Penyediaan Perumahan Rakyat Dari Pandang

PENYEDIAAN PERUMAHAN RAKYAT DARI PANDANGAN ISLAM1
Dr. Mohd Fuad Bin Mohd Salleh2
Universiti Selangor

Abstrak
Rumah Mampu Milik adalah rumah yang mampu dimiliki oleh rayat yang
berpendapatan rendah atau sederhana. Ia boleh dilaksana dengan penglibatan
kerajaan secara aktif sama ada secara terus di bawah pentadbiran kerajaan
atau melalui institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan.Konsep mampu milik
sama ada melalui pembelian atau sewaan boleh dilakukan dengan tiga cara
iaitu (1) kawalan harga dan kawalan sewa, (2) Bantuan geran, atau (3)
pembinaan oleh kerajaan dengan menjual atau menyewakan di bawah harga
pasaran.
Pengenalan
Menjadi fitrah setiap makhluk untuk menyediakan tempat tinggal yang dijadikan sebagai
tempat beristirahat dan melindungi diri, walau dalam bentuk dan ukuran yang berbeza-beza
sesuai dengan kemampuan dan keperluan makhluk itu sendiri. Jika pada binatang tempat
tinggal itu disebut sarang, manusia pula menyebutnya dengan istilah rumah. Al-Qur’an
memperkenal dua istilah apabila merujuk kepada tempat tinggal atau rumah. Pertama, disebut
“bait” seperti yang terdapat dalam surat an-Nahl [16]: 68
‫َ و أَ وْ َ ﺣ ﻰ َ ر ﺑﱡ َ ﻚ إِ ﻟَ ﻰ ا ﻟ ﻨﱠ ﺤْ ِ ﻞ أَ ِ ن ا ﺗﱠ ِ ﺨ ِ ﺬ ي ِ ﻣ ﻦَ ا‬

Mafhumnya: “Dan Tuhanmu mewahyukan (memberi ilham) kepada lebah: "Buatlah sarangsarang di gunung-ganang, di pohon-pohon kayu, dan di bangunan-bangunan yang dibina
manusia.”
Bait secara harfiyah bererti tempat bermalam. Rumah disebut bait karana fungsi rumah
kepada pemiliknya ialah tempat untuk bermalam dan berehat dari kesibukan. Ini juga sama
seperti yang dilakukan binatang, seumpama burung yang kembali ke sarangnya dipetang hari
untuk bermalam dan berehat. Di samping itu, rumah dalam bentuk bait juga berfungsi
melindungi pemiliknya dari berbagai gangguan luar, seperti panas, sejuk, dan serangan
makhluk lain. Seperti yang terdapat dalam surat al-Baqarah [2]: 125
‫ َ و إِ ْ ذ َ ﺟ َ ﻌ ْﻠ ﻨَ ﺎ‬...
Mafhumnya: “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat
berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman……”
Ayat-ayat di atas menjelaskan betapa rumah merupakan keperluan asas (Dhoruriyat) bagi
kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk membantu rakyat
memiliki rumah sendiri yang boleh diduduki. Kerajaan melalui agensi atau syarikat kerajaan

1
2

Kertas-kerja di Seminar Perumahan Rakyat Selangor di Kuala Lumpur pada 7 Sept. 2013
Proffesor Madya/Dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Selangor (UNISEL)


1

boleh berperanan membantu rakyat untuk memiliki rumah sendiri sama ada rumah milik
sendiri atau rumah yang disewakan untuk rakyat mendiaminya.
Rumah Mampu Milik
Rumah Mampu Milik adalah rumah yang mampu dimiliki oleh rayat yang berpendapatan
rendah atau sederhana. Rumah Rakyat sewaktu mula diperkenal di awal tahun 70an oleh
kerajaan-kerajaan Negeri hanya berharga sekitar RM9,000 sahaja dan pemilik hanya perlu
membayar sekitar RM79 sebulan untuk memiliki rumah berkenaan. Kelayakan pembeli pada
waktu itu ialah gaji atau pendapatan bulanan tidak melebihi RM800 sebulan. Dengan bayaran
bulanan serendah RM79, ia hanya sekitar 10% daripada pendapatan bulanan. Harga rumah
berkenaan kemudian dinaikkan kepada RM17,000 di pertengahan 80an dan seterusnya kepada
RM25,000 di hujung 80an. Namun kelayakan pembeli masih dikekalkan pada gaji bulanan
RM800 sebulan. Bayaran bulanan naik dari RM79 ke RM170 sebulan. Ini mencecah 20%
daripada pendapatan bulanan namun ia dikira masih mampu ditanggung oleh pembeli.
Program rumah rakyat yang dijalankan oleh kerajaan negeri pada waktu itu diurus oleh
Pejabat Daerah dan bayaran bulanan dibayar terus kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat
Pembangunan Daerah.
Namun dengan kenaikan harga bahan mentah dan peningkatan nilai hartanah, kerajaan telah

membuat keputusan untuk menaikkan harga rumah rakyat sehingga RM45,000. Kenaikan
harga ini adalah sebanyak 165% daripada harga asal sewaktu program Rumah Rakyat atau
Rumah Murah mula diperkenal. Pemohon yang berjaya memembeli rumah murah (atau
rumah rakyat) perlu berurusan dengan institusi kewangan untuk menyelesaikan bayaran
pembelian. Bayaran bulanan tidak lagi dibayar kepada kerajaan tetapi terus kepada institusi
pembiaya. Bayaran bulanan kini meningkat hampir RM400 sebulan (untuk tempoh pinjaman
sama iaitu 300 bulan). Namun kelayakan pemohon dinaikkan kepada RM1,500 sebulan. Ini
bermakna pemilik rumah perlu membelanjakan hampir 27% daripada pendapatan bulanan
untuk menampung bayaran bulanan memiliki Rumah Murah.
Program Perumahan Rakyat (PPR) – Amalan Negara-negara Luar
Program Perumahan Rakyat (PPR) ialah satu projek perumahan yang mana ia dimiliki oleh
badan milik kerajaan, negeri atau pusat. Ini adalah definisi Rumah Rakyat di beberapa buah
Negara Eropah seperti Jerman, United Kingdom, Peranchis dan negara-negara Scandinavia.
Di negara-negara berkenaan juga diperkenal Perumahan Sosial iaitu terma yang merujuk
kepada skim rumah sewa yang dimiliki atau diurus oleh negeri, badan bukan keuntungan
(Non-profit Organization) atau kombinasi kedua-duanya, yang objektif utamanya ialah untuk
menyediakan rumah mampu milik. Perumahan Sosial juga boleh diamalkan sebagai kaedah
menangani masalah ketidakseimbangan pemilikan rumah.
Di Hong Kong, perumahan rakyat merupakan salah satu polisi utama dalam polisi perumahan
kerajaan. Hampir separuh penduduk Hong Kong menduduki rumah rakyat. Jerman, United

Kingdom, Eropah, Amerika dan Amerika Latin mempunyai perumahan rakyat mereka sendiri.
DI Singapura, Program Perumahan Rakyat, terutamanya perancangan dan pembangunan
projek perumahan baru dan penentuan sewa unit dan penjualan semula pemilikan sedia ada,
adalah diurus oleh Housing and Development Board (HDB)
Sistem perumahan di Jerman dianggap sebagai sistem paling mampu milik dan liberal di
Eropah. Namun begitu, jika dibandingkan dengan sistem di United Kingdom (UK), UK
2

memiliki sistem perumahan yang paling mampu milik dan bertindakbalas berdasarkan
kehendak pasaran. Walaubagaimanapun, Jerman memiliki sistem lebih unggul dengan
menyediakan bekalan rumah paling baik dengan kawalan sewa dan peraturan kredit yang
ketat. Dengan sistem kawalan sewa dan kredit yang ketat industri perumahan di Jerman tidak
mengalami kenaikan malah menunjukkan kecenderungan menurun berbanding UK seperti
ditunjukkan dalam Gambarajah 1 di bawah. Kesan kawalan yang menyebabkan harga stabil
ialah kurangnya penawaran rumah di Jerman berbanding dengan UK. Ini juga memberi kesan
kepada kadar pemilikan rumah di mana Jerman mempunyai kadar pemilikan rumah paling
rendah di Eropah (40%) sementara UK memiliki kadar pemilikan lebih tinggi iaitu 70%.
Gambarajah 1: Harga Sebenar Rumah

Agak mengejutkan kecenderungan ini berlaku walaupun secara umumnya Jerman mengalami

pertambahan penduduk lebih tinggi berbanding UK sehingga pertengahan tahun 2004.
Gambarajah 2: Pertambahan Penduduk

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan Jerman memiliki harga rumah yang stabil dan
rendah dan juga kadar pemilikan rumah yang rendah: (1) bekalan perumahan responsif; (2)
bayaran sewaan terjamin; dan (3) kredit gadai janji tersedia lebih terkawal.
Kadar sewa di Jerman adalah dikawal dan bayaran sewa tidak akan naik mendadak. Hak
penyewa akan sentiasa terjamin untuk menduduki premis yang disewa selama mana mereka
menjelaskan bayaran sewa seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian.
3

Kaedah Pemilikan Rumah
Di Singapura, Housing Development Board (HDB) bertanggungjawab untuk menyediakan
rumah bagi rakyat yang tinggal di Singapura. Antara 82 - 85% penduduk Singapura menetap
di pangsapuri yang dibina oleh kerajaan. 95% daripdanya adalah pembeli dan bakinya adalah
penyewa. Untuk mengawal pembangunan kawasan perumahan, kerajaan Singapura telah
menetapkan tempoh maksimum pembiayaan rumah di bawah HDB kepada 25 tahun sahaja,
berkurang daripada tempoh 30 tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun untuk pembeli rumah,
HDB memberi geran maksimum sebanyak S60,000 atau 30% daripada pendapatan kasar.
Geran ini telah mengurangkan harga rumah pangsa dua bilik kepada S16,000 sahaja dan

rumah pangsa tiga bilik pula bermula dengan harga S115,000. Geran diberi kepada pasangan
yangmembeli rumah pertama dan kerajaan menyediakan insentif tambahan untuk mereka
yang membeli rumah berdekatan dengan ibubapa.
Untuk memenuhi aspirasi rakyat Singapura yang semakin meningkat, HDB telah bekerjasama
dengan sektor swasta. Selain daripada skim Reka dan Bina (DBS) , HDB telah memperkenal
skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) dalam tahun 2005.
Di Hong Kong pula, Hong Kong Housing Authority dan Hong Kong Housing Society diberi
tanggungjawab oleh kerajaan Hong Kong untuk membangun dan mengurus pemilikan rumah
awam melalui pembinaan rumah pangsa yang disewakan pada kadar lebih murah berbanding
nilai pasaran. Hong Kong memperkenal pemilikan rumah pada harga lebih murah melalui
Home Ownership Scheme, di mana rumah-rumah yang dibina dijual lebih rendah daripada
harga pasaran. Melali kaedah ini, harga-harga rumah sentiasa rendah dan mampu dimiliki
oleh penduduk Hong Kong yang berpendapatan rendah dan sederhana. Hong Kong Housing
Authority dan Hong Kong Housing Society sentiasa bekerjasama rapat untuk memastikan
setiap rakyat Hong Kong dapat tinggal dalam rumah yang sempurna.
Kesimpulan
Berdasarkan beberapa contoh pelaksanaan konsep rumah mampu milik yang dijalankan di
beberapa negara, kerajaan berperanan besar memastikan rakyat memiliki rumah sendiri sama
ada melalui skim pemilikan (pembelian) rumah atau sewaan rumah. Ini bersesuaian dengan
tuntutan Islam terhadap perkara-perkara keperluan asas (dhoruriyah). Kerajaan

bertanggungjawab melaksanakan polisi yang memastikan harga rumah adalah rendah untuk
rakyat memiliki rumah. Ia boleh dilakukan dengan tiga kaedah iaitu (1) penguatkuasaan
undang-undang kawalan harga dan kawalan sewa seperti di Jerman, (2) bantuan geran
memiliki rumah pertama seperti di Singapura, atau (3) kerajaan membina sendiri rumah
seperti di Hong Kong.
Cadangan
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan ingin memastikan Selangor menjadi
negeri maju dan berkebajikan sesuai dengan konsep “Baldatun Toyyibah wa Robbun Ghofur”
kerajaan negeri Selangor disaran untuk mencontohi mana-mana konsep pemilikan rumah (beli
atau sewa) seperti yang dijalankan oleh Jerman, Singapura atau Hong Kong. Penguatkuasaan
undang-undang boleh dilakukan dengan memperkenal Undang-undang Kecil Kawalan Sewa
di bawah Pihak Berkuasa Tempatan yang kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menggubal
Undang-undang Kecil.
4

Untuk membolehkan pelaksanaannya, kerajaan Selangor boleh meningkatkan peranan badan
seperti Lembaga Pembangunan Perumahan yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan
rumah untuk semua rakyat Selangor, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Rujukan

1.

Bhatta, Basudeb (2010-04-15). Analysis of Urban Growth and Sprawl from Remote
Sensing Data. Advances in Geographic Information Science. Springer.
p. 23. ISBN ISBN 978-3-642-05298-9.

2.

"Definition: Affordable
Australia

3.

http://www.macrobusiness.com.au/2011/06/how-germany-achieved-stable-affordablehousing/

4.

http://en.wikipedia.org/wiki/Public_housing

5.


Hong Kong Census and Statistics Department

6.

http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/singapore-s-public/761236.html

7.

Wong, T. C., Yuen, B, and Goldblum, C. (2008). Spatial Plannig for a Sustainable
Singapore. Singapore: Springer.

8.

http://www.themalaymailonline.com/money/article/singapore-tightens-loans-on-publichousing-to-stabilise-market

9.

Beng, Y. C. (20007). Homes for a Nation — Public Housing in Singapore. Ethos — Issue
2, April 2007


Housing", Queensland

Affordable

Housing

Consortium,

10. http://www.cscollege.gov.sg/Knowledge/ethos/Issue%202%20Apr%202007/Pages/Home
s-for-a-Nation-Public-Housing-in-Singapore.aspx
11. Beedle, L. S. (1988). Second Century of the Skyscraper. New York: Van Nostrand
Reinhold Company.
12. Lam, K. P. (1988). High-Rise Public Housing Development in Singapore. New York:
Van Nostrand Reinhold Company.

5