Pengajian Am Akses ke pasaran eksport
Akses ke pasaran eksport Keperluan Dan Halangan
SESUATU perusahaan tidak hanya boleh bergantung kepada pasaran domestik semata
untuk terus kekal kukuh dan berkembang, tetapi perlu mampu menembusi pasaran global.
Bagi yang telah berjaya menembusi pasaran luar negara, mereka perlu berusaha memperluas
pasaran eksport baru bagi produk atau perkhidmatan.
Bagi menerokai pasaran eksport, selain promosi serta insentif kewangan dan
teknologi, maklumat berkaitan keperluan pasaran yang ingin ditembusi adalah penting bagi
mengelak risiko kerugian. Antara kemungkinan yang kerap berlaku adalah kerugian
disebabkan konsainan yang ditolak kerana produk gagal memenuhi keperluan atau spesifikasi
yang dikuatkuasakan di sesuatu negara. Keperluan ini mungkin berbeza di antara sesebuah
negara disebabkan pelbagai faktor termasuklah sejarah dan latarbelakang sistem, keperluan
industri dan masyarakat setempat. Bagi membolehkan produk memasuki pasaran eksport,
biasanya pihak berkuasa negara terbabit meletakkan syarat tertentu seperti pengeluar perlu
membuktikan bahawa produk mereka mematuhi keperluan dan peraturan yang ditetapkan.
Keperluan ini, juga dikenali sebagai halangan teknikal kepada perdagangan, pada
asasnya dibangunkan oleh negara tersebut bagi melindungi keselamatan dan kesihatan
penduduk dan alam sekitar. Walaubagaimanapun kadangkala ia disalahguna untuk
perlindungan perdagangan. Amalan ini tidak selari dengan syarat dalam Perjanjian Berkaitan
Halangan Teknikal Kepada Perdagangan (TBT) di bawah Perjanjian Perdagangan Dunia
(WTO). Perjanjian WTO/TBT mengakui hak setiap negara untuk membangunkan peraturan
teknikal yang dirasakan perlu bagi tujuan perlindungan berkenaan, selagi ia tidak dijadikan
halangan kepada perdagangan antarabangsa.
Perjanjian WTO/TBT juga menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh
negara ahli dalam pembangunan dan pelaksanaan peraturan teknikal, standard dan penilaian
pematuhan bagi mencegah ia sengaja dijadikan halangan perdagangan. Antara peraturannya
termasuklah keperluan membangunkan dokumen tersebut berdasarkan legitimate objectives,
pelaksanaan sama rata bagi produk domestik dan luar negara, menjadikan standard dan kod
amalan antarabangsa sebagai asas kepada pembangunan peraturan teknikal, standard dan
penilaian pematuhan. Terdapat juga keperluan untuk membuat makluman awal dan notifikasi
ke atas cadangan peraturan teknikal serta tempoh peralihan enam bulan sebelum pelaksanaan
sesuatu peraturan teknikal baru.
Makluman dari notifikasi berkaitan cadangan peraturan teknikal, sebagai contoh, boleh
dijadikan sumber makluman awal kepada pengeluar untuk mengkaji serta bersedia
menghadapi keperluan yang akan dikuatkuasa. Di sepanjang tempoh notifikasi yang
kebiasaannya selama 60 hari, pengeluar diberi kesempatan untuk meneliti cadangan peraturan
teknikal serta implikasi kepada produk mereka. Ulasan atau concerns boleh disuarakan secara
dua hala atau dirujuk kepada mesyuarat WTO/TBT di Geneva.
Bagi memudahkan pengeluar mendapat maklumat mengenai keperluan eksport yang
sedang dikuatkuasa, perjanjian WTO/TBT memerlukan setiap negara ahli menyediakan satu
pusat iaitu National WTO/TBT Enquiry Point bagi menjawab segala pertanyaan berkaitan,
sama ada dari dalam atau luar negara. Ia meliputi pertanyaan tentang pelaksanaan peraturan
teknikal, standard dan penilaian pematuhan yang berkuat kuasa di Malaysia serta di negara
WTO lain.
Cikgu Suresh Rao
Sekatan Tarif Dan Bukan Tarif
Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang
diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import meningkat dan kuantiti barang import
yang diminta akan jatuh.
Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.
Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai
sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah
cukai sebanyak RM20,000.
Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah
tetap tidak kira harga beras import naik atau turun.
Sekatan tarif akan
menaikkan harga import barangan,
mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import,
menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import,
memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara,
menambahkan pendapatan negara.
Sekatan Bukan Tarif
Kuota
Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau
perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu.
Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti import. Apabila kuota
dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya, kuantiti barang import dalam
pasaran tempatan akan berkurangan.
Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong pengguna untuk
membeli lebih banyak barang tempatan.
Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan persaingan dari luar apabila
permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di mana peratus
penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import barangan meningkat
dengan mendadak.
Kawalan Pertukaran Asing
Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam pasaran
pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata wang asing yang
dapat dibeli oleh pengimport tempatan.
Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar negara. Bagi mengurangkan
import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan penawaran mata wang negara
tersebut dalam pasaran.
Apabila BNM mengurangkan jumlah Dolar Amerika yang dapat dibeli oleh pengimport
Malaysia, import dari Amerika akan disekat.
Cikgu Suresh Rao
Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar negara,
jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.
Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri pengganti import
dalam negara.
Subsidi Eksport
Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan eksport.
Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan seterusnya menurunkan
harga barang eksport.
Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan barang eksport dan menyekat persaingan
eksport negara asing di pasaran antarabangsa.
Pemberian subsidi eksport oleh kerajaan Malaysia kepada pengeluar minyak kelapa sawit di
Malaysia telah meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan
eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran antarabangsa.
Embargo
Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara tertentu.
Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen keretapi melarang
barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk ke dalam negara.
Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara
musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.
Piawai Kesihatan dan Keselamatan
Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.
Barang import yang tidak mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan kerajaan tidak boleh
dibawa masuk ke dalam negara.
Cikgu Suresh Rao
CABARAN SEMASA EKONOMI MALAYSIA
Oleh: ABDUL AZIZ AWANG
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 7% dalam tahun 2010 yang
merupakan lantunan daripada kemelesetan sebanyak -1.7% pada tahun 2009. Data separuh
pertama tahun 2010 menunjukkan ekonomi berkembang pesat 9.5%, setelah pertumbuhan
ekonomi meningkat 10.1% dalam suku pertama dan 8.9% dalam suku kedua 2010. Namun
pertumbuhan ekonomi dijangka perlahan dalam separuh kedua tahun 2010, dengan
pertumbuhan dalam suku ketiga meningkat sederhana 5.3%. Bagi mencapai pertumbuhan
sebanyak 7% dalam tahun 2010, pertumbuhan ekonomi dalam suku keempat perlu meningkat
sekurang-kurangnya 5.3% Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 disokong oleh pengukuhan
dalam permintaan domestik berikutan kedudukan ekonomi global yang masih lemah.
Bajet 2011 yang telah diumumkan pada 15 Oktober, 2010 merupakan asas kepada
pelaksanaan projek dibawah Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10) dan Program
Transformasi Ekonomi (ETP). Pertumbuhan ekonomi 2011 dijangka berkembang antara 5%
hingga 6% dengan sektor swasta memainkan peranan utama. Pelaburan swasta dan
penggunaan swasta masing-masing dijangka berkembang sebanyak 10.2% dan 6.3% (Jadual
1). Sektor perkhidmatan dijangka menyumbang sebanyak 57.3% daripada KDNK pada tahun
2011. Pada tahun-tahun akan datang, sektor ini dijangka memberi sumbangan yang lebih
besar kepada KDNK melalui pelaksanaan projekprojek di bawah Bidang Ekonomi Utama
Nasional (NKEA). Daripada dua belas projek yang diumumkan di bawah NKEA, sebanyak
tujuh daripadanya adalah di bawah sektor perkhidmatan iaitui penddikan, perhubungan,
kesihatan, kewangan, pelancongan dan perniagaan.
Dari segi fiskal, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan dianggar meningkat hanya 2.3%
atau RM3.7 billion dalam tahun 2011. Sebaliknya, perbelanjaan mengurus dianggar
meningkat sebanyak RM10.6 billion. Oleh itu lebihan mengurus hanya berjumlah RM3
billion yang merupakan lebihan terkecil semenjak era 1990an. Perbelanjaan pembangunan
pula dikurangkan sebanyak RM4.8 billion dalam tahun 2011. Kerajaan menghadapi kesukaran
untuk mengurangkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah defisit fiskal kerana dalam masa
yang sama Kerajaan perlu melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi dibawah RMK-10,
Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan. Oleh yang demikian,
defisit fiskal dijangka meningkat sebanyak RM2.2 billion dari RM43.3 billion (2010) kepada
RM45.5 billion (2011). Walau bagaimanapun, dari segi peratusan kepada KDNK, defisit
fiskal berkurangan sedikit dari 5.6% (2010) kepada 5.4% (2011) setelah mengalami defisit
yang besar sebanyak 7% pada tahun 2009 berikutan pelaksanaan projek-projek dibawah pakej
ransangan ekonomi.
Di antara cabaran utama yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara pada masa
ini ialah cabaran untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjelang 3 tahun
2020. Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan KDNK perkapita dari
Cikgu Suresh Rao
US$6,760 (2009) kepada US$15,000 pada tahun 2020. Bagi mencapai sasaran ini, KDNK
perlu meningkat 6% setahun hingga tahun 2020. Ini merupakan lonjakan yang besar
berbanding dengan peningkatan sebanyak hanya 4.4% dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (2006-2010). Bagi mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 6% setahun,
pelaburan swasta perlu meningkat 12.8% setahun. Ini merupakan satu persoalan utama kerana
pelaburan swasta hanya meningkat sebanyak 10% dalam tahun 2010 dan dianggar meningkat
11.3% pada tahun 2011. Bagi mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju pergantungan kepada pelaburan swasta tidak dapat dielakkan. Sektor swasta
perlu memainkan peranan utama bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun,
prestasi pelaburan swasta setakat ini amat perlahan. Sumbangan pelaburan swasta kepada
KDNK juga telah merosot dari 30% sebelum krisis ekonomi 1997/1998 kepada hanya kirakira 10% kini.
Cabaran yang perlu dihadapi bukan sahaja untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi
atau pendapatan perkapita tetapi yang lebih penting ialah keterangkuman (inclusive) yang
merupakan matlamat utama Model Ekonomi Baru bagi memupuk semangat kekitaan dan
selari dengan prinsip Satu Malaysia. Dasar pertumbuhan dengan keterangkuman akan
memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kepada semua golongan masyarakat. Jika ekonomi
mengembang, semua kumpulan masyarakat akan mendapat faedah melalui pertambahan
pengagihan kerana pie agregat akan turut mengembang. Walaupun Kerajaan telah
melaksanakan dasar dan strategi bagi mengatasi masalah ketidaksaimbangan pendapatan
antara bandar dan luar bandar dan juga antara etnik, namun masih terdapat jurang yang luas
dari segi kesaksamaan pendapatan keseluruhan. Angkatunjuk Gini yang mengukur
ketidaksamaan pendapatan telah menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan dari
0.51 pada tahun 1970 kepada 0.45 pada tahun 1990, dan terus berkurang kepada 0.441 pada
tahun 2009. Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk mengurangkannya kepada 0.420 pada
tahun 2015.
Isu yang berkaitan dengan pengurusan fiskal negara juga merupakan cabaran yang
perlu ditangani. Kerajaan Persekutuan terlalu bergantung kepada sumber hasil berasaskan
petroleum yang merangkumi kira-kira 40% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan iaitu
melalui kutipan cukai pendapatan petroleum, duti eksport petroleum, dividen PETRONAS
dan royalti minyak. PETRONAS telah membayar dividen sejumlah RM30 billion kepada
Kerajaan Persekutuan selama 3 tahun berturut-turut (2008-2010). Kebergantungan yang
berlebihan kepada satu sumber hasil merupakan suatu keadaan yang kurang sihat. Sukar
dibayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pengeluaran minyak atau keuntungan
PETRONAS berkurangan. Malaysia perlu mempelbagaikan sumber hasil bagi meningkatkan
kutipan hasil dan mengurangkan pergantungan kepada petroleum. Dalam masa yang sama,
kenaikan hasil mampu mengatasi masalah defisit fiskal yang dialami secara berterusan sejak
tahun 1998. Defisit yang berterusan mengakibatkan Kerajaan perlu membuat pinjaman bagi
membiayai defisit tersebut. Peningkatan pinjaman bermakna bayaran khidmat hutang
Kerajaan akan terus bertambah. Oleh sebab bayaran khidmat hutang merupakan satu
komponen utama dibawah perbelanjaan mengurus, ini bermakna defisit yang berterusan juga
akan meningkatkan perbelanjaan mengurus walaupun nisbah perbelanjaan mengurus dengan
perbelanjaan pembangunan kini 77:23 sudah dianggap besar dan wajar dikurangkan.
Cikgu Suresh Rao
Bajet 2011 menganggarkan defisit sebanyak 5.4% berbanding dengan deficit sebanyak
5.6% pada tahun 2010. Pengurangan peratusan defisit tersebut berpunca daripada peningkatan
KDNK nominal dan bukannya disebabkan penguncupan fiskal secara jelas oleh Kerajaan.
Walau bagaimanapun, seringkali berlaku keadaan dimana defisit sebenar lebih besar
berbanding dengan defisit dalam cadangan Belanjawan. Misalnya Bajet 2009 mencadangkan
defisit sebanyak 3.6% daripada KDNK namun data sebenar 2009 menunjukkan defisit adalah
sebanyak 7%. Bajet 2008 mencadangkan defisit sebanyak 3.1% namun data sebenar 2008
menunjukkan defisit sebanyak 4.8%. Kedudukan ini terjadi kerana terdapatnya sejumlah
peruntukan tambahan yang besar terpaksa dibuat dalam tahun semasa bagi memenuhi tuntutan
oleh pelbagai Kementerian apabila cadangan peruntukan dalam Belanjawan tidak cukup
untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan.
Oleh yang demikian, Kerajaan perlu melaksanakan dasar perbelanjaan terpilih iaitu
menghapuskan perbelanjaan yang tidak perlu serta mengutamakan nilai wang dalam urusan
perolehan Kerajaan supaya tidak berlaku sebarang ketirisan dalam setiap urusan yang
melibatkan perbelanjaan wang awam. Perbelanjaan berhemat perlu diterapkan oleh semua
Kementerian. Perbelanjaan yang besar untuk subsidi perlu dihapuskan terutamanya
pembiayaan subsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya menerima subsidi. Utusan Malaysia
pada 17 November, 2010 telah melaporkan masalah penyelewengan diesel bersubsidi telah
menyebabkan Kerajaan kehilangan jutaan ringgit setiap bulan akibat ketirisan. Oleh itu
rasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah difisit yang beterusan
yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara dalam jangkamasa panjang.
Di antara isu yang masih gagal diatasi sehingga kini ialah pergantungan yang
berlebihan kepada tenaga kerja asing. Syarikat-syarikat yang terlalu bergantung kepada tenaga
kerja asing akan terus selesa dengan kadar upah yang rendah dan tidak perlu memberikan
latihan kemahiran bagi meningkatkan kemahiran modal insan kerana pekerja-pekerja tersebut
hanyalah pekerja kontrak asing. Berikutan itu, produktiviti syarikat menjadi statik dan
syarikat tidak mempunyai daya usaha untuk beralih kepada penggunaan teknologi tinggi atau
inovasi dalam pengeluaran. Kegagalan Malaysia mengatasi masalah pembangunan modal
insan boleh menyebabkan Malaysia terus kekal terperangkap sebagai negara berpendapatan
sederhana. Kemajuan sesebuah negara mesti berasakan kepada kemahiran dan teknologi, dan
bukannya kepada bekalan sumber semulajadi yang dianugerahkan atau bergantung kepada
kelebihan geografikal. Pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan jika sesebuah negara
gagal membangunkan modal insan dan instiusi bagi menggalakkan pembangunan yang
berterusan. Malaysia seperti negara-negara berpendapatan sederhana yang lain perlu bergerak
daripada sektor pembuatan yang mempunyai kos dan upah rendah serta tenaga kerja kurang
mahir kepada inovasi ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran bagi
meningkatkan produktiviti.
Bagi mencapai matlamat ini, tumpuan perlu diberikan bagi memperbaiki tahap dan
kualiti pendidikan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi diperingkat asas akan
mempunyai implikasi yang besar kepada tahap pembelajaran individu serta penyesuaiannya
dengan perubahan dalam pasaran buruh, kreativiti dan kapasiti pengeluaran. Pencapaian tahap
pendidikan di Malaysia agak membimbangkan. Berbanding dengan negara-negara maju di
Cikgu Suresh Rao
Asia, pencapaian dalam ujian metamatik bagi pelajar-pelajar Malaysia mengikut TIMSS
(Trends in International Mathematics and Science Study) adalah pada skor 525 berbanding
dengan 600 bagi Singapura, dan hampir 600 bagi Jepun, Hong Kong dan Korea. Ini bermakna
di Malaysia, bukan sahaja golongan pekerja mempunyai produktiviti yang rendah, golongan
pelajar juga tidak mampu bersaing dengan pelajar-pelajar di Negara-negara maju.
Malaysia tidak lagi mampu bersaing dengan negara-negara yang mempunyai kos
pengeluaran rendah seperti Indonesia dan Vietnam dan lain-lain. Dalam masa yang sama,
Malaysia juga tidak mampu bersaing dengan negara-negara yang mempunyai teknologi dan
inovasi yang tinggi seperti Korea Selatan, Singapura atau Taiwan. Oleh yang demikian,
Malaysia perlu memandang ke hadapan supaya seiring dengan negara maju dari segi
keupayaan modal insan dan teknologi bagi membolehkan Malaysia terus bersaing dan keluar
dari kepompong negara berpendapatan sederhana. Pada tahun 1970, KNK perkapita Malaysia
adalah sebanyak US$380 berbanding dengan Korea Selatan sebanyak US$260. Walau
bagaimanapun, pada tahun 2009, KNK Per Kapita Malaysia berjumlah US$6,760 berbanding
dengan Korea Selatan sebanyak US$21,500. KNK perkapita Singapura berjumlah US$512
semasa Singapura merdeka melalui Malaysia pada tahun 1965 berbanding dengan KDNK
Malaysia pula berjumlah US$335. Walau bagaimanapun, KDNK Singapura kini berjumlah
US$210 billion berbanding dengan KDNK Malaysia sebanyak US$205 billion. Harus diingat,
jumlah penduduk Singapura hanyalah seramai 4.8 juta yang dapat mengeluarkan KDNK
sebanyak ituberbanding dengan 28 juta di Malaysia. Ini menjadikan KDNK perkapita
Singapura sebanyak US$36,537 berbanding dengan Malaysia sebanyak US$6,975.
Cabaran lain yang dihadapi oleh negara ialah kedudukan ekonomi global yang masih
lemah walaupun telah mula menunjukkan pemulihan dalam tahun 2010. Pakej rangsangan
fiskal yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia menjadi faktor utama kepada
pemulihan ekonomi global pada tahun 2010. Di sebalik pakej ransangan ekonomi yang
dilaksanakan, ekonomi Amerika Syarikat masih lemah. Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
pada 23 November, 2010 telah mengumumkan ekonomi Amerika Syarikat hanya meningkat
antara 2.4% hingga 2.5% dalam tahun 2010 dan meningkat antara 3% hingga 3.6% pada
tahun 2011. Kadar pengangguran masih tinggi dan tidak banyak berubah iaitu pada pada
kadar antara 9.5% hingga 9.7%. Ireland menjadi negara kedua di Eropah yang diselamatkan
melalui pakej penyelamat oleh EU dan IMF berjumlah $110 billion berikutan defisit fiskal
yang meningkat sehingga 32% daripada KDNK dan hutang Kerajaan melambung hingga 99%
daripada KDNK. Kelembapan ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah boleh
menjejaskan ekonomi negara-negara Asia termasuk Malaysia. Pemulihan dan perkembangan
yang lebih pesat dalam ekonomi dunia adalah penting bagi Malaysia untuk terus memacu
kehadapan dalam tempoh sepuluh tahun berikutnya bagi mencapai sasaran menjadi negara
berpendapatan tinggi pada tahun 2020.