FAQ soalan top 10 for website eP EBIDING

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

EBIDDING

Soalan 1 :
Apakah yang dimaksudkan dengan eBidding?
Jawapan :
eBidding ialah proses perolehan melebihi RM 200,000 antara pembeli dan pembekal secara atas talian
pada satu tempoh yang ditetapkan untuk tujuan mendapatkan tawaran harga yang lebih kompetitif,
cepat dan telus. eBidding dalam konteks ePerolehan ialah proses tawaran bidaan harga secara atas talian
dari pembekal yang dikenakpasti dan memenuhi spesifikasi teknikal bagi tempoh atau jam tertentu
secara interaktif, atas talian dan berbentuk "reverse auction".

Disediakan oleh SME, Contact Centre

1

Pangkalan Informasi modul-modul eP


2012

Soalan 2 :
Berapakah Fi yang dikenakan melalui system eperolehan bagi setiap transaksi yang dijana melalui
process ebiding?
Jawapan :
Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang dijana melalui sistem Ep akan dikenakan
kepada pembekal/syarikat yang dilantik melalui proses eBidding, tertakluk kepada had maksimum
RM9,600.00 bagi setiap transaksi yang melebihi RM1.2 juta.Syarat ini hendaklah dinyatakan dengan jelas
dalam notis pelawaan eBidding.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

2

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 3

Dimanakah notis pelawaan ebidding diiklankan?
Jawapan :
Notis pelawaan eBidding diiklankan di laman web rasmi ePerolehan, laman web Kementerian/Jabatan
dan portal myGovernment

Disediakan oleh SME, Contact Centre

3

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 4 :
Apakah ya g di aksudka de ga

Harga Bidaa Baru RM ?

Jawapan :
Harga bidaan baru ialah harga yang telah ditolak dengan harga penurunan ( decrement block) semasa

sesi bidaan atas talian dijalankan

Disediakan oleh SME, Contact Centre

4

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 5 :
Bagaimana sekiranya pembekal telah lupa id dan kata laluan untuk eBidding?
Jawapan :
Pembekal hendaklah menghubungi talian khidmat bantuan di nombor 03-7985 7777 untuk mendapatkan
id dan kata laluan tersebut.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

5


Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 6 :
Bagi ebidding yang ada taklimat, jika tidak menghadiri taklimat. Adakah masih boleh menyertai eBidding?
Jawapan :
Sekiranya ebiding yang mewajibkan untuk menghadiri taklimat, pembekal diwajibkan untuk menghadiri
taklimat tersebut. Sekiranya tidak menghadiri taklimat, pembekal tersebut tidak layak untuk menyertai
ebiding itu.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

6

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 7 :

Adakah id dan kata laluan eBidding sama dengan id dan kata laluan pendaftaran kontraktor?
Jawapan :
Tidak. Id dan kata laluan eBidding adalah tidak sama dengan id dan kata laluan pendaftaran kontraktor.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

7

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 8 :
Apakah maksud gra d total /ju lah besar?
Jawapan :
Jumlah besar adalah harga bagi keseluruhan kuantiti yang diminta.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

8


Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 9 :
Bagaimanakah jika eBidding yang pembekal ingin sertai tiada di dalam bulletin tindakan pembekal?

Jawapan :
Pembekal hendaklah menghubungi talian khidmat bantuan di nombor 03-7985 7777 untuk semakan
selanjutnya dan mendapatkan nombor laporan.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

9

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012


Soalan 10 :

Mengapakah pembekal tidak dapat membuat serahan semasa pra kelayakan?
Jawapan :
Pembekal tidak dapat membuat serahan semasa pra kelayakan kerana terdapat bahagian yang tidak
dilengkapkan seperti nama item dan akuan pembekal.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

10