2007 Seni Bina Masjid Tradisional Indone
STUDI TERHADAP SENIBINA MASJID TRADISIONAL INDONESIA
Kajian terhadap Sejarah, Teori dan Morfologi-Fizikal
Nangkula Utaberta
Mahasiswa Doktor Falsafah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia
Lecturer, Legenda Group of College, School of Built Environment, Mantin, Negeri Sembilan
[email protected]
Abstrak
Tujuan utama penulisan kertas kerja ini adalah bagi menjelaskan akar pensejarahan dan
perkembangan bentuk dan struktur masjid-masjid yang telah dibangunkan di Indonesia.
Kajian ini sangat penting dalam memahami aspek morfologi dan tektonik dari perancangan
masjid yang ada di Nusantara secara keseluruhan. Pembahasannya dibahagikan kepada
beberapa bahagian iaitu perkembangan awal Islam di nusantara, perkembangan kerajaan
Islam pertama di nusantara, perkembangan Islam di Jawa, perkembangan senibina masjid di
Indonesia, perwatakan khusus masjid-masjid tradisional Indonesia dan ciri-ciri khas dan
unsur-unsur penting seni bina masjid di Indonesia. Diharapkan melalui paper ini dapat
memberikan gambaran yang integratif mengenai perkembangan senibina masjid di
Indonesia serta kaitannya dengan pembangunan masjid di Malaysia sebagai bahan bagi
pengembangan fikiran dan perancangan masjid Nusantara di masa hadapan.
Kata Kunci: Masjid Tradisional Jawa, Sejarah, Teori, Morfologi-Fizikal.
1.0 Pendahuluan
Penulisan tentang Masjid tradisional di Indonesia terlalu sedikit dilakukan oleh para arkitek
dan akademisi Seni Bina. Sebahagian besar penulisan adalah yang dilakukan oleh para
sejarawan dan para ahli antropologi. Oleh kerana itu terlalu sedikit penemuan penulisan
akademik yang mencuba menyatukan antara fakta sejarah, keadaan sosio-masyarakat suatu
kawasan dengan produk seni bina yang dihasilkan. Tujuan utama penulisan kertas kerja ini
adalah untuk menjelaskan akar pensejarahan dan perkembangan bentuk dan struktur masjidmasjid yang telah dibangunkan di Indonesia secara umum dan Jawa secara khusus. Kajian
ini sangat penting dalam memahami aspek morfologi dan tektonik dari reka bentuk masjid
yang ada di Nusantara secara keseluruhan. Pembahasannya dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu perkembangan awal Islam di nusantara, perkembangan kerajaan Islam
pertama di nusantara, perkembangan Islam di Indonesia, perkembangan senibina masjid di

unsur-unsur penting seni bina masjid di Jawa. Diharapkan melalui kertas kerja ini dapat

2.0 Perkembangan Awal Islam di Nusantara
Setelah melakukan beberapa kajian terhadap berbagai penulisan, peninggalan dan diskusi,
adalah didapati bahawa terdapat berbagai teori berkenaan bila sebenarnya Islam pertama
kali masuk ke Dunia Melayu Nusantara. Sebahagian dari teori dan pendapat tersebut
didasarkan kepada penulisan dan dan perbincangan, sementara sebahagian yang lain
didasarkan kepada penemuan-penemuan arkeologi. Terdapat juga beberapa teori yang hanya
berasal dari cerita dan legenda yang beredar di kalangan masyarakat saja.
Dalam bahagian ini pembahasan hanya dibuat ke atas beberapa teori yang didasarkan
kepada penulisan dan penemuan arkeologi saja, kerana ia lebih mudah dibuktikan dan
dikembangkan secara ilmiah. Diharapkan dari kajian ini kita akan mendapatkan sebuah
kajian yang menyeluruh (integral) mengenai perkembangan agama Islam di Nusantara.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
Bidang kajian ini tertumpu hanya kepada dua buah negara terpenting di Nusantara yaitu
Indonesia dan Malaysia terutama beberapa daerah di sepanjang Selat Melaka.
Teori pertama tentang masuknya Islam di Nusantara berasal dari Berita China. Berita China1
adalah catatan yang dibuat oleh Kerajaan dan kekaisaran China berkenaan dengan aktiviti
raja dan para pembesar istana, peristiwa penting kerajaan dan peristiwa-peristiwa di luar
kerajaan yang berhubungan dengan Kerajaan China. Catatan ini secara lengkap mencatat
pelbagai kejadian dan peristiwa penting tersebut lengkap dengan tarikh berlakunya serta
butiran peristiwanya.
Menurut berita China (pada hikayat Dinasti Tang), diceritakan bahwa pada tahun 674 M,
orang-orang Ta Shih telah membatalkan niat mereka untuk menyerang kerajaan Ho-Ling
atau kerajaan Kalingga yang diperintah oleh Ratu Sima. Orang-orang Ta Shih ini jika
menurut para ahli sejarah2 telah ditafsirkan sebagai orang Arab yang perkampungannya
terletak di pesisir pantai Sumatera. Dari cerita ini dapat diketahui bahwa pada Abad ke-7,
Orang-orang Islam yang berasal dari Tanah Arab sudah sampai dan tinggal secara tetap di
Nusantara (wilayah pantai Pulau Sumatera).
Melalui Berita Cina (Tjandrasasmita, 1981) juga diketahui bahwa pada Abad ke 7 dan 8
Melaka sudah menjadi suatu daerah pedagangan utama yang menjadi rebutan antara tiga
kekuatan besar yaitu Sriwijaya di Indonesia, Dinasti Tang di Asia Timur dan Bani
Ummayyah di Asia Barat. Cerita dan hikayat tentang Melaka sebagai pusat perdagangan di
Asia Tenggara juga didukung oleh para sejarawan Muslim sendiri seperti Ibnu
Khurdadghbih (846), Yaqubi (875-880), Ibnu Fakih (902) dan Ibnu Rusteh (903), melalu
berbagai sumber tersebut dinyatakan juga pusat-pusat perdagangan yang lain seperti Kalah
(Kedah), Jawah (Sumatera), Fansur (Barus) dan Lamuri (Banda Aceh).
Teori yang kedua diungkapkan oleh ramai ahli orientalis yang menyatakan bahwa Islam
masuk ke Asia Tenggara pada Abad ke 7 atau pada Abad ke-13. Sebahagian ahli orientalis
menyatakan bahwa Islam masuk pada Abad ke-7, dengan teori bahawa Islam masuk ke
Nusantara dibawa oleh para ulama dari Baghdad setelah kehancuran negeri ini akibat
serangan oleh Bangsa Mongolia pada tahun 656 M. Sementara sebahagian yang lain seperti
Snouck Horgronje menyatakan bahwa Islam masuk melalui para pedagang Gujarat yang
masuk ke Indonesia pada Abad ke 13.3
Sementara teori yang ketiga disampaikan oleh John Crawford (Nik Hasan Suhaimi, 2002),
menyatakan bahawa Islam sebenarnya masuk ke Indonesia pada tahun 30 Hijriah atau 651
Masihi, iaitu lebihkurang sekitar 20 tahun setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. Pada masa
tersebut, Khalifah Uthman ibn Affan r.a. mengirim delegasi ke China untuk
memperkenalkan Daulah Islam kepada kerajaan China. Dalam perjalanan yang memakan
masa selama empat tahun tersebut, menurut sumber berita Cina, para utusan Uthman telah
sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, iaitu lebihkurang tahun
674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat Sumatera.
Diketika inilah, menurut teori tersebut, perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan
Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Muslim terus berkunjung ke kawasan tersebut
abad demi abad. Teori Crawford ini kemudian dirujuk oleh Syed Muhammad Naquib AlAttas (1969) dengan menyatakan bahwa tidak wujud unsur Cina dan India dalam kitab-kitab
yang dihasilkan oleh ulamak setempat; namun semua penulisan dan kitab tersebut ditulis
1
Cina adalah bangsa pertama yang menemui kertas-lihat Michael H Hart, Seratus tokoh yang paling
Berpengaruh Dalam sejarah bagian Tsai Lun. Melalui penemuan kertas inilah di dokumentasikan berbagai
catatan penting kerajaan ini.
2
Kajian Lebih lanjut lihat Groneveldt, W.P, Historical Notes on Indonesia and Malaya Compiled from Chinese
Source.
3
Kajian lebih jauh lihat Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya” dalam 700
tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai, hal 278.

dalam Bahasa Arab. Disamping itu terdapat banyak persamaan antara adat dan kebudayaan
antara nusantara dengan Arab seperti kesenian gambus, tarian zapin dan adat menerima
tetamu.
Alwi Shihab (2001) melalui penulisan beliau “Islam Sufistik: ‘Islam Pertama’ dan
Pengaruhnya hingga Kini di Indonesia” juga telah merujuk kepada pendapat Crawford.
Namun begitu beliau kemudiannya telah mengemukakan sebuah teori bahwa Islam yang
berkembang di Nusantara berakar kepada Islam Sufi’ daripada Islam radikal sebagaimana
yang ada di Timur Tengah. Walaupun terlihat sarat dengan tujuan untuk membesarkan
Islam yang lebih sederhana (moderate), namun dalam tulisan tersebut Alwi jelas menolak
pendapat yang menyatakan bahwa Islam yang berkembang di Indonesia merupakan Islam
yang dibawa oleh para pedagang dari India dan Gujarat. Menurut beliau Islam yang yang
ada di Nusantara (khususnya di Indonesia dan semenanjung Tanah Melayu), memiliki
perwatakan yang berbeza dan khusus (sufi’) jika dibandingkan dengan Islam yang dibawa
oleh para pedagang dari India dan Gujarat.4
Seiringan dengan perkembangan perdagangan di Selat Melaka, Kerajaan Sriwijaya yang
merupakan kerajaan terdekat dan terbesar melihat para pedagang Islam yang datang dari
Timur Tengah dan China ketika itu sebagai rakan berdagang dan bukannya sebagai ancaman
atau lawan. Keadaan ini begitu nyata sekiranya dilihat dari apa yang terjadi pada abad ke-9
di kawasan tersebut. Pada abad ke-9, menurut berita China, terjadi pemberontakan di China
Selatan yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Kaisar Hi Tsung dari Dinasti Tang.
Pemberontakan ini banyak melibatkan orang-orang Cina Muslim yang ketika itu banyak
menguasai China Selatan. Dalam pemberontakan ini banyak orang Islam terbunuh dan
mencari perlindungan di Kedah. Sriwijaya yang ketika itu menguasai Kedah melindungi
orang-orang Cina tersebut.5
Dalam Abad-abad berikutnya iaitu sekitar abad ke-13, Kerajaan Sriwijaya mulai mengalami
kemunduran yang berterusan. Kemunduran ini antara lain disebabkan oleh kelemahan raja
yang memerintah disamping pelbagai serangan yang diterima oleh Kerajaan Sriwijaya dari
pelbagai negara tetangganya. Namun ekspidisi Pamalayu yang dilakukan oleh Kerajaan
Singosari di Jawa pada tahun 1275 merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan
kehancuran yang mengakhiri Kerajaan Sriwijaya. Ekspedisi yang dipimpin oleh Kebo
Anabrang ini telah menguasai banyak pusat-pusat perdagangan dan dan pusat politik
Sriwijaya di Selat Melaka. Kemunduran Kerajaan Srwijaya inilah yang kemudian banyak
memberikan kesempatan kepada para pedagang Muslim untuk mengembangkan kerajaan
yang berasaskan Islam seperti Samudera Pasai dan Aceh.
3.0 Perkembangan Kerajaan Islam pertama di Nusantara
Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Moquette pada tahun 1913, Kerajaan Islam
pertama di Nusantara adalah Samudera Pasai yang dianggarkan muncul pada abad ke-13.
Pernyataan ini diperkuat dengan penemuan batu nisan Sultan Malik As-Saleh (yang
dipercayai sebagai raja pertama Samudera Pasai) yang wafat pada tahun 696 H atau 1297
Masehi.
Namun begitu pendapat Moquette ini ditentang oleh ramai ahli sejarah berikutan dari
penemuan beberapa nisan di Leran, Gresik. Beberapa batu nisan yang ditemukan di Gresik
Jawa Timur ini tercatat nama Fathimah binti Maimun yang wafat pada tahun 475 H atau
1082 Masehi. Yang menarik dari beberapa batu nisan yang ditemukan tersebut adalah
4 Kesimpulan itu berdasarkan Alwi pada manuskrip Cina pada masa Dinasti Tang. Manuskrip Cina itu
mensyaratkan adanya permukiman sufi-Arab di Cina, yang penduduknya diizinkan oleh kaisar untuk sepenuhnya
menikmati kebebasan beragama. Cina yang dimaksudkan da-lam manuskrip pada abad pertama Hijriyah itu tiada
lain adalah gugusan pulau-pulau di Timur Jauh, termasuk Kepulauan Indonesia dan semenanjung Malaysia.
Lihat- Alwi Shihab (2001), Islam Sufistik: ‘Islam Pertama’ dan Pengaruhnya hingga Kini di Indonesia ,hal 6.
5
Kajian lebih jauh lihat Tjandrasasmita, Uka (1993), Sepintas Mengenai Peninggalan Kepurbakalaan Islam di
Pesisir Utara Jawa, hal 2.

penggunaan Arab Kufi sebagai gaya penulisan hurufnya. Bentuk arab Kufi merupakan suatu
bentuk gaya penulisan yang berkembang di Timur Tengah pada abad ke-11 dan 12. Dari
penemuan ini, para sejarawan kemudian mengambil kesimpulan bahwa pada abad ke-11,
Islam sudah menapakkan kaki dan mengembangkan sebuah kerajaan di tanah Jawa.6
Pendapat para ahli sejarah diatas kemudian dibantah oleh Rickfels (1995) yang
memperkirakan bahwa Fathimah adalah orang Muslim tapi bukan pribumi yang bukan
berasal dari Indonesia. Rickfels pun melalui penelitiannya menyatakan bahwa batu nisan
tersebut mungkin dibawa ke Jawa beberapa ketika setelah Fathimah meninggal dan
bukannya diambil dari kuburnya di Gresik. Namun bagi menangkis bantahan Rickfels
diatas, sebuah kompleks makam ditemui lagi di Barus Sumatera yang terletak pada
kompleks makam Tuan Makhdum. Tulisan pada salah satu nisan di kompleks pemakaman
ini memuat nama Tuhar Amisuri yang wafat pada tahun 602 H atau 1205 yang jelas lebih
tua dari makam Sultan Malik As-Saleh.
Sumber lain yang juga menjelaskan perkembangan Islam di Nusantara adalah berita dari
Marcopolo. Marcopolo adalah seorang pelayar dari Itali yang banyak melakukan
penjelajahan ke Asia terutama China dan Mongolia. Dalam perjelanan kembali ke Venesia
beliau berkesempatan singgah di Sumatera pada tahun 1290. Dalam laporannya beliau
menyatakan bahwa penduduk di Utara Sumatera iaitu Perlak telah sepenuhnya memeluk
agama Islam. Beliau juga menyatakan bahwa telah berdiri suatu sistem sosial yang teratur
bercorakkan Islam di daerah tersebut.7 Tidak dapat diketahui apakah pada masa tersebut
telah berdiri kerajaan Islam atau belum, namun kalau kita lihat pendapat beliau diatas
semestinya sudah ada suatu pemerintahan sendiri yang berdasarkan hukum Islam di daerah
Sumatera Utara.
Dari pelbagai pendapat ini maka dapat diperkirakan Islam sudah mulai berkembang sebagai
sebuah sistem sosial yang kuat di daerah Sumatera pada Abad ke-11 Masehi. Kerajaan Islam
pertama dianggarkan telah dibangunkan di daerah Utara Sumatera (Samudera Pasai atau
Perlak) dan kemudiannya menyebar ke Selatan menuju Semenanjung Tanah Melayu,
Sumatera dan Jawa.
4.0 Perkembangan Islam di Jawa
Jawa merupakan antara daerah penting penyebaran Islam di Nusantara. Pulau Jawa, hingga
hari ini tercatat sebagai pulau dengan jumlah Muslim terbesar di Nusantara bahkan dunia.
Dari penemuan batu nisan Fathimah binti Maimun sebagaimana dijelaskan diatas,
dianggarkan bahwa pada abad ke-11 Islam sudah ada dan berkembang di Jawa. Namun
kerana tidak ada banyak bukti arkeologi, tidak dapat diketahui secara pasti bagaimana
hubungan antara para pedagang Muslim dengan kerajaan-kerajaan yang ada di wilayah
Jawa. Pada sekitar abad ke-13 ditemui pelbagai catatan dan bukti hubungan antara raja-raja
di Jawa terutama yang terletak di pesisir Utara Jawa dengan para pedagang dan raja Muslim
dari Gujarat, Arab, Samudera Pasai dan Perlak.
Hubungan perdagangan antara Majapahit dengan para pedagang dan penduduk Jawa yang
kemudian memeluk agama Islam tercatat dalam Kitab Negarakertagama8 secara jelas.
Dalam kitab tersebut diceritakan bahawa para pedagang Muslim tersebut datang dari
Jambudwipa, Kemboja, China, Annam, Campa dan India Selatan. Mereka datang dengan
menumpang kapal-kapal dagang. Selain itu dalam kitab tersebut juga diceritakan tentang
6

7
Kajian lebih lanjut lihat Ambary, Hasan Muarif (1981), Mencari jejak Kerajaan Islam Tertua di Indonesia
(Kerajaan Islam Perlak, hal 515.
8
Kitab Negarakertagama adalah salah satu kitab tua yang ditulis dengan huruf sansekerta lama dan sering
dijadikan bahan rujukan dalam pensejarahan kerajaan-kerajaan di tanah Jawa terutamanya Majapahit.

kerajaan Muslim tetangga yang memberikan ufti kepada kerajaan Majapahit iaitu Jambi,
Palembang, Minangkabau, Siyak, Perlak, Samudera, Lamuri, Batan, Lampung dan Barus.9
Kewujudan masyarakat Muslim di Jawa juga dibuktikan dengan penemuan beberapa batu
nisan di Tarlaya dan Trowulan yang dipercayai sebagai pusat pemerintahan Majapahit di
masa lampau. Banyak dari nisan-nisan tersebut ditulis dengan Bahasa Arab namun
menggunakan penanggalan Saka (penanggalan Jawa). Rickfels10 sendiri menganggarkan
bahwa makam-makam tersebut bukanlah makam pendatang Muslim asing namun
merupakan makam dari orang Islam Jawa. Damais (1957) sendiri menyatakan bahwa
kemungkinan besar orang-orang tersebut merupakan orang-orang besar. Karena selain dari
bentuk makamnya yang dipenuhi berbagai hiasan juga letak makamnya yang terletak di
dekat pusat kerajaan Majapahit.
Dalam kajian butirannya, Damais (1957-hal 408-409) menemukan 21 buah batu nisan di
daerah Taralaya, enam buah dari Trowulan, dua dari kedaton dan satu dari Kedungwulan.
Dari kajian tersebut juga didapati bahwa 12 buah batu nisan berasal dari abad-14, 15 buah
dari abad ke-15 dan sebuah dari abad ke-17. Yang menarik dari penemuan batu nisan ini
adalah kenyataan bahwa dua batu nisan yang tertua berangka tahun 1203 Saka (1281 M) dan
1204 Saka (1282 M) yang bemakna ianya berasal dari masa sebelum kerajaan Majapahit
dibangunkan. Melalui penelitian secara mendalam terhadap ragamhias dari makam tersebut
juga didapati betapa kuatnya pengaruh kesenian pra-Islam ketika itu. Hal ini jelas dari
hiasan lengkung kala makara yang dihiasi oleh dedaunan dalam segitiga tumpal yang
melambangkan ‘mahameru’ yang merupakan hiasan khas keagamaan agama Hindu.11
Dari sini dapat disimpulkan bahwa sudah ada masyarakat Muslim sebelum berdirinya
Kerajaan Majapahit di Jawa. Sebagian besar dari mereka bermukim di Tralaya dan
Trowulan. Mereka dikatakan mengalami proses Islamisasi melalui interaksinya dengan para
pedagang dari luar Jawa.12 Perkembangan Islam di Jawa (terutamanya Gresik), juga dapat
diketahui dari berita Ma Huan, seorang muslim Cina yang mengunjungi daerah pesisir Utara
Jawa pada abad ke-14. Ia menyatakan bahwa hanya terdapat tiga kelompok masyarakat di
Jawa, yaitu orang-orang Muslim dari Barat, orang-orang Cina (sebagiannya beragama
Islam) dan orang-orang Jawa sendiri.13
Dari peninggalan makam Maulana Malik Ibrahim14 di Gresik yang wafat 822 H (1419),
didapati adanya hubungan pelayaran dan perdagangan antara pesisir Utara Jawa Timur
dengan Pasai bahkan Gujarat. Menurut J.P. Moquette (1912) nisan pada makam Maulana
Malik Ibrahim dibuat dari fabrik di Cambay-Gujarat, India-seperti juga makam Sultan Malik
Al-Saleh dari Samuder pasai. Persamaan kedua batu nisan tersebut tidak hanya dari
bahannya saja, akan tetapi juga dari penempatan ayat-ayat Al-Qur’an pada ruang-ruang
tertentu baik pada sisinya maupun pada tempat yang diperlukan untuk tulisan tersebut
Perkembangan masyarakat muslim di pesisiran tanah Jawa dan Majapahit pada peringkat
permulaannya mungkin belum dirasakan sebagai suatu ancaman oleh Kerajaan Majapahit.
Kedua belah pihak masih mementingkan usaha untuk memperoleh keuntungan dari
perdagangan. Proses Islamisasi ini mencapai bentuk kekuasaan politik dengan lahirnya
9

tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai
10
Lihat Rifklefs, M.C (1995) A History of Modern Indonesia hal 29
11
Lebih lanjut lihat Damais, L.Ch (1957), Etudes JavanaiseI. Les Tombes Musulemanen Dates de Tralata,
dalam BEFEO, Tome XLVII, hal 394
12
Lebih lanjut lihat Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya” dalam 700
tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai, hal 280
13
Ibid, hal 284.
14
Beliau dikenal juga sebagai Sunan Gresik, salah satu dari sembilan wali utama yang menyebarkan Islam di
Tanah Jawa.

Kerajaan Demak yang kemudian mengambil alih kekuasaan Majapahit sebagai Kerajaan
Islam pertama di tanah Jawa.
5.0 Perwatakan Khusus Masjid-Masjid Tradisional Indonesia
Senibina masjid tradisional di Nusantara bila dibandingkan dengan senibina masjid yang
dihasilkan oleh peradaban Islam di Dunia Islam yang lain, adalah begitu sederhana
binaannya. Mungkin di atas sebab inilah mengapa senibina masjid tradisional Melayu sering
dilupakan oleh para ahli sejarah15 ketika membicarakan tentang senibina masjid sebagai
salah satu peninggalan penting peradaban orang Islam.
Perkara ini sepatutnya menjadi suatu isu yang sangat menghairankan, kerana jika diamati
pada peninggalan orang Jawa sebelum kedatangan Islam seperti Candi Borobudur atau
Candi Prambanan kita akan mendapati sebuah hasil senibina yang begitu halus dan memiliki
nilai seni yang tinggi. Fenomena ini tentu bertentangan dengan andaian bahawa senibina
masjid suatu wilayah atau kawasan selalunya dipengaruhi oleh keadaan atau gaya senibina
yang berkembang di kawasan tersebut. Bagaimana mungkin suatu kebudayaan yang begitu
tinggi di masa sebelum kedatangan Islam tiba-tiba kehilangan kemampuannya untuk
menghasilkan karya senibina yang juga tinggi nilainya.
Gambar 1: Candi Borobudur dan Candi Prambanan, beberapa diantara peninggalan monumen dari
peradaban Melayu sebelum Islam.
Sumber: Kajian Lapangan
Wiyoso Yudoseputro (1986) mengemukakan sebuah teori bahawa keghairahan mencipta
karya seni tidak mungkin lahir begitu saja. Ia haruslah lahir dari sebuah rangsangan atau
motif tertentu. Ia melihat keadaan Indonesia yang penuh dengan perang dan perebutan kuasa
telah menghilangkan keghairahan untuk mencipta. Inilah yang menurut beliau menyebabkan
senibina ketika itu kembali ke zaman tradisional bangunan kayu.
Menurut Sutjipto Wirjosuparto (1961) antara kemunduran dalam teknologi pembinaan
bangunan adalah kerana peradaban Hindu dan Budha telah memperkenalkan penggunaan
batu sebagai bahan pembinaan sebuah bangunan. Hanya zaman pra-sejarah sahaja yang
menggunakan kayu sebagai bahan bangunan.
Disamping itu, mengenai bentuk senibina masjid di Indonesia, W.F. Stutterheim (1953)
berpendapat bahawa ruang-ruang yang kecil dan sempit di dalam candi tidak dapat dijadikan
sebagai model dari perancangan sebuah masjid kerana masjid memerlukan sebuah ruang
yang luas dan besar untuk keperluan solat berjamaah. Oleh kerana itu menurut beliau
15
Sebab yang lain seringkali kerana perletakkannya yang sangat jauh dari sumber ke-Islaman sehingga dianggap
sebagai suatu kawasan yang “kurang” ke-Islaman-nya.

bangunan gelanggang menyabung ayam (wantilan) merupakan model yang lebih sesuai.
Bangunan ini adalah bangunan pada masa pra-Islam yang masih digunakan hingga kini di
Bali, pelannya berbentuk empatsegi, mempunyai bumbung dan sisi-sisinya tidak berdinding.
Menurut beliau, jika sisi-sisi tersebut ditutup dan pada sisi bahagian Barat diberi mihrab,
maka jadilah ia memenuhi syarat sebagai sebuah masjid.
Gambar 2: wantilan yang ada di Bali
Namun begitu, pendapat W.F. Stutterheim ditentang oleh H.J.de Graaf (1947), menurut
beliau tidak mungkin orang-orang Islam di Indonesia memilih bangunan tempat menyabung
ayam dan berjudi sebagai model masjid. Ini adalah kerana kedua-dua kegiatan tersebut
adalah jelas diharamkan oleh Islam, maka bagaimana sesuatu yang diharamkan
kemudiannya menjadi model bagi bangunan ibadah yang suci dan agung seperti masjid.
Selain itu bumbung wantilan hanya satu tingkat saja, tidak bertingkat-tingkat seperti
bumbung masjid tradisional Indonesia. Wantilan pun tidak memiliki serambi, berbeza
dengan masjid tradisional yang sebahagian besarnya memiliki serambi di bahagian belakang
atau tepi bangunannya. De Graaf (1976), selepas itu mengemukakan pendapat bahawa
model masjid-masjid tradisional di Indonesia mengambil model dari Gujarat, Kashmir dan
Malabar (India). Bukti yang memperkuat pendapatnya berasal dari hasil kajian yang
dilakukan oleh Jan Huygens van Linschoten (seorang Belanda yang mengunjungi India pada
abad ke-16). Dalam kajiannya Jan Huygens menyatakan bahawa masjid di Malabar juga
memiliki pelan empatsegi serta bumbung bertingkat. Salah satu tingkat tersebut digunakan
untuk belajar agama. Perkara yang sama ditemukan oleh de Graaf pada Masjid Taluk di
Sumatera Barat. Berdasarkan perbandingan inilah ia kemudian menyimpulkan bahawa
seluruh Masjid tradisional di Indonesia mengambil model dari Gujarat, Kashmir atau India.
Teori Graaf ini kemudiannya disanggah oleh Sutjipto Wirjosuparto dengan menyatakan
bahawa terdapat perbezaan yang sangat dasar dari perbandingan yang dilakukan oleh De
Graaf. Yang pertama pelan masjid di Malabar berbentuk empatsegi panjang (melintang
dengan arah kiblat) sedangkan pelan Masjid Taluk berbentuk bujur sangkar (bujur sirih)
atau empatsegi tepat memanjang ikut arah kiblat. Perbezaan yang lain adalah kenyataan
bahawa masjid di Malabar tidak memiliki tempat wudhu yang berbentuk parit sementara
tempat wudhu seperti ini ditemui pada Masjid Taluk. Jadi walaupun sama-sama memiliki
bumbung yang bertingkat, namun kedua-dua masjid ini tidak dapat disamakan sebagai satu
jenis Masjid.

Gambar 3: Masjid lama di Malabar dan Masjid Taluk
Melalui pendapat selanjutnya Sutjipto (1962) telah mengemukakan gagasan bahawa model
masjid tradisional di Indonesia berasal dari bangunan tradisional Jawa yang dipanggil
Pendopo (pendapa). Istilah pendopo berasal dari kata mendapa dimana dalam Bahasa
Sanskrit merujuk pada suatu bahagian dari kuil Hindu di India yang berbentuk persegi dan
dibangun secara terus di atas tanah. Pada bangunan tradisional Jawa, senibina mendapa ini
kemudian diubah suai menjadi sebuah ruang terbuka dan besar yang sering digunakan untuk
menerima tamu yang kemudian dinamakan pendopo. Pelan pendopo yang berbentuk bujur
sangkar inilah yang menurut Sutjipto telah menjadi model kepada masjid-masjid tua di
Indonesia.
Mengenai bumbungnya yang bertingkat-tingkat pula, menurut Sutjipto telah diambil dari
bangunan Jawa yang lain iaitu rumah Joglo. Bentuk bumbung rumah Joglo tersebutlah yang
menjadi model kepada bumbung masjid tradisional tersebut. Ketika diaplikasikan kepada
masjid, ukuran dan bilangan tingkatnya dibuat untuk disesuaikan atasi alasan estetika untuk
mengimbangi ruangnya yang besar. Mengenai persamaan yang terdapat pada masjid di
Malabar dan masjid Taluk, Sutjipto kemudian menyatakan bahawa, telah terjadi
“pertumbuhan yang sejajar” antara India dan Indonesia. Disamping itu kedua-dua
masyarakat daerah India dan Indonesia telah melakukan suatu penyesuaian terhadap
senibina mendapa ke dalam perancangan rumah mereka.
Identifikasi yang cukup mendalam yang lain telah dilakukan oleh G.F. Pijper (1992),
dimana beliau menyatakan bahawa sekurang-kurangnya ada 12 perwatakan jelas dari masjid
tradisional Indonesia (yang berasal dari Pulau Jawa) iaitu:
1. Asas lantai bangunan berbentuk empatsegi dan pejal yang agak tinggi dari aras
tanah.
2. Masjid tidak berdiri di atas tiang, seperti sebahagian besar rumah tradisional
Indonesia, tetapi di atas tanah yang padat.
3. Masjid umumnya memiliki bumbung yang meruncing ke atas, terdiri dari dua atau
lima tingkat yang semakin ke atas semakin kecil.
4. Masjid memiliki ruang tambahan di sebelah Barat atau Barat laut (Mihrab)
5. Masjid umumnya memiliki serambi di hadapan dan di kedua sisinya.
6. Halaman di sekeliling masjid dibatasi oleh tembok dengan satu pintu masuk di depan
disebut Gapura.
7. Pelannya berbentuk empatsegi.
8. Dibina di sebelah barat laut.
9. Arah mihrab tidak tepat ke kiblat.
10. Dibangun dari bahan yang mudah rosak
11. Terdapat parit, di sekelilingnya atau di hadapan masjid.
12. Bangunan awalnya dibangun tanpa serambi (hanya ruang sembahyang utama saja).

6.0 Ciri-ciri Khas dan Unsur-unsur Penting Senibina Masjid di Indonesia
Ciri-ciri dan elemen pertama yang dapat dilihat pada kebanyakan senibina masjid di
Indonesia adalah bentuk asas rata atas tanah yang digunakan. Asas rata yang biasa
digunakan berbentuk segiempat sama dan biasa digunakan pada pelbagai jenis candi di
Pulau Jawa. Pada beberapa masjid yang masih terdapat di Pulau Jawa, pengaruh asas rata
candi masih boleh dilihat sehingga kini. Pada bangunan- bangunan yang juga memiliki
fungsi seperti masjid seperti langgar, tajug dan bale, biasanya dibangun di atas tiang
sebagaimana bentuk bangunan tradisional Indonesia yang lain.
Selain dari asas rata, tembok atau pagar bangunan juga merupakan salah satu elemen yang
sangat penting bagi pembangunan masjid tradisional Indonesia. Hanya di kota-kota atau
dalam bandar yang tidak mempunyai halaman yang luas sahaja dasar pembinaan tembok
tersebut tidak dilakukan. Tetapi pada masjid bentuk Jawa yang asli, tembok adalah suatu
yang penting bagi memisahkan antara ‘kawasan suci’ dan ‘kawasan kotor’. Pada bahagian
hadapan dari tembok biasanya dibangunkan gerbang yang mempunyai bermacam-macam
bentuk dan gaya. Gerbang yang tidak berbumbung biasanya disebut Gerbang Bentar
sedangkan gerbang yang berbumbung biasanya disebut Gapura (Bahasa Jawa) atau dalam
Bahasa Sanskrit disebut Gopura.
Tembok yang mengelilingi sebuah masjid ini sebenarnya bukanlah ciri khas senibina
Muslim, tetapi merupakan salah satu bentuk senibina peninggalan bangunan Candi desa
yang disebut Pura Desa dan masih banyak dijumpai di Bali. Biasanya Pura Desa di Bali
terdiri dari tiga halaman yang bertingkat- tingkat kesuciannya dan tiap halamannya
dikelilingi oleh tembok. Pembahagian kawasan suci ini boleh dilihat pada bangunanbangunan permakaman yang dibuat berdekatan dengan bangunan masjid seperti makam suci
Sunan Ampel (Ampel Rahmat) di Surabaya, makam Sunan Giri di Gresik, makam suci
Tembayat atau Bayat di Klaten atau makam suci keluarga Raja Demak yang terdapat di
persekitaran Masjid Demak. Makam yang lebih kecil pun sekurang-kurangnya terdiri dari
dua halaman iaitu halaman masjid yang dikelilingi tembok dan di belakangnya terdapat
pintu gerbang baru untuk tempat makam suci sebagaimana yang terlihat di Jatianom
Surakarta.
Gambar 2: Pemakaman yang ada di sekeliling Masjid Demak.
Sumber: Kajian Lapangan
Unsur-unsur bangunan yang sering juga dilihat pada kebanyakan masjid-masjid tradisional
adalah serambi di bahagian belakang atau sisi masjid. Ruang tersebut merupakan unsur
khas dan menjadi ciri khusus kepada kebanyakan masjid-masjid di Indonesia. Jika kita
bandingkan dengan masjid-masjid yang terdapat di Tanah Arab, kita tidak akan menjumpai
unsur yang sedemikian. Keadaan tersebut berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh

perbezaan iklim dan keadaan budaya yang terdapat diantara keduanya. Sebenarnya jika kita
amati pelbagai serambi yang terdapat pada kebanyakan masjid Nusantara, kita akan
mendapati suatu kenyataan bahawa unsur ini ditambahkan setelah masjid tersebut siap.
Keadaan tersebut boleh dikenalpasti dari perbezaan bumbungnya dengan bumbung ruang
masjid utamanya dimana dari sini dapat kita lihat suatu usaha penyesuaian terhadap
keperluan masyarakat Indonesia di ketika itu.
Gambar 3: Contoh serambi yang terdapat pada Masjid Demak
Sumber: Kajian Lapangan
Namun begitu, jika merujuk kepada kebanyakan masjid di Jakarta, binaan serambinya tidak
begitu dipertekankan. Keadaan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kuatnya pengaruh
bangsa Arab di daerah Jakarta. Keadaan tersebut juga ditemui pada masjid yang telah
dibangunkan oleh bangsa Arab di beberapa kota atau bandar-bandar lain di seluruh
Indonesia. Mengenai perkara tersebut, sebahagian ahli sejarah16 berpendapat bahawa
sebenarnya ketika orang-orang Arab mula membangunkan masjid mereka tidak meletakkan
serambi sebagai sebahagian dari masjid. Namun begitu binaan serambi telah ditambah
kerana wujud keperluan sosial terhadapnya, lalu binaan serambi tersebut dimasukkan ke
dalam pembangunan masjid ketika berlakunya proses pembesaran masjid. Kesan binaan
serambi masih boleh dilihat di beberapa buah masjid di sekitar Jakarta terutamanya pada
bahagian sisi masjid.
Unsur lain yang diandaikan juga asing pada tipologi masjid tradisional Indonesia adalah
tambahan berbentuk empat segi kecil atau melengkung di bahagian Barat atau Barat Laut
atau dalam Bahasa arab disebut Mihrab. Jika dilihat dari dalam masjid, mihrab membentuk
sebuah ruang pada bahagian tengah dinding masjid pada arah kiblat. Kegunaan mihrab pada
masjid-masjid di negara Islam adalah sebagai penunjuk arah kiblat dan sebagai tempat
untuk imam. Pada beberapa buah masjid di Jawa terdapat lebih dari satu ruang. Ruang yang
pertama dijadikan sebagai mihrab dimana dalam Bahasa Jawa disebut pangimaman (Bahasa
Sunda: Paimaman) yang bererti tempat imam, sedangkan ruang yang kedua dalam bahasa
Jawa disebut pangimbaran (Bahasa Sunda Paimbaran, ertinya tempat Mimbar) di beberapa
16
Kajian lebih jauh lihat I.G.N Anom (1998), Masjid Kuno Indonesia, hal 20

masjid, bahkan terdapat tiga buah rongga yang berdekatan untuk pelbagai fungsi yang
berbeza.
Unsur lain yang juga boleh dilihat pada bangunan masjid di Indonesia adalah menara. Pada
kebanyakan pembangunan sebuah masjid, pembinaan menara adalah lebih kepada untuk
mempercantikan saja berbanding dengan kepenggunaannya. Melalui pemerhatian ke atas
beberapa buah masjid yang mempunyai menara, azan sering dikumandangkan dari gapura
masjid atau dari aras bumbung masjid. Menara hanya digunakan untuk sesekali atau dua kali
azan dari lima kali solat.
Menara masjid yang dianggap tertua di Indonesia adalah Menara Kudus. Bentuk bangunan
dan gaya senibinanya adalah gaya asli Hindu-Jawa. Berdasarkan kepada penelitian
Brumund dan Krom binaan tersebut telah dibangunkan pada abad ke-16. Namunbegitu telah
menjadi persoalan kepada kebanyakan ahli sejarah tentang kepenggunaan sebenarnya
menara tersebut. Apakah menara tersebut memang betul-betul dirancang dan dibina sebagai
menara masjid. Sehingga kini sekurang-kurangnya telah ada dua kenyataan yang tidak
bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa Menara Kudus memang direka dan
dibina untuk masjid. Yang pertama adalah kenyataan bahawa menara yang dibina dengan
sedemikian indah pada abad ke-16 namun tidak ada yang meniru dan menjadikannya
sebagai model menara masjid tradisional yang kemudian dari pembangunannya. Semua
menara tua yang dibangunkan telah menggunakan bentuk senibina asing dan tidak dalam
bentuk tempatan iaitu Hindu-Jawa. Yang kedua ialah kerana di dalam menara Kudus telah
ditemui sebuah beduk besar. Beduk merupakan hasil kebudayaan Hindu kuno. Pada
awalnya ia tidak ada hubungan dengan agama Islam, namun ianya kemudian disesuaikan
oleh orang Islam sebagai tanda isyarat masuknya waktu solat. Jika dilihat pada masjid
tradisional yang lain di Indonesia, beduk tidak pernah diletakkan di menara, namun
diletakkan di dalam atau di halaman masjid. Beduk juga kerapkali diletakkan di atas gapura.
Dari sinilah kemudian para ahli sejarah mengandaikan bahawa menara kudus sebenarnya
adalah sebahagian dari sebuah bangunan Hindu yang ditukar kepenggunaannya menjadi
menara masjid17.
Gambar 4: Menara Kudus yang berbentuk bangunan bangunan tradisional Hindu-Jawa
17
Kajian lebih lanjut lihat Pijper, G.F (1992). Empat Penelitian Tentang Agama Islam di Indonesia 1930-1950

Dari kenyataan di atas, maka kemungkinan menara masjid yang tertua berada di Banten,
iaitu merupakan sebuah menara berwarna putih tidak ramping yang bersegi-segi berdiri di
bahagian hadapan Masjid Kesultanan Banten. Bangunan ini kalau di lihat dari jauh lebih
menyerupai kepada menara mercu suar Belanda. Menurut cerita yang beredar di kalangan
masyarakat Banten, menara masjid ini dibina oleh seorang arkitek Belanda bernama Lucas
Cardeel. Menara ini berasal dari zaman Valentijn iaitu sewaktu beliau berkunjung ke Banten
pada tahun 1694. Namun begitu, dalam buku beliau yang berjudul De Stad Banten (Kota
Banten) tidak memperlihatkan adanya sebuah menara di hadapan Masjid Banten. Namun
Wouter Schouten yang berada di sana sebelum Valentijn telah menyatakan bahawa beliau
telah melihat satu atau lebih menara berhampiran Masjid Ternate, Masjid Makasar, Masjid
Jepara dan Masjid Banten.18
Gambar 5: Masjid Banten dan Menaranya yang unik
Sumber: Masjid 2000, Institut Teknologi Bandung.
Setelah pengaruh Belanda dan Portugis semakin berkurangan di Indonesia, didapati telah
muncul pula pengaruh Arab. Sehingga abad ke-19, apabila jumlah pendatang keturunan
Arab semakin terus meningkat di Indonesia, terutamanya di ibukota Jakarta dimana
merupakan daerah yang paling ramai dihuni oleh bangsa Arab, beberapa masjid yang telah
mereka bangunkan telah mengikuti bentuk yang ada di tempat mereka terutamanya
Hadramaut yang terletak di bahagian selatan Arab Saudi. Menara Hadramaut, biasanya
berbentuk bulat, tetapi kadang-kadang berbentuk empatsegi dan menirus ke atas dimana
semakin ke atas semakin mengecil, dan puncaknya tumpul. Pada umumnya menara ini dicat
putih. Permukaan dinding luarnya rata dan licin tanpa perhiasan. Bentuk menara ini dapat
dilihat pada masjid di kampung Pekojan Jakarta (dahulunya merupakan kampung Arab) dan
di Surabaya iaitu di Masjid Ampel yang bertarikh tahun 1862.
Antara unsur bangunan masjid yang paling banyak mengundang perhatian para sejarawan
ke atas senibina masjid tradisional Indonesia adalah bumbung masjid. Sebagaimana
dijelaskan sebelumnya bahawa terdapat banyak teori berkenaan dengan bumbung tersebut.
Melalui kebanyakan teori-teori tersebut hampir kesemuanya merujuk kepada bentuk dan
bangunan pada masa sebelum Islam.
18
Ibid,.hal 31

Bumbung masjid tradisional Indonesia terdiri daripada beberapa tingkat yang meruncing
dan di puncaknya terdapat hiasan. Bentuk bumbung tersebut menyerupai bumbung
bangunan meru di Bali yang terdiri daripada antara lima sehingga sepuluh tingkat atau lebih
(dalam bahasa Bali disebut Tumpang). Kemungkinan besar bumbung yang tinggi tersebut
terdapat juga di Jawa. Namun begitu. oleh kerana ianya dibuat dari bahan kayu dan mudah
rosak, berkemungkinan besar bumbung yang sedemikian telah rosak dan semakin pupus dari
ingatan orang ramai. Bukti dari kewujudan bumbung yang bertingkat lima ini dapat dilihat
pada Masjid Kesultanan Banten (sebelum abad ke-16) sebelum mengalami pengubahsuaian
sebagaimana yang ada sekarang. Menurut Francois Valentijn yang mengunjungi Banten
pada tahun 1694 ia mengatakan bahawa ia menjumpai Masjid Agung Banten memiliki
bumbung yang bertingkat lima.19
Mengenai bumbung yang sedemikian H. Aboebakar melalui bukunya Sejarah Masjid 1
(1955), ia telah menjelaskan bumbung masjid tradisional Indonesia sebagai sebuah
bumbung bertingkat-tingkat yang dibuat dari daun rumbia atau ijuk. Bumbung tersebiut
biasanya ditopang oleh beberapa tiang kayu, empat tiang besar terletak di tengah-tengah
ruangan untuk menompang sehingga kerangka bumbung yang tertinggi. Pada bahagian
puncak bumbung masjid biasanya terdapat sepotong kayu yang berukiran. Pada beberapa
masjid utama di tanah Jawa puncak masjid itu dibuat dari tanah liat bakar atau zink,
bentuknya menyerupai nenas, dan diberi nama mustaka atau mastaka.
19
Ibid, hal 25

Gambar 6: Contoh Masjid Tradisional di Jawa: Masjid Agung Demak, Masjid Agung Banten,
Masjid Cipta Rasa Cirebon, Masjid Agung Yogyakarta, Masjid Kasunyatan (Serang) dan Masjid
Mantingan (Jepara).
Sumber: Masjid 2000, Institut Teknologi Bandung dan Kajian Lapangan
Setelah dilakukan pemerhatian dan pengamatan secara lebih luas terhadap pelbagai jenis
masjid di luar Tanah Jawa, adalah didapati bahawa bumbung masjid di Indonesia banyak
dipengaruhi oleh bentuk bumbung rumah tradisional setempat. Masjid kuno di Sumatera
Barat seperti masjid Taluk mendapat pengaruh yang sangat besar dari bentuk senibina
rumah tradisional Minangkabau. Perkara yang sama juga boleh dilihat pada Masjid Asasi
Nagari Gunung di Padangpanjang yang beratapkan ijuk yang meruncing, bersusun tiga
tingkat dengan teratur. Masjid Pontianak yang merupakan salah satu bangunan masjid yang
paling kuno di Kalimantan Barat menggunakan binaan kayu, berdiri di atas tiang , dan
terletak di pinggir sungai. Keadaan tersebut kemungkinan besar dipengaruhi oleh keadaan
kawasan dan oleh corak kehidupan masyarakat Kalimantan yang menjadikan sungai sebagai
prasarana perhubungan utamanya. Di Sulawesi, Masjid Tua Bungku merupakan salah satu
masjid kuno yang tertua di Sulawesi. Bumbungnya adalah lima tingkat dengan kombinasi
bentuk kubah pada bahagian puncaknya. Diantara tiap-tiap tingkatan bumbung telah
dikemaskan dengan jendela kaca.
Gambar 7: Contoh Masjid Tradisional di luar Jawa: Masjid Limo Kaum dan Masjid Asasi Nagari di
Padang, Masjid Agung Pondok Tinggi, Jambi, Masjid Jamik Bengkulu, Masjid Pontianak dan Masjid
Bayan di Lombok.
Sumber: Kajian Lapangan dan Majelis Ulama Indonesia (1994), Masjid-Masjid Bersejarah di
Indonesia, PT Potlot Nasional: Jakarta, hal 33, 48 dan 97.
7.0 Kesimpulan
Pelbagai kajian dan kajian kes diatas memperlihatkan bahawa terdapat pelbagai teori
berkenaan dengan akar bentuk dan elemen dari masjid tradisional Indonesia. Dari pelbagai
teori tersebut didapati bahawa masjid tradisional di Indonesia lahir dan berkembang sebagai
hasil interaksi antara elemen sosial masyarakat yang ada di Indonesia, Nusantara dan dunia.
Penelitian lebih lanjut terhadap keadaan sosial masyarakat di Indonesia akan sangat
berguna bagi memahami produk Seni Bina yang akan dihasilkannya. Dari aspek fizikalnya

sebahagian besar masjid menggunakan atap piramid bertingkat dengan sokongan empat
tiang sokoguru pada ruang utamanya, sementara pemilihan bahan dan susunan ruangnya
sangat dipengaruhi oleh keadaan setempat, teknologi, patron dan faktor yang mempengaruhi
bangunan tradisi lainnya.Dari kajian ini penulis melihat keperluan bagi kajian yang lebih
mendalam tentang masjid-masjid tradisional yang ada di Nusantara, kajian ini akan sangat
berguna untuk perancangan masjid yang lebih baik bagi wilayah ini di masa hadapan.
Senarai Rujukan
Ambary, Hasan Muarif (1981), Mencari jejak Kerajaan Islam Tertua di Indonesia
(Kerajaan Islam Perlak), makalah dalam “Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di
Indonesia”, Banda Aceh: Al Ma’arif.
Alwi Shihab (2001), Islam Sufistik: ‘Islam Pertama’ dan Pengaruhnya hingga Kini di
Indonesia, Jakarta: Gramedia Press.
Damais, L.Ch (1957), Etudes JavanaiseI. Les Tombes Musulemanen Dates de Tralata,
dalam BEFEO, Tome XLVII.
Groneveldt, W.P (1960), Historical Notes on Indonesia and Malaya Compiled from Chinese
Source, Jakarta: Bhratara.
Hart, Michael H (1986), Seratus tokoh yang paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Jakarta
Gramedia Press.
I.G.N Anom (1998). Masjid Kuno Indonesia, Jakarta: Proyek Pembinaan Peninggalan
Sejarah dan Kepurbakalaan Pusat.
Moquette, JP (1912), De Datum op den Graafsteen van Malik Ibrahim, dalam TPG hal 54.
Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman (2002), Sejarah: Buku Teks, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pijper, G.F (1992). Empat Penelitian Tentang Agama Islam di Indonesia 1930-1950,
Terjemah Tudjumah. Jakarta: UI Press.
Syed Naquib Al-Attas (1969), Islam di dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala
Lumpur: Penerbit ABIM.
Stutterheim Willem Frederik (1953), Pictorial history of civilization in Java, Leiden: Java
Institute and G. Kolff
Th Pigeaud, Theodore G (1976). Islamic states in Java 1500-1700: Eight Dutch books and
articles by H. J. de Graaf, Leiden: Nijhoff.
Tjandrasasmita,Uka (1981), Proses Kedatangan Islam dan Munculnya Kerajaan-Kerajaan
Islam di Aceh, makalah dalam “Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia”,
Banda Aceh: Al Ma’arif.
Tjandrasasmita, Uka (1993), Masalah dan Kedatangan Islam serta Prosesnya, dalam “700
tahun Majapahit (1293-1993) Suatu Bunga Rampai”, Surabaya: Dinas Pariwisata Daerah
Propinsi Tingkat I Jawa Timur.
Tjandrasasmita, Uka (1993), Sepintas Mengenai Peninggalan Kepurbakalaan Islam di
Pesisir Utara Jawa, dalam Aspek-aspek arkeologi, Edisi 3, Jakarta: Pusat Penelitian
Arkeologi Nasional.
Rifklefs, M.C (1995) A History of Modern Indonesia, Indonesian Edition: Sejarah Indonesia
Modern, terjemahan: Dharmono Hardjowidjono. Yogyakarta: Gajah Mada University Press,
cetakan ke IV.

Wirjosuparto, Sutjipto (1962). Sejarah Bangunan Mesjid di Indonesia. Almanak
Muhammadiyah Tahun 1381 H. No XXI. Jakarta: Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Majelis
Taman Pustaka.
Yudoseputro, Wiyoso (1986), Pengantar Seni Rupa di Indonesia. Bandung. Angkasa.

Lampiran: Tipologi Bentuk dan Struktur Beberapa Masjid di Indonesia
Nama
Masjid
Kedudukan
1
Masjid
Banten
Banten, Jawa
Barat
1552 M
2
Masjid
AgungDe
mak
Demak, Jawa
Tengah
1479 M
3
Masjid
Agung
Sang
Cipta
Rasa
Cirebon, Jawa
Barat
1498 M
No
Tahun
Dibina
Tampak Luaran
Tampak Dalaman

Pelan
Keratan Rentas
No
Nama
Masjid
Kedudukan
Tahun
Dibina
4.
Masjid
Kasunyat
an,
Serang, Jawa
Barat
1552 M
5.
Masjid
Al-Alam
Cilincing,
Jakarta
Abad ke17M
6.
Masjid
Al
Mansyur
Jakarta
1717 M
7.
Masjid
Al-Alam
Marunda,
Jakarta
1527 M

8.
Masjid
Angke
Jakarta
1761 M
9.
Masjid
Agung
Yogya
Yogyakar-ta
1773 M
10.
Masjid
Mataram
Kota Gede
Yogyakar-ta
1575 M
11.
Masjid
Agung
Surakarta
Surakarta, Jawa
Tengah
Awal abad
ke-18

12.
Masjid
Mantinga
n
Jepara, Jawa
Tengah
1559 M
13.
Masjid
Gala,
Bayat
Klaten Jawa
Tengah
Abad ke17M
14.
Masjid
Sendang
Duwur
Lamongan,
Jawa Timur
1561 M
15
Masjid
Sunan
Ampel
Surabaya, Jawa
Timur
1450 M

16.
Nama
Masjid
Masjid
Sunan
Giri
Kedudukan
Gresik, Jawa
Timur
Tahun
Dibina
Tampak Luaran
Tampak Dalaman
1495 M