Implikasi Teori Kognitif yang Berkaitan

KAK 3013 : MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN
TUGASAN INDIVIDU :
Implikasi Teori Kognitif yang Berkaitan dengan Matematik
terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak

NAMA

: MARHAMAH BINTI ABU ZAHAR

NO. MATRIK

: D20091035221

KUMPULAN

: A

SEMESTER

: II 2011/2012


NAMA PENSYARAH

: PROF. MADYA DR. NOOR SHAH SAAD

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kognitif didefinisikan sebagai segala perkara
yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan
pembelajaran di mana proses kognitif tersebut tidak boleh dilihat secara langsung. Selain
daripada itu, kognitif juga merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Manakala maksud
teori dalam Kamus Dewan ialah pendapat yang dikemukakan untu menerangkan sesuatu
perkara. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa teori kognitif merupakan satu
pendekatan atau proses yang terjadi dari segi tahap pemikiran manusia dalam sesuatu
pembelajaran dan pengalaman. Antara tokoh yang memperkatakan tentang teori kognitif ialah
Wertheimer & Kohler, Jean Piaget, Bruner, Ausubel dan Gagne.

TEORI JEAN PIAGET
Salah satu daripada teori kognitif adalah Teori Proses Pembelajaran (Theory of
Learning Process) oleh Jean Piaget. Beliau menekankan bahawa asas pembelajaran adalah

melalui aktiviti kanak-kanak itu sendiri apabila berinteraksi dengan persekitarannya sama ada
secara fizikal atau sosial. Dalam teori tersebut, Piaget memperkenalkan empat konsep utama
yang

terlibat

iaitu

skema

(schema),

penyerapan

(assimilation),

pengubahsuaian

(accomodation) dan keseimbangan (equilibrium). Bagi proses skema, Piaget menyatakan
bahawa skema adalah struktur kognitif yang membolehkan individu mengurus dan

menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Setiap bayi dilahirkan dengan memiliki
skema umum seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa serta menggerakkan
tangan dan kaki. Ringkasnya, skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat
perubahan, menyusun dan mengurus. Jadi, semakin seseorang bayi itu membesar, skema yang
diperoleh semakin meningkat.
Konsep kedua dalam Teori Proses Pembelajaran ialah asimilasi iaitu satu proses
kognitif di mana individu menyatukan maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada. Dalam erti kata lain, ini adalah proses penyerapan maklumat ke dalam struktur
yang sedia ada. Proses ini berlaku sepanjang masa kerana setiap individu senantiasa melalui
pelbagai maklumat dan pengalaman dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, perubahan
yang berlaku adalah secara kuantitatif kerana boleh dilihat dari semasa ke semasa. Seterusnya
adalah konsep pengubahsuaian atau akodomasi yang menghasilkan perubahan secara
kualitatif atau kuantitatif dan perkembangan skema. Pada peringkat ini, proses penyesuaian

diri berlaku kerana jika sebarang maklumat yang diperolehi adalah tidak sesuai, maka,
maklumat tersebut akan ditolak atau diubahsuai. Jadi, keadaan ini dapat meningkatkan tahap.
Kesemua proses ini berlaku secara berterusan bermula daripada bayi sehingga dewasa.
Berdasarkan konsep-konsep utama yang telah diutarakan oleh Piaget, terdapat
beberapa implikasi yang boleh diperolehi dalam bidang Matematik di peringkat awal kanakkanak. Antara implikasi tersebut ialah melalui konsep skema, bayi yang baru dilahirkan
dengan deria merasa dan memegang. Jadi, guru boleh melihat perkembangan bayi yang sudah

mampu menyentuh dan memegang objek di persekitarannya. Kemudian, pada konsep
asimilasi pula, kanak-kanak mencuba untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru.
Selepas konsep skema yang diperolehi, maka, melalui konsep asimilasi, kanak-kanak akan
memperolehi pengetahuan yang baru berkaitan objek yang disentuhnya. Seterusnya, pada
konsep akomodasi, struktur kognitif kanak-kanak mula mengalami perubahan. Konsep ini
berfungsi apabila kanak-kanak tidak mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Contohnya, apabila guru memperkenalkan objek baru seperti magnet, kanak-kanak akan
menyatukan objek tersebut ke dalam skema dan mewujudkan penyesuaian terhadap objek
tersebut. Jean Piaget berpendapat bahawa perubahan tersebut sebagai suatu proses
pembelajaran. Implikasi yang terdapat dalam konsep terakhir iaitu adaptasi ialah kanak-kanak
akan mencipta hubungan atas apa yang telah dipelajarinya dengan keadaan di persekitaran.
Sehubungan dengan Teori Proses Pembelajaran, Piaget (1983) berpendapat bahawa
pemikiran kanak-kanak berkembang menurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks.
Oleh itu, Piaget telah menjalankan satu kajian dan pemerhatian yang berkaitan iaitu Teori
Perkembangan Kognitif (Cognitive Development Theory). Teori ini menjelaskan bagaimana
kanak-kanak beradaptasi dan menginterpretasikan objek dan kejadian di sekitarnya,
mempelajari ciri-ciri dan fungsi daripada objek serta cara kanak-kanak mengkelaskan objek
untuk mengetahui persamaan dan perbezaan pada sesuatu objek dan peristiwa tersebut. Oleh
yang demikian, Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif setiap kanak-kanak adalah
berbeza dan berubah secara berperingkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget

membahagikan peringkat tersebut kepada empat peringkat iaitu peringkat sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Namun begitu, dalam peringkat awal kanakkanak, umur yang terlibat adalah 0-8 tahun sahaja. Oleh itu, tiga peringkat pertama sahaja
akan dibincangkan kerana peringkat operasi formal melibatkan umur 12 tahun dan ke atas.

Bagi peringkat sensori motor, kanak-kanak yang terlibat adalah dalam lingkungan
kosong hingga dua tahun. Ketika ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk
memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Pada usia dua bulan, bayi sudah boleh
membezakan objek-objek di persekitarannya. Apabila usia semakin meningkat, kanak-kanak
cuba belajar koordinasi antara deria motor dengan gerakan dan mengaitkan perkataanperkataan dengan objek-objek yang berada di persekitarannya melalui penglihatan dan
pendengaran bunyi. Ketika kanak-kanak berumur dua tahun, mereka mula memperolehi
kepercayaan tentang pengekalan objek di mana mereka menyedari bahawa sesuatu objek itu
akan terus wujud walaupun tidak dapat dilihat atau disentuh. Selain itu, kanak-kanak mula
meniru sesuatu tindakan melalui pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau objek yang
dapat dilihat dan disentuh. Pada peringkat ini, penggunaan objek maujud adalah penting untuk
proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak ke peringkat yang abstrak.
Kemudian, pada umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak mula terlibat dalam
peringkat pra-operasi di mana mereka boleh menggunakan bahasa dan simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Pada peringkat kedua ini, perkembangan kognitif kanakkanak semakin meningkat kerana telah mampu bertutur dengan fasih apabila umur mencapai
empat tahun. Kanak-kanak mula berupaya mengkelaskan objek mengikut ciri tertentu dan
memahami konsep keabadian bilangan. Pada permulaan peringkat ini, kanak-kanak
menghadapi kesukaran untuk mengoperasi sesuatu konsep seperti nombor, cecair, luas, berat

dan sebagainya. Contohnya, walaupun mereka sudah mampu mengira nombor dalam
lingkungan satu hingga sepuluh, mereka masih tidak dapat memhami operasi bilangan seperti
(1 + 1) adalah sama dengan (2 – 1). Hal ini kerana kanak-kanak kurang memiliki fleksibiliti
dalam susunan pemikiran, tidak boleh memahami perubahan yang dinamik dan kurang
kemampuan untuk mengklasifikasikan sesuatu secara turutan yang betul. Oleh yang demikian,
guru tadika seharusnya menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan
peringkat pemikiran kanak-kanak. Guru dinasihatkan untuk mengurangkan memberi arahan
secara lisan tetapi perlu memperbanyakkan tunjuk ajar kerana ia lebih bermakna.
Peringkat ketiga ialah peringkat operasi konkrit iaitu untuk kanak-kanak berusia tujuh
hingga sebelas tahun. Pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak sudah mula menjadi fleksibel
kerana mula meemperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan mengamati
proses songsangan. Namun begitu, mereka hanya berjaya melaksanakan kebolehan lojik
tersebut dalam keadaan konkrit atau penggunaan objek maujud. Oleh itu, kebanyakan aktiviti
pembelajaran pengajaran matematik yang bermakna harus bergantung kepada objek-objek

konkrit dan pengalaman secara langsung. Alat bantu mengajar yang sesuai mampu membantu
kanak-kanak dalam memahami konsep matematik.
Melalui Teori Kognitif Piaget, dalam sesi pengajaran, guru harus menumpukan
perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit. Oleh itu,
guru perlu memahami kebolehan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran Matematik di

peringkat awal lagi. Pada peringkat awal kanak-kanak, pelajar hanya memahami sesuatu
konsep Matematik melalui pengalaman konkrit. Sehubungan dengan itu, alat bantu mengajar
(ABM) memainkan peranan penting dalam menyampaikan konsep Matematik dengan
berkesan kerana pelajar suka menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan menggunakan
ABM yang menarik dan sesuai. Jadi, kaedah kerja secara praktikal merupakan kaedah yang
sesuai digunapakai supaya pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Guru
harus memperkenalkan konsep matematik baru dengan menunjukkan contoh-contoh yang
konkrit. Tambahan, Piaget berpendapat bahawa asas dalam sesuatu pembelajaran ialah aktiviti
kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menekankan kepentingan dalam interaksi idea antara
kanak-kanak dengan rakan sebaya untuk perkembangan mental.

TEORI JEROME BRUNER
Seterusnya, tokoh yang turut terlibat dalam teori berkaitan kognitif ialah Jerome
Bruner. Beliau telah mendefinisikan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) sebagai
satu daripada model kognitif yang diasaskan melalui prinsip-prinsip konstruktivisme. Teori ini
menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan
dengan mengolah apa yang diketahui oleh pelajar kepada satu corak yang baru. Sehubungan
dengan itu, disebabkan pembelajaran adalah satu proses yang aktif, guru harus menyediakan
panduan apabila diperlukan. Namun begitu, panduan diberikan selepas pelajar meneroka
sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang lepas yang

berkaitan.
Menurut Mok Soon Sang (1996), Bruner dan pembantunya, Kenneth telah berjaya
membina empat teorem pembeljaran matematik melaui kajian dan pemerhatian yang dibuat
pada tahun 1963. Teorem pertama ialah teorem pembinaan. Teorem tersebut merupakan cara
yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum Matematik
dengan membina perwakilan dan menjalankan aktiviti dengan bahan konkrit. Kemudian,

teorem kedua pula ialah teorem tatatanda. Guru harus memastikan tatatanda Matematik yang
diperkenalkan kepada pelajar harus mengikut perkembangan kognitif pelajar. Seterusnya,
teorem yang ketiga ialah teorem kontras dan variasi. Guru harus menyedari bahawa
Matematik mempunyai pelbagai konsep yang berbeza. Jadi, guru mesti menerangkan
perbezaan dalam sesuatu konsep agar pelajar dapat membezakan konsep-konsep tersebut.
Teorem yang terakhir ialah teorem perhubungan. Walaupun konsep-konsep Matematik adalah
berbeza, namun, dalam sesuatu konsep, guru harus mengaitkan setiap konsep, prinsip dan
kemahiran dengan konsep yang lain.
Di samping itu, sama seperti Jean Piaget, Jerome Bruner bersetuju bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat dan telah memperkenalkan
Teori Perkembangan Kognitif. Bruner (1966) menyatakan bahawa pembelajaran merupakan
satu proses yang aktif. Melalui pernyataan tersebut, ini bermaksud bahawa setiap individu
membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Kenyataan ini

turut disokong oleh Abu Hassan Kassim (2003) yang mengatakan bahawa individu akan
memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah dan kekal melalui pengalaman
yang bermakna. Dalam teori tersebut, Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah dengan melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik
dan peringkat simbolik.
Peringkat yang terawal ialah peringkat enaktif di mana ianya adalah serupa dengan
peringkat deria motor iaitu untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.
Peringkat ini melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan umur kosong hingga tiga tahun. Pada
peringkat enaktif, kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan
anggota kanak-kanak itu sendiri dan orang dewasa haruslah tahu bahawa ketika ini, kanakkanak mudah mempelajari apa sahaja. Disebabkan pada tahap umur ini mereka masih belum
pandai berkomunikasi dengan baik, maka, mereka akan memegang sesuatu objek untuk
memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Oleh itu, mereka harus diberi pengalaman yang
kukuh tentang sesuatu perkara supaya semua pengalaman yang dialaminya tersimpan dalam
jangka masa yang panjang. Justeru itu, Richard (2004) telah memberi pendapat bahawa
kanak-kanak belajar menggunakan alat muzik adalah lebih pantas daripada orang dewasa.
Seterusnya dalam Teori Perkembangan Kognitif Bruner adalah peringkat ikonik yang
melibatkan usia tiga hingga lapan tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu belajar dengan
memikirkan sesuatu melalui imej dan gambar rajah. Melalui peringkat ini, Richard Overbaugh

(2004) mengatakan yang kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan.

Contohnya, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Di samping itu,
kanak-kanak juga sudah mampu menyebut objek yang tiada di hadapan matanya di mana
keadaan ini dikenali sebagai ‘imej mental’. Selain ikonik, kognitif kanak-kanak turut
berkembang melalui peringkat simbolik pada umur lapan tahun dan ke atas. Pada peringkat
simbolik, kanak-kanak boleh memahami dan belajar sesuatu perkara melalui simbol dan
konsep yang lebih meluas. Selain itu, penggunaan simbol adalah untuk mewakili pengamatan
imej bagi objek dan turut berkembang melalui penggunaan bahasa.

TEORI DAVID AUSUBEL
Teori kognitif yang seterusnya adalah daripada David Ausubel. Teori Ausubel adalah
lebih menumpukan terhadap cara pelajar menyusun maklumat. Beliau berpendapat bahawa
penyusunan maklumat merupakan faktor utama dalam pembelajaran dan pengekalan
pengajaran yang baru. Struktur penyusunan maklumat ini merupakan sebuah organisasi yang
berhierarki. Dalam bidang pendidikan, teori Ausubel ini adalah untuk mencapai suatu
pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Sehubungan dengan itu, pelajar perlu mempunyai
satu struktur konsep yang inklusif dan relevan. Bagi merealisasikan konsep tersebut, guru
harus menyusun konsep lebih awal di mana susunan konsep perlu diterangkan sebelum
memperkenalkan isi pelajaran yang baharu. Melalui teori Ausubel ini, pelajar akan mendapat
hierarki konsep yang teratur dan seterusnya dapat mengaitkannya dengan konsep baru.


TEORI LEV VYGOTSKY
Selain itu, tokoh yang turut terlibat dalam teori kognitif ialah Lev Vygotsky. Beliau
percaya bahawa perkembangan kognitif individu terjadi melalui persekitaran sosiobudaya.
Oleh itu, kebanyakan kemahiran kognitif kanak-kanak terbentuk daripada interaksi sosial
kanak-kanak dengan ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sebaya. Melalui pengalaman sosial
tersebut, Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak diperoleh
melalui bimbingan orang yang lebih dewasa yang menjadi model dan seterusnya membentuk
pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Proses bimbingan tersebut dikenali sebagai
‘scaffolding’ yang bermaksud bantuan, bimbingan, petunjuk atau tatacara oleh orang dewasa
atau rakan sebaya yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu.

Dalam skop pendidikan, guru akan memberikan bantuan dan pelajar beransur-ansur
menerima tanggungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas sesuatu pembelajaran.
Pembelajaran sebegini berlaku dalam Zon Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal
Development). Zon tersebut berada di antara tahap perkembangan potensi dan tahap
perkembangan sebenar. Pada tahap perkembangan potensi, berlakunya proses penyelesaian
masalah dengan bimbingan daripada orang yang berkebolehan. Manakala, tahap
perkembangan sebenar berlaku apabila pelajar mampu menyelesaikan masalah secara
bersendirian. Vygotsky menjelaskan bahawa kebolehan pelajar akan meningkat apabila berada
dalam pengaruh sosial berbanding dengan pembelajaran secara individu. Oleh itu, ibu bapa,
guru, rakan sebaya dan orang dewasa boleh mengajar kanak-kanak dalam aktiviti
pembelajaran dan interaksi kehidupan seharian.

TEORI PROFESSOR ZOLTON P. DIENES
Professor Zolton P. Dienes ialah seorang ahli Matematik, ahli psikologi dan pendidik
telah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Dalam teorinya, Dienes
menggariskan beberapa prinsip untuk kanak-kanak mempelajari Matematik. Prinsip pertama
ialah prinsip konstruktiviti. Melalui prinsip ini, kanak-kanak harus memahami sesuatu konsep
sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. Prinsip kedua ialah prinsip perubahan
perspeptual. Kanak-kanak akan didedahkan dengan pelbagai keadaan yang berbeza agar dapat
memaksimakan pemahaman dalam sesuatu konsep. Seterusnya, prinsip terakhir ialah prinsip
dinamik di mana kanak-kanak akan mempelajari sesuatu perkara melalui pendedahan dan
penerokaan untuk membentuk suatu konsep. Dalam pendidikan Matematik, kebiasaannya
kanak-kanak akan diajar dengan menggunakan objek konkrit supaya mereka memperoleh
pengalaman yang akan digunakan dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, Dienes telah
merangka satu sistem yang berkesan untuk pengajaran subjek Matematik agar subjek tersebut
menjadi lebih mudah dan menjadikan pelajar berminat untuk belajar. Menurut Dienes, konsep
Matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan
berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan formalisasi.
Di peringkat permainan bebas, kanak-kanak diberi peluang untuk jalankan satu aktiviti
permainan Matematik menggunakan ABM yang berkaitan dengan konsep. Peringkat ini
berbeza dengan peringkat kedua iaitu permainan berstruktur. Hal ini demikian kerana,
peringkat permainan bebas tidak mempunyai sebarang hukuman atau peraturan tetapi

peringkat permainan berstruktur mempunyai hukuman dan peraturan. Peringkat yang ketiga
ialah mencari ciri-ciri. Pada peringkat ini, guru membimbing kanak-kanak dalam mencari ciriciri yang sama untuk konsep Matematik yang dipelajari dengan mengemukakan beberapa
contoh. Selepas kanak-kanak mengetahui ciri-ciri yang sama dalam setiap contoh konsep
Matematik, mereka akan bergerak ke peringkat keempat iaitu perwakilan gambar. Pada
peringkat keempat ini, kanak-kanak perlu menyatakan konsep yang dipelajari itu dengan
menggunakan rajah atau gambar. Kemudian, daripada gambar, mereka akan ke peringkat yang
berkesan untuk menyatakan konsep iaitu peringkat perwakilan simbol. Peringkat yang
terakhir ialah peringkat formalisasi di mana kanak-kanak akan menggunakan simbol yang
difahami untuk menyelesaikan masalah atau satu sistem pembelajaran formal.

TEORI ROBERT M. GAGNE
Seterusnya, teori daripada seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman
dalam bidang penyelidikan pembelajaran iaitu Robert M. Gagne. Kebanyakan idea dalam
teori Gagne menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku secara berperingkat atau hierarki di
mana berkembang daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.
Dalam teori Gagne, beliau telah mengenalpasti lapan peringkat pembelajaran. Beliau
menyatakan bahawa setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah
menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Lapan peringkat tersebut ialah
pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran
pertalian bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hokum dan
dan pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne menyatakan bahawa peringkat yang tertinggi
dalam pembelajaran adalah penyelesaian masalah. Pada peringkat tersebut, bagi subjek
Matematik. pelajar akan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. Contohnya, pada peringkat awal kanakkanak, mereka akan mempelajari nombor asas terlebih dahulu sebelum bergerak ke peringkat
yang lebih sukar iaitu operasi tambah dan tolak. Jadi, apabila di tahap operasi tambah dan
tolak, mereka akan menggunapakai segala konsep yang telah dipelajari untuk menyelesaikan
masalah dalam operasi tersebut.

TEORI KONSTRUKTIVISME
Menurut Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti Hajar (2004), konstruktivisme bermaksud
satu koleksi teori yang diasaskan daripada idea bahawa individu membina pengetahuan secara
aktif dengan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah. Tokoh yang terlibat dalam
konstruktivisme dikenali sebagai konstruktivis atau interaktionis. Dalam teori tersebut,
konstruktivis menyatakan bagaimana kanak-kanak membina konsep berdasarkan pengalaman
mereka berinteraksi dengan persekitaran dan seterusnya dapat mempertingkatkan peringkat
perkembangan mereka. Salah seorang tokoh yang terlibat dalam teori tersebut ialah John
Dewey. Beliau menyatakan pandangan tentang pengetahuan adalah berkaitan dengan proses
yang membawa kanak-kanak ke arah strategi inkuiri dan penyelesaian masalah.
Melalui Teori Konstruktivisme, terdapat beberapa matlamat yang ingin dicapai dan
memberi implikasi terhadap pendidikan matematik di peringkat awal kanak-kanak. Salah
satunya ialah kanak-kanak boleh memahami jumlah dan saiz objek-objek yang berada di
persekitarannya. Kefahaman kanak-kanak terhadap nombor juga boleh ditambahkan dengan
menjalankan aktiviti yang melibatkan mereka dalam mengukur, membuat graf, membaca dan
membina carta. Selain itu, kebolehan kanak-kanak dalam menggambarkan sesuatu objek dan
simbol abstrak boleh dikembangkan dan mampu membuat klasifikasi dari segi persamaan dan
perbezaan serta berkebolehan dari segi ruang dan masa.

BELAJAR MELALUI BERMAIN
Friedrich Wilhelm Froebel pula telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan
awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Froebel
mempercayai bahawa bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara.
Selain itu, beliau berpendapat bahawa permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak
berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebebasan dan kepuasan di dalam dunia kanakkanak. Beliau juga mengatakan bahawa kanaka-kanak belajar dari persekitarannya dan
pembentukan peribadi adalah dipengaruhi oleh cara kanak-kanak itu bermain. Oleh yang
demikian, guru harus memilih alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan
teliti untuk membantu perkembangan pembelajaran kognitif kanak-kanak.
Piaget pula memandang permainan sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku
yang boleh dipelajari. Walaupun permainan dan pembelajaran adalah aktiviti yang berbeza,

namun yang pasti permainan mampu memudahkan cara pembelajaran. Hal ini demikian
kerana, melalui bermain, secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperoleh pengalaman baru serta dapat diadaptasikan ke dalam struktur kognitif mereka.
Pelbagai aktiviti permainan yang boleh dijalankan oleh guru Matematik bagi membantu
dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Semasa aktiviti tersebut dijalankan,
guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang
boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti mencari objek yang sama bentuk mengikut
nilai nombor yang diberikan. Jadi, kanak-kanak akan berfikiran secara spontan dan secara
langsung membantu perkembangan kognitif mereka.
Selain Piaget, Vygotsky turut menyatakan pendapat tentang bermain. Beliau
menyatakan bahawa dengan bermain, minda kanak-kanak dapat dipertingkatkan supaya
menjadi lebih kreatif dan inovatif. Mereka juga akan dapat memberi makna yang abstrak dan
seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir mereka menjadi lebih kritis. Tambahan pula,
bermain turut dapat meningkatkan kebolehan sosialisasi kanak-kanak dengan memahami
antara satu sama lain melalui kemahiran-kemahiran komunikasi yang wujud. Contoh
kemahiran tersebut adalah seperti pembinaan hubungan, memeri perhatian, kemahiran
mendengar, interpersonal dan intrapersonal. Kewujudan peraturan semasa permainan
dijalankan boleh menjadikan seseorang kanak-kanak itu untuk sentiasa hormat kepada rakanrakannya.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, berdasarkan teori-teori yang telah dibincangkan, terdapat
beberapa implikasi yang berkaitan dengan Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak
diperolehi. Antaranya ialah guru seharusnya merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan
pengajaran Matematik yang menarik dan bermakna. Namun begitu, guru harus memastikan
bahawa isi kandungan dan objektif pelajaran yang disediakan adalah bersesuaian dengan
perkembangan mental kognitif kanak-kanak. Hal ini adalah untuk mengelakkan guru
mengharapkan lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak. Sehubungan
dengan itu, perancangan dan penyusunan isi pelajaran adalah amat penting supaya mudah
difahami oleh kanak-kanak. Pada peringkat awal kanak-kanak, konsep ansur maju adalah
dititikberatkan. Konsep ini bermaksud guru harus memastikan peringkat pelajaran adalah
bermula daripada mudah kepada kompleks, umum kepada khusus, konkrit kepada abstrak,
pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada persekitaran yang pernah
dialami kepada persekitaran yang belum dialami.
Selain itu, guru harus menyediakan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai
dengan konsep pengajaran dan mampu menarik minat kanak-kanak. Bagi subjek Matematik,
penggunaan bahan maujud atau konkrit adalah sangat penting dan bermakna dalam
menerangkan sesuatu konsep. Contoh bahan maujud yang bersesuaian dalam Matematik ialah
butang, guli, kotak dan pentutp botol. Jadi, para guru harus berfikiran kreatif dalam
menghasilkan ABM yang menarik dan sesuai.

RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak : Teori dan Amali. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Definisi

Kognitif

(2011).

Diperoleh

pada

April

6,

2012

daripada

http://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitif.
Kamarulzaman Kamaruddin (2009). Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru. Perak:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Strategi mengingat dalam pendekatan kognitif (2008). Diperoleh pada April 6, 2012 daripada
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=35246.
Suppiah Nachappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teori dan model awal kanak-kanak (2010). Diperoleh pada April 6, 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/36760501/Teori-Dan-Model-an-Awal-Kanak-kank.