KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TIN

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA
TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS.

Oleh:
Noor Fatiha Binti Jailani
(921213105882)
Siti Aishah Binti Satar
(920401106044)

Tingkatan 6 Al Waqidi / Ibnu Khaldun
Sesi 2010-2011

Guru Pembimbing
Pn Norsuhaida Binti Ismail.

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan salam kesejahteraan kepada para
sahabat dan para tabi`in sekalian.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya penyelidikan kami dapat di jayakan
dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Raja Muda Musa iaitu Puan Hajah Norsalwati binti Hassan yang membenarkan
kami menjalankan penyelidikan ini. Sekalung penghargaan juga kepada Puan Norsuhaida binti
Ismail selaku guru pembimbing, Ketua Panitia bahasa Inggeris iaitu Puan Siti Thalha binti
Sheikh Abu Bakar kerana telah memberi tunjuk ajar dan maklumat sepanjang kajian ini
dijalankan.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang telah memberi bantuan dari segi
kewangan,responden yang terlibat dan rakan-rakan yang telah membantu secara langsung
mahupun tidak langsung. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kami ucapkan.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pelajar Melayu tingkatan 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris.
Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan Melayu
tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya. Kajian ini dijalankan secara
deskriptif dan ditafsir secara kuantitatif. Pengkaji memperoleh maklumat melalui pengedaran borang soal

selidik kepada responden yang dipilih secara rawak dan analisa markah peperiksaan. Soal selidik ini
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan
latar belakang responden. Manakala bahagian B pula melibatkan beberapa soalan yang memerlukan
responden memberikan tindak balas agar dapat membantu penyelidikan ini. Berdasarkan markah
peperiksaan pelajar pula, didapati responden merupakan pelajar yang mendapat markah hanya 05
hingga 40 dalam peperiksaan yang diperoleh melalui Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar iaitu Ketua
Panitia mata pelajaran bahasa Inggeris tingkatan 5 SMK Raja Muda Musa. Berdasarkan analisis dapatan
2

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

kajian, terdapat beberapa faktor mengapa pelajar Melayu tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan
Raja Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris seperti faktor sosio budaya,
persekitaran, keluarga, rakan sebaya dan diri sendiri. Dengan adanya kajian ini, diharapkan semua pihak
yang terbabit dapat memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi perkara ini.

PENDAHULUAN
Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agama

Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeris. Sekolah yang pertama ialah di Penang Free
School, Pulau Pinang (1816). Sekolah Inggeris terbahagi dua jenis, iaitu sekolah Free School yang
mendapat bantuan daripada

kerajaan . Jenis kedua ialah sekolah Inggeris separa bantuan yang

ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan kewangan
daripada kerajaan. Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa ini adalah untuk melatih tenaga kerja seperti
kerani dan juruteknik bagi jabatan-jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi permintaan
golongan bangsawan Melayu, pihak Inggeris yang bercorak Grammar School di England. Pihak Inggeris
memperkenalkan Special Malay Class pada tahun 1930an bagi memberi implikasi besar dalam hala tuju
pendidikan masyarakat Melayu kerana menyedarkan orang Melayu dari golongan bawahan untuk turut
sama mendapatkan pendidikan Inggeris. ( Dewan Bahasa dan Pustaka 1993)
Menurut Sufean Hussin (1993) pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris
di ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis jenis pendidikan yang telah
diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap
jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat
kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan
konsep integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahan
Inggeris telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragaman

dan pencapaian hasrat integrasi nasioanal.
Walau bagaimanapun, kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar
baru bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid
tahun satu mulai 2011 berbanding cadangan asal pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada
beberapa faktor. Antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks
untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan. Muhyiddin yang
3

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

juga Menteri Pelajaran berkata pelakasanaan MBMMBI untuk murid Tahun Empat, Tingkatan Satu,
Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan kementerian membuat persiapan rapi dengan
mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran.( http://www.moe.gov.my)

LATAR BELAKANG KAJIAN
Dewasa ini, masalah penggunaan


bahasa Inggeris semakin serius dalam kalangan pelajar-

pelajar tidak kira diperingkat sekolah rendah, menengah atau peringkat universiti. Lebih membimbangkan
lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu. Di sini, kami mengkhususkan kelemahan pelajar
tingkatan 5 dalam menguasai bahasa Inggeris. Mari kita sama-sama fikirkan mengapa masalah ini
berlaku khususnya dalam kalangan pelajar Melayu?
Sebahagian daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu mereka akan
diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga
membawa keburukan kepada diri sendiri. Hakikatnya, pelajar cina lebih maju dan pakar dalam bahasa
Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut dengan ejekan yang boleh melemahkan mereka.
Pelajar tingkatan 5 juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya bergantung semata-mata kepada
guru-guru untuk memajukan mereka. Sepatutnya di peringkat tingkatan 5 tidak berlaku lagi perkara
sebegini. Pelajar-pelajar sepatutnya mencari guru bukan guru yang mencari pelajar, tetapi sekarang ini,
kebanyakan guru yang berusaha untuk memperbaiki pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa
Inggeris.
Menurut pendapat Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar, seorang guru bahasa Inggeris di
SMKRMM, melalui pengalamannya mengajar bahasa Inggeris, beliau berpendapat punca pelajar lemah
bahasa Inggeris adalah disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah
dengan penggunaan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap

bahasa Inggeris. Selain, tidak berpeluang untuk berinteraksi sesama rakan mahupun keluarga. Pelajar
juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris. Mereka juga malas untuk mengulang
kaji dan menambahkan pengetahuan dari segi pemahaman ayat-ayat inggeris yang sukar. Sikap ini
menyebabkan pelajar kurang atau tidak langsung berusaha untuk membaca bahan-bahan dalam bahasa
Inggeris.
Beliau menambah lagi, pelajar mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus peperiksaan.
Sikap ini ada pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu mengambil tahu tentang
perkataan baru yang tidak pernah didengar. Mereka hanya bergantung kepada kurikulum yang sedia ada.
Pelajar-pelajar juga malu untuk menyebut perkataan Inggeris. Mereka tiada keyakinan diri untuk bertutur
dan masalah untuk menyebut sesuatu perkataan yang betul. Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan
4

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

dari aspek tatabahasa. Contoh paling mudah apabila pelajar yang tidak menguasai tatabahasa ialah
mereka tidak mampu menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris. Inilah hakikatnya pelajar Melayu
yang lemah menguasai bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu “menjelajah” dengan lebih
mendalam terhadap bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar untuk difahami dan

sukar digunakan dalam kehidupan seharian. Mengapa pelajar Melayu tingkatan 5 mempunyai fikiran
yang cetek terhadap bahasa Inggeris ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting untk membawa
seseorang itu kearah kemajuan.
Pengkaji juga berpendapat bahawa punca pelajar lemah bahasa Inggeris ialah kebanyakan
kurang tatabahasa, tiada keyakinan diri dan malas berusaha untuk memantapkan bahasa Inggeris
mereka. Kebanyakan pelajar hanya bergantung kepada guru-guru sahaja. Mereka seolah-olah tidak
mahu berdikari sendiri dan hanya menunggu guru-guru “menyuapkan” ilmu kepada mereka. Mentaliti
pelajar-pelajar juga masih berada di takuk lama dan tidak mahu menerima bahasa Inggeris sebagai
bahasa ilmu.

5

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

PENYATAAN MASALAH
Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu tingkatan 5 Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa berada pada tahap yang merunsingkan. Pelbagai cara dan
strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan penggunaan

bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah. Menurut Y. BHG. TAN SRI Alimuddin Hj. Mohd Dom,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pelaksanaan dan pengajaran (P&P) Sains dan Matematik bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah, beberapa strategi telah dicadangkan antaranya ialah
menyediakan guru bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar
negara dan IPTS selain daripada pengambilan daripada IPGM dan IPTA. Selain itu, kerajaan juga telah
menyediakan guru bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas yang berenrolmen
tinggi (contoh: melebihi 35 orang murid).
Pihak kementerian juga telah menyediakan bahan bacaan bahasa Inggeris dan juga telah
memperkenalkan kesusasteraan bahasa dalam P&P bahasa Inggeris. Ini sejajar dengan usaha kerajaan
bagi melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa
Inggeris (MBMMBI). Untuk mengatasi masalah ini kita perlu mengetahui faktor dan punca yang sebenar
menyebabkan sesetangah pelajar tidak dapat menguasai dan menggunakan bahasa Inggeris.(
http://www.moe.gov.my)

6

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011


METODOLOGI
Kajian ini dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah statistik
asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan jumlah kekerapan setiap ciri pemboleh ubah.
Walaubagaimanapun, dalam kajian

ini penyelidik menggunakan statistik asas peratusan. Data-data

mengenai persoalan kajian diperoleh melalui kaedah soal selidik dan analisa markah peperiksaan.
Kaedah ini digunakan kerana ia sesuai digunakan untuk mengetahui sikap seseorang.

OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif dititikberatkan kerana ia merupakan rangka rujukan agar
penyelidikan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur. Antara objektif yang ingin dicapai dalam
kajian ini ialah:
a) Mengkaji masalah pengguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu tingkatan 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tahun 2011.
b) Mengenal faktor pelajar Melayu tingkatan 5 tidak berminat dengan mata pelajaran bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa pada tahun 2011.

HIPOTESIS

Hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat bagi diuji pembentukan hipotesis perlu berdasarkan
pada masalah yang berlaku secara logik. Hipotesis perlu dinyatakan dengan jelas iaitu dengan
terminologi yang betul dan dapat dijalankan, dapat diuji serta menyatakan perbezaan ataupun
hubungan antara pemboleh ubah. Hipotesis bagi kajian ini adalah:
a) Pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan diri
sendiri.
b) Faktor latar belakang sosial keluarga punca pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris.
c) Faktor persekitaran di sekolah dan tempat tinggal menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa
Inggeris.

7

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

POPULASI
Kajian ini dijalankan di SMK RAJA MUDA MUSA, Bestari Jaya, Selangor. Populasi kajian ini hanya
melibatkan pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah penguasaan bahasa Inggeris. Disebabkan saiz
populasi adalah kecil, maka semua pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris ialah responden.

Penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah penting supaya sampel tersebut dapat mewakili
populasi yang dikaji. Lebih banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana
sampel yang diambil adalah 100% mewakili populasi iaitu seramai 30 orang sampel yang terlibat dalam
kajian ini.

ANALISIS DATA
Analisis data bagi kajian yang sebenar dilakukan secara manual bagi mendapatkan peratusan. Apabila
data yang di kutip dalam bentuk binari iaitu “YA” atau “TIDAK” maka analisis yang digunakan adalah
kekerapan. Pemilihan bentuk tersebut kerana bersesuaian dengan persekitaran tempat kajian dan ruang
lingkup kajian yang terhad.

8

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

DAPATAN KAJIAN
Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melayu tingkatan 5 di SMK RAJA MUDA
MUSA.
BIL
1.

SOALAN
Saya tidak faham bahasa Inggeris kerana p&p guru

YA
20 %

TIDAK
80 %

2.

membosankan.
Saya menggunakan bahasa Inggeris apabila bercakap

0%

100 %

3.

dengan keluarga saya dirumah.
Saya sukar memahami setiap perkara yang diajarkan oleh

33 %

67 %

4.
5.

guru.
Saya suka mengulang kaji subjek bahasa Inggeris dirumah
Saya sering bercakap dengan rakan-rakan dalam bahasa

20 %
10 %

80 %
90 %

6.

Inggeris
Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk lebih tekun

70 %

30 %

7.

belajar bahasa Inggeris
Saya suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang

13 %

87%

8.
9.
10.

menggunakan bahasa Inggeris disekolah
Saya suka bahasa Inggeris melebihi subjek-subjek lain
Saya seronok apabila belajar bahasa Inggeris
Dirumah, saya ada perpustakaan mini khas yang

30 %
53 %
7%

70 %
47 %
93 %

11.
12.

mempunyai banyak bahan dalam bahasa Inggeris
Saya bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Inggeris
Saya suka menonton filem & mendengar muzik dalam

3%
80 %

97%
20 %

13.
14.

bahasa Inggeris
Subjek bahasa Inggeris ini senang difahami
Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan berbanding bahasa

20 %
10 %

80 %
90 %

15

Melayu
Diperpustakaan sekolah saya kurang buku rujukan bahasa

33 %

67 %

16.
17.
18.

Inggeris
Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris
Saya minat cara guru mengajar ketika didalam kelas
Di kawasan perumahan saya selalu diadakan aktiviti bahasa

23 %
60 %
7%

77%
40 %
93 %

19.

Inggeris
Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru disekolah

63 %

37%

20.

Rakan-rakan banyak membantu saya menguasai bahasa

57 %

43%

21.

Inggeris
Saya membaca surat khabar atau majalah dalam bahasa

17 %

83 %

22.

Inggeris
Saya mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan bahasa

37 %

63 %

23.
24.

Inggeris
Saya malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris
Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya jika saya

33 %
30 %

67 %
70 %

9

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

25.

bertutur dalam bahasa Inggeris
Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa Inggeris sangat

10 %

2011

90 %

penting untuk masa depan

MENUNJUKKAN BILANGAN PERATUSAN PELAJAR YANG TIDAK MENGUASAI BAHASA
INGGERIS DI SMK RAJA MUDA MUSA.

Pelajar tidak faham Bahasa Inggeris kerana
P&P guru membosankan. Carta Pai
menunjukkan seramai 20% pelajar bersetuju
dan 80% pelajar tidak bersetuju.
10

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

Pelajar sering bercakap dengan rakan-rakan
dalam bahasa Inggeris. Carta Pai
menunjukkan seramai 10% pelajar bersetuju
dan 90% pelajar tidak bersetuju.

Pelajar suka melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti yang menggunakan bahasa Inggeris
disekolah. Carta pai menunjukkan seramai
13% pelajar bersetuju dan 87% pelajar tidak
bersetuju.

Bahasa Inggeris lebih
berbanding

bahasa

banyak

Melayu.

dituturkan
Carta

pai

menunjukkan seramai 10% pelajar bersetuju
dan 90% pelajar tidak bersetuju.

11

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris.
Carta pai menunjukkan seramai 23% pelajar
bersetuju dan 77% pelajar tidak bersetuju.

Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru
disekolah. Carta pai menunjukkan seramai
63% pelajar bersetuju dan 37% tidak
bersetuju.

Saya membaca surat khabar atau majalah
dalam bahasa Inggeris. Carta Pai
menunjukkan seramai 17% telah bersetuju
dan 83% tidak bersetuju.

Saya malu untuk bertutur dalam bahasa
Inggeris. Carta pai menunjukkan seramai 33%
pelajar telah bersetuju dan 64% pelajar tidak
bersetuju.

12

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa
Inggeris sangat penting untuk masa depan.
Carta pai menunjukkan seramai 10% pelajar
telah bersetuju dan 90% pelajar tidak
bersetuju.

Dapatan kajian mendapati keseluruhan pelajar tidak menguasai Bahasa Inggeris
disebabkan faktor keluarga. Ibu bapa mereka tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan pertuturan ketika dirumah. Mereka juga
tidak faham Bahasa Inggeris dan tidak banyak membuat rujukan tentang Bahasa Inggeris. Faktor ini
menyebabkan kebanyakan mereka menganggap Bahasa Inggeris merupakan subjek yang tidak penting
untuk masa hadapan.

CADANGAN
Selepas kajian ini dijalankan, pihak penyelidik dapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah
penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMKRMM.
1. Pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas menggunakan bahasa Inggeris.
2. Wujudkan suasana pertuturan dalam bahasa Inggeris.
3. Pembentangan kerja dalam bahasa Inggeris.
4. Bahasa Inggeris digunakan dalam perhimpunan sekolah.
5. Bimbingan dan dorongan yang padu dari ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya.

13

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

RUMUSAN
Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk
mengatasi pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih dalam
memperbaiki diri mereka. Dapatkan bimbingan dari guru-guru bahasa Inggeris apabila mempunyai
masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan bahasa inggeris dan memperbanyak
bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki
idea yang matang dalam sesuatu isi bagi memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan
terperinci. Perbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris untuk menambahkan vocabulary
dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu
pandai menguasai bahasa Inggeris.
Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai
kepentingan yang besar didalam kehidupan kita terutamanya pelajar-pelajar. Bahasa Inggeris adalah
bahasa global, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa
Inggeris juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasi pada
masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama peljar-pelajar perlu ada kesedaran
terhadap penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa “penjajah” itu,
tetapi untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap berdaulat di
hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris seperti orang
lain. Pepatah mengatakan “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Hanya orang malas sahaja yang
tidak mahu mengubah nasib diri mereka. Dalam dunia ini tiada yang mustahil kita lakukan.
14

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

Sedangkan orang kafir pun menguasai bahasa Al-Quran mengapa kita tidak boleh menguasai
bahasa Inggeris? Semua bermula dari diri kita sendiri.

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI
Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir tahun 2010, Panitia Bahasa Inggeris, SMK Raja Muda Musa.
Sufean Hussin,1993 Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Sufean Hussin Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia: 1993-01-01.
http://www.moe.gov.my

Pelaksanaan MBMMBI , pernyataan oleh Timbalan Perdana Menteri

Malaysia, 2010.
Berita Harian Online, 20 Ogos 2009, Azrina Azhan, bhnews@bharian.com.my
Berita Harian Selasa 23,Jun 2009, G.Manimaran,
Mingguan Malaysia 22 February 2009
Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999) “Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003) “Reka bentuk tinjauan soal selidik penyelidikan”
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

15

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

2011

LAMPIRAN
Borang soal selidik.
Bahagian A: Maklumat responden
Arahan: Sila lengkapkan maklumat dibawah yang berkaitan diri anda dengan menandakan
betul pada soalan pertanyaan.
1. Nama:
2. Jantina: (

) LELAKI

3. BANGSA : (
4. UMUR:(

(

) PEREMPUAN

) MELAYU

) 17 TAHUN

5. KELAS: TINGKATAN 5 (

) * NYATAKAN

6. KELULUSAN AKADEMIK BAHASA INGERIS : (

) UPSR

7. PEKERJAAN IBU BAPA :AWAM
-PENGURUSAN : (
- SOKONGAN : (
: SWASTA
16

)
)

(

) PMR

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

- PENGURUSAN : (
- SOKONGAN : (
: SENDIRI: (
8. TEMPAT TINGGAL : BUKIT BADONG: (
IJOK (

)
)

)

)

)

JAYA SETIA (

)

BATANG BERJUNTAI (
RANTAU PANJANG (

)
)

BAHAGIAN B.
BIL
1.

SOALAN
Saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana p&p guru

2.

membosankan
Saya menggunakan Bahasa Inggeris apabila

3.

bercakap dengan keluarga saya dirumah
Saya sukar memahami setiap perkara yang diajar

4.

oleh guru
Saya suka mengulang kaji subjek Bahasa Inggeris

5.

dirumah
Saya sering bercakap dengan rakan-rakan dalam

6.

Bahasa Inggeris
Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk

7.

lebih tekun belajar Bahasa Inggeris
Saya suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti

8.

yang menggunakan Bahasa Inggeris disekolah
Saya suka subjek Bahasa Inggeris melebihi subjek-

9.
10.

subjek lain.
Saya seronok apabila belajar Bahasa Inggeris
Dirumah, saya ada perpustakaan mini khas yang

11.

mempunyai banyak bahan dalam Bahasa Inggeris
Saya bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa

12.

Inggeris
Saya suka menonton filem & mendengar muzik

13.

dalam Bahasa Inggeris
Subjek Bahasa Inggeris ini senang difahami
17

YA

TIDAK

2011

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

14.

Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan dirumah

15.

berbanding Bahasa Melayu
Diperpustakaan sekolah saya kurang buku rujukan

16.
17.
18.

Bahasa Inggeris
Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris
Saya minat cara guru mengajar ketika didalam kelas
Dikawasan perumahan saya selalu diadakan aktiviti

19.

berbahasa Inggeris
Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru

20.

disekolah
Rakan-rakan banyak membantu saya menguasai

21.

bahasa Inggeris
Saya membaca surat khabar atau majalah dalam

22.

bahasa Inggeris
Say mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan

23.
24.

penguasaan bahasa Inggeris
Saya malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris
Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya jika

25.

saya bertutur dalam bahasa Inggeris
Adakah anda sedar bahawa subjek Bahasa Inggeris
sangat penting untuk masa depan anda

18

2011