Panduan Pengajaran Bahasa Melayu sk Tahun 6

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai
oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:
2.2

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul.


2.3

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.4

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk
memberi respons dengan betul.

2.5

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan dengan betul.

2.6

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca

2.2.3

Membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi
dengan sebutan yang betul.

2.3.1

Membaca kuat pelbagai jenis ayat dan ragam ayat mengikut laras daripada pelbagai bahan
bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.3.2

Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan pelbagai
keterangan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.4.1

Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan untuk membuat ulasan dengan
betul.


2.4.2

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang
sesuai untuk membuat rumusan dengan betul.
48

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

2.4.3

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang
sesuai untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan yang sesuai.

2.5.1

Membaca, memahami dan menyusun maklumat daripada pelbagai bahan bacaan dan

memindahkan maklumat dalam bentuk grafik.

2.5.2

Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan
maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.

2.5.3

Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan
maklumat dalam bentuk prosa dan puisi.

2.6.1

Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan
kreatif.

2.6.2

Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk membuat ulasan.


49

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Semasa menyediakan strategi pengajaran
dan
pembelajaran
bagi
kemahiran
membaca,
guru
perlu
memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum,

semasa dan selepas kemahiran membaca
yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui
pelbagai aktiviti secara terancang bagi
mencapai objektif yang telah ditentukan.
Guru boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan mengajar
yang disediakan ini.

50

2015

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

TEMA


PERPADUAN

TAJUK

Generasi Perpaduan

2015

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk
meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

PENGISIAN KURIKULUM


SISTEM BAHASA

i. membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
ii. menjelaskan maksud sajak yang dibaca untuk meningkatkan
daya fikir secara kritis dan kreatif.
Ilmu : Sejarah
Nilai : Patriotisme, semangat bermasyarakat
EMK: TMK
KP : Verbal Linguistik
Sebutan dan intonasi
Ayat tunggal

BAHAN BANTU BELAJAR

Lampiran sajak, borang markah, video sajak

PENILAIAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN


Murid dapat membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan
yang betul dan menjelaskan maksud sajak.

REFLEKSI

51

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI
Perbincangan

1. Murid menonton tayangan video
deklamasi sajak.
2. Guru dan murid berbincang mengenai
video tersebut.

EMK : TMK
ENT : KP - Verbal
linguistik
Ilmu: Sejarah
Nilai: Patriotisme,
Kemasyarakatan
Sistem Bahasa:
- Sebutan dan intonasi

CATATAN

Video
Laman Web :You
Tube


Membaca Sajak
1. Murid membaca sajak secara kuat
dengan sebutan yang betul.
2. Murid mendeklamasi sajak dengan kuat
dalam kumpulan, dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.

EMK :
ENT : KP - Verbal
linguistik
Ilmu : Sejarah
Nilai: Patriotisme,
perpaduan

3. Murid mendeklamasi sajak secara
berpasangan.

Sistem bahasa:
- Sebutan dan intonasi

Lampiran 1
Sajak

Membaca Prosa
1. Murid berbincang dalam kumpulan
maksud sajak berdasarkan rangkap
yang ditetapkan.
2. Murid membacakan maksud sajak
dalam bentuk prosa di hadapan kelas.

EMK : ENT : KP - Verbal
linguistik
Ilmu: Sejarah
Nilai: Patriotisme,
Semangat
bermasyarakat

Lampiran 2
Soalan Pemahaman
(Lisan )

EMK : ENT : KP - Verbal
linguistik

Lampiran 3
Borang
pemarkahan

Sajak

3. Murid menjawab soalan pemahaman
berdasarkan sajak yang dibaca.
Penilaian
(Pertandingan Mendeklamasi Sajak)
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk menjalankan aktiviti
pertandingan mendeklamasi sajak.

52

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI
2. Murid mendeklamasi sajak dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul secara bergilir-gilir di dalam
kumpulan.
3. Setiap kumpulan akan menilai
persembahan rakan dari kumpulan lain
dengan mengisi borang markah.

2015

CATATAN

Ilmu : Sejarah
Nilai : Patriotisme,
Semangat
bermasyarakat
Sistem bahasa:
Sebutan dan intonasi

4. Pemenang setiap kumpulan
mendeklamasi sajak dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul di
hadapan kelas.
Pemulihan.
1. Murid mendeklamasi sajak dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul dengan bimbingan guru.

Lampiran Pemulihan
Sajak Pendek

Pengayaan
1. Murid mendeklamasi sajak daripada
bahan yang lain dan dinilai oleh rakan
dalam kumpulan.

ENT : KB – Menghubung
kait

53

Media:
Lembaran kerja

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 1
Baca dan fahami sajak di
bawah.

Generasi Perpaduan
Masa berputar tanpa henti
Generasiku hadir bersilih ganti
Bijak berbicara namun rapuh jati diri
Pantas bergerak tetapi silap bertindak.
Sedarlah generasi mudaku
Kemerdekaan ini di tanganmu
Corakkan ia dengan semangat perpaduan
Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan
Agar negara makmur dan aman.
Bangsaku
Melayu, India dan Cina mesti bersatu
Teguh erat berganding bahu
Biar bertingkah tidak berseteru
Bersatu hati dan bermuafakat
Demi negara kita bertekad.
Generasiku
Dikaulah pewaris perjuangan
Pembela negara di masa hadapan
Agar negara terus gemilang

54

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 2

Jawab soalan pemahaman di
bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan generasi muda?
2. Apakah tanggungjawab generasi muda terhadap negara?
3. Mengapakah kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu padu?
4. Siapakah pewaris perjuangan?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan baris ayat ‘Biar bertingkah tidak
berseteru’ ?

55

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

Tulis nama rakan anda. Dengari
sajak yang dideklamasi, kemudian
berikan markah yang sesuai.

2015

Penilaian

Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Kumpulan: ......................
Bil

Markah Penuh
( 20 markah )

Nama Murid

Dihakimi oleh:………………………………

56

Kedudukan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

Baca rangkap sajak yang
diberi oleh guru kamu dengan
sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

2015

Pemulihan

Generasi Perpaduan
Generasiku
Dikaulah pewaris perjuangan
Pembela negara di masa hadapan
Agar negara terus gemilang

Generasi Perpaduan
Masa berputar tanpa henti
Generasiku hadir bersilih ganti
Bijak berbicara namun rapuh jati diri
Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

Generasi Perpaduan
Sedarlah generasi mudaku
Kemerdekaan ini di tanganmu
Corakkan ia dengan semangat perpaduan
Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan
Agar negara makmur dan aman.

Generasi Perpaduan
Bangsaku
Melayu, India dan Cina mesti bersatu
Teguh erat berganding bahu
Biar bertingkah tidak berseteru
Bersatu hati dan bermuafakat
Demi negara kita bertekad.

57

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

Baca sajak di bawah dengan
sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

BERSATU KITA TEGUH
generasi berganti silih berganti
musim berganti silih berganti
hari berganti silih berganti
masa berputar tiada henti
mematangkan usia dan pemikiran
mendewasakan manusia dan dunia
melahirkan insan integriti bangsa
hai generasi
tanpamu siapalah dunia ini
tanpamu tiada akan erti kemerdekaan ini
kemerdekaan yang dicapai oleh negaramu hari ini
kemerdekaan yang dicapai oleh dirimu sendiri
corakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduan
corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan
agar negara tercinta kekal bersama kita selamanya
Melayu, India dan Cina
kita adalah bersama
jika bercerai kita roboh,
bersatu kita pasti teguh
laksana ikatan keakraban persaudaraan
kita adalah insan sekelompok
kita adalah insan satu gagasan
kita adalah insan satu Malaysia
berganding bahu tanpa mengira bangsa serta asal usul
bersatu hati dalam bermuafakat
demi negara yang tercinta
kita satu Malaysia!!!

58

2015

Pengayaan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

TEMA

KESENIAN DAN ESTETIKA

TAJUK

Permainan Wau

2015

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat
daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat rumusan
dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. membaca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii. menyenaraikan maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan
petikan yang dibaca.

PENGISIAN KURIKULUM

EMK : TMK
Celik kewangan
KB : Menjana Idea
KP : Verbal Linguistik
BCB : Bacaan Mekanis / Bacaan Intensif
Nilai : Menghargai, bekerjasama
Ilmu : Dunia Seni Visual

SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Kata Hubung / Kata Sendi

BAHAN BANTU BELAJAR

ICT, Bahan maujud

PENILAIAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Membaca dan menyenaraikan maklumat dalam bentuk grafik.

REFLEKSI

59

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Membaca Seni Kata Lagu
1. Murid membaca seni kata lagu “Wau
Bulan”
2. Guru menayangkan gambar-gambar
beberapa jenis wau.
Contoh:
 wau bulan
 wau pari
 wau katak
 wau bayam
 wau merak
 wau kucing

EMK : TMK
ENT : KP - Muzik
Ilmu : Pendidikan Muzik
& Pendidikan Seni
Visual
Nilai :
Menghargai seni budaya

Lagu “Wau Bulan”
http://www.youtube.com
/watch?
v=lkKTVvHSoz0
Lampiran 1
Media:
Slaid
http://malaysia.pnm.

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang
pelbagai jenis wau yang ditayangkan.
Membaca dan Memahami
1. Murid membaca senyap petikan teks yang
diedarkan untuk mendapatkan maklumat.
2. Murid membaca teks secara individu,
berpasangan atau berkumpulan secara
mekanis.

EMK : ENT : BCB - Bacaan
mekanis
KP : Verbal
linguistik
Ilmu : Celik Kewangan
Nilai : Kerjasama

Lampiran 2
Media:
Petikan teks

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang
petikan yang dibaca.
Menyampaikan Maklumat
1. Murid melengkapkan peta pemikiran
berdasarkan teks yang dibaca secara
berkumpulan.

EMK : ENT : KP - Verbal
linguistik

60

Lampiran 3

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI
2. Murid diminta membentangkan hasil kerja
kumpulan di hadapan kelas.

CATATAN
Media:
Kad petikan perenggan

Penilaian
1. Murid dalam kumpulan membaca petikan
dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

ENT : KP – Verbal
linguistik

Lampiran 2

Nilai : Kerjasama
2. Bercerita berdasarkan petikan yang dibaca.
Pemulihan
1. Murid dibimbing membaca ayat dengan
sebutan yang betul.

ENT : BCB – Bacaan
intensif

Lampiran 4

ENT : KB - Menjana idea

Lampiran 5

Pengayaan
1. Murid diminta membaca petikan karangan.

2015

2. Murid menyenaraikan tiga isi penting
berdasarkan petikan yang dibaca.

61

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 1

Baca seni kata lagu ini dan
fahami maksudnya

ewa..ewa..ewa bulan
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
sama-sama bersuka ria 2x
ewa..ewa..ewa bulan
ewa..bulan teraju tiga 2x
cahaya bulan tempat perindu

ewa..ewa..ewa bule

pantainya indah kayangan jiwa

ewa..bulan teraju tiga 2x

kota idaman senyum selalu

ini malam sama-sama…

taman serendah sekebun bunga

sama-sama bersuka ria 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
sama-sama bersuka ria 2x
ewa..ewa..ewa bulan
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
62

sama-sama bersuka ria 2x

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 2
Baca dan fahami petikan di
bawah.

Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak
kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Burung,
Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau
Daun, Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat digemari oleh orang
Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi sebahagian pendapatan tambahan
kepada penduduk dengan menjadikan wau sebagai kraf tangan dan bahan hiasan dinding.Harga
wau yang dijual berdasarkan saiz dan corak wau yang dihasilkan.
Walaupun pada masa dahulu permainan ini hanya dimainkan oleh masyarakat kampung,
tetapi pada hari ini wau telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti dalam
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang. Hasil sambutan festival ini sangat
memberangsangkan terutama dalam kalangan peserta dari luar negara. Ini cukup membuktikan
bahawa permainan tradisional juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Jadi warisan
tradisional ini haruslah dikekalkan kerana permainan wau ini merupakan identiti budaya bangsa
Melayu.
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi yang dipanggil Juru Anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali
akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau
tersebut naik tinggi ke udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah lagi kecantikan wau yang
berwarna-warni itu.

63

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 3
Lengkapkan peta pemikiran
berdasarkan teks yang dibaca.

Isi
Penting

64

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

Baca petikan di bawah dengan
bimbingan guru.

Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga
dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak
kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama
tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan,
Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau Daun,
Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat
digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan
larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan
diwarnakan dengan pelbagai warna.

65

2015

Lampiran 4
Pemulihan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

Baca dan fahami petikan di
bawah dan tulis isi-isi penting
mengikut urutan.

2015

Lampiran 5
Pengayaan

Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak
berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau
sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang
sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga.
Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan
cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. Shafie amat
berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan
daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya
telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya.
Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba
sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.

.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
66

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

TEMA

SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TAJUK

Robot Membantu Manusia

2015

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

2.5.2 Membaca, memahami, dan menaakul maklumat daripada
bahan grafik dan memindahkan maklumat mengikut
keutamaan dalam bentuk prosa.
Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
ii. menaakul dan menyenaraikan lima isi penting daripada petikan
yang dibaca.

PENGISIAN
KURIKULUM

Ilmu
Nilai
EMK
KB
KMD
BCB

SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Antonim
Sebutan dan intonasi

BAHAN BANTU
BELAJAR

Teks berita, lembaran kerja, jadual grafik, kad manila, pen marker
berwarna.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

:
:
:
:
:
:

Sains, Pendidikan Moral
Bekerjasama, Berani.
TMK / Celik Kewangan ,Kreatif dan Inovatif
Verbal Linguistik, Menjana Idea
Menggunakan Imaginasi & Kreativiti
Bacaan Mekanis

Murid dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang
betul.

REFLEKSI

67

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN
KURIKULUM

CATATAN

EMK : Kreativiti dan inovasi
Celik Kewangan
ENT : KB – Kritis dan kreatif

Lampiran 1
Media :
Poster ‘Pameran Robot’

AKTIVITI
Membaca dan bersoal jawab
1. Guru mempamerkan poster ‘Pameran
Robot’.
2. Murid secara kumpulan membaca
maklumat pada poster dan merumuskan
kandungan yang terdapat di dalamnya.

Ilmu : Dunia Sains dan
Teknologi
Nilai : Kerjasama

3. Murid melaporkan rumusan yang
diperoleh daripada hasil perbincangan.

Membaca
1. Murid membaca senyap petikan teks
berita yang diedarkan untuk
mendapatkan maklumat.
2. Murid membaca teks secara individu,
kumpulan dan kelas.

ENT : BCB – Bacaan
mekanis
KP - Verbal
linguistik

Lampiran 2
Media:
Petikan teks berita

Nilai: Berani

3. Simulasi membaca berita oleh murid.
Menaakul Dan Menyampaikan Pendapat
1.

2.

Setiap kumpulan diminta berbincang
tentang “Kegunaan Robot Kepada
Manusia” dan membuat penaakulan
dengan melengkapkan borang
pengurusan grafik.

KB: Menjana
idea
Nilai : Bekerjasama

Wakil murid membaca hasil
perbincangan daripada borang
pengurusan grafik dengan
68

Lampiran 3
Media:
Borang pengurusan
grafik

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

2015

CATATAN

menggunakan ayat yang betul di
hadapan kelas.
Penilaian
1.

Murid menjawab lima soalan yang
diberi berdasarkan teks yang dibaca.

2.

Murid memberikan perkataan
berlawanan dalam perkataan bergaris
dalam petikan.

KP: Verbal linguistik

Media:
Lembaran kerja
Media:
Lembaran kerja

Pemulihan
1. Murid membaca cerita autobiografi
secara berpandu yang bertajuk “Aku
Sebuah Robot” .

Media:
Lembaran kerja

Pengayaan
1. Murid membaca maklumat yang
terdapat pada poster dan menulis isi-isi
penting yang diperoleh.

ENT : BCB - Menjana idea

69

Media:

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 1

Baca dan nyatakan maklumat
daripada poster di bawah.

70

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

Baca dan fahami teks di
bawah.

2015

Lampiran 2

BATU PAHAT, 30 SEPTEMBER – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan
BATU PAHAT, 30 SEPTEMBER – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan
Banang Jaya telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30 ribu menerusi pameran Robot 2015
Banang Jaya telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30 ribu menerusi pameran Robot 2015
yang dijalankan sejak lima bulan yang lalu.
yang dijalankan sejak lima bulan yang lalu.
Pameran ini dirancang sejak menerima mandat daripada ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG.
Pameran ini dirancang sejak menerima mandat daripada ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG.
Pameran ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid sekali gus
Pameran ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid sekali gus
mengumpul dana-dana yang boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang
mengumpul dana-dana yang boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang
seperti laluan berbumbung, memberi bantuan kepada murid-murid miskin, menceriakan persekitaran
seperti laluan berbumbung, memberi bantuan kepada murid-murid miskin, menceriakan persekitaran
sekolah dan sebagainya.
sekolah dan sebagainya.
Selama pameran ini berlangsung, pelbagai bentuk ciptaan yang dipamerkan. Robot yang
Selama pameran ini berlangsung, pelbagai bentuk ciptaan yang dipamerkan. Robot yang
dipamerkan adalah rekaan sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah ini. Robot-robot tersebut sangat
dipamerkan adalah rekaan sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah ini. Robot-robot tersebut sangat
menarik dan unik. Murid-murid yang mencipta robot ini kebanyakannya bercita-cita menjadi jurutera
menarik dan unik. Murid-murid yang mencipta robot ini kebanyakannya bercita-cita menjadi jurutera
robotik.
robotik.
Selain itu, robot-robot yang direka telah berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke
Selain itu, robot-robot yang direka telah berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke
pameran ini sekali gus menyumbangkan derma ikhlas mereka. Robot-robot ini dihasilkan dalam
pameran ini sekali gus menyumbangkan derma ikhlas mereka. Robot-robot ini dihasilkan dalam
pelbagai bentuk dan saiz. Antara nama robot yang dihasilkan ialah Hataro, Megah Jaya, Kitamitsu,
pelbagai bentuk dan saiz. Antara nama robot yang dihasilkan ialah Hataro, Megah Jaya, Kitamitsu,
Berjaya Didik dan sebagainya berdasarkan contoh robot dari luar negara seperti Wakamaru, Aibo, dan
Berjaya Didik dan sebagainya berdasarkan contoh robot dari luar negara seperti Wakamaru, Aibo, dan
Irobi. Murid-murid yang mencipta robot ini juga diberi peluang menerangkan fungsi robot yang
Irobi. Murid-murid yang mencipta robot ini juga diberi peluang menerangkan fungsi robot yang
dihasilkan itu. Suasana di pameran Robot 2015 ini sungguh meriah.
dihasilkan itu. Suasana di pameran Robot 2015 ini sungguh meriah.
Ramai pengunjung teruja dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid di sekolah ini. Pihak
Ramai pengunjung teruja dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid di sekolah ini. Pihak
PIBG pula melahirkan rasa syukur atas segala sumbangan yang telah dihulurkan. Mereka juga
PIBG pula melahirkan rasa syukur atas segala sumbangan yang telah dihulurkan. Mereka juga
berharap usaha murid-murid ini terus dihargai dan dijadikan contoh terbaik yang pernah dilakukan dan
berharap usaha murid-murid ini terus dihargai dan dijadikan contoh terbaik yang pernah dilakukan dan
seterusnya berharap kejayaan ini disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.
seterusnya berharap kejayaan ini disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.

71

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Lampiran 3
Nyatakan kegunaan robot
kepada manusia.

__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

72

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Penilaian
Baca dan fahami teks pada
Lampiran 2 dan jawab soalan
di bawah.

1. Pada bulan berapakah pameran Robot 2015 ini dilancarkan?
A. April
C. Jun
B. Mei
D. Julai
2. Apakah tujuan pameran ini diadakan?
A. Melahirkan jurutera robotik.
B. Mengumpul dana untuk kemajuan sekolah.
C. Memberi bantuan kepada semua murid.
D. Mencungkil kebolehan murid-murid dan mengumpul dana.
3. Bagaimanakah suasana di pameran Robot 2015 yang diadakan?
A. Meriah
C. Lengang
B. Harmoni
D. Aman
4. Mengapakah pengunjung yang hadir begitu teruja?
A. Kerjasama pihak PIBG sekolah tersebut.
B. Mengumpul dana-dana untuk membantu murid miskin.
C. Melihat pelbagai bentuk robot yang dicipta.
D. Dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid mencipta pelbagai bentuk
dan saiz robot.
5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A. Murid-murid berpeluang menunjukkan kebolehan mencipta robot.
B. Dana-dana yang dikumpul disumbangkan kepada murid miskin.
C. Robot direka oleh guru dan murid.
D. Robot dihasilkan dalam pelbagai saiz dan bentuk

73

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Pemulihan

Baca petikan di bawah dengan
sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

AKU SEBUAH ROBOT

Aku sebuah robot. Aku dilahirkan di negara Korea Selatan. Aku bernama Gangnam.
Setelah tubuhku dan rakan-rakanku siap dipasang dan diuji, kami dihantar ke merata-rata
tempat untuk dijual. Aku telah dihantar ke pusat beli belah yang terkenal. Aku diletakkan di dalam
sebuah almari kaca yang dihiasi lampu yang terang dan menarik. Tubuhku yang bersinar apabila
terkena cahaya telah menarik para pengunjung yang melihatku. Akhirnya, aku telah dibeli oleh
seorang jutawan.
Aku ditugaskan untuk menjaga keselamatan rumah agam tuanku daripada dimasuki
pencuri. Aku bertugas dengan penuh tanggungjawab dan berharap agar tubuhku sentiasa
diselenggara dengan baik. Dengan kehadiranku, tiada sesiapa yang berani menceroboh rumah
agam tersebut.
Tuanku sering menguji kepintaran diriku. Beliau juga akan mengarahkan pembantu
rumah untuk membersihkan tubuhku pada setiap minggu. Aku berasa gembira kerana tuanku amat
menyayangi dan berpuas hati dengan khidmatku.
Aku berharap agar dapat berkhidmat dengan tuanku sehingga akhir hayat. Aku akan
sentiasa memastikan keselamatan rumah agam tuanku selagi khidmatku diperlukan.

74

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan

2015

Pengayaan
Baca maklumat pada poster ini
dan tuliskan isi-isi penting
yang diperoleh.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

75