MODUL Teknologi Vokasional TMK2 Murid

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 2

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

2014
i

ii

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
(PAV)
MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL


TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. PENDAHULUAN
a. Objektif Modul
b. Kandungan Modul

1
1


4. MODUL PEMBELAJARAN
UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI
1.1 Mengenal pasti etika penggunaan Internet.
1.2 Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat.
1.3 Menggunakan hamparan elektronik untuk membuat
pengiraan .

2-8
9-23
24-34

v

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii


SUB
MODUL

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

PENDAHULUAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid pengetahuan, kemahiran asas dan nilai
dalam penggunaan teknologi

OBJEKTIF MODUL
Modul ini membolehkan murid:
1. Menyatakan keperluan beretika semasa menggunakan Internet.
2. Mengkategorikan perkara yang dibenarkan dan dilarang semasa menggunakan
Internet berdasarkan senarai yang diberikan.
3. Mencari maklumat dengan menggunakan fitur carian lanjutan pada enjin carian.
4. Mengumpul maklumat yang sesuai daripada carian
5. Menyimpan hasil carian ke dalam folder yang sesuai.
6. Memasukkan data ke dalam baris dan lajur dengan menggunakan hamparan elektronik
7. Menggunakan gabungan operan tambah, tolak, darab atau bahagi untuk

melaksanakan pengiraan mudah berdasarkan data yang telah dimasukkan.
8. Menyimpan hasil kerja ke dalam folder yang sesuai.

KANDUNGAN MODUL

UNIT 1:
1.1
1.2
1.3

MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI
Mengenal pasti etika penggunaan Internet.
Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat
Menggunakan hamparan elektronik untuk membuat pengiraan

1

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:


1.1

Mengenalpasti etika penggunaan Internet.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

1.1.1 Menyatakan keperluan beretika semasa menggunakan Internet.
1.1.2 Mengkategorikan perkara yang dibenarkan dan dilarang semasa menggunakan
Internet berdasarkan senarai yang diberi.

2

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Etika penggunaan Internet adalah tatacara penggunaan Internet dengan baik dan betul.
Kenapa perlu beretika semasa menggunakan Internet?





Menjamin keselamatan data
Mendapatkan maklumat dari sumber betul dan boleh dipercayai
Mengelakkan perbuatan salah laku seperti fitnah, ugutan dan hasutan

KANDUNGAN / FAKTA
Etika penggunaan Internet :
(a) Melayari Internet
 Berwaspada terhadap laman web yang merekodkan pelawat yang
melawat laman web tersebut.
 Pencarian maklumat yang bijak dan berkaitan sahaja.
 Dilarang melawat laman web lucah dan berunsur subversif yang bertentangan dengan undang-undang Negara.
 Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang baik.
 Dilarang menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebarkan bahan, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah, ganas dan berbaur perkauman.
(b) Penggunaan mel elektronik dan chatting
 Gunakan akaun atau alamat mel elektronik persendirian anda sahaja.
 Rahsiakan nama pengenalan dan kata laluan.

 Dilarang menyamar menggunakan identiti orang lain untuk menghantar
mel elektronik atau semasa chatting.
 Amalkan penggunaan bahasa yang betul dan sopan
 Pastikan penggunaan huruf kecil dan huruf besar di tempat yang sesuai.
 Elakkan menggunakan huruf besar pada setiap patah perkataan semasa
chatting kerana ini menunjukkkan anda seolah-olah menjerit kepada
pengguna lain.
 Bertindak secara bijak dan berhati-hati apabila menyuarakan pendapat
menerusi mel elektronik atau chatting.
 Elakkan tujuan menghasut, memfitnah, menghantar berita palsu, menerbit
semula hak cipta atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undangundang siber.
 Dilarang menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan
trapdoor yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat
pengguna lain.
http://www.ftsm.ukm.my/mas/nota%20tm3923/mm%20tanggungjawab%20internet.pdf (25 Julai 2013)

3

PANDUAN KERJA


BAHAN DAN PERALATAN
1. Komputer murid.
2. Bahan Bantu Mengajar Etika Penggunaan Internet.pps.

TUGASAN
1. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Etika Penggunaan Internet.pps.
2. Membuat latihan yang disediakan bagi mengukuhkan pemahaman.

LANGKAH KERJA

1. Lancarkan Bahan Bantu Mengajar Etika Penggunaan Internet.pps.
2. Perhatikan gambar Gambar rajah yang dipaparkan dalam Bahan Bantu Mengajar
Etika Penggunaan Internet.pps dan cuba jawab soalan berkaitan dengan gambar
rajah berkenaan.
3. Selesaikan latihan 1.1(a) dan 1.1(b)

4

LATIHAN


Latihan 1.1(a)
Tandakan (√) bagi jawapan yang betul.
Kenapa perlu beretika semasa menggunakan Internet?
Menjamin keselamatan data
Mendapatkan maklumat dari sumber yang betul dan boleh dipercayai
Mengelakkan perbuatan salah laku seperti fitnah, ugutan dan hasutan
Mengelakkan jenayah komputer seperti ancaman dan kecurian komputer
Mendapatkan rahsia dan maklumat orang lain

5

Latihan 1.1(b)

Kategorikan Gambar rajah berikut dengan menulis A, B, C, D, E dan F dalam jadual
yang disediakan.

A

B

VIRUS

D

C
6

SHUT UP !!!

F
E

Beretika

Tidak beretika

7

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI
PENILAIAN
NAMA MURID
NO. K. PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

TAHUN

NO. STANDARD PEMBELAJARAN

1.1
MENGENAL PASTI ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET

TAJUK

TERAMPIL
BIL

PERKARA YANG DINILAI

CATATAN
YA

1

Menyatakan keperluan beretika semasa
menggunakan Internet.

2

Mengkategorikan perkara yang
dibenarkan dan dilarang semasa
menggunakan Internet berdasarkan
senarai yang diberi.

TIDAK

TERAMPIL
KEPUTUSAN

TIDAK
TERAMPIL

TARIKH

NAMA GURU

Tandatangan &
tarikh

DISAHKAN OLEH

Tandatangan &
tarikh

8

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:

1.2

Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

1.2.1 Mencari maklumat dengan menggunakan fitur carian lanjutan pada enjin carian.
1.2.2 Mengumpul maklumat yang sesuai daripada carian.
1.2.3 Menyimpan hasil carian ke dalam folder yang sesuai.

9

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Enjin carian (search engine) ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk
mendapatkan maklumat melalui komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World
Wide Web (www), rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Biasanya
enjin carian ini dikaitkan dengan Internet untuk mencari maklumat.

Enjin carian juga merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan laman
web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip
kata kunci seperti perniagaan, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan
pada kata kunci yang dimasukkan. Semua pautan laman web yang menggunakan kata
kunci perniagaan akan dipaparkan.

Maklumat boleh dicari dan dilihat pada World Wide Web (www) dengan menggunakan
pelayar web. World Wide Web (www) ialah satu koleksi dokumen berasingan dipanggil
laman web yang dihubungkan bersama-sama. Pelayar web membolehkan dokumen ini
dilihat dan saling menghubungkan pautan untuk diteroka. Alamat laman web yang hendak dilawati boleh ditaip di bar alamat atau alamat boleh dipilih dari senarai Favorite.

KANDUNGAN / FAKTA
Contoh enjin carian :




Google
Yahoo
MSN

Contoh Pelayar Web :




Internet Explorer
Mozilla Firefox
Google Chrome

http://www.emelaka.gov.my/bm/images/akhbar/tutorial%20mencari%20maklumat%20menggunakan%20enjin%20cari
an%20internet.pdf
http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2010/12/asas-pelayar-internet-internet-browser.html (25 Julai 2013)

10

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1.
2.
3.
4.

Komputer murid.
Capaian Internet.
Modul Pembelajaran Mengeksplorasi Teknologi.
LCD projector.

TUGASAN
1. Mencari maklumat menggunakan enjin carian.
2. Membuat latihan yang disediakan bagi mengukuhkan pemahaman.

LANGKAH KERJA
Aktiviti 1 : Melancarkan pelayar web Internet Explorer dan mencari maklumat
1. Klik butang start

Gambar rajah 1

11

2. Bawa kursor pada All Programs dan klik

Internet Explorer

Gambar rajah 2
3. Anda akan dapati paparan seperti berikut. Taipkan www.google.com.my pada
ruangan (a) dan klik Enter.

(a)

Gambar rajah 3
12

4. Taipkan ”peranti input output” pada ruangan (b) dan klik Enter.

(b)

Gambar rajah 4
5. Anda akan dapati Gambar rajah 5 akan terpapar seperti di bawah.

Gambar rajah 5
13

Nota :
 Jika anda menaip peranti input output tanpa tanda ” ”, anda
akan dapati, semua pautan laman web yang menggunakan kata
kunci peranti input output / peranti input / peranti output /
peranti / input / output akan dipaparkan.
 Jika anda menaip “peranti input output”, anda akan dapati,
semua pautan laman web yang menggunakan kata kunci peranti
input output sahaja akan dipaparkan. Jadi pencarian anda lebih
spesifik.

Contoh carian tanpa tanda ” ” : peranti input output

Gambar rajah 6

14

Contoh carian dengan tanda ” ” : “peranti input output”

Gambar rajah 7

15

Aktiviti 2 : Mengumpul maklumat

1. Untuk melihat atau membaca maklumat yang dicari dengan lebih lanjut, klik
kanan pada salah satu pautan/URL yang dipaparkan. Anda akan dapati Dialog
box seperti Gambar rajah 8 di bawah dipaparkan.

Gambar rajah 8
Nota : URL singkatan dari Uniform Resource Locators yang bererti suatu “pathname”
untuk mengidentifikasi sebuah dokumen di web.
http://www.g-excess.com/664/pengertian-dan-definisi-dari-url-atau-uniform-resource-locator/ (25 Julai 2013)

2. Pilih dan klik Open in New Tab.

16

Gambar rajah 9

3. Anda akan dapati satu tab baru muncul di sebelah tab pertama tadi seperti yang
ditunjukkan dalam Gambar rajah 10 di bawah. Klik pada tab baru untuk melihat
paparan.

Tab baru

Gambar rajah 10
17

4. Maklumat yang diperolehi dari hasil pencarian terpapar seperti Gambar rajah 11
di bawah.

Gambar rajah 11

5. Klik pada tab ”peranti input output” untuk memilih pautan lain dan ulangi langkah
1 hingga 4 untuk mengumpul maklumat seterusnya.

Gambar rajah 12

18

Aktiviti 3 : Menyimpan hasil carian

1. Klik File pada menu bar dan pilih Save As

Gambar rajah 13
2. Anda akan dapati Dialog box seperti Gambar rajah 14 di bawah dipaparkan.

Gambar rajah 14

19

3. Klik ikon Create New Folder untuk buat folder baru

Create New Folder

Gambar rajah 15

4. Namakan folder baru sebagai Peranti dan klik Open.

Gambar rajah 16
20

5. Klik Save untuk simpan.

Gambar rajah 17

6. Simpan hasil carian yang seterusnya ke dalam folder Peranti.

21

LATIHAN

Cari maklumat berkenaan istilah berikut. Simpan maklumat yang anda perolehi dalam
folder yang sesuai.
1. “peranti storan”
2. “perisian komputer”
3. “sistem pengoperasian komputer”

22

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI
PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K. PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

TAHUN

NO. STANDARD PEMBELAJARAN

1.2
MENGGUNAKAN INTERNET SEBAGAI SUMBER
MAKLUMAT

TAJUK

TERAMPIL
BIL

PERKARA YANG DINILAI

CATATAN
YA

1

Mencari maklumat dengan menggunakan fitur
carian lanjutan pada enjin carian.

2

Mengumpul maklumat yang sesuai daripada carian.

3

Menyimpan hasil carian ke dalam folder yang
sesuai

TIDAK

TERAMPIL
KEPUTUSAN

TIDAK
TERAMPIL

TARIKH

NAMA GURU

Tandatangan &
tarikh

DISAHKAN OLEH

Tandatangan &
tarikh

23

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:
1.3

Menggunakan hamparan elektronik untuk membuat pengiraan.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1.3.1 Memasukkan data ke dalam baris dan lajur dengan menggunakan hamparan
elektronik.
1.3.2 Menggunakan gabungan operan tambah, tolak, darab atau bahagi untuk
melaksanakan pengiraan mudah berdasarkan data yang telah dimasukkan.
1.3.3 Menyimpan hasil kerja ke dalam folder yang sesuai.

24

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Hamparan elektronik merupakan satu perisian komputer yang memaparkan banyak sel
berbentuk grid yang terdiri dari baris dan lajur. Hamparan elektronik sering kali
digunakan bagi tujuan pengiraan kerana keupayaannya mengira keseluruhan hamparan elektronik secara automatik.
http://alpai.wikispaces.com/10.Teknologi+Maklumat+Komunikasi

(25 Julai 2013)

KANDUNGAN / FAKTA
a. Fungsi hamparan elektronik:
Perisian hamparan adalah perisian untuk membuat pengiraan matematik, analisa
dan perancangan dalam komputer. Perisian ini dapat menggantikan kertas hamparan kerja dan kalkulator.

b. Contoh-contoh perisian hamparan elektronik:


Microsoft Excel



OpenOffice.org.Calc



Lotus 1-2-3



Corel Quattro Pro

c. Ciri-ciri penting dalam hamparan elektronik adalah seperti berikut:


Baris dan Lajur membentuk sel dalam helaian kerja.



Formula ialah arahan untuk melaksanakan pengiraan.



Name Box memaparkan nama sel yang dipilih.



Worksheet boleh ditambah dan setiap worksheet diaktifkan (dipaparkan) dengan
cara menekan tab worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri
paparan pada skrin.
25

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN
1. Komputer murid.
2. Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps.
3. Perisian Microsoft Excel 2007.

TUGASAN
1. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps.
2. Membuat latihan menggunakan Microsoft Excel 2007 bagi meningkatkan
kefahaman.

LANGKAH KERJA
Aktiviti 1: Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps.
1. Lancarkan Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps untuk melihat
penerangan umum mengenai Microsoft Excel 2007.

Aktiviti 2: Menggunakan perisian Microsoft Excel 2007.
1. Lancarkan perisian Microsoft Excel 2007.
2. Masukkan data ke dalam baris dan lajur mengikut arahan seperti berikut:
a) Taipkan Tambah pada sel A1.
b) Taipkan Tolak pada sel B1.
c) Taipkan Darab pada sel C1.
d) Taipkan Bahagi pada sel D1.
e) Taipkan 1 pada sel A2.
f) Taipkan 1 pada sel A3.
g) Taipkan 6 pada sel B2.
h) Taipkan 2 pada sel B3.
26

i)

Taipkan 2 pada sel C2.

j)

Taipkan 3 pada sel C3.

k) Taipkan 6 pada sel D2.
l) Taipkan 3 pada sel D3.
3. Hasilnya akan dipaparkan seperti Gambar rajah 1.

Gambar rajah 1
Melaksanakan operasi tambah (+) ;
1. Klik pada sel A4 kemudian taipkan formula =A2+A3 dan tekan Enter.
2. Hasil tambah kedua-dua nombor di sel A2 dan A3 akan terpapar di sel A4.
3. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 2.

3

2

Gambar rajah 2
27

Melaksanakan operasi tolak (-) ;
4. Klik pada sel B4 kemudian taipkan formula =B2-B3 dan tekan Enter.
5. Hasil tolak kedua-dua nombor di sel B2 dan B3 akan terpapar di sel B4.
6. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 3.

6

5

Gambar rajah 3
Melaksanakan operasi Darab (*) ;
7. Klik pada sel C4 kemudian taipkan formula =C2*C3 dan tekan Enter.
8. Hasil darab kedua-dua nombor di sel C2 dan C3 akan terpapar di sel C4.
9. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 4.

9

8
Gambar rajah 4
28

Melaksanakan operasi Bahagi ( / ) ;
10. Klik pada sel D4 kemudian taipkan formula =D2/D3 dan tekan Enter.
11. Hasil bahagi kedua-dua nombor di sel D2 dan D3 akan terpapar di sel D4.
12. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 5.

12

11
Gambar rajah 5
Aktiviti 3: Menyimpan hasil kerja
1. Klik pada Office Button kemudian klik ikon Save.

1

Gambar rajah 6

29

2. Klik My Documents.
3. Klik ikon Create New Folder untuk membina folder baru.

3

2

4

Gambar rajah 7
4. Namakan folder kepada nama dan kelas anda seperti Gambar rajah 7 dan tekan
butang OK.
5. Namakan fail Excel anda kepada Latihan Excel dan tekan Save.

5

Gambar rajah 8

30

LATIHAN
Latihan 1.3 (a)
Untuk latihan berikut anda dikehendaki menggunakan perisian Microsoft Excel
2007.
1. Anda dikehendaki membuat latihan berikut dengan memasukkan operasi matematik yang sesuai untuk mendapatkan jawapan.
a)

b)

Isikan Jumlah Murid di sel B9

Isikan Berapakah bilangan buah epal yang diperolehi oleh setiap murid di sel B4

31

c)

Isi-kan Bilangan meja yang baik di sel B4

2. Irdina mahu membeli alat tulis di sebuah kedai. Berikut merupakan senarai alat
tulis yang ingin dibeli beserta harga seunit dan kuantiti.
Dengan menggunakan operasi matematik yang sesuai, anda dikehendaki mencari :
a) Jumlah belian.
b) Harga keseluruhan

32

Isikan formula bagi sel D4

=

Isikan formula bagi sel D5

=

Isikan formula bagi sel D6

=

Isikan formula bagi sel D7

=

=
Isikan formula bagi sel D8

=
Isikan formula bagi sel D9

Berapakah Harga Keseluruhan barangan yang di beli oleh Irdina?
RM

33

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI
PENILAIAN
NAMA MURID
NO. K. PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

TAHUN

NO. STANDARD PEMBELAJARAN

1.3
MENGGUNAKAN HAMPARAN ELEKTRONIK UNTUK
MEMBUAT PENGIRAAN

TAJUK

TERAMPIL
BIL

PERKARA YANG DINILAI

CATATAN
YA

1

Dapat memasukkan data ke dalam baris dan lajur
dengan menggunakan hamparan elektronik.

2

Dapat menggunakan gabungan operan tambah,
tolak, darab atau bahagi untuk melaksanakan
pengiraan mudah berdasarkan data yang telah
dimasukkan.

3

Dapat menyimpan hasil kerja ke dalam folder yang
sesuai.

TIDAK

TERAMPIL
KEPUTUSAN

TIDAK
TERAMPIL

TARIKH

NAMA GURU

Tandatangan & tarikh

DISAHKAN OLEH

Tandatangan & tarikh

34