Pengaruh Sekularisme Terhadap Profesion L

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL

Pengaruh Sekularisme Terhadap Profesion Kerja Sosial dalam Konteks Negara Malaysia
Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari
SSE 384

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL

1

Pengenalan
Sekularisme adalah pemisahan agama daripada pentadbiran negara dan kehidupan
masyarakat serta mengekalkan ia terbuku hanya di dalam hati individu malah tidak
melangkaui hubungan peribadi antara individu dan Tuhannya malah unsur keagamaan hanya
dibenarkan hanya dalam upacara ibadat, perkara yang berkaitan perkahwinan, kematian dan
seumpamanya sahaja ( Al-Qardhawi, 1999). Secara ringkasnya, sekularisme adalah suatu
fahaman atau kepercayaan yang berandaian bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan tidak
seharusnya dicampurkan dengan urusan negara, politik, pentadbiran dan pendidikan.
Sejarah kemunculan sekularisme
Kemunculan sekularisme bermula pada era zaman gelap iaitu apabila berlakunya
pertembungan dan konflik antara pihak gereja Katolik dan para saintis. Pada ketika itu sains

dianggap terpencil malah dianggap sebagai sihir. Segala penemuan baru oleh sains dianggap
‘heresy’ oleh pihak gereja. Sejarah melakarkan pelbagai penindasan telah dikenakan oleh
agamawan Kristian terhadap saintis misalnya pada tahun 1933 Galileo Galilei telah dihukum
tahanan di dalam rumah sehingga mati atas pernyataan bahawa matahari merupakan pusat
alam iaitu bertentangan dengan pendapat pihak gereja Katolik yang berpendapat bahawa
bumi adalah sebagai pusat alam. Akibat tertekan, muncullah pelbagai konfrontasi dan
pemberontakan agama sehingga melahirkan satu fahaman dalam kalangan saintis dan
masyarakat awam bahawa agama perlu dipisahkan dari kehidupan untuk mencapai kemajuan
dan pembangunan sehingga lahirnya fahaman sekularisme.
Sekularisme dan Islam
Situasi negatif yang membawa kepada fahaman sekularisme ini tidak pula berlaku
dalam dunia Islam kerana dalam Islam tiada dinding pemisah antara sains dan Islam malah
Islam meraikan kemajuan seiring pembangunan sahsiah dan kerohanian individu. Penemuan
dan penyelidikan sains amat digalakkan dalam Islam. Sebarang ilmu bebas diteroka asalkan
tidak bercanggah dengan al-Quran mahupun al-Sunah. Buktinya sejarah telah merekodkan
bahawa Andalusia merupakan salah satu tamadun Islam yang unggul telah menjadi pusat
ilmu dan tamadun yang menjadi rujukan masyarakat Barat sehingga 700 tahun malah sarjana
Islam telah menjadi perintis dalam bidang perubatan, fizik, matematik, astronomi, falsafah,
psikologi dan cabang ilmu yang lain (Sabjan, 2009). Misalnya kemajuan sains perubatan oleh
Ibnu Sina sehingga diiktiraf sebagai Bapa Perubatan Dunia. Justeru, tiada kedengaran saintis

atau sarjana Islam yang diseret ke penjara dan dihukum lantaran penyelidikan saintisnya
malah saintis dianggap berstatus elit dalam kalangan masyarakat Islam.

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL

2

Kesan sekularisme terhadap profesion kerja sosial dalam konteks negara Malaysia
Kerja sosial adalah sebagai satu seni, sains dan profesion yang membantu manusia
menyelesaikan masalah sama ada secara individu, kumpulan mahupun komuniti. Ia juga
dikenali sebagai aktiviti pertolongan dan profesional yang berkait rapat dengan
perkembangan pemberian bantuan dan intervensi kepada klien dengan berprinsipkan
kemanusiaan dan keadilan sejagat. Profesion kerja sosial berteraskan prinsip dan falsafah
kemanusiaan sejagat yang diperkukuh dengan ikatan ilmu daripada penyelidikan dan
pemerhatian sama ada saintifik mahupun empirikal. Namun, pengaruh sekularisme dalam
profesion kerja sosial di Malaysia sedikit sebanyak dilihat memberi pengaruh yang besar
terhadap perubahan sama ada berbentuk fizikal mahupun dalaman. Antara perubahan yang
dapat dikenal pasti ialah perubahan bentuk perkhidmatan, nilai profesion kerja sosial dan
intervensi kerja sosial.
Perubahan terhadap bentuk perkhidmatan profesion kerja sosial

Pembentukan kumpulan tertentu yang tidak formal sudah lama wujud dalam kalangan
masyarakat seiring dengan kehendak naluri manusia yang sememangnya ingin hidup
berkelompok atau berkumpulan (Abd Manaf & Jamaluddin, 2002). Perbezaan asas kepada
pembentukan pertubuhan kebajikan menurut sejarah wujud atas pelbagai dimensi. Persamaan
tujuan penubuhan persatuan bagi ketiga-tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
adalah berasaskan konsep keagamaan dan menjaga kebajikan ahli masing-masing.
Dalam kalangan masyarakat India dan Melayu, terdapat persatuan yang tidak
berdaftar yang dikenali sebagai persatuan sulit namun ia tidak sah dari segi undang-undang.
Buktinya sekitar tahun 1855-1857, wujudnya persatuan “Bendera Putih dan Bendera Merah”
yang dianggotai orang Islam dan diasaskan oleh orang India yang beragama Islam (Kim,
1976). Pertubuhan kebajikan tersebut bertujuan untuk saling menolong ahli yang menghadapi
kesusahan dan desakan hidup, membangkang ketidakadilan, penindasan politik serta
membantu ketika upacara perkahwinan diadakan.
Dalam kalangan masyarakat Cina pula, terdapat dua jenis persatuan iaitu persatuan
berbentuk kebajikan dan kongsi gelap yang berlandaskan keagamaan yang bertujuan menjaga
dan melindungi kepentingan imigran Cina terutama dari segi keselamatan dan melindungi
ahli apabila berlaku konflik atau permusuhan serta melindungi wanita Cina yang dipaksa
menjadi pekerja seks (Abd Manaf & Jamaluddin, 2002). Namun lama-kelamaan pertubuhan
tersebut telah mendatangkan konflik kepada kerajaan apabila mereka mula melibatkan diri


SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL

3

dalam bidang politik dan giat dalam melakukan aktiviti jenayah sehingga menimbulkan
rusuhan, pemogokan dan rompakan.
Berikutan dengan itu, kerajaan British telah menetapkan setiap persatuan atau
pertubuhan perlu didaftarkan secara rasmi mengikut peraturan dan undang-undang tertentu
sebagai langkah mengawal keamanan di Tanah Melayu pada ketika itu (Hussain, 1986).
Namun pelaksanaan akta-akta berkaitan pertubuhan tersebut menimbulkan pemogokan umum
dan rusuhan besar pada mulanya di Pulau Pinang pada tahun 1867 (Hussain, 1983). Hal ini
disebabkan oleh tindakan British yang menganggap perarakan penganut agama Islam, Hindu
dan Buddha mengganggu ketenteraman awam, tidak terkawal dan kasar malah pertunjukan
wayang Cina dianggap menyekat lalu lintas. Rentetan daripada kejadian tersebut, kerajaan
British memperkenalkan Ordinan Persatuan 1889 ke atas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
Johor dan Kedah pada awalnya bagi mengawal kegiatan berpersatuan.
Pada tahun 1912, program-program kebajikan masyarakat secara formal di Malaysia
mula diperkenalkan dengan sebuah jabatan khas diwujudkan tanpa mengaitkan mana-mana
agama dalam jabatan tersebut oleh pemerintahan penjajah British (Baba, 1990). Jabatan
tersebut berobjektif untuk membantu para penghijrah memperbaiki taraf kehidupan mereka di

negara yang baru mereka jejaki namun telah ditutup pada tahun 1930-an berikutan
kemelesetan ekonomi. Pada tahun 1937, pemerintahan penjajah British sekali lagi telah
mewujudkan sebuah jabatan khas semula bagi membantu penghijrah dan meningkatkan
kebajikan masyarakat di tanah jajahan (Baba,1998).
Kewujudan jabatan seumpama ini dilihat sebagai langkah pertama penjajah British
untuk memperkenalkan khidmat menolong-bantu dengan memasukkan unsur-unsur
sekularisme dalam perkhidmatan berbentuk bantuan atau kebajikan. Pengamal khidmat
kebajikan masyarakat pada ketika itu diberikan latihan dan memerlukan kelulusan yang
tertentu terutamanya bagi menangani skop aktiviti yang luas malah Pegawai Kebajikan
Masyarakat yang ditugaskan di negeri jajahan juga telah diberikan kursus selama dua tahun
di London School of Economics and Political Science, University of London dalam program
kerja sosial (Abdul Aziz, 2002).
Selepas berlakunya Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, pertubuhan kebajikan
mengalami perubahan peranannya dengan mulanya tertubuh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaya dalam membanteras pelbagai isu yang timbul kesan dari perang. Sehingga kini selari
dengan evolusi dalam memenuhi peranannya dalam pembangunan negara, peranan jabatan
ini semakin berkembang dan mengalami arus perubahan dengan membawa nama Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) yang menjadi agensi utama yang menawarkan

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL


4

pekerjaan kepada para pekerja sosial profesional di Malaysia yang juga di bawah pengawasan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat namun ia terpisah antara
keagamaan dan pentadbiran sehingga kini kesan daripada pengaruh sekularisme.
Pengaplikasian nilai-nilai profesion kerja sosial
Pengaruh sekularisme terhadap nilai profesion kerja sosial pula dilihat amat kuat
pengaruhnya sehingga membawa manusia menjalani kehidupan dengan mudah, ringkas,
pantas, menjimatkan serta melibatkan fizikal semata-mata sehingga menyebabkan
pengabaian nilai dalaman manusia termasuklah nilai pembangunan diri, rasa kebersamaan,
rasa kekitaan dan rasa kerohanian dalam proses intervensi bersama klien. Nilai-nilai yang
amat ketara dipengaruhi oleh sekularisme ialah nilai penerimaan, nilai tidak menghukum,
nilai penentuan diri dan nilai kerahsiaan.
Bagi nilai penerimaan dan tidak menghukum, pekerja sosial perlu menunjukkan
pemahaman akan pandangan dan perspektif yang ada dalam diri klien bagi menghalang klien
rasa rendah diri dalam mendapatkan sokongan serta memerlukan pekerja sosial tepikan nilai
sendiri dan hormat diri klien seadanya malah tidak boleh menghukum perbuatan yang telah
dilakukan oleh klien walaupun bercanggah dengan budaya, agama dan kepercayaan yang
dianuti oleh klien sedangkan dalam perspektif agama memandang serius perkara tersebut. Hal

ini demikian kerana majoriti agama tidak membenarkan umatnya untuk menghukum individu
tersebut walaupun individu tersebut melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan perlu
menerimanya seadanya tetapi perbuatan salah tetap salah dan ia perlu disedarkan dan
diperbetulkan.
Seterusnya, bagi nilai penentuan diri dalam profesion kerja sosial pula membawa
maksud klien berhak memilih dan membuat keputusan sendiri dalam proses pertolongan
dalam mengenal pasti masalah, perancangan, membuat keputusan dan penyusunan rancangan
tindakan. Namun hakikatnya, dalam konsep keagamaan, setiap keputusan yang dibuat
perlulah berlandaskan kitab suci agama masing-masing sebagai asas dalam membuat
keputusan bukannya berdasarkan pandangan dan keputusan individu semata-mata. Contoh
yang dilihat ketara ialah pembuatan keputusan oleh klien dalam melangsungkan perkahwinan
antara lelaki dan lelaki sedangkan hal tersebut sudah terang-terangan bercanggah dengan
budaya dan agama masyarakat tempatan.

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL

5

Intervensi berdasarkan konsep bio-psikososial
Pembawaan nilai kerja sosial terhadap intervensi bersama klien pada masa kini lebih

dilihat hanya bersifat luaran dan mengambil kira aspek dalaman secara holistik dan
menyeluruh. Jika kita lihat, teori atau konsep yang diambil ketika pekerja sosial menjalankan
intervensi tertumpu pada aspek ‘individu dan persekitaran’ dan ‘ individu dalam
persekitaran’. Sedangkan hakikat kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu aspek jasmani
dan rohani. Aspek jasmani merangkumi aspek hubungan individu dengan ibu bapa, keluarga,
rakan, institusi dan sebagainya manakala aspek rohani pula terbahagi kepada an-nafs atau
konsep yang berkaitan id, ego, superego (teori psikoanalitik). Walaupun begitu, teori
psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud turut terdapat kelompangan di mana ia
menekankan konsep kehendak, kawalan diri, kesedaran dan ketidaksedaran secara luaran
tetapi tidak ada konsep ketuhanan dalam mencari punca permasalahan dan penyelesaian
masalah. Sedangkan konsep penyelesaian atau mujahadah yang telah ditetapkan oleh Tuhan
adalah jauh lebih baik berbanding hukum yang ditetapkan oleh manusia kerana manusia
mempunyai batasan akal fikiran iaitu sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia.
Permasalahan yang berlaku pada hari ini dilihat adalah disebabkan kurangnya didikan
atau rasa tanggungjawab terhadap agama. Semua agama mengajar dan menyuruh kepada
berbuat kebaikan dan menjauhi larangan tetapi masyarakat hari ini dilihat jauh terpesong
daripada agama. Apabila wujudnya perasaan Tuhan sentiasa melihat apa yang kita lakukan,
pastinya kita sentiasa berasa takut untuk melakukan perkara yang melanggar norma
masyarakat dan agama khususnya. Namun, kurangnya penghayatan agama dalam kalangan
masyarakat dan ketiadaan sistem yang melahirkan rasa cinta masyarakat terhadap agama

sedikit sebanyak telah mengganggu sistem kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Intervensi kerja sosial yang dijalankan juga kurang ditekankan mengenai agama padahal
hakikatnya kebanyakan masyarakat Malaysia mempercayai agama.
Rujukan
Abd Manaf, A.R. & Jamaluddin, Z. (2002). Kerja Sosial Artikel-artikel Pilihan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Aziz, A.R. (2002). Sosiologi untuk Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.
Al-Qardhawi, Y. (1997). Pertentangan Islam dan Sekular. Selangor: Maktabah Wahbah,
Kaherah.
Baba, I. (1990). Social Work: An Effort Towards Building a Caring Society. In Sin, C.K. &

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL
Muhd Salleh, I. (Eds.).Caring Society: Emerging Issues and Future Directions.
Malaysia: ISIS.
Baba, I. (1998). The Need for Professionalism of Social Work in Malaysia. In. Report on
Advancing Social Work Education. Kuching: Faculty of Social Science.
Hussain, M. (1983). Asal Mula Akta Pertubuhan di Malaysia: Satu Catatan Ringkas. In
Malaysia dari Segi Sejarah. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Vol 12, 160-266.
Kim, K.K. (1976/77). Keterlibatan Orang-orang Melayu dalam Persatuan-persatuan Sulit. In

Jurnal Sejarah, Vol. XIV, 63-69.
Sabjan, M.A. (2009) Wacana Ilmiah Muslim Se-Asean. Pulau Pinang: Sekretariat Falsafah
dan Sains Islam.

6

SEKULARISME DAN KERJA SOSIAL

7