BIDANG TUGAS GKMP SAINS DAN MATEMATIK

BIDANG TUGAS GKMP SAINS DAN MATEMATIK
 Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
 Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidangnya.
 Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan
bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan
seumpamanya.
 Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
Kurikulum
 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal /
Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
 Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah

kawalannya.
 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan.
 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya
 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan,
dan pengkayaan.
 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum)
yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.
 Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar
dan bahan-bahan pendidikan lain.
 Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang
diarahkan oleh Pengetua.
 Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah
dalam konteks perkembangan staf.
 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.

 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –
amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum.
 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.
Kokurikulum

Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
pelajar.
 Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.
Pengurusan
 Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di
bawah bidang dan kawalannya.
 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala
jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
 Membantu merancang takwim sekolah .
 Menyelia kerja –kerja guru di bawah bidang kawalannya.
 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit
tahunan.
 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan
yang berkaitan dengan bidangnya.
 Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di
bilik darjah dan sekolah.
 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan
menjaga keceriaannya.
 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.
Tugas –tugas lain
 Berhubung dengan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tentang apa jua
maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan
dan pengetahuan.
 Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai
semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil .
 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan

,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
 Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.