami sistem gunung lipat.

Di akhir pengajaran ini diharap murid dapat :1. Pengetahuan:
1.1

Mentafsir kehendak soalan dan dapat menerangkan maksud kata kunci.

2. Kemahiran:
2.1 Menggunakan atlas untuk menentukan kedudukan banjaran dan gunung utama
negara Malaysia.
2.2 Mengumpulkan maklumat melalui buku teks Geografi Tingkatan 1, tayangan video,
tayangan e- bahan geografi , internet, majalah dan akhbar.
3. Nilai murni
3.1 Bekerjasama dalam kumpulan.
3.2 Menghargai hasil kerja orang lain.
3.3 Berfikiran terbuka.
3.4 Membentuk keyakinan diri dan kesungguhan semasa carian maklumat.
3.5 Bersyukur dikurniakan dengan kepelbagaian alam sekitar.

GRID/ LANGKAH
Set Induksi
(5 minit)


AKTIVITI
1 .Guru menayangkan beberapa gambar dan tayangan video
(contoh youtube-pemandangan kawasan tanah tinggi di
Malaysia.
2. Murid diminta memberikan lokasi gambar dan tayangan video
tersebut dan mengaitkan gambar tersebut dengan bentuk muka
bumi kawasan tersebut.

Grid 1
(5 minit)
MENENTUKAN

1.Guru memaparkan e- bahan dan LMS geografi bertajuk ‘ Tanah
Tinggi di Malaysia’.
2.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan
diberi tugasan mengikut tajuk kumpulan masing-masing.
Kumpulan 1 - Maksud , ciri – ciri tanah tinggi Malaysia, nama
banjaran dan gunung di Malaysia, kemuncak
tertinggi, ketinggian tanah tinggi di Malaysia.

Kumpulan 2 - Proses pembentukan banjaran gunung
Di Malaysia.
Kumpulan 3 - Perbezaan antara ciri – ciri sistem gunung lipat
muda dengan sistem gunung lipat tua.
Kumpulan 4 - Potensi tanah tinggi di Malaysia.

Grid 2
(5 minit)
MENCARI

1. Murid diminta membincangkan sumber maklumat yang boleh
digunakan untuk melengkapkan tugasan.
Sumber maklumat yang difikirkan dan dicadangkan:
i.

Perpustakaan sekolah:
Atlas, Buku Rujukan Geografi, Glob.

ii.
iii.

iv.

Buku Teks
Buku teks Geografi Tingkatan 1
Pusat Akses Sekolah/ Kiosk ICT
Sumber ICT
Internet ( LMS)

Murid mengenalpasti lokasi dan jenis maklumat yang diperlukan untuk
menyiapkan tugasan kumpulan.

Grid 3
(5 mint)
MENGGUNA
Grid 4
(30 minit)
MENCATAT

1. Murid melengkapkan tugasan mengikut kumpulan masing masing.
2. Murid bersedia menggunakan sumber maklumat yang telah

dicadang, dicari dan dikenalpasti.
3.
1. Murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai strategi untuk
mencari sumber maklumat, mendapat, mengumpul maklumat dan
seterusnya menggunakan maklumat tersebut. Mereka perlu
membaca, menonton, mengakses internet, mencatat, menyusun
maklumat yang diperlukan.
Sumber dan lokasi maklumat yang dipilih:
i.

Perpustakaan sekolah:
Atlas KBSM Longman, Penerbit : Longman Malaysia Sdn Bhd,
1994 (ms : 2,3).
Atlas Eksplorasi Geografi KBSM Tg 1-5, Pengarang : Tan Koh
Lim, Wong Sin Yoon,Penerbit : Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007
(ms : 43-44).
Buku rujukan,Tajuk : Fokus PMR,Pengarang : Chong Yoon Choi.

ii.Buku Teks
Buku teks KBSM Geografi Tg 1,Penerbit : Arus Intelek Sdn Bhd,

2002 (ms : 44-48), Tajuk : Bentuk muka bumi, Pengarang : Rapeah
bt. Ahamed.
iii.Pusat Akses Sekolah/ Kiosk ICT
iv.Sumber ICT
Lerning Management System: (akses internet)
Web site : http://spp.moe.edu.my
2. Murid mencatat maklumat tugasan setiap kumpulan untuk hasil
pembelajaran tajuk ini.
Grid 5
(25 minit)
MELAPOR

Grid 6
(5 minit)
MENILAI

1.
2.
3.
4.

5.

Murid berkerjasama menyiapkan hasil tugasan kumpulan.
Murid mempersembahkan hasil dapatan tugasan kumpulan.
Guru memantau dan menilai persembahan murid.
Guru dan murid merumuskan hasil pembelajaran tajuk ini.
Semua tugasan kumpulan akan dipamerkan di sudut mata
pelajaran kelas atau satu salinan untuk simpanan guru.
6. Persembahan kumpulan yang terbaik akan diberikan hadiah.
1. Murid dibekalkan dengan lembaran maklum balas penilaian
pembelajaran hari ini.
2. Murid secara jujur menulis keberhasilan proses dan hasil
pembelajaran.
3. Guru memberikan latihan pengukuhan berdasarkan tajuk
pengajaran dan pembelajaran hari ini.