TEORI PSIKOANALISIS SIGMUND FREUD yang

FAKULTI SAINS SOSIAL
(SMP 3B)
PSIKOLOGI SOSIAL
(APJ 2143 )
TAJUK:
TEORI PSIKOANALISIS
DI SEDIAKAN UNTUK:
CIK NOORSYAIBAH BT SHABUDDIN
DISEDIAKAN OLEH:

1. NURAMIRUL HIDAYAT BIN HJ NAZRY
2. MUHAMMAD NASRULLAH BIN MUSTAFAR
3. MOHD SYAFIQ ZULFIKAR BIN MOHAINI
4. NURFATIN HANANI BINTI IDRUS
5. SITI NUR NADHIRAH BINTI GHAZALI
6. NURDIYANA BINTI MOHAMAD PUAD
7. IZZATUL HAZWANI BINTI HUSNI
8. NOOR HIDAYAH BINTI AHMAD
9. NUR KHALILAH BINTI ISHAK
10.NURLIYANA SYAFIQAH BINTI ADNAN
11.NUR HIDAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN

12. NUR AMALINA BINTI ZAINUDIN

B1410109
B1410093
B1410081
B1410036
B1410027
B1410030
B1410222
B1410039
B1410043
B1410097
B1410110
B1410073

TEORI PSIKOANALISIS
 Teori psikoanalisis memberikan pengaruhnya yang kuat pada
perkembangan bidang psikologi sosial diperingkat awal. Namun demikian
pengaruh tersebut agak berkurangan.
 Ahli-ahli teori psikoanalisis melihat personaliti seseorang sebagai hasil

akhir gerak kuasa-gerak kuasa yang bertindak dalam diri individu.
 Kebanyakkan tingkah laku manusia bergantung pada naluri-naluri yang
terdapat dalam diri individu
Teori ini juga menekankan pentingnya penentu bawah sedar tingkah
laku.
Faktor-faktor bawah sedar ini merupakan faktor-faktor yang diluar
daripada kesedaran individu, dan berperanan mengatur tindakannya.
 Ini tidak bermakna teori psikoanalisis mengetepikan pengalaman sedar,
malahan teori-teori tersebut berpegang bahawa pengalaman sedar mesti
ditafsir berdasarkan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat pada faktor-faktor
bawah-sedar

Biodata Sigmund Freud
• Secara ringkasnya, Sigmund Freud (6 Mei 1856 – 23
September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria
serta pengasas psikoanalisis, satu subbidang psikologi.
• dikenali untuk kajian-kajiannya terhadap nafsu berahi,
penindasan, dan fikiran bawah sedar.
• Freud sering dirujuk sebagai ‘Bapa Psikoanalisis’ dan
kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang

popular.
• memperkenalkan tahap kesedaran manusia, iaitu alam
sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar. Tambahan
pula, beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen
personaliti, iaitu id, ego dan super ego yang sering
mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal
perlakuan manusia.

3 Alam Kesedaran menurut Freud
• Alam sedar
• Alam Pra Sedar
• Alam Bawah Sedar

Alam sedar


Alam sedar merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan
sedar.




Merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran
dan ingatan.



Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan,
berasa gembira atau sepi.



Ia beroperasi pada permukaan personaliti seseorang dan hanya
memainkan peranan yang kecil dalam perkembangan personaliti.

Alam Pra Sedar


Alam pra-sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah
sedar tetapi jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguhsungguh, ianya mampu diingat semula boleh menjadi sedar dengan
mengingat semula.




Contohnya, kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan
semalam tetapi apabila ditanya, kita masih boleh mengingat semula
apa yang telah kita lakukan semalam.

Alam Bawah Sedar


Alam bawah sedar meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia.



Ia mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudannya.



Keadaan mental ini di luar kesedaran seseorang. Ia meliputi semua perkara yang di luar kesedaran seseorang seperti semangat dan
naluri individu.




Merangkumi peristiwa-peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan, melibatkan trauma, penderaan dan kesedihan yang amat
sangat.



Memori ini akan terus berada dalam alam bawah sedar dan mungkin akan diluahkan oleh individu secara tidak langsung.



Menurut Freud, alam ini adalah punca motivasi individu. Ia boleh merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu, idea untuk mencipta
atau motif untuk berkarya.

TEORI STRUKTUR
PERSONALITI
(STRUKTUR PSIKIK)

ID


EGO

SUPEREGO

i. Id
-

-

-

Struktur personaliti primitif (individu yg belum mengenal dunia luar)
dan paling sukar untuk dicapai.
Terdiri daripada libido tulin atau tenaga psikik iaitu tidak rasional dan
memiliki ciri-ciri seksual dan kebinatangan.
Tidak mempunyai sebarang bidang pertemuan dengan alam
sekitarnya walaupun saling berhubungan dengan struktur personaliti
lain dan seterusnya menjadi perantaraan naluri id dengan dunia luar.
Tindakan id sentiasa berpandukan prinsip keseronokan dan berusaha

memenuhi kehendak naluri libido sama ada melalui pengalaman
seksual atau melalui mimpi atau fantasi.
Objek sasaran bagi mencapai kepuasan tidak langsung prinsip
keseronakan adalah bergantung kepada tahap perkembangan
psikoseksual individu.

ii.
Ego
- Struktur personaliti yang berbeza tetapi masih hampir
dengan id.
- Dikenali sebagai komponen eksekutif personaliti
dilihat dari segi peranannya menyalurkan tenaga
id mencari saluran keluar seperti yang diizinkan
oleh masyarakat.
- Perkembangan ego bermula kira-kira pada umur dua
tahun apabila kanak-kanak mula berhadapan
dengan persekitarannya.
- Tindakan ego adalah ditentukan prinsip realiti,
bermaksud
pencapaian

matlamat
demi
memenuhi tenaga libido, dikenali sebagai proses
sekunder, dipenuhi dengan cara yang sesuai
dengan tuntutan masyarakat sekitarnya.

iii. Superego
- Muncul di sekitar umur lima tahun.
- Struktur personaliti yang berkembang sebagai kesan
desakan luaran.
- Membabitkan penyerapan piawai moral yang
diamati oleh ego bahawa iaitu berasal daripada
agen yang berkuatkuasa di persekitaran.
- Piawai yang menentukan tingkahlaku sama ada
bersifat positif atau negatif kesemuanya di wakili
dalam superego.
- Superego dan id sentiasa berada dalam keadaan
berkonflik dan adalah menjadi peranan ego untuk
menyelesaikannya.


 Teori personaliti Freud mengemukakan gagasan motivasi yang
ditakrifkan sebagai penggerak biologi bagi menghasilkan tenaga
mental.
 Peranan personaliti adalah untuk mengurangkan tenaga
penggerak melalui aktiviti yang memenuhi halangan superego.
 Freud mengenalpasti naluri terjadi berasaskan kepada dua jenis
penggerak:i.
ii.

Naluri hidup - Melibatkan penggerak ke arah pengekalan
diri termasuk lapar, dahaga dan kepuasan seks.
Naluri mati – Tertumpu ke dalam diri seperti
kecenderungan untuk membunuh diri atau ke arah luar diri
seperti kebencian dan ke aggresifan.

 Sistem psikologi Freud menganggap kebimbangan
memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan
mewujudkan
keseimbangan
personaliti

melalui
penyaluran tenaga libido.
 Kebimbangan dianggap sebagai ketakutan berselerak
yang timbul sebagai jangkaan terhadap keinginan yang
tidak tercapai atau kecelakaan yang tidak diduga.
 Wujudnya ciri-ciri naluri bersifat primitif ini adalah sukar
bagi matlamat asas id untuk diterima sebagai cara bagi
mengurangkan penggerak.

 Freud mengenalpasti terdapat 3 jenis kebimbangan:i.

Kebimbangan realiti atau kebimbangan objektif
- Ketakutan terhadap bahaya sebenar yang mungkin
berpunca dari alam sekitar dan mempunyai
penyebab yang jelas.

ii. Kebimbangan neurotik
- Ketakutan terhadap hukuman yang berpunca daripada
usaha individu memenuhi hasrat kenaluriannya.
iii. Kebimbangan moral
- Ketakutan melanggar nilai-nilai murni.

 Bagi menghadapi sebarang kebimbangan, ego membina
mekanisma bela diri.
 Mekanisma bela diri iaitu suatu proses fikiran tidak sedar
yang mengizinkan individu mengelak daripada dibebani
rasa kurang baik dan sebarang peristiwa pendokong
kebimbangan.
 Beberapa mekanisma bela diri dihurai dalam penulisan
psikoanalitik Freud, termasuk penafian, konversi dan
projeksi yang kesemuanya perlu dikenalpasti dan
dikawal bagi menentukan kesihatan psikologi individu.

 Teori Freud turut memberi
perkembangan kanak-kanak.

keutamaan

terhadap

 Freud yakin gangguan neurotik dialami orang dewasa
adalah berpunca daripada pengalaman silamnya
peringkat kanak-kanak.
 Freud menghuraikan tahap perkembangan psikoseksual,
bahawa setiap tahap memiliki ciri-ciri tersendiri
berasaskan sumber kepuasan asas yang ditentukan
oleh prinsip keseronakan.

Kesimpulan


Secara umumnya, pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar.



Pemikiran sedar yang biasanya lebih dikenali oleh manusia iaitu
berkaitan dengan pemikiran yang dapat disedari dan dikawal oleh
individu, sebagai contohnya tindakan seperti berjalan,memakan,
membaca dan lain lain.



Semua tindakan melalui fikiran boleh dikategorikan kepada
pemikiran sedar berbanding dengan pemikiran bawah sedar
menunjukkan misteri yang ingin diketahui oleh orang ramai.



Pemikiran bawah sedar ialah pemikiran yang mendefinisikan
pemikiran dalaman seseorang, contohnya apabila berlakunya
sesuatu yang akan mengancam keselamatan seseorang itu, dia
akan melakukan sesuatu tindakan yang akan menyelamatkan
dirinya tanpa melalui pemikiran sedar otak.