ADAKAH BUDAYA JEPUN BERUBAH SEPENUHNYA P

PENDAHULUAN
Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah lampau yang panjang
dan menarik. Jepun atau Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali secara meluas
sebagai Tanah Matahari Terbit.1 Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu,
Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Orang-orang Jepun
dikatakan mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat, minat yang kuat untuk belajar dan
bijak memilih, meminjam, menyesuai serta menjepunkan pendapat dan teknik asing. Hal
ini jugalah yang membawa kepada keunikan kebudayaan Jepun itu sendiri. Kebudayaan
menurut Kamus Dewan ialah tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran. 2 Seperti juga
negara lain, Jepun turut mempunyai budaya turun-temurun yang diwarisi sejak sekian
lama. Namun begitu kebudayaan Jepun dilihat mula mengalami satu transisi pada era
pemerintahan Maharaja Meiji.
Maharaja Meiji merupakan seorang pemerintah Jepun yang mentadbir Jepun
selepas jatuhnya Kesyogunan Tokugawa. Maharaja Meiji atau nama sebenarnya
Mutsuhito telah menaiki takhta ketika berusia 16 tahun pada tahun 1867. Era ini dikenali
sebagai era pemulihan Meiji yang mana dapat dilihat kuasa dan peranan Maharaja
kembali dipulihkan. Walaupun begitu, Maharaja hanyalah merupakan ketua negara dari
segi simboliknya sahaja. Hal ini kerana kuasa sebenar khususnya dalam politik terletak
pada golongan samurai yang sebelum ini telah berusaha menjatuhkan Kesyogunan
Tokugawa. Mereka adalah samurai-samurai dari suku kaum Satsuma, Chosu, Tosa dan
Hizen. Antara samurai-samurai yang terkenal dan berpengaruh semasa zaman Meiji

termasuklah Okubo, Saigo, Matsukata Masayoshi dan ramai lagi. mereka inilah yang
menjadi tulang belakang dalam era pemulihan Meiji di Jepun.
1 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku, 1988, hlm. 1.
2 Noresah Baharom, et al., Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,
hlm. 180.

1

Zaman Meiji menyaksikan satu lembaran sejarah baru buat Jepun. Hal ini
demikian kerana berlakunya proses pemodenan yang dilakukan secara besar-besaran
dalam segenap aspek. Pemodenan zaman Meiji menurut Abu Talib Ahmad adalah
merupakan satu revolusi yang dimulakan dari atas oleh golongan elit tradisional dan
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu sebelum dan selepas tahun 1880-an. 3 Tujuan
utama pemodenan yang dilakukan semasa zaman Meiji ini adalah untuk meningkatkan
kekuatan negara dan mempertahankan kemerdekaan selain menjadikan Jepun diterima ke
dalam masyarakat antarabangsa.4 Oleh yang demikian, antara aspek penting yang secara
langsung terkena tempias perubahan semasa proses pemodenan Meiji termasuklah aspek
kebudayaan. Hal ini turut disokong oleh Mikiso Hane yang menyatakan bahawa pada
awal era Meiji adalah merupakan tempoh di mana trend-trend dari Barat tersebar luas
dalam arus tamadun Jepun.5

Apabila membincangkan tentang budaya Jepun, perlulah difahami bahawa budaya
Jepun semasa era Meiji jauh berbeza jika dibandingkan dengan era sebelumnya iaitu era
Kesyogunan Tokugawa. Perbezaan ini berlaku adalah disebabkan oleh dasar yang
diamalkan oleh pentadbiran pada era tersebut. Seperti yang diketahui, era Kesyogunan
Tokugawa memperlihatkan Jepun mengamalkan dasar pemencilan dan dasar ini
menyebabkan Jepun kurang menerima serta mendapat pengaruh luar dalam pelbagai segi
termasuklah budaya. Namun begitu keadaan ini ternyata amat berbeza menjelang era
Meiji yang mengamalkan dasar buka pintu yang akhirnya membawa kepada
berkembangnya idea serta pengaruh khususnya dari Barat dalam segenap aspek tamadun
Jepun yang turut merangkumi budaya. Walaupun menerima banyak pengaruh luar
khususnya dari Barat namun persoalannya adakah budaya Jepun era Meiji berubah

3 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 177.
4 Ibid.
5 Mikiso Hane, Modern Japan : A Historical Survey, hlm. 132.

2

sepenuhnya? Bagi menjawab persoalan ini maka aspek-aspek dalam budaya Jepun
perlulah dibincangkan terlebih dahulu. Antara aspek-aspek dalam budaya Jepun yang

akan dibincangkan termasuklah aspek kesusasteraan yang merangkumi penterjemahan,
penulisan dan puisi. Aspek seterusnya yang akan dibincangkan termasuklah aspek
kesenian yang merangkumi seni muzik, seni lukis, seni bina, drama dan pementasan serta
perfileman. Selain itu, aspek dari segi agama, fesyen, makanan serta pertubuhan sosial
juga turut akan dibincangkan dengan lebih mendalam bagi mendapatkan jawapan adakah
budaya Jepun berubah sepenuhnya pada era Meiji.
KESUSASTERAAN
Kesusasteraan merupakan aspek penting dalam budaya jepun yang dilihat
menerima banyak perubahan pada era pemerintahan Meiji. Aspek kesusasteraan yang
menerima pelbagai perubahan khususnya dari Barat ini dapat dilihat melalui
penterjemahan, penulisan, puisi dan penerbitan.
i)

Penterjemahan
Menurut Abu Talib Ahmad, pengaruh Barat bermula dengan penterjemahan

karya-karya penulis British seperti Bulwer-Lytton, Scott, Disraeli dan Jules Verne. 6
Aktiviti penterjemahan pada zaman Meiji bermula apabila Futabatei Shimei iaitu
merupakan seorang rakyat Jepun telah mempelajari bahasa Rusia dan kemudiannya telah
menterjemahkan novel Rusia ke dalam bahasa Jepun. 7 Futabatei Shimei disifatkan oleh

Mikiso Hane dalam bukunya sebagai seorang yang sangat kuat terpengaruh dengan gaya
penulis Rusia seperti Turgenev dan Goncharov.8 Permintaan juga meningkat terhadap
terjemahan karya dari Barat contohnya antara terjemahan terawal ialah karya Robinson
Crusoe oleh Daniel Defoe, karya Self-Help oleh Samuel Smiles dan karya On Liberty
6 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 260.
7 Ibid.
8 Mikiso Hane, Modern Japan : A Historical Survey, hlm. 136.

3

oleh John Stuart Mills.9 Pada era Meiji juga, terjemahan-terjemahan biografi dan
terjemahan karya-karya tokoh Barat yang terkenal seperti Homer, Shakespeare dan
Voltair mendapat sambutan yang baik dari masyarakat.
Hal ini dapat dibuktikan apabila karya-karya sastera terkenal seperti Pilgrim’s
Progress dan Social Contract telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun pada dekad
pertama era pemerintahan Meiji.10 Giatnya aktiviti penterjemahan pada dekad pertama era
pemerintahan Meiji kemudiannya telah melahirkan tokoh-tokoh penterjemah terkenal di
Jepun dan di antaranya termasuklah Oda Junichiro. Belia mendapat pendidikan di
Universiti Edinburgh, Scotland dan beliau telah menterjemah pelbagai karya dari Barat
seperti Ernest Maltravers, The Bride of Cammermoor, Romeo and Juliet, The Last Days

of Pompei dan banyak lagi. Melalui penterjemahan masyarakat Jepun semakin tertarik
dan mudah menerima idea-idea, pengetahuan, sains, pemikiran politik termasuk juga
kebudayaan yang datang dari Barat. Hal ini telah menyebabkan kebudayaan dari Barat
sedikit sebanyak mula diadaptasi dalam kehidupan masyarakat Jepun pada ketika itu
kerana mereka mula tertarik dengan budaya-budaya ini.
ii) Penulisan
Melalui penterjemahan, bidang penulisan juga semakin berkembang pesat di
Jepun. Perkembangan pesat bidang penulisan semasa era Meiji tidak dapat lari daripada
pengaruh Barat. Hal ini dapat dilihat khususnya dalam bidang penulisan novel. Perkara
ini disokong oleh Andrew Gordon yang menyatakan bahawa pada lewat 1880-an penulis
Jepun seperti Futabatei Shimei, Mori Ogai dan Natsume Soseki telah mula menghasilkan
banyak karya fiksyen yang setanding dengan karya-karya dari Barat. 11 Penulis-penulis era
Meiji khususnya pada era pertengahan banyak menghasilkan karya yang bersifat realistik
sama seperti penulisan di Barat. Futabatei Shimei contohnya telah berjaya menghasilkan
9 W. Scott Morton, terjemahan Azhar Mad Aros, Jepun Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2006, hlm. 172.
10 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 69.
11 Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, New York: Oxford
Univ. Press, 2003, hlm. 108.


4

sebuah karya dalam bentuk novel yang berjudul Ukigomo (Awan Berarak) pada tahun
1887 yang mana ianya merupakan novel moden pertama dalam bahasa Jepun.12
Menurut Mikiso Hane, novel ini sangat kuat dipengaruhi unsur realisme dari Barat
yang mana ianya menandakan bermulanya era kesusasteraan moden di Jepun. 13 Bukan itu
sahaja, gaya penulisan juga turut berubah berikutan pengaruh Barat dalam bidang
penulisan di Jepun. Munculnya gaya penulisan baru yang dikenali sebagai gembun-itchi
di mana gaya penulisan ini banyak menggunakan perbendaharaan kata bahasa Jepun. 14
Gaya penulisan gembun-itchi kemudiannya menjadi bahasa pengantar kesusasteraan yang
diterima oleh ramai penulis-penulis muda. Pada era Meiji juga iaitu sekitar 1880-an,
lahirnya beberapa kumpulan penulis yang berpegang kepada aliran-aliran tertentu.
Contohnya terdapat kumpulan penulis aliran naturalis iaitu mereka yang menekankan
perlunya diberi setepat mungkin gambaran tentang manusia serta tingkah laku mereka
dan antara nama penting dalam kumpulan naturalis ini termasuklah Mori Ogai dan
Shinazaki Toson.15
Selain kumpulan naturalis terdapat juga kumpulan penulis lain seperti kumpulan
romantik. Kumpulan romantik mengkritik hebat kumpulan naturalis dan kumpulan ini
menginginkan kebebasan daripada sistem moral yang sedia ada dalam usaha menerokai
tindak tanduk manusia.16 Antara penulis terkenal dalam kumpulan ini termasuklah

Tanizaki Junichiro dan Nagai Kufu. Tidak dapat dinafikan bidang penulisan semasa era
Meiji telah banyak berubah mengikut acuan Barat dan kemudiannya telah melahirkan
ramai tokoh kesusasteraan bersama dengan karya-karya hebat mereka. Karya-karya inilah

12 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, New York: St. Martin’s Press, 1987,
hlm. 21.
13 Mikiso Hane, Modern Japan : A Historical Survey, hlm. 136.
14 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 69.
15 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 261.
16 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 262.

5

yang kemudiannya secara perlahan-lahan menyebarkan pengaruh Barat kepada para
pembaca yang terdiri daripada masyarakat Jepun sendiri.
iii) Puisi
Puisi juga tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh Barat. Menurut Abu Talib
Ahmad, para peminat puisi di Jepun mendapati bahawa haiku dan waka atau puisi pendek
mempunyai kekurangan untuk melahirkan perasaan dan idea-idea baharu. 17 Bentuk puisi
haiku dan waka juga dikatakan telah merosot pengaruhnya dan dengan itu banyak

kumpulan yang menggalakkan penterjemahan puisi dari Barat serta menghasilkan puisi
baharu yang berasaskan karya agung dari Barat. Namun terdapat juga individu seperti
Yosano Akiko dan Masaoka Shiki yang cuba memulihkan kembali pengaruh haiku dan
waka.18 Pada tahun 1882 pula bentuk puisi baru yang juga disebut sebagai Shintaishu
telah diterbitkan oleh seorang profesor dari Todai.19 Selain itu terdapat juga inovasi yang
dilakukan dalam bidang puisi di mana puisi telah mula ditulis menggunakan bahasa
kolokial dan menceritakan kehidupan seharian serta masalah-masalah sosial seperti yang
dipelopori oleh pemuisi bernama Ishikawa Takuboku.20 Terdapat juga kumpulan yang
berusaha memberi nafas baru kepada puisi pendek atau tanka dengan menggunakan
bahasa Jepun moden seperti yang dilakukan oleh Masaoka Shiki. 21 Pemuisi-pemuisi
Jepun pada era Meiji dilihat memberikan fokus terhadap aspek realisme dan ini
menandakan pengaruh Barat telah berkembang dengan luas dalam bidang puisi Jepun.
iv) Penerbitan dan Percetakan
Dalam aspek kesusasteraan juga bidang penerbitan turut menerima keadaan yang
sama iaitu mengalami perubahan ekoran pengaruh Barat yang semakin meluas di Jepun.
Penerbitan yang dimaksudkan di sini ialah penerbitan surat khabar di Jepun. Penerbitan
surat khabar semasa era Meiji adalah dipengaruhi oleh individu-individu asing yang
17 Ibid., hlm 267.
18 Yutaka Tazawa, et al., terjemahan M. Rajendran, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, Tokyo:
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negeri Jepun, 1987, hlm. 107.

19 Ibid.
20 Mikiso Hane, Modern Japan : A Historical Survey, hlm. 138.
21 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 268.

6

berada di Jepun. Mereka ini telah menerbitkan jurnal-jurnal mereka sendiri dan di
antaranya termasuklah Nagasaki Shipping List, Advertiser, Japan Express, dan Japan
Gazette.22 Antara individu asing yang bergiat aktif dalam bidang penerbitan di Jepun
termasuklah seorang wartawan dari Scotland yang bernama J.R. Black yang telah
menerbitkan sebuah akhbar harian pertama dalam Bahasa Jepun iaitu Nisshin Shinjishi
atau turut dikenali sebagai Reliable Daily News.23
Bidang percetakan turut mengalami perubahan apabila pada tahun 1872 akhbar
pertama Jepun telah diterbitkan di Yokohama dengan menggunakan mesin cetak yang
diimport dan hal ini telah menandakan satu revolusi dalam industri percetakan di Jepun.
Menjelang tahun 1875, terdapat lebih daripada 100 jenis majalah berkala dan akhbar
diterbitkan di Jepun. Kebiasaannya akhbar-akhbar ini menerbitkan berita-berita berkaitan
ekonomi dan sosial yang sedang berlaku di Jepun. Pada tahap awal tujuan akhbar-akhbar
ini dicetak adalah untuk perbincangan politik dan pendidikan awam di mana dapat dilihat
setiap satu akhbar dikaitkan dengan aliran pemikiran tertentu. Misalnya, akhbar Yubin

Hochi dikawal oleh pihal liberal manakala akhbar Toyo Jiyu pula dipengaruhi oleh
sosialisme.24 Akhbar-akhbar semasa era Meiji juga dilihat sering mengkritik dasar-dasar
kerajaan walaupun kerajaan mewujudkan beberapa peraturan untuk mengawal kebebasan
akhbar.
KESENIAN
Kesenian juga merupakan aspek penting dalam budaya jepun yang dilihat
menerima banyak perubahan pada era pemerintahan Meiji. Aspek kesenian yang
menerima pelbagai perubahan khususnya dari Barat ini dapat dilihat melalui seni muzik,
seni lukisan, seni bina, drama dan pementasan serta perfileman.

22 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 71.
23 Ibid.
24 Ibid.

7

i)

Seni Muzik
Bidang seni muzik merupakan salah aspek kesenian yang mengalami perubahan


seiring dengan kemasukan pengaruh Barat pada era Meiji. Menurut Abu Talib Ahmad,
muzik Jepun mula mendapat pengaruh Barat sejak dari kedatangan Komodor Perry dan
kemudiannya dikaitkan dengan pancaragam tentera darat dan laut Jepun yang kerap
mengadakan persembahan terbuka pada tahun 1880-an.25 Bukan itu sahaja pengaruh Barat
dalam seni muzik di Jepun juga dapat dilihat melalui muzik gereja yang diperkenalkan
pada awal pemerintahan Meiji yang kemudiannya turut mempengaruhi lagu popular
hingga hujung abad ke-19.26 Dalam penulisan Andrew Gordon ada menyatakan bahawa
pihak kerajaan Meiji telah mengupah seorang guru dari Boston untuk mengajar mata
pelajaran muzik di sekolah-sekolah baru di Jepun dan guru ini turut membantu dalam
menyediakan buku lagu untuk kanak-kanak pada tahun 1881.27
Pelajar-pelajar di Jepun pada tahap awal dihantar ke akademi muzik di Eropah
untuk mendalami bidang muzik dan pada tahun 1887 Tokyo School of Music telah
dibuka.28 Pada tahun tersebut muzik Barat telah dimasukkan ke dalam kurikulum
persekolahan dan menyebabkan masyarakat Jepun mula mendalami pengetahuan tentang
bentuk serta notasi muzik Barat. Usaha untuk mengajar muzik Barat di sekolah kerajaan
pula telah dipelopori oleh seorang tokoh bernama Izawa Shuji yang telah mendapat
pendidikan muzik di Amerika Syarikat dan beliau telah menggabungkan muzik Barat
dengan muzik tradisional seperti gagaku.29 Gagaku merupakan suatu gaya muzik yang
dimainkan di istana raja dalam upacara rasmi serta keagamaan dan menggunakan alat
muzik seperti shakuhachi (seruling buluh), koto (sebuah alat bertali) dan samisen (alat
25 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 269.
26 Ibid.
27 Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 108.
28 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 21.
29 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 269.

8

muzik bertali tiga).30 Kebolehan bermain alat muzik seperti piano dalam kalangan wanita
muda di Jepun juga semakin popular pada era Meiji. Bukan itu sahaja, piring-piring hitam
Barat semakin banyak di pasaran Jepun dan tarian dari barat seperti tarian ballroom
menjadi semakin popular terutamanya dalam kalangan aristokrat dan elitis di Jepun
semasa era Meiji.31
ii) Seni Lukisan
Selain seni muzik, seni lukisan juga merupakan aspek kesenian yang mengalami
perubahan semasa era Meiji. Seni lukis di Jepun mula menerima pengaruh dari Barat
khususnya selepas tahun 1868 apabila percampuran ketara dapat dilihat antara unsur baru
dan unsur tradisi. Antara pelopor pengaruh Barat dalam seni lukisan di Jepun ialah
Kawakami Togai yang mana pernah mempelajari seni lukis Belanda pada tahun 1850-an
dan beliau kemudiannya berkhidmat dengan kerajaan Meiji di Kementerian Pelajaran. 32
Beliau turut diberi tanggungjawab menghasilkan manual pengajaran seni di sekolah
kerajaan dan beliau telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan seperti penggunaan
pensel bagi menggantikan berus China untuk menghasilkan lukisan yang lebih realistik.
Menurut Andrew Gordon, pelukis-pelukis terkenal Jepun mendapat sokongan dari
kerajaan Meiji pada tahun 1870-an sehingga 1880-an dalam mempromosikan gaya
lukisan Barat seperti lukisan minyak.33
Selaras dengan itu, Tokyo Art School telah ditubuhkan pada tahun 1876 dan telah
menghasilkan banyak karya-karya lukisan mengikut gaya Barat. 34 Dapat dilihat pelukispelukis Jepun semakin ramai yang meminati gaya lukisan dari Barat seperti lukisan yang
lukisan yang menggunakan warna-warna jelas (bold). 35 Antara guru yang terkenal di
30 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 72.
31 Ibid.
32 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 268.
33 Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 108.
34 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 21.
35 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 72.

9

Tokyo Art School termasuklah Kuroda Seiki yang pernah mendapat latihan di Paris serta
menerima pengaruh aliran impresionis di sana. Pada tahun 1877 pula kerajaan Meiji telah
menubuhkan Sekolah Seni Pertukangan yang dikendalikan oleh pakar dari Itali dan di
antara gurunya yang terkenal termasuklah Antonio Fontanesi. 36 Anak-anak didik kepada
Antonio Fontanesi kemudiannya menubuhkan pula persatuan pelukis pertama di Jepun
untuk tujuan menggalakkan lagi seni lukis dari Barat.
iii) Seni Bina
Seni bina pada era Meiji juga turut menerima tempias perubahan yang berlaku di
negara Jepun. Seawal tahun 1870-an lagi dapat dilihat bangunan yang bercirikan Barat
telah dibina di Jepun dan bangunan-bangunan ini direka oleh arkitek-arkitek dari Barat.
Banyak bangunan-bangunan di Jepun yang didirikan mengikut reka bentuk bangunan di
Eropah khususnya. Sebagai contoh termasuklah bangunan seperti Bank of Japan, Tokyo
Central Station, dan Akasaka Palace yang mana kesemua bangunan ini direka mengikut
gaya Eropah pada lewat abad ke-19.37 Kerajaan Meiji juga turut melatih arkitek-arkitek
tempatan yang kemudiannya bertanggungjawab untuk membina bangunan ala Barat di
Jepun. Pada tahun 1883, kerajaan Meiji telah membelanjakan wang yang banyak bagi
membina sebuah dewan yang dikenali sebagai Rokumeikan di Tokyo.
Pembinaan Rokumeikan ini menelan belanja sebanyak 180, 000 Yen dan dewan ini
berfungsi sebagai tempat untuk menyemai kebudayaan Barat. 38 Pada setiap malam Ahad,
akan dianjurkan majlis tari menari di Rokumeikan yang mana majlis ini akan dihadiri oleh
golongan bangsawan dan elitis. Pada tahun 1887 pula pernah diadakan sebuah majlis
pakaian berhias yang besar di Rokumeikan yang menjadi simbol pembaratan ketika itu.39
36 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 268.
37 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 21.
38 Abu Bakar Jaafar, ‘Pertembungan Tamadun Jepun-Tamadun Barat: Dampaknya Ke Atas Pembentukan
Tamadun Jepun Moden’, Disertasi M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 120-121.
39 Chitoshi Yanaga, Japan Since Perry, Westport, Conn.: Greenwood Press, 1975, hlm. 96-97.

10

Bukan itu sahaja, dari sudut seni bina juga dapat dilihat semasa era Meiji rumah-rumah
persendirian yang dimiliki oleh golongan kaya akan dilengkapi dengan ‘western room’
iaitu sebuah bilik yang dilengkapi oleh karpet, lukisan, kerusi dan tirai ala Barat. 40
Melalui seni bina dapat dikenalpasti bahawa pengaruh luar iaitu dari Barat telah tersebar
luas dalam kalangan masyarakat Jepun terutamanya golongan bangsawan dan kenamaan.
Melalui seni bina juga didapati bahawa pengadaptasian budaya dari Barat semakin pesat
berlaku dalam segenap aspek kehidupan masyarakat atasan Jepun khususnya.
iv) Drama dan Pementasan
Semasa era Meiji, drama tradisional seperti noh dan kabuki mengalami satu
transisi yang berbeza sama sekali. Noh tidak lagi popular kerana hanya diminati oleh
penuntut muzik dan drama klasik sahaja. Akan tetapi lain pula dengan kabuki kerana
kabuki telah mengalami pelbagai perubahan semasa era Meiji. Jika dahulu semasa zaman
Edo kabuki diminati oleh golongan saudagar-saudagar namun keadaan ini telah berubah.
Terdapat dua orang tokoh utama iaitu Morita Kanya dan Kawatake Mokuami yang telah
berusaha agar kabuki diterima oleh masyarakat umum.41 Untuk memudahkan kabuki
diterima umum, pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah dengan menyerapkan unsur
Barat ke dalam kabuki bagu memantapkan lagi persembahannya. Pelopor agung kabuki
iaiti Ichikawa Danjuro telah memainkan peranan penting dalam menjadikan kabuki
sebagai suatu seni drama yang halus dan sofistikated.42
Pada tahun 1870-an kabuki turut memperkenalkan cerita yang dipadankan
daripada sejarah semasa yang lebih realistik bagi menarik lebih ramai penonton selain
menggunakan peralatan pentas yang terkini seperti lampu dan peralatan suara. 43
Perubahan lain yang berlaku dalam pementasan kabuki juga termasuklah dari segi muzik,
pentas, struktur panggung dan teknik lampu. Bukan itu sahaja, satu bentuk aliran kabuki
40 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 21.
41 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 270.
42 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 72.
43 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 270.

11

yang baru iaitu shimpa telah muncul pada pertengahan era Meiji di mana shimpa lebih
kepada persembahan drama yang berkaitan dengan politik dan hal ehwal semasa di
samping memaparkan peristiwa-peristiwa perang Jepun di Asia.44 Menurut Andrew
Gordon terdapat juga keadaan di mana pengaruh Barat dapat dilihat apabila pelakon
kabuki itu sendiri memakai kostum Barat dan mengenengahkan plot berkaitan kehidupan
moden pada waktu tersebut.45
Selain dari kabuki, pementasan sandiwara gaya Barat yang dikenali sebagai
shingeki turut diperkenalkan pada awal abad ke-20. Shingeki lebih bercorak intelektual
dan realistik dalam persembahannya dengan menonjolkan keburukan politik era Meiji.
Shingeki juga memengutamakan dialog, muzik, tarian dan juga latar pentas. Antara
pelopor utama shingeki termasuklah nama-nama seperti Tsubouchi Shoyo, Osanai Kaoru,
Ichikawa Sadonji dan ramai lagi. Terdapat juga pementasan drama Barat yang terkenal
seperti karya Shakespeare yang telah dilakokan semula. Perkembangan dalam bidang
drama dan pementasan yang dilihat banyak mendapat pengaruh Barat ini kemudiannya
membawa kepada perubahan dalam bidang perfileman di Jepun.
v) Perfileman
Bidang perfileman semasa era Meiji berkembang pesat seiring dengan
perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap bidang drama dan pementasan.
Filem merupakan sebahagian daripada budaya popular di Jepun sekitar tahun 1920-an.
Filem buat pertama kalinya ditayangkan di Jepun pada tahun 1894 dan menjelang tahun
1920-an industri perfileman telah berkembang untuk memenuhi keperluan hiburan
rakyat.46 Antara jenis cerita yang popular pada ketika itu termasuklah cerita bushi atau
drama keluarga yang berkisar pada kehidupan harian kelas menengah bawahan dan di
antara pengarah yang terkenal ketika itu ialah Ozu Yasujiro. Ramai pengusaha filem pada
44 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 72.
45 Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 109.
46 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 271.

12

era Meiji dikatakan menikmati keuntungan besar. Beberapa buah filem yang ulung
semasa era Meiji adalah telah dipetik dari adegan-adegan kabuki yang mana pelakonpelakon di dalam filem terawal di Jepun juga merupakan pelakon-pelakon kabuki. Pada
tahun 1903 panggung wayang gambar pertama telah dibina di Jepun dan menjelang akhir
era Meiji, industri filem di Jepun telah mempamerkan kemajuan yang besar seperti
penggunaan teknik-teknik kamera moden, sarikata, teknik sinaran tiruan, props dan
sebagainya.47
PERTUBUHAN SOSIAL
Selain dari aspek kesusasteraan dan kesenian seperti yang dibincangkan,
perubahan dalam budaya Jepun pada era Meiji juga dapat dilihat melalui kewujudan
pertubuhan sosial. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Mierokusha yang ditubuhkan
pada tahun 1873 dengan tujuan untuk menyebarkan idea-idea tamadun Barat. 48
Pertubuhan ini mengadakan perjumpaan sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan untuk
berbincang tentang idea-idea baru dari Barat berkaitan sains, politik, masyarakat dan
agama. Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Mori Arinori bersama dengan 12 orang
intelektual lain dan mereka akan menyebarkan pandangan mereka melalui jurnal iaitu
Meiroku zasshi selain menulis buku teks, buku umum dan juga penterjemahan.49
Menurut Stuart Fewster dan Tony Gorton, ahli-ahli Meirokusha mempunyai
semangat yang lebih kebaratan contohnya Mori Arinori sendiri pernah mencadangkan
kepada masyarakat Jepun supaya mempelajari Bahasa Inggeris dan meninggalkan bahasa
tempatan.50 Hal ini demikian kerana majoriti ahli-ahli Meirokusha didedahkan kepada
ilmu Barat atau belajar di Barat dan antara contoh ahli Meirokusha yang terkenal adalah
47 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 73.
48 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 19.
49 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 191-192.
50 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 19.

13

seperti Fukuzawa Yukichi. Beliau pernah melawat Amerika Syarikat pada tahun 1860 dan
1867 serta melawat Eropah pada 1862 dan beliau amat tertarik dengan institusi serta
amalan sosial yang terdapat di Amerika Syarikat seperti hubungan antara jantina, hospital
serta rumah orang gila.51 Melalui lawatan tersebut beliau telah menulis sebuah buku
berjudul Seiyo Jijo atau Conditions in the West yang kemudiannya mendapat sambutan
hangat oleh masyarakat Jepun.
AGAMA
Agama turut merupakan salah satu aspek dalam kebudayaan Jepun yang boleh
dikatakan mengalami perubahan ketara pada era Meiji. Semasa era Meiji, kokutai telah
dijadikan sebagai ideologi rasmi Jepun yang mana ideologi kokutai telah memberikan
penekanan ke atas ciri bitara masyarakat Jepun yang berpusat di keliling institusi diraja. 52
Bukan itu sahaja, pemimpin-pemimpin era Meiji juga sentiasa meminta rakyat supaya
memberi kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja yang dianggap suci
dan tidak boleh dibantah. Dari segi agama, Shinto Negara telah dijadikan sebagai agama
rasmi di Jepun di mana Shinto Negara adalah hasil gabungan Shinto Tempat Suci dan
Shinto Diraja.53 Buddhisme pada era Meiji pula telah diasingkan dari Shinto walaupun
sebelumnya pada era Tokugawa Buddhisme mempunyai pengaruh yang kuat.
Menurut M. Rajendran, perkembangan Buddhisme telah diketepikan oleh kerajaan
Meiji bagi membolehkan keutamaan diberi kepada Shinto dan banyak sekatan telah
dilakukan oleh kerajaan Meiji terhadap Buddhisme. Antara yang telah dilakukan oleh
kerajaan Meiji untuk menyekat Buddhisme termasuklah dengan cara menghapuskan
sebahagian besar hak keistimewaan yang telah diberikan kepada golongan paderi Buddha,
merampas sebahagian besar harta benda kepunyaan institusi Buddha malah kerajaan
51 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, hlm. 193.
52 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 73.
53 Ibid., hlm. 74.

14

Meiji juga dikatakan telah membakar dan menghanyutkan patung-patung serta kitab-kitab
suci Buddha.54 Hal ini telah mendatangkan kekecewaan kepada pemimpin-pemimpin
Buddha seperti Ekido, Nisshu, Tetsujo serta Dokuon dan mereka telah bersatu untuk
memujuk kerajaan Meiji supaya mengubahsuai dasar yang berbentuk kekerasan terhadap
agama Buddha.
Agama di Jepun juga menurut Andrew Gordon dapat dilihat mengalami
transformasi apabila pada tahun 1873 kerajaan Meiji telah menghapuskan undang-undang
anti-Kritian yang diimplementasikan semasa era Tokugawa dan pada tahun 1889 terdapat
di dalam perlembagaan di mana kebebasan agama adalah dijamin selagi tidak bercanggah
dengan keamanan dan membahayakan rakyat.55 Hal ini telah membawa kepada
berkembangnya agama Kristian seperti mazhab Katolik, Ortodoks Russia dan Protestan di
Jepun dengan pesat sekali. Dalam tahun 1870-an, Nagasaki, Hakodate dan Yokohama
telah menjadi pusat agama Kristian yang utama. Terdapat juga warga tempatan yang turut
menyebarkan agama Kristian seperti Joseph Nashima yang telah mewujudkan Universiti
Agama Kristian Doshisha, Paul Sawayama dan Jinzo Naruse.56 Selain itu terdapat banyak
sekolah Kristian dibina di samping penerbitan kitab-kitab Kristian seperti The New
Tastement dan Old Tastement turut dijalankan.
MAKANAN
Makanan juga merupakan aspek di dalam budaya Jepun yang dapat dilihat transisi
perubahannya ekoran pengaruh dari Barat yang semakin tersebar luas dalam segenap
aspek kehidupan di Jepun. Menurut Stuart Fewster dan Tony Gorton, perubahan dalam
tabiat makan dapat dikenalpasti terutamanya dalam kalangan golongan kaya di Jepun.
Jika sebelum ini, memakan daging adalah dikutuk sekerasnya oleh Buddhisme akan tetapi
54 Ibid., hlm. 75.
55 Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 110.
56 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 76.

15

semasa era Meiji daging lembu dan daging babi telah diperkenalkan dan roti, produk
tenusu serta bir turut diperkenalkan.57 Pada era Meiji juga dilihat Maharaja sendiri makan
daging di jamuan-jamuan. Bahan cetakan semasa era Meiji telah menunjukkan bahawa
lelaki moden adalah lelaki yang memakan daging lembu.58 Dikatakan bahawa makanan
tradisional Jepun iaitu sukiyaki yang merupakan sejenis hidangan daging lembu adalah
bermula dari amalan memakan daging ini dan ianya banyak disediakan oleh restoranrestoran untuk menarik perhatian orang asing.59
FESYEN
Fesyen merupakan aspek penting dalam sesuatu budaya yang semestinya
diberikan penelitian. Fesyen di Jepun semasa era Meiji mengalami perubahan yang sangat
ketara ekoran kemasukan pengaruh Barat. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1972 satu
keputusan telah diambil oleh kerajaan Meiji di mana pakaian Barat perlu dipakai di
semua mahkamah dan majlis-majlis rasmi.60 Morning coat pula telah menjadi pakaian
standard dalam semua majlis formal. Maharaja Meiji sendiri telah muncul di khalayak
ramai dengan menggayakan uniform tentera ala-Barat. Dari segi stail potongan rambut
juga dapat dilihat perubahan ketara telah berlaku di mana stail potongan rambut gaya
Barat mendapat tempat di hati masyarakat Jepun dan ianya menjadi simbol utama
pengaruh Barat dalam aspek fesyen. Potongan rambut gaya samurai yang bertocang di
bahagian tengah kepala semakin dipinggirkan dan dianggap sebagai ketinggalan zaman.61
Pengaruh Barat dalam bidang fesyen juga telah memperkenalkan pemakaian topi
moden serta munculnya istilah-istilah seperti haikara iaitu kolar tinggi dan sebiro atau
57 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 19.
58 W. Scott Morton, terjemahan Azhar Mad Aros, Jepun Sejarah dan Budaya, hlm. 171.
59 Abu Bakar Jaafar, ‘Pertembungan Tamadun Jepun-Tamadun Barat: Dampaknya Ke Atas Pembentukan
Tamadun Jepun Moden’, Disertasi M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 119-120.
60 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 19.
61 Abu Bakar Jaafar, ‘Pertembungan Tamadun Jepun-Tamadun Barat: Dampaknya Ke Atas Pembentukan
Tamadun Jepun Moden’, Disertasi M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 116.

16

savile row dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud sut perniagaan. 62 Masyarakat
lelaki Jepun juga mula menyimpan janggut lebat sama seperti gaya lelaki di Eropah. 63
Lelaki-lelaki di Jepun juga telah mula membawa payung dan memakai jam tangan. 64
Golongan wanita juga turut terpengaruh dengan fesyen dari Barat sebagai contohnya
isteri kepada Perdana Menteri Jepun yang pertama iaitu Contess Ito. Beliau telah
mencadangkan supaya pemakaian Barat dijadikan sebagai satu kewajiban. 65 Pada tahun
1873 pula Maharani Jepun dan beberapa orang bangsawan telah memakai pakaian dengan
gaya Victoria.66 Wanita-wanita di Jepun juga telah mula menggunakan mesin jahit untuk
menghasilkan pakaian-pakaian Barat dan keadaan ini telah membuktikan bahawa bidang
fesyen semasa era Meiji telah mengalami perubahan yang boleh dikatakan agak drastik
akibat kemasukan pengaruh Barat.
KESIMPULAN
Bagi pendapat penulis, perubahan yang berlaku dalam budaya Jepun pada era
Meiji adalah berikutan beberapa faktor. Faktor yang paling besar menyebabkan
perubahan dalam budaya Jepun ini adalah kerana kemasukan pengaruh Barat yang begitu
meluas di Jepun akibat dari polisi buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Meiji itu
sendiri.67 Polisi kerajaan Meiji yang lebih terbuka berbanding era pemerintahan yang
sebelumnya telah membawa kepada kemasukan pengaruh Barat yang berjaya
mempengaruhi segenap aspek kehidupan masyarakat Jepun termasuklah dari segi budaya.
Boleh dikatakan hampir kesemua aspek budaya Jepun telah mengalami perubahan yang

62 W. Scott Morton, terjemahan Azhar Mad Aros, Jepun Sejarah dan Budaya, hlm. 171.
63 John K. Fairbank, East Asia: the modern transformation, Boston, Mass.: Houghton Mifflin, 1965, hlm.
264.
64 Marius B. Jansen, Gilbert Rozman (editor), Japan in Transition, from Tokugawa to Meiji, Princeton,
N.J.: Princeton University Press, 1986, hlm. 461.
65 Stuart Fewster, Tony Gorton, Japan From Shogun to Superstate, hlm. 19.
66 John K. Fairbank, East Asia: the modern transformation, hlm. 264.
67 Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1967, hlm. 136.

17

ketara namun begitu masih ada lagi budaya dari tradisi lama yang dikekalkan malah
ditransformasikan sejajar dengan kemajuan yang pesat di Jepun. Contohnya dapat dilihat
melalui aspek kesenian di mana gaya muzik lama seperti gagaku kembali dihidupkan
walaupun menerima suatu bentuk transformasi baru. Begitu juga dengan bidang drama
dan pementasan di mana dapat dilihat pementasan kabuki masih menjadi pilihan
masyarakat Jepun cuma ianya menjadi sofistikated dan lebih halus pada era Meiji.68
Bagi penulis juga, keobsesan para pemerintah era Meiji terhadap apa yang berlaku
di dunia Barat turut menjadi faktor utama kepada perubahan budaya di negara itu.
Pemerintah dalam konteks ini bukanlah ditujukan kepada Maharaja semata-mata akan
tetapi kepada golongan samurai yang menguasai pemerintahan setelah menjatuhkan
Kesyogunan Tokugawa.69 Keobsesan mereka ini kemudiannya telah membawa kepada
perubahan dalam landskap budaya Jepun walaupun tidak mengubah keseluruhan budaya
yang sedia ada. Walaupun budaya Jepun berubah hampir segenap aspek akan tetapi
golongan yang terlibat dalam perubahan budaya ini bukanlah keseluruhan masyarakat
Jepun. Dari pengamatan penulis, golongan yang terpengaruh dan terlibat secara langsung
dalam perubahan budaya semasa era Meiji adalah golongan elitis dan bangsawan sahaja.
Hal ini demikian kerana mereka telah menjalani gaya hidup mewah dan dengan itu
mereka berkelebihan untuk mengadaptasi budaya-budaya Barat yang kebanyakannya
memerlukan perbelanjaan tinggi baik dari segi hiburan, makanan mahupun fesyen dalam
kehidupan seharian.
Setelah pelbagai aspek dalam budaya Jepun dinilai dengan terperinci dan teliti,
maka dapatlah disimpulkan bahawa budaya Jepun pada zaman Meiji sememangnya
mengalami pelbagai perubahan. Pada pandangan penulis, era Meiji telah memperlihatkan
68 M. Rajendran, Sejarah Jepun, hlm. 76.
69 Joginder Singh Jessy, Ghazali Basri (editor), Sejarah China dan Jepun, Kuala Lumpur : Anthonian
Store, 1978, hlm. 343.

18

berlakunya pertembungan di antara kebudayaan tradisional Jepun dengan kebudayaan
Barat malah sesuai juga jika dikatakan pada era Meiji ini kebudayaan Jepun telah
dibaratkan dengan giat sekali.70 Pertembungan budaya yang berlaku pada era Meiji ini
memperlihatkan dominasi pengaruh budaya Barat telah melebihi pengaruh budaya
tradisional Jepun. Dengan itu, banyak usaha yang dilakukan oleh masyarakat Jepun untuk
mengadaptasi budaya-budaya Barat ke dalam kehidupan mereka. Keadaan ini
kemudiannya tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak telah melunturkan nilai-nilai budaya
tradisional Jepun kerana fokus telah diberikan untuk mengadaptasi budaya Barat yang
dilihat lebih maju dan bertamadun.

70 Yutaka Tazawa, et al., terjemahan M. Rajendran, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, hlm. 102.

19

RUJUKAN
BUKU
1. Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
2. Fairbank, John King, East Asia: the modern transformation, Boston, Mass.: Houghton
Mifflin, 1965.
3. Fairbank, John King, et al., East Asia The The Modern Transformation, London: G. Allen
& Unwin, 1965.
4. Fewster, Stuart., Gorton, Tony., Japan From Shogun to Superstate, New York: St.
Martin’s Press, 1987.
5. Gordon, Andrew, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present,
New York: Oxford Univ. Press, 2003.
6. Hane, Mikiso, Modern Japan : A Historical Survey, Boulder: Westview Press, 1992.
7. Jansen, Marius B., Rozman, Gilbert (editor), Japan in Transition, from Tokugawa to
Meiji, Princeton, N.J.: Princeton University Press, 1986.
8. Joginder Singh Jessy, Ghazali Basri (editor), Sejarah China dan Jepun, Kuala Lumpur :
Anthonian Store, 1978.
9. Morton, W. Scott, terjemahan Azhar Mad Aros, Jepun Sejarah dan Budaya, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.
10. Rajendran, M., Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku, 1988.
11. Vinacke, Harold Monk, Sejarah Timor Jauh dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967.
12. Yanaga, Chitoshi, Japan Since Perry, Westport, Conn.: Greenwood Press, 1975.
20

13. Yutaka Tazawa, et al., terjemahan M. Rajendran, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu
Perspektif, Tokyo: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negeri Jepun, 1987.
DISERTASI
1. Abu Bakar Jaafar, ‘Pertembungan Tamadun Jepun-Tamadun Barat: Dampaknya Ke Atas
Pembentukan Tamadun Jepun Moden’, Disertasi M.A., Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 2004.
KAMUS
1. Noresah Baharom, et al., Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2000.

21

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

"REPRESENTASI BUDAYA JEPANG DALAM FILM MEMOIRS OF A GEISHA"(Analisis Semiotika pada Film Memoirs Of a Geisha Karya Rob Marshall)

11 75 2

PROSES KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM SITUASI PERTEMUAN ANTAR BUDAYA STUDI DI RUANG TUNGGU TERMINAL PENUMPANG KAPAL LAUT PELABUHAN TANJUNG PERAK SURABAYA

97 602 2

BUDAYA KEMISKINAN BURUH NELAYAN DESA KILENSARI KECAMATAN PANARUKAN KABUPATEN SITUBONDO

2 53 6

BUDAYA PESTA GILING PADA MASYARAKAT DI SEKITAR PABRIK GULA DJATIROTO DITINJAU DARI ASPEK SOSIAL EKONOMI

0 24 9

ENINGKATAN AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA MATA PELAJARAN IPS POKOK BAHASAN KERAGAMAN SUKU BANGSA DAN BUDAYA DI INDONESIA DENGAN MODEL PROBLEM POSING PADA SISWA KELAS V SDN GAMBIRAN 01 KALISAT JEMBER TAHUN PELAJARAN 2011/2012

1 24 17

FRAKSIONASI DAN KETERSEDIAAN P PADA TANAH LATOSOL YANG DITANAMI JAGUNG AKIBAT INOKULASI JAMUR MIKORIZA ARBUSKULAR DAN BAKTERI PELARUT FOSFAT (Pseudomonas spp.)

2 31 9

HUBUNGAN ANTARA BUDAYA ORGANISASI DENGAN KINERJA TENAGA KEPERAWATAN DI INSTALASI RAWAT INAP RSUD BANGIL KABUPATEN PASURUAN

6 92 18

Matematika Kelas 6 Lusia Tri Astuti P Sunardi 2009

13 252 156

ABSTRAK PENGARUH MOTIVASI DAN BUDAYA ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN DAMPAKNYA TERHADAP KINERJA AKUNTAN PENDIDIK (DOSEN AKUNTANSI)

14 74 125