HAK ASASI MANUSIA DARI PERSPEKTIF

HAK ASASI MANUSIA DARI
PERSPEKTIF ISLAM
— Tinggalkan komen
Beberapa Aspek Konsep dan Perbedaan
Motto:
‫نوال سنسنماء نرنفنعنها نونونضنع ال لممينزانن‬
‫أ ن س نلا تنلطنغلوا مفي ال لممينزامن‬
‫خمسرروا ال لممينزانن‬
‫نوأ نمقيرموا ال لنولزنن مبال لمقلسمط نونلا تر ل‬
Langit dijadikan Allah tinggi (mengawan), serta Allah menggariskan padanya neraca
keadilan.
(Dengan harapan) kamu semua tidak melampaui batas neraca keadilan;
(Dalam masa yang sama) Tegakkanlah neraca sukatan dengan timbangan keadilan, dan
janganlah sekali-kali kamu mengurangi timbangan (keadilan dengan mencuri timbangan)
Pengantar
Kezaliman, penindasan, penjajahan dan pencerobohan terhadap hak manusia dan bangsabangsa semakin terserlah kini. Kejahatan setara dengan peperangan dunia pertama, dan kedua
terus dilakukan oleh manusia , bahkan dilakukan oleh negara yang dipanggil sebagai negara
maju yang menghormati hak asasi manusia, seperti Amerika , Britain dan beberapa buah
negara Eropah bersama negara penjajah Israel.
Bukan sedikit piagam hak asasi, Bill of Right perisytiharan hak asasi manusia yang telah
disepakati dan diluluskan oleh P.B.B. dan Badan Badan Antarabangsa yang lain, namun

kezaliman , penyiksaan terhadap manusia , penyeksaan tahanan di Guantanamo, Baghram, di
Abu Gharib dan berbagai tempat rahsia lain tetap berlaku dengan dahsyatnya atas nama
memerangi keganasan.
Atas nama pendemokrasian maka negara dunia ketiga berhadapan dengan penjajahan baru .
Kedatangan penjajahan baru itu kononnya sebagai usaha menjatuhkan regim diktator dan
memerdekakan rakyat negara berkenaan . Tapi sebenarnya berniat merampas kekayaan
minyak, gas dan sebagainya untuk menjamin masa depan sumber tenaga di negara-negara
maju. Atas nama melindungai hak asasi manusia intervensi dan masuk campur tentera asing
dihalalkan untuk memecahbelahkan kesatuan negara negara umat Islam yang miskin dan
lemah untuk terus berada dalam kuasa pemantauan negara tuan.
Di dalam negara kita pernyataan slogan tentang cemerlang gemilang terbilang dan sepuluh
rukun Islam hadhari dipaparkan dengan begitu rupa, namun perlaksanaan yang tempang,

gejala rasuah, korupsi, ketidakadilan dan amalan yang sangat bercanggah dengan nilai
demokrasi dan hak hak rakyat terus membiak. Ini sangat bercanggah dengan pelbagai
rumusan wacana yang muluk-muluk yang pernah diketengahkan dalam masyarakat
Sebab itu perbincangan mengenai hak asasi bukan hanya harus berpusat kepada kehebatan
pernyataan dan perisytiharan semata-mata. Tapi juga harus disertai dengan semangat yang
kuat dan utuh untuk menepati apa yang tersurat dalam piagam dan perisytiharan yang telah
disepakati bersama. Keyakinan yang mendalam tentang hak, tentang keadilan, kewajiban

politik, sosial, ekonomi di samping tekad dan azam untuk melaksanakannya tidak datang dari
jiwa yang kosong dan pemikiran atau fahaman yang dangkal serta batil. Tapi tekad untuk
menepati tuntutan keadilan, perisytiharan hak asasi dan sebagainya lahir dari komitmen yang
tinggi kepada tuhan atau kepada agama. Justeru agama membentuk pemikiran, kecenderungan
dan keinsafan hati nurani yang tinggi terhadap tuhan, terhadap nilai-nilai lohor yang disuruh,
terhadap kesejahteraan insan seperti yang disuruh oleh Allah.S.W.T
Selaras dengan itu penjelasan, penataran dan pengembangan konsep hak asasi manusia dari
perspektif Islam sangat releven untuk mengekang gejolak nafsu ammarah dan kecenderungan
jahat manusia yang semakin bermaharajalela di segenap peringkat. Islam mampu
menampilkan alternatif dalam bidang ini kepada manusia sejagat berdasarkan rekod sejarah
kegemilangannya. Kuasa Barat ternyata bangkrap, tidak adil terhadap dunia Islam bahkan
terhadap negara dunia ketiga dan tidak mampu untuk memimpin obor peradaban, nilai
kemanusiaan untuk membangun kesejahteraan masyakarat manusia sejagat
Pengertian Hak
Hak berasal daripada kalimah Arab al Haq. Menurut pengarang Kamus al Muhit Haq adalah
nama atau sifat tuhan, atau al Quran, Ia kebenaran yang menjadi lawan kebatilan. Ia juga
bermakna keadilan, Islam, raja atau kerajaan yang wujud dan tetap. Perkataan jama’nya atau
plural ialah al Huquq
Dari sudut bahasa ia membawa maksud lebih daripada lapan:
Pertama: Allah S.W.T sepertimana disebutkan dalam firman Allah (al Mukminun:71):

‫ت نوال لأ نلررض نونمن مفيمه سنن‬
‫ح سرق أ نلهنواءرهلم ل ننفنسندمت ال سنسنمانوا ر‬
‫نول نمو اتس نبننع ال ل ن‬
Kedua :Sifat Allah (al An’am 62) :
‫حمسق‬
‫ث رسمن رر سردوا ل مإنلى الل سمه نملول نرهرم ال ل ن‬
Ketiga : Bermakna keadilan (Ghafir 20)
‫حمسق‬
‫نوالل س نره ي نلقمضي مبال ل ن‬
Keempat: Bermakna Islam (al Baqarah 119)
‫حمسق بنمشيررا نون نمذيررا‬
‫مإ س ننا أ نلرنسل لننانك مبال ل ن‬
Kelima: Kebenaran (Sad 84)

‫ح س نق أ نرقورل‬
‫ح سرق نوال ل ن‬
‫نقانل نفال ل ن‬
Keenam: Yakin atau keyakinan yang benar (al Zariyat 23)
‫ح س قق مسمثلنل نما أ نن س نك رلم نتنمطرقونن‬
‫ب ال سنسنماء نوال لأ نلرمض مإن س نره ل ن ن‬

‫نفنونر م س‬
Ketujuh: al Hikmah atau kebijaksanaan ( Ibrahim 19)
‫نخل ننق ال سنسنمانوا م‬
‫ت نوال نلرنض مباللحمسق‬
Kelapan : Bermakna habuan , peruntukan iaitu sesuatu yang anda berhak mengenainya (Hud
79)
‫ت نما ل نننا مفي بنننامتنك مملن نحقسق‬
‫نقارلوا ل ل ننقلد ن‬
‫علملم ن‬
(al Ma’aarij 24-25)
‫نوال س نمذينن مفي أ نلمنوالممهلم نح س قق س نملعرلوقم‬
‫حررومم‬
‫مسلل سنسامئمل نوال لنم ل‬
Menurut istilah para Fuqaha mutakhir hak bermakna ; suatu hukum yang thabit utuk
seseorang. Namun definisi ini dianggap tidak jami’ dan mani’ juteru semua hak adalah hukum
namun bukan semua hukum boleh dikira hak. Syeikh Ali Khafif mena’rifkannya sebagai :
“‫”انه مصلحة مستحقة شرعا‬
Kepentingan yang dipunyai oleh seseorang menurut syara’.
Menurut Dr Mustafa Zarqa ia adalah wewenang yang diperakukan oleh syara’ samaada
merupakan kuasa atau arahan.

“‫”اختصاص يقرر به الشرع سلطة او تكليفا‬
Pakar undang undang mendefinisikannya sebagai maslahah atau kepentingan yang dilindungi
oleh undang-undang.
Jenis-Jenis Hak
Hak daripada sudut pandangan Fuqaha dikategorikan berdasarkan dua sudut; samada dari
sudut tempatnya atau pemiliknya.
Hak dari sudut pemiliknya terbahagi kepada empat:
Hak mutlak Allah , hak mutlak hambanya, hak yang berkongsi antara keduanya namun hak
Allah lebih besar, atau hak yang berkongsi namun hak hamba yang lebih besar atau utama.
a) Hak Allah semata-mata ialah hak yang diperakukan untuk kepentingan semua dan bukan
untuk seseorang tertentu. Ia diperakukan untuk kepentingan masyarakat umum. Hak ini
dihubungkaitkan dengan Allah untuk menegaskan kepentingannya. Hanya dengan kehadiran

hak seperti ini masyarakat boleh kekal dan sejahtera. Pengabaiannya atau perbuatan
mencerobohinya menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan masyarakat berkenaan.
Berdasarkan pengamatan hak Allah semata-mata ini terbahagi kepada lapan:
1. Ibadah semata-mata, seperti solat, zakat dan jihad
2. Ibadah yang merangkum makna ”Ma’unah” atau sesuatu amaun (harta); seperti zakat fitrah
3. ”Ma’unah” atau amaun yang merangkum makna ibadah atau qurbah; pendekatan diri
kepada Allah seperti kewajipan mengeluarkan ’Usyur.

4. ”Ma’unah” yang merangkum makna hukuman seperti al Kharaj
5. Hak yang berdiri sendiri atau thabit dengan sendirinya tanpa bergantung kepada
tanggungan sesiapa seperti Khumus al Ghanaaim, al Kanz dan al Ma’aadin.
6. Hukuman sepenuhnya seperti hudud zina dan ta’zir
7. Semi hukuman, seperti mengharamkan pembunuh daripada mendapat harta pesaka orang
yang dibunuhnya. Ia dinamakan ”semi hukuman” kerana hukuman berkenaan merupakan
hukuman kewangan dan ia tidak menyakiti fizikal orang berkenaan atau merampas harta yang
ada di bawah miliknya.
8. Hak yang merangkum makna ibadah dan hukuman ; seperti (membayar ) pelbagai jenis
Kaffarah
b) Hak Mutlak Manusia. Hak kategori ini banyak; termasuk hak yang terbit kerana ’aqad atau
contract , atau hak yang terbit kerana merosakkan harta orang lain dan lain-lain hak yang
merangkum manfaat duniawi.
c) Hak berkongsi di mana hak Allah lebih utama iaitu apabila hak jamaah atau kolektif lebih
menonjol daripada hak individu. Fuqaha menampilkan contoh hak ini seperti ”Haddul Qazf”
Dari sudut ia bertujuan melindungi nama baik orang dan mencegah perkelahian di kalangan
mereka maka ia merealisasi hak atau kepentingan umum. Namun dari sudut ia membersihkan
nama orang yang tertuduh dari aib yang cuba dipalitkan kepadanya maka ia merealisasi
kepentingan individu. Namun kepentingan masyarakat atau umum lebih penting dan utama
dalam hal ini.

d) Hak yang dikongsi bersama namun hak individu lebih menonjol atau menyerlah.Para
Fuqaha menampilkan contoh dengan hak Qisas; di mana hak individu lebih utama diberi
perhatian memandangkan usaha menjaga perasaan keluarga mangsa yang dibunuh lebih
penting daripada menjaga hak masyarakat
Kedua : Klasifikasi Hak Merujuk Kepada Tempat: Syeikh Ali al Khafif menegaskan bahawa
yang kita maksudkan dengan ini ialah bagaimana hak itu dilembagakan di luar (pemikiran).
Dengan perkataan lain ia adalah zat hak itu sendiri dimana ia dinisbahkan dengan yang
memiliki hak tersebut, seperti hak milik. Pemilikan adalah tempat hak berpaut di alam luar.

Umumnya boleh dikatakan bahawa hak menurut tempatnya terbahagi kepada beberapa
bidang. Iaitu seperti hak yang berkaitan dengan harta: seperti hak berkaitan dengan urusan
keluarga, hak berkaitan dengan ibadah atau hak yang berkaitan dengan urusan masyarakat
umum dan sebagainya..
Hak dalam Fiqh Islam mengandungi makna yang luas termasuk hak kebebasan. Kebebasan
umum merupakan sebahagian daripada hak. Jadi kalau disebut perkataan hak dalam fiqh
Islam ia mungkin bermakna hak Mal atau hak Allah, atau hak peribadi atau berbagai jenis
kebebasan berdasarkan makna yang yang dimaksudkan.
Kesan Klasifikasi Hak Dalam Islam
Dari sudut implikasi pembahagian hak sedemikian rupa boleh disorot dari beberapa aspek.
Antaranya dari sudut konsep dan perlindungan , dari sudut pengguguran dan pewarisannya

dari sudut pembelaan dan dari sudut pendakwaan atau kuasa membuat pendakwaan..
Pertama Dari sudut konsep ; mengikut pandangan umum yang lumrah dan khalayak ahli
undang-undang kepentingan umum mendahului kepentingan khusus namun dari perspektif
Fiqh Islam kepentingan khusus didahulukan berbanding kepentingan umum, Ertinya hak
khusus mendapat perlindungan yang lebih kuat berbanding perlindungan kepada hak umum.
Pencabulan terhadap hak khusus atau mana-mana hak hamba tidak akan diampunkan oleh
Allah sehinggalah dimaafkan atau diampunkan oleh orang berkenaan, atau dipulangkan segala
harta kepunyaannya yang telah dirampas.Pemerintah tidak boleh melupuskan hak khusus
orang tertentu. Ia juga tidak berhak memaksa seseorang melupuskan hak khususnya
Sebenarnya Allahlah yang menganugerahkan hak-hak berkenaan kepada manusia . Hak
tersebut pula di sisiNya lebih mulia daripada rumahNya sendiri. Rasulullah bersabda :
‫من اذى مسلما بغير حق فكانما هدم بيت الله‬
“Siapa yang menyakiti seorang muslim tanpa hak maka ia seolah-olah telah merobohkan
rumah Allah” (Hadith riwayat Tabrani)
Kedua Dari sudut perlindungan: kewajiban menjaga , melindungi dan mempertahankan hak
adalah suatu pendekatan diri kepada Allah. Malah dari perspektif Islam hak memang wajib
dilindungi . Adalah suatu amalan lohor dan suci berjuang membela hak.
Perlindungan hak ini dapat dicerakinkan sebagai berikut:
a)Perlindungan Allah
Perlindungan ini dapat dirasakan oleh manusia yang beriman kepada Allah, justeru

keimanannya yang kental menjadi penggerak segala kelakuannya. Ia akan merasakan
keagongan Allah dan kelangsungan keperihatinannya kepada Allah serta pengawasan Allah
yang berketerusan akan menghalang seseorang itu daripada menceroboh hak orang lain dan
sentiasa menjaga hak diri sendiri.
b) Perlindungan Dhamir, hati nurani atau intuisi

Perlindungan ini lahir dari keinsafan batin yang tinggi dan kepekaannya terhadap kelohoran
hak Allah dan kesuciannya . Dengan itu orang yang mempunyai hati nurani yang hidup akan
terus menjaga dan melindungi hak diri sendiri dan juga hak orang lain.
c) Perlindungan masyarakat : perlindungan ini ujud dari amalan dan kesedaran umum hasil
dari semangat integrasi dan perasaan solidariti , saling bantu membantu dari sudut ekonomi
dan politik yang menjadi amalan umat Islam. Rasulullah bersabda: Sikap dan amalan hidup
orang orang yang briman ini dari sudut kemesraan, kasih sayang dan simpati ibarat sebatang
tubuh atau jasad. Kalau mana-mana anggota mengalami kesakitan maka anggota yang lain
ikut menanggong merasa tidak sesela sehingga tak boleh tidur dan turut demam.
d) Perlindungan negara: Perlindungan negara tercerna dalam bentuk perlaksanaan hudud,
qisas dan hukum ta’zir berdasarkan kriteria tertentu. Negara boleh melindungi dan
mempertahankan hak-hak tersebut meskipun merentas benua melalui cara atau kaedah
tertentu dan saluran pertubuhan antara bangsa.
Ketiga Dari Sudut Pengguguran Hak: Sepertimana yang lumrah diketahui bahawa hak Allah

tidak boleh digugurkan oleh sesiapa , tapi hak individu maka ia memang boleh atau harus
digugurkan oleh yang empunya hak tersebut. Akan tetapi hak yang dikongsi bersama antara
makhlok dan khalik tapi hak Allah lebih utama maka ketegori ini tidak boleh digugurkan
seperti; hukuman qazaf. Akan tetapi hak berkongsi; di mana hak hamba lebih berat atau
terserlah maka ia boleh digugurkan oleh seorang yang mukallaf seperti hukuman al Qisas.
Keempat Dari Sudut Pewarisan: Ketegori hak Allah atau di mana hak Allah lebih menyerlah
maka jenis ini tidak boleh diwarisi. Hak individu sebahagiannya boleh diwarisi sebagaian lagi
tidak boleh. Imam al Qarafi meletakkan kriteria hak individu yang boleh dan yang tidak boleh
diwarisi. Beliau menegaskan bahawa hak yang boleh diwarisi ialah hak yang berkaitan
dengan harta yang diwarisinya atau yang dapat digunakan untuk meghindarkan mudharat
terhadap nama baik atau mengurangkan penderitaannya.
Kelima Dari Sudut Mempertahankannya: Hak hak Allah atau yang terserlah disitu hak Allah
maka ia adalah milik masyarakat. Perkara yang termasuk dalam kategori Amr Makruf dan
Nahi ’anil Munkar maka Muhtasib atau pegawai Muhtasib boleh mempertahankannya secara
otomatis. Ia boleh memaksa orang ramai atau individu menunaikan solat jumaat- umpamanya
sekiranya hak Allah itu diabaikan. Tapi kalau dia hak khusus yang dilengahkan penunaiannya
maka Muhtasib boleh memerintahkan orang berkenaan segera membayarnya seandainya ade
aduan dibuat mengenainya oleh yang empunya hak .
Hak berkongsi ada yang boleh dipertahankan secara otomatis oleh Muhtasib dan ada pula
yang memerlukan adanya aduan dari pehak yang berkenaan.

Keenam Dari Sudut Memulakan Proses Pendakwaan :Berkenaan dengan hak Allah maka
setiap muslim yang akil balingh dan ’adl ; iaitu menghindari dosa besar, menunaikan segala
yang fardhu dan kebakiannya mengatasi keburukan” bole membuat dakwaan di mahkamah
untuk membela yang mutlak menjadi hak Allah atau hak yang di mana hak Allah lebih
terserlah. Ini berlandaskan kewajipan menentang kemungkaranselaras dengan firman Allah
dalam Surah Ali Imran 104 dan hadith; siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran
hendaklah dia merubahnya dengan tangan dan seterusnya
Hak-Hak Manusia

Menurut Dr. Wahbah al Zuhaili: Hak hak insan ialah himpunan beberapa hak semula jadi
yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya; yang
diperakukan secara alami walaupun belum diiktiraf atau yang dicerobohi oleh mana-mana
kuasa . Ia merangkum hak asasi seperti hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala
bentuknya, hak politik dan civil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya, hak mereka
untuk merdeka, hak untuk mempunyai identiti bangsa, hak berpendapat, hak menyatakan
pendapat , hak beragama, hak belajar dan mendapat pendidikan, hak ekonomi dan sosial, hak
milik khusus, hak berkerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan
dan sosial, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kanakkanak, hak remaja dan belia untuk mendapat asuhan, hak kekeluargaan , hak tempat tinggal
dan lain-lain .
Beliau menegaskan ; al Karamah al Insaniah atau prinsip menghormati martabat keinsanan
dan maruah manusia adalah sumber hak asasi . Apabila wujudnya penghargaan terhadap
Karamah Insaniah itu bermakna adanya tanda keinsanan manusia berkenaan yang
membedakannya daripada binatang.
Sejarah Hak Asasi Manusia
Menurut Syaikh Al Zuhaili lagi; Islam sebagai agama yang bersumberkan kepada bimbingan
ilahi adalah agama yang mula-mula mengisytiharkan prinsip-prinsip kebebasan dan hak-hak
asasi manusia ; baik secara teori mahupun secara amali. Dunia baru menyedari hak-hak ini
dan sebok membicarakan persoalannya dipenghujung kurun kelapan belas masihi..
Islam telah mengisytiharkan sejak awal era kemunculannya tentang prinsip melindungi
maruah dan Karamah Insaniah yang membibitkan hak-hak seperti kebebasan atau
kemerdekaan dan kesamarataan. Allah berfirman (Isra’ :70) Sesungguhnya Kami telah
muliakan (status) anak-anak Adam. FirmanNya lagi ( al Tin:4) (Pada hakikatnya) Kami telah
mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Rasulullah bangun berdiri menghurmati
jenazah orang kafir yang melintasi baginda. Sahabat mengatakan kepada beliau . Jenazah itu
hanyalah jenazah seorang Yahudi. Baginda lantas menjawab; bukankah dia juga seorang
manusia ?.
Di penghujung kurun kelapan belas mula muncul gerakan yang mendesak agar dilembagakan
dalam perundangan hak-hak asasi manusia oleh golongan ahli fikir dan Philosoper seperti
Jean Jauqe Roussou, Montesqieu, Didro dari kalangan penggerak revolusi Perancis. Revolusi
ini akhirnya telah menggubal suatu piagam hak-hak insan dan warga negara Perancis. Piagam
ini telah diluluskan dalam parlimen mereka pada 26 August 1789. Kandungannya telah
dicantumkan dalam mukaddimah perlembagaan Perancis yang pertama yang telah disahkan
dalam tahun 1791.
Selepas perang dunia pertama kecenderungan untuk memperkasa kehadiran pengiktirafan
terhadap hak-hak manusia terserlah dalam tiga aliran tindakan:
Pertama : Mengadakan perjanjian antara bangsa untuk melindungi hak-hak manusia ;
umpamanya : perjanjian membenteras perdagangan hamba sahaya , sistem dan protokol
diplomatik, termasuk pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa.
Kedua : Pengukuhannya melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu . Pertubuhan ini akhirnya
telah menampilkan The Universal Declaration of Human Rights (UDHR-1948)yang

mengandungi pengantar dan 30 ceraian pasal. Ia juga telah menampilkan International
Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR-1976) International Covenant on Economic,
Social, and Cultural Rights (ICESC-1976)
Ketiga : Terbentuknya pertubuhan Serantau yang membela hak-hak asasi manusia.
Umpamanya Majis Negara-Negara Eropah telah meluluskan persefahaman mereka mengenai
isu hak asasi manusia dalam bulan September 1952.
Negara-negara Islam dalam OIC di persidangan Tehran 1989 telah meluluskan perisytihan
Islam Sedunia Mengenai Hak-Hak Asasi Manusia yang mengandungi 25 pasal..
Pada dasarnya banyak daripada pernyataan dan akuan yang disebutkan dalam perisytiharan
hak asasi manusia sedunia itu tidak bercanggah dengan Islam kendatipun ada beberapa
perkara kekecualian yang wujud kerana perbedaan agama dan sebagainya dalam negara
tertentu. Islam – umpamanya – tidak memperakukan nasab keturunan melalui perzinaan,
homoseksualiti , perkahwinan sejenis atau pernikahan wanita muslimah dengan lelaki kafir
dan sebagainya.Kekecualian tersebut diperuntukan kerana ketentuan undang-undang setempat
atau undang-undang dalaman demi ketenteraman umum dan keselamatan negara .
Pertentangan Antara Pengungkapan Theory dan Realiti.
Pernyataan tentang perlunya di hormati hak dan kebebasan manusia hampir keseluruhannya
ada dalam kebanyakkan perlembagaan negara-negara di dunia ini dan piagam antara bangsa .
Dasar Islam Hadhari – umpamanya -diketengahkan dengan sepuluh prinsip yang sangat
muluk.Namun realitinya tidak seindah ungkapan teoritisnya . Dunia kini sedang diserang
keganasan penjajahan baru yang berdalih dengan alasan memerangi keganasan. Berpuluh ribu
orang Islam di seluruh dunia telah dan sedang dianiaya, di Palestin, Afghanistan, Iraq,
Chechnya dan lain-lain. Dasar Pre Emptive Strike G.W Bush yang lahir daripada Dasar
Pertahanan Baru Amerika dan undang-undang Patriotnya telah memangsakan dan mencabul
hak asasi berbagai bangsa manusia dengan sangat nyata dan menyolok. Guantanamo adalah
lambang keganasan negara yang sedang dilaksanakan oleh negara kuasa besar yang
sepatutnya menjadi pembela hak asasi manusia.Israel adalah negara pengganas boneka yang
terus dibantu dan mendesak Amerika untuk melakukan pencerobohan terhadap Iran
sepertimana yang telah dilakukan terhadap Iraq.
Rakyat Malaysia menghadapi era kejatuhan moral politik, sosial, ekonomi dan budaya.
Rasuah dan kejahatan menjadi tontonan dan ikutan. Masyarakat dilalaikan dengan faham
kebendaan dan sogokan kenaikan gaji dan sebagainya untuk meneruskan kekuasaan parti
yang memerintah. Perbuatan memfitnah, membunuh merampas kedaulatan rakyat dilakukan
bukan oleh orang bawahan tapi oleh manusia atasan dengan kuasa eksekutifnya yang hampir
mutlak. Kebebasan dan hak manusia menjadi mainan dan senda gurau. 4.9 juta warga
dinafikan hak mengundi mereka melalui sistem pilihanraya dan pendaftaran nama pemilih
yang menjadi alat pehak yang berkuasa. Hak –hak golongan pembangkang dinafikan dengan
begitu ketara.
Negara Negara Barat dan umumnya Negara maju kini memang sibuk menggembargemburkan hasrat mereka untuk mempertahankan hak-hak asasi manusia dan sebagainya .
Namun semua hiruk pikuk itu adalah lips service semata-mata ; jauh daripada tindakan
sebenarnya. Ini berbeda dengan Islam . Islam berhak berbangga kerana telah menggagaskan
hak hak asasi manusia bukan sahaja apabila ia mula menjadi anggota masyarakat yang aktif

tetapi sejak ia masih bayi dalam rahim ibunya lagi. Bahkan tidak keterlaluan kalau kita
katakan bahawa Islam telah menggariskan hak-hak itu sejak dari azali lagi. Sebelum
seseorang itu berumahtangga dan melahirkan zuriat bahkan sebelum kehadiran insan di dunia
ini lagi . Sebab itu Islam meletakkan syarat-syarat tertentu untuk menjadi mempelai dan
membentuk keluarga. Islam menekankan perlunya aspek Mawaddah , kasih sayang , Rahmah
atau perihatin dan kasihan belas serta syarat Kufu’ atau setara . Ini semua adalah bertujuaan
untuk mengelakkan timbulnya krisis yang berpanjangan di samping untuk mengekalkan
ikatan hidup berkeluarga.
Apabila Islam mengabadikan hak hak asasi manusia ia bukan sekadar untuk mengisi program
media, meraih popularity , atau untuk merangkul harta, pangkat kebesaran dan kuasa serta
menawan hati golongan massa. Sebaliknya Islam menjadikannya sebagai sebahagian daripada
pola akidah , syariah dan ta’abbudiah; di mana orang Islam akan berdosa kerana
mengabaikannya. . sebaliknya ia akan berpahala menunaikan . Penghayatannya membawa
keberuntungan di akhirat dan menjadi tunggak dan asas kemajuan duniawi. Manusia adalah
penggerak utama kehidupan ini. Setakat mana potensi kejiwaan, fizikal dan mentalnya digilap
maka setakat itu pula lah kemajuan dan tamadun umat dicapai.
Perbedaan Titik Tolak dan Manhaj Hak Manusia dari perspektif Islam Berbanding Pemikiran
Barat.
Konsep hak manusia dari persepektif Islam bertolak daripada pandangan positif dan luhur
terhadap peranan manusia. Allah telah mencipta manusia sebagai Khalifah di dunia ini untuk
tujuan memakmurkannya dan menegakkan hukum hakam syariah sebagai perundanganNya.
Allah berfirman (al Baqarah :30) ::
‫نومإلذ نقانل نربسرنك لمل لنمل نمئك نمة مإمسني نجامعقل مفي ال نلرمض نخملينفرة‬
Ingatlah (peristiwa bersejarah) ketika Tuhanmu bertitah kepada para Malaikat ; bahawa Aku
ingin menobatkan di dunia ini (para) Khalifah (para pelaksana amanahNya)
Islam meletakkan penghormatan yang tinggi kepada manusia kerana Allah telah
membekalkan kepadanya kudrat yang istimewa. Penghormatan ini meliputi seluruh bangsa
manusia tanpa mengira warna kulit, perbedaan tempat lahir atau bangsa keturunannya. Baik
lelaki mahupun perempuan. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam Surah al Isra’ :70 :
‫حمر نونرنزلقننارهم مسمنن ال س نط مي سنبا م‬
‫خل نلقننا تنلفمضيل ر‬
‫عنلى ك نمثيقر مسم سنملن ن‬
‫ت نونف س نضل لننارهلم ن‬
‫نول ننقلد ك ن سنرلمننا بنمني آندنم نونحنمل لننارهلم مفي ال لبنمسر نوال لبن ل‬
”Sesungguhnya Kami telah memuliakan (martabat) anak Adam. Kami memudahkannya
meneroka daratan dan lautan. Kami murahkan rezekinya dengan segala (nikmat anugerah )
yang baik-baik; malah Kami berikan kepadanya kelebihan yang berganda berbanding
makhluk-makhluk lain yang Kami cipta.”
Dalam perspektif Islam kemuliaan manusia atau sebaliknya adalah sangat berkaitan dengan
komitmennya kepada akidah. Dengan lain-lain perkataan bergantung kepada darjat taqwa dan
penerimaannya terhadap hidayah Rasul dan Manhaj wahyu. Allah berfirman (al Tin :5-6)
‫ث رسمن نرندلدنناره أ نلسنفنل نسامفملينن‬
‫حا م‬
‫غي لرر نملمرنوقن‬
‫ت نفل نرهلم أ نلجقر ن‬
‫مإ س نلا ال س نمذينن آنمرنوا نو ن‬
‫عممرلوا ال س نصالم ن‬

Kemudian Kami kembalikan semula ( martabat manusia) ke derjat yang paling terkebawah.
Kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh maka mereka akan mendapat habuan
ganjaran yang tidak akan diungkit-ungkit lagi (oleh sesiapapun).
Komitmen kepada akidah dan iltizamnya kepada keyakinan tersebut dilakukan dengan
kemahuan bebas dan sukarela; tanpa dipaksa atau ditindas untuk melakukannya. Penegasan
hal ini dinyatakan oleh Allah (Surah Taha:123-124
‫كم مسممسني رهردى نفنممن اتس نبننع رهنداني نفنلا ي نمض سرل نونلا ي نلشنقى‬
‫عردسوق نفمإ س نما ي نأ لمتي نن سن ر‬
‫نقانل الهمبنطا ممن لنها نجمميرعا بنلعرضك رلم لمبنلعقض ن‬
‫عنمى‬
‫عن مذك لمري نفمإ سنن ل نره نممعينشرة نضن ر‬
‫حرشررره ي نلونم ال لمقنيانممة أ ن ل‬
‫نونملن أ ن ل‬
‫كا نون ن ل‬
‫عنرنض ن‬
”Allah berfirman (kepada kedua mereka; Adam dan Hawa) turunlah kalian berdua ke bumi
dengan (suratan takdir) bahawa segolongan akan memusuhi segolongan yang lain. Seandainya
sampai kepada kalian nanti bimbingan hidayahKu maka barangsiapa yang mengikut petunjuk
hidayahKu tidaklah dia akan sesat dan (bernasib) celaka.”
Hak asasi manusia dalam Islam bertitik tolak dari keyakinan ini. Ia berbeda dengan konsep
hak asasi manusia dari perspektif Barat. Islam beranggapan manusia mendapat penghormatan
Allah kerana tugas kekhalifahan. Manakala kekhalifahan ini berhubung erat dengan ketaatan
atau ubudiahnya kepada tuhan. Perspektif Barat menganggap hak tersebut adalah hak tabi’i,
terbit dari konsep kedaulatan mutlak manusia yang superior dan tidak ada kedaulatan lain
yang mengatasinya. Penghormatan Islam kepada manusia yang bertitik tolak daripada
penghormatan kerana anugerah adalah berkaitan dengan ‘ubudiah atau ketaatan. Ini bermakna
ada masa dan tempoh tertentu di mana manusia akan terjejas daripada mendapat
penghormatan itu. Iaitu apabila manusia bertindak bodoh; menderhakai , kufur dan menjauhi
tuntutan ubudiah tersebut. Atau apabila ia menjauhi kebenaran yang menjadi nilai tambah
yang penting untuk pengisian maksud kemanusiaannya. Hal ini tidak diakui oleh pemikiran
perspektif Barat yang beranggapan bahawa manusia tetap memiliki hak tabi’i tersebut
walaupun ia menyimpang jauh ; melakukan keganasan dan kejahatan. Sistem pemikiran Barat
dalam hal ini begitu menghubungkan hak manusia dengan kedaulatan dan kebebasan individu
semata-mata. Dari sini lahir system liberal demokrasi yang berteraskan kepada kontrak sosial.
Sistem ini menekankan keutamaan kepentingan individu mengatasi kepentingan politik.
Bertolak dari pengertian ini lahir apa yang disebut kebebasan ekonomi yang menjadi teras
kepada dasar atau system ekonomi liberal; tanpa mempedulikan aspek moral atau fizikal atau
yang berikatan dengannya.
Perbedaan konsep hak asasi manusia dari perpektif syariah dengan konsep Barat bukan hanya
dalam peringkat wacana dan teori sahaja malah berbeda dalam aspek pendekatan dan amalan.
Ini dapat kita lihat dalam aspek berikut:
Pertama : Implikasi konsep Hak Asasi Manusia dalam Manhaj Syar’i Berbanding Pemikiran
Barat.
Hak manusia dalam Islam pada dasarnya lahir daripada akidah tauhid. Akidah tauhid tegak
dari kesaksian bahawa tiada tuhan yang disembah kecuali Allah . Inilah sumber dan punca
segala hak dan kebebasan. Oleh kerana Allah yang Maha Esa telah mencipta manusia sebagai
makhluk yang merdeka dan mahu menjadikan manusia itu bebas (daripada penindasan) .
Dalam masa yang sama Allah memerintahkan mereka melindungi hak-hak yang diperakukan
olehNya, disamping mematuhi kewajipan yang telah dilestarikan. Demikian juga Allah

memerintahkan mereka supaya berjihad dan berjuang melindungi dan mempertahankan hak
tersebut daripada pencerobohan. Perkara ini ditegaskan dengan kerap dalam ayat-ayat al
Quran mengenai perjuangan dan jihad.
Hak asasi manusia terbit dari penghormatan dan penghargaan Ilahi terhadap insan
berdasarkan nas yang jelas. Ia adalah sebahagian daripada konsep Islam dan ‘ubudiah kepada
Allah. Ia juga merupakan fitrah manusia di mana Allah jadikan manusia bersesuaian dengan
fitrah.
Hak asasi manusia adalah anugerah Allah yang diberikanNya kepada manusia. Ia bukan
anugerah manusia biasa di mana boleh diungkit atau ditarik semula dan dirampas apabila
beralih sokongan atau pendiriannya. Dia adalah hak-hak yang direstui dan diperakukan oleh
Allah untuk manusia.
Ciri khas hak-hak dalam Islam ini ialah ia bersifat menyeluruh ; merangkumi segenap hak;
samada hak politik, hak ekonomi, hak sosial dan budaya.
Ia merupakan hak umum dinikmati oleh setiap orang yang tunduk kepada Islam; tanpa
mengira warna kulit, bangsa atau bahasa.
Seterusnya hak tersebut ia bersifat “Kamal” atau sempurna dan tidak boleh dilupuskan sebab
ia sebahagian daripada syariat..
Antara cirinya yang terpenting ialah hak tersebut tidak absolute atau mutlak. Ia terikat dengan
syarat tidak bercanggah dengan Maqasid al Syari’ah. Tidak bercanggah dengan kepentingan
jamaah yang dianggotai oleh seseorang insan berkenaan.
Konsep dan pendekatan hak asasi manusia dari persepektif Barat telah menelurkan beberapa
versi kefahaman yang sangat merbahaya kepada peradaban manusia pada umumnya. Apabila
hak manusia itu lahir dari hak tabi’i maka rujukan dalam penyelasaian pertikaian adalah
kepada hukum tabi’i iaitu siapa kuat dia menang dan selamat. Apabila hukum tabi’i asas itu
menjadi landasan kepada hak maka kemusnahan orang yang lemah dan miskin atau tidak
berdaya sudah menjadi suatu kepastian. Mereka tidak akan berdaya mendapatkan hak-hak
mereka kerana mereka tidak punya modal untuk menang. Sebab itu adalah suatu yang lumrah
dan absah dari sudut pemikiran kapitalisme sekiranya terkumpul kemiskinan kemelaratan dan
kemunduran di kalangan minoriti atau pembolotan kapitalisme terhadap kepimpinan politik di
samping penindasan terhadap golongan rakyat miskin . Versi kefahaman yang demikian
membenarkan ethnic cleansing pembunuhan beramai-ramai sesuatu bangsa dalam perang
dengan senjata canggih . Justeru bangsa yang memiliki kedaulatan dan kekuatan ketenteraan
dan kebendaan yang unggul berupaya merampas hak-hak tabi’i tersebut daripada musuhnya.
Ini mengesahkan hak kuasa Barat yang gagah dan kuat untuk merampas, menjajah dan
merompak khazanah kekayaan bangsa lain sedaya yang boleh demi kesenangan bangsa dan
kuasa Barat; sebagai perlaksanaan terhadap hak tabi’i mereka.
Berbeda dengan kesan yang dihasilkan oleh persepsi syariat yang menganggap bahawa hak
asasi manusia ini adalah anugerah penghormatan daripada pencipta kepada para hambanya.
Hak-hak dihubungkaitkan dengan definisi dan diskripsi syara’ . Bukan kepada ketentuan
hukum tabi’i atau kehendak individu dan bangsa-bangsa. Dengan itu hak bangsa-bangsa
untuk menentang pemerintah yang zalim atau kezaliman politik merupakan hak yang tetap .
Justeru mereka tidak boleh tunduk berubudiah kepada selain Allah atau patuh kepada undang-

undang yang lain daripada syariatnya. Dengan demikian golongan yang lemah dan miskin
berhak terbela dan mendapat hak syar’inya berupa pembelaan dan peruntukan sara hidup yang
khusus dari harta umat. Kelemahan dan kemiskiannya tidak menghalang mereka dari
mendapatkan hak mereka. Dalam masa yang sama ketika bersimpang siur tuntutan
kepentingan dari berbagai pehak dengan peralihan kepimpinan, masa dan lokasi namun asas
rujukan penyelesaian masalah hak tetap sama dan tidak berubah –ubah menurut selera; juteru
ia adalah berasaskan syariat dan perundangan Islam.
Kedua: Hak Asasi Manusia Perspektif Islam Merangkum Semua yang Berkaitan Dengan
Islamdan Tidak Bersifat Chauvinistic.
Implikasi penegasan Islam tentang hak asasi manusia berkait erat dengan kewujudannya
sebagai insan yang bergantung pula kepada perlaksanaan iltizam terhadap tuntutannya maka
manusia boleh meningkat kejinjang nilai yang lebih tinggi dengan ketinggian komitmen
akidah dan penghayatan nilainya. Penghijarahan seseorang ke Dar al Islam menyebabkan ia
akan dapat menikmati segala hak sebagai warga Negara tanpa diskriminasi. Penerimaan
seorang bukan Islam menjadi Ahl al Zimmah “ berdasarkan kepada social contract khusus
memungkinkan dia menikmati segala perlindungan hak, skim kebajikan, , keamanan dan hak
untuk dipertahankan keselamatannya, serta hak-hak lain yang tidak diperolehi melainkan
dengan kerelaan menerima perundangan setempat atau perundangan Negara Dar al Islam.
Ini kerana hak manusia menurut persepsi Islam adalah hak syumuliah; merangkum semua
manusia tanpa mengira bangsa. Apabila manusia dengan sengaja memilih untuk berpegang
kepada agama atau ideologi tertentu dan rela melaksanakan tuntutannya dengan itu ia telah
menetapkan apakah jenis hak dan kewajipan yang akan dilaksanakannya dalam masyarakat
Islam itu. Berbanding dengan hak dalam pemikiran Barat ia dihubungkaitkan dengan
kebebasan individu dan dengan keupayaan individu untuk meraihnya secara reality. Sebab itu
para penatar fahaman hak dalam sistem demokrasi liberal Barat – dalam rangka melindungi
hak ini dalam masyarakat mereka – terpaksa menyeru agar dihalang dan disekat kuasa
kerajaan sedapat mungkin; supaya jentera dan jabatannya tidak menjadi perkakas untuk
menindas dan mengongkong. Selanjutnya timbul seruan dari semasa ke semasa tentang hak
warga Negara dan diskriminasi hak warga Negara dengan golongan pendatang asing . Dalam
masa yang sama menyebabkan para perundangan Barat sering mengabaikan hak bangsa yang
bukan berasal daripada Barat. Oleh itu hak yang mereka laungkan dalam lingkungan
demokrasi liberal lebih merupakan hak manusia Barat serta hak orang yang memiliki
kekayaan dan kekuatan kebendaan atau kuasa ketenteraan . Ia bukan hak yang bersifat sejagat
untuk manusia amnya , walaupun para penatar fahaman ini berkokok mengatakannya begitu.
Realiti politik dan perlaksanaan yang tempang terhadap norma keadilan di peringkat antara
bangsa jelas terpampang di hadapan kita .
Sebab itu hak manusia dari perspektif Islam berbeda dengan hak dari persepktif Barat. Dalam
konteks Islam hak ini tidak dihubungkaitkan dengan konsep hak tabi’i . Sebab pegangan
seperti ini akan berakhir dengan bertukarnya hak itu menjadi hak chauvinistic sesuatu kaum.
Hak asasi manusia juga tidak dihubungkaitkan secara rigid kepada tanah atau bumiputera
sepertimana dalam pemikiran perundangan liberal yang membedakan warga Negara dan
bukan warga Negara. Oleh itu hak manusia dari perspektif Islam hak syumuliah merangkum
semua manusia . Ia bukan hak yang hanya memihak kepada golongan tertentu sepertimana
hak tabi’i dalam perundangan Barat.

Ketiga Hak Manusia Menurut Islam Hak yang Tetap Sejajar Dengan Fitrah Manusia dan
Keperluan Peribadinya.
Perbedaan antara hak dari perspektif Islam dengan perspektif Barat terletak dalam
penganalisaan teori, sumber dan motif memperakukannya. Dasi sudut sumber –umpamanyakita dapati sumber hak dalam Islam ialah perintah dan larangan wahyu Allah yang thabit
sebagai dalil syar’i dalam al Quran dan Sunnah. Perlaksanaan hak itu bergantung kepada
perlaksanaan atau iltizam individu muslim berkenaan secara rela dan ikhlas terhadap tuntutan
Islam itu sendiri sebagai menepati ketaatan kepada Allah dan Rasul. Walaupun bercanggah
dengan kepentingan dan kehendak peribadi.
Hak-hak tersebut juga dilunaskan melalui pemerintah Islam yang sah dan diberi wewenang
oleh Islam untuk menegakkan keadilan di kalangan orang ramai , mencegah kezaliman ,
menyampaikan hak kepada orang yang berhak di samping melunaskan kepentingan orang
ramai dan kebajikan masyarakat.
Dari sudut ini ; iaitu dari sudut sumber di mana hak ini terbit di samping perlaksanaannya
dalam masyarakat Islam maka ia tidak berhadapan dengan kekaburan dan kekeliruan.
Tafsirannya tidak dipengaruhi oleh kepentingan subjektif. Manusia muslim sewajarnya tidak
perlu menggunakan kekerasan atau paksaan untuk mendapatkan hak tersebut.
Dari sini jelas betapa Islam menampilkan konsep dan pengertian hak yang absah, standard
dan realistic selaras dengan fitrah manusia . Islam mentakrifkan hak tersebut dengan titah
perintah dan larangan syara’. Islam juga melakarkan kaedah dan jaminan yang
mempertahankan hak tersebut dan menyerlahkannya di samping mekanisme untuk
menguatkuasakannya. Senario ini berbeda dengan apa yang terserlah dalam pemikiran hak di
Negara capitalist Barat yang mengikat sumber hak dan perundangan nya kepada prinsip
kebebasan. Mereka membiarkan golongan yang berkuasa dan berharta atau berpengaruh
mengaut hak berlandaskan kepentingan mereka. Selepas itu baru mereka sibuk mahu
menyekatnya dengan beberapa garisan khayali apabila terpaksa . Umpamanya dengan
menegaskan bahawa hak dan kebebasan peribadi seseorang berakhir apabila bermula tapal
batas hak orang .Kadang kadang dengan penegasan bahawa kerajaan tidak akan masuk
campur kecuali apabila berlaku pencerobohan terhadap hak kebebasan tersebut. Pemikiran
Barat terhadap hak menjadikan tanggungjawab kerajaan yang utama adalah melindungi
kebebasan perse bukannya urusan kesejahteraan mereka. Ini menyebabkan teori tentang hak
terbatas dalam kandang teori semata-mata tanpa realisasi dalam alam nyata. Ini kerana
persetujuan tentang maslahah atau kepentingan memang sukar kerana pengaruh kepentingan
diri dan sifat egoistic yang ada dalam diri masing-masing. Keadaan ini akhirnya berakhir
dengan penguasaan mutlak golongan yang kuat dan berada terhadap golongan yang lemah
dan marhin Bahkan kuasa perundangan di kalangan capitalist lebih cenderung membentuk
dasar dan peraturan yang menguntungkan kroni, puak dan kerabat mereka. Bukan menjaga
kepentingan atau hak orang ramai.
Hasil yang ketara daripada perentangan ini dalam perundangan Barat nyata dalam sosok
perundangan yang berkaitan dengan hak di Barat. Setengahnya kita lihat lebih mementingkan
keselamatan pembunuh daripada hukum qisas atau hukuman bunuh (berbanding mangsa yang
dibunuh). Lebih mementingkan hak pencuri dan keselamatannya daripada dipotong tangan
(pencuri) kerana kononnya demi mempertahanakan hak kemanusiaannya dengan
membelakangkan kesan yang begitu besar dideritai oleh orang ramai daripada rasa takut dan
kecewa kerana berleluasanya kejadian jenayah mencuri dan merompak. Perundangan mereka

seolah-olah membebaskan sesiapa jua bertindak , berbuat mengikut kemahuan hati, undangundang tabi’i dan perasaan; tanpa perlu beriltizam dengan ikatan agama dan akhlak. Sebab itu
riba dan monopoli adalah dibenarkan. Hubungan seks bebas dan ilhad (faham tidak bertuhan)
merupakan hak individu yang perlu dipertahankan tanpa mempedulikan kesan berat yang
merosak kepada kesejahteraan umat dan rakyat.
Keempat : Hak Asasi Manusia Dalam Islam Terpeinci dan dilindungi oleh Instrumen
Perundangan Syara’.
Perbedaan begitu terserlah antara hak-hak syar’iah berbanding hak hak dalam pemikiran
Barat. Hak-hak dalam Islam begitu dicerakinkan dengan jelas dan tidak dibiarkan kabur
dalam peristilahan yang longgar. Nas-nas quran dan hadith datang menerangkan secara
definitive hak tersebut dan mencegah berlakunya pencabulan dan pengabaian terhadapnya;
iaitu dengan pengharam hukuman bunuh atas jenayah bunuh kerana kononnya menjaga
nyawa manusia . Syariat dan perundangan Islam mewajibkan jihad untuk menghapuskan
pemerintahan tirani (Tyrannic) yang membenarkan perhambaan manusia kepada manusia. Ia
mengharamkan zina dan qazaf demi melindungi nama baik dan maruah . Ia mengharamkan
riba dan monopoli untuk memastikan kesinambungan peluang mencari sara hidup yang halal
kepada orang ramai serta menghalang pemerasan dan penindasan orang yang berkuasa, kaya
dan berpengaruh terhadap golongan rakyat yang lemah dan miskin. Perundangan Islam juga
mewajibkan Negara Islam yang sah agar mengurus dan menjamin kesejahteraan semua
lapisan masyarakat, menghalang kezaliman dilakukan kepada rakyat; biar siapapun
pelakunya. Ia memperakukan kepada umat kaedah dan manhaj keadilan yang syar’i dan absah
dalam masyarakat.
Dalam konteks tindakan salah laku dan penyelewengan yang boleh mensia-siakan hak
manusia, syariat menetapkan hukuman dan sanction tertentu untuk membendung gejala
seperti itu.. Islam mengenakan hukuman yang setimpal kepada orang yang melakukan
kesalahan berkenaan. Syariat juga melupuskan sifat keabsahan dan kedaulatan terhadap manamana Negara yang ingkar tunduk kepada tuntuan agama di samping menentang hukum hakam
syara’ yang sebenarnya melindungi hak asasi manusia dan mengatur kewajipan dan berbagai
jenis hak mereka.Umpamanya apabila kerajaan berkenaan melakukan tindakan membatalkan
hukum qisas atau menghalang perlaksanaan hukum mencuri, atau menghalalkan riba . Justeru
penderhakaan tersebut akan menyebabkan hak orang yang lemah terabai, terhalangnya jihad
membela kaum tertindas atau berkembangnya kesesatan akidah , kezaliman perundangan dan
sebagainya.
Sebenarnya boleh dikatakan bahawa dari satu sudut yang positif syariat telah memperincikan
hak-hak asasi manusia dan memperuntukan istilah khusus mengenainya untuk menjamin
keselamatan hak-hak tersebut. Dari sudut yang sebaliknya syariat telah menggariskan
hukuman terhadap mana mana perlakuan yang menyanggahi dan menyalahinya.. Ini berbeda
dengan hak dalam pemikiran Barat yang rata rata masih dituangkan atau digubal dalam
bentuk ungkapan yang longgar dan umum berdasarkan prinsip kebebasan yang samar seperti;
keadilan, kesamarataan, persaudaraan, kehormatan dan maruah di samping larangan
penyeksaan. Hal ini dilakukan tanpa mencerakinkan perundangan yang jelas dan terperinci
untuk mengatasi perbuatan mengancam keadilan atau yang boleh melindungi maruah manusia
dari sebarang gugatan dan lain-lain. Sebab itu peraturan dan undang-undang yang melindungi
hak hak ini di Barat agak berbeda dari satu Negara Barat ke satu Negara Barat yang lain atau
berbeda berdasarkan tempoh masa. Contoh yang ketara dalam hal ini ialah laungan gerakan
politik di Barat yang sibuk memperjuangkan persamaan wanita dan lelaki di samping

menuntut apa yang dinamakan hak wanita dan sebagainya. Ini adalah kerana tiada kodifikasi
hukum yang agak terperinci tentang apa yang dikatakan sebagai hak tersebut dalam sistem
perundangan Barat.
Kelima : Perbedaan Matlamat dan Tujuan Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Syariah
Berbanding Pemikiran Barat.
Perlu dinyatakan bahawa terdapat perbedaan matlamat antara hak asasi manusia ditinjau dari
sudut Tasauwur Islami dan Barat. Matlamat perakuan hak dari perspektif Barat ialah untuk
memperkasa nilai hidup Barat dengan penekanan kepada kepentingan hak berkenaan dan
keperluan menyebarluaskannya. Termasuk dalam matlamat mereka juga ialah untuk
menjadikan nilai tamadun Barat sebagai sumber sistem sosial dan pembentukan tamadun
dunia ini; dengan andaian bahawa hak-hak tersebut muncul dan lahir dari tamadun Barat itu
sendiri .
Lebih jauh catitan perkembangan sejarah pemikiran mengenai hak manusia di Barat
menjelaskan bahawa maksud sebenar usaha mengabsahkan atau me legalize hak asasi
manusia ialah untuk merealisasi menjadi kenyataan akan segala matlamat dan nilai Barat yang
menjadi ciri utama bangsa serta kumpulan tertentu yang hidup di Barat.
Perisytiharan hak asasi manusia datang seiring dengan kemunculan revolusi Perancis.
Perisytiharan tersebut bertujuan untuk melepaskan rakyat daripada belenggu dan kongkongan
politik golongan bangsawan, raja dan pemerintah Tirani Prancis. Hak-hak ini juga muncul
sejajar dengan kelahiran karya-karya pemikir Reformist Agama Protestant di Eropah.
Golongan ini pula berusaha keras menentang pengaruh gereja dengan cara menegaskan
bahawa manusia mempunyai hak natural atau tabi’i. Manusia –menurut mereka – memiliki
kedaulatan yang tidak dibatasi oleh mana-mana kedaulatan lain baik; sebagai golongan
bangsawan, golongan raja mahupun juga agama.
Sebenarnya dari sudut perkembangan sejarahnya; adalah menjadi hasrat para penatar konsep
hak asasi manusia di Barat menekankan nilai dan prinsip yang digagaskan oleh para pemikir
golongan Capitalist di Eropah. Matlamat ini mahu diperkasa dan dimantapkan lagi dalam
perkembangan pemikiran di Barat seterusnya dalam era pertembungan pemikiran dengan
prinsip dan aliran Sosialisme dan Komunisme.
Aspek ini juga sering dieksploit secara politik untuk mencorakkan hubungan antara bangsa
kini antara Negara blok Barat dengan Negara blok Timur. Perkara ini juga di jadikan alasan
untuk memaparkan kepincangan hak yang dinikmati oleh golongan minoriti tertentu di manamana Negara di dunia ini untuk mengancam dan menggugat regim pemerintah tertentu di
Negara dunia ketiga.
Sebenarnya hak asasi manusia di Barat bukanlah cetusan daripada prinsip undang-undang
yang tetap untuk menyelesaikan masalah realiti manusia. Bahkan ia bukan bermaksud untuk
meraih matlamat lohor manusia sejagat..
Berbanding dengan konsep hak dalam syariat Islam. Hak manusia sangat berkaitan dengan
tujuan pokok syariat; iaitu untuk merealisasi ‘ubudiah atau penyembahan makhluk manusia
kepada Allah, melindungi Maqasid al Syariah yang tersimpul dalam perlindungan terhadap
lima kepentingan asas manusia iaitu melindungi agama, nyawa, akal, harta dan nama baik.
Juga untuk menyempurnakan keperluan ujud melalui penggubalan peraturan mengenai

hubungan manusia dalam berbagai bidang mu’amalat.. Akhirnya ialah untuk
menyempurnakan keperluan Tahsiniat yang melengkap dan meningkatkan lagi kualiti
kehidupan manusia memalui keutamaan akhlak dan pengokohan budi bahasa.
Dengan penjelasan kita terhadap perbedaan antara tasauwur, susunatur dan perlaksanaan hakhak dalam syariat Islam berbanding manhaj pemikiran Barat maka ketaralah kesilapan
anggapan segolongan para pemikir dan penulis yang mengandaikan ujudnya persamaan antara
hak tabi’i perspektif Barat dengan hak manusia dari perspektif syariat. Antara yang
beranggapan demikian ialah Dr Ahmad Jalal Hamad.yang menegaskan:
Apa yang dipanggil oleh pemikir Barat sebagai undang-undang tabi’I sebenarnya tidak ada
bedanya dengan pengertian Islam terhadap apa yang dipanggil peraturan Allah yang abadi
untuk seluruh manusia dan tetap unggul mengatasi segala undang-undang lain. Ada
kemungkinan besar para pemikir undang-undang tabi’I di Barat telah mencedoknya dari
kalangan orang Islam ketika ujud pertemuan tamadun Bara dan Timur di Andalusia ( pada
satu masa dahulu).
Pada hal yang sebenarnya titik tolak hak manusia di Barat ialah hak tabi’i yang sangat berkait
dengan perihal diri dan individu subjective seseorang dari sudut tabi’inya; terlepas dari
masalah konsep atau manhaj. Berbanding hak syar’i manusia dalam Islam.Ia bersandarkan
kepada penghormatan dan Takrim Ilahi kepada manusia itu sendiri. Ia berhubung rapat
dengan konsep ‘Ubudiah; perhambaan manusia kepada Allah dan kepatuhannya kepada
syariat gubalanNya; di samping ketaatannya kepada Rasulullah S.A.W. Perbedaan ini semakin
jauh apabila kita merujuk kepada penyifatan undang-undang, pencerakinannya yang
terperinci, masalah Maqasid dan kesan hukum yang berkaitan dengannya.
Keseimbangan Antara Hak dan Tanggungjawab
Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau berimbang . Hak
yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada perlaksanaan tanggungjawab yang
disempurnakannya. Seandainya ada segolongan anggota masyarakat Islam yang mengadu
kerana kezaliman yang telah menghakis hak mereka maka itu adalah kesan daripada
pengabaian segolongan yang lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka;
sepertimana yang telah diwajibkan oleh Allah. Kewajiban tersebut ialah untuk menegakkan
keadilan Ilahi di mayapada ini . Manakala matlamatnya telah diungkapkan sendiri oleh Allah
dalam firmannya : (Ar Rahman:7-9)
‫نوال سنسنماء نرنفنعنها نونونضنع ال لممينزانن‬
‫أ ن س نلا تنلطنغلوا مفي ال لممينزامن‬
‫خمسرروا ال لممينزانن‬
‫نوأ نمقيرموا ال لنولزنن مبال لمقلسمط نونلا تر ل‬
Dan langit dijadikannya (berbumbung) tinggi, sert

Dokumen yang terkait

PENGARUH KONSENTRASI TETES TEBU SEBAGAI PENYUSUN BOKASHI TERHADAP KEBERHASILAN PERTUMBUHAN SEMAI JATI (Tectona grandis Linn f) BERASAL DARI APB DAN JPP

6 162 1

ANALISIS ISI LIRIK LAGU-LAGU BIP DALAM ALBUM TURUN DARI LANGIT

22 212 2

INTERVENSI OBAT NEUROPROTEKTIF DITINJAU DARI PERBAIKAN GCS DAN CER TERHADAP PASIEN CVA Hemorrhagic DI RSD dr. SOEBANDI JEMBER

1 82 18

JUMLAH DANA DAN KREDIT DARI BANK TABUNGAN MENJADI BANK UMUM PADA PT. BANK TABUNGAN NEGARA ( PERSERO ) CABANG DENPASAR

3 91 12

KADAR TOTAL NITROGEN TERLARUT HASIL HIDROLISIS DAGING UDANG MENGGUNAKAN CRUDE EKSTRAK ENZIM PROTEASE DARI LAMBUNG IKAN TUNA YELLOWFIN (Thunnus albacares)

5 114 11

KARAKTERISASI DAN PENENTUAN KOMPOSISI ASAM LEMAK DARI HASIL PEMURNIAN LIMBAH PENGALENGAN IKAN DENGAN VARIASI ALKALI PADA ROSES NETRALISASI

9 139 85

STUDI PERBANDINGAN HASIL BELAJAR DAN KETERAMPILAN PROSES SAINS DITINJAU DARI PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN BERBASIS TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

6 77 70

ANALISIS HASIL BELAJAR FISIKA SISWA SMP DITINJAU DARI SKILL ARGUMENTASI ILMIAH SISWA PADA PEMBELAJARAN EKSPERIMEN DI LABORATORIUM NYATA DAN MAYA

4 85 57

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59

PENINGKATAN KESTABILAN ENZIM LIPASE DARI Pseudomonas aeruginosa ATCC 27853 DENGAN AMOBILISASI MENGGUNAKAN BENTONIT

3 96 80