ANALISIS PENCAPAIAN YAYASAN SABAH

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

ANALISIS PENCAPAIAN YAYASAN SABAH DALAM MEMBANTU
MENINGKATKAN PENDAPATAN PENIAGA KECIL WANITA MELALUI
PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO.
Jim Jipun
YAYASAN SABAH
Abstrak
Pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah atau lebih dikenali sebagai Skim Pinjaman Peniaga
kecil Wanita (SPPKW) merupakan program yang dilaksanakan oleh Yayasan Sabah untuk
membantu para peniaga kecil wanita di seluruh Sabah meningkatan pendapatan melalui
pembiayaan kredit mikro. Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program tersebut dalam
mencapai objektifnya. Analisis kajian berfokus kepada tujuan asal program tersebut
diperkenalkan iaitu membantu meningkatkan pendapatan hasil perniagaan sehingga melebihi had
garis kemiskinan yang ditetapkan program sebanyak RM960.00. Hasil kajian mendapati berlaku
perubahan positif yang memberangsangkan dalam pendapatan para peniaga selepas mengikuti
program. Terdapat sebanyak 71.0% peserta melepasi paras tersebut. Jika dilihat dari segi jumlah
purata pendapatan bulanan, seramai 81.0% peserta telah melepasi garis kemiskinan semasa
(PGK Sabah: RM1,050.00) iaitu lonjakan sebanyak 10.0% berbanding jika hanya mengambil
kira pendapatan bulanan hasil perniagaan peserta semata-mata. Analisis terhadap faktor-faktor
yang mempengaruhi prestasi program dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan

para peserta mendapati hanya pembolehubah saiz modal berpengaruh secara signifikan terhadap
pendapatan para peserta program. Kesimpulannya, kursus, bimbingan dan latihan yang
berterusan perlu diberikan kepada peserta bagi membantu meningkatkan keyakinan diri terutama
hal-hal berkaitan dengan perniagaan yang diceburi. Selain itu, terdapat beberapa aspek yang
perlu diberikan perhatian oleh Yayasan Sabah terutamanya yang boleh menjejaskan objektif
pelaksanaan program tersebut. Pengambilan peserta haruslah memberi keutamaan kepada
peniaga kecil sedia ada atau yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya tetapi
menghadapi masalah modal. Selain itu, keutamaan haruslah difokuskan kepada peserta-peserta
yang sedang mengusahakan perniagaan yang berdaya maju tetapi menghadapi masalah modal
pusingan atau wanita yang berminat tetapi tidak mempunyai modal awal.
Kata Kunci: Pendapatan, Pendapatan Hasil Perniagaan & Pendapatan Garis Kemiskinan

1

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

ANALYSIS OF ACHIEVEMENT OF SABAH FOUNDATION IN HELPING TO
INCREASE THE INCOME OF SMALL TRADER'S LIABILITY THROUGH
FINANCING OF MICRO CREDIT.
Jim Jipun

YAYASAN SABAH
Abstract
Microfinance financing of Sabah Foundation or better known as the Small Business Loan
Scheme (SPPKW) is a program implemented by Yayasan Sabah to assist small business women
throughout Sabah to increase revenues through micro credit financing. This study is to evaluate
the effectiveness of the program in achieving its objectives. The analysis of the study focuses on
the original purpose of the program, which is to help increase the revenue of the business
beyond the poverty line set by the program of RM960.00. The findings revealed positive positive
changes in the income of traders after the program. There were 71.0% of participants passing
the level. In terms of average monthly income, a total of 81.0% of the participants have passed
the current poverty line (PGK Sabah: RM1,050.00) which is a 10.0% surge compared to only
taking into account the monthly income of the participating business. An analysis of the factors
affecting the program's performance in helping to increase the business income of participants
found that only capital variable variables significantly affected the income of program
participants. In conclusion, ongoing courses, mentoring and training should be provided to
participants to help improve self-confidence, especially in relation to business ventures. In
addition, there are some aspects that the Foundation should take into account, particularly that
may affect the objectives of the program. Recruitment should give priority to existing small
traders or who want to venture into a business as a career but have capital problems. In
addition, priorities should be focused on participants who are working on viable businesses but

are facing round capital problems or interested women but do not have the initial capital.
Keywords: Income, Income Business Income & Poverty Line Income
1. Pendahuluan
Pembiayaan kredit mikro Yayasan Sabah atau lebih dikenali sebagai Skim Pinjaman Peniaga
kecil Wanita (SPPKW) merupakan program yang dilaksanakan oleh Yayasan Sabah untuk
membantu para peniaga kecil wanita di seluruh Sabah melalui pembiayaan kredit mikro. Skim
pinjaman ini dilaksanakan secara perintis pada April 2007 hingga Mac 2009. Skim ini disasarkan
terhadap golongan wanita yang sedang menjalankan perniagaan secara sepenuh masa di geraigerai pasar, lot perniagaan Majlis Daerah atau premis persendirian; Wanita yang menunjukkan
minat mendalam untuk menceburi perniagaan sebagai sumber utama pendapatan. Sementara
objektif skim ini ialah membantu menyediakan modal awal atau menambahkan modal pusingan
kepada peniaga-peniaga kecil wanita supaya mampu meningkatkan tahap pendapatan melepasi
paras RM960.00 sebulan. Dari segi pelaksanaannya, para peniaga akan diberikan pinjaman tanpa
faedah. Tidak ada cagaran yang dikenakan, namun para peniaga wajib mengemukakan penjamin
yang terdiri daripada rakan-rakan niaga mereka yang turut membuat pinjaman.

2

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

Kajian penilaian ke atas program perintis pada April 2009, menunjukkan program pinjaman ini

telah dapat membantu kebanyakan peserta meningkatkan pendapatan perniagaan mereka. Selain
itu, didapati juga bahawa program berkenaan masih relevan dan diperlukan oleh peniaga kecil
wanita di negeri ini. Kajian juga mendapati beberapa kelemahan skim tersebut memerlukan
penambahbaikan bagi memantapkan lagi skim berkenaan agar mencapai matlamat
penubuhannya. Skim tersebut telah ditambahbaik dengan pemberian kredit sebagai tambahan
modal perniagaan yang sedia ada.
Begitu juga dengan program pengembangan yang mula dilaksanakan pada Ogos 2012 turut
memperlihatkan kebanyakan peserta dalam semua jenis perniagaan berpendapatan di atas
RM961 hingga melebihi RM2,780 sebulan. Walaupun demikian, masih terdapat beberapa aspek
yang harus diberikan perhatian supaya program ini benar-benar memberikan impak terhadap
kumpulan sasar dan relevan untuk dilaksanakan. Penekanan perlu difokuskan ke arah
memperkemaskan strategi pelaksanaan dan pematuhan garis panduan terutamanya yang
berkaitan dengan aktiviti pemantauan dan bayaran balik pinjaman, pengambilan peserta dan
jenis perniagaan.
Melihat kepada keadaan tersebut, maka kajian susulan perlu dijalankan demi memastikan
bahawa pelaksanaan program mencapai sasaran yang diharapkan. Kajian ini juga amat perlu
untuk menilai kejayaan pelaksanaan program ini secara empirikal seterusnya dapat memberikan
gambaran yang tepat dan terkini kepada pihak-pihak terlibat.
2. Tinjauan Literatur
Faktor-faktor kejayaan banyak dipengaruhi oleh pelbagai sebab sama ada ia dipengaruhi oleh

faktor dalaman ataupun luaran individu (Moha Asri et al, 2000). Antara faktor-faktor kejayaan
yang telah dikenal pasti oleh Dewanita ialah menjalankan perniagaan yang menunjukkan satu
pembaharuan pada produk yang ditawarkan, memahami pasaran dengan tepat, mempunyai daya
usaha dan semangat yang tinggi, proaktif (suka mencari peluang-peluang baru), motivasi kendiri
yang tinggi dan pelbagai faktor lagi.
Analisis kajian oleh Mohd. Hassan (2007) mendapati bahawa terdapat tiga faktor kejayaan
kritikal yang utama bagi usahawan TEKUN ialah kemahiran dalam pengurusan,
pengkhususan di dalam membuat kerja dan juga sikap tidak mudah berputus asa di dalam
menghadapi cabaran dalam perniagaan.
Zaimah (2010) mendapati bahawa kebanyakan Sahabat menggunakan pinjaman yang diperoleh
untuk membiayai kegiatan ekonomi yang mereka usahakan. Selain itu, sebahagian pembiayaan
yang diperoleh adalah untuk penambahbaikan rumah dan perbelanjaan pendidikan anak-anak
Sahabat. Abdullah et.al. (2010) pula menemukan bahawa penyertaan program kredit mikro AIM
ini telah membawa kepada peningkatan dalam aset perusahaan mikro iaitu nilai pasaran stok
pertanian dan bahan mentah, perdagangan aset dan jumlah aset perusahaan kecil.
Kajian oleh Abdullah et.al. (2011) menemukan bahawa jumlah pinjaman mikro kredit yang
diterima mempunyai hubungan positif dengan jumlah aset dan bilangan responden yang
mendapat pekerjaan yang kemudiannya membawa kepada peningkatan dalam aset isi rumah.

3


Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

Dengan mendapat jumlah pinjaman yang tinggi ia dapat membantu menjana pendapatan dan
mengurangkan pengangguran dalam kalangan isi rumah. Seterusnya Norma dan Jarita (2011)
mengesan prestasi ekonomi peserta AIM adalah ditentukan oleh jumlah wang yang dipinjam dari
AIM dan tahap pendidikan. Responden yang berpendidikan adalah lebih berpengetahuan dalam
mengendalikan projek-projek mereka. Norhaziah & Mohd. Noor (2011) pula mendapati kredit
kecil kepada usahawan mikro dapat membantu mereka meningkatkan perniagaan mereka dan
membantu mereka untuk memenuhi modal kerja mereka. Kajian itu juga mendapati bahawa
majoriti usahawan mikro mampu membayar pinjaman mereka dalam masa yang diberikan.
Menurut Mohamed Saifoul et.al. (2012) pendapatan dari sumber projek yang dibiayai oleh mikro
ini memberi kesan kesamaan (equalising effect) ke atas ketidaksamarataan pendapatan. Dengan
andaian ceteries paribus, peningkatan syer pendapatan dari sumber projek kredit mikro akan
memancu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan. Dapatan analisis berdasarkan
beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh Mohamed Zaini et al. (2012a) mendapati skim kredit
mikro AIM telah meningkatkan prestasi ekonomi sahabat. Sementara, penemuan kajian oleh
Mohamed Zaini et.al. (2012b) menunjukkan program AIM sangat berkesan dalam
mengurangkan kemiskinan di Malaysia.
Program mikro kredit AIM berkesan dalam

meningkatkan pendapatan seterusnya mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan peserta
selepas terlibat dalam program AIM. Abdullah et.al. (2012a) turut mengesan bahawa
pembiayaan kredit mikro dapat meningkatkan kualiti hidup isi rumah miskin luar bandar di
Malaysia. Abdullah et.al. (2012b) pula menemukan nilai pasaran semasa ternakan,
pertanian/kelengkapan pengeluaran, stok pertanian/bahan mentah, aset perusahaan dan
kenderaan yang dimiliki oleh responden yang telah lama menyertai program AIM ini lebih tinggi
berbanding responden yang baru menyertai program AIM.
Hasil kajian oleh Syuhada et.al. (2013) pula menemukan bahawa secara keseluruhannya, AIM
telah berjaya melaksanakan peranan utamanya untuk mengurangkan kemiskinan negara melalui
pembiayaan kredit mikro yang diberikan kepada Sahabat. Bimbingan dan latihan berterusan
kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah telah membantu
meningkatkan keyakinan dalam diri dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Kajian oleh Syamsurian Sidek (2014) menemukan bahawa program pembiayaan mikro adalah
signifikan secara positif kepada prestasi peniagaan kecil dan pada masa yang sama menyumbang
kepada peningkatan yang positif kepada kualiti keusahawanan. Walau bagaimanapun hanya
sebahagian daripada kualiti keusahawanan berperanan sebagai pengantaraan yang mempengaruhi
kesan program pembiayaan mikro kepada prestasi perniagaan kecil. Norshuhaida (2014) pula
mendapati terdapat lima faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita
iaitu faktor sikap, strategik perniagaan, pengurusan perniagaan, kemahiran atau pengetahuan dan
penggunaan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih komprehensif dengan

sampel yang lebih besar perlu dijalankan sebelum sesuatu program atau dasar berkaitan dengan
keusahawanan wanita hendak dilaksanakan.
Jim Jipun (2017) mendapati bahawa secara keseluruhan, kursus, bimbingan dan latihan yang
diberikan oleh Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) kepada golongan sasar telah membantu
meningkatkan keyakinan dalam diri dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
Penglibatan peserta di dalam Program 1AZAM kendalian KTYS mampu meningkatkan peluang

4

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

pekerjaan dan pendapatan sekaligus membolehkan mereka menikmati taraf hidup yang lebih
baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Didapati juga bahawa insiden kemiskinan di
kalangan peserta telah menurun selepas mengikuti program iaitu daripada 99.6% berpendapatan
di bawah PGK kepada 59.5%. Dari segi jumlah pendapatan bulanan, seramai 14.9% responden
telah melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00). Jika di lihat dari aspek pendapatan bulanan
isirumah, seramai 26% isirumah peserta telah melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00) iaitu
lonjakan sebanyak 11.1% berbanding jika hanya mengambil kira pendapatan bulanan peserta.
3. Metodologi Kajian
3.1 Objektif

Secara umum kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program pembiayaan kredit mikro
yang dilaksanakan oleh Yayasan Sabah. Manakala secara khusus kajian ini bertujuan untuk;
3.1.1
3.1.2

Untuk mengetahui keberkesanan pembiayaan kredit mikro yang dilaksanakankan oleh
Yayasan Sabah dalam meningkatkan pendapatan para peniaga.
Untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi prestasi program dalam membantu
meningkatkan pendapatan para peniaga.

3.2 Skop dan Sampel Kajian
Sasaran kajian difokuskan kepada semua peserta program pembiayaan kredit mikro Yayasan
Sabah di seluruh negeri Sabah. Data kajian diambil daripada Kajian Impak Program Skim
Pinjaman Peniaga Kecil Wanita (SPPKW), 2016. Populasi kajian adalah seramai 140 peserta
yang telah menyertai program ini. Bilangan sebenar responden yang berjaya dijejaki ialah
seramai 113 orang atau 80.7% daripada jumlah keseluruhan peserta program.
3.3 Analisis Data
Data yang dikumpul menerusi borang soal selidik diproses menggunakan Statistical Packages of
Social Sciences (SPSS) Version 21.0. Selain menggunakan kaedah kuantitatif dalam analisis
melalui paparan deskriptif seperti rajah dan jadual frekuensi digunakan bagi melihat profil asas

responden. Analisis Mean juga turut digunakan bagi melihat pendapatan responden.
Selain itu, Crosstabulation juga turut digunakan bagi melihat corak taburan dan perkaitan dengan
dua variabel kajian yang dikaji. Kaedah ini digunakan untuk melihat jenis-jenis kursus yang
berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan hubungan kursus dengan bidang pekerjaan
peserta.
Ujian-t (Paired-Samples T-test) pula telah digunakan melihat perbezaan antara variabel yang
sama sebelum dan selepas sesuatu program secara signifikan. Analisis ini digunakan untuk
melihat perbezaan pendapatan peserta sebelum dan selepas mengikuti program. Ujian regresi
pelbagai juga turut digunakan bagi menilai sumbangan pembolehubah-pembolehubah peramal
dijangkan dapat mempengaruhi pendapatan para peniaga iaitu tahap pendidikan (Norma & Jarita,

5

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

2011), pengalaman berniaga (Moha Asri et. al., 2000), saiz modal (Abdullah et. al., 2011) dan
kadar pinjaman (Abdullah et. al., 2011; Norma & Jarita, 2011).
Walau bagaimanapun, bagi melihat keberkesanan program dalam membantu meningkatkan
pendapatan di kalangan para peserta program, maka analisis berfokus kepada sasaran atau tujuan
asal program diperkenalkan iaitu membantu meningkatkan tahap pendapatan peserta melepasi

paras RM960.00 sebulan (PGK Sabah 2009: RM960.00 iaitu PGK semasa program
diperkenalkan)

4. Dapatan Kajian
4.1 Profil Responden
Didapati bahawa daripada 140 orang jumlah keseluruhan peserta program, hanya seramai 113
orang atau 61.5% yang dapat dijejaki. Memandangkan program pembiayaan kredit mikro ini
adalah untuk peniaga kecil wanita maka semua responden adalah terdiri daripada golongan
tersebut.
Dari segi umur, kebanyakkan responden dalam lingkungan umur antara 38 hingga 47 tahun (38.9
%), diikuti peringkat umur di atas 48 tahun sebesar 33.6%, dan 28-37 tahun, 20.4%. Peringkat
umur dalam lingkungan 18-27 tahun pula mewakili 7.1% sahaja.
Majoriti responden beragam Islam (71.1%), manakala selebihnya beragama Kristian (28.1%) dan
Buddha (0.9%). Status Perkahwinan responden pula menunjukkan 85.1% telah berkahwin,
manakala 9.7% ibu tunggal dan selebihnya adalah masih bujang.
Dari segi tahap pendidikan, kajian mengesan 73.2% responden mendapat pendidikan menengah
manakala 19.6% mendapat pendidikan rendah. Terdapat 2.7% responden mendapat pendidikan
di peringkat pra-universiti, matrikulasi dan diploma. Sementara 4.5% responden yang tidak
pernah bersekolah.
Selain itu, purata bilangan tanggungan responden ialah 4 orang. Sementara jumlah tanggungan
tertinggi adalah 4-5 orang iaitu sebanyak 31.2%, diikuti dengan 2-3 orang (26.6%) dan melebihi
5 orang (24.8%). Manakala sebanyak 17.4% lagi hanya mempunyai seorang tanggungan.
Manakala, bilangan ahli isi rumah menunjukkan bahawa bilangan isi rumah yang tertinggi ialah
sebanyak 37.6 % iaitu 6 orang ke atas, diikuti dengan tanggungan yang berada dalam lingkungan
5-6 orang iaitu sebanyak 36.7%. Manakala sebanyak 20.0% dan 37% responden masing-masing
mempunyai bilangan ahli isi rumah dalam lingkungan 3-4 orang dan 1-2 orang. Secara purata
terdapat seramai 6 orang bagi setiap isi rumah.
4.2 Profil Perniagaan

6

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

Variasi produk perniagaan yang dijual oleh para peserta pembiayaan kredit mikro Yayasan
Sabah dapat dikategorikan kepada lapan. Jenis perniagaan yang paling banyak dijalankan ialah
perniagaan berasaskan produk makanan sama ada yang sudah dimasak mahupun dalam bentuk
bahan mentah yang mewakili 38.5%, dikuti oleh jahitan dan tekstil 17.6% dan peruncitan 14.3%.
Hasil pertanian juga merupakan salah satu produk jualan yang agak banyak dijual oleh peserta.
Variasi produk yang dijual adalah seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Jenis/ Produk Perniagaan
Jenis Perniagaan

Frequency

Percent

Valid
Percent

Cumulative
Percent

1

Makanan

30

33.0

33.0

33.0

2

Jahitan dan Tekstil

16

17.6

17.6

50.5

3

Hasil Pertanian

12

13.2

13.2

63.7

4

Peruncitan

13

14.3

14.3

78.0

5

Kraftangan

4

4.4

4.4

82.4

6

Kesihatan dan Kosmetik

2

2.2

2.2

84.6

7

Prtoduk ikan

8

8.8

8.8

93.4

8

Lain-lain

6

6.6

6.6

100.0

Total

91

100.0

100.0

4.3 Pendapatan Perniagaan
Pendapatan adalah dikira selepas menolak kos perniagaan dan upah. Bilangan responden yang
berpendapatan yang melepasi sasaran Skim (PGK Sabah 2009: RM960.00 iaitu skim
diperkenalkan) ialah sebanyak 67.0%. Manakala responden yang masih gagal melepasi sasaran
pendapatan Skim ialah 33.0%.
Jadual 2: Pencapaian Terhadap Sasaran Pendapatan Program Berdasarkan Jenis Perniagaan
Jenis Perniagaan
Pendapatan
Jumlah
< RM960
>RM960
Produk Makanan
6.6%
26.4%
33.0%
Jahitan/ Tekstil
9.9%
7.7%
17.6%
Hasil Pertanian
4.4%
8.8%
13.2%
Peruncitan
6.6%
7.7%
14.3%

7

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah 2017

Kraftangan
Kesihatan/Kosmetik
Produk Ikan
Lain-lain
Jumlah Keseluruhan

2.2%
0%
1.1%
3.3%
33.0%

2.2%
2.2%
7.7%
3.3%
67.0%

4.4%
2.2%
8.8%
6.6%
100%

Di mana, perniagaan berasaskan produk makanan merupakan penyumbang tertinggi kepada
pendapatan yang melebihi RM1,921 iaitu 15.4% daripada keseluruhan kategori pendapatan
tersebut 23.1%. Kebanyakkan 26.4% peniaga-peniaga produk makanan juga berpendapatan
melebihi RM961 iaitu di atas garis sasaran RM690. Hanya 6.6% yang masih di bawah
pendapatan RM960 daripada keseluruhan 32.9%. Perniagaan jahitan dan tekstil pula
memperlihatkan lebih separuh peniaganya berpendapatan di bawah RM960. Bilangan peniaga
yang berpendapatan melebihi RM1,921 juga amat sedikit. Perniagaan hasil pertanian mewakili
13.2% daripada keseluruhan perniagaan. Perniagaan ini menunjukkan sebanyak 4.4% masih di
bawah garis miskin manakala yang berpendapatan melebihi RM1921 juga 4.4%. Selebihnya
berpendapatan di antara RM961 – 1,920. Perniagaan runcit membentuk 14.3% daripada
keseluruhan perniagaan.
Jenis
Perniagaan

Jadual 3: Perbandingan Pendapatan Mengikut Jenis Perniagaan
Pendapatan

Produk Makanan
Jahitan/ Tekstil
Hasil Pertanian
Peruncitan
Kraftangan
Kesihatan/
Kosmetik
Produk Ikan
Lain-lain
Jumlah
Keseluruhan

Jumlah

RM1,051.
>RM1,051.
00
00
(81.0%)
(81.0%)