Skrip hari guru Skrip hari guru

SAMBUTAN HARI GURU
TARIKH : 18 MEI 2015 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN TUN ABDUL RAZAK, SKJL
Bunga siantan di tepi bendang
Di waktu pagi kembang setara
Selamat datang selamat bertandang
Salam diberi gelanggang dibuka
Bismillah …
Assalamualaikum wbt.
Yang Berusaha
Guru Besar SKJL Tuan Haji Mohd. Yuseri Bin Yaakob
Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Wan Masriah Bt. Puteh
Yang Berusaha Penolong Kanan HEM
Encik Ysaman Bin Abdullah
Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum
En. Mohd. Noor Bin Ismail
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SKJL 2015.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan

keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru bagi tahun 2015 dengan temaGuru Membina ilmu,
menyempurnakan akhlak.

Tangan ditadah penuh inayah
1

Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Mohd. Noor Bin Ismail Dijemput dengan hormatnya….
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah

lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang hadirim
dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Majlis kita pagi ini dimulakan dengan Ucapan Wakil Pelajar, dipersilakan :
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Seterusnya Bacaan Perutusan...
Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

2

Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd. Yuseri

Bin Yaakob, Guru Besar, SKJL untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran
Malaysia dan seterusnya merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah SKJL
2015. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
Dipersilakan Yang Berusaha GPK Hal Ehwal Murid, Encik Yasman BinAbdullah
untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Marilah sama kita mendengar alunan merdu suara guru SKJL untuk menyanyi lagu
keramat guru Malaysia iaitu Lagu Guru Malaysia. DIpersilakan.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Ketulusan guru memikul amanah
Keihlasan guru melunas tanggungjawab

Sudah tersimpai janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak

3

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke hadapan pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh Yang Berusaha GPKokurikulum Encik Mohd. Noor
Bin Ismail. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...
Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Sungguh indah padi di bendang,
Padi dituai hari nak malam
Tamatlah sudah majlis dirancang

Semoga tercapai matlamat diidam

Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon
Akhir kata
Assalamualaikum wbt dan
Salam 1 Malaysia
SELAMAT HARI GURU
GURU MEMBINA ILMU
MENYEMPURNAKAN AKHLAKREHAT TAHAP 1 – 10.00
REHAT TAHAP 2 – 10.15
SUKANEKA

4

5

Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guruguru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan

mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Sidang dataran sekalian ;
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........
untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.
Sidang dewan yang dimuliakan,
6

Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh
dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

7

SKRIP PENGACARA MAJLIS -HARI GURU

HARI GURU SMKPNZ 2010
[1]
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah
En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,
En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru-guru, staf-staf
sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
[2]
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama
berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Sambutan hari Guru peringkat sekolah bagi
tahun 2010.
8

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’..Semoga
dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha
kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang
tinggi semurni tugas seorang guru.
[3] PERSEMBAHAN GURU
{1}
Memulakan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua guru
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Lagu Kami Guru Malaysia.
Dipersilakan.
...........
Sama-samalah kita dengarkanlah alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan lagu GURU
MALAYSIA.
......
{2}
Sebelum guru-guru mengambil tempat duduk..dijemput Yang berbahagia Tuan Pengetua untuk
memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Badan Pengawas SMKPNZ. Dipersilakan.
.........................
Terima kasih kepada Tuan Pengetua.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU.

{3}
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.
Seterusnya, dijemput rakan seperjuangan, Pn Che Faridah bt Che Isa untuk bergandingan
mendeklamasikan sajak bersama saya untuk semua guru di SMKPNZ
.........................
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Che Faridah.
[4] PERSEMBAHAN PELAJAR:

9

{1}
Seterusnya kita perdengarkan pula palutan kata ’berdikirlah pulok’ persembahan dikir barat yang
akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kita, ... dipersilakan.
......
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir itu tadi.
{2}
Persembahan seterusnya,pendeklamasian sajak bersambungan dengan Irama Nasyid dari

kumpulan Kelas Pendidikan Khas dengan lagu ____________
Dipersilakan.
.................
Demikian tadi berakhirnya persembahan . Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua
yang menjayakan persembahan itu tadi.
[5] PENYAMPAIAN HADIAH
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara pertandingan
memasak, permainan dan sukaneka hari guru,dan hadiah cabutan bertuah

{1}
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Wan Pauzi bin Wan Mohd,
GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, GPK HEM untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.
....
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia GPK KO dan
GPK HEM.
SUPRISE:
Seterusnya, satu kejutan..suprise untuk seorang guru....antara yang bertuah di kalangan yang
bertuah...satu hadiah dari seorang suami tersayang untuk seorang isteri tercinta....ucapan selamat
Hari Guru..bersama sejambangan bunga tanda ingatan romantis si suami buat si isteri...majlis
mempersilakan..............................................dari suami tercinta.
10

........ tahniah kepada.........................
{2}
Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En Abdul Rahim
bin Abdullah, GPK Tadbir untuk mengiringi Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat,
Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis mempersilakan.
[ LAMPIRAN]
{v} Seterusnya penyampaian anugerah guru.
majlis mempersilakan Ahmad NorSyazwan bin Mustafa, selaku Ketua Pengawas untuk membaca
keputusan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd
Ramli bin Che Mat dan Yang Berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah.

[6]
Demikian tadi persembahan guru, pelajar dan juga acara penyampaian hadiah. Majlis yang
melibatkan pelajar berakhir di sini. Para pelajar boleh bersurai dalam keadaan tertib dan pulang
terus ke rumah.
............................................................................................................................................................
...............
[7]
Sebelum majlis kita diteruskan dengan pengisian kerohanian untuk semua guru dan staf
SMKPNZ, majlis mengalu-alukan kehadiran Penceramah jemputan Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz
bin Yahya.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadzil Ustaz
Abdul Aziz bin Yahya untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ” Suburnya amanah di
dunia, Bunganya bahagia di akhirat”
Majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz.
..................................
Demikian tadi ceramah penuh makna pada sambutan Hari Guru ini. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya.
11

[8]
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan jayanya.
Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU!
Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk menikmati juadah
jamuan yang telah disediakan.
Sekian, Wassalamualakum wbt.

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BAGI TAHUN
2013
Pengumuman …Assalamualikum wbt..selamat sejahtera..
Tuan2 dan puan2..
Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan…
1. Mohon kerjasama semua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada
mode senyap sebaik sahaja majlis bermula.
2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat kita
meninggalkan dewan.. kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Hj Sarday Exco Pendidikan, Pembangunan
Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Ahli Dewan Undangan
Negeri Mahkota merangkap Exco Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Negeri Johor Warga dewan diminta berdiri . Nyanyian Lagu/Persembahan Koir Bangsa Johor - Semarak Para hadirin dipersilakan duduk PAPARAN DILAYAR KOIR GURU
12

SMK SULTAN ABDUL JALIL Demikianlah rangkaian lagu medley 1. Terima Kasih Cikgu 2.
Kami Anak Merdeka dan 3. Guru Anak Kampung yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir
dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah
pimpinan En Mohd Ridzuan b Lebai Ariffin Majlis merakamkan jutaan terima kasih . Solutasi
Assalamualaikum wbth…Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia
Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan
Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai
Pendidikan Daerah Kluang Yang Berusaha En Kalamullah b Ali Redza Pegawai Pendidikan
Agama Daerah Kluang Yang Berusaha En Ibrahim b Omar Pengetua SMK LKTP Kahang Timur
merangkap Pengerusi JK Pengelola Yang Berusaha En Mohd Noah b Mohd Yusuff Pengetua
SMS Sembrong Merangkap tuan rumah sambutan hari guru peringkat daerah ketua-ketua
jabatan, dif-dif kehormat, tuan-tuan pengetua, para guru besar, guru-guru yang dihormati
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan
Istana kota sebelas tingkat
Tempat baharu nakhoda pecan
Sama kata sama sepakat
Hari guru kita raikan.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi
meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013 yang bertemakan
‘Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda’
Tuan2 dan Puan2 Majlis mengalu-alukan kehadiran YB Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco
Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor bersama dif-dif
kehormat ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013.
Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian -Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun
bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam
hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.
Bacaan Doa
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Mohd
Fahmi b Uzali untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan PAPARAN LAYAR DOA DIPIMPIN OLEH : USTAZ MOHD FAHMI B UZALI
SMK LKTP KAHANG TIMUR Amin Amin Ya Rabbal `Alamin -Majlis merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fahmi b Uzali dari SMK LKTP
13

Kahang Timur atas bacaan doa sebentar tadi. Ucapan Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah
Kluang Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan -Majlis diteruskan lagi dengan
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan
Daerah Kluang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Kluang bagi tahun 2013. Dipersilakan tuan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang di atas
ucapan sebentar tadi. Ucapan Perasmi Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Majlis
diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday
Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota merangkap Exco Pendidikan, Penerangan
,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013. Dengan segala
hormatnya dipersilakan tuan. Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih di ucapkan kepada
Yang Berhormat di atas ucapan itu tadi. Pemotongan Kek Seterusnya adalah majlis pemotongan
kek sempena sambutan hari guru peringkat daerah kluang. Dengan itu majlis mempersilakan
Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin, En Kalamullah b Ali Redza, En Ibrahim b Omar dan
En Md Noh b Mohd Yusuf naik ke atas pentas untuk mengiringi Yang Berhormat Tn Hj Md Jais
b Hj Sarday bagi menyempurnakan acara pemotongan kek. Dipersilakan tuan. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi menyempurnakan acara
pemotongan kek sebentar tadi dan untuk makluman semua kek tersebut adalah sumbangan Bank
Rakyat sebagai menghargai jasa guru di daerah Kluang ini. Terima kasih diucapkan. Bacaan
Ikrar Tuan-tuan dan puan-puan Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput En Parmin b
Radi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato Hj Hassan Yunus untuk memimpin lafaz
ikrar Guru Malaysia…Para hadirin diminta berdiri. PAPARAN LAYAR IKRAR GURU
MALAYSIA DIKETUAI OLEH : EN PARMIN B RADI PEGAWAI TADBIR KRS DAERAH
KLUANG HADIRIN DIMINTA BERDIRI Lafaz ikrar itu tadi dipimpin oleh En Parmin b Radi ,
beliau juga merupakan pegawai Tadbir KRS Daerah Kluang. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih. Penyampaian Anugerah PAPARAN LAYAR PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU
INNOVATIF Tuan-tuan dan puan2 Para hadirin yang dihormati sekalian Acara diteruskan lagi
dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru. Dengan itu majlis mempersilakan En Ibrahim
b Omar Pengetua SMK LKTP Kahang Timur Merangkap Pengerusi Jk Pengelola Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Kluang Untuk menjemput dan mengiringi Tn Hj A Manaf b Muslimin
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan. Penerima Sijil Penyertaan Sempena Pertandingan guru Inovatif 2013 dipersilakan
Senarai Penerima Sijil Penyertaan 1. Mohd Noor bin Asari SMK Seri Lalang ( 631220-01-5759 )
2. En. Zulkifli bin Hj Md Pungot SMK Simpang Renggam ( 68072-01-5185 ) 3. En. Zulkifli bin
Hussien SMK Paloh ( 690131-01-5757 ) 4. Pn. Hjh. Noor Faridahwati binti Asmuje SMK
Simpang Renggam ( 791025-10-5778 ) 5. Pn. Oo Hwee Leng SJKC Chong Eng ( 801123-016118 ) 6 Pn. Lee Shiow Yuan SJKC Chong Eng ( 670515-10-5294) 7. Pn. LeeYit Ching SJKC
Chong Eng ( 790729-01-5060 ) 1. Johan Kumpulan SK Bandar T6 Pn. Azizah binti Othman
( 710729-01-5060 ) Pn. Sarjana binti Dolah ( 720713-04-5248 ) 2. Johan Individu Prasekolah Pn.
Zainom binti Bahman ( 710421-01-6120 ) SK Kampung Melayu 3. Johan Individu Sekolah
Rendah Pn. Wong Ka Mei (770530-01-6204 ) SK Bandar T6. 4. Johan Individu Sekolah
Menengah En. Mahzan bin Md. Hassan ( 730727-01-7079 ) SMK Dato Abdul Rahman Andak
Berikut ialah penerima Anugerah Guru Ikon Bagi kategori Guru Ikon Sukan Dipersilakan Ikon
Sukan 1. En Ganesan A/L Nallaiah Ikon Kokurikulum 1. En Megat Mohd Nizar b A. Rahman
Ikon Akademik 1.Pn Hjh Rahmah bt Sayuti ANUGERAH GURU PAKAR IT 1. En Mohd
14

Mazlan b Husin Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan PPD kerana sudi
menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah Persembahan Khas 1
Malaysia PAPARAN LAYAR PERSEMBAHAN KHAS 1 MALAYSIA Terus masuk sajak
Persembahan sajak 1 Malaysia telah dijayakan oleh 1. Pn Nur Faiza bt Borhan SK Sri Lalang 2.
Pn Yap Yen Hua SJK ( C ) Chong Hwa 1 3. En Kumarasan A/L Manipal Majlis merakamkan
jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi. Penganugerahan Tokoh Guru 2013 Tuan-tuan dan
puan2 ( Video Biodata Tokoh Kepimpinan dipaparkan ) Untuk menyampaikan anugerah Tokoh
Guru Kepimpinan, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b
Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Untuk mengiringi Yang Berhormat Tn Hj Md Jais
b Hj Sarday Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Naik ke
pentas bagi menyempurnakan acara penganugerahan Tokoh Guru 2013.. Anugerah Tokoh
Kepimpinan 2013 diberi kepada TN HJ HAMZAH B RAMLI MANTAN PENGETUA SEK
MEN AGAMA KERAJAAN JOHOR Tokoh Kepimpinan akan menerima Wang Tunai RM1000
beserta hadiah iringan ( Video Biodata Tokoh Guru dipaparkan ) Anugerah Tokoh Guru 2013
diberi kepada TN HJ SHUKOR B PANEK MANTAN GURU BESAR SK SIMPANG RENGAM
Tokoh Guru 2013 akan menerima Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada YB kerana sudi menyempurnakan majlis dan tahniah
diucapkan kepada penerima anugerah. Penyampaian cenderamata Majlis seterusnya
mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj
Sarday. ADUN Mahkota Merangkap Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi Negeri Johor Dipersilakan. Diminta semua penerima anugerah,Tuan PPAD, Tuan
Pengetua SMK LKTP Kahang Timur, Tuan Pengetua Sains Sembrong untuk sama-sama berada
diatas pentas bagi sesi bergambar. Lagu Negaraku /Penutup Dengan berakhirnya penyampaian
anugerah Tokoh Guru dan cenderamata itu tadi maka majlis pada pagi ini telah sampai ke
penghujungnya. Syabas dan tahniah kepada warga pendidik daerah kluang kerana dapat
bersama-sama dalam sambutan hari guru peringkat daerah bagi tahun ini. Bersenjatakan pena
keramat Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat Melangkah sang guru penuh semangat Ke
gelanggang Pendidikan untuk berkhidmat Dengan satu misi dan matlamat Semoga jasa guru
mendapat rahmat Demikian sifat guru berkualiti Kerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi
1 Agenda Sebelum majlis menutup tirainya Terima kasih daun keladi Panjang umur kita sambut
lagi Buat guru kami sudahi Selamat hari guru buatmu dikasihi Jasa guru terpahat dihati Majlis
diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku Jamuan Majlis menjemput dif-dif kehormat untuk
menikmati jamuan di kawasan lobi di hadapan dewan ini. Manakala kepada guru-guru yang lain
makanan adalah berbentuk ‘take away’ Sekian …Wabilahitaufik
walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih. Posted by UNIT

15