Analisis lagu johanns dan danial dorf

Pengenalan

Zaman Baroque ( 1600 – 1750 ) adalah zaman pergolakan dalam politik, sains, dan
kesenian dalam masyarakat Eropah Barat. Dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroque
ialah muzik yang mempunyai unsur-unsur emosi yang paling tinggi. Istilah “baroque” di
ambil daripada perkataan Portugis iaitu “barroco”. Peralihan zaman Renaissance ke
zaman Baroque membawa banyak perubahan dalam aspek muzikal. Kecenderungan
pencipta muzik beralih daripada tekstur polyphony kepada tekstur homophony. Era Baroque
memperkenalkan stail baru monody iaitu nyanyian solo dengan iringan alat muzik
instrumental. Monody dipelopori oleh penulis, artis dan pemuzik Florentine yang dikenali
sebagai Camerata yang mengenengahkan seni drama muzikal Greek kuno. Ahli-ahli
Camerata begitu berminat membincangkan tentang lenouve musiche ( the new music ) yang
lebih versatile ekspresif. Mereka menyedari bahawa stail ini bukan hanya sesuai untuk puisi
yang pendek malah berkesan digunakan pada keseluruhan drama. Dengan itu terhasillah
satu seni muzikal yang penting pada Zaman Baroque iaitu Opera.
Ciri-ciri muzik zaman Baroque
Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Antara alat muzik yang paling
banyak digunakan ialah violin, viola dan selo. Penggunaan alat muzik lute telah lama pudar
pada tahun 1620 an. Alat muzik utama dalam keluarga woodwind adalah flut, obo dan
bason. Alat muzik brass seperti horn, trompet dan trombond digunakan dalam orchestra
besar dan jarang digunakan dalam persembahan solo. Alat muzik tuba tidak digunakan

dalam era Baroque.
Muzik mode diganti oleh nada major dan minor. Pergerakan kord yang menggunakan kord
triad diperkenalkan. Tanda masa, baluk, tanda nada dan baluk dipopularkan dan
dipraktikkan dengan lebih sistematik. Basso Continuo atau Figured Bass. Bahagian irama
banyak menggunakan not semikuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan. Bentuk
berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera, sonata, cantata, dan oratorio.
Tekstur polifoni banyak digunakan. Satu emosi dari permulaan hingga ke akhir lagu.

Pada zaman Baroque, muzik instrumental amat terkenal dan diminati. Alat-alat muzik
bertali dan tiup kayu digunakan secara meluas dalam ensemble dan orkestra.
Enam bentuk muzik instrumental yang utama dicipta dan digunakan pada zaman tersebut
ialah :
Suite

Sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya tarian. Ianya merangkumi

beberapa pergerakan. Suite juga merupakan suatu bentuk kesatuan muzikal yang umumnya
dipentaskan. Dance suite meruapakan satu set tarian yang terkenal di abad ke 17. Biasanya
terdiri dari prelude, Allemade, Courante, Sarabande, dan Gigue. Masing-masing mewakili
jenis tarian dengan irama yang tertentu.

Sonata Perkataan sonata adalah merujuk kepada beberapa jenis komposisi muzik pada
zaman Baroque. Sonata merujuk kepada sebuah karya muzik untuk satu atau lebih alat
muzik dalam beberapa pergerakan. Sonata biasa dikategorikan sebagai “sonata da chiesa” (
sonata untuk gereja ) atau “sonata da camera” ( sonata untuk dewan ). Contohnya Sonata
for two Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan sebagainya.
Theme and Variation Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian
tema ini akan mempunyai beberapa variasi yang berlainan.
Conserto Komposisi muzik instrumental yang digubah untuk satu alat muzik solo diiringi
oleh orkestra. Conserto merujuk kepada sebuah pertunjukan instrumental solo dengan
iringan orkestra. Berkembang dengan beberapa gaya dibawahnya seperti concerto grosso
iaitu sebuah consert kecil yang terdiri oleh para solois.
Tocata Merujuk kepada komposisi alat muzik seperti organ dan keyboard. Merangkumi
pergerakan kord yang pendek dan biasanya akan menonjolkan teknik bermain alat muzik
oleh perfomer.
Fugue Komposisi alat muzik yang mempunyai tekstur counterpoint. Iaitu mempunyai dua
suara atau lebih yang sama penting dan dimainkan serentak. Irama melodi dalam komposisi
ini adalah lebih ceria dan rancak.

Lagu Air On G String ini adalah dalam nada D major. Tanda masa pula dalam meter 4
4

Lagu ini dimainkan dalam bentuk A,B,C.
Bahagian A adalah dari bar 1 ke bar 6. Kemudian frasa ini diulang dan berakhir di bar 7.
Bahagian B bermula dari bar 8 dan berakhir di bar 11.
Bahagian C bermula dari bar 12 dan berakhir di bar 19.
Melodi era Baroque adalah berdasarkan satu idea muzik asas yang diulang dan
dipelbagaikan. Idea asas diulang pada pic, sama ada yang lebih tinggi atau rendah. Hiasan
(ornaments) digunakan pada melodi atau not yang panjang. Faktor ini menyebabkan melodi
zaman Baroque susah untuk dinyanyikan dan diingati. Alat muzik yang digunakan ialah
violin dan piano kerana komposisi-komposisi zaman barok hanya mempunyai dua bahagian
sahaja iaitu bahagian melodi dan bes sahaja. Tetapi lagu ini juga telah disusun untuk
dimainkan dengan alat muzik bertali seperti violin, viola, selo dan contra bass. Bahagian
irama banyak menggunakan not semikuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan. Oleh
itu hasil karya ni bermula dengan satu mud asas yang diulang secara berterusan sehingga
ke akhirnya. Melodi yang panjang penuh dengan ornamentasi tetapi hanya mempunyai satu
motif. Satu emosi dari permulaan lagu hingga ke akhirnya. Lagu ini dimainkan dalam
dinamik lembut. Pertukaran dinamik secara mendadak sama ada daripada kuat ke lembut
atau sebalik. Tekstur untuk lagu ini adalah polifonik kerana setiap alat muzik mempunyai
peranannya yang tersendiri.

Air On G String oleh Johann Sebastian Bach.


Pachelbel’s Canon in D oleh Danial Dorff.

Lagu ini adalah dalam nada D major.
Alat muzik yang digunakan ialah Violin 1, Violin II, Viola dan Cello.
Canon bermaksud melodi dimainkan secara contrapuntal di mana frasa melodi yang
dimainkan oleh satu alat muzik akan di imitasi oleh alat muzik yang lain.
Canon adalah antara jenis imitasi contrapuntal yang dipopularkan pada Zaman
Baroque. Frasa yang dimainkan oleh violin 1 diimitasi oleh violin II bermula dari bar
ke 5. Kemudian diimitasi oleh Viola dari bar ke 9.
Jarak setiap kord dalam satu bar ialah pada jeda ke 5.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA


: JURITA BINTI OSMAN

NO. KAD PENGENALAN

: 691010-08-5120

OPSYEN

: PPG MUZIK (FEB 2012)

KOD / NAMA KURSUS

: MZU 3202 MUZIK DUNIA

NAMA PENSYARAH

: EN. SUFIAN BIN SUKHAIRI

TARIKH SERAHAN


: 16 SEPTEMBER 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
RUJUKAN

Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory. London: ABRSM
http://www.scribd.com
http://www.slideshare.net
http://hishamidrus.blogspot.com

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA

: JURITA BINTI OSMAN

NO. KAD PENGENALAN

: 691010-08-5120

OPSYEN

: PPG MUZIK (FEB 2012)

KOD / NAMA KURSUS

: MZU 3119 ( CIPTAAN DAN ENSEMBEL II )

TAJUK


: LAPORAN ORKESTRA

NAMA PENSYARAH

: EN. ISA AMRI

TARIKH SERAHAN

: 18 OKTOBER 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65