Komunikasi interpersonal dan bermaksud komun

Komunikasi interpersonal bermaksud komunikasi yang berlaku antara dua orang individu
yang merangkumi berbagai-bagai jenis perhubungan dari yang bersifat santai hinggalah yang
bersifat jangka panjang.Komunikasi interpersonal mementingkan kualiti perhubungan
tersebut yakni berapa rapatkah perhubungan antara kedua-dua individu yang berkomunikasi.
Gangguan (noise) terbahagi kepada beberapa jenis iatu gangguan fizikal, gangguan
psikologikal dan gangguan semantik. Menurut kefahaman saya gangguan (noise) bermaksud
gangguan yang berlaku apabila seseorang berkomunikasi dengan orang lain.
Gangguan fizikal merupakan gangguan yang melibatkan pendengaran,penglihatan dan lainlain seseorang ketika komunikasi interpersonal itu berlaku.Contohnya,ketika komunikasi
interpersonal berlaku mengenai sesuatu yang penting,namun perbualan itu terganggu
disebabkan terganggu dengan nada dering telefon bimbit menyebabkan perbualan itu
tergantung kerana hilangnya fokus antara satu sama lain.Contoh lain,ketika dua orang
individu ini berkomunkasi mengenai hal-hal peribadi,hadir orang lain yang muncul untuk
menyertai perbualan tersebut menyebabkan gangguan komunikasi itu berlaku.
Selain itu,gangguan psikologikal merupakan gangguan yang melibatkan emosi ketika
komunikasi interpersonal berlaku.Contohnya,individu yang menceritakan masalah dalam
keadaan kesedihan menyebabkan pendengar sukar untuk mentafsir apa yang ingin
disampaikan kerana maklumat itu kurang jelas menyebabkan perbualan itu
tergantung.Contoh lain,individu yang sakit di hospital akan menggunakan perkataanperkataan yang ringkas ketika menjawab pertanyaan yang diberikan olehnya menyebabkan
komunikasi interpersonal ini terganggu keranaa emosinya yang terganggu.
Disamping itu,gangguan semantik merupakan gangguan yang melibatkan perbezaan bahasa
atau dialek ketika komunikasi interpersonal berlaku.Contohnya,individu yang berasal dari

Perak menggunakan dialeknya untuk berbicara dengan individu yang berdialek Kelantan akan
mengalami kesukaran untuk berkomunikasi kerana ia akan mengakibatkan ketidakfahaman
apa yang ingin disampaikan akan berlaku menyebabkan perbualan itu tidak dapat diteruskan.
Kesimpulannya,gangguan (noise) akan menyebabkan ketidakfahaman apa yang disampaikan
berlaku menyebabkan perbualan itu bergantung begitu sahaja.

Alat Artikulasi
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting
dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada
bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi,
lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.
Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal,
konsonan, dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat.
Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan.
Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur
( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di
dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang
berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang

kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.
2.0 ALAT TUTUR ( ARTIKULASI )

Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami
halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh
yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya
bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur ( artikulasi ) atau disebut juga artikulator
yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut:

i. Paru-paru ( lungs ).
ii. Batang tenggorok ( trachea ).
iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ).
iv. Pita-pita suara ( vocal cord ).
v. krikoid ( cricoid ).
vi. Tiroid ( throid ) atau halekum.
vii. Aritenoid ( arythenoids ).
viii. Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ).

ix. Epiglotis ( epiglottis ).
x. Akar lidah ( root of the tongue ).

xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum ).
xii. Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ).
xiii. Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ).
xiv. Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ).
xv. Anak tekak ( uvula ).
xvi. Langit-langit lembut ( soft palate, velum ).
xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ).
xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ).
xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ).
xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ).
xxiii. mulut ( mouth ).
xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).
xxvi.
Rajah 1 : Alat-alat yang Mengeluarkan Bunyi Bahasa Melayu

2.1 PERANAN ALAT TUTUR DALAM PENGELUARAN BUNYI BAHASA


Manusia yang dilahirkan ke dunia biasanya amat sempurna kejadiannya. Salah satu anugerah
yang ada pada manusia ialah mereka dilengkapi dengan alat-alat yang berkaitan dengan
penghasilan bunyi. Dalam hal ini, ia melibatkan aspek alat tutur dan peranannya dalam
pengeluaran bunyi yang mana kita boleh bahagikan kepada tiga, iaitu :
1) alat bahagian dalam tubuh
2) alat artikulasi
3) daerah artikulasi

3.1. Alat Bahagian Dalam Tubuh

3.1.1. Paru-paru

Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam
udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi yang
dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru. Kualiti bunyi
yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan pengucupan paru-paru.
Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama
banyak seperti kita bernafas biasa.

3.1.2 Trakea

Ia merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat ini
membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru, dan keluar
kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi oleh alat dan daerah
artikulasi bagi menghasilkan bunyi.

3.1.3 Larinks

Organ ini pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita

suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

3.1.4 Pita Suara

Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua
keping ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan menjadi terbuka luas.
Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Apabila pita
suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara keluar menghasilkan
bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam bahasa Melayu. Manakala
apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain,
maka udara yang melaluinya menyebabkan ia bergetar.

Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaiman pita suara ini diubah suai. Ruang di
antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian
glottis.
3.1.5 Kotak suara

Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa
Keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai halkum.
Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi dan fungsi bahasa.
Fungsi biologinya ialah bagi melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan
juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi bahasa, ia menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

3.1.6 Epiglotis

Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke
larinks. Ia tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluan
kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.

3.1.7 Farinks
Alat ini adalah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks

dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak, dan rongga hidung.

3.2 Alat-alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi,
lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi kepada dua, iaitu
yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang
pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi
bawah.

3.2.1 Lidah

Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah
terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah dapat
digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh
diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah ( akar lidah ) boleh diangkat
menyentuh lelangit lembut.

3.2.2 Bibir


Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang
boleh dihampar dan dibundarkan.

Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, sebaliknya
apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [ m ]
misalnya, udara disekat di bibir.

3.2.3 Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi
peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya
ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam
penyebutan bunyi-bunyi [ ө ], [ ĵ ], [ č ] dan [ Õ ] gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai
daerah penyebutan.

3.2.4 Lelangit


Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga
berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit
lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak.
Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara akan keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk
menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau
dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

3.2.5 Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan.
Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

3.2.6 Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah, rongga terbahagi kepada

tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian
lapang yang menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula
daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.

Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian
bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak
tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di buka atau ditutup,
bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun
diturunkan.

3.2.7 Rahang

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat penting di dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun kedudukannya adalah penting di
dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang ( rahang atas
dan rahang bawah ) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [ i ] dan [ u ] dan
terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ э ].

3.3 Daerah Artikulasi


Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa
menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan
dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang
berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan.
Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika
hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh
rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan
sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan
secara serta-merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara
menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun
sebaliknya.
Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya pula
jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tak bersuara.

Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi
tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan
ialah meletakkan jari di dalam telinga, kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka yang akan
kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggeris dikatakan hissing dan
buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.

4.0 Pengeluaran Bunyi Bahasa Melayu Dan Peranan Alat Tutur

Setelah membuat kajian penulis kertas kerja ini mendapati terdapat enam alat tutur penting di
dalam penghasilan bunyi bahasa iaitu paru-paru, larings, farings, epiglotis, rongga hidung dan
rongga mulut. Berikut dihuraikan organ-organ atau alat tutur bagi penghasilan bunyi bahasa
terutamanya bahasa Melayu dan peranananya dalam pengeluaran bunyi bahasa tersebut
Melayu.

4.0.1 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setinggi mungkin kena gusi]
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan [ibu]
Tengah perkataan [bila]
Akhir perkataan [tali
4.0 Pengeluaran Bunyi Bahasa Melayu Dan Peranan Alat Tutur

Setelah membuat kajian penulis kertas kerja ini mendapati terdapat enam alat tutur penting di
dalam penghasilan bunyi bahasa iaitu paru-paru, larings, farings, epiglotis, rongga hidung dan
rongga mulut. Berikut dihuraikan organ-organ atau alat tutur bagi penghasilan bunyi bahasa

terutamanya bahasa Melayu dan peranananya dalam pengeluaran bunyi bahasa tersebut
Melayu.

4.0.1 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setinggi mungkin kena gusi]
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan [ibu]
Tengah perkataan [bila]
Akhir perkataan [tali]

Rajah 2 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ i ] dalam Bahasa Melayu

4.0.2 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Separuh Sempit
(Separuh Tinggi) [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
IV. Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ekor]
Tengah perkataan [leper]
Akhir perkataan [sate]

Rajah 3 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ e ] dalam Bahasa Melayu
4.0.3 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Luas (Rendah) [ a ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:

I. Bibir dalam keadaan hampar.
II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paruparu tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara
ke rongga mulut.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ajar]
Tengah perkataan [paku]
Akhir perkataan [kuda]

Rajah 4 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ e ] dalam Bahasa Melayu.
4.0.4 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Bahasa Melayu letupan dua
bibir [ p ] dan [ b ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:
I. Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke
dinding belakang rongga tekak.
II. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru – paru tertahan di dalam rongga mulut dan
saluran suara. Kemudian udara yang ditahan ini dilepaskan dengan serta – merta.

III. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka
bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara
[ p ]. Apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan
itu adalah letupan bersuara [ b ].
Contoh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu :
Letupan dua bibir tak bersuara [ p ]
Awal perkataan [panjat]
Tengah perkataan [sepak]
Akhir perkataan [sedap]
Letupan dua bibir bersuara [ b ]
Awal perkataan [buku]
Tengah perkataan [tiba]
Akhir perkataan [sebab]

Rajah 5 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi bunyi konsonan
[ p ] dan [ b ]
4.0.5 Konsonan letupan pita suara / glotis [ ]
I. Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan ini
menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan.
II. Apabila secara serta – merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara, bunyi yang
dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara [ ].

III. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi
bersuara atau tak bersuara.
Bunyi tersebut dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Awal perkataan [ribut ]
Tengah perkataan [sa at]
Akhir perkataan [gala ]

Rajah 6 : Peranan Alat Tutu Dalam Pengeluaran bunyi konsonan
letupan pita suara[ ]
4.0.5 Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ]
Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada lelangit
keras gusi.
Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan rongga melalui hidung . Semasa
melafazkan bunyi ini pita suara digetarkan.
Lihat contoh dibawah ini :
Awal perkataan [nyanyi]
Tengah perkataan [minyak]

Rajah 7 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi konsonan[ ]
4.0 Penutup
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan isi yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa alatalat tutur ( alat artikulasi ) atau organ-organ yang berfungsi di dalam menghasilkan bunyibunyi bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan kita seharian untuk berinteraksi
antara individu dengan individu yang lain. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang
ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi
bahasa itu ialah alat tutur ( alat artikulasi ).

Kesemua alat artikulasi yang telah dihuraikan di atas memang memainkan peranan yang amat
penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan bergantung
pada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat.

Untuk menghasilkan pengeluaran bunyi konsonan dan vokal Melayu kita perlu mengambil
kira tentang keadaan pita suara bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara
atau pun tidak. Disamping itu kita perlu mengetahui tentang alat dan daerah artikulasi yang
diperlukan semasa pengeluaran bunyi ini, dengan cara ini kita akan mengetahui bunyi apakah
yang didengar oleh kita itu.

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

GANGGUAN PICA(Studi Tentang Etiologi dan Kondisi Psikologis)

4 75 2