Bhg 4 dan 5 11

d. Bahagian keempat:
Apakah kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu

Kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan
interpersonal yang efektif Philip (1991). Thacker (1996) pula menjelaskan kemahiran sosial sebagai keupayaan
untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Dalam konteks permainan wau, masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kemahiran
yang digarap daripada pelbagai kaum dan keturunan. Gaya hidup yang yang majmuk ini, telah
melahirkan pelbagai jenis wau tradisional yang dipertandingkan. Pertandingan wau ini telah
berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.

Keseragaman dan disiplin cara hidup nenek moyang kita merupakan faktor penting yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu. Dengan penerapan nilai-nilai
ini melalui permainan wau samada di peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa,
keadaan ini membolehkan kita bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Permainan wau juga
memerlukan kepakaran yang tinggi dan di warisi dari generasi ke generasi. Ini merupakan salah
satu kemahiran sosial yang diaplikasikan melaui aktiviti ini untuk mewujudkan masyarakat
bersatu padu.


Ini adalah amalan rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi dengan membiasakan diri dengan
keadaan yang demikian. Apabila permainan wau diadakan di sesebuah tempat sperti kampung
atau bandar, penduduk berdekatan akan mengambil peluang berkunjung untuk mengambil
bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh
mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian.

e. Bahagian kelima:
Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Rakyat Malaysia menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian
kuasa dengan kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan tahun 1957. Keharmonian rakyat Malaysia juga terhasil daripada dasa pengagihan
kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil dan amalan demokrasi dan kontrak sosial antara
kepelbagaian kaum. Ia juga dikukuhkan dengan pengamalan kebebasan beragama yang dijamin
oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain.

Keperluan hubungan etnik di Malaysia adalah seperti yang digambarkan dalam rajah berikut:

Cabaran-cabaran yang ketara dalam perhubungan etnik di Malaysia adalah perbezaan
dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Apabila perbezaan ini

menjadi factor dalam perpaduan ia kana dapat menimbulkan jarak sosial antara anggota
masyarakat kerana kurang interaksi. Perbezaan bahasa dan unsur-unsur kebudayaan lain
merupakan faktor penyumbang dan isu dalam permasalahan hubungan etnik.
Perbezaan kelas sosio ekonomi yang merangkumi pekerjaan dan tempat tinggal tidak
kurang dalam permasalahan ini. Golongan yang berpendapatan rendah akan terasa tersisih dan

enggan bekerjasama dengan golongan yang berpendapatan tinggi dan sebaliknya. Ini disebakan
oleh sifat prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk
membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti
masing-masing muga merupakan punca cabaran-cabaran dalam hubungan etnik. Perpaduan
tidak mungkin dapat dicapai apabila anggota sesuatu maysrakatmemilih untuk hidup dalam
dunia mereka sendiri.
Jadual berikut menggambarkan cabaran hubungan etnik.

Di antara cabaran yang paling ketara ialan setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti
politik masing-masing. Parti-parti politik ini menyuara,mejaga serta memperjuangkan
kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. Kesukaran menerima pemimpin dari
kaum lain juga mengakibatkan semgat perkauman yang menebal.
Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan
menyebabkan jurang atara kelas sosio yang makin ketara. Tiap-tiap etnik berusaha untuk

mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang
ekonomi yang wujud.
Dasar pecah perintah British telah merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi
antara kaum di Malaysia. Dasar ini sebaliknya telah memperkuatkan perasaan kekitaan dan
etnosentrisme. Sistem pendidikan yang berasingan juga merupakan factor setiap golongan etnik
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan sistem persekolahan yang memisahkan pelajar

mengikut bahasa ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri sahaja yang
menyebabkan polarisasi dalam kalangan pelajar. Pertikaian berkaitan kontrak sosial yang
menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia seringkali di pertikaikan dan menyukarkan
lagi perpaduan hubungan etnik di Malaysia.