Kajian Ekonomi Memantapkan Negara Malays

Isi Kandunga

Muka Surat

1.0

Pendahuluan

3

2.0

Perkembangan Ekonomi Zaman Penjajahan

4

2.1

Dasar Pecah Dan Perintah

5


2.2

Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum

5

2.3

Ketidakseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar

5-6

3.0

4.0

Konsep Modenisasi

6


3.1

6

Konsep modenisasi di Malaysia

Usaha Pemulihan Selepas Kemerdekaan

7

4.1

Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

8

4.2

Rancangan Malaya Kedua 1960-1965


9

4.3

Rancangan Malaysia Pertama

9-10

4.4

Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975

10-11

4.5

Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980

11


4.6

Rancangan Malaysai Keempat 1981-1985 dan

1966-1970

Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990
4.7

5.0

12

Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995 dan
Rancangan Malasyia Ketujuh 1996-2000

13

4.8


Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005

14

4.9

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

15

4.10

Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015

16

Rumusan

17

2

6.0

Rujukan

1.0

Pendahuluan

18

Malaysia telah mengalami pertumbuhan pesat ekonomi sejak merdeka seiring dengan
perubahan struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada perindustrian. Langkah
ini bertujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya Negara tidak terlalu
bergantung kepada satu komoditi atau dua komoditi sahaja semata-mata juga untuk
menyeimbangkan kegiatan ekonomi antara kaum. Kita telah maklum Malaysia adalah
sebuah Negara yang majmuk memiliki perlbagai lapisan masyarakat dan kaum. Tiga
kaum utama yang kita kenali iaitu kaum melayu, kaum cina dan kaum india. Semasa
pemerintahan penjajah iaitu British, sudah berlaku perkembangan dalam ekonomi

namun perkembangan ekonomi ketika itu telah mewujudkan jurang antara kaum.
Jurang yang berlaku ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi
antara kaum meliputi kaum melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu, kaum Cina
dan juga kaum India. Kaum melayu kekal menjalankan kegiatan ekonomi luar Bandar
sebagai petani dan nelayan manakala kaum cina tertumpu di kawasan Bandar sebagai
peniaga dan pelombong dan kaum india kekal menetap di lading sebagai penoreh
getah. Jurang sebegini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi
antara kaum. Perkara ini akan menjejaskan perkembangan ekonomi Negara juga
mewujudkan rasa ketidakpuasan hati setiap kaum sekaligus menyebabkan perpaduan
Negara tidak dapat dicapai dengan jayanya. Selepas merdeka, Malaysia mula
melangkah dalam perkembangan ekonominya sekaligus mencapai perpaduan antara
kaum. Hal ini kerana perpaduan kaum adalah kunci dalam mencapai perkembangan
ekonomi Negara. Beberapa dasar telah dilaksanankan oleh kerajaan untuk mencapai
perpaduan sekaligus mencapai perkembangan ekonomi Negara antaranya ialah
Rangka Rancangan Jangka Pendek dan Rangka Rancangan Jangka Panjang. Pendek
kata, perkembangan pesat sektor telah mengubah struktur masyarakat Malaysia
daripada masyarakat desa kepada masyarakat Bandar. Selain proses perbandaran,
pertumbuhan pesat ekonomi membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih
baik apabila pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur dapat diperluas meliputi
banyak tempat.

3

2.0

Perkembangan Ekonomi Zaman Penjajahan
Pada akhir abad ke 19 bermulanya perubahan dari segi politik, ekonomi dan

sosial terhadap negeri-negeri Tanah Melayu apabila Sistem Residden diperkenalkan.
Walau pun langkah itu berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada
perebutan kuasa antara kalangan pembesar melayu dan pergaduhan antara kongsi
gelap cina namun ia memberi impak besar dalam perubahan ekonomi Tanah Melayu.
Perubahan tersebut telah mewujudkan suasana yang membolehkan Tanah Melayu
berkembang pesat dan membolehkan British mengubah sistem ekonomi terdahulu iaitu
kegiatan sara diri kepada kegiatan ekonomi komersial secara beransur-ansur. Faktor
perkembangan kegiatan perlombongan telah menyebabkan British membawa pelaburpelabur dan membawa masuk tenaga buruh cina untuk memenuhi pekerjaan di
lombong-lombong.
Walau bagaimanapun, perkembangan yang berlaku diperingkat antara bangsa
seperti penggunaan kapal wap telah menjadikan impak besar dalam perlumbaan
mengejar kekayaan British sekaligus merubah struktur ekonomi di Tanah Melayu.
Selain itu, kedudukan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah

seperti emas dan biji timah menjadi faktor menarik minat British disamping
mempengaruhi para pembesar dalam menerima pengaruhnya dan teknologi dari luar.
Dalam masa yang sama beberapa kemudahan asas seperti jalan raya dan jalan
kereta api mula dibina dengan lebih banyak bertujuan menghubungkan lading getah
dan lombong biji timah dengan kawasan pelabuhan agar bahan-bahan tersebut mudah
diangkut untuk tujuan eksport. Selain itu, kemudahan lain seperti kemudahan bekalan
air dan elektrik juga mula disediakan. Kemuadahan ini lebih tertumpu dikawasan yang
berhampiran dengan pusat perusahan dan berlaku pembangunan infrastruktur dengan
pesat namun terbatas hanya di akwasan yang kaya sahaja. Ekoran itu, berlaku jurang
antara kaum melayu, kaum cina juga kaum india. Hal ini kerana kaum melayu lebih
tertumpu di kawasan luar Bandar. Kebanyakan perubahan infratruktur ini berlaku di
4

kawasan Bandar sahaja. Ini memberikan kaum cina kelebihan dan peluang manakala
kaum melayu kekal dengan kegiatan sara dirinya.

2.1

Dasar Pecah dan Perintah


Dasar ini telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara ketiga-tiga
kaum utama sekaligus menyebabkan berlakunya jurang yang sangat jauh. Sebahagian
besar orang melayu kekal menjalankan kegiatan ekonomi di luar Bandar seperti petani
dan menjadi nelayan disamping orang cina yang bertumpu dikawasan Bandar menjadi
peniaga dan pelombong manakala orang india yang menetap di lading getah bekerja
sebagai penoreh getah. Jurang yang berlaku ini telah menyebabkan beberapa kesan
yang besar dapat kita lihat dalam perpaduan juga perkembangan ekonomi Tanah
Melayu.
2.2

Ketidakseimbangan Ekonomi antara Kaum

Dasar pecah dan perintah ini langsung sama sekali tidak membantu orang melayu
untuk menghadapi perubahan perkembangan ekonomi. Keadaan mereka kekal dan
tidak berubah dengan kegiatan secara tradisional. Kegiatan ekonomi moden seperti
perdagangan, perlombongan dan perladangan lebih tertumpu di kawasan pantai barat
Tanah Melayu disebabkan terdapatnya sistem perhubungan yang baik. Secara tidak
langsung telah membiarkan ekonomi tradisional kekal dijalankan di kawasan lain.
Akibatnya berlaku jurang perkembangan ekonomi yang tidak seimbang selepas
merdeka antara kaum melayu dengan kaum bukan melayu. Selain itu, berlaku

kelembapan kemajuan terhadap kaum melayu sekaligus menyebabkan kemajuan
ekonomi dalam pertanian moden sukar digapai selain kekurangan peluang pekerjaan
terhadap kaum melayu.
2.3

Ketidakseimbangan Ekonomi antara Bandar dan Luar Bandar

Walaupun British telah membangunkan Tanah Melayu namun pada dasarnya ia
hanyalah untuk memelihara kepentingan mereka semata-mata. Kegiatan ekonomi
hanya tertumpu di kawasan pantai barat kerana kaya dengan sumber bahan mentah
5

seperti biji timah dan getah di samping wujudnya sistem perhubungan yang baik. Kesan
mendalamnya ialah wujud struktur ekonomi yang disebut Dwiekonomi. Dwiekonomi
ditafsirkan keadaan ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di kawasan
Bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan di sepanjang pantai barat Tanah
Melayu di samping kegiatan ekonomi tradisional kekal di kawasan luar Bandar.
Pembangunan dan pertumbuhan bandar-bandar lebih tertumpu di sepanjang pantai
barat seperti negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan johor khasnya sekitar
kawasan perlombongan biji timah dan perladangan getah.

3.0

Konsep Modenisasi

Modenisasi ialah suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini berlaku
sama ada secara berencana atau tidak berencana. Perubahan secara berencana
bermaksud suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaina ditentukan
terlebih dahulu sebelum menentukan suatu perubahan dilaksana dengan jayanya.
Terdapat dua aspek terpenting salam mencapai modenisasi iaitu pembangunan
ekonomi dan pembangunan politik.

3.1

Modenisasi di Malaysia

Malaysia mula mengorak langkah perjalanan modenisasi bermula dengan kehadiran
kolonial Inggeris dan mengikuti acuan penjajah pada awalnya. Sebagai sebuah Negara
yang baru wujud selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Malaysia telah merangka
pelbagai program serta perancangan jangka masa pendek juga perancangan jangka
masa panjang dalam melakukan pembangunan politik dajn pembangunan ekonomi
dengan rancaknya. Dua komponen penting iaitu politik dan ekonomi menjadi taruhan
dalam mencapai sebuah Negara maju yang memiliki pelbagai etnik dan kebudayaan
yang berlainan. Ekoran itu, dengan kepelbagaian etnik yang dimiliki oleh Malaysia telah
menjadi suatu halangan dalam mencapai matlamat Negara. Walau bagaimanapun,
dengan perancangan yang teliti oelh pihak kerajaan telah berjaya juga akhirnya
6

menyatupadukan kaum sekaligus mencapai perpaduan Negara dalam mencapai
matlamat modenisasi.

4.0

Usaha Pemulihan Ekonomi Selepas Merdeka

Selepas merdeka, kerajaan telah memberikan perhatian yang berat terhadap usaha
membangunkan Negara, terutamanya kawasan luar Bandar. Ekoran kemerosotan
harga getah telah memperlihatkan kelemahan struktur asas ekonomi Negara yang
terlalu bergantung pada satu atau dua komoditi sahaja iaitu biji timah dan getah. Lantas
itu, kerajaan telah merangka beberapa langkah bagi mengatasi permasalahan ini.
Antara usaha yang dijalankan ialah mempelbagaikan asas ekonomi bagi
mengatasi keadaan ini. Antara usaha yang diperkenalkan ialah memperkenalkan
beberapa komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, lada hitam dan perusahan kayu balak
di samping memberi tumpuan kepada eksport barangan pembuatan, seperti tekstil,
makanan yang diproses dan juga keluaran hasil getah Negara. Kesannya dapat dilihat
dimana Negara telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi secara pesat dan tinggi
pada kadar 6% setahun pada tahun 1960-an, ini telah mencapai matlamat Negara yang
dirancangkan dalam mengatasi permasalahn ekonomi ketika itu.
Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai ini hakikatnya
tidak cukup untuk mengubah struktur sosioekonomi yang diwarisi sejak zaman
pemerintahan penjajah. Tidak banyak yang berlaku dalam menyelesaikan masalah
swiekonomi yang diwarisi untuk mengatasi jurang pendapatan isi rumah antara
golongan berpendapatan rendah dengan golongan berpendapatan tinggi sekaligus
menyelesaikan masalah jurang ekonomi yang berlaku antara kaum utama Negara.
Ekoran itu, kerajaan telah merangka beberapa perancangan terapi dan teliti
dalam mengatasi permasalahan kemiskinan dan jurang yang berlaku ini. Perubahan
yang dilakukan selepas tahun 1970-an ini bertujuan mengubah struktur sosioekonomi
yang diwarisi itu dengan melaksanakan beberapa dasar-dasar dan langkah yang
bersifat radikal untuk mencapai perpaduan kaum demi meuwjudkan sebuah masyarakat

7

yang bersatu padu di samping mencapai perkembangan ekonomi secara pesat. Antara
langkah yang dilaksanakan ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Rancangan pembangunan lima tahun ini menerangkan pencapaian langkahlangkah pembangunan dalam tempoh lima tahun sebelumnya, matlamat pembangunan
yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang dengan mengikut matlamat
yang dirancangkan. Tujuan rancangan pembangunan ini dilaksanankan ialah untuk
mengubah struktur sosioekonomi.

4.1

Rancangan Malaya Pertama 1956 hingga 1960

Rancangan Malaya Pertama ini lebih memberikan tumpuan kepada dua matlamat iaitu
membangunkan sektor ekonomi luar Bandar bagi merapatkan jurang perbezaan antara
penduduk luar Bandar dengan Bandar di samping mengurangkan kadar kemiskinan
penduduk luar Bandar.
Antara Stategi yang dilaksanakan ialah memulihkan perusahan getah agar dapat
bersaing dengan getah tiruan yang semakin pesat pada ketika itu. Tujuannya ialah
untuk meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga getah di pasaran
dunia. Selain itu, penubuhan Lembaga Pembangunan Perusahan Luar Bandar ( RIDA )
bertujuan untuk merancang dan menyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi
luar Bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar nama kepada Majlis Amanah Rakyat
( MARA ) yang berperanan menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera dalam pelabagi bidang pertanian juga ekonomi pelaburan.
Pada tahun 1971, FELDA telah ditubuhkan mengantikan LKTP bertujuan
membuka tanah baharu bagi menyusun semula penempatan dan menambah hasil
pertanian juga meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.

8

4.2

Rancangan Malaya Kedua tahun 1961 hingga 1965

Rancangan Malaya Kedua ini adalah legasi Rancangan Malaya Pertama. Matlamat
utama Rancangan Malaya Kedua ini lebih kepada mewujudkan peluang pekerjaan
untuk penduduk luar Bandar dengan menyediakan kemudahan asas seperti
kemudahan kesihatan, pendidikan serta pembangunan perumahan luar Bandar.
Rancangan ini lebih memberi tumpuan kepada menwujudkan lebih banyak kemudahan
asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar Bandar.
Beberapa strategi telah dilaksanakan iaitu menggalakkan penyertaan rakyat
dalam perancangan program pembangunan serta perlaksanaan rancangan. Ekoran itu,
sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan
pada peringkat kampung dan daerah iaitu penubuhan Sistem Bilik Gerakan.

4.3

Rancangan Malaysia Pertama tahun 1966 hingga 1970

Rancangan Malaysia Pertama ini memberikan tumpuan kepada pembangunan Negara
secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan
Negara ketika ini diselaraskan berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Persekutuan Malaysia. Beberapa matlamat menjadi landasan iaitu mempelbagaikan
kegiatan ekonomi dalam sektor perindutrian, mengadakan peluang pekerjaan yang
banyak agar dapat menampung masalah pengangguran, meningkatkan pendapatan
dan penggunaan sumber dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah dan akhir
sekali mempercepat integrasi di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Beberapa strategi telah dirangka dan dilaksanakan iaitu melaksanakan skim
pembangunan tanah di luar Bandar dengan mengadakan rancangan pembukaan tanah
secara besar-besaran di samping menyediakan kemudahan infrastruktur dengan cepat.

9

Selain itu, memberikan bantuan kredit luar Bandar dan menubuhkan Lembaga
Pertubuhan ladang, Koperasi Luar Bandar, dan Bank Pertanian Malaysia. Bagi
menyokong usaha ini dua buah agensi telah ditubuhkan iaitu Lembaga Pemulihan dan
Penyatuan Tanah Persekutuan ( FELCRA ) bertujuan untuk membantu menbangunkan
ekonomi luar bandar dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
( MARDI ) pula bertujuan menjalan penyelidikan berkaitan dengan pemasaran dan
pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Pada tahun 1968, ditubuhkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia
( MIDA ) dengan tujuan memberikan taraf perintis kepada insutri- industri baharu yang
diberikan pengecualian cukai selama lima tahun.
Pada tahun 1969 telah berlaku suatu peristiwa hitam iaitu berlaku rusuhan kaum
antara kaum melayu dengan kaum cina yang digelar Peristiwa 13 Mei. Peristiwa ini
telah menjadi sejarah hitam buat Negara sekaligus telah membawa kepada
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1971.
4.4

Rancangan Malaysia Kedua tahun 1971 hingga 1975

Rentetan Peristiwa 13 Mei telah membawa kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
( DEB ) pada tahun 1971. Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan
di samping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Peristiwa ini adalah
peristiwa terbesar Negara melibatkan dua kaum utama iaitu kaum melayu dengan kaum
cina.
Antara strategi yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru ialah memperbaiki
kehidupan rakyat diluar Bandar, menambah peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa
mengira kaum, menambah daya pengeluaran dan meningkatkan pendapatan petani di
luar Bandar, mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan
bumiputera serta menubuhkan agensi awam sebagai agensi pelaksana. Rentetan
peristiwa ini jelas menunjukkan pada ketika itu perpaduan sukar dicapai di kalangan
rakyat. Setiap kaum mempertahankan hak masing-masing yang telah tanpa mengira
defesit dalaman Negara.

10

Dalam usaha memodenkan masyarakat luar Bandar, kerajaan mweujudkan
rancangan pembukaan tanah yang bersepadu seiring dengan penubuhan agensi
pembangunan wilayah seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA ) dan
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA )
Beberapa agensi juga telah ditubuhkan dalam mencapai dan mempercepat
pencapaian dalam DEB iaitu Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS ), Perbadanan
Pembangunan Bandar ( UDA ) , Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun- Pekebun Kecil
Perusahan Getah ( RISDA ) dan Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP )

4.5

Rancangan Malaysia Ketiga tahun 1975 hingga 1980

Isu perpaduan masih diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Ketiga ini sebagai
salah satu matlamat utama melalui pertumbuhan ekonomi yang seimbang antara kaum.
Pertama kalinya ditubuhkan rancangan pembangunan wilayah bertujuan memberi
tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit dalam menjadikan komoditi
Negara.
Beberapa usaha dilakukan kerajaan dalam memajukan sektor pertanian
antaranya ialah penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH )
dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR ) rentetan dari rancangan
pembangunan wilayah dan pembukaan tanah baharu pada Rancangan Malaysia
Kedua.
Dalam memberi usaha pembangunan sektor pertanian dan perindustrian ini
diteruskan untuk meningkatkan pendapatan dan peningkatan daya pengeluaran hasil
serta memberi peluang pekerjaan bagi memberi peluang agar kadar kemiskinan dan
pengangguran Negara dapat dikurangkan.
Agensi kerajaan lain seperti MARA, FELDA, UDA, PERNAS, dan RISDA diberi
peranan penting untuk melaksanakan program pembangunan yang digariskan oleh
kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga ini.

11

4.6

Rancangan Malaysia Keempat tahun 1981 hingga 1985 dan Rancangan
Malaysia Kelima tahun 1986 hingga 1990

Pada ketika ini, ekonomi dunia telah mengalami pertumbuhan yang lembab sekaligus
menyebabkan beberapa masalah kepada ekonomi Negara. Beberapa masalah itu ialah
kejatuhan harga komoditi, kemorosotan imbangan pembayaran, penurunan pendapatan
eksport komoditi, berlaku kenaikan kadar pengangguran dan kelembapan sektor swasta
yang telah menjejaskan perkembangan ekonomi Negara.
Pembangunan masih diteruskan dengan memberi penekanan kepada sektor
perusahan dan pertanian. Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HIKOM ) telah
diperkenalkan dalam membantu mempercepatkan dan menyalurkan penggunaan
teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir.
Selain itu, beberapa kawasan perusahan baharu telah dibuka seperti Senawang
( Negeri Sembilan ), Skudai ( Johor ), Bintulu ( Sarawak ), serta Menggatal dan Likas
( Sabah ) sebagai usaha dalam memajukan sektor perindustrian dan menggalakkan
pelaburan asing.
Pada tahun 1979, Perbadanan Nasional Berhad ( PNB ) telah ditubuhkan dan
diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelaburan dalam Skim Amanah Saham
Nasional ( ASN ) yang diperkenalkan pada tahun 1981.

12

4.7

Rancangan Malaysia Keenam tahun 1991 hingga 1995 dan Rancangan Malaysia
Malaysia Ketujuh 1995 hingga tahun 2000

Rancangan Malaysia Keenam dan ketujuh ini adalah lanjutan rancangan Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan meneruskan matlamat agar
ekonomi dapat dicapai dengan keseimbangan antara kaum.
Berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan antaranya ialah meningkatkan
kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan sektor swasta. Mewujudkan
syarikat-syarikat swasta dan penukaran kepada pengurusan swasta dalam beberapa
jabatan kerajaan.
Pada tahun 1991 telah ditubuhkan Dasar Pembangunan Nasional iaitu lanjutan
Dasar Ekonomi Baru. Antara tujuannya ialah memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum, mencapai keseimbangan dalam semua sektor, dan
menekankan pembangunan sumber manusia.
Salah satu matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional ialah mengurangkan
dan menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku
antara kaum agar berlaku perkembangan dan pemilikan ekonomi yang adil serta
saksama antara kaum di Malaysia.
Kemudahan perkhidmatan juga dijalankan terhadap penduduk luar bandar agar
pembangunan luar bandar juga sama seperti pembangunan kawasan Bandar yang
dikecapi. Kemudahan yang dimaksudkan adalah kemudahan air bersih dan kemudahan
elektrik dapat disalurkan kepada luar bandar semakin bertambah dalam usaha
mencapai kemajuan luar bandar seiring kemajuan bandar.

13

4.8

Rancangan Malaysia Kelapan tahun 2001 hingga 2005

Rancangan Malaysia kelapan adalah penggabungan antara strategi, program dan
projek yang dirangka bagi mencapai Dasar Wawasan Negara iaitu menjamin
pertumbuhan ekonomi dan daya tahan ekonomi Negara serta mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu serta saksama.
Dasar Wawasan Negara adalah mengambil kira strategi Dasar Ekonomi Baru
dan Dasar Pembangunan Nasional iaitu mewujudkan masyarakat bersatu padu, adil
dan saksama. Seterusnya menjadi asas kepada strategi Rancangan Jangka Panjang 3
dengan tema meningkatkan daya saing Negara.
Antara teras utama dalam Dasar Ekonomi Baru yang menjadi rujukan matlamat
utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah membina bangsa yang berdaya tahan
disamping mewujudkan masyarakat yang saksama.
Selain itu, mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mempertingkatkan daya
saing serta menitikberatkan pembangunan Negara berteraskan pengetahuan yang
tinggi. dalam menitikberatkan pembangunan Negara berteraskan pendidikan yang
tinggi kerajaan telah menggalakkan agar masyarakat berkecimbung dalam kemajuan
teknologi.

14

4.9

Rancangan Malaysia Kesembilan tahun 2006 hingga 2010

Rancangan Malaysia kesembilan ini merupakan kesinambungan peringkat kedua dalam
rancangan jangka masa panjang ketiga dan fasa kedua Dasar Wawasan 2020 yang
diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad.
Beberapa cabaran dalam mencapai matlamat dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan iaitu meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke tahap yang lebih
cemerlang. Memberikan kemudahan dalam pendidikan serta penambahan infrastruktur
luar Bandar seperti jalan raya berturap dan kemudahan lain.
Selain itu, mengukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi Negara iaitu
memberi peluang kepada syarikat-syarikat swasta dalam mengembangkan lagi industri
perniagaan. Meningkatkan daya pengeluaran disamping tahap pengetahuan ekonomi
yang tinggi dikalangan rakyat. Kerajaan juga memperhebatkan lagi langkah dalam
membasmi kemiskinan rakyat dan menyediakan perkhidmatan serta kemudahan yang
berkualiti tinggi kepada rakyat

15

4.10

Rancangan Malaysia Kesepuluh tahun 2010 hingga 2015

Rancangan ini adalah lanjutan dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu mencapai sebuah
Negara maju mengikut acuan sendiri dan berpendapatan tinggi.
Sepuluh strategi utama yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
antaranya ialah memacu ekonomi dengan faktor dalam negeri mengambil kira
persekitaran luar Negara di samping memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai
kejayaan di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengikuti acuan kemajuan
dunia yang telah digariskan dalam capaian antarabangsa sebagai matlamat dalam
mencapai kemajuan Negara dalam menyaingi Negara lain.
Selain itu, kerajaan telah merangka dan melaksanakan tranformasi kearah
berpendapatan tinggi Negara menerusi pengkhususan serta menjayakan pertumbuhan
yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Walau bagaimanapun, kerajaan juga
berusaha memupuk dan menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang kerana
ianya adalah aset terpenting Negara dalam mencapai sebuah Negara maju kelak.
Dalam memastikan peluang kesamarataan dan melindungi golongan yang
terjejas seperti golongan bawahan, kerajaan telah melakukan pertumbuhan pesat
pembangunan

dengan

bertumpukan

pembangunan

perkongsian pintar dan yang berkesan.

16

inklusif

serta

menyokong

5.0
Dapat

Kesimpulan
disimpulkan

bahawa

banyak

usaha-usaha

yang

telah

dilakukan

bagi

membangunkan ekonomi di Malaysia pada masa kini dan masa sebelum merdeka
lagi.Akan tetapi kegiatan ekonomi pada masa hanyalah itu untuk kepentingan penjajah
british sahaja.Bukan itu sahaja,akibat dasar pecah dan perintah ini jugalah telah
mewujudkan jurang ekonomi antara melayu dengan bukan melayu,bandar dan luar
Bandar. Keadaan ini terus berlanjutan walaupun selepas merdeka sehingga
menyebabkan rusuhan kaum 13 mei 1969.Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini
dari terus berlaku kerajaan telah melakukan beberapa dasar bagi meningkatkan
kegiatan ekonomi melibatkan semua aspek dan secara tidak langsung dapat
memantapkan hubungan etnik di Malaysia. Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah
Negara yang majmuk oleh itu pertumbuhan ekonominya mestilah berlaku kesamrataan
antara kaum agar tidak berlaku kembali peristiwa hitam Negara berulang kembali.

17

6.0

Rujukan

Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee
Rajah Rasiah (1996), Perindustrian dan pembangunan ekonomi di Malaysia,Kuala
Lumpur;Dewan Bahasa Dan Pustaka.
INTAN(1992),Dasar dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur; Institut Tadbiran
Awam Negara.Jabatan penerangan Malaysia(2009), Booklet 1 Malaysia
Khadijah Muhamed & halimah Awang (pnyt.)(1991),Dasar Ekonomi Baru Dan Masa
Depannya,Kuala Lumpur; Persatuan Sains Sosial Malaysia.
https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CEEQFjAH&url=http%3A%2F
%2Fwww.pmo.gov.my%2Fdokumenattached%2FDasar
%2F03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf&ei=r6T8U8SUM4ayuAT5vIDIBw&usg=AFQjCNF
W-5_gzKULydUZ1NlolDZlT3sYXw&sig2=PxK-0noXcyTXwULV5w2DGQ
http://www.slideshare.net/munnianwar/dasar-pembangunan-nasional
http://prezi.com/13vy4tihbmvk/kesan-dasar-pecah-dan-perintah-british

18

19