Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik TPP

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Manfaat Dan Risiko.
Prof.Madya Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani
Farid Aswan Ismail
____________________________________________________________________
PENGENALAN
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah perjanjian merentas benua
melibatkan 11 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New
Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) , dan Vietnam.Perjanjian ini yang masih
diperingkat rundingan semenjak tahun 2010 lagi. Di peringkat Malaysia, sebanyak 8 bab
daripada 29 sedang dimuktamadkan yang melibatkan bidang Daya Saing dan memudahkan
perniagaan,perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ,kerjasama dan pembangunan kapasiti serta
peraturan yang jelas. Perjanjian ini berhasrat untuk mewujudkan situasi menang-menang sesame
negara ahli dan memacu kemajuan ekonomi negara anggota .TPPA adalah berbeza dengan
perjanjian perjanjian lain seperti didalam platform ASEAN dan lain-lain. Perjanjian TPPA adalah
bersifat mengikat dan negara-negara yang menandatanganinya harus patuh pada isi
kandunganya.Sekiranya mana-mana negara anggota tidak mematuhi perjanjian ini, ia boleh
dibawa ke muka pengadilan. Artikel ini akan membincangkan TPPA daripada aspek manfaat dan
risiko kepada negara secara amnya.
Latar Belakang dan Cabaran TPPA
TPPA telah menjadi satu perdebatan yang hangat dikalangan rakyat negara-negara ahli
termasuklah AS sendiri. Isu TPP sudah menjadi satu jenama negatif dibibir masyarakat

termasuklah ahli politik,para intelektual dan pakar-pakar ekonomi. Perjanjian ini secara
umumnya dimomokkan sebagai satu cubaan Amerika Syarikat untuk menguasai ekonomi negara
yang lebih kecil setelah gagal dalam cubaan-cubaan sebelum ini terutamanya melalui World
Trade Organization (WTO). Kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI)
seolah-olah dilihat bersendirian dalam hal ini untuk meyakinkan rakyat mengenai perlunya TPPA
dilaksanakan.Ia diburukkan lagi dengan khabar angin dan fitnah mengenai perjanjian ini.Salah

satu punca mengapa TPPA menjadi sebegitu hodoh adalah kerana metodologi pelaksanaanya
yang bersifat rahsia dan membuka ruang kepada pelbagai spekulasi liar dan negatif.
TPPA bukanlah perjanjian terbesar yang pernah diusahakan oleh Amerika Syarikat.
Terdapat perjanjian lain yang

pernah ditandatangani seperti WTO yang gagal membentuk

perdagangan yang lebih terbuka. Selain itu, serentak dengan usaha untuk memeterai perjanjian
ini, hegemoni itu juga sedang melobi bagi melaksanakan perjanjian The Translantic Trade
Investment and Partnership (TTIP) bersama dengan Kesatuan Eropah. Antara perjanjian –
perjanjian lain yang dilihat bersifat serantau adalah Free Trade Agreement of Asia Pacific
FTAAP, Perjanjian perdagangan bebas ASEAN +3 dengan China ,Jepun dan Korea.
Sifat Rahsia TPPA

Antara isu yang paling besar didalam perjanjian TPPA adalah kerana sifat rahsianya yang
memberikan rasa curiga pelbagai pihak kerana dikhuatiri hanya akan memberi manfaat kepada
golongan-golongan tertentu sahaja. Umum berpendapat, perjanjian yang melibatkan kepentingan
semua haruslah dibincangkan secara terbuka agar tidak ada pihak yang terpinggir. Oleh kerana
sifat rahsia inilah maka muncul pelbagai spekulasi berkenaan dengan perjanjian TPPA ini. Orang
ramai hanya boleh mengetahui isi kandungan perjanjian ini melalui dokumen yang dikeluarkan
Wikileaks dan ia dilihat tidak demokratik.Walaubagaimanapun perlu difahami bahawa kerahsian
yang diamalkan bukanlah bersifat total. MITI tetap berunding dengan beberapa pihak yang
berkepentingan seperti Federation Of Malaysia Manufacture (FMM) ,dewan-dewan perniagaan
dan industri, kumpulan NGO khas seperti Perubuhan AIDS Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi
Bumiputera (MTEM), Jaringan Dunia Ketiga, Malaysian Treatment Access and Advocacy
Group, Persatuan Pengguna Pulau Penang (CAP),Yayasan PT, MyPlus, Suara Rakyat
Malaysia,Jaringan Rakyat Tertindas,Pesticide Action Network Asia and the Pacific, Kongres
Kesatuan Sekerja dan Perdagangan Malaysia (MTUC) dan Kesatuan Kanser Nasional.
Kritikan Pemimpin dan NGO
Diperingkat tempatan, antara yang lantang menyatakan bantahan adalah

Tun Dr.

Mahathir Mohamed yang mengutarakan prinsip mudah iaitu “ apa sahaja yang datang daripada

Amerika Syarikat sudah pasti akan menguntungkan mereka dan merugikan kita”. Beliau juga

mengatakan bahawa untuk negara sekecil Malaysia bersaing dengan syarikat-syarikat besar
daripada negara-negara maju tanpa kawalan negara adalah sukar dan berisiko. Selain itu,beliau
turut mempersoalkan mengenai penyelesaian pertikaian perdagangan atau Trade Dispute
Settlement didalam perjanjian nanti.Beliau berpendapat, keadilan sukar ditegakkan oleh negara
sekecil Malaysia dan negara boleh diambil tindakan ke mahkamah sekiranya melanggar syaratsyarat perjanjian.Oleh itu, jika Malaysia mahu menandatanganinya, kerajaan harus memastikan
masalah-masalah ini diselesaikan dahulu. Manakala NGO-NGO lain seperti Majlis Tindakan
Eknomi Bumiputera juga turut menyatakan bantahan yang hampir serupa dengan kenyataankenyataan Tun Mahathir. Bantahan ini juga turut diluahkan oleh parti –parti pembangkang
didalam parlimen dan di ceramah-ceramah umum yang mereka adakan.
Rekod Buruk Perjanjian Bersama Amerika Syarikat
Menurut Joseph Stigliz ,dari segi rekod perjanjian-perjanjian sebelum ini, AS pernah
menganiaya dengan petani-petani di India dan SubSahran African dengan memberkan subsidi
melalui pernigaan kapas kepada industri negaranya sendiri.Ini menyebabkan kapas yang
dihasilkan oleh negara berkenaan menjadi sangat murah dan memasuki negara-negara
membangun secara bebas.Ia memberi tekanan yang hebat kepada industri kapas negara-negara
membangun

kerana 70% daripada kekuatan ekonomi negara-negara membangun adalah


argikultur. Walaupun ada aduan yang dibuat oleh negara-negara tertindas namun tidak
diteruskan.(Brazil dirasuah untuk tidak meneruskan aduan berkenaan). Stigliz berpendapat tiada
perjanjian yang sepatutnya melebihkan kepentingan komersial melebihi kepentingan
negara.Perjanjian seharusnya meletakkan kepentingan awam dahulu barulah sesuatu perjanjian
itu ditandatangani.
Walaubagaimanapun, ini tidak menjadi amalan perjanjian antarabangsa yang berlaku
harini. Dari segi rekodnya, WTO dilihat gagal dalam memastikan keterbukaan pasaran ekonomi
yang adil dan saksama kepada 159 negara –negara didunia yang menandatanganinya. Perjanjian
seharusnya mendasari kepentingan rakyat bawahan dan bukanya golongan kapitalis. Malah ada
maklumat yang mengatakan perjanjian awal TPPA didrafkan oleh 600 syarikat terkaya di dunia
sebelum dibawa ke peringkat negara untuk dipersetujui.Maka sudah tentulah perjanjian

berkenaan lebih menguntungkan syarikat-syarikat yang terlibat. Selain itu juga,
menyebut

Stigliz

bahawa jika WTO dilihat sebagai organisasi yang lumpuh dan hanya menjana

kekayaan kepada golongan tertentu sahaja, tidak boleh dinafikan TPPA juga mungkin bersifat

begitu.
ISI UTAMA
A.

Sisi Baik TPPA

Manfaat Pelaburan
Menurut MITI, Malaysia bakal mendapat manfaat yang besar daripada hasil perjanjian ini
kerana pasaran besar yang tersedia serta peluang pekerjaan yang bakal terbentuk hasil daripda
pelaburan langsung luar negara. Sebagai negara membangun, kebergantungan negara kepada
pelaburan langsung asing adalah perlu. Negara harus berusaha sebaik mungkin untuk
menyediakan suasana yang kondusif kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Menurut MITI, Malaysia sudahpun mempunyai produk-produk yang mampu bersaing
diperingkat antarabangsa terutamanya barangan-barangan elektronik. TPPA akan meletakkan
negara didalam senarai pilihan global untuk melakukan dagangan kerana keterbukaan kepada
pelabur-pelabur luar.
Hubungan Antarabangsa
Daripada aspek hubungan antarabangsa pula,ketidaklibatan China dalam TPPA dilihat
akan mewujudkan persaingan positif antara China dan AS. Menurut professor Lu Jian Ren ,
TPPA akan membawa kesan positif dan kesan negatif kepada Malaysia terutamanya didalam hal

yang melibatkan China. Ini akan memberi ransangan kepada China untuk mengadakan kerjasama
yang lebih dalam platform ASEAN yang lain seperti ASEAN+3,ASEAN + 6 dan lain-lain.China
akan cuba memainkankan peranan yang lebih besar dirantau ini kerana tidak mahu ketinggalan
akibat daripada TPPA. Malah pentadbiran Obama sendiri mengakui bahawa TPPA ini sebenarnya
adalah bertujuan untuk mengimbal balas pengaruh China di Asia Pasifik dan memberikan
kepentingan kepada AS dalam jangka masa panjang (Capling & Ravenhill, 2011)

Potensi Ekonomi TPPA
Perjanjian melibatkan potensi pasaran seramai 793 juta orang manusia dengan gabungan
KDNK Negara-negara ahli sebanyak AS $ 27.5 Trilion. Jika Perjanjian TPP ini berjaya
dilaksanakan,ia akan mewakili 40% daripada KDNK dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai
KDNK terbesar sebanyak 60% iaitu sebanyak AS $15.5 Trillion . Perjanjian perdagangan bebas
jelas bakal memberi manfaat kepada Malaysia. Setakat ini Malaysia telahpun mengadakan
perjanjian bilateral dengan 6 buah negara termasuklah Jepun,Pakistan,New Zealand,
India,Chile ,Australia dan lima perjanjian perdagangan bebas dengan menggunakan platform
ASEAN termasuklah China,Japan,Korea,India,Australia. Jumlah dagangan negara melalui rakanrakan negara ini merupakan 62% daripada jumlah keseluruhan nilai dagangan.
Peluang Berkerjasama dengan AS dan negara-negara lain
Malaysia merupakan rakan dagang ke-20 terbesar bagi AS dengan nilai dagangan AS$ 42
Billion (2012) manakala AS pula merupakan rakan destinasi eksport ke-4 terbesar bagi Malaysia
dengan nilai dagangan AS$ 53 Bilion .(2013). Oleh itu kepentingan AS kepada Malaysia tidak

dapat dinafikan lagi.Berkemungkinan kita memerlukan AS lebih daripada mereka memerlukan
Malaysia.Oleh itu, dapat dilihat bahawa perjanjian perdagangan bebas ini membuka kepada
peluang ekonomi. Jika TPPA ditandatangani, ia akan membenarkan Malaysia menyentuh pasaran
yang tidak dapat dicapai sebelum ini. Tambahan lagi, Malaysia belum mempunyai sebarang
perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat sebelum ini dan usaha ini boleh dilihat
peluang oleh negara jika terma yang dipersetujui adalah memberikan situasi menang-menang.
Secara teorinya, meningkatnya pelaburan langsung asing kedalam negara maka bercambahlah
pekerjaan dan berlakulah pemindahan teknologi kedalam negara.
Menggalakkan Persaingan Sihat
Pasaran terbuka secara asasnya akan memberi kebaikan kepada pengguna melalui
persaingan sihat. Hasil daripada persaingan ini akan memberikan keuntungan kepada pengguna
untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dan murah. Seperti yang disebut oleh Joseph

Schumpeter didalam bukunya Capitalism,Socialism and Democracy, pasaran bebas akan
menghukum syarikat yang tidak mampu bersaing melalui proses yang dinamakan “creative
destruction” dan akhirnya produk yang terbaik akan kekal didalam pasaran.Secara teorinya,
pasaran yang terbuka akan memberi keuntungan kepada rakyat. Walaupun secara realitinya tidak
semudah itu,namun kita dapat melihat beberapa impak positif yang berlaku didalam hasil
daripada persaingan positif firma tempatan contohnya didalam sektor komunikasi dan
perbankan. Namun yang menjadi kerisauan adalah TPP akan membuka pintu persaingan itu

kepada firma antarabangsa bagi bersaing dengan syarikat tempatan.Sudah pasti rakyat negara ini
akan memperoleh barangan yang lebih murah namun bagaimana pula nasib dengan pengusaha
tempatan yang terpaksa gulung tikar dan mungkin ribuan yang akan hilang pekerjaan.Persediaan
dari aspek inilah yang perlu ditekankan dalam memastikan TPPA tidak menjadi senjata makan
tuan.
Kesan buruk jika tidak menandatangani
Pelbagai pihak boleh mengandaikan pelbagai kemungkinan negative sekiranya negara
menandatangani perjanjian ini. Satu perkara yang agak ketinggalan untuk dibincangkan adalah
kesan negative kerana tidak menandatangani perjanjian ini. Sejauh manakah Malaysia mampu
berdaya saing dengan negara-negara jiran yang lain sekiranya tidak menandatangani perjanjian
ini? Dengan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran AS, adakah selepas kita menolak
perjanjian ini, Malaysia masih lagi akan menjadi pilihan pelabur pelabur asing ? Adakah
Malaysia berkemungkinan akan “dihukum “ secara tidak rasmi kerana tidak mengiktiraf
perjanjian yang menggalakkan pesaingan yang lebih terbuka? Kita harus ingat bahawa Malaysia
masih lagi sebuah negara membangun yang kecil dan bergantung kepada pasaran yang luas
seperti AS dan China. Kita juga memerlukan pelaburan langsung asing didalam memastikan
ekonomi negara berkembang dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Sekiranya Malaysia memberi isyarat negative kepada dunia dengan tidak menandatangani TPPA,
adakah ekonomi Malaysia akan menerima pelaburan yang pesar seperti sekarang? Adakah
keadaan masih sama tanpa TPPA?

B.

Risiko TPPA

AS Bukan Lagi Rakan Dagang Terbaik
AS telah mengalami kemerosotan dari aspek keseimbangan ekonomi. Ini dapat dilihat
daripada jumlah total import ( AS $ 2.194 Trillion) AS adalah lebih tinggi daripada jumlah
produk yang dieksport ke luar negara iaitu AS$ 2.734 Trilion. Defisit jumlah perdagangan adalah
sebanyak AS $ 539.515 Billion. Antara bidang yang menyumbang kepada defisit negara
berkenaan adalah bidang petroleum,elektrik-elektronik,perabot, dan juga industri automotif.
Malah Malaysia sudah menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar semenjak sekian
lama.Kebergantungan Malaysia kepada AS sudah dikurangkan secara berperingkat-peringkat
mengikut aspirasi politik. Perjanjian TPPA boleh dilihat sebagai tindakan mencambahkan
kembali hubungan dengan Amerika Syarikat di masa akan datang.Ini akan sedikit sebanyak
mempengaruhi dasar luar Malaysia dalam isu-isu bukan bersifat ekonomi.
Ancaman Terhadap Agenda Tempatan
TPP tidak dapat memberi satu kepastian kepada masa depan industri kecil sederhana
walaupun MITI memberikan jaminan didalam aspek ini.Ini adalah kerana draf perjanjian yang
ditandatangai tidak bersifat terbuka sepenuhnya bagi segenap masyarakat menilai perjanjian ini.
Mekanisme melindungi bumiputera dalam perjanjian TPP tidak dinyatakan dengan jelas.Didalam

penjelasan MITI,kerajaan akan memastikan kepentingan bumiputera terjaga didalam sektorsektor tertentu. Begitu juga dengan Perusahaan Kecil Sederhana.Namun sebenarnya jaminan ini
lebih memberikan banyak persoalan daripada jawapan. Bagaimanakah kerajaan boleh dengan
pasti dan yakin bahawa hak bumiputera senantiasa terperlihara dalam sektor-sektor yang
disebutkan?

Bagaimanakah negara mampu melaksanakan dasar menyebelahi bumiputera

sedangkan perjanjian TPPA mahukan persaingan yang terbuka dan bebas? Melindungi
kepentigan bumiputera bermaksud kerajaan telah menggangu proses persaingan sihat mengikut
definisi antarabangsa dan boleh disaman.
Isu Ubat-Ubatan

Isu ubat-ubatan menjadi antara isu penting yang melibatkan kepentingan umum. Didalam
isu ini, MITI menjelaskan Malaysia bersama negara-negara yang lain menentang undang-undang
perlanjutan paten ubat bagi menghalang penghasilan ubat generik yang lebih murah. Menurut
kajian daripada Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera, harga ubat dijangka naik 40% hingga
60% daripada perjanjian ini. AS sebagai pengeluar ubat terbesar dunia sudah pasti akan
menawarkan perjanjian yang akan memberi keuntungan kepada mereka. TRIPS adalah satu
perjanjian yang ditandangani dalam WTO bagi melindungi syarikat-syarikat pengeluar ubat
namun tidak berfungsi apabila persidangan di Doha membantalkanya.Oleh itu,perletakan syarat

didalam TPPA seolah-olah menghidupkan persetujuan yang telah digugurkan.
Ancaman Terhadap Produk Agrikultur negara
Menurut Prof Amir Baharudin,secara keseluruhanya,perjajian TPPA tidak akan memberi
faedah berdasarkan rujukan perjanjian dengan kuasa besar –kuasa besar semenjak daripada
Perjanjian Pangkor 1974 lagi. Antara impak yang membimbangkan adalah daripada aspek
makanan terutamanya padi. AS syarikat merupakan pengeluar padi terbesar dunia dan
merupakan pengeskport utama dengan memiliki ladang seluas 2.68 Juta Hektar dan pengeluaran
sebanyak 11.2 juta tan setahun. Ia adalah hampir enam kali ganda daripada pengleluaran padi
negara. Malah padi yang dihasilkan di AS adalah lebih berkualiti dan disubsidi oleh kerajaan dan
menyebabkan harganya jauh lebih murah daripada beras tempatan. Oleh itu, sekiranya tiada
sekatan kemasukan produk berkaitan dengan padi ini tidak dikawal ,ia sudah pasti akan
membunuh industri beras negara.
Penguatkuasaan Undang-undang Harta Intelektual
Dari aspek harta intelektual,AS cuba untuk melaksanakan undang-undang yang lebih
tegas mengenainya manakalala negara-negara ahli lain mahukan fleksibiliti dalam hal ini. Antara
isu yang paling ditekankan adalah berkaitan dengan teknologi invovasi,dan peranan internet yang
kini telah mentransformasi dimensi harta intelektual. Isu-isu seperti cetak rompak,samaada
perisian mahupun maklumat dan hiburan dilihat tidak terkawal lagi melalui internet. TPPA
dilihat sebagai salah satu mekanisme mengawal “kelompangan” ini. Menurut Bussiness Software
Alliance (BSA) , nilai komersial kegiatan cetak rompak di negara ini pada tahun 2011 mencecah

AS$605 Juta. Selain itu juga 56% daripada pengguna negara ini menggunakan perisian cetak
rompak.Manakala dalam masa yang sama juga,rantau Asia Pasifik pula merupakan pengguna
terbesar perisian cetak rompak.
Hubungan Antarabangsa
Daripada aspek hubungan antarabangsa, TPPA dilihat oleh China sebagai tindakan AS
untuk menyaingi pengaruh mereka di Asia Pasifik. Pelaksanaan perjanjian yang dilihat agak
tergesa-gesa juga boleh dikatakan sebagai usaha terdesak AS untuk memastikan kesinambungan
ekonomi mereka dirantau ini. China mempunyai banyak kepentingan terutamanya di rantau Asia
Tenggara dan Asia Pasifik. Persetujuan negara menandatangni TPPA mungkin boleh dilihat oleh
China sebagai restu oleh Malaysia untuk AS mencampuri urusan di negara-negara Asia Tenggara
yang mana tidak menyelesakan mereka.
C . Saranan Tindakan
Bahagian perundingan yang sedang berlangsung kini merupakan fasa yang paling penting
untuk memastikan bahawa TPPA yang bakal ditandatangani nanti tidak akan merugikan negara
dalam jangka masa panjang. TPPA boleh ditandatangani sekiranya isu-isu yang diutarakan oleh
golongan akademik dan pihak berkenpentingan dapat diatasi terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak
dapat ditangani dengan sebaiknya,adalah lebih baik negara tidak menandatanganinya langsung.
Jika Malaysia bertindak untuk tidak menandatangani perjanjian, tindakan seterusnya haruslah
mengimbangi kesan kerana tidak menandatangani perjanjian berkenaan.Ini mungkin boleh
dilakukan dengan menambah menjalinkan hubungan dengan lebih erat dengan China ataupun
menggunakan platform lain yang tidak mengikat seperti ASEAN untuk menjalankan
perdagangan bebas. Alternatif lain adalah dengan negara melaksanakan perjanjian bilateral terus
dengan AS tanpa melalui TPP. Dengan kaedah ini, negara mempunyai lebih banyak peluang
untuk memastikan perjanjian yang bakal ditandatangani tidak benar-benar berat sebelah dan
tidak mempertaruhkan risiko yang terlalu besar.

Dalam melalui proses rundingan, terdapat beberapa metodologi rasmi didalam
mengecualikan diri daripada menandatangani perkara-perkara yang melibatkan kepentingan
nasional. Metodologi untuk berurusan dengan isu sensitif adalah seperti berikut;
1) Pengurangan Komitmen
2) Penangguhan Pelaksanaan dalam tempoh tertentu
3) Mengehadkan komitmen didalam senarai Non Comforming
4) Mengeluarkan terus daripada Perjanjian.
Prinsip Menandatangani
Pada pendapat penulis ,perkara-perkara asas yang menjejaskan perkara asas seperti hal
yang melibatkan agama Islam,hak bumiputera,hak asasi seperti perubatan dan pendidikan,
peruntukan-peruntukan kerajaan,perlindungan kepada syarikat milik kerajaan atau perkara yang
dilihat mampu menjejaskan kepentingan nasional haruslah dikeluarkan terus daripada
diperbincangkan didalam TPPA. Jika tiada kompromi daripada hal-hal yang disebutkan
diatas,maka perjanjian ini tidak harus dilaksanakan dan wajar dilupakan sahaja. Alat-alat bagi
mengecualikan diri daripada syarat-syarat yang menindas haruslah digunakan dengan sebaiknya
sekiranya Malaysia akan menandatanganinya.
Penerangan Yang Berkesan
Didalam konteks negara demokrasi, walau sebaik manapun keputusan yang dibuat oleh
kerajaan kepada rakyat,jika rakyat tidak mampu memahaminya dan disalahertikan, hukumanya
adalah kerajaan berkenaan akan ditumbangkan. Kerajaan harus menyatakan komitmen dengan
jelas samaada akan menandatangani atau tidak. Maka dengan itu

lebih mudahlah

proses

penerangan itu dilakukan. Jika TPPA ini akan ditandatangani, penerangan yang lebih jelas dalam
bentuk yang lebih kreatif dan menarik harus dibuat dari peringkat rundingan lagi dan bukanya
selepas ditandatangai. MITI harus membuat lebih daripada menyediakan maklumat didalam
laman web atau ceramah kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Penggunaan medium baru
seperti facebook,youtube, dan penyampaian secara infografik wajar digunakan.

PENUTUP
Ramai yang meramalkan TPPA akan ditandangani selepas lawatan Obama ke Malaysia pada
bulan April yang lalu. Namun sehingga harini belum ada perkembangan yang signifikan terhadap
perjanjian berkenaan. Dalam masa yang sama, pentadbiran Obama komited untuk memetaraikan
perjanjian selewat-lewatnya hujung tahun ini. Malaysia harus berani berkata tidak sekiranya
kajian yang dilaksanakan secara terperinci akan memberi kesan negatif pada jangka masa
panjang. Kita tidak seharusnya tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat.
Namun sebaliknya,sekiranya kajian yang dilakukan saban tahun ini dengan jelas dan terarah
untuk membentuk negara Malaysia yang lebih makmur ekonominya, maka kerajaan juga harus
berani untuk membuat keputusan yang sewajarnya agar tidak tunduk kepada tekanan politik
dalaman. Polisi yang dilaksanakan haruslah berdasarkan kepada kepentingan negara secara
keseluruhan dan bukannya keuntungan politik jangka masa pendek.
Perkara yang paling penting adalah kesejateraan rakyat secara keseluruhanya. Penulis
yakin Malaysia mampu terus cemerlang tanpa TPPA, namun dalam masa yang sama tidak mahu
kehilangan peluang yang lebih besar sekiranya tidak menandatanganinya. Sebenarnya zaman
kerajaan tahu semua belum lagi berakhir.Malah pada harini kerajaan seharusnya mengetahui
“semua perkara” dan haruslah membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat.

Rekod Buruk
Perjanjian Bersama
Amerika Syarikat

RANGKA KERJA
Isu ubat-ubatan

Kesan buruk jika
tidak
menandatangani

SISI
NEGATIF
TPPA

Ancaman Terhadap
Produk Agrikultur

TPPA secara
umum
Cabaran
TPPA

AS bukan
lagi rakan
dagang
terbaik

LATAR
BELAKANG
CABARAN
TPPA
Sifat Rahsia
TPPA
Kritikan
Pemimpin
Kesan
dan NGO

buruk jika tidak
menandatangani

Potensi Ekonomi TPPA

Hubungan
Antarabangsa

Penguatkuasaan
Undang-undang
Harta Intelektual

Ancaman terhadap
agenda tempatan

Malaysia Mampu
Maju Tanpa TPPA
SARANAN
TINDAKAN
Hubungan
Prinsip
Antarabangsa
menandatangani

Manfaat pelaburan

MANFAAT
TPPA
Peluang Berkerjasama
dengan AS
dan negara-negara
lain

Menggalakkan
Persaingan Sihat

Rujukan
Abdullah, T. N. S. T. (2014). Isu Tarif AS-Jepun Jadi Tumpuan Mesyuarat Hari Akhir TPPA
Peringkat Menteri. Bernama. Singapura. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=14711&tid.
Alliance, B. S. (2011). Eighth Annual BSA Global Software Piracy Study Executive 2010 Piracy
Study (p. 20).
Azhar, A. (2014). More people satisfied with TPPA. Free Malaysia Today. Retrieved May 15,
2014, from http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/10/
Bernama. (2014a). Lapan bab dalam rundingan tppa sedang dimuktamadkan, kata mustapa (p.
13213).
Bernama. (2014b, February 22). Malaysia memalukan negara demokrasi maju berkaitan tppa,
kata profesor. BERNAMA. Kuala Lumpur. Retrieved from
http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=13550&tid.
Bernama. (2014c, February 25). Malaysia Minta Fleksibiliti Dalam Bidang Berkepenitngan
Pada Mesyuarat Menteri TPPA : Mustapa. Bernama, p. 14733. Kuala Lumpur. Retrieved
from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=14733&tid.
Bitton, B. M. (2014). Examining the Partnership Agreement. Journal Of Internet Law, (March),
15.
Capling, A., & Ravenhill, J. (2011). Multilateralising regionalism : what role for the TransPacific Partnership Agreement ? The Pacific Review, 24(5), 553–575.
Berita Harian (2013). TPPA bantu tarik pelaburan asing. Berita Harian. Retrieved May 15, 2014,
from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=109292&ti
Berita Harian. (2014, February 15). MTEM gesa tuntut hak mutlak TPPA. Berita Harian. Kuala
Lumpur. Retrieved from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?
id=15576&tid.

Joseph, E. (2014). Joseph Stiglitz Trashes “ Noxious ” Trans- Pacific Partnership As Boon to the
1 %. Daily Kos. Retrieved May 15, 2014, from
http://www.dailykos.com/story/2014/03/16/1285190/-Joseph-Stiglitz-Trashes-NoxiousTrans-Pacific-Partnership-As-Boon-to-the-1
Joseph Stiglitz. (2013). Joe Stiglitz writes open letter to TPP negotiators. Knowledge Ecology
International.
Larry C.Y. Wong, Suraya A. Emrus, Bashirah Md Bashir, and J. Y. S. T. I. (2010). Malaysian
Padi & Rice Industry: (pp. 28–30).
Malaysia mampu capai status negara maju 2018. (2013). Utusan Malaysia, p. 2018. Kota
Kinabalu.
MITI. (2012). Brief On The Trans-Pacific Partnership (TPPA) (pp. 1–9).
Phillips, A. (2013). What You Need To Know About The Biggest Free Trade Agreement Ever
And How It Affects Climate Change. Retrieved from
http://thinkprogress.org/climate/2013/10/03/2712961/biggest-free-trade-agreementclimate/
Plummer, J. L. & M. G. (2012). Trans-Pacific Partnership. Retrieved from
http://www.isis.org.my/
Stiglitz, J. E. (2013). The Free-Trade Charade. Economics. Retrieved May 16, 2014, from
http://www.project-syndicate.org/commentary/transatlantic-and-transpacific-free-tradetrouble-by-joseph-e--stiglitz
Strategic, T. T., Partnership, E., & Mundos, O. (2015). The Trans-Pacific Partnership Agreement
( Ttp ) In The Electoral Transition In Mexico, 6(2).
Taucan, R. J. (2014, April 16). TPPA perlu pindaan. Utusan Malaysia, p. 37279. Kuala Lumpur.
Retrieved from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?id=37279&tid
Termizi, A. (2014, April 12). TPPA beri kesan harga hartanah? Utusan Malaysia, p. 36082. Kuala
Lumpur. Retrieved from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?
id=36082&tid.
The Trans-Pacific Partnership. (2014). Retrieved May 15, 2014, from
http://www.exposethetpp.org/TPPImpacts_Public-Health.html
New Straits Times(2014) TPPA: We must not be on the losing side- Tun Mahathir. Retrieved
May 31, 2014, from http://www.nst.com.my/business/latest/tppa-we-must-not-be-on-thelosing-side-tun-mahathir-1.581450
Times, N. S. (2014). TPPA : We must not be on the losing side- Tun Mahathir.

TPPA, A. (2014). Trans-pacific partnership agreement (tppa) 20, (February), 1–20.
Utusan Malaysia. (2014, January 9). Fahami kesan sebelum sertai TPPA. Bernama. Kuala
Lumpur. Retrieved from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?
id=5275&tid=
Wikileaks. Secret TPP treaty : Advanced Intellectual Property chapter for all 12 nations with
negotiating positions (2013).
Zaidan (2014, March 19). Malaysia belum buat keputusan sertai TPPA. Berita Harian. Kuala
Lumpur. Retrieved from http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticle.do?
id=26533&tid... Malaysia