Pengaruh Fahaman Orientalisme Terhadap P (1)

Pengaruh Fahaman Orientalisme Terhadap Pemikiran Umat Islam
Oleh : Ahmad Tarmizi Zakaria
ORIENTALISME bukanlah satu bidang baru yang dijadikan bidang kajian dan disebarkan ke
serata dunia. Sebaliknya ia telah lama bertapak semenjak zaman Renaissance yang dianggap sebagai
zaman kegemilangan dan kebangkitan Barat dalam sejarah-sejarah dunia. Namun, amatlah sedikit umat
Islam yang menyedari bahawa orientalisme ini telah dijadikan salah satu dari agenda Barat untuk
merosakkan dan menjatuhkan umat Islam. Pelbagai cara telah diusahakan oleh Barat agar umat Islam
terpengaruh untuk mengikuti ajaran dan pemikiran Barat.
Cara yang digunakan Barat ini amat halus dan teliti sehinggakan ramai umat Islam yang secara
tidak sedar telah terpengaruh dan mengikut pemikiran tersebut. Barat sentiasa mencanangkan bahawa
semua kajian yang dijalankan di bawah orientalisme itu adalah bersifat ilmiah dan objektif. Justeru,
dengan mengaburi mata umat Islam berdasarkan alasan akademik mereka itu, mereka menjadikan
orientalisme sebagai satu bidang kajian yang diiktiraf dan dibolehkan dalam undang-undang. Sedangkan
sebenarnya bidang kajian orientalisme mereka itu rata-rata mempunyai motif memanipulasi dan untuk
kepentingan Barat semata-mata.
Tulisan ini akan memulakan perbincangan dengan mengemukakan konsep orientalisme.
Seterusnya, akan dibincangkan mengenai tujuan orientalisme, sejarah dan kegiatannya serta tokoh-tokoh
orientalis beserta karya dan latar belakang mereka.
Konsep Orientalisme.
Orientalisme berasal dari kata ‘orient’ dan ‘isme’. ‘Orient’ ertinya Timur dan ‘isme’ ertinya
faham. Di dalam orientalisme, apabila kita menyebut ‘orient’ ertinya ialah semua wilayah yang

terbentang dari Timur Dekat sampai ke Timur Jauh dan juga Negara-negara yang berada di Afrika Utara
dan tengah. (Drs. A. Muin Umar : 1978)
Pengertian lain bagi orientalisme adalah satu kajian akademik yang dilakukan oleh Barat dari
Negara-negara imperialis mengenai dunia Timur dengan segala aspeknya, baik mengenai sejarah,
pengetahuan, bahasa, agama, sosial, politik, hasil bumi serta semua potensinya. (Dr. Ahmad Abdul
Hamid Ghurab C : 1991)
Bagi Mahmud Hamdy Zaqzuq (1984), orientalisme adalah suatu ilmu ketimuran atau ilmu
tentang dunia Timur. Adapun kata orientalis dalam pengertian umum bererti semua ahli Barat yang
mempelajari dunia Timur (jauh, Tengah atau Dekat) tentang bahasanya, sasteranya, peradabannya atau
pun agamanya.
Daripada beberapa pengertian di atas, dirumuskan bahawa orientalisme diertikan sebagai ilmu
tentang ketimuran atau pengajian tentang dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam
bidang pengajian ketimuran atau pengajian Islam. Oleh itu, orientalisme adalah kajian akademik yang
dilakukan oleh para ilmuan Barat mengenai Islam dan kaum muslimin dari seluruh aspeknya termasuk
akidah, syariah, kebudayaan, peradaban,
sejarah dan manusia. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan
1
umum dan dalam hal-hal tertentu untuk menguasai dunia Islam yang mencerminkan latar belakang
ideologi, sejarah dan kebudayaan antara Barat dan Timur.
Dengan kata lain, Orientalisme adalah disiplin akademik yang digunakan Barat untuk mendekati

Timur secara sistematik sebagai topik ilmu ketimuran, penemuan dan pengalaman. Dengan pendekatan

orientalisme pula, Barat berhasil memantapkan kehadirannya atau penjajahannya dalam bentuk
ketenteraan, ekonomi, budaya dan ideologi di hampir seluruh dunia Islam.
Dari segi latarbelakangnya, orientalisme adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan pelbagai
kajian tentang negara-negara Timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera,
bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam
membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya termasuklah dengan menyebarkan
kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat.
Perlu difahami, orientalisme bukanlah satu fahaman atau kelompok yang baru. Kajian ketimuran
ini telah lama berjalan dan terus berjalan hingga kini. Banyak pemikiran dan penemuan telah diperolehi
oleh para orientalis dalam usahanya untuk melemah dan menguasai dunia Timur khususnya Islam. Oleh
itu, pemahaman tentang pengertian, sejarah serta objek penelitian ini amatlah diperlukan. Bukan sahaja
orientalis mampu mewarnai fahaman keIslaman dari sudut pandang Barat namun juga untuk
menempatkan lagi posisi pemahaman tentang dunia Timur dalam sudut pandang keTimuran itu sendiri.
Ini kerana, banyak fahaman yang akhirnya menyesatkan umat Islam dalam keislamannya ataupun sekadar
memperkaya sudut pandang pemahaman.
Orientalisme mempunyai pengertian yang sangat luas kerana ianya langsung berkaitan dengan
hal-hal yang menyangkut bangsa-bangsa di dunia Timur beserta lingkungannya sehingga meliputi seluruh
bidang kehidupan dan sejarah bangsa-bangsa di dunia Timur. Dan kegiatan penyelidikan tersebut

dilakukan dalam pelbagai bidang iaitu bidang purbakala (archeology), sejarah(history),
bahasa(linguistics),
agama(religion),
kesusasteraan(literatures),
keturunan(ethnology),
adatistiadat(customs), kekuasaan(politik), kehidupan(ekonomi), lingkungan(fauna dan flora) dan lain-lainnya.
Maka dapat dibayangkan betapa luas ruang lingkup yang diliputi oleh orientalis itu yang betul-betul
memerlukan ketekunan dan keahlian.
Ungkapan Orientalis secara umumnya disebut untuk orang-orang Barat yang pakar dalam
mengkaji ilmu Timur sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan atau peringkat
rendah sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama.Walaupun pengajian Timur itu
boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam kajian ini ialah tentang kajian
Barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya sama ada yang menyentuh bidang bahasa, sastera,
akidah, syariah dan tamadun secara umum.
Dari segi definisi lain, terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpretasi untuk Orientalisme
iaitu :(a)

Pengertian yang lebih bersifat akademik.

Sesiapa sahaja yang memberi pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira

sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, fisiologi dan lain-lain, maka ia digelar
sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.
(b)
Orientalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan-perbezaan
ontologikal epistemologikal yang dilakukan di antara orient dan occident.
2

Di sini didapati sejumlah besar penulis –penulis antaranya penyair, novelis, ahli falsafah, ahli
politik dan ahli ekonomi telah menerima perbezaan asas di antara Timur dan Barat sebagai garis
permulaan untuk mereka menghuraikan teori, epik, novel, sosial, politik, adat, matlamat dan minda orangorang Timur.

(c)

Pengertian yang lebih bercorak sejarah dan material.

Dengan memandang suasana akhir di abad ke-18, Orientalisme boleh dianalisakan sebagai
institusi korporat yang berurusan dengan Timur sama ada dalam bentuk membuat kenyataan
terhadapTimur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain ia adalah satu
stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan memiliki kuasa ke atas Timur.
Di samping itu, ada beberapa pengertian yang hampir sama tentang istilah orientalisme. Ini

dimaksudkan untuk dapat memberikan pengertian yang lebih terperinci iaitu sebagai berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Pengertiannya yang merupakan definisi yang dibatasi oleh kata orientalisme itu sendiri iaitu
metod berfikir ala Barat. Metod inilah yang menjadi landasan dalam menilai dan
memperlakukan segala sesuatu iaitu ada perbezaan yang fundamental antara Barat dan Timur.
Orientalisme merupakan kajian akademik yang dilakukan oleh bangsa Barat dari negaranegara imperialis mengenai dunia Timur dengan segala aspeknya, baik mengenai sejarah,
pengetahuan, bahasa, agama, sosial, politik, hasil bumi, serta semua potensinya.
Orientalisme merupakan kajian atau metod Barat untuk menjajah bangsa Timur, dengan
demi memlancarkan lagi kekuasaannya.
Orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh bangsa Barat yang kafir khususnya
dari kalangan ‘ahlul kitab’ tentang Islam dan umat Islam dalam segala aspek baik mengenai
akidah, syariat, pengetahuan, kebudayaan, sejarah, aturan dan peraturan, hasil bumi dan
potensinya. Tujuannya adalah untuk merosak dan mengotorkan citra Islam, meniupkan
keraguan kepada kaum muslimin akan kebenaran dan kepercayaan mereka terhadap
ajarannya malah menyesatkan kaum muslimin dari jalan yang diharuskan oleh syariatnya.
Kemudian dengan pelbagai cara diusahakan agar kaum muslimin terdorong mengikuti ajaran

dan pemikiran Barat.

Manakala antara faktor pendorong berkembangnya orientalisme adalah;
(i)
(ii)

Faktor agama; kerana propaganda secara meluas mengenai perlunya mengkaji dunia Timur
terutama untuk misi agama Kristian (missionaris).
Faktor imperialisme; setelah kekalahan dalam perang Salib maka usaha untuk menguasai
dunia Timur menjadi lebih hebat di samping meneliti kelemahan dan kekuatan dunia Timur.
Kemudian lagi, faktor perdagangan, politik, dan ilmiah.[9]

Tujuan Orientalisme.
Kelahiran gerakan orientalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama
Kristian dan penjajahan. maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk mencapai
matlamat bersama. Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah mendapat dokongan
berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah menggunakan pelbagai cara
dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur.
Antaranya ialah dengan mengeksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk mencapai
tujuannya termasuklah melalui bidang pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua

peringkat dengan kurikulum dan 3 pengisian yang sesuai dengan agama Kristian. Mereka juga
mengeksploitasi pelajar-pelajar yang dihantar ke Barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka
terhadap ajaran Islam yang sedia ada dalam diri mereka agar menerima pandangan dan pemikiran yang
sesuai dengan anutan mereka. Selain dari bidang pendidikan, bidang-bidang seperti perubatan , media dan
kewartawanan, penerbitan majalah serta sebaran digunakan untuk maksud tersebut.

Secara umumnya, antara tujuan penyebaran fahaman orientalisme ini adalah :
(i)

Mempunyai tujuan ilmiah atau bersifat akademik.

Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat adalah
didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan mendalami selok belok
Timur termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka. Ini telah berlaku dan berjalan sejak lama dahulu
iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan di antara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan
Barat melalui pertukaran maklumat, penterjemahan dan sebagainya. Tetapi pengajian dengan maksud
yang lain di sebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolusi dibuat dalam Perhimpunan gereja-gereja di
Vienna yang berlaku pada tahun 1312 M.
Di samping itu, menurut Dr. Musthafa As-Siba’ie (1983), orientalisme bertujuan untuk
menimbulkan keraguan terhadap risalah Nabi Muhammad SAW dan sumbernya yang berasal dari Tuhan.

Sebahagian besar kaum orientalis mengingkari kebenaran Rasulullah SAW sebagai seorang Nabi yang
mendapat wahyu dari Allah SWT. Mereka merosakkan penafsiran terhadap gejala-gejala wahyu yang
kadang-kadang dilihat secara langsung oleh sahabat-sahabat serta isteri Rasulullah SAW khususnya
A’isyah Ummul Mukminin r.a.
(ii)

Bertujuan keagamaan.

Para sejarawan orientalis meyakini bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi
perkembangan fahaman orientalisme melalui penubuhan akademi pengajian serta pengajaran Bahasa
Arab dan kajian Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dilihat melalui :
(a) Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya dan meyakinkan orang lain bahawa Islam
adalah agama yang diambil dari agama Nasrani dan Yahudi serta merendah-rendahkan nilai-nilai
Islam.
(b) Memelihara penganut Nasrani atau Kristian daripada bahaya Islam dengan cara menutup
kebenaran Islam dan meyakinkan penganut Kristian tentang kekurangan Islam serta
memperingatkan mereka supaya tidak menyerah kalah kepada Islam.
(c) Menyebarkan agama Kristian di kalangan orang timur. Oleh itu, mereka telah cuba sedaya upaya
untuk merosakkan kemuliaan Islam dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan
penganutnya.

Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan orientalis itu sendiri adalah dimulakan oleh
gereja. Bagi mereka, Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yangmengancam Kristian dan ia adalah
satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang. Kegiatan orientalis yang didorong oleh tujuan
keagamaan ini dapat dirumuskan daripadakenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokohtokoh orientalis sendiri tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka
berkaitan dengan Islam.
(iii)

Dorongan Penjajahan.

Ketika peperangan salib, kemenangan yang diraih oleh pasukan tentera Islam, perasaan putus asa
telah menghantui perasaan pasukan4salib. Setelah tentera Eropah mengalami kegagalan dalam perang
salib hingga masa penjajahan abad ke-19 M, sebagai tindak balas, seluruh masyarakat Eropah secara
serentak memfokuskan diri kepada pertempuran wacana dan gagasan (al-ghazwu al-fikr) untuk menjajah
Islam dan masyarakatnya serta membuka jalan bagi imperialisme dan kolonialisme ke atas umat Islam.
(Dr. Adnan M. Wizan : 2003).

Peperangan salib telah berlaku dalam tujuh pusingan dan berakhir dengan kekalahan di pihak
musuh Islam. Ia pada zahirnya adalah peperangan yang berlaku atas sebab agama tetapi pada hakikatnya
adalah merupakan peperangan untuk matlamat penjajahan. Bagaimanapun, Barat tidak berputus asa untuk
terus kembali dan menjajah negara-negara Arab dan Islam setelah kekalahan dan kejatuhan kerajaan

Othmanyah Turki yangmenjadi pelindung dan penaung kepada umat Islam. Mereka telah menjajah
negara-negara Arab dan negara-negara Islam yang lain.
Selepas itu, mereka telah berusaha untuk mengkaji semua aspek yang ada di negara-negara
berkenaan sama ada di sudut akidah, adat resam, corak dan perangai masyarakat serta hasil bumi yang
ada. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti sudut kekuatan yang ada supaya dapat dilemahkan dan
dikuasai.
(iv)

Dorongan Perniagaan.

Di antara faktor yang mendorong kegiatan orientalis ialah keinginan Barat untuk berdagang
dengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka dan juga untuk memperolehi
serta membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam dengan harga yang murah di samping dapat
mematikan kilang-kilang perusahaan setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besarbesar yang diwujudkan di serata tempat di negara Islam. .
(v)

Dorongan Siasah (Politik).

Pada masa kini, setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah mencapai
kemerdekaan, maka muncul pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan orientalis ini. Di kedutaankedutaan Barat yang terdapat di negara-negara Arab dan negara Islam terdapat pegawai khas yang fasih

berbahasa Arab atau bahasa umat Islam di negara-negara yang berkenaan. Dengan itu membolehkan
mereka berhubung secara terus dengan para pemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami
arah pemikiran mereka.
Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari dengan siasah dan kemahuan
negara mereka . Di negara-negara Arab misalnya mereka berusaha untuk menanam pemikiran yang
bertentangan dan memecah belahkan pemimpin-pemimpin Negara Arab agar saling bertentangan antara
satu dengan yang lain. Hal ini dilakukan dalam bentuk nasihat dan menyampaikan bantuan-bantuan
tertentu. Ia dilakukan setelah mereka dapat mengenali sikap kebanyakan pemimpin utama yang
bertanggungjawab dalam mengatur strategi negara.
Sejarah dan Kegiatan Orientalisme.
Anwar Al-Jundy (1991) menjelaskan, Orientalisme berupaya mengetahui rahsia kekuatan kaum
muslimin yang ingin dihancurkannya dan menanamkan keraguan mengenai Islam yang merupakan
landasan kewujudan mereka. Dan mereka ini sentiasa memainkan peranan penting dalam jabatan-jabatan
malah kementerian-kementerian yang strategik di sesebuah negara supaya mudah bagi mereka
menyebarkan fahaman yang akhirnya menyesatkan masyarakat terutama umat Islam.
Jika dilihat dari factor sejarahnya, begitu sukar untuk menentukan secara pasti bilakah munculnya
Orientalisme. Sebahagian ahli sejarah
berkecenderungan mengatakan bahawa Orientalisme bermula dari
5
zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebahagian ahli sejarah yang lain
mengatakan ia muncul ketika meletusnya Perang Salib. Orientalisme Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud
secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan Perundingan Gereja Vienna pada tahun 1312 M dengan
memasukkan subjek Bahasa Arab ke pelbagai universiti di Eropah.

Orientalisme muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kalinya
muncul di England pada tahun 1779 M. Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia telah
pergi ke Andalusia dan telah belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih
sebagai Paderi Agung dengan gelaran Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan Paderi yang
pertama dari Perancis. Pada tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo turut menterjemahkan beberapa buku
ilmiah berbahasa Arab.
Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Itali. Dia
telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah,
kedoktoran, astronomi dan geologi. Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia
dan Kepala Biarawan Cluny menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi
ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama
yangmenterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an ke
dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.
Manakala Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada
pertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah
buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh
Adelard.Roger Bacon (1214—1294 M) dari England. Dia menuntut ilmu di Oxford dan Paris serta
mendapat gelaran doktor di bidang Teologi. Dia telah menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul
‘Mir'at al-Kimia’ dalam tahun 1251 M.
Tokoh-tokoh Orientalis.
Merujuk kepada kajian Zaharuddin Abdul Rahman (2006), berikut disenaraikan sebahagian tokoh
orientalis yang telah bertanggungjawab mengembang dan menyebarkan fahaman orientalisme di seluruh
dunia beserta karya-karya mereka iaitu :Bil
Nama
1. A.J Arberry

2. A. Geom

3. H.A.R Gibb







Tajuk Buku / Karya
Islam Hari Ini (Islam Today)
Pendahuluan Sejarah Tasawuf
At-Tasawuf
Terjemahan Quran (1948-1950)
Buku: Al-Islam

 Pengarang utama Islamic
Encyclopedia
 Cara Islam (Inggeris & Arab)
 Pendekatan Baru Dalam Islam
(Inggeris&Arab)
6
 Mazhab Muhammadi
(Mohammedanism)
 Islam & Masyarakat Barat
 Whither Islam 1947

Latarbelakang
 Warga British, sangat memusuhi Islam.
Professor di Universiti Cambridge.
 Ramai pelajar Mesir belajar dengannya
dalam Pengajian Islam
 Warga British, sangat memusuhi Islam.
Pensyarah di Universiti di Britain &
USA. Jelas dalam karyanya agenda
missionary. Ramai pelajar Mesir
mempelajari ilmu Timur darinya dengan
biasiswa kerajaan Mesir.
 Warga British, Orientalis terbesar. Ahli
dalam kesatuan Bahasa di Mesir.
Profesor di Universiti Hartford, USA·
Karya-karyanya sangat bahaya kepada
Islam

4. Goldziher

 Pengarang utama Islamic
Encyclopedia
 Sejarah Mazhab Tafsir Islam
(Inggeris & Arab)
 Pengenalan aqidah & Syariah
Dalam Islam (Introduction to
Islamic Theology & Law)
 Halangan Muhammad

 Pengasas gerakan meragukan kesahihan
hadith. Dianggap pakar dalam bidang
hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya.
 Mendakwa Quran diubah selepas
Baginda SAW wafat. Tokoh utama
oreintalis , terlalu benci kepada Islam

5. S.M. Zweimer

 Dunia Islam (pengasas majalah
ini)
 Islam Mencabar
 Demi ‘Aqidah
 Al-Islam (1908-1911)
 Islam di zaman pertengahan
 Perayaan Muhammad
 Usaha Menerangkan Islam
yang Moden
 Pengajian Sejarah Keilmuan
Islam
 Al-Islam
 Kesatuan & Kepelbagaian
dalam Tamadun Islam

 Berasal dari Amerika Syarikat , seorang
missionary dan sangat terkenal
permusuhannya dengan Islam.

 Ensaiklopedia Islam, Bab
Sastera Arab
 Sejarah Arab (History of
Arabs) yang mengandungi
tuduhan bahawa Nabi tidak
siuman.
 Al-Islam.
 Sejarah Syria
 Asal usul Agama Duruz ·
 Aqidah Islam (1932).

 Rakyat Lubnan beragama Kristian.
Professor Pengajian Timur Universiti
Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia
tidak rasmi kepada Kementerian Luar
Amerika . Sangat benci kepada Islam dan
enggan menisbahkan Islam dengan
sebarang kebaikan atau keutamaan.

 Ketua Editor Majalah The
Muslim World.
 Dakwah al-Makzanah (956).

 Berasal dari Amerika. Sangat benci dan
menentang Islam. Mengajar di Universiti
Amerika di Qaherah beberapa ketika.
Missionari Kristian. Ketua Jabatan
Kristian di Universiti Hartford.

6. G.Von Grunbaum

7. Phillip Hitti

8. A.J Weinsink :

9. Kenneth Gragg

7

10. L. Massignon

 Al-Hallaj, sufi yang syahid di
Alam Islam.
 Salah seorang penting dalam
karya Ensaiklopedia Islam.

 Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi
menetap di Amerika Syarikat. Profesor di
Universiti Chicago. Terlampau banyak
menyerang Islam.

 Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran
hasil dari ringkasan kitab-kitab agama
dan falsafah sebelumnya. Tetapi
sesetengah karya Weinsink boleh dibaca
(lihat selepas ini).

 Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar
keluaran Perancis.
 Penasihat Menteri Jajahan Perancis
dalam hal ehwal Timur Afrika.

 Pengawas Kerohanian Kesatuan
Missionari Perancis di Mesir.
 Pernah menjadi askar Perancis selama 5
tahun dalam Perang Dunia Pertama.
 Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan
Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria.
Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf
Islam.
Kesimpulannya, fahaman orientalis merupakan satu serangan pemikiran dan ancaman yang
sangat berbahaya terhadap umat Islam pada masa kini. Bahayanya aliran fahaman ini amat sukar untuk
dikesan oleh mata kasar dan ia dapat diumpamakan seperti penyakit barah yang hanya dapat dikesan
setelah ianya benar-benar parah. Persefahaman yang berlaku di antara umat Islam dan orang Barat pada
masa kini adalah disebabkan terdapatnya kepentingan yang saling memerlukan di antara satu sama lain
dan lengkap melengkapi dalam sesetengah keadaan. Tujuan fahaman ini disebar sejak zaman penjajah
lagi adalah kerana orang Barat ingin memusnahkan agama Islam di muka bumi ini.
Di samping itu, orang Barat turut mempunyai sikap yang negatif terhadap dunia Islam dan
kadang-kadang turut membantu usaha yang dilakukan oleh sebahagian pihak yang mahu menghancurkan
Islam. Sebagai umat Islam, kita seharusnya berusaha-usaha bersungguh-sungguh dan berterusan
memelihara agama suci ini daripada dinodai pengaruh-pengaruh Barat yang tidak jemu berusaha
menjatuhkan Islam.

RUJUKAN
Drs. A. Muin Umar. (1978). Orientalisme dan Studi Tentang Islam. Jakarta : Bulan Bintang.
Dr. Ahmad Abdul Hamid Ghurab C. (1991). Menyingkap Tabir Orientalisme.Terj. Oleh A.M.
Basalamah. United Kingdom : Al-Muntadaa Al-Islami.
Mahmud Hamdy Zaqzuq. (1984). Orientalisme dan Latar Belakang Pemikirannya. Terj. Oleh Luthfie
Abdullah Ismail. Indonesia : Fa. Al-Muslimun.
Dr. Musthafa As-Siba’ie. (1983). Akar-Akar Orientalisme. Terj. Oleh Ahmadie Thaha. Kuwait :
Maktabah Daar el Bayaan.
Dr. Adnan M. Wizan. (2003). Akar Gerakan Orientalisme. Terj. Oleh A. Rofiq Zainul Mun’im dan
Fathur Rohman. Yogyakarta : Fajar Pustaka Baru.
Anwar Al-Jundy. (1991). Pembaratan Di Dunia Islam. Terj. Oleh Ahsin Mohammad. Bandung : PT
Remaja Rosdakarya.
Zaharuddin Abdul Rahman. (2006).8Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka dan Serangan Terhadap
Islam. Dlm. http://www.zaharuddin.net (10 Julai 2012).

9