Patutkah seseorang itu meninggal dunia a

saya nak baca ..
Search

Berita
Terkini
Utama
Nasional
Wilayah
Luar Negara
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti
Video
Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan

Agama
Politik
Rencana
Utama
Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis
Forum
Agama
Blog Editor
Sukan
Hiburan
Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya
Bisnes

Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang
Pendidikan
Umum
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama
Sains & Teknologi
Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar

Gaya Hidup
Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga
Kesihatan
Fesyen
Sukan
Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain
Rencana Sukan
Lain-lain
Galeri Foto
Versi Mobile

Arkib
Iklan
Langgan ePaper

SMS Alert
Facebook
Sign in

kesihatan

Waktu Solat Kuala Lumpur

ARKIB : 05/08/2007

Patutkah mati kerana kesilapan perubatan?
Oleh Dr. Abd. Hamid Mat Sain (Pakar Bedah Am dan Laparoskopik Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan)

MANUSIA biasa tidak lepas dari membuat kesilapan di dalam kehidupan ini. Kadangkala
kesilapan yang sama itu dibuat berulang kali.


Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak

6:10
1:30
4:50
7:29
8:40

Klik untuk waktu solat kawasan lain

Walaupun terdapat banyak peringatan dari ajaran agama ataupun kata-kata hikmah
daripada pujangga dan motivator supaya manusia tidak jatuh di dalam lubang yang
sama berulang kali, tetapi masih ramai manusia yang terus-menerus melakukan
kesilapan yang sama berulang kali.
Walaupun hakikatnya melakukan kesilapan itu adalah lumrah bagi seseorang manusia,
tetapi melakukan kesilapan yang sama berulang kali adalah sesuatu yang tidak boleh

diterima oleh sesiapa sahaja.
Sudah beberapa kali saya mengetahui adanya kes-kes lumrah yang kerap berlaku yang
sepatutnya dapat dirawat secara efektif oleh sistem kesihatan yang ada sekarang, sama
ada di sektor awam mahupun swasta.
Tetapi malangnya terjadi juga kematian akibat penyakit yang lumrah sebegini.

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

Walaupun tidak menyangkal hakikat ajal maut di tangan Tuhan, namun mengambil kira
kemajuan dalam bidang teknologi perubatan yang serba moden dan canggih kini,

patutkah kita merisikokan nyawa disebabkan oleh kesilapan perubatan dan tiadanya
kesedaran di kalangan orang ramai sendiri.
Kita tidak mahu kesilapan perubatan yang dianggap sebagai satu epidemik, ironinya, di
negara-negara Barat, turut menular di tanah air kita sendiri, apatah lagi dalam mood kita
menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 tahun tidak lama lagi.
Salah satu penyakit yang lumrah di dalam bidang kepakaran saya adalah Apendisitis
Akut. Saya pernah menulis di ruangan ini beberapa ketika dahulu mengenai penyakit ini.
Tetapi untuk manfaat bersama, elok kita perkatakan sedikit tentang penyakit yang
berpotensi meragut nyawa pesakit terutama yang masih dalam lingkungan muda remaja
ini.
Laporan dalam sebuah akhbar Cina pada awal minggu ini menarik perhatian. Seorang
remaja mengadu sakit perut dan walaupun telah beberapa kali melakukan pemeriksaan
di hospital, doktor menyatakan dia tidak menghidap sebarang penyakit.
Malangnya, dia telah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian disebabkan oleh
penyakit Apendisitis Akut.
Apa itu apendiks
Apendiks adalah satu organ kecil yang merupakan sambungan daripada salah satu
bahagian daripada usus besar yang bergelar sekum yang terletak di bahagian sebelah
kanan perut (abdomen) di bawah paras pusat.
Tiada siapa tahu apa fungsi sebenar struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar

dari usus kanan itu. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks.
Namun, jangan tersilap menduga. Jika apendiks tidak mempunyai apaapa peranan di dalam sistem pencernaan kita, bukan bermakna ia tidak mendatangkan
apa-apa masalah.
Apendisitis Akut adalah keradangan organ apendiks yang terjadi apabila salurannya
telah dimasuki oleh sedikit komponen najis. Ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit
perut.
Pada permulaannya, pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama
seperti sakit perut dari keradangan organ perut (gastrik).
Jika keadaan ini terus berlarutan dalam masa beberapa jam sahaja pesakit akan mula

ePlayer Sukan

berasa sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat.
Aturan atau kronologi tanda-tanda Apendisitis Akut ini harus diketahui oleh mana-mana
doktor hatta doktor keluarga (General Practitioner) sekalipun.
Sungguhpun begitu para pesakit sendiri dan orang awam juga harus mempunyai sedikit
sebanyak maklumat serta pengetahuan tentang penyakit ini serta tanda-tandanya demi
kesihatan dan juga keselamatan diri sendiri.
Kenapakah masih berlaku kematian akibat daripada Apendisitis Akut? Apendiks yang
mengalami keradangan harus dibuang dengan seberapa segera daripada cantuman usus

besar/sekum.
Jika tidak, keradangan yang berlaku pada dinding apendiks itu akan berlarutan dan ini
akan merosakkan struktur asalnya menyebabkan berlaku kebocoran najis daripada usus
besar ke dalam rongga abdomen.
Maka berlakulah satu jangkitan kuman yang amat berbahaya di lapisan abdomen
(Peritoneum) yang disebut Peritonitis Akut.
Jika pesakit masih belum dibedah semasa keadaan ini berlaku, maka kuman-kuman yang
terus membiak itu serta toksin (bahan-bahan beracun) akan menyerap masuk ke dalam
sistem pengaliran darah dan menyebabkan Septikemia.

MENARIK

Septikemia adalah keadaan di mana organ-organ penting seperti jantung dan buah
pinggang telah mengalami kerosakan.

Ruang iklan percuma hartanah, produk

Jika keadaan ini berterusan maka organ-organ penting ini akan terus gagal berfungsi dan
akhirnya, menyebabkan kematian.


Jom langgan akhbar Utusan Malaysia

Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar

Walaupun pembedahan boleh dilakukan pada mana-mana tahap sama ada Apendisitis
Akut di peringkat awal, Peritonitis Akut di peringkat pertengahan ataupun Septikemia di
peringkat yang amat lanjut, peluang yang paling baik untuk berjaya di dalam merawat
pesakit adalah di peringkat awal.

Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan


Ramai pesakit yang dibedah pada peringkat Septikemia gagal untuk diselamatkan kerana
fungsi organ-organ vital sudah tidak dapat dipulihkan.

Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

Jadi, ia amatlah munasabah untuk melakukan pembedahan pesakit yang mengalami
Apendisitis Akut ini sewaktu masih di peringkat awal.

Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

Disebabkan oleh organ Apendiks ini adalah satu organ yang kecil, maka apabila berlaku
keradangan terhadapnya, alat-alat seperti ultrasound ataupun sinar-X biasa tidak dapat
mengesan penyakit ini.
Ujian darah dilakukan untuk membuktikan berlakunya keradangan di dalam badan dan
secara tidak langsung membantu pakar bedah di dalam membuat diagnosis Apendisitis
Akut.
Pada umumnya, diagnosis Apendisitis Akut bergantung kepada syak doktor berdasarkan
kepada cerita pesakit tentang kesakitan di perut dan yang amat penting sekali adalah
pemeriksaan fizikal di mana doktor akan menekan bahagian permukaan perut pesakit.
Dalam keadaan ini pesakit akan berasa kesakitan yang lebih kuat. Pada prinsipnya,
diagnosis Apendisitis Akut tidak dapat disangkal selagi mana doktor tidak menekan
permukaan perut pesakit dengan tangannya sendiri.
Malah pemeriksaan fizikal inilah satu-satunya perkara yang paling penting di dalam
mendiagnosis Apendisitis Akut. Ia lebih penting daripada mana-mana ujian lain sama
ada sinar-X, ultrasound, CT Scan, ujian air kencing ataupun ujian darah.
Maka, adalah diharapkan pesakit akan sedar bahawa sakit perut di bahagian tengah
perut mungkin disebabkan oleh gastrik ataupun penyakit batu karang hempedu ataupun
penyakit Apendisitis Akut di peringkat awal.
Apendisitis Akut tidak boleh disangkal sebelum doktor meletakkan tangannya di perut
pesakit. Batu karang hempedu tidak dapat disangkal selagi mana ultrasound belum
dilakukan.
Bagi pesakit yang muda belia dan pertama kali mengalami sakit perut di bahagian tengah
harus berjumpa dengan doktor seberapa segera dan doktor wajib menekan perut pesakit
di bahagian kanan bawah pusat dan jika timbul syak Apendisitis Akut maka rujukan
kepada pakar bedah harus dibuat dengan segera.
Adalah diharapkan tiada lagi pesakit yang kehilangan nyawa akibat daripada penyakit
Apendisitis Akut.
Sedikit mengenai rawatan
Menerusi pembedahan apendektomi secara terbuka, apendiks yang panjangnya 5 hingga
10 sentimeter (sm) akan dibuang pada peringkat pangkal.

SMS News Alert Utusan Malaysia

Luka torehannya adalah di antara 3 hingga 5 sm, bergantung kepada tahap kegemukan
atau obesiti pesakit. Kini, kita mempunyai teknik terkini yang dinamakan laparoskopi
dengan beberapa kelebihan terutamanya bagi pesakit yang obes.
Sebanyak tiga torehan dibuat yang setiap satunya berukuran di antara 5 milimeter (mm)
hingga 10mm sahaja.
Bagi sesetengah kes yang menyerupai apendisitis di mana apendisitis masih belum pasti,
doktor menggunakan kaedah laparoskopi untuk membuat diagnosis.
Memandangkan apendisitis berpotensi pecah dan mengancam nyawa pesakit, pesakit
yang disyaki mengalami apendisitis selalunya akan dibedah sekalipun sebelum disahkan
menghidap penyakit itu.
Selain parut yang kecil dan tidak menghodohkan (kriteria yang biasanya lebih diambil
berat oleh pesakit perempuan), penyembuhan menggunakan pembedahan apendektomi
laparoskopi juga adalah lebih cepat.
Selain itu, tempoh tinggal di hospital juga lebih singkat iaitu di antara satu ke dua hari
sahaja berbanding pembedahan terbuka yang lebih kompleks iaitu lima hari ke
seminggu bagi apendisitis yang telah pecah.
Pun begitu, pembedahan apendektomi secara terbuka masih kekal gold standard di
dalam rawatan apendisitis.
Setiap pesakit mempunyai apendisitis yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
Apendisitis yang melekat (kronik atau berlaku secara berulang) atau yang telah pecah
lebih sukar dibedah.
Selain memotong apendiks, rongga abdomen pesakit yang dipenuhi nanah dan najis juga
akan dicuci.
Kongsi Konten di :

!

"

#

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Sawan demam bukan epilepsi
• Sopak sejenis penyakit kulit
• Lambatkan penuaan
• Sakit permulaan haid
• Vitamin C, kolagen untuk kulit
• Rawat sebelum terlambat
• Jangan abai tanda awal diabetes
• Elak penyakit akibat jerebu
• Elak payudara membengkak
• Peria bersihkan darah
• Implan dwi-stent untuk jantung
• Hidup selesa tanpa GERD
• Teknik baharupembedahan saraf
• Flos gigi, kumur mulut anda
• Risiko Obesiti semasa hamil

$

%

&

'

• Kulit baru harapan baru
• Botak di usia muda
• Fibroid semasa hamil
• Risiko kanta lekap
• Keputihan tidak halang keintiman

Terkini
Berita Utama
Arkib Berita

Nasional
Dalam Negeri
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Laporan Khas

English Edition

Luar Negara

Hubungi Kami | Jom Iklan
Kumpulan Utusan

|

Artikel
Rencana
Forum
Kolumnis
Cuit
Selak
Blog
Kami Prihatin

Facebook

|

Wilayah
Kota
Selatan
Johor
Utara
Timur
Pahang
Sabah & Sarawak
Suara Rakyat

Twitter

|

Hiburan
Sukan
Tempatan
Dalam Negeri
Rancangan TV Luar Negara
Rencana Sukan
Gaya Hidup
Golf
Feminin
EURO 2012
Keluarga
ePlayer
Kesihatan
Polis & Tentera

Bisnes
Ekonomi
Korporat
Produk/Servis
Agro
Saham
Matawang

Kesihatan RSS Feed | Polisi Privasi | Privacy Policy

| Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my |

MyBooks

|

Pendidikan
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama
Sains
Sains & Teknologi
Megabait
Kesihatan

Rekreasi
Rekreasi
Pemotoran
Pancing
Pelancongan
Impak Alam
Catatan Kembara

Xtive
Video
Blog Editor
Suara Rakyat
Salam Aidilfitri

|

Job House

|

Utusan Karya

Mengenai Kami | Terma & Syarat
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.