FAQ soalan top 10 for website eP eCAT

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

E-KATALOG
Soalan 1
Bagaimana sekiranya pembekal telah lupa id dan kata laluan untuk ecatalog?
Jawapan :
Pembekal boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-7985 7777 atau emel ke
bantuan@eperolehan.gov.my untuk mendapatkan ID log masuk dan kata laluan tersebut.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

1

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 2
Apakah katalog elektronik dan bagaimanakah ia berfungsi?

Jawapan:
Katalog elektronik ePerolehan memaparkan butir-butir mengenai produk dan perkhidmatan
pembekal dalam bentuk elektronik yang dicipta melalui sistem eCAT. Katalog akan diterbitkan di
ePerolehan bagi membolehkan Peminta Kerajaan untuk melayari dan memperolehi produk dan
perkhidmatan yang diperlukan secara atas talian.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

2

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 3
Adakah pembekal tidak lagi perlu mempromosikan barangan kepada jabatan kerajaan setelah
mencipta katalog elektronik?
Jawapan:
Katalog elektronik adalah merupakan salah satu cara untuk mempromosikan produk atau
perkhidmatan secara dalam talian.

Pembekal masih lagi perlu menggunakan kaedah-kaedah lain secara konvensional untuk
mencapai matlamat anda. Salah satu cara lain yang boleh kami sarankan adalah dengan
mengiklankan syarikat anda di dalam Direktori ePerolehan di mana produk dan perkhidmatan
anda akan dapat terus dipromosikan kepada pengguna Kerajaan yang membuat perolehan.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

3

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 4
Adakah saya dikenakan sebarang bayaran untuk ruang katalog elektronik?
Jawapan :
Syarikat yang telah sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan layak menerima ruangan
katalog elektronik secara percuma dan tiada bayaran yang dikenakan untuk ruangan katalog.

Disediakan oleh SME, Contact Centre


4

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Soalan 5
Syarikat saya pernah berdaftar dengan MyKatalog. Perlukan saya berdaftar lagi dengan eCat?
Jawapan :
Tidak. ID log masuk yang sama boleh digunakan untuk log masuk eCat.

Soalan 6
Apakah syarat -syarat untuk berdaftar dengan eCat?
Disediakan oleh SME, Contact Centre

5

Pangkalan Informasi modul-modul eP


2012

Jawapan :
Syarikat yang telah sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan boleh berdaftar dengan eCat.

Soalan 7

Disediakan oleh SME, Contact Centre

6

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Setelah pembekal membuat permintaan item/kategori baru, berapa lamakah untuk
mendapatkan kelulusan untuk permintaan tersebut?
Jawapan :
Pentadbir sistem eCat mengambil masa 24 jam ( hari bekerja) untuk memberi maklumbalas
untuk kelulusan bagi permintaan tersebut.


Soalan 8
Berapakah saiz imej yang dibenarkan untuk di muatnaik di dalam e-Catalog?
Jawapan:
Disediakan oleh SME, Contact Centre

7

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Saiz maksimum yang dibenarkan adalah 15Kb bagi setiap imej.

Soalan 9
Pembekal mendapati tarikh tamat tempoh sijil kewangan di dalam sistem e-catalog tidak sama
dengan tarikh tamat tempoh sijil kewangan yang sebenar. Apakah yang perlu pembekal lakukan?
Disediakan oleh SME, Contact Centre

8


Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012

Jawapan :
Pembekal boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-7985 7777 atau emel ke
bantuan@eperolehan.gov.my untuk membuat laporan dan mendapatkan nombor laporan.

Soalan 10
Bagaimanakah cara untuk pembekal mendaftar di dalam sistem ekatalog?
Jawapan :
Disediakan oleh SME, Contact Centre

9

Pangkalan Informasi modul-modul eP

2012


Pembekal perlu melayari laman web https://ecat.commercedc.com.my/portal, dan klik di
bahagian log masuk kali pertama, masukkan nombor kementerian kewangan dan klik butang
teruskan.

Disediakan oleh SME, Contact Centre

10