Tajuk Sejarah Perubahan Sukatan Pelajara

Tajuk : Sejarah Perubahan Sukatan Pelajaran Tingkatan 6 di SMK Bau
Pengenalan
Saya telah memilih tajuk Sejarah Perubahan Sukatan Pelajaran Tingkatan 6 di SMK Bau.
Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya terdapat sebuah sekolah menengah
yang mempunyai pendidikan tingkatan enam. Selain itu, saya juga merupakan pelajar
tingkatan enam. Bagi saya, Sejarah Perubahan Sukatan Pelajaran Tingkatan 6 di SMK
Bau sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang
dapat dikaji. Pendidikan di sekolah amat penting untuk berjaya dalam hidup. Kejayaan
seorang pelajar bergantung kepada usaha dan pendidikan yang diterima oleh seseorang
itu. Sekolah ialah rumah kedua untuk setiap pelajar. Guru ialah ibu dan bapa kedua untuk
pelajar. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan menjaga
pelajar di sekolah. Setiap hari guru harus berdepan dengan pelbagai karenah pelajar.
Setiap sekolah mempunyai prestasi akademik yang berlainan setiap tahun. Begitu juga
dengan prestasi kokurikulum mereka juga tidak sama. Selain itu, sejarah penubuhan
setiap sekolah juga berlainan. Pelajaran tingkatan enam ialah saluran yang singkat untuk
melangkah ke universiti. Terdapat empat subjek termasuk MUET untuk dipelajari.
Tingkatan enam juga penting sebab banyak pengalaman yang diperolehi. Beberapa tahun
yang lalu pelajaran tingkatan enam menggunakan sistem terminal berbanding sekarang
lebih mudah sebab menggunakan sistem semester. Di daerah Bau, terdapat 3 buah
sekolah yang mempunyai pelajaran tingkatan enam. Sukatan pelajaran di tingkatan begitu
menarik kerana prestasi setiap tahun adalah berbeza. Begitu juga dengan guru yang

mengajar subjek tingkatan enam ada yang bersara dan berpindah. Tingkatan enam di
SMK Bau menyediakan 6 buah kelas, tiga kelas sastera dan 3 kelas sains. Dalam 3 buah
sekolah menengah di daerah Bau, hanya SMK Bau yang memperuntukan subjek sains
tulen iaitu kima, fizik dan biologi. Jelaslah bahawa kajian tentang sukatan perubahan
pelajaran tingkatan enam sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian.
Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah berkaitan dengan sejarah perubahan sukatan pelajaran tingkatan
enam di SMK Bau. Saya mengkaji tentang permulaan kedatangan pelajaran tingkatan
enam ke SMK BAU dan perubahan sukatan pelajaran dari sistem terminal kepada sistem
semester. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebaikan pelajaran
tingkatan enam kepada pelajar dan sekolah. Pelajaran tingkatan enam ialah pra-universiti
iaitu persediaan untuk masuk universiti. Melalui tingkatan enam pelajar akan terbiasa
dengan pelajaran di universiti kelak. Disamping itu, tingkatan enam merupakan jalan
singkat untuk melangkah ke universiti dan jika pelajar masuk tingkatan enam pelajar
tidak akan menghabiskan masa dengan melepak dan melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Tambahan pula, sumbangan guru dan pelajar tingkatan enam juga tidak
dilupakan. Guru berkongsi ilmu mereka kepada setiap pelajarnya. Kejayaan yang pelajar
peroleh selepas habis tingkatan enam juga tidak dilupakan sebab kejayaan mereka
menunjukan kesungguhan, usaha dan kualiti pelajaran itu.


Persoalan kajian
Kajian tentang pencapaian akademik pelajar tingkatan enam pada tahun 2003 hingga
2013. Pencapaian akademik tingkatan enam hendaklah menepati syarat masuk ke
universiti.
Skop kajian lepas
Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian.
Antaranya ialah
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang
tempatan yang mengetahui tentang Sejarah Perubahan Sukatan Pelajaran Tingkatan 6 di
SMK Bau.
b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian sekolah kebangsaan SMK
Bau.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam
kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi
maklumat.
d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit
sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.

Pembahagian Struktur esei.

Bahagian 1 : Sejarah permulaan kedatangan pelajaran tingkatan enam di SMK Bau.
Bahagian 2 : Perubahan sukatan pelajaran dari sistem terminal kepada sistem semester.
Bahagian 3 : Kebaikan pelajaran tingkatan enam kepada pelajar dan sekolah.
Bahagian 4: Sumbangan guru dan pelajar tingkatan enam.
Bahagian 5: keistimewaan sekolah ini berbandingan sekolah lain.
Penutup
Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih
menghargai sumbangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bau. Mereka sayang untuk
merobohkan sekolah ini begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan sekolah ini.

Pertambahan pelajar di sekolah tersebut membuktikan betapa sayangnya dan percayanya
mereka dengan pendidikan yang disediakan oleh sekolah dan guru ini.