14
Kaedah ketiga:
Menjauhi pengikut hawa nafsu, pelaku bidaah ahli kalam dan mencela mereka
Bidaah secara bahasa bererti mencipta dan mengawal sesuatu. Sedangkan menurut istilah, bidaah bererti cara baru dalam agama yang
belum ada contoh sebelumnya yang menyerupai syariah dan bertujuan untuk dijalankan dan berlebihan dalam beribadah kepada Allah
Subhanahu wa Taala.
11
Imam Syafie membahagi perkara baru menjadi dua:
1. Perkara baru yang bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah
atau atsar sahabat dan ijma. Ini adalah bidaah dhalalah.
2. Perkara baru yang baik tetapi tidak bertentangan dengan Al-Kitab
dan As-Sunnah atau atsar sahabat dan ijma. Ini adalah bidaah yang tidak tercela.
Inilah yang dimaksud dengan perkataan Imam Syafie yang membahagi bidaah menjadi dua iaitu bidaah mahmudah terpuji dan bidaah
mazmumah tercela buruk. Bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan baik, sedangkan yang bertentangan dengan sunnah ialah
tercela dan buruk.
12
11
Kitab Al-I’tisham, l36
12
Hilyah al-Auliya, 9113, dan Al-Baits ala InkarAI-Bida, hal. 15
15
Hajr Meninggalkan Pelaku Bidaah Menurut Imam Asy-Syafie
Para Salaf menasihatkan agar tidak banyak bergaul dengan para pelaku bidaah. Imam Ad-Darimi meriwayatkan dalam sunannya dari Abu
Qilabah, beliau berkata,
Janganlah kamu berteman dengan pengikut hawa nafsu dan janganlah kamu berdebat dengan mereka,
sesungguhnya aku khuatir kalau kamu akan masuk terperangkap ke dalam pemikiran sesatnya atau menjadi
ragu tentang apa yang telah kamu yakini.
13
Imam Hasan Al-Bashri dan Muhammad bin Sirin juga berpesan,
Janganlah kamu berteman dengan pengikut hawa nafsu, dan jangan kamu berdebat dan mendengarkan
mereka. Jangan berteman dengan pembuat bidah, kerana akan membuat penyakit di kalbumu.
14
Inilah juga mazhab Imam Syafie, bahkan beliau meninggalkan Bagdad dan pindah ke Mesir kerena munculnya aliran muktazilah yang
telah berhasil mempengaruhi negara. Beliau berkata,
Saya tidak akan berdebat dengan seorangpun yang
saya yakini
bahawa ia
tetap dalam
kebidaahannya.
15
13
Sunan Ad-Darimi, 1108
14
Al-Bda wa An-nahyu anha, Ibnu Wadhdhah, hal. 47
15
Manaqib Asy-Syafie, Imam AL-Baihaqi, 1175
16
Imam Asy-Syafie bahkan mengkafirkan sebahagian pelaku bidaah yang jelas-jelas sesat seperti orang yang mengatakan al-Quran adalah
makhluk. Sebagaimana perkataan beliau kepada Hafs Al-Fard yang mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk. Imam Syafie berkata,
Engkau telah kafir kepada Allah Subhanahu wa Taala.
16
Imam Asy-Syafie juga berkata,
Jika engkau melihat pengikut hawa nafsu terbang, aku tidak akan percaya kepadanya, sungguh benar
perkataan seorang penyair:
Bila engkau melihat orang boleh terbang, dan berjalan di atas lautan, tetapi ia melanggar batas
syariah. Maka, ia adalah orang yang diistidraj dan ia adalah pelaku bidaah.
17
16
Ibid, I407
17
Ibid, I407
17
A A
Q Q
I I
D D
A A
H H
I I
M M
A A
M M
A A
S S
Y Y
- -
S S
Y Y
A A
F F
I I
E E
D D
A A
L L
A A
M M
M M
A A
S S
A A
L L
A A
H H
I I
M M
A A
N N
Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya dari Rabi bin Sulaiman Al-Muradi, ia berkata,
Saya mendengar Imam Asy-Syafie berkata, `Iman adalah ucapan dan perbuatan, ia bertambah dan
berkurang’”.
18
Di antara dalil yang digunakan oleh Imam Asy-Syafie adalah firman Allah Subhanahu wa Taala:
Dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya, QS. Al-Muddatsir: 35.
Juga firman Allah Subhanahu wa Taala:
18
Al-Manaqib, I385
18
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah
gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka
kerananya dan
kepada Rabbnyalah
mereka bertawakkal. QS. 8:2.
Baca juga firman Allah Subhanahu wa Taala di surat At-Taubah: 124.
Adapun hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah
Sallallahu alaihi wassalam bersabda:
Iman itu terdiri dari tujuh puluh lebih cabang atau enampuluh lebih cabang. Yang paling tinggi ialah
ucapan La llaaha lllallah, sedang yang paling rendah adalah menyingkirkan duri sesuatu yang mengganggu
dari jalan dan malu adalah sebahagian dari iman, HR. Bukhari dan Muslim.
Pendapat Imam Asy-Syafie ini sesuai dengan pendapat para sahabat, tabiin, dan lainnya, sebagaimana perkataan Umar bin
Khattab kepada teman-temannya,
Mari kita menambah keimanan kita. Kemudian mereka berzikrullah.
19
19
Al-Syariah, hal. 112
19
Pengecualian dalam Iman
Syeikhul lslam Ibnu Taimiyah berkata, Yang dimaksud dengan pengecualian dalam masalah iman adalah seperti seorang berkata, Saya
seorang mukmin, Insya Allah Subhanahu wa Taala. Tentang masalah ini para ulama berselisih pendapat: ada yang
mewajibkannya, ada yang mengharamkannya dan ada yang membolehkannya dan inilah pendapat yang paling sahih.
20
Dan pendapat inilah yang diambil oleh Imam Asy-Syafie sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Abu Al-Baqa Al-Futuhy,
Boleh mengaku beriman dengan pengecualian seperti seorang mengatakan, Saya beriman Insya Allah Subhanahu wa Taala,
pendapat ini ditegaskan oleh Imam Ahmad, Imam Asy-Syafie dan diriwayatkan dari Ibnu Masud.
21
Perbezaan Antara Islam dan Iman
Ini adalah masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Pendapat mereka terbagi menjadi tiga gobngan;
1. Islam dan Iman adalah satu, yang berpendapat seperti ini adalah Imam Al-Bukhari
22
, Imam Muh. bin Nashir Al-Marwazi
23
, lmam Ibnu Mandah
24
. 2. Iman dan Islam adalah dua hal yang berbeda. Imam Az-Zuhri
berkata,Islam adalah kalimat atau ucapan, sedangkan iman adalah amal. Abdul Malik Al-Maimuni bertanya kepada Imam Ahmad,
apakah iman dan Islam berbeza?, beliau menjawab,Ya,
20
Kitab Al-Iman, hal. 140
21
SyarahAl-Kaukabul Munir, hal. 417.
22
Lihat Fathul Bari, I 55
23
Lihat Tazim Qadri AI-Sunnah, H506-575
24
Lihat AI-lman, 1321
20
berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala surat Al-Hujarat: 14. 3. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Al-Khattabi dan Ibnu Rajab
menyebutkan bahawa apabila iman dan Islam disebut secara terpisah maka keduanya bermakna sama, namun bila disebutkan
bersamaan maka keduanya terdapat perbezaan. Iman adalah pengakuan dan keyakinan hati dan pengamalannya sedangkan
Islam adalah ketundukan yang tercermin dalam amal.
Berdasarkan beberapa perkataan Imam Syafie, maka beliau termasuk yang berpendapat iman dan Islam bermakna satu dan tidak
ada perbezaan antara keduanya.
Hukum Pelaku Dosa Besar dan Pengaruhnya ke atas Iman
Ahlussunnah wal Jamaah memiliki sikap pertengahan antara
sikap Khawarij dan Muktazilah yang berlebih-lebihan dan sikap
Khawarij yang longgar.
Khawarij berpendapat bahawa orang Islam yang melakukan dosa
besar al-kabirah menjadi kafir jika tidak bertaubat dan akan kekal di
neraka. Muktazilah mengatakan mereka akan kekal di neraka dan di
dunia berada di antara dua posisi iaitu tidak kafir dan tidak mukmin
manzilah bainal manzilatain. Sementara Khawarij mengatakan
bahawa orang yang mengucapkan syahadat telah sempurna imannya dan setiap mukmin masuk syurga. Dosa tidak berpengaruh terhadap
iman sebagaimana ketaatan tidak bermanfaat bersama kekufuran.
25
Adapun Ahlussunnah mereka berpendapat bahawa dosa besar
yang dilakukan seorang mukmin tidak mengeluarkannya dari iman. Bila
25
Lihat Al-Tafsil AI-Fashl, Ibnu Hazm, 111229-247
21
mereka meninggal sebelum bertaubat, maka ia akan disiksa di neraka namun tidak kekal, bahkan urusan mereka diserahkan kepada Allah,
apakah Allah Subhanahu wa Taala menyiksanya atau berkenan mengampuninya
26
Mereka berdalil dengan firman Allah Subhanahu wa Taala,
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, Dan Dia
mengampuni dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa
yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka
sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya, QS. 4:48 dan 116.
Mafhumnya, setiap dosa yang selain dosa syirik berada dalam masyiah kehendak Allah, jika Allah Subhanahu wa Taala
menghendaki untuk mengampuninya, maka Allah Subhanahu wa Taala akan mengampuninya sekalipun pelakunya tidak bertaubat. Sebaliknya
bila Allah Subhanahu wa Taala menghendaki untuk menghukumnya, maka Allah Subhanahu wa Taala akan menyiksanya.
Ucapan Imam Asy-Syafie tentang dosa-dosa besar selain syirik
Imam Asy-Syafie berpendapat bahawa ahlul qiblat kaum mukminin yang berbuat dosa besar berada di bawah masiah Allah.
Beliau berkata,
Orang yang lari pada saat pertempuran bukan kerana ingin bersiasat dalam menghadapi musuh atau
26
Lihat Syarhu As-Sunnah, Imam AI-Bagawi, 1103
22
bukan kerana ingin bergabung dengan pasukan lain, maka saya khuatir ia mendapat murka Allah, kecuali
Allah Subhanahu wa Taala memaafkannya”.
27
Beliau juga berkata,
Dan Allah Subhanahu wa Taala menjadikan akhirat sebagai tempat tinggal abadi dan balasan atas
amal-amal kebaikan dan kejahatan di dunia jika Allah Subhanahu wa Taala tidak mengampuninya”.
28
Pendapat Imam Asy-Syafie di atas didasarkan pada nas-nas al- Quran dan sunnah di antaranya firman Allah Subhanahu wa Taala :
Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.
Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan
yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali
kepada perintah Allah, maka damaikanlah antara keduanya
dengan adil
dan berlaku
adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berlaku adil, QS. 49:9.
Imam Asy-Syafie berkata,
Pada ayat ini Allah Subhanahu wa Taala menyebutkan peperangan antara dua golongan, namun
27 Al-Umm, 4169, Manaaqib Asy-Syafie oleh AL-Baihaqi, 1328
28 Ibid, 4122
23
tetap dinamakan mukminin dan menyuruh untuk didamaikan dst.
29
Hukum Meninggalkan Solat
Imam Asy-Syafie berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas harus disuruh taubat, bila tidak mahu dia boleh
dibunuh kerana had hukuman bukan kerana ia murtad dan sudah menjadi kafir.
30
Pendapat beliau ini bertentangan dengan pendapat Majoriti ulama baik salaf maupun khalaf yang mengatakan mereka
dibunuh kerana ia kafir.
31
Hukum Sihir dan Penyihir
Mengenai masalah sihir dan tukang sihir, Imam Syafie memberikan perincian, beliau berkata, Jika seorang belajar sihir, maka
tanyalah ia apakah sihirnya itu?. Bila sihirnya berisi hal-hal yang menjadikannya kafir seperti meminta bantuan kepada jin dan binatang,
maka ia kafir. Bila ia hanya menggunakan bau-bauan kemenyan maka tidak kafir tapi sangat diharamkan. Dan bila ia mengakui sihir itu
dibolehkan, maka ia juga kafir. Jika tidak menyakini itu boleh maka ia tidak kafir.
32
29
Ibid, 4214
30
Ibid, 1208
31
Nailul Authar, AI-Syaukani, 1376
32
Al-Umm, 1256-257
24
Beberapa Masalah Tentang Kubur
1. Talqin
Tidak ada keterangan dari Imam Asy-Syafie tentang masalah talqin. yang menganjurkan talqin adalah ulama-ulama Syafieyah seperti
al-Qadhi Husain, Al-Mutawalli, Al-Rafii dan lainnya, mereka berdalil dengan hadis Hadis Umamah yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani.
Namun hadis tersebut daif.
33
Syeikh Al-Albani menyebutkan di antara sebab lemahnya adalah kerana dalam sanadnya ada Al-Azdi atau Al-
Audi yang tidak siqah dan dia majhul.
34
2. Meratakan Kuburan