8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform - KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN MURID

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN
INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP
2007

DISEDIAKAN OLEH:
SETIAUSAHA RIMUP
S.K PULAPAH

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID
UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2007.

1. Pendahuluan
Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) adalah satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan
murid yang berbilang kaum. Program ini melibatkan badan-badan beruniform

sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.

2. Tarikh
11, 12 & 13 Mei 2007

3. Hari
Jumaat, Sabtu dan Ahad

4. Tempat
Sekolah Kebangsaan Pulapah

5. Rasional
Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila
sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secera bersama-sama.
Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan
persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu
daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang
bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya.

6. Objektif



Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya.



Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang
dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak
dan menguruskan diri.



Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.



Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa.




Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan,
undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

7. Kumpulan Sasaran
20 orang peserta Tahun 6 dari sekolah ahli

8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform
Penasihat

: Tuan Haji Amir Sarifudin b. Haji Ahmad

(Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu)
Pengerusi

: En. Abd. Rani b. Abu

( Guru Besar SK PULAPAH)
Naib Pengerusi


: En. Othman B. Maamon

(Guru Besar SKSH2(F))
En. Supramaniam a/l Periyanayagam
(Guru Besar SJKT LSH)

Setiausaha

: En. Mohd. Norsani b. Mahat

Bendahari

: Pn. Noraliza bt. Yahid

9. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007
Kem Komandan

: En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail

Keselamatan/Disiplin


: Pn. Syaelbidiya Azizon

Hadiah/Cenderahati

: Pn. Rosmayanty bt. Rosly

Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi
Quatermaster

: Pn. Hjh. Sarina bt. Yahya

Pn. Seri Pawati bt. Kasrol
Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid
Buku Program

: Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Sijil


: En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi

Juru Acara

: En. Mohd. Norsani b. Mahat

Tempat Ibadat

: Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Aktiviti

: Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat :

Cik Nur Salhan Bibi bt. Ismail (SKP)
Pn. Noraliza bt. Yahid (SKP)
En. Zamri b. Yahya (SKSH2)
Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)
: Bengkel Tarian Asli
Cik Zuraidah bt. Aluwi (SKP)

Pn. Idyuwati bt. Mohd. Poly (SKSH2)
Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

: Bengkel Selera Tradisional
Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP)
Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2)
Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)
: Bengkel Permainan Etnik
En. Khairil Anuar b. Mohd. Razi (SKP)
En. Md. Zolman b. Che Man (SKP)
En. Zulkepli b. Zakaria (SKSH2)
Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

Giliran Bertugas Malam

: Jumaat

Pn. Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz
Cik Zuraidah bt. Aluwi
En. Khairil Anuar

Pn. Rosmayanty
Cik Norhafizah

: Sabtu
Cik Salhan Bibi
En. Md. Zolman
En. Syed Zulkepli

10. Program Dan Aktiviti:
JUMAAT
0230tgh

: Berkumpul

: Pendaftaran
: Taklimat

Semua Guru En.Norsani/
En. Syed


g

: Mendirikan khemah
0400ptg

: Minum petang

QM

0500ptg

: Bengkel Permainan Etnik

En. Khairil

0700mlm

: Pengurusan diri dan solat

En. Norsani


: Solat

QM

: Makan malam
0900mlm

: Bengkel Nyanyian

Cik Salhan/Pn.Liza

0100pg

: Tidur

Guru bertugas

: Pengurusan diri dan solat


En. Syed

SABTU

0500pg
: senaman pagi

En. Khairil/En. Zolman

0745pg

: Sarapan

QM

0800pg

: Bengkel tarian tradisional 1

Cik. zuraidah

1230tgh

: Makan tengahari

QM

: Pengurusan diri dan solat
0200ptg

: Latihan persembahan kumpulan

semua guru/kumpulan

0400ptg

: Minum petang

QM

: Solat Asar
0500ptg

: Permainan Etnik Malaysia

En.Zolman/En.Khairil

0700mlm

: Makan malam

QM

: Pengurusan diri dan solat
0900mlm

: Malam Kebudayaan

Semua guru

1100mlm

: Minum malam

QM

0500pg

: Pengurusan diri dan solat

En. Norsani

0700pg

: Senaman Pagi

En.Khairil/En.Zolman

0745pg

: Sarapan Pagi

QM

0800pg

: Bengkel Selera Tradisional

Pn.Norijah

1000pg

: Membuka khemah dan

Semua guru

: Tidur

AHAD

membersihkan kawasan
1100pg

: Minum pagi

QM

11.30pg

: Perasmian Penutup oleh PPD JJ

Semua guru

: Penyampaian Hadiah

: Jamuan Makan Tengahari

Semua guru

: Bersurai

11. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA

KOS (RM) SEORANG

JUMAAT

1.20

Minum petang

4.00

Makan malam

SABTU

2.00

Sarapan

1.20

Minum pagi

4.00

Makan tengahari

1.20

Minum petang

4.00

Makan malam

AHAD
Sarapan

2.00
1.20

Minum pagi

JUMLAH

Hadiah penyertaan

20.80

RM 2.00 X 68

Cenderamata perasmi
Jamuan penutup

RM 136.00
RM 030.00

RM 4.00 X 30

RM 120.00

Backdrop

RM 030.00

Runcit

RM 050.00

JUMLAH

RM 366.00

12. PENUTUP
Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam
mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan RIMUP 2007 amatlah
diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan
program perkhemahan pada tahun ini lebih cemerlang.

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
(RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program
atas kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia.
Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan
semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan
persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat
yang saling bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik,
Sukan dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan
serta Program Khidmat Masyarakat.
Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan
bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang
mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan
Ahad).
Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak
sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk
kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai,
menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan
mengenai teknik-teknik perkhemahan
Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli
yang mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan
Tunas Puteri. Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai
60 orang yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau tuan rumah.

Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang
dikelola oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah :


Kem Komanden



Keselamatan dan Disiplin



Tempat Ibadat



Hadiah dan Cenderahati



Buku Program



Sijil



Juru Acara



Quartermaster



PA Sistem
Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.
Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM
386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah
penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini
adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera
Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai
oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan
yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah
berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan
bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru
termasuk guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan
diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab
keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah
telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam.
Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti
perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan tapak
perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran.

Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah
Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam
12.30 tengahari.

Disediakan oleh
SETIAUSAHA RIMUP

REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program
yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan

di

daerah

Jempol

khasnya.

Perkhemahan

Silang

Budaya

RIMUP

ini

menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan
melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri,
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya.
Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana
pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan
Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program
ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah
sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2
(F)dan SK PULAPAH.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat
saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu
padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan
budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan
komunikasi yang baik.
Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktivitiaktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari
sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang
berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.
Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang
ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak
perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan muridmurid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi
urusan-urusan tertentu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid
terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel
nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel
permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru
yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang
disusun.
Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti
yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola
sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan
berkesan.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut
alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak
mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang
mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL).
Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk
perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerjakerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer
sahaja dibekalkan dalam bilik guru.
Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat
murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan
ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang
yang basah.
Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau
malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid
India mengamalkan menu ‘vegetarian’ dalam kehidupan mereka. Ini sedikit
menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.
Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur
dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan
waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda
keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari
tersebut.
Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan
penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan
yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang
sewajarnya oleh tuan rumah.
Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam
bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan
penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti.
Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir
atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi
membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam.
Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan,
memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua

peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini
berlangsung.
Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan
cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan
bersemangat buat para peserta.
Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai
perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka
sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru
daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan
awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki.
Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang
dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti,
diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap
kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.