ELEKTRONIK Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik Hasil Pembelajaran Membaca dan menterjemah lukisan skematik

Nota khb khairi smksg5u 2010

1.5 ELEKTRONIK

a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik Hasil Pembelajaran

 Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.  Mengenal pasti jenis perintang, suis, kapasitor dan transistor.  Menyatakan unit asas komponen.  Membaca nilai perintang tetap.  Membanding beza antara komponen aktif dan komponen pasif. Perintang Boleh Ubah atau Perintang Boleh Laras Sejenis komponen elektronik yang digunakan untuk mengawal arus dan voltan yang boleh dilaras di antara sifar hingga nilai maksimum. Biasanya digunakan pada radio untuk mengawal suara dan televisyen untuk mengawal suara, warna dan kecerahan. Contohnya meter upayapotentiometer yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk mengawal voltan dalam litar. Versi yang lebih kecil dikenali sebagai pre-set. Pre-set dan Simbol Meter Upaya dan Simbol Buzer Buzer menghasilkan bunyi apabila disambungkan ke punca bekalan dan digunakan sebagai penggera. Wayar penghubung pada buzer biasanya dalam kod warna hitam negatif dan merah positif. Jika sambungannya salah, ia tidak akan berfungsi. Buzer dan simbol Komponen Aktif dan Pasif Dalam komponen elektronik terdapat dua katogeri iaitu komponen aktif dan komponen pasif. Komponen aktif diperbuat dari semi-konduktor bahan separa pengalir seperti silikon atau germanium. Komponen ini boleh membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh komponen aktif ialah transistor dan diod. Komponen pasif ialah peranti sokongan yang dapat membantu operasi komponen aktif. Contoh komponen pasif ialah perintang dan kapasitor. Nota khb khairi smksg5u 2010

b. Membaca dan menterjemah lukisan skematik

Hasil Pembelajaran  Membaca dan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar  Menterjemah lukisan skematik atau lukisan bergambar untuk membuat projek Litar Elektronik Litar elektronik ialah gabungan beberapa komponen elektronik seperti yang terdapat pada radio dan televisyen. Litar ini terdiri daripada litar skematik dan litar bergambar. Litar Skematik Litar skematik mengandungi susunan komponen-komponen elektronik dalam bentuk simbol. Simbol ini memberi panduan untuk membuat pemilihan komponen yang betul Contoh Litar Skematik Litar Bergambar Litar yang diterjemahkan daripada litar skematik dalam bentuk gambar komponen bagi membantu kerja pemasangan komponen elektronik dengan lebih mudah dan tepat. Contoh litar bergambar menggunakan bod litar

c. Penghasilan Projek