demokrasi dalam pandangan islam

DEMOKRASI DALAM PANDANGAN ISLAM
Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri
Antara bentuk serangan pemikiran yang banyak digunakan oleh Nasrani dan Yahudi
adalah pemikiran demokrasi. Bahkan melalui demokrasi mereka berjaya menumpaskan
golongan yang bersemangat membela Islam seperti parti-parti politik yang
menjenamakan mereka sebagai Islam.

Takrif
Demokrasi adalah kalimah Yunani (Greek) yang terdiri dari 2 perkataan iaitu „Demos‟
dan „Kratos‟. Demos bermaksud „bangsa‟ atau „rakyat‟ manakala kratos bermaksud
„kekuasaan‟. Takrif demokrasi secara mudahnya adalah kekuasaan rakyat.
Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang dijalankan menurut kehendak rakyat, jauh
daripada pengaruh orang atau kelompok tertentu yang dikenal sebagai diktator dan
autokrat.
Makna demokrasi mengalami sedikit pengembangan sebagai: “Satu falsafah (teori) yang
berkeras dengan tuntutan hak dan kapasiti rakyat melalui mereka secara lansung atau
melalui wakil-wakil rakyat untuk mengawal perlembagaan mereka untuk tujuan yang
dikehendaki mereka (rakyat)”[Columbia Encyclopedia, Yahoo.com].
Sejarah
Demokrasi bermula di zaman Greek kuno. Ia dipraktikkan dalam sistem pemerintahan di
Negara Kota di Athens dan Sparta pada ke 5 S.M. Sistem ini diamalkan dengan semua

rakyatnya menjadi anggota dewan dan berbincang, melantik ketua dan menetapkan
hukuman. Sistem ini hanya sesuai dalam negara yang kecil dan semua rakyatnya terdidik.
Namun, apabila berkembangnya kerajaan Rom dan masuknya agama Kristian ke benua
Eropah, sistem ini terhapus namun kekal sebagai sebuah pemikiran yang membawa
kepada kejatuhan sistem monarki Rom pada tahun 500 M dan tertubuhnya Republik
Rom. Pada masa ini muncul satu bentuk demokrasi yang baru yang bukan dijalankan
secara langsung oleh rakyat tetapi melalui wakil-wakil mereka.

Demokrasi dalam Dunia Islam

Pada tahun 1789M, Revolusi Perancis berlaku. Serentak dengan itu, Perancis menjadi
sebuah negara demokrasi. Sebelum itu, Amerika dan Britain telah melalui proses yang
sama.

Kemudian, apabila kerajaan Mesir mengambil undang-undang Perancis sebagai
Perlembagaannya, maka masuklah demokrasi ini ke dalam negara Islam dan berkembang
selari dengan berkembangnya fahaman memisahkan agama dari negara (sekular).
Kemudian, apabila al-Ikhwan al-Muslimin ingin merebut kekuasaan, mereka mula
menggunakan pilihanraya sebagai jalan dan membawa kepada pengiktirafan terhadap
sistem demokrasi. Lebih buruk apabila al-Ikhwan al-Muslimun bergabung dengan Jamal

Abdul Nasir menggulingkan Raja Farouk pada tahun 1952M. Ini membawa kepada
masuknya racun demokrasi dalam pemikiran Islamist.

Apa Itu Demokrasi?
Demokrasi terbina atas dasar:
1-Kekuasaan Rakyat.
Maknanya hak menentukan hukum adalah milik rakyat. Demokrasi menekankan
kedaulatan rakyat. Maka inilah titik tolak syirik nya demokrasi. Ini berdasarkan firman
Allah S.W.T:
ّْ‫أ ْثر الّاس لا ّع‬

‫ا لا ّاه ل ال ّ الْ ّم ل‬

ْ‫الْح ْم لا لّه أمر ألا تع‬

Maksudnya: “Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar
kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui.”[Yusuf:40]
Dan juga firman Allah:
‫لا ّشْر في ح ْ ه أح ًا‬

Maksudnya: “Dan tidak ada seorang pun yang boleh menyekutuinya dalam hukum”-[alKahf:26].

Dalam demokrasi, rakyat yang menentu dan meluluskan undang-undang. Rakyat dalam
takrif demokrasi adalah penduduk sesebuah negara tanpa mengira batas agama. Maka
secara signifikannya demokrasi membenarkan orang kafir membuat undang-undang
dalam sebuah negara Islam. Maka demokrasi amat bertolak belakang dengan Islam.

2- Pendapat Kebanyakan.

Demokrasi memerlukan pendapat kebanyakan manusia dalam membuat undang-undang.
Ini bertentangan dengan firman Allah:
‫ْ همْ لا ّخْرص‬

ّ‫لا ال‬

‫ع ْ س ّل الّه ْ ّّ ع‬

ّ‫ْ تطعْ أ ْثر م ْ في الْأرْض ّض‬

Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,

niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah
mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap
Allah)”-[al-An'am:116]
Mereka yang menggunakan demokrasi untuk menegakkan hukum Islam adalah
menyalahi Islam kerana hukum Islam tidak boleh mengikut kebanyakan manusia, bukan
untuk didebatkan sama ada perlu dilaksanakan atau tidak kerana firman Allah:
ْ ‫ل م الْخّر م ْ أمْرهمْ م ْ ّعْص الّه رس له ف‬

ّ ْ ‫ا قضى الّه رس له أمْرًا أ‬

ّ‫لا م ْم‬

‫ما ا ل ْم‬
‫ضل ضّالًا م ًّّا‬

Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu
ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat
yang nyata.”[al-Ahzab:36].

Maka atas dua dasar utama demokrasi ini, sistem ini sangatlah batil. Demokrasi juga
terbina dengan dasar persamaan, tolak ansur dan kebebasan.

Pertentangan Demokrasi dengan Islam

Prinsip Persamaan, Tolak Ansur, dan Kebebasan yang difahami oleh Demokrasi adalah
berbeza dengan yang difahami oleh Islam. Islam menekankan keadilan bukan kesamaan
kerana Allah s.w.t menjadikan setiap makhluk ada kelebihan dan kemampuan masingmasing.
Keadilan sebagaimana yang diketahui bermaksud „Meletakkan sesuatu pada tempatnya‟;
maka misalnya jika seorang muslim membunuh seorang kafir, dalam demokrasi tetap
dihukum bunuh tetapi dalam Islam hendaklah dibayar diat sahaja kerana kedudukan
lelaki muslim lebih tinggi di sisi Allah s.w.t daripada lelaki kafir yang akan ditempatkan

di neraka. Maka membunuh lelaki muslim yang beriman dan memakmurkan bumi ini
dengan tauhid kepada Allah s.w.t sebagai hukuman dia membunuh seorang kafir
merupakan suatu kezaliman kerana Allah s.w.t mengampunkan semua dosa kecuali
syirik.

Prinsip tolak ansur pula Islam menerima beberapa perkara untuk bertolak ansur seperti
seorang kafir dibenarkan untuk dia meminum arak dalam kawasan yang tidak dilihat

kaum muslimin namun jika dia menzahirkan perlakuannya maka ini tidak boleh
dimaafkan kerana negeri Islam adalah tempat untuk mentaati Allah s.w.t bukan
menderhaka kepada-Nya. Demikian juga Islam tidak memaksa kafir zimmi untuk
memeluk Islam bahkan dia boleh menganut agamanya tetapi dia tidak boleh menzahirkan
syiar-syiar agamanya dalam negara Islam kerana negara Islam adalah negeri Tauhid
bukan syirik.

Namun, dalam demokrasi semua perkara ini dibolehkan atas nama tolak ansur. Maka kita
lihat dalam negara demokrasi seorang kafir bebas menyembah berhalanya secara terbuka
tanpa sebarang halangan. Ini amat bertentangan dengan prisnip sebuah negara Islam.
Islam agama yang percaya kepada kebebasan tetapi setiap kebebasan itu perlulah terikat
dengan syarak dan hukum Allah s.w.t. Islam membenarkan seorang kafir zimmi untuk
terus menganut ajarannya tetapi jika seorang muslim hendak murtad maka hal ini
terlarang kerana kebebasan yang menggugat hak Allah adalah dilarang. Demikian juga
seseorang bebas memamkai apa sahaja bentuk pakaian selagi dia mengikut syarat-syarat
yang diletakkan Islam seperti menutup aurat dan tidak meniru cara kaum kafir. Namun,
dalam demokrasi, sama ada hendak menutup aurat atau tidak itu adalah hak peribadi tiada
siapa boleh mempertikaikannya. Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Perbezaan Demokrasi dengan Islam:


1) Hak Membuat Undang-undang: Demokrasi memberikan kepada manusia adapun
Islam hendaklah undang-undang itu milik Allah dan selari dengan qaedah syara‟.
2) Hak memilih pemimpin: demokrasi memberi hak itu kepada rakyat sepenuhnya
sedangkan Islam memberi hak memilih pemimpin kepada al-Quran dan as-Sunnah dan
diterjemahkan melalui para ulama‟ dan pemuka-pemuka kaum serta cendakiawan umat
yang membentuk majlis Syura.

3) Keanggotaan Majlis Syura: Demokrasi membuka ruang kepada semua rakyat adapun
Islam, majlis syura itu dianggotai oleh ulama dan mukminin yang bertakwa dan amanah.
Golongan kafir tidak diberi hak keanggotaan.

4) Hak melaksanakan Undang-undang: Menurut demokrasi, sesuatu undang-undang
dibuat kerana kehendak rakyat. Tetapi menurut Islam undang-undang dibuat kerana
menurut perintah Allah dan Rasul dan berdasarkan prinsip Dharuriyat al-Khams
(agama,nyawa.aqal,keturunan,harta) iaitu hendaklah undang-undang itu menjamin lima
perkara ini menurut prioriti. Maka jika seseorang melaksanakan hudud melalui sistem
demokrasi maka tidak dinamakan hudud tetapi undang-undang manusia yang kebetulan
sama dengan hudud. Maka tidak layak hukuman itu dinamakan hukuman Islam.


5) Kebebasan: Demokrasi mempunyai pemikiran Liberal dan memberi kebebasan.
Selama tidak mengganggu kebanyakan orang maka tidak mengapa. Oleh itu, Geert
wilders tidak bersalah pada demokrasi kerana „Kebanyakan‟ rakyat Belanda tidak
terganggu dengan tindakannya. Tetapi dalam Islam kebebasan bermaksud melaksanakan
sepenuhnya tuntutan agama. Jika tidak maka orang itu tidak bebas kerana terbelenggu
dengan „dosa‟ dan „neraka‟.
6) Masdar: Demokrasi berasal daripada aqidah Greek Yunani Kuno yang menyembah
berhala adapun Islam, undang-undangnya daripada Allah kepada manusia tanpa ada
sekutu bagi Allah Taala. Wallahua‟lam.

Copyright © 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy
www.jihadsalafi.blogspot.com