Assignment Usul Fiqh II Sejarah Perkemba

FAKULTI UNDANG-UNDANG
DIPLOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH & AMALAN
(DLSA)

USUL FIQH (LAW 631)

SOALAN:
SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ASMAK

DISEDIAKAN OLEH:
MEOR HAFIZ SALEHAN

[2012719593]

MOHD FAIZAL NIZAM BIN MOHD FUAD

[2012195877]


MOHD SYAMIR BIN SALIM SAW
[2012798803]

TARIKH SERAHAN:
SABTU, 15 JUN 2013

A. PENGENALAN

Usul Fiqh merupakan salah satu dari cabang utama ilmu Islam. Hal ini demikian
kerana Usul Fiqh merupakan ilmu penghasilan fiqh atau hukum dari sumbersumbernya.
Ilmuwan usul telah mengibaratkan usul fiqh sebagai kaedah mendapatkan hukum.
Contoh yang diberikan adalah seperti untuk mendapatkan air daripada sebiji limau.
Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan air limau tersebut boleh melalui
berbagai cara, samada melalui perahan atau pengisaran asalkan memperoleh hasil
yang dikehendaki, iaitu air limau tersebut.
Dari contoh yang diberikan ini, dapat disimpulkan bahawa Usul Fiqh merupakan
kaedah perahan/pengisaran yang digunakan bagi mendapat air hasilnya ( hukum).
Kepentingan Usul Fiqh dapat dilihat sebagai kaedah yang melahirkan hukum hakam
yang menjadi amalan kita sepanjang hidup. Tanpa kaedah-kaedah yang digunakan
ini, adalah mustahil bagi kita memperoleh penyelesaian bagi sesuatu masalah yang

timbul.
Melalui tugasan yang diberikan ini, penghargaan kami dapat diberikan kepada
Ulama-Ulama terdahulu yang telah bertungkus-lumus mencari dan mengkaji ilmu
dari segenap sudut bagi kemudahan kita pada hari ini. Tanpa kemudahan yang kita
nikmati pada hari ini, mereka masih mampu menghasilkan ilmu yang sedemikian
hebat yang menunjukkan kesungguhan dan kemantapan minda mereka dalam
mengecapi kejayaan. Hasil dari sumbangan mereka, dapat kita lihat pada hari ini
dari segenap dimensi. Mereka menunutut ilmu bukan demi nama atau pangkat
mahupun harta, tetapi melakukannya dengan niat ikhlas demi agama Allah yang
suci ini. Maka seharusnya generasi hari ini mencontohi kesungguhan yang
ditonjolkan oleh golongan ini dalam kehidupan kita pada zaman yang serba moden
sekarang.

2

B. ZAMAN RASULULLAH S.A.W. : INSYA’ DAN TAKWIM (PERTUMBUHAN &
PEMBENTUKAN) PADA 610M-632M

Zaman Rasulullah s.a.w. ini turut dikenali sebagai zaman pertumbuhan dan
pembentukan. Zaman ini berlangsung untuk 23 tahun dan ia dikira dari tarikh

kenabian Rasulullah s.a.w. di Makkah sehingga tarikh kewafatan baginda di
Madinah. Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, seluruh permasalahan berkenaan
fiqh dijawab oleh baginda, dan yang demikian dikatakan sumber fiqh pada ketika
ialah wahyu Allah s.w.t.
Biarpun begitu, terdapat beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah
menggunakan pendapatnya untuk menentukan sesuatu keputusan. Antara sahabat
tersebut adalah Muadz bin Jabbal, yang merupakan Gabenor Yemen, yang diutus
oleh Rasulullah s.a.w.
Sebelum Muadz bin Jabbal berangkat ke Yemen, baginda telah bertanya kepada
beliau, yang diriwayatkan di dalam Hadis berikut:- 1
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengutus Muadz ke Yamen. Kemudian Nabi
bertanya kepada Muadz bin Jabbal: Bagaimana engkau akan memutuskan
persoalan? Ia menjawab: Akan saya putuskan berdasarkan Kitab Allah (alQuran), Nabi bertanya: Kalau tidak engkau temukan di dalam Kitabullah?, Ia
jawab: Akan saya putuskan berdasarkan Sunnah Rasul s.a.w., Nabi bertanya
lagi: Kalau tidak engkau temukan di dalam Sunnah Rasul?, Ia menjawab:
Saya akan berijtihad dengan pendapatku, maka Nabi s.a.w. bersabda: Segala
puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberi taufiq atas diri utusan Rasulullah
s.a.w.”
Secara jelas berdasarkan hadis di atas, usul fiqh telah digunakan oleh sahabatsahabat, biarpun ia masih belum menjadi nama keilmuan tertentu.


1 Hadis Riwayat Tirmizi.

3

Secara kaedah usul fiqh, sebarang permasalahan hukum perlulah dirujuk kepada alQuran dalam mendapatkan jawapan, dan diikuti Hadis. Namun, sekiranya jawapan
kepada permasalahan tidak dapat ditemukan, maka ijtihad dibenarkan. 2

C. ZAMAN
SAHABAT:
TAFSIR
DAN
PENYEMPURNAAN) PADA 632M-720M

TAKMIL

(PENJELASAN

&

Zaman ini berlangsung selama 90 tahun, yang dikira daripada tahun kewafatan

Rasulullah pada 11 Hijrah sehingga akhir abad pertama Hijarah, iaitu 101 Hijrah
atau 632M-720M.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat baginda telah memainkan
peranan besar dalam pembentukan hukum-hakam Islam. Pada zaman ini, secara
dasarnya, para sahabat banyak menggunapakai ijtihad dalam mencari jawapan
sesuatu permasalahan yang tidak terdapat di dalam al-Quran, mahupun hadis.
Mereka mampu berbuat demikian kerana penguasaan bahasa Arab yang baik,
kefahaman berkenaan sebab turunnya sesuatu ayat al-Quran, begitu juga hadis,
dan mereka sendiri merupakan perawi hadis.
Berkenaan ijtihad, ia telah dilakukan secara berseorang, atau secara mesyuarat
(musyawarah). Keputusan yang dicapai melalui mesyuarat yang dijalankan disebut
sebagai ijma’.
Ijtihad mempunyai beberapa keadah sama ada secara qiyas atau analogi, begitu
juga

dengan

istishlah.

Dengan


penggunaan

kaedah-kaedah

ini,

kesemua

permasalahan hukum yang diajukan masyarakat terjawab.
Ada beberapa contoh ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat iaitu berkaitan (i)
memerangi orang yang tidak mahu membayar zakat, (ii) berkenaan ahli waris, (iii)
hukuman diyat dikenakan kerana pengampunan salah seorang waris, juga (iv)
berkenaan pernikahan seorang wanita yang sedang dalam iddah.
2 Abdul Wahhab Khallaf, Kaidah-kaidah Hukum Islam Ilmu Ushulul Fiqih (PT Grafindo Persada Jakarta
2002 ).

4

Pada zaman ini, kita dapat mengkaji perkembangan Usul Fiqh pada era empat

Sahabat iaitu (i) era Saidina Abu Bakar as-Siddiq, (ii) era Saidina Umar al-Khattab,
(iii) era Saidina Uthman al-Affan dan (iv) era Saidina Ali Karamahallah Wajhah, 3 di
mana keempat-empat Khalifah menggunakan kaedah sepertimana disebut di atas.
Namun

perhatian

juga

patut diberikan

apabila

kaedah

‘judicial

precedent’

digunapakai. Kaedah ‘judicial precedent’ ini digunakan sebelum ijtihad digunakan.

Di sini, Khalifah akan merujuk kes yang dihadapannya ini dengan merujuk dengan
keputusan yang telah dilakukan oleh Khalifah terdahulu. 4

D. ZAMAN TABI’IN: TADWIN PADA 720M-961M

Zaman ini adalah zaman pembukuan dan munculnya para imam mujtahid, serta
zaman perkembangan serta kedewasaan hukum yang berlangsung selama 250
tahun, yang dikira mulai tahun 720M-961M.
Pada masa tabi’in, kaedah mengistinbat hukum menjadi semakin jelas dan meluas.
Hal ini disebabkan meluasnya jajahan daerah Islam, dan sehingga banyak
permasalahan hukum baharu yang muncul. 5 Kekuasaan Islam meluas ke daerahdaerah

yang

dihuni

oleh

orang-orang


yang

bukan

berbangsa

Arab,

dan

kebudayaannya yang cukup berbeza.6
Ulama-ulama yang tinggal di daerah tersebut melakukan ijtihad, mencari ketetapan
hukumnya berdasarkan pemahaman mereka terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis
Nabi. Ditambah pula dengan pengaruh kemajuan ilmu pengetahuan dalam berbagai
bidangnya pada masa itu, kegiatan ijtihad menjadi maju pesat. 7

3 Taha Jabir al ‘Awani, Usul al-Fiqh al-Islami: Methodology for Research and Knowledge in Islamic
Jurisprudence (The International Institute of Islamic Thought Virginia 1990).
4 Ibid.
5 Satria Effendi, Ushul Fiqh (Kencana Prenada Media Group Jakarta 2009).

6 Alaiddin Koto, Ilmu Fiqih dan Ushul Fiqih (PT Grafindo Persada Jakarta 2009).
7 Ibid.

5

Para ulama telah menetapkan sesuatu hukum secara berbeza; ada yang melihat
kepada kepentingan umum (mashlahah) dan begitu juga ada yang menetapkan
hukum melalui qiyas. Daripada perbezaan dalam mengistinbatkan hukum inilah,
muncul tiga (3) kelompok ulama, iaitu Madrasah al-Iraq, Madrasah al-Kaufah yang
lebih dikenal dengan sebutan Madrasah al-Ra’yu dan Madrasah al-Madina dikenalo
dengan Madrasah al-Hadis. Namun pada masa ini ilmu ushul fiqh masih belum
dibukukan.8

E. ZAMAN KEMUNCULAN USUL AL-FIQH- IMAM SYAFIE

Imam as-Syafie atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad b Idris asAsyafiee dilahirkan di Palestin, pada tahun 150 hijrah. Pada usia yang muda, beliau
telah berhijrah bersama-sama ibunya ke Makkah dimana beliau bertemu dan
seterusnya berguru dengan anak murid Abdullah ibn Abbas.
Imam as-Syafie merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang cukup
hebat, di kala anak-anak kecil sebaya dengannya masih bermain-main, berkejaran

ke sini-sana, beliau mula menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun, dan seterusnya
telah berjaya menghafal seluruh Al- Quran pada usia semuda 11 tahun.
Pencarian

ilmu

beliau

bersambung

dan

diteruskan

ke

Madinah,

di

mana

penghijrahan beliau menemukan beliau dengan Imam Malik pada tahun 179 Hijrah.
Kehebatan pemahaman dan kesungguhannya dapat dilihat ketika mana beliau
berjaya menghafal al Muwatta’, kitab karangan Imam Malik dengan begitu
sempurna setiap perkataannya. Beliau bukan sekadar menghafal setiap perkataan,
tetapi juga memahami maksud setiap satu daripadanya, dan mampu menghuraikan
erti setiap ayat kitab al-Muwatta’ dengan begitu sempurna.
Kesetian beliau kepada gurunya membuatkan Imam as-Syafie setia menuntut di
bawah tunjuk ajar Imam Malik sehingga Imam Malik meninggal dunia.
Penghijrahan Imam as-Syafie dalam mencari ilmu membawa beliau ke tanah Yemen
dimana beliau telah mengajar di sana sehingga beliau dituduh mengamalkan
8 Ibid.

6

amalan Shiah. Beliau kemudiannya telah ditangkap berdasarkan pertuduhan
tersebut dan telah dibawa untuk menghadap Khalifah Harun al Rashid di Iraq.
Tuduhan tersebut gagal dibuktikan apabila beliau berjaya membuktikan kebenaran
ajarannya sehingga beliau dibebaskan.
Setelah beliau berjaya memebebaskan dirinya, Imam as-Syafie telah berhijrah ke
Iraq dengan niat hendak menuntut dari Imam Abu Hanifah namun tidak
berkesempatan kerana Imam Abu Hanifah telahpun meninggal dunia ketika itu.
Oleh itu Imam as-Syafie telah mengambil keputusan untuk berguru dengan anakanak murid Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf pada tahun 182 Hijrah dan Muhammad
Hassan as Shaybani pada tahun 189 hijrah.
Beliau banyak menghabiskan masa di Iraq dan pada ketika inilah beliau telah
menulis karyanya yang pertama, iaitu kitab Al-Hujjah yang merupakan gabungan
Fiqh Mazhab Maliki dan Fiqh Mazhab Hanafi di Kufah, Iraq. 9
Dalam usaha mendalamkan lagi ilmu dan pengetahuannya tentang Islam, Imam asSyafie sekali lagi berhijrah, kali ini beliau berhijrah ke Mesir untuk menuntut di
bawah Imam Layth, tetapi beliau tidak sempat kerana Imam Layth meninggal dunia
ketika Imam as-Shafie masih dalam perjalanannya . Walaubagaimanapun, beliau
sempat berguru dengan anak murid Imam Layth dan telah di sini beliau
menghasilkan Kitab Al-Umm yang telah menggabungkan Fiqh Mazhab Laythee
ketika beliau bermastautin di Mesir. 10 Imam as-Syafie meninggal Dunia di Mesir
pada tahun 204 hijrah.
Kita

dapat

contohi

kesungguhan

Imam

as-Syafie

dalam

menuntut

dan

memperkayakan dirinya dengan ilmu sehingga pencarian ilmunya yang mendalam
membawanya kepada kesemua mazhab-mazhab pada zamannya memberikan
beliau peluang untuk bertemu dan mengkaji hadith-hadith yang tidak ditemui oleh
pakar-pakar sebelumnya. Meskipun Imam as-Shafie seringkali bercanggah pendapat
dengan guru beliau Imam Malik lebih-lebih lagi dalam isu penggunaan Amal Ahl al
Madinah sebagai satu sumber mendapatkan hukum, percanggahan pendapat ini
menunjukkan bahawa ulama zaman terdahulu bersikap profesional dalam bidang
9 Abu Ameenah Bilal Philips, The Evolution of Fiqh.
10 Ibid.

7

mereka. Perbezaan pendapat tidak memecahbelahkan sesama mereka dan hal ini
diperkukuhkan lagi di mana kita dapat lihat bahawa Imam as-Syafie, meskipun
acapkali tidak sependapat dengan gurunya Imam Malik, beliau setia menuntut di
sisi gurunya ketika gurunya menghembuskan nafas terakhir.
PEMBENTUKAN MAZHAB SYAFIE
Umum diketahui bahawa Imam as-Syafie dikenali juga sebagai bapa pemodenan
usul fiqh. Beliau boleh dikatakan tokoh usul fiqh yang terulung, kerana kefahaman
beliau yang mendalam dalam kajian dan ilmu yang memberikan beliau pemahaman
yang berbeza tentang fiqh satu-satu perkara.
Imam as-Shafie seringkali bercanggah pendapat dengan guru beliau Imam Malik
lebih-lebih lagi dalam isu penggunaan Amal Ahl al Madinah sebagai satu sumber
mendapatkan hukum
Seperti mana beliau sering bercanggah pendapat dengan gurunya Imam Malik,
beliau juga menolak doktrin-doktrin istihsaan dan istislah yang dipelopori oleh
ulama Hanafi dan Maliki yang mengambil kira faktor kepentingan awam dalam isuisu yang tidak disentuh oleh Al Quran, As-Sunnah mahupun amal Ahl al Madinah.
Beliau telah cuba membuktikan ketidak-wajaran penggunaan kedua-dua sumber ini
melalui kitabnya yang bertajuk ‘Kitabibtal al Istihsan al Shafii’. Usaha-usaha Imam
as-Syafie dituruti oleh ramai pengikut pada zamannya meskipun hujahannya
menjadi titik tolak suatu sistem pendekatan yang tidak dapat diterima pakai oleh
kesemua mazhab-mazhab yang lain. Wajar diingatkan bahawa perkataan usul fiqh,
ataupun usul pada zaman sebelum as-Shafie, tidak membawa erti sebagaimana
yang kita sedia faham pada hari ini mahupun membawa makna teknikal yang
merujuk kepada ilmu pentaksiran sumber-sumber hukum sepertimana yang telah
didefinisikan oleh Imam as-Shafie.
Imam as-Syafie telah menyatukan Fiqh Hijaz (mazhab Maliki) dengan Fiqh Iraq
(Mazhab Hanafi), menghasilkan mazhab baru yang diajarkan kepada muridnya
dalam bentuk sebuah kitab bertajuk al-Hujjah. Kitab ini dan era tersebut dirujuk

8

sebagai mazhab Al-Qadeem (mazhab yang lama) bagi membezakannya dengan era
kedua imam as Shafii di Mesir.
Di Mesir pula beliau telah memasukkan Fiqh Imam Layth dan menghasilkan Mazhab
al Jadeed (mazhab yang lama) dalam kitab barunya yang bertajuk al-Umm.
Manakala prinsip-prinsip asas Usul Fiqh dihimpunkan dan disusun di dalam kitabnya
yang bertajuk ar Risalah.
SUMBER-SUMBER BAGI MAZHAB SHAFII
1. Al Quran.
Sebagaimana guru-guru sebelumnya, Imam as-Shafie merujuk kepada al
Quran sebagai rujukan utama dalam mazhabnya. Yang berbeza hanyalah
pendekatannya yang lebih mendalam, hasil daripada kajiannya yang begitu
teliti dan ilmunya yang mendalam ditambah pula dengan pengetahuannya
tentang ilmu al-Quran serta bahasa Arab membolehkan beliau menghasilkan
pandangan beliau yang tersendiri yang dapat dilihat dari hasil karyanya.
Beliau pernah meletakkan Al Quran sebagai doktrinnya dan meletakkan ia
lebih tinggi dari apa-apa system pemikiran yang hanya beliau rujuk apabila
tiada pilihan lain.11

2. As Sunnah.
Beliau percaya bahawa Sunnah adalah satu sumber yang sangat tinggi lagi
terpuji, dan Sunnah member penerangan tentang Quran, oleh itu kedua dua
sumber ini tidak bertentangan antara satu sama lain.
Pada pendapat beliau, hanya satu syarat bagi hadis untuk digunakan; ianya
hendaklah hadis yang sahih dan telah menolak semua syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Hasil dari kajian beliau
yang begitu mendalam, Imam as-Syafie
dalam ilmu penyelidikan hadis.12

11 Abu Ameenah Bilal Philips, The Evolution of Fiqh.
12 Abu Ameenah Bilal Philips, The Evolution of Fiqh.

9

diiktiraf kerana sumbangannya

3. Ijma’.
Imam as-Syafie seringkali meragui penggunaan ijma’ dalam beberapa kes
dan telah membuat kesimpulan bahawa bagi kes-kes yang diyakini telah
berlaku, ijma seharusnya diambil kira sebagai sumber yang paling penting,
namun beliau hanya mengiktiraf Ijma serta Qiyaas selagi mana ianya jelas
dan nyata dan bukan sekadar satu spekulasi semata-mata. 13
4. Pendapat sahabah secara berasingan.
Pendapat ini akan diambil kira, asalkan tidak berbeza pendapat/pandangan
antara satu sama lain. Namun demikian jika ada perbezaan, beliau akan
memilih yang paling hampir dengan sumber( contohnya Al- Quran atau AsSunnah), dan meninggalkan yang lain.14
5. Qiyaas.
Imam as-Syafie, berpendapat bahawa Qiyaas merupakan satu sumber yang
sah

bagi

mendapatkan

hukum.

Bagaimanapun,

meletakkannya

pada

kedudukan yang terakhir, memandangkan beliau berpendapat bahawa
pandangan beliau tidak standing pandangan sahabat. 15
6. Istishaab.
Imam

as-Syafie

menolak

kedua-dua

Istishaan

dan

istislaah

kerana

melihatkannya sebagai satu bentuk bidaah. Ini kerana ianya berdasarkan
logik akal manusia didalam hal-hal yang sudahpun wujud undang-undang
yang diwahyukan.
Bagaimanapun,

menggunakan

satu

metod

bernama

istishaab

yang

menyambungkan. Mentaksirkan hukum fiqh berdasarkan satu kes yang
terjadi sebelum ini. Contohnya, kehilangan seseorang, diragui samada orang
tersebut masih hidup atau sudah meninggal, hukum yang diguna pakai
adalah presumption bahawa orang tersebut masih hidup, sehingga dibuktikan
sebaliknya.16
13 Ibid.
14 Ibid.
15 Ibid.
16 Abu Ameenah Bilal Philips, The Evolution of Fiqh.

10

F. ZAMAN SELEPAS IMAM SYAFIE

Perkembangan ilmu Usul Fiqh terus berlaku selepas zaman Imam Al-Shafie. Dua
tokoh ulama’ yang dominan dalam bidang Usul Fiqh selepas zaman Imam Al-Shafie
ialah Abu Bakr Tayyib al-Baqillani dan ‘Abd al Jabbar al Hamadani. Abu Bakr Tayyib
al-Baqillani merupakan tokoh ulama’ Usul Fiqg daripada golongan Ahl al Sunnah
manakala ‘Abd al Jabbar al Hamadani merupakan tokoh daripada golongan
Mu’tazilah.17 Pada permulaan kurun kelima, berlakunya perkembangan yang
signifikan dalam bidang Usul Fiqh selepas zaman Imam Al-Shafie yang dipelopori
oleh kedua-dua tokoh ini. Pada waktu ini, kedua-dua tokoh ini telah mengambil
tindakan dengan menulis semula keseluruhan subjek berkenaan amalan-amalan
dan prinsip-prinsip Kaedah Sumber Shariah ataupun al-Usul.
Al-Zarkashi dalam bukunya bertajuk Al-Bahr ada menulis tentang kedua-dua tokoh
ini.

Al-Zarkashi

bertanggungjawab

menukilkan

yang

mengembangkan

kedua-dua
ilmu

yang

tokoh
pernah

ini

adalah

ditulis

ulama’

sebelum

ini,

menerangkan perkara-perkara yang sebelum ini hanya dibincangkan dengan tidak
terperinci, memberi butiran yang lebih jelas dalam perkara-perkara yang sebelum
ini hanya dinyatakan dalam bentuk yang am dan membuang keraguan dalam ilmu
Usul Fiqh.18 Kedua-dua tokoh disifatkan kepada penerus legasi perkemangan ilmu
Usul Fiqh selepas tamat era sewaktu Imam Al-Shafie masih hidup. Sumbangan
kedua-dua tokoh ini pada waktu tersebut membolehkan ilmu Usul-Fiqh terus melalui
proses perkembangan pada hari ini.
Abu Bakr Tayyib al-Baqillani mendapat gelaran Shaykh al Usuliyyin yang bermaksud
“Ulama’ Pakar dalam Bidang Usul” selepas beliau menulis buku berjudul al-Taqrib
wa al Irshad yang bermaksud “Penjelasan dan Bimbingan”. Kitab ini walau
bagaimanapun telah hilang selama berkurun-kurun, tetapi para ulama’ masih terus
memetik ilmu daripada kitab ini sehingga kurun ke-9 selepas Hijrah. Sementara itu
17 Taha Jabir al ‘Awani, Usul al-Fiqh al-Islami: Methodology for Research and Knowledge in Islamic
Jurisprudence (The International Institute of Islamic Thought Virginia 1990).
18 Ibid.

11

‘Abd al Jabbar al Hamadani menulis buku bertajuk samada al-‘Ahd (Perjanjian) atau
al-‘Amad (Rukun) dan beliau menulis komentarnya sendiri dalam buku tersebut.

19

Pada sekitar tahun 478 selepas Hijrah, seorang lagi tokoh ulama’ yang hebat iaitu
Imam al-Haramyn telah membuat rumusan ke atas kitab yang ditulis oleh Abu Bakr
Tayyib al-Baqillani, al-Taqrib wa al Irshad. Buku Imam al-Haramyn itu bertajuk alTakhlis (Peringkasan) atau al-Mulakhkhas (Ringkasan). Karya Imam al-Haramayn ini
kemudiannya menjadi rujukan oleh ulama’-ulama’ Usul untuk memperoleh idea dan
ilmu yang telah ditulis oleh Abu Bakr Tayyib al-Baqillani sebelum itu. 20
Imam al-Haramayn juga menghasilkan karyanya sendiri dalam bidang Usul Fiqh
yang bertajuk al-Burhan (Bukti) yang mana karya ini membincangkan pelbagai
bidang jurispruden, dengan kaedah yang bebas dan mengikut segala pembuktian
yang tersedia. Dalam buku ini juga Imam al-Haramayn menyatakan bahawa beliau
tidak bersetuju dengan gurunya, al-Imam al-Ash’ari dan al-Imam al-Shafie dalam
banyak isu. Ini menyebabkan ramai ulama’ daripada Mazhab Al-Shafie menolak
komentar-komentar yang ditulis oleh Imam al-Haramayn dan tidak memberi
perhatian kepada karya ini dengan sewajarnya, walaupun sebenarnya ulama’ulama’ banyak mengambil idea daripada karya Imam al-Haramayn ini dan ditulis
dalam buku-buku mereka.
Legasi Imam al-Haramayn kemudiannya diteruskan oleh seorang lagi tokoh ulama’
besar yang sangat terkenal iaitu Imam al-Ghazali yang merupakan anak murid
Imam al-Haramayn, maka tidak hairanlah pendekatan Imam al-Ghazali banyak
dipengaruhi oleh gurunya itu. Iman Al-Ghazali telah menulis empat buah karya
berkenaan ilmu al-Usul iaitu:21
a. al-Mankhul (Kajian)
b. Tahdhib al-Usul (Penambahbaikan ilmu Usul)
c. Shifa’ ‘al-Ghalil fi Bayan al-Shibh wa al-Mukhayyal al-Ta’lil
d. Eksiklopedia Imam al-Ghazali tentang Kaedah Sumber Shariah.

19 Ibid.
20 Ibid.
21 Ibid.

12

Imam al-Ghazali membincangkan tentang logik Aristotelian dalam pengenalan buku
beliau. Kemudiannya membincangkan tentang Hukum Hudud iaitu berkenaan
syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Hudud boleh dilaksanakan beserta jenisjenis Hudud dan langsung membicarakan tentang Dalil dan jenis-jenisnya. Seperti
juga

gurunya

dan

para

ulama’

sebelumnya,

Imam

al-Ghazali

mempunyai

pendapatnya sendiri yang berbeza daripada gurunya sendiri, Imam al-Haramayn
sebagaimana Imam al-Haramayn berbeza pendapat dengan gurunya, al-Imam alAsh’ari

dan

dibincangkan

al-Imam
di

atas

al-Shafie.

Zaman-zaman

merupakan

zaman-zaman

ulama’-ulama’
yang

yang

mana

telah

berlakunya

perkembangan yang sangat penting dalam bidang Usul Fiqh yang telah dilakukan
oleh

pengikut-pengikut

Mazhab

Imam

al-Shafii.

Secara

amnya

ini

adalah

perkembangan yang telah dibina dan dijayakan oleh ulama’-ulama’ Ahlul Sunnah
wal Jamaah.
Golongan kedua pula yang menyumbang kepada perkembangan disiplin ilmu Usul
Fiqh

ini

adalah

golongan

Mu’tazilah.

Abu

al-Husayn

al-Basri

al-Mu’taziuli

bertanggungjawab menulis komentar-komentar ke atas karya ‘Abd al Jabbar al
Hamadani iaitu al-‘Ahd (Perjanjian) atau al-‘Amad (Rukun). Abu al-Husayn al-Basri alMu’taziuli kemudian membuat ringkasan tentang komentar-komentarnya sendiri
dalam kitabnya yang bertajuk al-Mu’tamad (Yang Dipercayai).22
Selepas zaman Imam al-Shafie, penulisan berkenaan ilmu Usul Fiqh terbahagi
kepada dua kaedah. Kaedah pertama ialah kaedah yang digunapakai oleh ulama’ulama’ Mazhab Al-Shafiie yang dikenali sebagai Keedah Mutakkalimun manakala
kaedah kedua dikenali sebagai kaedah Al-Ahnaf yang banyak diguna pakai oleh
ulama’-ulama’ Mazhab Hanafi.
Kaedah pertama boleh dirumuskan seperti berikut: 23
a. Dimulai dengan para ulama Syafii iaitu menghubungkan dalil dengan mantiq.
b. Membina kaedah2 usul fiqh serta mengukuhkannya dengan dalil2 naqli dan
'aqli justeru dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah hukum.
22 Ibid.
23 Dr Ridzwan Ahmad, Pengantar Syariah (Jabatan Fiqh Dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya)

13

c. Tidak memasukkan masalah fiqh bahkan dibiarkan berasingan dalam kitabkitab fiqh
d. Karya-karya yang termasuk dalam kumpulan ini ialah:
i). al-Burhan oleh Imam al-Haramain Abd al-Malik bin Abd Allah al-Juwayni
(m. 413H)
ii). al-Mu’tamad oleh Abu al-Husayn Muhammad bin Ali al-Basri (m. 413H)
iii) al-Mustasfa min ilm al-Usul oleh al-Imam al-Ghazali (m. 505H)
Kaedah kedua pula adalah kaedah-kaedah Usul fiqh dibuat berdasarkan hukumhukum yang telah diputuskan oleh imam-imam mazhab mereka. Dalam isu-isu yang
diputuskan telah ada Fatwa sebelumnya dan ulama’-ulama’ seterusnya menangani
isu berdasarkan Fatwa yang telah sedia ada. Karya-karya dalam kumpulan ini
ialah:24
i) Kitab al-Usul oleh Abu al-hasan al-Karakhi (m 340H)
ii)Kitab al-Usul oleh Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas (m. 370H)
iii) Kitab al-Usul oleh Abu Zaid Abdullah al-Dabusi (m. 430H)
iv) Kitab al-Usul oleh Fakhr al-Islam Ali bin Muhammad al-Bazdawi (m. 482H)
v) Kitab al-Usul oleh Shams al-Immah ibn Ahmad al-Sarkhasi (m. 483H)
vi) Kitab Kasyf al-Asrar oleh Abd al-Aziz bin Ahmad al-Bukhari (m. 730H)
Kedua-dua keadah yang di atas digunapakai oleh kedua-dua kumpulan tersebut
secara berasingan dan keadaan ini berlaku hingga akhir kurun ke-6. Pada
permulaan kurun ke-7 telah berlakunya perubahan apabila telah mula adanya usaha
untuk

menggabungkan

kedua-dua

kaedah

untuk

menghasilkan

karya-karya

berkenaan ilmu Usul Fiqh pada pandangan dan kaedah kedua-dua golongan
terbabit.25

G. KESIMPULAN

24 Ibid.
25 Taha Jabir al ‘Awani, Usul al-Fiqh al-Islami: Methodology for Research and Knowledge in Islamic
Jurisprudence (The International Institute of Islamic Thought Virginia 1990).

14

Sejak dari zaman junjungan besar Rasulullah SAW telah berlaku perkembangan ilmu
dan kaedah Usul Fiqh yang sangat hebat. Perkembangan ini melibatkan kemunculan
empat Mazhab yang dominan pada hari daripada aspek pandangan dan keilmuan
dalam bidang Fiqah. Kewujudan empat Mazhab ini dan kekhilafan pandangan
Mazhab yang empat ini dalam ilmu Fiqah merupakan satu rahmat kepada umat
Islam. Perbezaan pandangan ini membolehkan umat Islam berpegang pada satusatu Mazhab lain selain daripada Mazhabnya apabila berada dalam keadaan yang
memerlukan ia berbuat demikian. Kemunculan Mazhab yang empat ini dipelopori
oleh ulama’-ulama’ yang tinggi dan hebat ilmu mereka dan sehingga hari ini ilmu
Usul Fiqh masih terus berkembang dan masih terdapat isu-isu dan permasalahan
pada zaman moden ini yang memerlukan penentuan hukum-hakamnya melalui
kaedah Usul Fiqh dengan mengambil pandangan ulama’-ulama’ yang hidup pada
masa kini.

15

Dokumen yang terkait

PENGEMBANGAN MEDIA KOPER-X (KOTAK PERKALIAN) UNTUK MENINGKATKAN PEMAHAMAN SISWA PADA MATERI PERKALIAN SISWA KELAS II DI SD NEGERI MOJOLANGU 2

8 90 18

DISKRESI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN SISWA MISKIN SEKOLAH DASAR (BSM-SD) (Studi Kasus di Sekolah Dasar Negeri Sebanen II Kalisat Kabupaten Jember)

1 35 17

EFEKTIVITAS IMPLEMENTASI KEBIJAKAN PENEMPATAN TENAGA KERJA INDONESIA DI LUAR NEGERI (PTKLN) BERDASARKAN PERATURAN DAERAH PROPINSI JAWA TIMUR NO.2 TAHUN 2004 BAB II PASAL 2 DI KABUPATEN BONDOWOSO (Studi Kasus pada Dinas Tenaga Kerja dan Transmigrasi Kabupa

3 68 17

Hubungan pH dan Viskositas Saliva terhadap Indeks DMF-T pada Siswa-siswi Sekolah Dasar Baletbaru I dan Baletbaru II Sukowono Jember (Relationship between Salivary pH and Viscosity to DMF-T Index of Pupils in Baletbaru I and Baletbaru II Elementary School)

0 46 5

HUBUNGAN TINGKAT KEMAMPUAN KELUARGA MELAKUKAN MANAJEMEN NUTRISI DENGAN STATUS NUTRISI IBU HAMIL TRIMESTER II DI WILAYAH KERJA PUSKESMAS MUMBULSARI KABUPATEN JEMBER

0 38 19

IMPLEMENTASI MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE STAD (STUDENT TEAMS ACHIEVEMENT DIVISION) UNTUK MENINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA PADA POKOK BAHASAN MENGENAL UNSUR BANGUN DATAR KELAS II SDN LANGKAP 01 BANGSALSARI

1 60 18

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Tingkat Pemahaman Fiqh Muamalat kontemporer Terhadap keputusan menjadi Nasab Bank Syariah (Studi Pada Mahasiswa Program Studi Muamalat Konsentrasi Perbankan Syariah Fakultas Syariah dan Hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

1 34 126

TINJAUAN TENTANG ALASAN PERUBAHAN KEBIASAAN NYIRIH MENJADI MEROKOK DI KALANGAN IBU-IBU DI DUSUN TRIMO HARJO II KELURAHAN BUMI HARJO KECAMATAN BUAY BAHUGA KABUPATEN WAY KANAN

3 73 70

TEKNIK REAKSI KIMIA II

0 26 55