Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama I

Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama Islam yang dilakukan oleh seseorang
atau sebuah pertubuhan keagamaan kepada khalayak umum. Dakwah merupakan
proses yang berkesinambungan yang dilakukan oleh para pengembang dakwah
(ulama’) dalam rangka mengubah sasaran dakwah agar membawa umat Islam ke
jalan Allah, dan secara berperingkat menarik umat manusia menuju kepada
kehidupan yang lebih islamik. Tidak semestinya ulama’ dan cendiakawan islam
sahaja yang boleh melakukan aktiviti dakwah ini, kita sebagai umat islam yang
mempunyai ilmu juga boleh melakukannya. Namun dengan syarat, kita sentiasa
berada dalam landasan yang betul menurut syiar islam. Mengapa kita perlu
mengupas serta membahas masalah dakwah ini? Nah ini jawapanya…Seperti kita
tahu,Allah SWT mewajibkan kita untuk berdakwah atau menyebarkan agamaNYA. Di
dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman “Sampaikanlah walaupun sepatah ayat”.
Berpegang kepada dasar itu, kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang senentiasa
mendapat pelbagai ilmu, seharusnya kita perlu mengamalkanya dan
menyebarkannya untuk kemudahan umat manusia di dunia mahupun dia akhirat
insyaallah…Penyebaran dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah
secara langsung di mana, pendakwah berhadapan dengan audien dan tidak secara
langsung contohnya melalui saluran internet dan telefon bimbit. Apa yang Gang
Siputsedoot2009 ingin tekankan di sini ialah dakwah dengan menggunakan kaedah
tidak secara langsung. Ini kerana kaedah ini masih banyak peluang yang belum
dieksploitasi. Hekeleh..boleh ke nak buat dakwah guna teknologi ICT??Soalan itu

mungkin akan terlintas di benak fikiran mereka yang cetek pemikirannya serta tidak
mahu menerima sebarang perubahan. Yela..dah nama pun tak nak
perubahan..macam-macam la la alasan…Sebenarnya boleh…

Melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information
Technology (IT) hari ini yang dari sehari ke sehari semakin canggih dan
sophisticated, maka mekanisme yang ada ini wajar untuk digunakan dengan
semaksimanya sebagai salah satu methodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu
Islam. Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya dimonopoli, dikuasai dan
dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum
materialistik, pencipta idealisme Baratism, para perencana kemaksiatan, penyebar
bahan lucah dan video seks serta pengangkat budaya hiburan melampau dan
hedonisme sahaja. Hmm..memang apa yang di perkatakan tadi benar belaka...cuba
la surf internet, semuanya mengagungkan hiburan dan keseronokan semata, susah
nak cari yang betul-betul bawa kita ke jalan kebenaran...Malah kita tidak mahu
dunia siber ini hanya menjadi medan kepada aktivis-aktivis dan pejuang

sekularisme, liberalisme, kapitalisme, darwinisme, komunisme, sosialisme dan
dakyah-dakyah sesat yang lain ligat memainkan pemikirannya, mempamerkan aksi
jahiliyyah dan menyebarluaskan perkara tersebut . Sungguh… Kita tidak mahu!!

umat islam sekarang ni dah dikaburi dengan segala macam saduran palsu yang
membuatkan kita lupa kita sedang “diratah” oleh pihak yang benci dengan umat
Islam..subhanallah..Menurut sebuah lama web Sabahkini.net, kaedah penyampaian
dakwah kini tidak hanya terbatas menggunakan pendekatan konvensional,
sebaliknya ia terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi, komunikasi
dan maklumat (ICT). Oleh itu penguasaan terhadap ICT diperlukan bagi pendakwah
untuk menyampaikan mesej kepada sasaran dengan lebih meluas lagi. Setiausaha
Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,
hari ini peranan umat Islam dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar menjadi
lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT. "Kemahiran ICT dan bakat semulajadi
mampu di kembangkan dalam usaha berdakwah termasuk bakat dalam bidang
lukisan samada berbentuk kartun atau animasi”.Sementara itu Raja Muda Perak,
Raja Dr Nazrin Shah pula bertitah, pentadbiran Islam wajib bersedia merangka satu
dasar secara jelas berhubung program dakwah menggunakan gelombang media
baru atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Baginda mahu, satu jalinan
kerja antara ulama dan ahli teknologi di wujudkan agar kebaikan dari gelombang
teknologi maklumat ICT dapat memberi manfaat kepada ulama. Umat islam harus
mengakui, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT merupakan syarat
penting bagi menyebarkan Islam secara lebih berkesan. Menurut baginda lagi,
masyarakat sekarang tidak lagi menjadikan media cetak dan media konvensional

sebagai pilihan utama. Ujar baginda lagi, kegagalan mana-mana pihak dalam
mengaplikasikan peluang teknologi ini untuk berdakwah, akan mengakibatkan umat
islam dianggap tidak berupaya mengikuti kemajuan dan perkembangan sains dan
teknologi.Eh…kita dok bercakap mengenai dakwah, dakwah dan
dakwah..tapi..sebenarnya dakwah dalam wadah baru yakni ICT ni sebenarnya nak
di tujukan atau disasarkan kepada siapa ye..??mesti apa yang dilakukan
mempunyai matlamat tertentu. tak kan saja-saja je kita suka-suka nak bersusah
payah menggunakan medium yang bukan konvensional (ICT) ni nak buat
dakwah..Emm…Jom kita kupas lagi persoalan ni bersama Gang
Siputsedoot2009…..Haiya Bina..

Seperti yang kita sedia maklum, golongan muda atau pun belia merupakan
golongan yang mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi songsang yang dibawa
oleh barat. Mereka kebanyakannya hanyut ke dalam jurang kemaksiatan tanpa

menyedari mereka telah jauh dari rahmat dan syurga Allah SWT. Mereka tidak
menghiraukan halal dan haram, baik dan buruk dalam melakukan sesuatu perkara
tersebut. Apabila ada pihak yang yang menegur perbuatan mereka, mulalah
mereka melenting…Ah..!!kau sape nak tegur aku!biar la aku dengan cara aku..lagi
pun kubur kita masing-masing.kubur aku kubur aku, kubur kau kau jaga la sendiri!!!

Hmm..mcm tu lah yang selalu kita dengar bila ada orang menegak kebenaran
Allah..Wahai cik abang dan cik kak yang berlagak sombong lagi angkuh..memang la
kubur kita ni tak boleh share..tapi kita sebagai umat saudara islam di muka bumi ni
mempunyai ruang untuk menegur mana yang tak betul..kalau dah diketahui di
depan mata, kalian melakukan perkara lagha..tak kan la kami tak berbuat apeape..nanti dosa pula yang kami dapat sebab bersubahat…Minta maaf le kepada
sesiapa yang terasa, tapi itulah realitinya pada akhir zaman ini, semua perkara
yang membawa kepada kebaikan di pandang jahat dan begitulah sebaliknya. Kami
berasa amat risau dan takut dengan situasi sekarang dimana belia merupakan
pewaris masa depan negara. Jika belia pada zaman sekarang tidak mempunyai
akhlak peribadi yang baik..bagaimana nanti belia akan memimpin negara dan
menegakkan syiar islam di dalam negara yang tercinta ini. oleh yang demikian para
ahli ulama dan cendiakawan islam yang arif mengenai golongan belia ini perlu
mengeksploitasi peluang untuk menarik golongan belia ini untuk dekat dengan
Islam. Untuk menarik belia, kita memerlukan golongan belia juga dimana golongan
belia amat sinonim dengan tenaga dan minda yang kreatif dan inovatif. Kelebihan
itu jika diaplikasi dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, sudah pasti menghasilkan
kesan yang hebat untuk agama dan masyarakat.

Usaha dakwah sebegini sebenarnya memerlukan momentum dan kepakaran tenaga
muda. Maka golongan muda yang telah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan

peluang untuk mengembangkan syiar Islam yang mulia ini. Menurut sumber yang di
tulis oleh Ruzain Syukur Mansor dalam Berita Harian Online, golongan belia tidak
perlu merasa rendah diri untuk menyampaikan dakwah dan mereka perlulah bijak
mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam memperkasakan usaha dakwah.
Dalam usaha untuk mengubah persepsi belia untuk mendekati dakwah, pihak
terlibat boleh mewujudkan aplikasi dan perisian jawi bahasa Arab berbentuk
permainan dan kuiz dalam talian. Selain itu, penjualan buku dakwah melalui laman
web juga dapat menarik belia. Menurut statistik pengguna internet di seluruh
Malaysia melebihi dari 500,000 ribu orang dan makin meningkat dari semasa ke
semasa. Selain itu, peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk
belia. Kemudahan muat turun nada dering ke telefon bimbit berunsur kesenian

islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran nada deringan pop komersial yang
meluas. Sementara galakan terhadap penerbitan album nasyid bakal memberikan
impak dakwah melalui kesenian. Di sinilah kepakaran penggubah lagu dan lirik lagu
dakwah bergabung dengan pemilik teknologi rakaman suara untuk menghasilkan
album dakwah. Selain itu dakwah dalam bidang penyiaran sama ada radio dan
media elektronik menanti golongan belia. Kerjaya dalam bidang penyiaran radio
Islam seperti Radio ikim.fm umpamanya mampu mendedahkan generasi muda
dengan penyebaran dakwah kepada massa. Selain itu juga, medium maklumat baru

iaitu blog juga perlu digunakan dalam usaha menyampaikan dakwah. Belia pada
zaman sekarang lebih gemar melayari blog-blog untuk memperolehi maklumat
selain medium konvensional seperti televisyen atau radio. Contoh laman web
dakwah adalah seperti http://www.dakwahonline.com/ Justeru itulah, kita
memerlukan lebih ramai bloggers untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya
yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat
dan satu klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk tidak berdakwah! Ini adalah
salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba moden dan di era
globalisasi kini. New World Disorder memerlukan dakwah sebegini. Penggunaan
telefon, sms, mesin faks, e-mail, tele-conference, video-conference, tv internet, dan
lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah ini. Sekali lagi, sudah
tidak ada masa untuk tidak berdakwah! Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu
ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak ke tak nak. Jangan
tidak, tidak!!

Pada masa yang sama Golongan pendakwah juga harus sentiasa mengamalkan
prinsip cakap serupa bikin. Mereka memikul amanah Allah SWT untuk sentiasa
melaksanakan segala ajaran agama dalam diri sendiri sebelum menyuruh orang lain
untuk melakukannya. Kealpaan pendakwah mempraktikkan prinsip itu bukan sahaja
itu menyebabkan objektif dakwah tidak tercapai malah bakal mengundang

kemurkaan Allah SWT yang berfirman, maksudnya; Wahai orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak kamu lakukan! Amat besar
kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak
lakukan. (Surah al-Saf ayat 2-3). Sementara itu, pendakwah tidak boleh berputus
asa kerana yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hanyalah Allah SWT
sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud; Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang
engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa
memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undangundang peraturan-Nya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang

yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).
Surah al-Qasas ayat 56).

P/S: HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING..YANG DINYALAKAN DI MALAM HARI..APABILA
MINYAK SUDAH KERING IAKAN PASTI PADAM SENDIRI…BEGITULAH BAIT-BAIT LAGU
YANG MENGGAMBARKAN KEHIDUPAN SESEORANG DI MANA KITA SEBAGAI MANUSIA
AKAN MATI JUGA SUATU HARI NANTI..MAKA SEBAGAI UMAT ISLAM KITA PERLULAH
MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT DENGAN CARA MENERIMA DAKWAH YANG
DISAMPAIKAN AGAR DAPAT DIMANFAATKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT..INSYAALAH…